Hubungan Etnik
Hubungan Etnik
Hubungan Etnik
ETNIK
( ERA
TEGANG TAPI
STABIL)
ERA TEGANG TAPI STABIL
(1961-1970)
– Selepas Era Konflik dan Proses Tolak Ansur Etnik di lakukan, pelbagai cabaran
masih wujud menguji kesepaduan sosial rakyat Malaysia. Dalam era yang
dinama sebagai era stabil tapi tegang bermula dari 1961 hingga - 1970.
– 10 tahun selepas tamatnya zaman darurat, perang dingin masih
berterusan dan hanya berakhir pada 1989 (30 tahun selepas malaya
merdeka dan 26 tahun selepas terbentuknya malaysia).
– Keadaan yang “tegang tapi stabil” ialah negara yang terdiri daripada
pelbagai etnik tetap menghadapi pelbagai cabaran demi menguji
kesepaduan sosial yang dibina oleh rakyat.
– Prinsip “bertolak ansur etnik” telah diaplikasikan ketika Pembentukan Malaysia
pada 16 September 1963. Contohnya referendum yang dibuat di Sabah dan
Sarawak serta perjanjian autonomi kepada Sabah dalam 20 perkara dan
Sarawak dalam 18 perkara. ( berhak menguruskan hal imigresen yang telah
mengukir sifat federalisme yang kita kenal pada hari ini)
PEMBENTUKAN MALAYSIA
(16 SEPTEMBER 1963)
– Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Tarikh dimana Malaysia mula
dibentuk sebagai sebuah negara dengan perjanjian antara kerajaan persekutuan
dengan Sabah dan Sarawak. Indonesia telah menyebarkan provokasi dengan
tidak mengiktiraf dan bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Ganyang
Malaysia di laungkan oleh mereka.
– Rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964.
(Singapura masih dalam Malaysia) Akibatnya kira-kira 40 nyawa dilaporkan
terkorban dan ribuan telah ditangkap.
RUSUHAN ETNIK MELAYU DAN
CINA DI SINGAPURA.
– 40 terkorban hasil rusuhan kaum pada 21 - 3 September 1964 . Rusuhan
dipercayai berpunca dari perarakan menyambut Maulidur Rasul oleh kaum
Melayu , seseorang telah menganggu perarakan tersebut dengan membaling
botol. Keadaan menjadi tegang apabila FRU memintak perarak menukar laluan
ke kawasan pekerja petrol Kallang dan berlaku serang menyerang dikawasan
tersebut.
RUSUHAN 13 MEI 1969 DI
KUALA LUMPUR
– Peristiwa 13 Mei 1969: Satu lagi rusuhan berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei
1969. Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah melibatkan pergaduhan Antara kumpulan
etnik di Malaysia selepas pilihan raya pada bulan Mei 1969. Konflik Antara kaum
ini berlaku khususnya antara kaum Melaytu dan Cina yang tertumpu di Kuala
Lumpur. Kelemahan dasar Kolonial-
– Kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibat kehilangan
nyawa dan harta benda yang berkait rapat dengna Pilihan Raya Umum 1969 . Ia
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
– Selepas kemuncak masalah perpaduan di Malaysia iaitu tragedi 13 Mei , pelbagai
usaha untuk kesepaduan sosial dilakukan. Antara konsep dan penyelesaiannya yang
dilakukan ialah dengan memperkenalkan Majlis Perundingan Rakyat, Jabatan
Perpaduan Negara , Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
–
– Perpaduan Nasional adalah kempen yang dimulakan oleh Tun Razak dalam
rancangan Malaysia kedua. Ia merupakan teras kepada kekuatan dan ketahanan
negara. Perpaduan menjadi salah satu dasar yang tidak boleh dipisahkan daripada
kerangka dasar besar negara.