Showing posts with label Hilang. Show all posts
Showing posts with label Hilang. Show all posts

Thursday, September 1, 2011

Tipu


Syawal pertama
kosong tiada apa makna
rutin sama setiap tahun
pagi rumah nenek
petang rumah opah
malam sedara terdekat saja

syawal kedua
pagi rumah mak ngah
malam rumah mak andak
berkampung sampai tengah malam
aku terlelap baru mak gerak pulang.

syawal ketiga
aku di rumah tidak ke mana
duduk berkurung dalam bilik
blogwalking,muka buku,tumblr
hari yang cukup bosan.....


-N-
ajak keluar berjalan,aku menolak beribu alasan dia tahu aku tiada mood untuk beraya dia sendiri baca di teratak sana.dia kata rindu lama tak jumpa aku,tapi aku buat tak tahu,aku tak niat begitu,tapi ini benar keinginan aku untuk berhari raya memang tiada.banyak hal yang aku fikirkan sepanjang ramadhan lalu hingga kini.september menjelma kini penghujung tahun sudah semakin hampir.aku perlu menjauh dari dia aku perlu keluar dari kehidupan dia.aku tidak boleh teruskan lagi semua ini jalan carita ini sudah tidak mengikut skrip semua berselerak tidak mengikut rentak.

dan hari ini aku cuba tipu dia lagi dengan mengeluarkan post di laman sana,khabar tentang kehilangan aku nanti.itu saja jalan yang ada jalan paling halus untuk aku keluar dan lari dari realiti hidup dia.tak sampai hati aku terus saja beri nyawa palsu untuk dia sedangkan aku sendiri terus mati secara perlahan tanpa dia sedar,bahawa kehidupan yang membahagiakan yang dia miliki adalah melalui kesakitan diri aku sendiri.mahukah dia terus hidup bersama seseorang yang sudah mati hatinya?







aku mahu hilang secara perlahan
seperti hembusan angin nyaman
yang tidak kelihatan
datang menyentuh tanpa jasad
dan hilang tanpa meninggalkan jejak.....


Tuesday, August 9, 2011

Langit Menangis


Lewat senja itu merah merenung langit tinggi mengagumi biasan warna indah kala itu,perasaannya tenang dan damai.entah kenapa,tiba-tiba langit berubah murung beberapa ketika itu kedengaran amarah dari guruh.di selang seli dengan cahaya petir yang menggerunkan bagaikan halilintar.seketika itu langit menangis...menangis dengan galaknya diiringi tiupan kencang sang angin yang menggila.

senyum merah yang tadinya ceria kini berubah menjadi pudar warnanya.hilang serinya hilang indahnya.merah turut menangis menyelami perasaan sang langit senja tadi.mengerti akan sakitnya sang langit kala kehilangan kekasih hatinya sang matahari megah.hilang matahari,hilanglah cahaya hilang warna ceria hilang indahnya.hanya yang tinggal kegelapan malam mula menyelubungi bersama rasa sepi.....







sakit bila kehilangan

Wednesday, June 22, 2011

Dunia Bulat





Subuh bening masih terasa segar embunnya.di tepi tebing ini kau depakan tangan pejamkan mata rapat.dan kau hirup semahunya udara tepu yang sedang berlegar.masih kabur dengan kabus hingga kala bercakap seakan ada asap putih keluar dari mulut.

"ini bumi kita,bumi yang bulat!"

kau teriak kuat hingga terdengar gema suara berulang.kau ketawa tika itu dan berlari riang terus menikmati kedinginan pagi itu.kau gembira kau suka kau menyanyi lagu kita.

"ini dunia bulat,walau jauh kau pergi kau tak akan tersesat
percayalah pada aku."

sehabis bicara itu aku pun berlalu melangkah pergi dengan hati yang nanar.itu dunia kau bukan dunia aku tempat aku bukan di sini.aku mahu pergi jauh hilang dan tak dapat kau kesan.aku mahu lari sepantas yang mungkin hingga kau tak berdaya mengejar lagi.





sedaya mungkin aku cuba untuk lari
aku akan hilang dan hilang dan hilang...

Sunday, June 12, 2011

Hilang Semangat


3 minggu berlalu
masih terkenang-kenang lagi
tapi apa daya semua telah berakhir
dan mesej terakhir itu merupakan
peluang terakhir juga bagi aku.

Bila ada peluang besar di depan mata peluang keemasan yang terbentang luas laksana padang berharga.peluang yang bakal merubah segala.peluang yang akan merealisasikan segala cita-cita menjadi kenyataan impian menjadi hakikat.tapi di saat tangan cuba untuk meraih,pegangan tak kuat maka ia terlerai lalu jatuh terhempas.maka berkecailah ia.saat itu apa yang mahu kau tangiskan lagi? tiada apa melainkan teruskan memeluk erat apa yang masih bersisa.

Entah apa yang bersarang dalam tubuh lemah ini,aku sudah tidak kuat lagi melainkan berserah saja pada ilahi.peluang yang datang aku lepaskan saja berlalu kerana keadaan kesihatan yang tidak menentu.sedangkan yang datang itu adalah cita-cita aku.mungkin juga Tuhan tidak mengkehendakkannya buat aku.maka semua itu diambilnya kembali mungkin ada sesuatu yang tidak baik buat aku.siapa tahu,itu kan rahsia Tuhan.





masih meneruskan perjalanan
yang terhenti seketika dulu
masih berada dilorong yang sama
takala lorong di sebelah lain
menutup jalannya buat aku...


Wednesday, April 27, 2011

H.I.L.A.N.G



cari-cari dan selongkar
dalam beg bawah katil
tak jumpa

cari-cari lagi
dalam laci dan rak buku
tak jumpa

teruskan mencari lagi
bawah bantal bawah tilam
tak jumpa

duduk menung dan fikir lagi
cuba ingat bila masal akhir jumpa
buntu...




tension betul
kenapa masa-masa diperlukan
tiba-tiba hilang?
itu saja nafas yang aku ada saat ini
mana dia buku ASB...