Bab 1: Malaysia: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian
Bab 1: Malaysia: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian
Bab 1: Malaysia: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian
Definisi Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka Perpaduan ialah Kesamaan atau kesatuanan. Satu bangsa, agama,
bahasa dan negara. Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan
kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam
unsur budaya masing-masing.
Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara Perpaduan atau
Kesepaduan
Maksud perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) dari perspektif :
Parti Melayu UMNO yang dibentuk pada 11 Mei 1946. Pada 31 Januari 1948, setelah
Malayan Union dibubarkan, melalui Perjanjian Persekutuan 1948.
Huru-hara Buruh : Rusuhan dan mogok oleh pekerja-pekerja ladang telah berlaku
secara besar-besaran di Malaya ketika itu. Semua yang terlibat dengan mogok ini telah
ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan.
Darurat dan Pengganas : Penglibatan Bintang Tiga sebagai dalang dalam rusuhan
tersebut dan juga tindakan ganas mereka membunuh tiga orang pengurus ladang
keturunan Eropah di Sungai Siput pada 16 Ogos 1948 akhirnya telah menyebabkan
pemerintah kolonial British mengisytiharkan Darurat pada 23 Julai 1948, yang hanya
tamat 12 tahun kemudian iaitu pada 31 Julai 1960.
Perundingan Etnik
Dalam suasana ekonomi, sosial dan politik yang sungguh mencabar ini, pemerintah
kolonial British telah juga berusaha meredakan ketegangan etnik dan membina suatu
badan perunding yang boleh mengembalikan kesepaduan sosial dalam kalangan tiga
kelompok etnik di Malaya Melayu, Cina dan India dengan menubuhkan
Communities Liaison Committee (ClC) pada 1949 dan dipertanggungjawabkan
kepada Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Agung British di Asia Tenggara. Anggota
CLC terdiri daripada ketua etnik Melayu, Cina dan India.
Badan ini boleh dianggap sebagai yang bertanggungjawab meletakkan kerangka dan
sempadan untuk perbincangan terbuka dari hati ke hati antara elit Melayu, Cina dan
India ketika itu bagi mencari kejernihan dalam kekeruhan. Idea dan konsep CLC ini
dikatakan mengasaskan perkongsian kuasa di Malaysia dan wujudnya konsep
Perikatan sebagai suatu institusi dan sebuah parti yang menggabungkan parti
politik Melayu, Cina dan India. Akhirnya, pada awal 1974 Perikatan dibesarkan
menjadi Barisan Nasional. Menggunakan konsep yang sama Pakatan Rakyat
ditubuhkan oleh beberapa parti pembangkang di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum
2008.
Peranan dan kesan CLC terhadap usaha membina kesepaduan
Bermula dari sinilah wujudnya konsep serta kegiatan ethnic bargaining, atau tolak
ansur etnik yang digunakan dalam analisis politik mengenai Malaysia. Prinsip ini juga
telah menjadi kerangka perundingan antara British dengan para pemimpin etnik dan
ketua parti politik Malaysia sebelum Merdeka termasuk perundingan antara Tunku
Abdul Rahman Putera dengan Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya (PKM), di Baling
pada 1955 dalam usaha membolehkan anggota PKM kembali ke dalam politik arus
perdana. Pilihan Raya Umum pertama di Malaya pada 27 Julai 1955 sebenarnya telah
merealisasikan cita-cita ClC diwujudkan.
Strategi perundingan etnik ini juga telah digunakan semasa menggubal Perlembagaan
Persekutuan, melalui Jawatankuasa Reid.Development Plan 1950-55 pun terhasil
daripada perundingan.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, waktu itu Malaya masih
dalam Darurat, yang hanya tamat pada 31 Julai 1960. Boleh dirumuskan bahawa Era
Konflik 1945-1960 di Malaya adalah sebenarnya era yang cukup kritikal dari semua
segi, terutamanya, dalam meletakkan asas pembentukan negara Malaysia, iaitu, sistem
pemerintahan, pengagihan kuasa, sistem perundangan dan tadbir urus serta penentuan
hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi, biarpun masih memerlukan banyak
pembaikan.
Pembentukan Malaysia 1963: Sepuluh tahun selepas tamat Darurat, Perang Dingin
masih terus terjadi dan hanya berakhir pada 1989, kira-kira 30 tahun selepas Malaya
merdeka dan 26 tahun selepas terbentuknya Malaysia. Implikasinya, Malaya yang
merdeka pada 1957 dengan Malaysia terbentuk pada 1963, di samping perlu
menangani cabaran terhadap kesepaduan sosial yang telah mula mekar, terpaksa
berhati-hati menghadapi ancaman keganasan komunis yang masih mengorbankan
nyawa, khususnya di Sarawak. Dengan kata lain, keadaan stabil tetapi tegang,
bermaksud pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial yang dibina oleh
rakyat. Wujudnya Malaysia pada 16 September 1963, selepas suatu referendum di
Sarawak dan Sabah, merupakan satu lagi kejayaan pengaplikasian prinsip tolak ansur
etnik yang diamalkan semenjak CLC ditubuhkan pada 1949.
Konfrontasi 1963-66: Walau bagaimanapun idea/konsep Malaysia itu tidak diterima
oleh Indonesia, yang dipimpin Sukarno. Beliau menganggap Malaysia sebagai neocolony, iaitu sebuah koloni baharu, tetapi dalam pemerintahan orang tempatan
sehingga Indonesia melancarkan konfrontasi atau mengganyang Malaysia.
Konflik etnik terbuka 1964 & 1969: Peristiwa yang majoriti rakyat Malaysia lupa atau
tidak tahu ialah tercetusnya rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai
dan 3 September 1964, ketika Singapura masih dalam Malaysia. Akibatnya kira- kira
40 nyawa dilaporkan terkorban dan ribuan lagi ditangkap. Rusuhan ini kemudiannya
diikuti oleh satu rusuhan lain yang lebih besar kali ini di Kuala lumpur, iaitu, rusuhan
etnik Melayu-Cina, pada 13 Mei 1969 dan di beberapa tempat lain.
Majlis Perundingan Rakyat, Jabatan Perpaduan Negara, Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dalam buku merah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975
(RMK2) Tun Razak telah menyatakan bahawa the overriding aim of the Second
Malaysia Plan is to create national unity. Semenjak itulah perpaduan nasional
menjadi sebahagian daripada idiom popular dalam kehidupan rakyat Malaysia yang
telah disisip dalam ucapan, lirik lagu dan puisi.
Perpaduan dijadikan sebagai harapan nasional dan idaman semua, tanpa rakyat
Malaysia menyedari bahawa mereka sudah menikmati kesepaduan sosial. selepas
Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Kesepaduan berlaku dalam suasana yang umumnya
stabil dan aman, tetapi tersentak tegang oleh kerana keganasan etnik dan juga
keganasan serangan Ganyang Malaysia oleh angkatan bersenjata Sukarno semasa
Konfrontasi. Pengalaman pahit ini sebenarnya telah mematangkan rakyat Malaysia.
Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)
Selepas 40 tahun tragedi rusuhan etnik Mei 13 1969. Suasana terus aman, stabil dan
harmoni, kecuali selama lima hari dari 4 hingga ke 8 Mac 2001 apabila berlakunya
rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan, Selangor, sebuah kawasan kediaman
setinggan kelas pekerja dan yang dilaporkan mengorbankan kurang daripada 10
nyawa. Tragedi ini memperingat rakyat Malaysia bahawa bukan faktor politik, tetapi
faktor ekonomi, seperti kesukaran hidup dan persaingan mencetuskan pergeseran
etnik, khususnya dalam kalangan anggota kelas bawahan.
Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia tidak segan silu untuk menyuarakan rasa
tidak puas hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka.
Kemudahan Internet, SMS dan pelbagai lagi saluran data siber lebih memudahkan
proses penyuaraan mereka. Apatah lagi komentar boleh disampaikan dalam suatu
konteks yang selesa dari segi peribadi, umpama campak batu sembunyi tangan, iaitu
penulis yang mengkritik dapat bersembunyi di sebalik nama samarannya. Dalam
suasana ini terbuhul suatu pola yang jelas iaitu rakyat Malaysia sangat suka bertikam
lidah, tetapi tidak bertikam menggunakan parang - Malaysians prefer tongue
wagging to parang wielding.
Keadaan ini memperlihatkan bahawa sesiapa pun boleh menyuarakan rasa tidak puas
hati tentang segala hal yang tersirat di kalbu masing-masing, sama ada dalam hal
peribadi, etnik ataupun kualiti hidup. Keterbukaan rakyat Malaysia dalam menyuarakan
hal-hal ini telah menimbulkan salah sangka besar oleh pemerhati dari dalam dan luar
negara.
Hal ini merupakan satu lagi ciri prilaku rakyat Malaysia pada peringkat everydaydefined di Malaysia, iaitu they talk conflict, they walk cohesion. Maksudnya,
mereka sedia berdebat habis-habisan tentang segala perkara yang difikirkan tidak
betul atau tidak sempurna yang dilakukan oleh pemerintah, pihak swasta dan
para pemimpin. Perkara ini lebih merupakan satu kegiatan psikososial sihat, iaitu
lebih suka meluahkan segala yang terbuku di hati daripada disimpan senyap
sehingga meletup dalam pelbagai bentuk yang memusnahkan.