Kayalvili Chandrasegaran KK Psikologi Pembelajaran
Kayalvili Chandrasegaran KK Psikologi Pembelajaran
Kayalvili Chandrasegaran KK Psikologi Pembelajaran
EDUP 3113
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah.
TAJUK:
UNIT: SJHK2
BIL KANDUNGAN
1. 1.0 PENGENALAN
2. 2.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK CARL ROGERS
3. 3.0 MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUN DAN DUN
4. 4.0 HUBUNGKAIT ANTARA Model Pembelajaran Dunn dan Dunn
dan Teori Pembelajaran Humanistik Carl Rogers
5. 5.0 KESIMPULAN
6. 6.0 RUJUKAN
1.0 Pengenalan
Secara umumnya, pembelajaran ialah proses memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Menurut
Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai satu transformasi
dalaman yang dibawa dalam diri seseorang melalui pembentukan perhubungan baru, atau kesediaan untuk
menimbulkan tindak balas baru. Pembelajaran memudahkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.
Terdapat beberapa faktor termasuk keluarga, guru, persekitaran dan rakan sebaya yang mempengaruhi
keberkesanan aktiviti pembelajaran seseorang pelajar. Selain itu, gaya pembelajaran juga dianggap sebagai
faktor penting dalam pembelajaran pelajar. Setiap pelajar harus mempunyai gaya pembelajaran mereka
yang sendiri. Meor Ibrahim dan Asaadah (2011) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai cara
mempelajari sesuatu mengikut kemampuan dan kecenderungan seseorang untuk memahami isi pelajaran.
Gaya pembelajaran ialah tingkah laku pelajar yang memfokus dan menunjukkan bagaimana pelajar
memproses maklumat, memperoleh pengetahuan, dan mencipta serta merumus konsep (Kamarudin, 2010).
Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, sama seperti setiap orang mempunyai
personaliti yang berbeza. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran masing-masing, tetapi sesetengah
pelajar tidak tahu cara mengaplikasikannya. Menurut Cassy & Eachus, 2000 dalam Psikologi Pembelajaran,
adalah penting untuk pelajar mengenali dan menggunakan gaya pembelajaran yang sepatutnya sesuai
dengan mereka kerana ia membantu mereka mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jika
kita mempunyai gaya pembelajaran yang betul ia dapat meningkatkan minat terhadap pembelajaran dan
meningkatkan produktiviti, prestasi dan kreativiti kita. Pelbagai model dan teori gaya pembelajaran yang
berbeza telah dikemukakan oleh para penyelidik untuk membantu membimbing pelajar dan guru dalam
mengenal pasti dan mengaplikasi gaya pembelajaran yang sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dan ianya memainkan peranan penting dalam proses PDP. Ini kerana ia membantu guru untuk menghasilkan
kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar yang terdiri daripada personaliti, latar belakang, budaya,
amalan dan tahap kecerdasan yang berbeza.
Carl Rogers merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam bidang teori humanis, yang
menggunakan pendekatan untuk memahami personaliti dan perhubungan manusia. Teori beliau secara
keseluruhannya menekankan aspek konsep kendiri di mana harga diri, imej diri dan kendiri ideal seseorang
memainkan peranan penting dalam proses pembelajarannya. Konsep kendiri ialah penilaian seseorang
terhadap diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan diri. Ia merangkumi penilaian terhadap kemahiran,
rupa paras dan tingkah laku dirinya. Menurut Carl Roger konsep kendiri merupakan perkembangan individu
yang sempurna dalam semua aspek dan ia terdiri daripada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep
kendiri negatif. Beliau berpendapat bahawa pelajar yang mempunyai konsep kendiri positif akan berjaya
menempuh segala cabaran dalam pembelajaran manakala pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang
negatif akan gagal melakukannya. Oleh itu, guru harus memainkan peranan utama dalam mengubah konsep
kendiri pelajar daripada negatif kepada positif. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan pelajar
menggunakan ekspresi diri yang positif. Ini membantu pelajar meningkatkan motivasi intrinsik mereka dan
juga konsep kendiri positif mereka. Selain itu, Carl Rogers mengklasifikasikan pembelajaran kepada dua
kategori: pembelajaran kognitif dan pembelajaran pengalaman iaitu bermakna. Pembelajaran kognitif
dikaitkan dengan pembelajaran berdasarkan pengetahuan saintifik, seperti pembelajaran perbendaharaan
kata dan jadual darab. Pembelajaran berasaskan pengalaman merujuk kepada aplikasi ilmu, seperti
mengkaji sejarah tempatan dan memasak (Ahmad Susanto, 2013). Perbezaan utama antara kedua-dua jenis
pembelajaran ini ialah pembelajaran berasaskan pengalaman memberi tumpuan kepada keperluan dan
keinginan pelajar. Tambahan pula, beliau juga mempercayai bahawa perasaan dan emosi seseorang akan
mempengaruhi keberkesanan pembelajarannya. Oleh itu, strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah direka bentuk dan disusun mengikut keperluan dan perkembangan emosi pelajar.
Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai
aktualisasi diri. Jadi, guru seharusnya menjaga psikologi pelajar dan memberi bimbingan agar potensi
mereka dapat dikembangkan ke tahap yang maksimum.
Menurut Farhana & Bte Jamian, M. (2012) model pembelajaran Dun dan Dun telah dihasilkan oleh
pasangan suami dan isteri iaitu Professor Rita Dunn dan Professor Kenneth Dunn. Menurut mereka, gaya
pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat
atau kemahiran yang baru dan sukar dalam tahap yang optimum. Mereka juga berpendapat bahawa setiap
orang mempunyai cara pembelajaran masing-masing yang unik yang boleh dijadikan sebagai gaya
pembelajaran. Selain itu, Model Dunn dan Dunn juga menyatakan pelajar boleh mempertingkatkan prestasi
dan potensi mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan gaya
pembelajaran mereka. Menurut Ibrahim dan Assaadah (2011) Dunn dan Dunn mengenalpasti lima jenis
rangsangan yang menghasilkan gaya pembelajaran yang berbeza iaitu persekitaran, emosional,
sosiologikal, fizikal dan psikologikal.
Rangsangan persekitaran yang dinyatakan oleh Dun dan Dun melibatkan unsur cahaya, reka bentuk,
bunyi dan suhu. Menurut Dunn dan Dunn, reka bentuk dan susun atur ruang belajar pelajar adalah penting
dalam menentukan gaya pembelajaran mereka. Pelajar yang ingin belajar dalam persekitaran formal
memerlukan kawasan khas untuk aktiviti pembelajaran mereka, seperti meja dan kerusi. Pelajar yang lebih
suka situasi formal sangat berstruktur dan introvert. Pelajar yang gemar belajar dalam suasana tidak formal,
seperti duduk atas kerusi empuk, lantai dan katil, atau di tempat selain bilik darjah seperti makmal dan
padang, dikaitkan dengan personaliti ekstrovert. Ini menjadikan gaya pembelajaran individu berbeza. Oleh
itu, pelajar perlu tahu memilih tempat belajar yang sesuai dan kondusif supaya mereka dapat menumpukan
sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Tambahan pula, orang yang berbeza bertindak balas secara berbeza
terhadap suhu persekitaran (Dunn dan Dunn,1978). Proses pembelajaran lebih berkesan dalam persekitaran
yang selesa dan berhawa dingin. Suhu yang tinggi akan mengganggu minda dan emosi manusia,
menyebabkan mereka cepat mengantuk dan menjejaskan produktiviti mereka. Namun, terdapat juga pelajar
yang berasa sukar untuk menumpukan perhastian dalam suasana yang sejuk.
Rangsangan sosiologi merangkumi faktor seperti diri sendiri, pasangan, kumpulan, atau dengan
rakan sebaya atau orang dewasa. Sebilangan pelajar suka menyendiri, maka gaya pembelajarannya juga
sunyi. Mereka hanya suka belajar sendiri dan tidak mahu orang lain menemaninya kerana mereka lebih
selesa belajar bersendirian berbanding dengan rakan sebaya, kerana tidak suka membuang masa berbual
dengan rakan sebaya yang boleh menyebabkan mereka hilang tumpuan dalam pelajaran. Selain itu, pelajar
boleh membuat kemajuan yang lebih besar melalui interaksi dua hala jika mereka berpasangan dengan
rakan kongsi rapat yang kerap belajar dengan mereka. Di samping itu, aktiviti pembelajaran atau
perbincangan dengan rakan sebaya secara berkumpulan atau pasukan merujuk kepada pembelajaran
berkumpulan. Gaya pembelajaran ini termasuk ciri perbincangan, kolaborasi dan pertukaran idea yang
menggalakkan penglibatan mereka dalam permainan, pertandingan atau penghasilan produk. Tambahan
pula, orang dewasa juga boleh mempengaruhi cara pelajar belajar, terutamanya orang dewasa yang disukai
dan dihormati oleh pelajar. Pelajar yang gemar belajar dengan orang dewasa akan berpeluang bertanyakan
soalan tentang masalah yang dihadapi dalam pelajaran mereka. Bimbingan ibu bapa dan orang dewasa lain
bukan sahaja dapat membantunya menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapinya, malah dapat
meningkatkan semangat dan keyakinannya untuk belajar.
Emosi berkait rapat dengan perasaan jiwa manusia. Faktor emosi termasuk motivasi, struktur dan
sikap tanggungjawab seseorang. Menurut Abd Aziz et al. (2006), motivasi berkaitan dengan amalan gaya
pembelajaran pelajar, kerana apabila seseorang itu bermotivasi, dia akan mempunyai hasrat yang tinggi dan
kuat untuk mencapai sasaran pembelajarannya. Terdapat dua jenis motivasi iaitu ekstrinsik dan intrinsik.
Bagi pelajar yang memerlukan motivasi ekstrinsik, mereka sentiasa didorong untuk melaksanakan sesuatu
bagi mendapatkan ganjaran. Dalam pembelajaran, ganjaran diberikan dalam bentuk mata, gred, hadiah dan
penempatan kelas. Pada akhir tempoh pengajian, keputusan peperiksaan dan sijil yang cemerlang adalah
insentif yang menggalakkan pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Motivasi intrinsik juga
penting kepada pelajar untuk menyertai aktiviti pembelajaran. Dorongan dalaman tersebut adalah seperti
keperluan, minat, sikap, dan emosi yang semula jadi atau dipandu oleh pengalaman dan tuntutan
persekitaran. Apabila pelajar sukar memahami dan memperoleh ilmu semasa pelajaran, pelajar mudah
hilang minat dan hilang tumpuan. Seterusnya, Dunn dan Dunn mendefinisikan struktur sebagai peraturan
khusus untuk melaksanakan kerja dan menyelesaikan tugas. Kepelbagaian struktur yang digunakan oleh
pelajar bergantung pada gaya pembelajaran setiap individu dan kebolehan membuat keputusan. Oleh itu,
guru harus memberi perhatian kepada pelajar yang mempunyai jenis struktur pembelajaran yang berbeza
supaya mereka dapat mengatur strategi pengajaran dan arahan yang sesuai.
Dengan ini, jelaslah bahawa Model Dun dan Dun mempunyai pelbagai kelebihan seperti memberi
gambaran kepada pelajar mengenai kekuatan dan kelemahan gaya pembelajaran mereka yang
membolehkan mereka untuk memperbaikinya. Hal ini dapat meningkatka keyakinan diri serta memotivasikan
mereka ke arah kecemerlangan dalam akademik dan juga kehidupan.
4.0 Hubungkait antara Model Pembelajaran Dunn dan Dunn dan Teori Pembelajaran Humanistik Carl
Rogers
Model Pembelajaran Dunn dan Dunn dan Teori Humanistik Carl Rogers memiliki hubungan yang agak rapat
dimana prinsip-prinsipnya mempunyai persamaan yang amat ketara.
Antaranya, model pembelajaran Dun-and-Dun dan teori humanistik Carl Rogers menyatakan bahawa
keadaan emosi dan motivasi kendiri seseorang pelajar membentuk konsep kendiri mereka secara positif.
Jika pelajar dapat meningkatkan motivasi belajar, mereka pasti akan belajar bersungguh-sungguh. Ini kerana
motivasi seseorang adalah pendorong utama yang menjamin kejayaan seseorang. Oleh itu, guru perlu
memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan dan
menyeronokkan. Sebagai contoh, guru boleh menjalankan aktiviti yang menggalakkan pelajar berani
menunjukkan kemahiran dan kekuatan mereka. Ini meningkatkan potensi pelajar dan meningkatkan konsep
kendiri dan keyakinan diri yang positif. Aktiviti termasuk lakonan, persembahan, dan nyanyian digalakkan
untuk dijalankan semasa PDP. Guru juga boleh memuji dan memberi ganjaran kepada pelajar di dalam
kelas. Ini kerana tindak balas yang positif daripada guru boleh mendorong seseorang pelajar untuk mencuba
sesuatu yang baru dengan lebih bersungguh-sungguh kerana pelajar mengharapkan ganjaran dan pujian
daripada guru. Sebagai contoh, guru boleh memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka aktif dalam kelas
atau jika gred mereka meningkat dengan ketara. Ini membuatkan pelajar berasa dihargai dan menggalakkan
mereka untuk lebih berani dan melakukan perkara yang baik.
Seterusnya, kedua-kedua teori dan model tersebut menekankan aspek persekitaran sebagai
pendorong kepada minat pembelajaran seseorang. Menurut teori pembelajaran Carl Rogers, setiap individu
pastinya mempunyai keinginan dan keupayaan yang tinggi untuk belajar dan ia boleh berkembang secara
positif dan memberi hasil yang baik jika ia digunakan secara maksimum. Beliau juga berpendapat bahawa,
kegagalan seorang pelajar untuk belajar adalah disebabkan oleh ketidaksesuaian persekitaran
pembelajarannya dan bukan disebabkan oleh ketidakupayaan pelajar tersebut (Mok Soon Sang,2008).
Sepadan dengan Carl Rogers, model dunn-dan-dunn menyatakan bahawa kebanyakan orang berkebolehan
untuk belajar. Tambahan pula, ia juga menunjukkan bahawa gaya pembelajaran individu adalah responsif
kepada aspek persekitaran, iklim, reka bentuk kelas serta pendekatan yang digunakan. Sebagai contoh, reka
bentuk persekitaran pembelajaran,iaitu susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah yang selesa juga dapat
meningkatkan kecekapan pembelajaran. Keselesaan tempat duduk dapat mengurangkan keletihan pelajar
semasa hari persekolahan. Oleh itu, seorang guru perlu berusaha untuk memahami kehendak pelajar dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif mengikut keperluannya.
Tambahan pula, model pembelajaran Dunn dan Dunn dan teori humanistik Carl Rogers kemudiannya
mengutamakan pembelajaran melalui pengalaman. Teori humanisme Carl Rogers menekankan kepentingan
penglibatan pelajar secara langsung dan aktif dalam proses pembelajaran manakala model pembelajaran
Dun dan Dun pula menekankan pembelajaran bermakna. Menurut Noriati A. Rashid, Boon & Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad, 2017, pembelajaran berasaskan pengalaman mengutamakan penglibatan pelajar
secara langsung dalam setiap proses pembelajaran iaitu merancang, membuat, menganalisis, merumus dan
membuat keputusan. Oleh itu, guru haruslah mengubah strartegi pengajarannya mengikut kehendak pelajar
alaf ke-21 dengan meningkatkan aktiviti hands-on di kelas. Contohnya, guru boleh mengalakkan pelajar
untuk menjalankan eksperimen atau inovasi mengenai sesuatu yang mereka belajar dan mempamerkannya
di pertandingan dan di pesta sains. Selain itu, guru boleh mengadakan pengajaran berasaskan Web yang
merupakan salah satu kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang berasaskan TMK. Pengajaran
berasaskan Web merupakan alternatif kepada PDP tradisional yang berpotensi untuk menjadikan
pengajaran lebih bermakna seperti mana ditekankan dalam model Pembelajaran Dunn dan Dunn. Dalam
pembelajaran secara tradisional, guru memainkan perana penting dalam menyampaikan kandungan
pelajaran kepada murid di hadapan kelas. Tetapi kini, guru boleh memainkan peranan sebagai seorang
fasilitator dengan menggalakkan pelajar untuk menjalankan pembelajaran kendiri dengan mengakses
maklumat dan menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru secara terus melalui penggunaan perkhidmatan
Internet. Antara penglibatan pelajar menggunakan keupayaan Web termasuklah mengakses sumber-sumber
luar melalui komputer dan pangkalan data, penciptaan projek atau inovasi bersama kawan, pembelajaran
kolaboratif dengan pertukaran hasil pembelajaran dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain, mengambil
bahagian dalam pertandingan antara sekolah, mempamerkan hasil ciptaan kerja di Web serta melalukan
penyelidikan mengenai sesuatu topik yang pernah dipelajari. Pengajaran berasaskan Web sesuai
dilaksanakan dalam bilik darjah kerana ia menggalakkan murid untuk memanfaatkan sumber yang ada,
bekerja secara kumpulan dan menyelesaikan masalah dengan sendiri. Kesannya, murid akan berdikari
dalam membuat analisis, sintesis dan penilaian berdasarkan pengalaman pembelajaran yang mereka
peroleh di bilik darjah dan luar bilik darjah, (Zarina Muhammad, 2007). Dengan ini, kita tidak boleh menafikan
bahawa kita dapat mencapai pembelajaran bermakna di kalangan murid.
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, gaya pembelajaran yang sesuai merupakan elemen yang sangat penting
kepada seseorang pelajar supaya ia dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran serta meningkatkan
prestasi akademik pelajar (Rosli Kayar,2023). Oleh itu, setiap pelajar haruslah mengenal pasti gaya
pembelajaran mengikut minat dan kemampuan mereka serta berusaha untuk memperbaikinya supaya dapat
menjadi seorang yang berdaya saing dan kompeten. Justeru, guru perlu mengenal pasti potensi dan
kecenderungan pelajar bagi memudahkan membantu mereka untuk membuat pilihan gaya pembelajaran
yang efektif.
6.0 Rujukan
Abd Aziz Norlia et.al. (2006). Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian
Ahmad Susanto. (2013). Teori Belajar dan Pembelajaran di Sekolah Dasar. Jakarta: Prenadamedia Group.
Cassidy.S & ve Eachus. (2000). Learning style, academic belief system, self- report student proficiency and
Dunn, R. & Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical
Farhana & Bte Jamian, M. (2012). KECENDERUNGAN GAYA PEMBELAJARAN MODEL DUNN DAN DUNN
DAN MODEL HONEY DAN MUMFORD DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA FPTP
DI UTHM. https://core.ac.uk/download/pdf/42953981.pdf
Kamarudin Husin. (2010). Psikologi Pembelajaran. Utusan Publication and Distributions Sdn.Bhd
Meor Ibrahim Kamarudin & Assaadah Mohamad. (2011). Kajian gaya pembelajaran dalam kalnagan pelajar
Mok Soon Sang. (2008). Educational Psychology & Pedagogy: Learner and Learning Environment.
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor:
Pembelajaran Kursus Tamadun Islam, Tamadun Asia & Kenegaraan Malaysia di Universiti Putra