Showing posts with label BF. Show all posts
Showing posts with label BF. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Saya juga bukan ibu yang cacat

Aku terpanggil nak buat entry pasal ni bila pagi2 terbaca pasal cerita INI di blog dan FB hannahjohary.



Mula-mula baca aku berasa geram, geram befikir yang ada juga hamba Allah yang akan berfikiran macam tu.Ramai ibu-ibu diluar sana yang melenting, geram, marah , bekecil hati bila statement itu dikeluarkan. Ada diantara mereka menjadi down, menyalahkan diri masing2 kerana tidak dapat memberi yang terbaik untuk anak mereka sedangkan mereka mengetahui tentang kebaikan susu yang dinamakan susu ibu itu. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak sendiri bukan?

Bagi pendapat aku, dia tidak berhak untuk berkatakan sedemikian. Dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kita, kita patut bersyukur dengan menyebut Alhamdullilah, bukan dengan mengdownkan orang lain, sehingga puluhan orang berasa kecil hati, tarik muka dan rasa rendah diri.

Aku adalah seorang ibu yang menyusukan anak. Aku bangga walaupun aku hanya berjaya fully selama 8bulan pertama dan meneruskan sebahagiannya sehingga sekarang. Aku turut lalui macam2 dugaan dalam menempuhnya. aku tak pernah kritik sahabat lain yang tak beri susu ibu, malah sama2 mendorong mereka dan keluarga aku yang cuba untuk menyusukan. kerana aku takut, satu hari nanti Allah tarik balik nikmat menyusukan anak lagi....aku takut. 

Bak ibarat, kerana mulut badan binasa.

Dalam kes rodziana tu. Dia dah minta maaf, tak apelah, tapi mungkin akan mengambil masa untuk ibu-ibu lain untuk melupakan tuduhan 'ibu cacat' yang dia berikan kepada mereka. Termasuk kepada aku yang memberikan separa FM kepada Auf. adakah aku juga cacat. Ini bukan dorongan namanya. 

Aku memang tabik la dekat  ibu yang menyusukan anak fully & bekerja. Aku rasa mereka hebat. Aku kagum dengan ibu yang boleh pam susu sampai 9oz penuh satu botol besar sedangkan aku hanya botol kecik diperlekehkan tapi tolonglah jangan sampai riak. Ingat, Allah tu maha kaya, diboleh tarik balik bila2 masa.

Kepada ibu yang tak dapat susukan anak , percayalah anda bukan cacat, cuma kurang bernasib baik. Mungkin nasib anda lebih baik kelak, siapa tahu kan? 

Dan kepada ibu yang dikurnia kan susu yang banyak itu, teruskan usaha murni anda, anda adalah hebat dan yang penting, besyukurlah kepadaNYA, jangan riak.



 p/s: mulut orang bukan boleh tutup pon

:)

Friday, March 11, 2011

Cerita petang hari

Disatu petang yang hening, perbualan antara aku dengan seorang sahabat berlainan bangsa dan agama membuatkan aku terfikir , dimana betapa besarnya kuasa Tuhan.

"eh , yaya... you masih brestfeed ur baby meh. Sudah berapa lama"

"baby ai 14month , yalah... susu ada lagi maa... bagi saja lah"

" ei , actually ha, u jgn terlalu lama bf your baby tau, its not good, i mean not good for mother"

"y? "

" My auntie lah kan, dulu first child dia kan , dia bf for about 1 year plus u know, then ha... later , her nenen ha, become small, then smaller... even i lihat ha, macam nak flat weii"

"serius haa?"

"betullll, then dia dapat second baby , then dia bf for less then 6month kan... dah OK already. Dah tak flat... "

diam. T_T



Itulah beza antara agama dia dan agama kita.
Even ia adalah benar, perlukah kita sayangkan badan kita dengan menyekat hak anak. Hak yang dah menjadi ketetapanNYA.




Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


:)

Friday, May 14, 2010

To my dear auf

auDear Auf sayang,

im so sorry...sorry that i could not make enough stock for u.... bonda try so so hard nak get through all this every day...bonda berfikir every single second about u sayang.... and sentiasa try to fulfill Ur demand.... with only my milk...but i can't......

but bonda terpaksa sayang...terpaksa sebab my work schedule , and surrounding
membuatkan i can't get enough stock for u.... but selagi ada daya upaya bonda akan teruskan jugak breastfeed auf selagi mana ade rezeki untuk auf dan selagi mana auf mahu sayang.... bonda juga sentiasa berdoa supaya hari2 yang bonda lalui dipermudahkan dari segala urusan.....


bukan bonda kata bonda give up...... bonda tetap berusaha keras sayang..... tak kira betapa hebat dugaan yang datang.... betapa buruk pandangan org lain terhadap bonda yang dikatakan manjakan anak...betapa penatnya bonda dalam mengharungi hari2 dalam membesarkan auf...... walau terpaksa mendengar kata2 bukan peransang.... walau terpaksa abaikan waktu makan..... walau terpaksa korbankan waktu sosial bersama rakan sekerja..... bonda tetap cuba....dan cuba sayang....


bonda buat semua untuk auf..... sebab bonda rasa auf amanah Allah buat bonda dan ayah....and one day......if u can read this.... trust me..... i love u more than u know..... jika ade rezeki auf akan datang untuk dapat adik dari 'kilang' bonda nan satu itu..... bonda bersyukur...dan bonda akan terus lakukan yang terbaik untuk mereka juga...insyaallah......



Auf.......bonda takkan mengharap kan balasan auf satu hari nanti...... cuma apa yang bonda harap...auf jadi seorang manusia yang taat pada perintahNYA , sentiasa ingat pada bonda dan ayah dan didiklah anak2 auf nnt mengenal apa ertinya susu ibu itu......

bonda halalkan setiap titis air susu dari badan bonda ni anakku auf mikail.....



salam sayang,
dari bonda.

Friday, May 7, 2010

Nursing or smoking......

dalam bonda dok terjah2 blog org lain tetiba bonda terbaca satu blog ni...... dia menceritakan perihal breastfeeding.... dia kata ada dalam satu facebook tu ade orang membincangkan mengenai nursing room di office..... ayat dia "orang buat building office untuk kerja bukan untuk nursing" ....


perghhh...terbakar betul bila bonda baca....ish2.....

apa beza dengan depa buat smoking area.....(smoking area boleh buat...nursing room dibantah buat plak)

lu fikir la sendiri.....

emo!
hahahaha

Tuesday, May 4, 2010

Susu strawberry ??

 *untuk bacaaan ibu2 sahaja...bapak2 kalau nak baca jadikan ia sebagai bahan bacaan tambahan..hehe*


Semalam satu tragedi oktober telah terjadi....yang membuatkan bonda terkedu seketika..... ceritanya begini...cececece...ade intro plak.

semalam adalah hari yang macam ala kelam kabut sikit arrr.....dipendekkan story, mase nk balik keje tu patut aku pam susu dalam kul 4.30 camtu...ni tak...kutahan2 jebat...sampai la pukul 5.30 nk balik.... padahal rasa dah senak2 dada..... dalam hati fikir , eh biarlah sampai rumah karang pam cecepat..... sekali balik lengang kangkung mak inon sampai separuh jalan terlupa pada susu dalam fridge office...ah lamakk! dah le jem...malas nk patah balik..... dengan susu dengan pam2 sekali ku tertinggal .....ape la nk jadik dgn aku nih....oh ya...memikirkan kat rumah ade pam versi electric kuasa kuda.....ku abaikan saje pam manual cap ayam tu kat office. ala...sap2 soi je la. heee (berlagak tu)....

sesampai dirumah....auf tido...jadi cecepat la masuk bilik carik pam Spektra pinjam yang dah jarang digunakan..... set ke high frekuensi ...cewahh.... dan terus zasss mengepam...sambil senyum2..... itu lah dia....org tamak selalu rugi.... bagai anjing dan bayang2...eh...eh..... hehe...... dah dalam 2oz terkumpul tetiba rasa nk pandang pam....tetiba nmpk setitik darah....aduhaiii...cuak den! cek2 takde luka ke ape..... (muka dah start cuak gilos) apakah?? apakah??? sempat cabut corong tu dan naseb dia tak masuk ke dalam lagik.....simpan la 2oz tu.... then squeezes2 (picit2) hehe la kan....tgk2 ade setitik dua darah kuar dari kilang susu....alahai...camne nih..... adakah ia selamat...apakah yang terjadi padaku....bagaimanakah untuk meneruskan penyusuan ini..... bermacam2 ayat buku teks bahasa malaysia tingkatan 5 keluar dalam hati kecilku ini....

trs stop sementara pam....sapu 'kilang' dengan susuibu.... then cikmok balik ngadu2 manja dengan cik mok..... dia biasa la muka cool je sentiasa.....hehe.......aku ni penuh dengan tanda tanya..... lagi2 terfikir selamat ke bagi auf direct feed nih...camne nih..... pastu sedih2 sendiri merasakan diri serba kekurangan....emo! haha.

lantas aku terus menggapai internet dan membelek di web kegemaran iaitu susuibu.com .....disana kubelek2 dan terjumpa lah jawapan utk persoalan aneh diminda ku ini..... baru aku tahu yang suction pam S3 tadi tu terset terlalu kuat dan 'kilang' terkujat sebab biasa ku guna manual yang lembut.. atau madela pon soft shield... tetiba lama tak guna Spektra pinjam tu jadi macam kuat sgt jadi tissue kite terluka.....

dan menurut kata pakar2 dalam tu..... EBM yang bercampur darah kena buang..... kite boleh lihat sendiri pabila dia terasing dengan sendirinya bila dibiar lama.... so naseb la 2oz aku tu xde masuk darah pon...so selamat....dan untuk direct feeding plak....dia kate kalau darah byk bercucuran seperti menyembelih ikan adalah tidak disuggest untuk anak BF kt situ...but kalau setitik dua , it's ok....dia kira cam sama kes la kalau nipple crack n kite tetap bf anak kite kan..... but kalau tak pon just bagi sebelah je dulu sementara.... so far aku semalam bagi auf sebelah je dulu , then aku try2 pam manualy pakai tgn tgk2 ade lagi ke sirap bandung tu....sekali tgk dah takde.... tp aku akan pantau sehingga ke hari ni...tgk macamana......

kesimpulan disini...... orang tamak selalu rugi....biar lambat asal selamat. tu la...konon nk cepat full kan botol sebab tgh engorge kan.....salah sendiri la....

untuk dikongsi bersama :
http://www.majalahpama.com.my/Motivasi/artikel.asp?art=2010/0122/5752585248&sec=S


dan sesungguhnya aku dalam mood runsing je semalam ...... lagi2 bila tgk auf tido kat sebelah dengan tangan kirinya menggengam baju aku....uihhh....sedih arrr...... aku pasal anak ni mmg takleh tahan....alahai....

Friday, March 26, 2010

tentang susu lagi...

lagi-lagi pasal susu kan...hehe.... xpe la kawan2....kalau taknak baca takpe la xpaksa ponn... :P
oh alkisah disini saya nk berkongsi sesuatu mengenai susu.... iye...susu ibu...susu badan atau dalam bahasa kasar lucahnya susu nenen.... hahahaha....

ada org berpendapat yang setiap wanita yang melahirkan anak akan mempunyai susu ibu...dan alasan 'susu tiada atau susu sikit' xboleh dipakai.... tp benarkah?

cerita 1:
adik beradik ayah aku ada 7 org.... kebanyakkannya lelaki... dilahirkan & dibesarkan dikampung di rompin , pahang.... dan pada zaman dulu kebanyakkan dorang deliver kat umah je. kadang bidan dtg sambut atau nurse kt kampung tu je la. semua adik beradik ayah aku dpt susuibu sepenuhnya. yelah zaman dulu lagi susah nak carik FM kan.... tp masa melahirkan salah seorang pakcik aku (rasanya pak ngah), air susu tok (nenek aku pgl tok) takada.....jadi sebab xada , pakcik disusukan oleh orang lain...jadi ada adik beradik sesusuan..... nak kate suruh sitimulate pakai breast pump, mane nak carikkk zaman tu kooo....

cerita 2:
cousin aku....baru lahirkan anak ke-4.... anak 1-3 sume dapat susuibu..malah anak ke3nya fullt BF sampai umur 2tahun.....bila anak ke-4, tak ada susu....baby dia suck, tp tetap xada susu...

cerita 3:
Makcik aku...ade 5 org anak.... anak 1-4 semua dapat susuibu tp xselama anak bongsu.... yang fully BF smap 2 tahun.... padahal masa tu dia lahirkan anak last , dia c-ser lagi..... rezeki anak dia tu la..


kesimpulan disini : aku rasa mmg la setiap org tu lain2....takleh nk expect semua org akan produce bykkan.... itu lah yang aku asyik kata...itu rezeki anak....kalau sekarang awk byk susu...blm tentu lagi anak seterusnya kan...yg aku percaya sebab ayah aku cerita pasal ni....sebab tu la aku ramai uncle&antie belah ayah... hehehe....

motif tulis ini : Mengenangkan kejadian Tuhan...dan kongsi cerita dengan kawan2.

sayang kawan2 semua....

Tak sabar....

hari ni hari jumaat....esok hari cuti...sabtu dan ahad.... xsabarnyeee...sebab nk pegi berjalan2 windowss sopingg dgn cik mok n auf..... sebab selalu setiap sabtu ahad mesti kami2 bz ade kenduri kawin lah....itu lah ini lah.... hehe..... dan seperti biasa mahu pegi ke kedai2 budak kecik itu untuk melihat2... yess...saya sgt suka ok! ehehe....

hari ni seperti biasa rasa sgt rindu kat auf.... dan hari jumaat adalah hari malas kami (hari isnin juga) hehe... teringat2 bau bucuk macam budak kecik tu td bgn tido xmandi lagi... hahaha.... oh ya.... tadi pam susu dpt 3oz...alhamdullilah....asalkan ada saya bersyukur....

ada kawan tnya berapa kali pam diopis...ikut keadaan....biasanya 2-3 kali....kalau sekali pam dpt dalam 3oz , jumlah terkumpul adalah 9 oz.... balik kerja pam sekali lagi....sambil auf nenen sebelah...then malam aku akan bgn dalam 1-2kali utk pam..... itu lah hari2..... selagi mampu....setakat ni stok hanya pam ari ni utk esok.... stok beku pon dah berkurangan.... cuma kalau nk buat stok beku...pada ujung minggu/hari cuti...sebabnya kalau den dah ada kat umh.... mamat kecik tu nk bergayut je la gamaknye.

kenapa still bagi 3oz per session.....dah mmg anak aku minum byk tu je sekali minum but every 1-2 hours.... dan jgn terkejut kalau korang servey2 blog mommy lain yg BF baby ade yang bekalkan 3oz per bottle untuk anak dorang yang 1tahun setgh.... jadi....no prob la kan.... bukan kate anak aku minum 3oz anak ko kena ikut.....tuhan jadikan kite semua berbeza2.... kalau anak ko minum 7oz sekali pon....itu dah mmg cara dia...xsalah pon... so?? tepuk dada tanya selera. hehe

nnt kalau aku jumpa link blog tu aku tepek sini eh....utk rujukan.....takpun baca je kat susuibu.com banyak pasal ni....sekian...

Tuhan jadikan sesuatu tu bersebab.....sebabnya hanya diketahuiNYA....


JEJAKA KEGEMARAN SAYA :

A'uf dengan Mr.monkey man nya

Saturday, March 13, 2010

wakeup calls

hehehe
Sedang sang suami dan anak tido nyenyak.
Skarang pukul 2.39pagi.
Jom kawan2 bgn mengepam. Hehehe....
Esok tak keje xpe. Mari berusaha. Caiyok!

Friday, March 12, 2010

Ngeh...ngeh...ngeh....

Jeng...jeng...jeng....

walaupon tak sebanyak org lain....
tak sebanyak anda...andaaa...dan anda...
tapi aku tetap tersenyum bangga....

hohoho...
Syukur Alhamdullilah.




Hasil pengepaman waktu kerja tadi
* Untuk mu A'uf mikail*


*entry penguat semangat

Friday, March 5, 2010

running low.....

phewww......
its always about lil a'uf or breastfeeding stuff..... but its my blog...so what? sukeati aku la....hahahaha.....
i been busy lately dgn segala mendalah kerja2 designing nih.... bak kata kak ateh...nak wee-wee pon catu tau.... hahaha.... .bila free sempat gak la cek FB and then write all those emo entry yesterday kan.... hohoho....

every minute adalah berharga..pagi sampai office start working and tgk jam for pumping....then sambung kerja...tgk jam dah lunch..*zooppp* balik rumah drive sambil maki2 pemandu treller yg duduk lane kanan.... hahaha.....then balik opis balik....start keje...then pumping...then balik...then ambil alih jaga a'uf so that my mom can rehat2........phewww..... itu la rutin weekdays aku. im lovin it. (cuma xsuka bab treller tu je la...hihi)

but then yesterday..... i saw my EBM stock is running low..... *sigh*
A'uf dah demand lebih.....
*botol kaca paed a'uf bagi utk simpan ebm*
sangat supportive itu org , i got about 20 of this for freeee....
 
yang ni kat fridge atas....kat bawah ade dalam 4 bottle utk today feeding....pam ari ni utk esok...ari ni untuk esok...macam kais pagi makan pagi...kais malam makan tengah malam.... hahahaha.... *pitam*

and....
dah beli S26 for backup.... *pitam sekali lagi*


Wednesday, March 3, 2010

Fully BF tapi anak kecik....

owh yeah.....
A'uf mikail yang berusia 2bulan seminggu mmg kecik...kecik , cumel sajer.... and yess..dia belum start minum FM buat masa ni.... betul2 hanya susu perahan maknye.... dgn erti kata lain fully BF.... dia mmg kecik, so bab org cakap2 yg dia kecik cenonit dah agak selalu didengar... kira macam selalu sgt lah.... bukan setakat ahli keluarga...kawan2 malah org sekeliling yg melihat dia..... statement ni bukan bermaksud aku marah... malah aku berbangga sebab anak aku dapat perhatian lebih... hahahaha...

setakat ni....last cek up masa inject 1 bulan lebih... a'uf hanya 3.8kg saja....panjang 56cm.... aku rasa bangga jugak lah sebab hanya dengan susu aku yang xberapa nak ada yang sedaya upaya aku perah n bagi direct aku berjaya naikkan berat dia dari 2.6 masa lahir smp la sekarang ni.... alhamdullilah dia sehat. xada masalah utk jaga...xmeragam malam...dan umminya yg menjaganya ketika aku kerja xada masalah langsung .... well behave. hehe....

Memula aku risau gak la kan....ingat kenapa la dia xgemok2 ni.... tp bila cek semua adalah normal...bagi aku its ok.... maybe la jiran depan belakang rumah anak dia bam-bam berbanding anak aku.... itu rezeki anak dorang lah... yang Allah dah tetapkan utk dorang.... dan auf...aku xpernah merungut...malah aku sentiasa berkata "biarlah auf nak besar mana pon..asalkan auf sehat...." sebab aku yakin... tuhan dah tetapkan dia macam tu.... dan bukan juga aku anti FM.... bagi susu badan sebab setiap titis tu adalah pahala utk kita so selagi aku mampu dan tak kesahlah sikit mana pon aku tetap akan bagi dia.... kalau ditakdirkan xcukup , nak buat macam mana kan.... dan jgn terkejut kalau auf jadik bam-bam lepas minum FM lepas ni....hihi

Cuba baca sini kalau free... bukan aku sorang je ada masalah mcm tu.... org lain pon sama.

kepada ibu2 yang susu dia byk.... bersyukurlah atas anugerah Allah pada korang....rezeki anak tu.... dan aku tetap bersyukur diatas apa yg ada pada aku ni.... sebab ada org lain yg xada susu terus lagi la sedih..... bahagian masing2.... ada org yg mengandung senang lenang, masa lahirkan baby susah.....yg mengandung susah2 sekali teran je dah kuar...macam2 la.....itu la dia..bahagian masing2...

tetiba je buat entry ni....macam emo je bunyinya kan..padahal tak pon...huhuhu

p/s: nnt auf dah bam-bam..... aku letak gambar.
p/s/s: kurus pon susah.....obesiti pon susah......camno neh?
p/s/s/s: thanks ibu kuatkan semangat yaya....