Tuesday, July 17, 2018

2018

Assalamualaikum



Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini,

cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah..

terbaca posts lama lama ttg hannahadelea

sedih pula rasanya.  

how fast the time flies.

dah besar dah budak tu sekarang. 

dah darjah 2. 

alhamdulillah, setakat ni masih survived di SJKC..

and actually, 2018 ni many big things happened in my life.

and today, my mode is being a mommy writer to my baby daughter, hannahadelea..

hannahadelea,
mommy loves you so much.
no matter what.

i hope one day, 
you can access and read all those things yang mommy pernah tulis/cerita dalam ni.

mommy dont think that mommy rajin lagi nak menulis/menaip kat sini lepas lepas ni.
faktor umur mungkin.

kat facebook pun mommy malas juga nak browse sangat, just like 3,4 posts then log out.

kat instagram je lah mommy rajin update about us. 

mommy harap ig tu takde kena hack ke apa, sayang tuu gambar almost 2k dalam tu.

all about you.
about mommy.
about foods.
about our activities.
all about us.

itu sajelah kenangan yang kita ada di zaman canggih macam ni.
browse gambar gambar lama di ig, tengok posts lama di fb.

dan paling menyentuh hati mommy, baca posts lama lama kat blog ni.

byk benda dah berubah kan hannah?

tapi sayang mommy kat awak tetap sama.

walaupun mommy garang, tapi percayalah lepas marah awak mommy mesti sebak/nangis.

ni tengah menaip sekarang ni pun, mata mommy masuk habuk sikit sikit.

tah nape touching sangat,

mommy harap bila hannahadelea mampu baca dan faham semua posts mommy dalam ni, hannah simpan lah ini seperti diari mommy. 

ada posts yang mommy baca tadi, mommy sendiri pun dah lupa sebenarnya tentang itu. 

jadi, dengan terhasilnya nukilan ini pada hari ini, 
mommy harap kita sama sama dapat mengingati kenangan itu walaupun tak semua, tapi sentiasa bersama sama.

mommy loves you
mommy sayangkan hannahadelea
you always be my baby.

mommy,
17/7/2018
Glenmarie.



Monday, March 09, 2015

nasi berlauk kelate, anyone?

Note: this story was in Kosmo dated March 7th, 2015. i just C&P the whole story in here just for a kenangan. first time noks masuk paper. oh, actually our 2nd time. the first time was in Berita Harian last Jan'15. Alhamdulillah rezeki for our team, Kak Noh Nasi Berlauk Online.


Nasi berlauk Kelantan diterbangkan ke KL 

“TAK basah dek hujan, tak lekang dek panas.” Begitulah kuatnya nilai tradisi yang sekian lama terterap di dalam diri seorang suri rumah sehingga sanggup ‘menerbangkan’ ratusan bungkusan nasi berlauk ikan tongkol dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur setiap hari Sabtu. Perniagaan Kak Noh Nasi Berlauk itu ditawarkan khusus bagi memenuhi cita rasa lidah masyarakat Kelantan meskipun juadah tersebut boleh didapati di Kuala Lumpur atau dimasak menggunakan resipi dan kaedah masakan yang sama. Sejak pukul 8 pagi, Mazhanim Mohamed, 35, dan beberapa ejen menunggu di ruang legar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mengambil bekalan nasi berlauk Kak Noh yang dimuatkan dalam kargo penerbangan Kota Bahru-Kuala Lumpur yang berlepas sekitar pukul 6.30 pagi. Hampir 30 minit menunggu, akhirnya gunungan kotak dengan cop ANB dan gambar wanita bertudung tiba di lokasi. Juadah tradisi Kelantan itu kemudian diagihkan kepada ejen mengikut kuantiti dan jenis sajian yang ditempah pelanggan masing-masing. “Pengagihan perlu dibuat secepat mungkin supaya pelanggan dapat menikmati juadah tersebut seberapa pantas dan makanan tidak rosak. Setiap jenis sajian akan diagihkan mengikut senarai tempahan yang diambil daripada pelanggan di laman sosial Facebook Kak Noh Nasi Berlauk. “Sehingga kini, kami mempunyai 20 ejen Kak Noh Nasi Berlauk yang mengambil tempahan untuk kawasan sekitar Shah Alam, Puchong, Kota Damansara, Wangsa Maju, Cheras, Ampang, Bangi, Gombak, Bangsar, Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan. Bekalan ini akan dibawa ke destinasi seperti yang dimaklumkan kepada pelanggan di Facebook dan pelanggan datang untuk mengambilnya,” jelasnya yang lincah mengagihkan sajian-sajian.

TEMPAHAN yang baru tiba di lapangan terbang diagih-agihkan kepada ejen masing-masing. dibuat dengan cepat untuk menjaga kualiti rasa hidangan. Sajian Menurut Mazhanim, terdapat 15 sajian yang ditawarkan seperti nasi berlauk ikan tongkol, nasi kerabu ikan celup tepung, sate perut ayam, nasi tumpang udang dan ikan. Selain itu, kuih-muih tradisi seperti jala emas, tahi itik, akok, buah tanjung dan nasi impit sambal kelapa juga disediakan. Beberapa sajian istimewa juga dijual setiap bulan seperti bubur asyura, martabak raja, ayam percik dan kuih-muih tradisi yang semakin jarang dihasilkan. Sajian tersebut dimasak dan disediakan oleh 10 peniaga tempatan di Kelantan yang rata-ratanya mempunyai rasa signatur tersedia dalam sajian masing-masing. Terdapat juga hidangan yang tidak boleh diterbangkan bagi menjaga kualiti sajian seperti puding raja, laksam, kuzi ayam dan roti jala. Walaupun makanan tersebut dihasilkan di Kuala Lumpur, sajian-sajian tersebut tetap dimasak oleh peniaga yang dibawa khas dari Kelantan. Sebagai pengasas Kak Noh Nasi Berlauk, Mazhanim memberitahu, perkhidmatan tersebut tercetus pada April tahun lalu apabila dia mengidam nasi berlauk semasa sarat mengan- dung anak ketiganya, Muhammad Emmett Ismail Che Hashim, sembilan bulan. Nasi berlauk yang dibeli di sekitar Kuala Lumpur ternyata tidak dapat memenuhi kemaruknya. Nasi berlauk di Kelantan mempunyai rasa manis ikan tongkol dan saiz ikannya lebih besar berbanding ikan tongkol nasi berlauk yang dijual oleh para peniaga di Kuala Lumpur. Nasi- nya pula menggunakan beras Siam dan dimasak pada suhu yang kecil. Nasi berlauk itu dijual pada harga RM5.50 sebungkus. “Saya kemudian memesan kepada saudara saya yang bercuti di kampung, di Kota Bahru, Kelantan untuk membawa pulang dua hingga tiga bungkus nasi berlauk. Bagaimanapun, saya rasa tidak berbaloi untuk membawa pulang cuma tiga bungkus nasi berlauk untuk perjalanan yang memakan selama lapan jam ke Kuala Lumpur. “Jadi, saya buka tempahan dan bertanya kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur jika mereka juga ‘berhajat’ menikmati nasi berlauk yang dibeli dari Kelantan. Sejak itu, pesanan yang pada mulanya hanya kiriman kecil-kecilan kini menjadi tempahan tetap bulanan mencecah 4,000 hingga 6,000 bungkus pada hujung minggu,” katanya.

Perniagaan itu kata Mazhanim berkembang agak pantas menerusi aplikasi sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram. Ujarnya, nama Kak Noh diambil sempena nama jolokannya dalam kalangan rakan-rakan di Kelantan. Disebabkan kuantiti tempahan yang semakin meningkat, Mazhanim terpaksa menguruskan bekalan nasi berlauk menggunakan kargo kapal terbang. MAKANAN yang ditempah dibungkus dengan label ANB. Tempahan Dalam pada itu, tempahan dibuka kepada orang ramai menerusi laman Facebook Kak Noh Nasi Berlauk pada pagi Isnin berserta maklumat ejen-ejen yang bersedia mengambil pesanan sajian mengikut kawasan tertentu. Tempahan akan ditutup pada hari Khamis pukul 2 petang bagi memberi masa yang secukupnya kepada peniaga di Kelantan untuk mendapatkan bahan-bahan masakan diperlukan. “Kami mengambil bekalan di beberapa kawasan di Kelantan berdasarkan ujian kualiti rasa. Jadi bekalan-bekalan ini perlu disediakan oleh peniaga-peniaga di sana pada setiap subuh Sabtu, sebelum kru Kak Noh yang juga berada di Kelantan mengambil makanan untuk dibungkuskan dan dihantar ke lapangan terbang,” jelasnya. Menurut salah seorang ejen Kak Noh, Nor Amalina Majid, 33, pelanggan perlu membuat pembayaran terlebih dulu yang dimasukkan ke dalam akaun ejen masing-masing dan bukti pembayaran seperti gambar resit dihantar menerusi aplikasi WhatsApp. Sistem tersebut memudahkan urusan jual beli yang dibuat di setiap tempat pengambilan makanan. “Saya menjadi ejen untuk pelanggan di sekitar seksyen 14, Shah Alam. Saya akan maklumkan kepada pelanggan mengenai keberadaan saya di sana iaitu kebiasaannya pada pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Jadi pelanggan yang membuat tempahan akan datang untuk mengambil tempahan masing-masing. Sehingga kini, sistem tersebut sangat efektif dan belum pernah terjadi kes makanan tidak diambil. “Sekalipun berlaku kejadian seperti itu, saya pasti bekalan yang kadang-kadang mencecah sehingga 300 bungkusan akan tetap habis kerana ramai pelanggan yang ingin menambah pesanan pada saat-saat akhir selepas menikmati hidangan itu,” katanya menambah, antara juadah lain yang turut mendapat permintaan tinggi ialah ketupat palas lemak dan ketupat palas serunding. Kebiasaan juadah tersebut hanya berpeluang untuk dinikmati ketika musim perayaan. Mengulas mengenai kualiti nasi berlauk yang dijual, Mazhanim berkata, sepanjang perniagaan itu, belum pernah lagi pelanggan mengadu nasi yang mereka terima sudah rosak. Tetapi risiko untuk nasi rosak tetap ada apabila berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti penerbangan ditunda ekoran cuaca buruk. Nasi berlauk (kiri) dan nasi kerabu antara sajian yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Amalina berkata, dia mendapat tempahan yang banyak apabila hujung bulan dan perniagaan agak perlahan pada musim cuti umum kerana orang ramai akan pulang ke kampung halaman ataupun meluangkan masa bersama keluarga. Salah seorang pelanggan, Nur Hanani Mohamed, 33, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor lazimnnya membuat tempahan kepada Kak Noh Nasi Berlauk dua kali sebulan sebagai juadah sarapan pagi keluarganya. Menurut ibu kepada dua anak ini, dia menempah juadah tersebut sejak 11 bulan lalu. Nur Hanani lazimnya menempah nasi berlauk dan kuih-muih. “Anak-anak saya memang gemarkan sajian tradisi masyarakat Kelantan. Walaupun masih kecil mereka mampu menghabiskan sebungkus nasi berlauk. Rasa nasi berlauk ini memang istimewa dan mengingatkan kembali memori berada di kampung halaman di Kelantan,” katanya yang akan menikmati juadah sarapan di kedai menjual nasi sup di Pasir Mas setiap kali pulang ke kampung. Nor Hanani yang mengetahui mengenai perkhidmatan tersebut melalui laman sosial Facebook memberitahu, jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk dia dan keluarganya menikmati sajian tradisi Kelantan. Sementara itu, Mazhanim berkata, sehingga kini Kak Noh Nasi Berlauk mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah pengikut lebih 8,000 di Facebook dan Instagram.

Dia juga menerima permintaan daripada peminat sajian tradisi Pantai Timur dari Selatan dan Utara tanah air. Bagaimanapun, ia masih dalam peringkat perancangan untuk menyediakan perkhidmatan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Info Kak Noh Nasi Berlauk Facebook:

www.facebook.com/KakNohNasiBerlauk Instagram: @KAKNOHNASIBERLAUK
WhatsApp: 019-351 2027
 Menu utama: Nasi berlauk ikan tongkol, nasi gulai ayam, nasi kerabu ikan celup tepung, nasi tumpang ikan, nasi tumpang udang
Harga: Bermula RM5.50 hingga RM26
Tempahan: Dibuka pada setiap pagi Isnin dan ditutup pada Khamis (2 petang).
Sajian tempahan akan diedarkan pada setiap pagi Sabtu mengikut lokasi agen.


 Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm&fb_action_ids=10206027157055152&fb_action_types=og.likes&fb_ref=.VPycFpuEBPE.like#ixzz3Tqnb1Sla

Hakcipta terpelihara

Monday, March 02, 2015

With Love - 2015

assalam & hello world 2015

gitu.

bulan march baru nak say hello katanya. 
sesuatu sgt kan?

kenapa terpanggil nak menaip lagi?
walaupun too many things was happened during back then, tapi takde pun taip cerita kat sini. kan?

takde reason. 
tetiba sahaja rasa nak menaip.

tapi bila fikir-fikir balik, maybe sebab aku baru settle tengok Japan Series yang begitu glamour tahun 90an dulu. 

feeling flashbackkkkk sangat ok!

cerita Jepun yg aku maksudkan itu adelah - With Love.

haa. sape geng yang sama kertu dengan aku mesti tahu tentang cerita ni. dalam masa tiga hari khatam katanya 12 episodes. tak kerja kah? kerja. tapi biasalah month-end closing kan time aku honeymoon. weekend sambung lagi tengok youtube bawah selimut

ok ada yang ingat-ingat lupa kot tentang cerita tu.

yutaka takenouchi uols.

ha itu hints dia.

lupa lagi?

Hata San? Teruterubozu? 

ingat dah? 
lupa lagi?

sah, tak pernah tengok letteww.

cerita tu dulu aku tengok dengan roommate aku masa diploma dulu. 
perghh legend gila bila tengok sorang-sorang sekarang. 
nak nangis pun ada.
motif sangat kan??
dah tua macam ni la, emosi huru-hara.

cerita tu mengisahkan (ayat buku BM darjah 2 sangat), Hata San & Teruterubozu jatuh cinta via email. During that time, Internet, Website & Email ni baru muncul di negara depa (kat M'sia time tu main teng-teng lagi kot) hikhik.

Whatsapp, Viber, Skype, Telegram bagai nan-ado oke adik-adik. 
Nak memiliki handphone pun tak mampu katanya.

cerita ni dalam tahun 1998/99 kot, & masa aku duk tengok ngan roommates sekalian tu dalam tahun 2000/1 macam tu rasanya. 
masa tu kitaorg dah kenal internet, computer, email, etc. 
dan yang paling glamer masa tu adelah MiRC!

jackpot!

haa, sebut mirc korang terus flashback kenangan masing-masing kan?

same goes to me!

masa tengok With Love tu dulu, terus feeling pegi CyberCafe login MiRC dengan tujuan dapat chatting dengan orang yang tak dikenali yang hensem gila macam Yutaka Takenouchi terus jatuh cinta pandang pertama kahwin hidup bahagia selamanya happy ending katanya.

nan-ado pun.

tapi aku percaya pada era tu, memang ramai gadis jelita jejaka hensem yang gila chatting di mirc. maybe ada salah sorang chatters yang hensem pernah chatting ngan aku ke kan. nampak nau banyak duk berchatting je dulu
tapi aku ni bukan kaki chatting chatting lepas tu ajak keluar jumpa.

best sangat zaman tu uols.
tak macam dunia cyber sekarang.
sampah sarap, penyamun penyangak je yang ramai dalam internet.

berbalik kisah tadi, dalam ramai-ramai chatters tu, aku teringat pada sorang brader ni. 
tah betul tah idok la yer apa yang dia bagitau aku.

dia tu antara yang selalu chat dengan aku. ada time tu siap janji bagai pukul berapa nak login & kat group mana. haha. matilahh.

dia cakap dia ada makwe, dia bagitau nama makwe dia Kak apa dah aku lupa.
dia kadang-kadang turun KL (dia orang KB & masa tu aku dah belajar di Shah Alam).
dia cakap kat makwe dia, dia nak pergi KL lepas tu nak jumpa 'adik' dia which was adik is referring to me. 
dia cakap kat aku, makwe dia kata "cari adik takpe, jangan cari nahas".
hehehe.

sampai sekarang aku ingat sebab dari perwatakan dia dalam alam cyber tu, macam jujurlah jugak kan, dan sampai sekarang aku suka ayat makwe dia tu.
dari ayat tu menunjukkan she's a sporting & steady lady, but still ada tegasnya.

back to With Love.



tetiba terus rasa nak g booking flite nak g Jepun.
minggu lepas gila nak ke Korea.



silakan layan lagu tu semoga memori kalian sama macam aku jugak. 
hehe


till then, bye!

p/s: mengharap sangat aku akan lebih rajin menaip lagi!

With Love,
@mlynyx




 



Friday, September 06, 2013

69

HannahAdelea is 3yo today.
How fast the time flies.
Having contraction less than 2 hours, alhamdulillah i delivered a beauty, innoncent baby girl to the world.
Thanks Allah for giving me the chance.
Now she is getting bigger, clever and naughty of course everyday.

Having HannahAdelea is the best give ever for me & the expensive experienced i ever had.

Mommy always love you darl!
You always be my baby till jannah.

Mommy hopes u can be a good person dunia akhirat.

Stay healthy. Stay cutie, baby!

Wednesday, May 08, 2013

hello world!

hello world katanye.

padahal takde sape pun baca blog inih.
kesian.

hiks.

tapi takpelah.
anggap je inilah diary yang jarang diupdate oleh tuannya.
bosan² baca entry lama² best jugak kan!

makan tahun mak ni nak update belog.
bizi. 
atau tak reti nak manage masa.

untuk sape² yang tak tau atau takmau amik tau pun takpe...
aku sekarang ni dah jadi student balik.
gigih katanye.

semester ni dah masuk 2nd sem.
kalau tiada aral melintang patah di tengah jalan, inshaAllah end of 2014 settle ler.
pastu nak sambung lagi,
pengsan!

many things changes in this short times.
dulu 20an, sekarang dah 30an.
dah kertu rupanya.
bila nak insap tah kan.

ini anak mak.
sorang ni je la dulu.
tunggu habes belajor dulu la sambung branak.

itu adelah hasil dari perfect365 apps yer deknon.
remaja gittew anak aku.

ni versi kanak-kanak riang ria ribena plk..
LUTG~

makin banyak akai.
makin lasak.
makin buat mommy pening.
makin buat mommy sayang.
makin buat mommy rindu.


semoga hannahadelea membesar dengan sihat walafiat & sentiasa dilindungi Allah SWT sokmo²!

till then,

next year ke next next time la plk aku update yer!





Tuesday, August 07, 2012

selamat berpuasa uols!

motifff letak kek se-slice?
saje aku nak kasi korg terliur tambah2 lagik ptg hari ni kan..

selamat meneruskan ibadah puasa uols semua!

p/s: vanggah mak ni noks dpt hasilkan kek seperti di atas dgn air mulut tangan mak sendiri. hiks

amlynyx

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, April 25, 2012

siapa tahu?

siapa tahu raya aidilfitri 2011 adalah raya terakhir kami dgn abah..


siapa tahu itu adalah raya pertama & terakhir hannahadelea dgn tokwan...


siapa tahu percutian keluarga di Bkt Tinggi pada Disember thn lps adalah percutian terakhir kami bersama...


siapa tahu perjumpaan di rmh abg qadri pada akhir bln lps adalah yg terakhir bg kami utk dlm keadaan abah masih sedar...


dan siapa tahu abah akan tinggalkan kita semua ptg semalam (24/4/2012)...


hanya Allah SWT sahaja yang tahu...


DIA yang Maha mengetahui akan segalanya, dan Dia sentiasa buat yang terbaik utk hamba2NYA...


al-Fatihah untuk arwah abah mertuaku yg telah menyahut seruan Illahi pada jam 4.45 petang semalam kerana barah hati...


semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.


amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....