Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Thursday, June 4, 2015

SIAPA PERNAH BERPERAHU DI SUNGAI KILIM ?

Pada 2/5/2015 yang lalu saya berpeluang buat ke dua kalinya berperahu di Sungai Kilim, Langkawi. Kami naik anak beranak berempat orang sahaja dalam satu bot. Nak kongsi dengan orang lain, tak ada yang kenal. Sewanya hanya RM250 untuk dua jam. 

Sebelum ini saya pernah menaiki bot/perahu di sungai Mekong pada tahun 2012 lalu. Di bawah saya tunjuk gambar saya berdayung di Sungai Mekong sebagai bukti.



 Gambar 1: Saya turut berdayung di Sungai Mekong di celah-celah pokok nipah agaknya. Kalau nak tahu cerita selanjutnya entrinya ada di sini.

Saya rasa pengalaman berperahu atau menaiki bot di Sungai Kilim, Langkawi lagi menyeronokkan berbanding dengan pengalaman berdayung di Sungai Mekong tu. Di Langkawi kawasannya lagi luas hingga ke lautan dan airnya lagi bersih. Ada banyak benda menarik dan semula jadi yang boleh dilihat dan dipelajari.

 

Gambar 2: Jeti dan bot-bot yang tersedia dalam keadaan baru dan baik.

 

Gambar 3:  Bergambar di pengkalan sementara menunggu giliran untuk menaiki bot.
 

Gambar 4: Dengan bantuan jurubot, inilah rombongan kami seramai 4 orang termasuk bendahari saya.


Gambar 5:
Kelihatan bot-bot yang bersimpang siur membawa pelancong di air yang jernih.


Gambar 6: Salah satu tempat singgahan adalah gua yang ada kelawar. Tapi sayang kami terpaksa patah balik kerana air pasang yang menaiki laluan.


Gambar 7: Kelihatan restoran-restoran terapung untuk kemudahan pengunjung yang kebuluran menjamu selera.


Gambar 8: Kita juga sepatutnya melalui gua ini dengan menaiki bot, tetapi kerana air pasang, bot kita tak celus.


Gambar 9: Kelihatan papan tanda "Kilim Geoforest Park" dari kejauhan. 

Seterusnya tiga keping gambar berikut menarik hati saya dan boleh dikira satu sejarah di mana dua orang anak saya menzahirkan kasih sayangnya yang tidak pernah dibuatnya semasa di daratan.


Gambar 10: Songkok Haiqal tak pernah tinggal. Inilah pengaruh baik sekolah agama semasa dia bersekolah rendah dahulu.


Gambar 11: Haifa duduk sendirian berjauhan dari Haiqal.
 

Gambar 12:  Nampak kekok. Kakaknya syak saya yang suruh buat begitu. 


Akhirnya saya ingin tunjukan video yang saya ambil sendiri dan dah pun upload ke Youtube.


 Perhatikan burung helang terbang melayang-layang menyambar makanan di permukaan air. Kalau tak nampak, sila pergi sendiri tengok. Hehe.


Kalau pihak berwajib dapat menambah beberapa tarikan lain di kawasan ini, saya percaya ia akan dapat menarik lebih ramai orang datang berkunjung ke sini lagi dan lagi dari seluruh pelusuk dunia. Misalnya kat salah sebuah dari pulau tu, buat pentas pertunjukkan kesenian tradisional, permainan tradisional atau masakan tradisional dsb.

Nasihat:


1. Kalau sesiapa yang nak datang ke sini, elok datang semasa air surut kerana saya tidak dapat masuk kedua buah gua kerana air tinggi.


2. Bagi perempuan usah pakai kasut tumit tinggi kerana boleh membahaya atau menyusahkan diri sendiri.
 

3. Elok buang air dulu sebelum naik bot, kerana bila sudah berada dalam bot, susah nak buat urusan itu.



Saturday, November 9, 2013

ISTANO LAMO SONANTI.

Kali terakhir saya menjejejakan kaki ke sini adalah pada awal tahun 60an semasa menghantar abang sepupu masuk bersekolah agama di Istana ini yang dijadikan sekolah agama sementara.

Beberapa minggu lalu saya singgah lagi semasa dalam perjalanan balik dari menghadiri kenduri kawin anak besan kepada abang ipar saya. Itu pun abang ipar saya yang memandu kereta membawa saya singgah di sini. Kalau ikutkan saya, entahlah bila akan singgah lagi.

Istana ini sudah berusia melebihi 100 tahun tetapi masih megah berdiri walaupun ia dibuat dari kayu sepenuhnya tanpa menggunakan sebatang paku pun. Tidak seperti bangunan moden yang dibuat dengan konkrit, tetapi baru guna setahun dua sudah retak sana sini atau pun runtuh terus. Bahkan ada yang masih dalam pembinaan pun sudah ada yang runtuh. 

Sedikit petikan dari Wikipedia mengenai sejarah dan latarbelakang istana ini.

The Istana Seri Menanti, also known as the Istana Lama Seri Menanti, is one of the famous landmarks in Negeri Sembilan. It is a timber palace constructed between 1902 to 1908. Today, the palace has been turned into a royal museum. This four-storey building is special because it was constructed without using any nails.[1] Hardwood rods were instead used to piece the timber together. The roof of this palace represents a buffalo's horns. The buffalo horns are widely regarded as the protective symbol of the palace.
It has four floors and was officiated by Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhuni Yamtuan Antah. The palace was designed by two local Malay carpenters, Tukang Kahar and Tukang Taib. This palace has 99 posts including four posts which were 67 feet long.

Saya kagum dengan keindahan senibinanya yang diilhamkan dan dibina oleh tukang Kahar dan Tukang Taib itu (bukan orang putih) dengan pembantu-pembantu mereka. Kalau di barat atau di negara-negara maju, mungkin istana lama ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Sayangnya nasib istana ini tidak seperti nasib istana lama Gyeongbokgung di Seoul, Korea Selatan yang pernah saya lawati.

 

Gambar 1: Pintu gerbang yang  meletakan lambang kebesaran diraja (Canggai Putri) di tengah-tengahnya. Mungkin ramai orang Negeri Sembilan sendiri tidak tahu apakah maksud lambang itu.

Gambar 2: Pintu gerbang  ke makam di raja.


Gambar 3: Istana dipandang dari hadapan.


Gambar 4: Istana dari sisi. Memang layak di panggil istana.


Gambar 5: Sudah penuh uban baru datang semula melawat.


Gambar 6: Pemandangan istana dari luar pagar.


Gambar 7: Sebuah kole sebagai ole-ole berlatarkan Restoran Warisan kat Terachi.

 

Gambar 8: Gambar meja santapan ini orang yang beri dan bukan saya yang ambil kerana dalam istana tidak dibenarkan mengambil gambar.

Pemerhatian dan komen.

1. Saya agak kecewa kerana banyak benda yang saya ingin tahu tapi tak ada keterangan bertulis dan nak bertanya pun tak tahu kepada siapa kerana tiada petugas kelihatan.

2. Keduanya saya agak bimbang dan juga berharap pihak petadbiran istana ini mempunyai SOP dan persediaan yang baik untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran.

Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya yang terbit dari pengalaman saya memandu dari Kuala Pilah ke Seri Menanti.


p/s: Orang Negeri Sembilan panggil Seri Menanti tu Sonanti.


Saturday, November 3, 2012

MEMENUHI PERMINTAAN CIK EKA.



Atas permintaan Cik Eka itu, saya telah mengedit dan menerbitkan semula sebuah entri lama yang agak popular sedikit masa lalu.

Memang letih kerja mengedit ini tambahan pula tangan saya sudah tidak lagi berapa stabil. Kena banyak kali buat dan itulah hasilnya yang terbaik yang boleh saya persembahkan.

Entri yang saya maksudkan ada di sini.


Thursday, December 9, 2010

BLOGLARIAN.

 

Saya terjumpa satu entri tentang BlogLarian di blog All In One. Saya tertarik dengan konsepnya dan terus mencuba.

 

Selepas mendaftar beberapa jam .. trafik telah meningkat. Pengasas blog ini Sdr. FareedSairi juga ada meninggalkan komen di blog saya tidak lama selepas saya mendaftar. Sambil mengucapkan terima kasih, beliau turut memberitahu blog saya sudah tersenarai.

 

Blogger FareedSairi said...Assalam...

Thanks sudi join BlogLarian.
Bole cek di senarai ke 23



Konsepnya adalah berasaskan semangat bantu membantu sesama blogger tanpa hanya satu pihak sahaja yang mengaut keuntungan.

 

Kebaikannya bak kata Nur pemilik blog All in One .. saya petik "

"Tak perlu buka banyak sangat tab untuk berblogwalking. Dengan hanya satu klik ( eh macam iklan pula) anda boleh bula 5 hingga 6 blog sekaligus. Memang boleh tengok semua blog yang disenaraikan tu dalam satu masa".

Ia sesuai dengan selera saya yang sekarang sudah mula buat blogwalking. Saya suka buat blogwalking kerana, kadang-kadang terjumpa blog yang menarik dan berlainan dari yang lain samada dari segi fokus atau gaya penulisannya. Boleh juga belajar dari mereka terutamanya yang dah senior berblog.

Mula-mula saya agak skeptikal juga. Ye ke ni ! Tapi bila semak Referring URLs, BlogLarian dapat nombor wahid. Sekarang baru saya percaya.



Lihatlah buktinya. Kalau tak nampak, sila perbesarkan .. 
atau gunakan kanta pembesar. Bukan pembesar suara !
Kalau tak juga, tak dapek nak nolong eh !

Jom berkunjung ke BlogLarian di alamat ini. Semua yang baca entri ini yang belum berdaftar, moh buat cepat .. siapa cepat, dia sampai dulu !

Nota Kaki: Rasanya dah cukup syarat yang dikenakan untuk terus kekal berdaftar.

.
.