ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Wanita
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Friday, 13 April 2018

MANIFESTO BARISAN NASIONAL BERIKAN PENGIKTIRAFAN KEPADA KAUM WANITA


13/4/2018 MARAN - Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak baru baru memberikan peranan yang penting kepada wanita dan ini selaras dengan Tahun Memperkasakan Wanita 2018.

"Pengumuman tersebut telah meletakkan satu fokus kepada wanita dalam mengejar kepesatan arus pembangunan negara. Ianya sekaligus memerlukan semua pihak untuk memberikan komitmen bagi membangun serta memperkasakan wanita dalam institusi keluarga".

"Wanita adalah nadi dan tulang belakang kepada masyarakat dan negara. Usaha terus dijalankan bagi memperkasakan wanita dengan meletakkan mereka di peringkat pembuat dasar dengan penglibatan paling kurang 30% wanita di peringkat pembuat dasar. Terdapat peningkatan dalam penyertaan wanita dalam tenaga kerja negara yang progresif daripada 48% pada tahun 2011, kepada 52.6 % pada tahun 2013 dan seterusnya terus meningkat kepada 54.3% pada tahun 2016".

"Kerajaan menyasarkan peningkatan penyertaan tenaga kerja wanita ke angka 59% menjelang 2020. Malaysia juga telah menunjukkan pencapaian positif dalam kesaksamaan gender dengan memberi peluang yang sama kepada wanita".


Sepanjang 50 tahun lalu, penglibatan wanita dalam pembangunan negara, mulai berubah dan bertambah penting. Wanita bukan sahaja dilihat sebagai agen pembangunan ekonomi negara malah masih kekal sebagai tunjang utama pembinaan keluarga bahagia",ujar YB Dato'Seri Shahaniza Hj Shamsuddin .

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang berkata demikian ketika melancarkan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang di Dewan Semai bakti Jengka 3 Maran di sini. Program itu juga dilakukan secara NBOS melibatkan Jabatan Kebajikan Massyarakat melalui hari Penutup Kembara Kebajikan 1Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dengan Pelancaran Gerak Wanita Anti Rasuah ( G - War), dan LPPKN turut serta melancarkan Program Pemeriksaan Keluarga dan Komuniti (FACE) 3.

Hampir seribu wanita terdiri dari seluruh pelusok negeri Pahang mewakili pelbagai NGO dan masyarakat setempat membanjiri Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3, Maran. Pelbagai acara di susun sempena Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang antaranya bacaan Yasin Perdana, Forum dan pameran agensi.

Turut hadir di majlis tersebut Ybhg Dr faridah Awang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Malaysia, En Zulkhari Bin Zainol Abidin Pengarah JKM Pahang, YH Dato Azmi Kamaruzaman Pengarah SPRM Pahang,ketua ketua jabatan serta masyarakat setempat .

GALAK TUBUH KOPERASI TINGKAT PELUANG JANA EKONOMI IBU TUNGAL



12/4/2018 MARAN -  Kaum wanita seharusnya merasakan bersyukur mempunyai kerajaan yang sentiasa peka dan focus dalam memastikan aspek kesejahteraan setiap golongan masyarakat,termasuk golongan Ibu Tunggal tidak dilupakan dalam  menongkah arus pembangunan negara. Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi membantu golongan Ibu Tunggal dalam meneruskan kehidupan harian  seperti bantuan kewangan,kaunseling,bantuan guaman bagi tuntutan hak- hak seorang ibu tunggal seperti harta sepencarian,hadhanah,faraĆ­d,kursus dan peluang perniagaan bagi memperkasakan ekonomi Ibu Tunggal.



Sesuai dengan Tahun Memperkasakan Wanita, kerajaan telah melancarkan Pelan Tindakan Memperkasakan Ibu Tunggal yang merangkumi 19 langkah strategic berdasarkan teras utama iaitu memperkasakan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial dan meningkatkan perlaksanaan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan Ibu Tunggal.

“Ibu Tunggal digalakkan untuk menyertai koperasi bagi meningkatkan pendapatan . Melalui koperasi Ibu Tunggal , setiap ahli akan menerima dividen diatas keuntungan perniagaan yang dijalankan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada koperasi melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai contoh memberikan geran permulaan kepada koperasi memulakan perniagaan sebanyak RM 20,000 dan jika didapati koperasi berdaya maju dan ditadbir urus dengan baik nilai geran akan ditambah dari masa ke semasa. Berbanding dengan Ibu tunggal yang menyertai persatuan, kerajaan hanya memberikan bantuan one off untuk aktiviti persatuan dan ini pastinya tidak kepada individu yang menyertai persatuan”.


“ Besar harapan saya dengan penubuhan Koperasi Ibu Tunggal, dapat menggunakan Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul ini dapat memberikan peluang kepada ahlinya menjana ekonomi. Terima kasih kepada ECER Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang merealisasikan impian saya dengan siapnya sebuah Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul yang menelan belanja RM 250,000.00. Kompleks  ini akan dilengkapi dengan kelengkapan mesin jahit dan pelbagai peralatan jahitan  bagi ibu tunggal yang berminat untuk Dr faridah bt Awang Timbalan menambah pendapatan yang akan diuruskan oleh Koperasi Ibu Tunggal”, kata YB Dato’Sri Shahaniza Hj Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian Kompleks Ibu Tunggal yang dirasmikan oleh Yg Faridah binti Awang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia yang mewakili Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia.  Komplek Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul adalah satu satunya Kompleks Ibu Tunggal yang terdapat di Negeri Pahang.






Tuesday, 7 November 2017

WANITA DI GESA CEBURI KEUSAHAWANAN BAGI JANA PENDAPATAN


7/11/2017 MARAN - Kerajaan sentiasa berusaha memperkasakan bidang keusahawanan dengan mempertingkatkan penglibatan usahawan tempatan terutama dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, makanan, dan pertanian dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pinjaman perniagaan, kursus, latihan serta bimbingan kepada para usahawan.

" Antara langkah yang harus dilakukan bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, kaum wanita perlu mempersiapkan diri dengan menceburi bidang keushawanan. Banyak agensi kerajaan yang sedia membantu golongan usahawan wanita diantaranya Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat, TEKUN dan Amanah Ikhtiar. Hari ini kita boleh lihat kebanyakan yang menerima bantuan dan pinjaman daripada kerajaan adalah terdiri daripada golongan wanita".

"RISDA turut memainkan peranan dalam meningkatkan pendapatan pekebun pekebun kecil getah dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi bagi mengelakkan mereka bergantung kepada hasil pokok getah semata mata. Melalui Program Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan pekebun pekebun kecil yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan layak menerima bantuan sehingga RM 20,000 bagi setiap keluarga agar dapat meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000 sebulan sekeluarga menjelang 2020".

"Selain itu difahamkan terdapat banyak kemudaha yang disediakan dibawah pembangunan produk berkaitan kursus-kursus kemahiran, pensijilan halal, GMP, HACCP, Pembungkusan dan Perlabelan. Tidak ketinggalan juga, RISDA menyediakan Tabung Keushawanan Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) kepada usahawan yang berkelayakan dan maksima pinjaman sehingga RM 100,000".

"Di daerah Maran sahaja RISDA telah meperuntukkan sebanyak RM 380,000 bagi Program Pembangunan Usahawan dan seramai 120 orang usahawan dibawah bimbingan RISDA telah berdaftar di bawah Kelab Usahawan Daerah Maran. Keprihatian kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak haruslah dihargai dan menolak sama sekali tanggapan yang kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang zalim", ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di sini.

Pada majlis itu juga pelbagai anugerah keusahawan telah diberikan kepada usahawan yang berjaya hasil bimbingan RISDA sebagai galakan supaya terus maju dalam bidang keusahawan di masa akan datang.Turut hadir pada majlis berkenaan En Mohd Khairul Azlan bin Mohd Zaidi Ketua Unit Pembangunan Usahawan RISDA Pahang dan En Amir Hamizan Hairudin Pegawai RISDA Daerah Maran.

Shahaniza menyampaikan Anugerah Usahwan Tebaik
(Perkhidmatan)kepada Engku Sapura binti Tuan Losin

Shahaniza melawat gerai pameran Mini Karnival Usahawan

Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Daerah Maran
 di rasmikan oleh Shahaniza Shamsuddin

Sunday, 23 October 2016

KERAJAAN PAHANG IKTIRAF PERANAN DAN SUMBANGAN WANITA


Kuantan 22/10/2016- Kerajaan Negeri Pahang buat julung kalinya memperkenalkan anugerah sebagai pengiktirafan kepada kaum wanita melalui Anugerah Tokoh Wanita sempena dengan Hari Wanita dan Karnival Komuniti Perwani 1Malaysia 2016.

Sambutan penuh meriah itu diadakan di RTM Pahang Kuantan dan bersempena dengan sambutan itu pelbagai acara menarik turut diadakakan antaranya senamrobik,ceramah perdana,pameran dan penampilan istimewa Zaiton Sameon.


"Wanita diciptakan sebagai makluk yang sarat dengan kasih sayang,kasihnya sangat luas,jiwanya sangat mudah tersentuh,satu anugerah yang paling istimewa.Allah s.w.t menciptakan wanita dengan gelaran seorang ibu,dari perut ibu itu lahirlah negarawan,lahirlah jaguh dunia dan manusia-manusia hebat  dibumi ini bak kata pepatah 'Disebalik kejayaan lelaki terdapat seorang wanita dibelakangnya".

"Di Pahang YAB Menteri Besar Pahang tidak memandang wanita  sebagai perbezaan gander tetapi lebih kepada kemampuan individu didalam melaksanakan agenda pembangunan negeri samada jawatan persekutuan ataupun jawatan negeri.

"Para wanita tidak dipinggirkan malahan diberikan kepercayaan menerusi Jabatan dan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Perancangan dan Desa,Pegawai Daerah dan lain lain.Pemilihan tersebut buan disebabka kouta tetapu disebabkan pencapaian dan keupayaan wanita".ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika menyampaikan ucapan alu aluan.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan KDYTM  Tunku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah .Baginda juga berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Kepimpinan Wanita Pahang kepada YH Dato'Rahmlah binti Kasim.Tokoh Kesukarelawan Wanita Pahang kepada YH Dato'Melati b Ali manakala Tokoh Wanita Kurang Upaya Wanita Pahang kepada Rosemawati bt Muhamad.

Mereka membawa pulang wang sebanyak RM 5,000 dan plug dari kerajaan negeri Pahang,kain pasang sumbangan Jakel  dan cenderahati dari Avon.


Sunday, 15 May 2016

FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA:USAHAWAN DIGESA REBUT PELUANG


TEMERLOH - 15/5/2016 - Usahawan wanita digesa merebut peluang perniagaan sempena Festival Wanita Untuk Wanita yang akan bermula dari 19hb Mei sehingga 22hb Mei 2016 yang akan diadakan di Dataran Temerloh Pahang.

Festival Wanita Untuk Wanita ini yang akan berlangsung selama 4 hari ini adalah bertujuan membantu golongan wanita yang meminati bidang keusahawan untuk mempromosikan produk mereka di festival secara besar-besara yang julung kalinya diadakan.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia,Wanita dan Keluarga Negeri Pahang ketika ditemui menyeru agar semua wanita yang berada di Pahang mahupun di luar Pahang untuk turut serta dalam festival yang diadakan secara besar-besaran dan dianggarkan seramai 250,000 pengunjung akan hadir .

Usahawan wanita perlu menjadikan festival ini untuk meluasakan serta mempromoskan perniagaan mereka melalui gerai-gerai jualan yang ditawarkan kepada peniaga yang berminat,Selain itu pengunjung akan turut berpeluang merebt hadiah cabutan bertuah melebihi RM 100,000 yang ditawarkan selain 19 acara lain turut sama dijalankan bagi memeriahkan festival tersebut.

Pada Festival Wanita Untuk Wanita ini juga akan dilancarkan satu portal perniagaan khusus buat membantu usahawan wanita melalui pengumpulan data,tip perniagaan dan informasi berkaitan perniagaan yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang.

Antara acara lain selain pameran dan gerai jualan ialah .Antara acara menarik Sukan Rakyat,Belon Udara,Ceramah Agama,Feriss Wheel,Pahang Idol,Aspirasi Wanita & Selebriti,Pemeriksaan Kesihatan Pecuma,Cabutan Bertuah,Bolasepak Artis,Senamrobik Zumba,Kenduri Rakyat,Inflatable Games,Lady Biker,Pameran,Pertandingan Bolajaring,Busana Muslimah,Kursus Keusahawana dan Wayang Pacak.

Festival Wanita Untuk Wanita ini mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandra dan Wilayah(KKLW),Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI),Majlis Perbandaran Temerloh,Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia(SIRIM),TEKUN Nasional,SME Corp,Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia(MARDI),Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),Majlis Amanah Rakyat(MARA).

Fetival ini juga untuk menghargai golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan mahupun yang terlibat dengan pekerjaan lain bertepatan dengan sambutan Hari Guru dan Hari Jururawat yang kebetulan disambut pada bulan ini.





Thursday, 7 April 2016

SATU PENCERAIAN SETIAP 15 MINIT DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN


Statistik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009 menunjukkan berlakunya satu penceraian dalam masa 15 minit di kalangan umat Islam namun ianya hanyalah merujuk kepada kes yang berjaya di daftarkan secara rasmi.

Pastinya angka lebih besar bagi kes yang tidak di daftarkan secara rasmi.Bagi kes penceraian  yang diluluskan pada tahun 2014 dan 2015 daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula menunjukkan angka semakin meningkat saban tahun iaitu jumlah kes 25,679 pada tahun 2014 dari bulan Januari sehingga 4 Jun 2015 sahaja mencapai  8,625 kes.

Bagi kes yang melibatkan keganasan rumahtangga berasarkan laporan Polis DiRaja Malaysia pada tahun 2015 (January sehingga April) adalah sebanyak 1,644 kes.daripada jumlah itu sebanyak 1,644 kes melibatkan wanita dan daripada jumlah itu Selangor mencatatkan  jumlah kes tertinggi sebanyak 275 kes.

"Senario ini mencetuskan satu tahap kebimbangan mengenai keharmornian rumahtangga.Ianya diburukkan dengan tahap kefahamanan pasangan tentang hak-hak mereka dari segi undang-undang.Keadaan bertambah rumit apabila mereka kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung selama ini dan terpaksa meneruskan kehidupan dengan mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga".

"Justeru itu,sekiranya wanita tidak mengetahui adanya peruntukan undang-undang untuk membela nasib merea,maka hak-hak mereka sebagai seorang wanita,isteri,ibu atau ibu tunggal tidak akan terbela", ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika merasmikan Seminar Literasi Undang Undang (LUU) 2016"Respek Wanita :Bicara Gender & Hidup Aman Tanpa Kegenasan di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah Maran hari ini.

Antara objektif program yang dihadiri oleh 200 peserta mewakili NGO dan wanita sekitar daerah Maran ialah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai peranan gender dalam setiap aspek kehidupan seharian masyarakat.

Mereka juga diberi pendedahan dan pemahaman mengenai gender dan peranan setiap individu didalam melaksanakan peranan masing-masing dan komuniti selain memberikan maklumat kepada individu dan masyarakat tentang saluran dan bantuan yang disediakan kepada mangsa akeganasan rumahtangga.



Saturday, 9 January 2016

KEHIDUPAN PENUH PANCAROBA IBU TUNGGAL KERAJAAN SEDIA BANTU


KUANTAN 8/1/2016 - Kehidupan penuh pancaroba yang dilalui oleh golongan ibu tunggal sering mendapat perhatian masyarakat.Mengharungi kehidupan dengan menggalas tanggungjawab berat yang dipikul dibahu memerlukan ketabahan dalam menyara keluarga dalam persekitaran semasa yang mencabar

"Ibu Tunggal perlulah mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi memudahkan bantuan di salurkan oleh pihak kerajaan dan NGO.Ketika ini hanya sekitar 200 orang Ibu Tunggal yang berdaftar dengan JPW".

"Kerajaan tidak biarkan mereka ini begitu sahaja dan mereka mendapat pelbagai bentuk bantuan melalui JKM namun ianya tidak dinamakan bantuan Ibu Tunggal sebaliknya diberi bantuan am seperti bantuan untuk anak-anak sekolah selain Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menerusi pemberian zakat".

"Ibu tunggal juga digalakkan menyertai kursus kemahiran melalui Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan Inkubator Kemahiran Wanita bagi menjana pendapatan",ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ,Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui di Kuantan.

Skim bantuan perniagaan juga disediakan kepada Ibu Tunggal seperti TEKUN Nasional,Amanah Iktiar Malaysia dan MARA.

Untuk keterangan lanjut sila klik ke laman JPW Pahang



Wednesday, 25 November 2015

#DUNPAHANG2015 INTIPATI PENGGULUNGAN EXCO PEMBANGUNAN WANITA & KELUARGA,KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA


Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Mensyuarat Ke 3 Penggal Ke 3 Kali Ke 13 telah bermula dari 16hb Disember dan berakhir pada 24hb Disember 2015.Pada sidang kali ini juga Y.A.B Menteri Besar Pahang membentangkan Bajet 2016 bagi Negeri Pahang.Ianya telah dibahas dan diluluskan oleh Dewan Negeri Pahang.

Seperti lazimnya pihak kerajaan Negeri Pahang akan menjawab serta  memberikan penjelasan kepada soalan-soalan dan perkara yang dibangkitkan sepanjang persidangan oleh wakil-wakil rakyat tidak kira penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Antara yang mengambil  peluang menjawab  ketika penggulungan pihak kerajaan ialah Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang YB Dato'Shahaniza bin Hj Shamsuddin yang juga ADUN Kuala Sentul.

Intipati Ucapan Penggulungan

WANITA DAN KELUARGA
  • Bajet 2106 yg dibentangkan MB Pahang masih lagi mengutamakan kesejahteraan rakyat.
  • pembinaan modal insan tetap diberikan keutaman melalui institusi keluarga,masyarakat dan pembangunan wanita.
  • JKM,LPPKN dan JPW memperkasakan pembangunan wanita menerusi pelbagai program seperti Smart Belanja,Parenting At Work,Ilmu Keluarga,Bengkel Keibubapan Anak Keperluan Khas,Hari Ibu,Hari Bapa dan Bulan Keluarga yang diistiharkan pada bulan November.
  • Unit Kaunseling kendalikan 249 individu dari seluruh Negeri Pahang yg mempunyai masalah perkahwinan,keluarga tekanan dan kecelaruan emosi.551 orang telah menyertai program pengurusan emosi dan bagi golongan remaja 51 kes telah dirujuk
  • memandang serius kes pembuangan bayi walaupun statistik kecil berbanding di negeri pantai barat.Terdapat 3 kes pada tahun 2013,7 kes 2014 dan 5 kes 2015.Mayarakat perlu ubah sikap memandang hina kepada anak tidak sah taraf sebaliknya ibu bapa yang terlibat perlu diberi bimbingan kaunseling dan ajaran agama.
  • NGO turut digesa memainkan peranan dalam mengatasai masalah pembungan bayi dan inisiatif  NGO Orphancare yang melaksanakan program Baby Hatch  amat dihargai.
  • Pelan Pemerkasaan Ibu Tunggal yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita menjadi teras membela golongan tersebut melalui pelbagai latihan keusahawanan.
  • 72 wanita daripada Negeri pahang telah berjaya dilatih melalui Program Inkubator Kemahiran Wanita(IKEUNITA).
  • 18 usahawan wanita telah dipilih sertai Program Bazar Wanita yang akan dilaksanakan di Bentong,Bera,Temerloh dan Maran dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga(MPWK) terima peruntukan RM 140,000 dari Kerajaan Persekutuan laksanakan aktiviti kemasyarakatan di akar umbi libatkan 14 Parlimen MPWKdi Negeri Pahang.
  • Kerajaan Negeri telah membenarkan Pengerusi MPWK menghadiri mensyuarat Fokus Grup di darah masing-masing  bagi membantu kerajaan menyelesaikan masalah diperingkat akar umbi.
  • MPWK menyokong usaha kerajan persekutuan melalui KPWKM menjalankan kempen kesaksamaan gender dan kempen hentikan keganasan terhadap wanita.
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

  • Pengguna celular diharap menggunakan pakej penjimatan roaming yg disediakan servis provider elak caj yang mahal ketika berkunjung ke luar negara
  • Jadi pengguna yang bijak off kan data bagi applikasi di telefon masing2 ketika berkunjung keluar negara
  • Penguna di Kuantan,Indera Mahkota dan Pekan akan dapat mengakses internet dengan lebih pantas apabila TM melancarkan UNIFI sebagai alternatif kpd perkhidmatan streamix hujung tahun ini.
  • SKMM telah mengarahkan semua telco untuk beroperasi di 49 "Naked Tower" atau menara kosong dan dijangka selepas  Disember ini masalah tersebut akan diatasi
  • Pada tahun 2016  sebanyak 65 menara baru akan dibina di Pekan,Rompin,Bera,Maran,Mentakab,Jerantut,Kuantan,Lipis,Batu Talam dan Bentong
  • Beberapa lagi Pusat Internet 1 Malaysa akan turut beroperasi antaranya Felcra Rumpun Makmur,Keratong 5,Bkt Iban,Jengka 16,Jengka 21,Sg Retang dan Jeti Kuala Tahan.
  • Kemudahan telekomunikasi terkini dan capaian internet yan semakin meluas dhendaklah tidak disalahgunakan bagi tujuan lain seperti jenayag siber dan fitnah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...