Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Memaknakan syukur





Dalam keluhan seakan tidak bersyukur kau di kurniakan seseorang yang baik untuk jadi pendamping.Bukan rungutan cuma sekadar meluah rasa yang tersimpan yang sekian lama terpendam.Kau hanya mahukah "hak" sebagai seseorang yang terpenting tapi hampa....Mungkin kau cemburu?

cemburu itu tanda sayang...tidakkah dia nampak semua usaha kau untuk memastikan yang kau wujud di mata hatinya? Atau mungkin dia terlupa...atau tak sengaja menyinggung perasaan halus yang tersimpan.Kadang kala gurauan kau sinis sengaja memberi isyarat supaya dia sedar dan tidak lupa.Tapi entah mengapa hatinya seakan buta dalam menilai kata......






Aku tak minta emas permata
aku tak minta liburan di luar negara
cukuplah sedikit "masa emas"
yang kau luangkan hanya untuk aku saja...

Friday, December 11, 2015

K.E.M.B.A.L.I








Selepas setahun,aku kembali lagi disini sekian lama tidak ku jengah laman ini.
Tempat aku meluah dan membuang segala rasa sampah sarap yang membusuk.
Kali ini tak pasti entah berapa lama aku mampu bertahan untuk tetap disini....







aku,seseorang yang pernah
satu masa dulu telah ranap
hatinya.
aku,seseorang yang pernah
satu masa dulu telah mati
hidupnya.....












Friday, January 6, 2012

ON OFF


Kau fikir penghujung 2011 adalah penamat bagi segalanya.Kau fikir semua benda kau boleh selesaikan sebelum masuknya tahun 2012.Tapi sebenarnya tak,kau gagal lagi lagi dan lagi.Kau dah nampak jalan tapi tiba-tiba kau boleh tukar haluan yang terang-terang dah memang salah.Now kau sendiri buntu tak tahu nak buat apa dah.Semua dah di aturkan tunggu masa je dan kau duduk membilang hari-hari yang kau harap akan berhenti berputar.


*tak boleh nak feeling sangat lagu ni betul-betul mengganggu


Stupid mistake again...
ha.ha.ha.ha bijak-bijak kau,kadang-kadang datang juga bodohnya.Kau rasa macam nak bunuh diri kan? Tapi kau sendiri penakut,nak lukakan jari sendiri pun tak sanggup,inikan nak bunuh diri? lupakan! Rasa macam penat dan terbeban,tapi masalah tu kau sendiri yang carikan? sekarang kau hadaplah sampai muak.Terasa macam nak minta cuti sebulan kat bos then pergi bercuti ke tempat sejuk macam cameron highland,fraser hill,bukit tinggi,bukit larut dan mana-mana tempat sejuk.Then tidur saja sepanjang masa tanpa perlu keluar,bermimpi sampai tak mahu jumpa realiti.

Kau tahu tak,penyakit kau ni dah parah dah tak boleh nak di selamatkan.Kau nampak ada peluang tu,kenapa kau biarkan? Tak sampai hati? berat hati? kau mengaku hati kering jiwa tak ada rasa.Tapi bila kau pandang muka dia,kau jadi tak sampai hati kau jadi kesian kau jadi sedih.Sebabnya kau dah mula ada sesuatu pada dia walaupun sebelum ni kau bermati-mati nak nafikan.heh! kelakarlah kau ni...

Dah...tak payah nak annoying sangatlah.Ada waktunya hati kau perlu bertindak kejam,bukan bermakna kau kena cincang dia lepas tu perah jus limau sampai dia dah tak terdaya nak hidup.Tak perlu buat macam tu sekali.Diplomasilah...Bukan ke kau dah cukup pro dalam bab psikologi ni? Pesal kau jadi lembik tiba-tiba ni?







Dalam tak sedar
sudah semakin jauh aku berlari
sampaikan aku tak perasan
banyak hal yang aku dah
tak pedulikan.....


Friday, November 4, 2011

Terkesan



"Maaf, awak terlalu baik untuk saya."


Itu saja?
Tidakkah ada berjuta lagi alasan untuk sebuah perpisahan yang lebih aman.
Hanya memetik baris kata cliché seperti itu sebenarnya tidak pernah memberi ketenteraman walaupun segambut masa.

Semua, pasti ada kata yang lebih realiti dari yang biasa terucap lidah.

"Bukan. Bukan itu. Aku tak tahu apa lagi yang lebih baik dari itu. Aku tak mahu ada hati dia yang terluka lagi."

Dan bicara tanpa penuh jelas begini boleh henti sakit dia begitu saja kah?
Tidakkah nanti lebih keliru dan hidup penuh dengan tanda tanya yang tak sudah-sudah. Dan aku yakin, jiwa yang tenggelam dengan teka teki hidup selalunya lemas dan lewat mencari sinar baru.
Maka berterus-teranglah.
Biar jelas terang kenapa perlu lantera malam yang satu itu kamu hanyutkan cahayanya. Paling tidak, mimpinya nanti pasti datang yang baik-baik, dan bukan hanya berteman tiris jernih di matanya tak sudah-sudah.

Jujurlah; kalaupun kamu salah.
Berkatalah walau pahit. Kerana hidup ini penuh bittersweet; manis itu muncul juga di hujung-hujung pahit itu.
Dan itu tentu lebih baik dari bermanis-manis penuh sayup setiap detik yang muncul dan tiba-tiba sakit menyerang dan hayat kita putus; tanpa sempat sedar kenapa dan apa.

Boleh begitu?


- AJ NISMIHAN -







Tulisan ini aku copy
dari teratak sahabat lama
dan iya,entry ini lebih menikam
hingga ke hulu hati aku sendiri
kerana ia lebih merujuk ke arah aku
selepas perbincangan menerusi email
aku yang buntu tika itu meminta
pandangan dari AJ.
terima kasih sahabat untuk tulisan ini.

Tuesday, October 4, 2011

Nanti



Cuba lari dari kebiasaan dan sore itu alam agak tenang.langit tidak lagi menangis seperti hari-hari sebelumnya.dan tidak juga membahang amarah hingga membakar lapisan epidermis yang semakin menua.dan sore itu aku sendiri di tepi tasik buatan di bawah sepohon renek yang agak lebat.hembusan angin lembut membelai wajah,sesekali mata meliar memerhatikan beberapa orang kaki pancing melontarkan umpan.tak kurang juga yang sedang menanti mangsa.

aku sendiri di bawah pohon renek duduk bersila menyelak helaian demi helaian beberapa cerpen yang dibukukan.sambil menikmati bekalan beberapa potong kek coklat.sesekali berhenti sejenak menghirup udara semulajadi.memandang ke seberang lihat perjalanan ulang alik keretapi berelektrik yang di naik taraf.bersandar di batang pokok kaki di lunjurkan lenguh.

di sebelah kanan kelihatan mentari mula lenyap dari pandangan,lantas aku bangkit dan meneruskan perjalanan.malam ini temujanji dengan bulan akan di aturkan.entah datang entah tidak dan aku terus mengharapakan.






ada yang sedang di nantikan
dihujung sana.tapi hingga kini
tidak pernah ku tamuinya.


Saturday, August 20, 2011

Adil


Punya jawatan di dalam persatuan bukanlah satu perkara yang membanggakan.banyak perkara yang perlu di ambil kira dan di teliti supaya tidak berlaku sebarang perbalahan sesama sendiri.dan ni yang berlaku apabila mulia turut serta menyertai persatuan ini.aku terpaksa merahsiakan status hubungan aku dan mulia kerana aku tidak mahu nanti ada suara-suara ketidak puashati antara ahli yang lainnya apabila mulia melakukan kesilapan kelak.

aku mahu mulia dilayan sama rata layaknya dia sebagai ahli sama seperti yang lainnya.aku tidak mahu hanya kerana dia punya hubungan darah dengan aku,maka ahli yang lain hanya berdiam diri tiada keberanian untuk menzahirkan kesalahannya.aku lebih selesa hubungan darah ini dirahsiakan sehingga cerdik juga akan turut serta dalam persatuan ini,nanti.cukup sekadar mereka tahu hanya aku dan taqwa punya hubung kait kerana jawatan yang di pegang oleh taqwa dan aku kini.





aku cuba untuk berlaku adil.....

Tuesday, June 7, 2011

Harga


1.Semalam taqwa dan mak ke rumah nenek,ya menunaikan hajat nenek yang diutuskan melalui ibu tempoh hari.sebaik taqwa dan mak pulang,mak menyampaikan beberapa pesanan dan bicara nenek pada aku.adik sepupu aku yang sebaya taqwa anak kepada pak uda bakal bertunang tak lama lagi.giliran aku bila? sedangkan aku selaku cucu sulung cikgu haji masih lagi tidak mengikat tali pertunangan apa lagi tali pernikahan.malahan,sama sekali tidak pernah aku di lihat berpacaran mesra dengan seseorang.

2.nenek meminta taqwa mencari pekerjaan lain buat aku melalui internet.kata nenek lagi cucu saudaranya sudah pun memiliki sebuah kereta.giliran aku bila pula? sinis aku menerima kata-kata itu seperti satu penghinaan.perlahan tapi tegas aku katakan pada mak.


"Mak,kalau nenek tanya bila orang mahu punya kereta.katakan saja pada nenek orang tak perlukan kereta buat masa ini.sedangkan orang bekerja dan tinggal berdekatan tak perlu kenderaan.lagi pula mahu pulang ke kampung dengan bas sudah memadai.tak perlu pening memikirkan bayaran ansuran kereta tambah pula untuk bayaran servisnya serta harga minyak yang semakin naik kini."


"Sesiapa pun di kalangan sepupu-sepupu muda yang ingin bertunang atau berkahwin sebelum orang,silakan saja,tidak ada larangan atau sekatan.tapi jangan ditanya giliran orang,sebab masa itu belum tiba"



"Kenapa harus orang bertukar kerja? majikan sudah cukup baik dengan beri jaminan KWSP dan SOKSO untuk setiap pekerjanya.dan gaji juga sudah dinaikkan seperti yang nenek harapkan satu masa dulu.jadi apa lagi mahu nenek,sampaikan di suruhnya taqwa mencari kerja lain melalui internet buat orang? kalau benar orang mahu,sudah lama orang mencarinya 3tahun dulu tak perlu pertolongan sesiapa.nenek beranggapan orang yang tidak belajar di universiti itu juga buta IT? sudah,jangan di desak lagi,kalau nenek mahu nenek sajalah pergi kerja."


*******************************************************************************




aku benar-benar amat berkecil hati
meski pun tujuan nenek itu baik
tapi aku cukup tidak setuju
begitu
nenek seringkali mahu mengatur
masa depan anak cucunya
sedangkan aku sudah punya
rencana lain
dan selalu juga
nenek memandang
rendah
kepada sesiapa yang
tidak
mahu menurut katanya.....

Saturday, May 7, 2011

Dua Darjat


N masih mengejar aku tidak pernah berputus harap jauh sekali untuk merasa jemu.demi hati dan cinta yang ikhlas katanya.tapi bagi aku semua itu tidak akan lama biar sesukar mana pun ujian yang perlu di tempuhnya.sudah nyata ayah N memang tidak sukakan aku sejak pertemuan pertama itu lagi.aku dapat tafsir dan juga menghuraikannya ayah N memang tidak akan pernah sukakan aku.tapi N masih berkeras mahukan aku bersamanya,sedangkan N sendiri sedar yang ayah nya sudah punya pilihan lain buat N.

Ya.memang nyata aku sememang sengaja mencipta jurang antara N dan aku.memang sengaja aku cari pasal ada kalanya.aku memang sengaja mahu menyakiti hati N mahu N merasakan yang aku ini sememangnya tidak pantas buat N.antara aku dan N terlalu jauh bezanya.cara hidup dan pergaulan juga tidak sama seperti keluarga N.aku ini hanya sekadar insan biasa yang tidak punya apa-apa.sedangkan N punya pelajaran dan kerja yang baik jka di bandingkan dengan aku.dan aku juga tidak berupa paras level menawan hati jika nak berdiri di sebelah N.

semakin hari N semakin sayang pada aku sedangkan aku sedang cuba untuk lari dari N.aku mahu terus pergi menjauh hingga N melupakan aku tapi itu bukan sesuatu yang mudah.aku bukan manusia kejam yang sanggup membunuh hati-hati yang tidak bersalah.tapi keadaan seakan mendesak.aku mahu N sedar antara aku dan N tak akan punya kisah yang indah di akhirnya nanti.aku harus pulangkan N ke dunia nyatanya semula.di mana permulaanya N tidak pernah mengenali seseorang seperti aku dulu...






sudah tertulis dalam buku takdir
mengapa mahu dinafikan juga?
cinta tak semestinya bersatu
suka tak semestinya akan jadi milikmu.
jika yang dicipta bukan saiz rusukmu
mana mungkin bisa di sambungkan.

Sunday, April 24, 2011

Aku Bukan Anjing

berkali-kali diingatkan
tapi kau masih beri aku alasan
aku beri kau masa dan peluang
tapi kau jadikan aku penunggu tanpa
jawapan.
kau fikir diri kau tuan?
aku bukan pengemis hina
yang kau pandang jijik
aku juga bukan anjing belaan
yang boleh kau arah.
kau fikir darjat kau tinggi?
aku sabar dan tunggu
aku marah tapi aku diam
aku lihat dan perhatikan
tidak bermakna aku rela
diri kau pijak-pijakkan.
kau fikir diri kau hebat?
sabar aku tanda tidak bermusuh
diam aku tanda sedang merencana
jangan kau buat main dengan aku
selembut-lembut hati
tetap ada kerasnya.




aku takkan cantas kepala kau
itu terlalu mudah
dan kau takkan merasa sakit

tapi aku akan suntik racun
dalam darah kau

supaya kau siksa perlahan-lahan

dan mati dengan penuh kesakitan!

Wednesday, April 13, 2011

Bukan Aku

Aku bukan aku yang dulu

yang pernah kau kenal

aku berubah mengikut waktu

ini paksa bukan kehendak hati

dan kau pentingkan diri

tak fikir hati orang lain

kecewe?

ya dulu aku mungkin kecewa

hidup ini adakala

buatkan aku rasa ingin mati

andai mampu

aku mahu pergi ke dunia lain

aku adalah seseorang yang pernah jatuh

dan mati dahulu

seseorang yang pernah gagal

dan tidak bermakna selalu

aku bukan aku

aku bukan aku yang kau kenal dulu

aku bukan aku

aku bukan seperti sangkaan mu...

Monday, April 11, 2011

Rintihan Sang Pengemis



Ke sana ke mari
tanpa penat tanpa jemu
kau merayu sujud dikaki-kaki angkuh
memandang dengan penuh harap
minta di belaskan.

Tapi malang yang kau dapat
sepak terajang di lemparkan
rintihan kau didengar jelik
sayu mata kau dibalas jegil
yang penuh dengan kebencian.



Sayangnya si anak kucing masih dalam gantungan ibu dibuang tanpa perasaan.masih kecil tidak tahu akan kekejaman dunia.rayunya hanya minta di belaskan diberi seteguk susu dibelai melepas rindu pada si ibu.mengiau sayu dan terus merayu memanggil si ibu.entah manusia durjana mana berhati sial.sedangkan anak sendiri dibunuh buang tanpa kasihan inikan pula si anak kucing tanpa dosa.wahai manusia durjana,sedangkan kita disuruh untuk kasihkan binatang,tetapi kenapa pula harus kau yang berhati binatang?





Tak guna betul!
entah kerja siapa mencampak
anak kucing kecil di depan rumah
masih menyusu pada ibu tapi
sudah dipisahkan.
tak mengapa sayang
aku tetap cuba untuk bela kau.


Tuesday, April 5, 2011

Moody



Aku
kalau hilang mood
semua benda aku nak abaikan
tak perlu susah payah call aku berkali-kali
sebab aku dah siap silent hp tak mahu diganggu

Aku
akan cepat naik marah
bila ada orang buat aku rasa menyampah
tanya soalan bodoh-bodoh
nak busybody kan hal aku

Aku
cukup tak suka berurusan dengan orang
yang selalu nak sarat beratkan kepala aku
elok-elok aku dah berbaik hati
langsung jadi pemaki yang tak berbudi
bosan!




biar orang kata aku loser
tapi jangan sampai pijak kepala
itu durjana namanya.tahu!

Sunday, March 27, 2011

Mensia-siakan Usia


Umur kau genab dan bertambah untuk tahun ini
lalu malam itu kau duduk mendagu dongak ke langit gelap
tengok bulan tengok bintang buat kiraan satu-satu
sampai ke angka itu,kau berhenti dan mengeluh...

dalam tempoh nafas itu,berapa kebaikkan yang telah kau lakukan?
seberapa bahagia kau lalui hari-hari?
berapa kali kau fikir tentang kegembiraan?
adakah ini kehidupan yang kau impikan?

kau menjawab semua persoalan dengan satu jawapan iaitu,





T.I.D.A.K!




Tuhan,kenapa susah untuk merasa apa itu bahagia yang sebenar-benarnya bahagia? bagaimana mahu menjadi seorang yang baik? aku tidak cukup baik untuk menjadi seorang insan.tidak cukup baik untuk jadi yang terbaik.tidak cukup baik untuk menikmati hari dengan senyuman.aku mahu jadi baik mahu jadi yang terbaik.tapi kenapa aku seringkali tewas?
Tuhan,adakah aku ini tidak layak untuk di sayangi?
tolong selamatkan aku,aku takut teramat takut...



Tuesday, March 8, 2011

Monolog Seorang Bosan

Andai dunia ini tak ada undang-undang

sudah lama aku jadi seorang pembunuh kejam.

secara jujurnya

dalam hati aku penuh dengan rasa sakit

dunia yang indah boleh jadi sebegitu membosankan

jika dihuni oleh orang-orang bodoh!

entah kenapa aku semakin berbaik hati

dengan manusia-manusia parasit

teringin mahu kembali ke masa silam yang dulu

aku seorang yang sangat menjengkelkan.

kalau aku diberi kuasa pemusnah

teringin rasanya aku nak memusnah manusia celaka

Sunday, March 6, 2011

Tersiksa Hati



Sambung belajar?
seperti yang dijangka ayah sudah tentu akan bertanyakan hal ini.aku sangka ayah tak akan tahu akan perihal surat tawaran tu.sudah tentu mak sendiri yang beritahu pada ayah tentang tawaran sambung belajar.

Runsing...
ya,aku agak tertekan dengan masalah ini masalah kejiwaan bagi aku.sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi demi cita-cita memang impian aku.tapi masa surat tawaran tu sampai minggu lepas aku merasa agak kecewa.riak yang mulanya gembira bertukar suram bila jumlah yang dinyatakan untuk 1semester bagaikan membunuh seluruh nadi aku.mana aku nak cari duit sebanyak itu? sedangkan aku kerja 1tahun pun belum tentu dapat kumpul jumlah yang sebesar itu.mungkin bagi mereka yang berkemampuan,itu bukan masalah besar.tapi bagi aku itu bagaikan satu musibah.

Sedih...
aku sedih mengenangkan semua ini.keinginan untuk belajar masih ada tapi semua punah.lebih-lebih lagi bila mengenangkan ayah yang sepatutnya menamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya bulan julai ini,menyambung lagi unutk tempoh satu tahun lagi.aku tahu semua kerana mahu menampung perbelanjaan sekeluarga.tambahan pula,taqwa masih lagi ada beberapa sem di universiti.mulia pula sedang menanti keputusan SPM diumumkan jika keputusannya baik,mungkin akan menyambung pelajaran.tinggal cerdik yang masih lagi meneruskan sesi sekolah menengah untuk beberapa tahun lagi.semua itu KOS!

Harapan...
aku tahu dari nada dan riak ayah seperti mahukan aku menyambung pelajaran lagi.seboleh-bolehnya ditahap yang lebih tinggi lagi.kata ayah,tidak mengapa duit boleh dicari.tapi aku sedih bila mengenangkan ayah yang bekerja siang dalam malam 7hari seminggu dan terpaksa memandu selama 2jam untuk ke tempat kerja dan hanya akan pulang ke rumah seminggu sekali.ayah semakin tua rambut putih mula memenuhi ruang kepala kadang-kadang aku dengar ayah batuk-batuk semasa tidur malam.tahu tak bagaimana perasaan itu?

Dilema...
Hari ini aku bekerja,aku agak ayah agak terkejut bila lihat aku bangun awal pagi hari ini.selalunya hari ahad adalah hari cuti bekerja aku.tapi majikan sudah menukar jadual kerja jadi aku akan bekerja 8hari dan cuti 2hari mengikut rotate staff dalam jadual kerja.bila ayah bertanya,aku jawab "over time" dan ayah diam selepas itu.mungkin ayah agak aku sengaja mengambil over time hari ini semata-mata untuk mencari duit lebih bagi menampung kos yuran belajar.aku jadi serba salah takut nanti ayah akan rasa susah hati fikir pasal duit lagi.




perlu ke aku korbankan cita-cita aku?
tapi ayah mengharapkan sangat aku sambung belajar
tapi aku tak sampai hati tengok ayah kerja teruk lagi
sepatutnya dalam umur begini ayah rehat saja dirumah
biar aku ambil alih tanggungjawab sara keluarga
Tuhan...semua ini sangat berat aku sakit.

Saturday, March 5, 2011

Yang Asal


kelepek sekali padan muka sendiri,kononnya teringin nak mengubah yang asal tapi hampeh menyesal di kemudian hari.duit terbang tidur malam pun tak dapat apa hampeh kan.

sekarang sedang menanti-nanti saat kembali pulih seperti sedia kala.tapi dalam hati masih ada keinginan yang mahu di puaskan.




teruk.sungguh teruk!

Wednesday, February 23, 2011

Mula!

sekejap ada
sekejap tak ada
sekejap ada
sekejap tak ada
sekejap ada?
.
.
.
macam iklan biskut pulak heh!
lama kot tak monolog kat sini.yelah sekarang lebih berani meluahkan
rasa di sebelah sana.jadi disini hanya tempat untuk bersembunyi
sorok dari keramaian sebelah sana.
.
.
.
syhhh...
jangan sampai ada yang tahu sudah.
kenapa?
sebab disini lebih jujur dan lebih terbuka.
banyak hal telah berlaku dalam bulan febuari ni.drama swasta masih tetap berjalan dengan
lancar.malah,semakin banyak penambahan siri dan episod.
nasib baik watak tidak bertambah,kalau tidak haru juga.
.
.
.
lepas ni harus lebih berhati-hati menyusun strategi
musuh tidak boleh dijangka siapa-siapa
boleh jadi teman sekatil juga punya komplot untuk menjatuhkan diri
jadi AWASLAH!
.
.
.
masih bosan dengan kehidupan sendiri...

Thursday, January 6, 2011

Airmata Tahun Baru

Semua orang sambut tahun baru dengan senyuman.gelak tawa dan bergembira,masing-masing pasang azam baru.tapi aku menangis pada malam tahun baru mengenangkan apa yang telah aku tinggalkan dan apa yang aku dapatkan untuk tahun ini.lupakan yang lama mulakan yang baru.kalaulah begitu mudah untuk seseorang seperti aku? ada tawaran baik tahun ini tapi amat mengecewakan bila ada di kalangan keluarga yang seakan tidak bersetuju dengan keputusan sendiri...sedih sangat.

.

mak,taqwa,dan H...

aku harap apa yang aku sampaikan kepada mereka adalah berupa satu berita gembira.dan aku mengharapkan sokongan penuh dari mereka tapi hampa.seakan macam ada bantahan dan tentangan kenapa? sedangkan itulah yang aku impikan selama nafas aku ini itulah satu jalan untuk aku terus mengejar cita-cita yang selama ini terhenti tanpa noktah.aku kecewa lagi...ayah masih belum tahu tentang pengkhabaran ini.cukup aku beritahu pada mak dan mak sudah tentu akan maklumkan pada ayah.

.

ya,memang aku akui ini juga adalah jalan untuk aku keluar dan lepaskan diri berlari sejauh mungkin tinggalkan tempat ini.aku mahu pergi sejauh yang mungkin dan tidak akan menoleh lagi apa lagi mahu mengutip segala butiran cerita lama yang sudah aku tinggalkan di belakang.aku mahu pandang ke hadapan tanpa perlu menoleh walau sekilas.aku mahu menjauh dari semua mereka-mereka yang mengenali aku.sembunyi? tidak aku bukan sembunyi cuma aku hanya ingin tinggalkan tempat ini dengan harapan aku boleh mulakan hidup baru.

.

atau mungkin aku perlu terus berlakon dengan watak baru seseorang yang sudah hilang ingatannya.maka sesiapa saja yang menegur boleh saja aku berpura-pura tidak mengenalinya atau mungkin aku boleh menjadi seorang pendeta yang memutar belitkan syair yang aku perdengarkan kepada semua.apa yang aku perlu buat untuk diri sendiri pada tahun ini jika semua keingin sudah ada tentangan?

.

teruskan hidup dengan kecewa...

.

.

.

.

.

Stupid Mistake!

Aku buat lagi aku ulang lagi walaupun aku sedar itu satu kesilapan yang amat bodoh! aku tak tahu kenapa aku boleh buat keputusan sampai macam tu.sepatutnya aku bertegas dengan mengatakan TIDAK! tapi apa yang buat,lain jauh sekali daripada apa yang ada di minda aku masa tu.semua itu atas dasar apa? kasihan? simpati? tak sampai hati? atau aku sebenarnya sudah penat? penat untuk terus bertarung lagi...lalu aku sendiri menyerah kalah!
.
Tuhan.....
adakah aku ini berdosa? berdosa kerana berpura-pura berdosa kerana mahu menjaga sekeping hati? aku buntu tidak tahu apa yang perlu aku lakukan lagi,mahu menolak tapi tak sampai hati.lalu aku terima dengan separuh hati.ikhlaskah perasaan itu? setiap kali mendengar kalimah itu,hati aku perit dan sakit.aku tak sanggup lagi nak teruskan jalan cerita ini lagi aku tak mahu lihat ada hati yang akan terluka,maka aku lukakan hati sendiri.aku sakitkan hati sendiri untuk membahagiakan hati orang lain.aku dilema jika aku menolak,akan ada hati yang akan menangis.tapi jika aku terima,hati aku sendiri yang akan menangis.aku cuba ikhlaskan hati untuk terima seadanya tapi aku gagal.
.
hati aku tidak sepenuhnya menerima sebaliknya hati terluka dan marah pada aku kerana memaksa.tuhan berikan aku jalan untuk keluar dari belenggu ini aku benar-benar tidak dapat berikan seperti apa yang di harapkan.aku ingin bebas tidak mahu terikat lagi dengan perjanjian ini.tolong aku ingin keluar dan lari sejauh yang boleh bagaimana harus aku berhadapan dengan N.apa yang perlu aku lakukan untuk menuntut kebebasan ini,aku tidak mahu N terluka tapi jika aku terus bersama dia,aku sendiri yang akan terluka kerana memendam rasa.yang benarnya hati aku ini masih punya rasa pada kisah-kisah aku yang dulu......
.
.
.
.
.
perlukah menyakiti hati sendiri
demi secebis senyuman bahagia
untuk insan lain?

Friday, December 10, 2010

Perkara Bodoh

Memang betullah kata Pisau Belati,melakukan kesilapan yang sama berulang merupakan perkara yang bodoh.tahniah buat diri sendiri kerana berjaya memperbodohkan diri sendiri.lepas tu baru nak tersedar,eh kenapa aku ulang lagi benda bodoh ni? lepas tu abaikan malas nak ingat balik mulanya berniat macam nak insaf.tapi terlupa dan terus bodohkan diri untuk ulang lagi pekara bodoh macam tu.bangun pagi teruskan rutin seperti biasa seperti tidak bersalah,padahal nanti bila satu masa kau sepi sendiri,barulah nak terkenangkan dosa-dosa silam yang pernah kau buat dulu.aniaya diri sendiri barangkali...
.
oh,berita baik semalam aku sudah tidak berairmata lagi walaupun rasa down masih lagi membalut diri degil tak nak lepaskan aku.nak juga memeluk erat sampai aku sendiri lemas dan sesak nafas.memang sengaja nak buat diri aku merana berkurun-kurun...............*ayat tergantung tak tahu nak sambung apa.
.
aku terkejut tadi langsung pucat satu badan masa tengah tulis blog ni tiba-tiba ada bunyi benda jatuh dekat stor.habis semua memori hilang tak berjejak aku beranikan diri cuba intai di sebalik pintu,rupanya ada seekor kucing panjat atas almari dan menjatuhkan sebuah kotak kosong.dan sebab itu juga ayat di perenggan kedua diatas tergantung begitu saja.tak apa ini hanya sekadar monolog dalaman orang tak tahu.kalau tahu syhh...kita diam-diam saja rahsia sampai bila-bila nanti riuh rendah kat sini kecoh satu kampung aku tak suka itu.kecoh kat sana tak apa tapi kat sini jangan sesekali nanti aku kerat lidah sorang-sorang.
.
esok raya aidil adha...eh betul ke? entah aku sendiri terlupa mungkin sebab aku hanya cuti untuk satu hari.raya sehari dan esoknya kerja seperti biasa tak rasa macam hari raya pun.tapi bagus juga tak perlu aku terlalu lama bercuti di kampung.ada juga alasan untuk aku melarikan diri dari sanak saudara yang ramai tu.eh,tiba-tiba rasa sebak...teringat pada gambar perkahwinan W hari tu.yelah rumah aku dan W tak jauh nak masuk ke taman perumahan aku,perlu melalui kawasan rumah W.aku berharap sangat aku tidak terserempak dengan W nanti.kasih masih bersisa? keliru...selepas berpisah dengan I selama beberapa tahun,aku cuba menyemai cinta bersama W.tapi bertahan untuk 1tahun saja kerana bayang I selalu datang mengganggu macam hantu.

.

.

.

.

.

2010 aku banyak buat perkara bodoh
jadi aku berharap sangat dapat mati
dengan tenang jika sudah sampai ajal nanti
eh,kenapa aku rasa macam tak ada kaitan?