Keperluan Sanitasi Di Ruang Kerja

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KERTAS PENERANGAN

7/12
TAJUK/TITLE: KEPERLUAN
SANITASI DIpenerangan
TUJUAN/PURPOSE: Kertas RUANG KERJA
ini memberi pengetahuan kepada
pelatih untuk mengetahui asas sanitasi, keselamatan dan kebersihan di ruang
kerja. Menentukan aktiviti pengurusan makanan berpandukan Standard
Operating Procedure (SOP).
1. SANITASI, KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN RUANG KERJA.
Pengenalan Sanitasi
Sanitasi bermaksud amalan kebersihan yang merangkumi aspek kebersihan diri, kebersihan tempat kerja dan kebersihan
makanan. Ia bertujuan mencegah pencemaran makanan yang boleh mengakibatkan penyakit berjangkit (food borne
disease).

1.1 SANITASI DIRI


Sanitasi diri amat penting untuk menjamin kesihatan dan juga mencerminkan keperibadian setiap individu. Kebersihan diri
meliputi rambut, muka, gigi dan mulut, kuku dan tangan, kulit badan dan pakaian. Barang keperluan seperti pakaian, tuala
mandi, sikat, berus gigi mestilah milik sendiri.
Jangan meminjam atau menggunakan barang keperluan orang lain.

a) Rambut.
• Rambut hendaklah sentiasa kemas dan bersih.
• Rambut sentiasa disikat rapi, sesuai dengan tugas yang dijalankan.
• Bersyampu mengikut keperluan untuk mengelakkan rambut
berbau.
• Jika memakai topi atau tudung, pastikan dalam keadaan bersih.
• Elakkan daripada menyentuh rambut, menyikat atau menggaru
kepala ketika menyediakan atau menghidang makanan.
• Jangan menggunakan sikat orang lain.
Rajah 1 : Etika rambut dan penutup kepala
b) Muka.
• Kulit muka dibersihkan dengan bahan pencuci yang sesuai.
• Elakkan daripada menggaru atau menyentuh muka ketika mengendalikan makanan.
c) Gigi dan Mulut.
• Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali selepas makan.
• Buat pemeriksaan gigi di klinik gigi enam bulan sekali.
• Elakkan daripada mencungkil gigi atau menyentuh bibir ketika menyediakan makanan.
d) Kuku dan Tangan.
• Kuku hendaklah pendek dan bersih.
• Elakkan menggigit kuku.
• Elakkan memakai cincin semasa menyediakan makanan.
• Jari atau tangan yang luka hendaklah dibalut atau disapu ubat.
• Elakkan menyentuh hidung ketika menyediakan makanan.
• Cuci tangan dengan bersih
- Sebelum menyediakan makanan.
- Selepas menyediakan makanan.
- Selepas ke tandas.
- Selepas membuang sampah.
e) Kulit Badan.
• Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan air dan sabun untuk mencegah badan
daripada berbau.
• Jangan gunakan tuala atau pakaian kepunyaan orang lain
• Gunakan deodoran atau pewangi badan yang tidak terlalu kuat baunya.

f) Pakaian.
• Pakaian mesti bersih, selesa dan sesuai dengan tugas.
• Elakkan diri daripada memakai perhiasan atau barang kemas untuk mengelakkan pencemaran
ketika menyediakan makanan.
• Kasut yang tidak bertali dan hendaklah sesuai dengan tugas.
1.2 KEBERSIHAN RUANG KERJA
1.2.1 Perkakas dan peralatan dapur
• Alatan dan perkakasan dapur dicuci dengan sempurna sebelum dan selepas digunakan.
• Disimpan di tempat yang bersih dan disusun dengan teratur.
• Perlu dikendalikan dengan cara yang betul.
• Bahagian bawah pinggan perlu dicuci dengan bersih.
• Tidak menggunakan peralatan kayu seperti chopping board (papan pemotong) kerana sukar
untuk dibersihkan serta serpihan kayu yang terpotong boleh tertinggal pada makanan.
• Peralatan yang berada dalam keadaan tidak sempurna seperti patah, berkarat dan lain-lain
serta tidak dibersihkan
mengikut kaedah yang betul akan mengurangkan keberkesanan proses penyediaan makanan.
• Peralatan kayu boleh menjadi tempat kulat dan kuman membiak kerana ia menyerap air dan
sukar dibersihkan. Ini juga boleh menyebabkan pencemaran makanan jika kulat atau toksin
daripada kulat dan kuman memasuki makanan
1.3 KESELAMATAN
Aspek keselamatan di dalam ruang kerja.
Bagi menjaga keselamatan, peraturan yang ditetapkan untuk ruang kerja perlu dipatuhi. Kemalangan boleh berlaku ketika
menyediakan makanan, memasak atau menghidang makanan. Pengendalian peralatan seperti pisau, periuk, dan peralatan
elektrik boleh menyebabkan kemalangan jika tidak berhati-hati. Amalan tingkah laku yang positif perlu dilaksanakan
ketika bekerja di ruang dapur atau tempat kerja.

Peraturan ruang kerja yang perlu dipatuhi :


• Pakai pakaian yang sesuai dengan tugas yang hendak dijalankan.
• Pakai kasut yang bertutup dan bertumit rendah.
• Amalkan sikap tenang dan bersistematik ketika melakukan kerja.
• Jangan berlari dan bergurau senda ketika sedang bekerja.
• Jangan makan, minum dan merokok di ruang kerja.
• Pastikan pintu dan tingkap dibuka supaya pengaliran udara baik dan lancar.
• Ketika memasak, halakan tangkai periuk dan mulut cerek ke arah dalam dapur untuk
mengelakkan terlanggar.
• Gunakan kain pemegang periuk atau sarung tangan ketuhar yang kering ketika memegang
alatan panas.
• Gunakan pembuka tin atau botol dengan betul untuk mengelakkan tangan daripada luka.
• Berhati-hati ketika membuka tudung periuk atau pengukus yang panas untuk mengelakkan muka
atau tangan terkena wap panas.
• Gunakan tangga atau bangku khas untuk mengambil barang yang disimpan di tempat yang tinggi
• Sekiranya terdapat makanan atau cecair tumpah di atas lantai, lap dengan segera untuk
mengelakkan kemalangan.
• Tutup paip, suis atau dapur jika tidak digunakan. Elakkan pembaziran air, elektrik atau bahan api.
• Pastikan peralatan, meja kerja dan lantai berada dalam keadaan bersih ketika selesai amali.
• Pastikan punca elektrik, gas dan air ditutup sebelum meninggalkan bengkel.
• Lapor dan dokumenkan sekiranya terdapat kerosakan peralatan, pendawaian elektrik atau alat
kaca yang pecah
untuk tindakan lanjut.
• Gunakan dan bawa alat yang tajam dengan cermat dan selamat. Jika ingin menghulurkan alat
yang tajam, halakan bahagian pemegangnya ke arah orang yang akan menerimanya.
SOALAN:
1. Berikan dua (2) peraturan ruang kerja yang perlu anda patuhi.
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

2. Berikan satu (1) amalan sanitasi diri bagi setiap aspek di bawah:

ASPEK SANITASI AMALAN SANITASI DIRI

Rambut ________________________________________________________________
________________________________________________________________

Kuku ________________________________________________________________
________________________________________________________________

Pakaian ________________________________________________________________
________________________________________________________________

You might also like