CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, 7 August 2015

Rangkuman 6 bulan

Salam


Kembali bersiaran selepas 6 bulan menyepi. Dasyatnya tahap kemalasan untuk update blog sekarang ni. Ini pun tengah fikir nak kuburkan blog ke tak, coz u know..blog is sooo yesterday. Orang layan update kat IG je sekarang ni ye dok? Tapi macam sayang pulak, so sementara fikir nak bukak ke tutup blog, meh update summary selama 6 bulan x update tu muahahahah.

(1) Gave birth to a healthy baby boy.

Yup, lepas update entry Keep Calm...Baby's Coming Soon! terus senyap sedu tak de update monthly pregfnancy progress macam time abg SN dulu2. Not that I care less about this Super Jr SN, but I am so busy with classes and all the works yang nak kena siapkan sebelum cuti bersalin.

+- last class for this semester when I was 38th weeks 2 days pregnant -+


Super Jr SN was born on 10th May 2015, stays in my womb for 39 weeks 4 days. Alhamdulillah the journey on giving birth to my 3rd baby was smooth and easy, nanti lah kalau sempat I jot it down on another entry. 

+- Muhammad SN, 10th May 2015, 5.20 a.m. -+




(2) Aqiqah Superjunior SN

Aqiqah dibuat on 24th May 2015, when Super Jr SN was about 2 weeks old. Sebelum tu, on the 7th day, Daddy dah cukur licin kepala Super Jr SN dan di beri nama Muhammad Shah Nazrin yang bererti "Muhammad = yang terpuji, Shah = raja, Nazrin = pandangan". 

+- cukur rambut performed by dady with the help from Cik Iti -+


Since mommy masih lagi dalam pantang, so tak de masak apa2 lah. Order makanan semua dengan catering then mommy & baby duduk diam2 dalam rumah dan tunggu tetamu datang jumpa kami kat dalam. 

+- juadah hari aqiqah + kambing golek tak sempat snap gambar -+


(3) Abg SN's 6th birthday

Abg SN's 6th birthday was celebrated on the same day with Super Jr SN's aqiqah, kiranya awal 2 hari dari birthday abg SN (26th May). Mommy tak sempat sediakan goodie bags ke apa sebab tak boleh nak keluar ke kedai dan tak sempat nak order online. 

+- tema kali ni, Big Hero 6 as requested by birthday boy -+


Tapi sempatlah mommy order 2 biji kek to celebrate, satu bawak gi sekolah...sbeijik lagi celebrate with family kat rumah. Hadiah pun tak beli apa2 sebab abg SN pun dah tak tahu nak request apa dah sebab tiap2 bulan pun beli mainan baru.

+- celebrate kat rumah with family & kat tadika with his friends -+



(4) Aidilfitri 2015

Alhamdulillah, dapat puasa penuh tahun ni walaupun menyusu baby. Cuma nya tak dapat kembali ke pre-pregnancy weight lagi masa raya, thus explain kenapa baju nampak ketat macam nak terkoyak je. Mak incik confident baju padan, so beli baju ikut saiz sebelum pregnant. Alih2 tak sempat kurus lagi aiyoyo kadawalei.



Alhamdulillah raya tahun ni dah berlima dan raya tahun ini dah beraya kat rumah sendiri. Cuma tak buat open house sebab payah nak memasak dengan si kecik ni. Tapi kalau ada yang bagitahu nak datang beraya, ada lah mak incik goreng bihun seadanya dan paksa incik hubby pergi beli sate dengan kadar segera muahaha.



(5) Cuti 3 bulan sudah habis daaaaaa

Even though this is my 3rd baby, tapi ni first time I took maternity leave since abg SN & SN jr were born when I was still in study leave. So kali ni dapat betul2 rehat 3 bulan *sampai boring pulak sebab duk rumah lama sangat* muahahah. Hari Ahad ni bermulalah kembali kehidupan sibuk kat ofis...so please expect another 6 months delay lah kot untuk next update, wakakakak. 

+- ambil mood nak masuk ofis, kena lah rembat handbag baru i.e. Sofina 3 from FV -+


Believe it or not, I am now mommy to 3 super-SN-heroes. So please kalau nak datang rumah, inform me at least 3 hours in advance kalau tak nak terpijak "periuk api lego" kat living room...hohohoho.Till then, XOXO.


+- proud mommy of 3 super-SN-heroes-+



Pssssttt : gambar2 pun kutip dari IG je, punyalah malas nak upload dan buh watermark kat gambar2 lain.


~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Friday, 11 October 2013

Eid ul Adha Mubarak to all

Salam,


Bulan Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam kalendar Hijrah. 

Bulan ini merupakan bulan yang banyak keistimewaannya bagi Umat Islam, malah ia juga bulan di mana kita menyambut Hari Raya yang kedua, iaitu Aidiladha/ Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban. 


Antara Sunnah-Sunnah Di Bulan Zulhijjah ialah:


perbanyakkan-amalan-soleh-10-hari-pertama-zulhijjah1.jpg (960×720)


url52.jpeg (604×462)



Semoga mendapat manfaat dari ilmuNya, insyaAllah.


Selamat Hari Raya semua, tema baju raya haji ni jubah2 yang MIL beli kat Mekah hari tu untuk 3 hero kesayangan. Mommy punya? Eh, of course lah dah beli baju raya from emel by Melinda Looi ngeeee *over sokmo mommy mung ni!*




Pssstt : Kami balik beraya di Qelate. Yeay, boleh celebrate SN Jr's 1st birthday with our family.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Sunday, 25 August 2013

Aidilfitri 2013 untuk Keluarga SN


Salam


Rasanya tak lambat mana lagi nak update cerita aidilfitri 2013 *walaupun dah 19 Syawal,apa ada hal; raya kan sebulan eheh*. Biasalah, bila dah update gambar2 raya kat FB dgn Instagram, the urge to upate kat blog kurang sikit la. Jadi marilah merajinkan diri kumpulkan cerita raya dalam satu entry saje kot hehe.

Tahun ni raya pertama giliran kat kg I di Tumpat, so solat sunat kat masjid kat kampung I. Memang ramai muka2 yang tak kenal, kalau kenal pun yang orang2 tua la, yang muda2 harammm tak kenal lansung. Lepas solat, gerak kek kubur arwah Ma + Ayoh + Mek + Mok Teh + Mok Besar.

+- duduk belakang2 dalam masjid sebab sedar diri bawak baby2 -+

Lepas tu macam biasa, salam bermaafan dan hulur duit raya kat sepupu2 dan anak2 saudara. Paling penting ialah sesi bergambar lepas perut kenyang di sumbat dengan menu nasi palestin + roti jala + kuzi ayam + satay + nasi impit + kuah kacang + kek. So excuse the buncitness yang terserlah di dalam gambar eheh.

+- anak cucu cicit Arwah Hj Md Said -+

+- anak cucu Hj Rosly & Arwah Hjh Sa'adah -+

If you noticed baju mommy tak sedondon sangat dengan daddy & anak2 , cuma shawl je yang sedondon. Reason is mommy memang saje nak menyerlah dari hero2 mommy tu, tak de lah nampak sangat beli kain sekayu buat baju sefamily ahahaha *padahalnya, memang dah sediakan baju peplum kaler sedondon tapi design x vogue sangat maka mak incik tak nak pakai ngeh3x*.

Baju daddy & anak2 beli di Nilai 3, material kain best dan sejuk so budak2 boleh pakai dari pagi ke petang tak payah tukar baju. 


Petang raya pertama dah balik umah PIL sebab nak masak2 untuk open house eosknya. Masak kuzi ayam sikit malam tu lepastu tertidur, so MIL la sambung masak. Apa punya menantu daaaa hahaha. Pagi2 raya kedua tu sambung masak spagheti + puding trifle. Cik Amah pulak masak soto + cupcakes + rainbow cake tapi sedihnya weh....tak ambik gamba rmenu yang masak penat2 tu sebab hubby sibuk layan tetamu.

+- sekeping ni je gambar mak incik melayan tetamu -+

Lepas je solat jumaat, tetamu serbu rumah. Dah elok2 mak incik pakai baju lawa2 kena masak untuk 2nd round spaghetti. Nasib baik tak comot baju raya kena minyak kalau idok, nangis tak berlagu la mak incik...baju JM tu kotttttt.


Ramai la jugak tetamu yang datang, memang tak putus-putus especially dari pukul 2-4 ptg. Family I pun datang jugak kat rumah PIL untuk beraya. Maka marilah sambung photoshoot raya kat rumah mak mertua pulak.

+- sorry kak nur, mata u terpejam pulok dlm gambar ni eheh -+

Yang lawaknya gambar raya dengan family in laws tak sempat nak shooting lawa2 raya ke2 tu sebab semua sibuk layan tetamu dan jugak bila malam semua dah keletihan. Lagipun dah tukar baju masa mandi nak solat Maghrib, so sesi photoshoot kat rumah PIL postpone ke pagi raya ke3. Apa ada hal, baju raya mak incik kan 5-6 pasang...tak kisah lah muahahaha.

+- tok umi dan 5 cucu2nya. bakal bertambah 2org lagi dalam masa terdekat ni -+

+- anak menantu cucu Adnan & Umi -+

+- meggedik pose giyomi dengan adik2 ipar -+


Lepas tu anak menantu bergerak memenuhi jemputan open house kat tempat lain2. Family SN ke rumah bapak saudara, tok saudara dan mak sepupu di Pasir Mas. Lepas tu kitorang balik semula kat rumah family I kat Tumpat dan sambung lagi acara posing. memang itulah acara wajib masa raya kot, selain dari makan2 marilah kita posing posing dan posing semata-mata ngeeeee.

+- sisters -+

+- tahun depan mungkin dah tak muat kerusi -+

Paling best sepanjang kat kampung hari tu ialah SN Jr tak bergayut kat mommy & daddy sangat sebab ada ramai inang pengasuh yang sudi dukung si 'koala' tu sepanjang masa. Bila lapar je baru dia nangis cari mommy, maka dapat lah mommy rilek sikit sepanjang kat kampung hari tu. Legaaa.

+- happy nya adik -+

+- tak kisah pun siapa2 dukung, janji di dukung 24jam -+


Pagi2 raya ke-4 jenguk tok2 saudara di kampung2 kat Pasir Mas lepas tu sambutan raya di Qelate di akhiri dengan kunjungan rasmi ke Pengkalan Kubur. Konon2nya nak beli bekas cantik2 untuk isi kuih dan makanan nak buat open house kat Batu Pahat nanti konon-kononnya lah; kita tengok lah ye jadi ke idok open house nya ngeee.

Begitulah seadanya cerita raya 2013 di rangkumkan dalam satu entry saje. Entry di akhiri dengan wajah2 chomeyl Abg SN dan SN jr bersama sepupu yang jadi geng kamceng diorang tiap2 kali berkumpul.

 
+- SN jr & Raif -+

+- Abg SN & Aiman -+

+- Abg SN & Zharif -+


Psssttt : Maaf la kalau lenguh jari nak scroll sampai habis entry, ni nak siapkan entry ni pun makan masa berhari-hari huhuhuhu.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday, 10 July 2013

Cerita permulaan puasa 2013 eh eh eh..ke cerita raya ni?

Salam *lambai2 tangan sambil lari setempat*...

Hamboiiii aktif nampaknya, tak posa ke?. 

Tolong sikit eh, mak incik posa tapi ni tengah bersenang lenang kat rumah...bersantai di rumah sebab Johor kan cuti sempena 1 Ramadhan, jangan jeles eh.


Alhamdulillah tahun ni dapat berpuasa di Malaysia selepas hampir 5x puasa di perantauan sebelum ni (dari buat master sampai lah dah habis PhD). Sejak2 kahwin memang puasa penuh sebab pregnant masa puasa lepas tu fully breastfeed, jadi nya harap2 tahun ni pun dapat puasa penuh lagi sebab tengah fully breastfeed SN jr.


Tahun ni excited terlebih untuk preparation raya *eh bukan ke memang tiap2 tahun ni excited terlebih utk persiapan raya?*..ngeee. OK, correction sikit, tahun ni lebih excited persiapan raya compared to tahun lepas sebab dah ada 2 hero untuk di 'style' kan *perosak bahasa*. Kalau sebelum ni cuma sedondon ber3 je, baju raya pun sepasang je yg baru; ye lah dah nama pun beraya di perantauan..tak lah over sangat.

 -+ tak raya pon mommy & anak2 dah over excited pakai baju sedondon. Set mom & baby  ni beli kat Dnabydynas -+


Tahun ni pulak, belum start puasa tapi kitorang dah siap dah preparation baju raya dengan niat konon2nya bulan puasa dah tak payah susah2 letih2 cari baju raya. Baju melayu daddy dan 2 hero tu dah beli kat Nilai 3, memang ada jual set baju melayu ayah + anak2..mak punya pun ada sekali tapi mommy eksyen, beli baju raya kat Tesco okeh *eceh, koya sangat mommy ni..beli kat Tesco je pun wakakakaka*.


Tahun ni memang daddy peratiiii je 'kegilaan' mommy prepare baju raya untuk diri sendiri. Nampak sangat macam balas dendam, beraya di perantauan bertahun-tahun.. Baju yang hantar kat tailor 3 pasang, tapi takut diorang tak siapkan untuk raya; maka gigih jugak beli online dengan cara pre-order Orked by JM dan MINAZ EID; turut tidak di lupakan sempat merembat Hatta Dolmat rtw kat First Lady

"Gila" tu bukan saja dari segi bilangan baju tapi jugak "gila" sebab sanggup ke Tesco Tebrau City dari Batu Pahat ni semata-mata untuk pick-up baju dari Orked by JM tu. Lepas tu weekend lepas, sanggup memujuk rayu mendayu-dayu dengan hubby suruh singgah kat First Lady kat Tesco bandar Melaka semata-mata nak beli baju Hatta tu. Nasib baik lah memang weekend lepas hubby ada event kat A-Famosa, so di turutkan je lah permintaan isteri yang sengal ini eheh.

+- ecehhnampak itu 2 paper bag besar? aaaa tu baju raya mommy ler tu -+


So hari ni, bermula nya 1 Ramadhan 1434H maka persiapan baju raya dah siap..jadi tak ada alasan untuk ponteng terawih di penghujung Ramadhan nanti dengan alasan nak beli baju raya. Terawih malam tadi mommy dan anak2 buat kat rumah je, daddy sorang2 pergi demi mengenangkan SN jr yang masih kecil dan jugak kuat nangis ni huhu. 


Preparation untuk biskut raya tahun ni memang nampak potensi besar cuma order je dari colleague yang dah banyak bagi sample dari bulan lepas lagi. Jadi nya, memang tak ada alasan untuk betul2 fokus meningkatkan ibadat2 sunat di bulan yang pahala nya berlipat kali ganda ni. OK lah, nak pergi tambah pahala ni..nak masak untuk berbuka. Hari ni plan nya nak masak bubur cha-cha dan ayam percik.


Psssstt : pung pang pung pang persiapan raya tapi nya persiapan rohani untuk ramadhan apa ko dah buat Yatie Chomeyl weh *lepuk kepala sendiri yang sengal*.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Thursday, 6 September 2012

Ceritera Raya 2012 di Qelate

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Yosh, mari sambung Ceritera Raya 2012 SN's family kat Qelate pulak. 
(1) Raya ke-2
Destinasi pertama ialah beraya dengan Abah I *kitorang lupa pulak nak snap gambar ramai2 dengan abah..isk3x*. Lepas tu kitorang konvoi 3 kereta with my siblings ke rumah my aunt & uncle sebelum singgah kat rumah nenek (sebelah abah).Mak buyong memang makan je non-stop, semua makanan mak buyong makan without hesitation dan dengan bersungguh2.Masa makan tu memang tak peduli lah berapa pun berat nak naik, yang penting segala yang mengidam masa kat Jepun hari tu dapat makan mrgreen eheh.

+- sila fokus kat mak buyong baju/tudung biru yang tengah beria makan -+

+- menyandar kebuyongan kekenyangan kat rumah nenek di Wakaf Bharu -+

Lepas asar, buat sesi photoshoot pulak kat halaman rumah keluarga kat Tumpat. Seronok tak yah cerita lah, dah lama tak dapat berkumpul lengkap macam ni. Untuk raya ke-2 ni I cuma pakai baju raya tahun 2011 je, tudung je tudung baru dari Aidijuma. Nasib baik tahun lepas beli saiz besar, muat lagi nak sarung despite I'm in my 31st week of pregnancy dah masa tu cuma kain je tak leh zip sepenuhnya, lantaklah..bukan ada orang nampak pun gatai .

+- pandai tak mak buyong posing tak nampak perut buncit? *rahsianya, tonggengkan p*ngg*ng ke belakang mrgreen eheh* -+

+- Anak, Menantu, Cucu, Cucu Menantu dan Cicit Arwah Hj Md Said & Hjh Safiah Deraman -+

+- Anak, Menantu dan Cucu Hj Rosly & Arwah Hjh Sa'adah -+


(2) Raya ke-3
Hari raya ke-3 melepak kat rumah Tumpat je tapi pun dah best sebab ada acara makan kek beramai-ramai yang I tempah khas dengan Jeri dari Bakelicious. I tempah 2 biji kek, satu untuk family I kat rumah Tumpat dan satu lagi untuk family hubby kat rumah Kota Bharu. Tahun ni I tempah peach layered cake dan strawberry layered cake; topping pulak letak edible image gambar family. Kecoh lah masing2 tak nak potong bahagian badan dan muka sendiri; tapi last2 semua pun licin kena ngap mrgreen ngeeeee.
 
+- shantekkk kan kek raya titewww *auw gedik taip cenggini* -+
Sumpah sedap kek Bakelicious ni, memang puas hati kalau tempah. Semua orang puji kek tak muak..sekali hadap je dah habis licin. Kalau tak percaya, tengok gambar candid mak buyong yang beria makan kek tu. Sekali bila perasan hubby snap gambar, terus tukar pose pout mouth bajet seksis jelir muahahaha.

+- kantoi kena snap dgn paparazzi masa tengah mentekedarah kek -+

Yang tak best sikit ialah my eldest sister Kak Nur dah kena gerak balik KL on aya ke-3 tu. Tak puas lagi nak beraya dan main dengan tiga anak dara dia. Baru kejap je Cik Ti dapat pegang Baby Husna dah nak kena gerak balik KL...sigh.  

+- latest addition in our big family, Kak Nur's daughter named Husna (2 months old) -+


(3) Raya ke-4
Balik ke rumah parents hubby kat KB pulak. SILs pakat2 masak untuk simple open house sebab diorang ajak kawan2 diorang datang beraya. Mak buyong cuma tolong prepare kuah spagetti carbonara dengan bolognese je. MIL pulak masak nasi minyak. SIL's prepared desserts e.g triffle and puding karamel. Lepas semua dah siap2, baru teringat yang tak ambil gambar ramai2 lagi padahal masa tu dah ada kawan Cik Amah yang datang beraya. So terpaksa lah buat sesi photoshoot kat dapur je.

+- Anak, Menantu dan cucu Adnan & Umi -+
The picture turn out to be quite good despite the location cuma kat dapur je kan. Cuma nya si Upin Ipin (SN & Zharif) tak nak tengok kamera, dua2 tengah busy main game kat ipong. Aiyohhh budak2 zaman sekarang, kalau ambik  ipong tu karang meraung pulak..lagi buruk gambar. Sudahnya kitorang biarkan je lah asalkan diorang happy.

Abg SN & Zharif ni kan sebaya, diorang beza 7 minggu je. Memang sebijik macam Upin Ipin...kejap baik kejap gaduh, kejap berebut ipad/ipong, lari sana sini dan paling best...habis togel daun2 pokok Tok Umi kena cabut dengan diorang. Bila tanya siapa yang buat, masing2 buat muka tak bersalah dan mengaku yang diorang cabut daun2 pokok Tok Umi tu; nasib baik lah Tok Umi tak marah. Kalau buat kat pokok bunga mommy.....harus dah kena jentik dah jari tu *eh, cop cop..mommy bukan pernah ada pokok bunga pun jelir*.
+- muka tak bersalah sambil tangan tak lepas dari tarik daun kat pokok2 Tok Umi -+

Sebelah petang nya kitorang gerak semula ke rumah Tumpat sebab malam tu ada buat majlis sembahyang hajat sempena kandungan mak buyong yang dah mencecah 31 weeks dan kandungan Fiza wife Pein yang dah mencecah 28 weeks.

 So, I guess ini lah ceritera raya untuk tahun 2012 ni. Alhamdulillah dapat peluang beraya dengan keluarga setelah 2-3 tahun beraya di perantauan. Yang paling seronok ialah SN lah sebab dapat main sepuas hati dengan sepupu2 dia and sepupu2 mommy-daddy yang kecik2. Dia pun dah pandai cakap Melayu, so memang seronok la diorang melayan dia berbual. Lagi best bila Abg SN dah faham pasal duit. Tiap kali dapat duit raya, dia akan bagi mommy simpan .. lepas tu bila mommy tanya nak buat beli apa; dia akan jawab nak beli "LAP-PAD" --> i.e LAPtop dan iPAD gatai muahahahaha.

 
+- kenangan Abg SN beraya meriah di sisi sanak saudara -+

Psssssttt : Hamek kau, dah lama tak update...sekali update terus panjang berjela2 jelirngeeee.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...