Tugasan 2

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

GWCP1042
PENULISAN AKADEMIK
(TUGASAN 2: PENULISAN ESEI)

Nama : AHMAD KARIMMIE BIN SAUTAN


No. K/P : 040802-11-0217
Angka Giliran : 2022112310003
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : BAHASA MELAYU UNIT 1
Nama Pensyarah : DR. MOHD NAZRI BIN HASSAN
Tarikh Hantar : 14 OKTOBER 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 14 OKTOBER 2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Tarikh : 14 OKTOBER 2022


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS


Nama: AHMAD KARIMMIE BIN SAUTAN Angka Giliran: 2022112310003

Kod: GWCP1042 Nama Kursus: PENULISAN AKADEMIK

Pensyarah: DR. MOHD NAZRI BIN HASSAN

Tarikh Hantar: 14 OKTOBER 2022 Tarikh Terima:

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 14 OKTOBER 2022


Pemeriksa: Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan pelajar: Tarikh: 14 OKTOBER 2022


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

BIODATA

NAMA : AHMAD KARIMMIE BIN SAUTAN


NO. KAD PENGENALAN : 040802-11-0217
EMAIL : [email protected]
ALAMAT : LOT 3406 KAMPUNG BATIN SEBERANG TAKIR
21300 KUALA NERUS TERENGGANU
STATUS : BUJANG
NO. TELEFON : 0122611876
NAMA BAPA : SAUTAN BIN JUSOH
NAMA IBU : ROBIAH BINTI HAMZAH
UNIT : BAHASA MELAYU UNIT 1
AMBILAN : JUN 2022
HALAMAN PENGAKUAN

"Saya dengan ini mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

TANDATANGAN :

NAMA : AHMAD KARIMMIE BIN SAUTAN

NO. KAD PENGENALAN : 040802-11-0217

UNIT : BAHASA MELAYU UNIT 1

TARIKH : 14 OKTOBER 2022


PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka
saya telah dapat menyiapkan tugasan Pentaksiran Berterusan GPMK1042 dengan jayanya.
InshaAllah, tugasan Pentaksiran Berterusan ini akan memberikan banyak manfaat kepada
saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat tugasan di masa hadapan.

Saya, Ahmad Karimmie bin Sautan ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengarah iaitu Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusof,
guru pembimbing saya iaitu Dr. Mohd Nazri bin Hassan yang lain kerana tidak jemu memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara – cara membuat tugasan mengikut kriteria yang
ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar
memperoleh hasil tugasan dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
ayahanda Encik Sautan bin Jusoh dan bonda Robiah binti Hamzah yang turut membantu
untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat
menyiapkan tugasan seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini
memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
PETIKAN SOALAN

Tugasan 2: Penulisan esei (50%)


Anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan esei tentang isu-isu dalam penulisan serta
mengaplikasikan penanda wacana,kemahiran membuat rujukan dan struktur penulisan
akademik.
Panjang esei ialah lebih kurang 1,000 patah perkataan.

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


Jawapan 1-4
Rujukan 5
Lampiran 6-9
JAWAPAN

1.0 PENDAHULUAN
Penulisan akademik adalah gabungan 2 perkataan iaitu penulisan dan akademik. Dewan
Bahasa dan Pustaka memberikan maksud “Penulisan adalah perbuatan menulis atau
mengarang” manakalan Akademik pula memberikan maksud “bersifat atau mengenai ilmu
pengetahuan”. Penulisan akademik bermaksud penulisan ilmiah yang dilakukan secara
sistematik. Sistematik di sini membawa maksud kajian yang dilaksanakan secara teratur dan
teliti oleh pengkaji berkaitan sesuatu persoalan yang timbul. Disamping itu, penulisan
akademik adalah berbeza berbanding kaedah-kaedah penulisan lain yang menjurus kepada
fakta-fakta benar yang disandarkan dengan teori-teori sedia ada serta mempunyai informasi
yang tepat. Seperti yang kita tahu, penulisan ilmiah mempunyai kualiti yang cukup tinggi
kerana kajian yang dijalankan amatlah teliti. Malahan, ada beberapa isu yang terdapat dalam
penulisan akademik terutamanya penulis dalam kalangan pelajar. Isu-isu ini amatlah kritikal
kerana ia dapat menurunkan kualiti sesuatu penulisan ilmiah. Antara isu yang amat
merunsingkan adalah kesalahan tatabahasa dan plagiat semasa menulis penulisan
akademik.

2.0 ISU-ISU DALAM PENULISAN AKADEMIK

2.1 KESALAHAN TATABAHASA

Walaupun secara umumnya sistem morfologi bahasa Melayu mudah untuk dipelajari dan
difahami, namun jika peajar kurang memiliki kosa kata, maka mereka pasti akan mengalami
kesukaran untuk menerapkan sistem morfologi yang sesuai bagi bentuk kata yang digunakan.
Berdasarkan penelitian terhadap penulisan para pelajar, antara kesilapan yang dilakukan
termasuklah penggunaan imbuhan, penggunaan kata sendi nama, penggunaan kata
pinjaman, pemilihan kata atau istilah, perlanggaran hukum kta ganda, dan penggunaan kata
hubung.
2.1.1 PENGGUNAAN IMBUHAN

Pengimbuhan merupakan satu proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu yang mudah
difahami dan digunakan. Imbuhan bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu awalan,
akhiran dan apitan. Setiap pelajar didapati melakukan kesilapan aspek imbuhan kerana
mereka keliru dan kurang faham untuk menggunakan imbuhan dengan betul. Di samping itu,
sebagai akibat pengetahuan yang cetek terhadap penggunaan imbuhan dalam bahasa
Melayu menjadikan para pelajar menghasilkan imbuhan yang tidak tepat, lalu menjejaskan
masud yang ingin disampaikan. Oleh itu, penggunaan imbuhan bahasa Melayu menjadi
masalah utama kepada para pelajar yang bukan berbangsa Melayu seperti Cina dan India
dalam menghasilkan penulisan. Contoh a. hingga c. merupakan kesilapan aspek imbuhan
yang dilakukan oleh para pelajar.

a. Dia sedang membaca buku di biliknya untuk tambahkan (menambahkan) ilmu


pengetahuan.

b. Kakak tanam (menanam) pokok bunga di halaman rumah kerana hendak


mencantikkan halaman rumahnya.

c. Beliau dihadiahkan (dihadiahi) pingat kecemerlangan.

2.1.2 PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menerangkan kata nama atau frasa nama tersebut dimana kebiasannya yang digunakan
dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, kepada, bagi, dengan, dalam dan lain-lain.
Perhatikan contoh-contoh a. hingga c. yang mana kata sendi nama daripada digunakan
khusus di hadapan kata kerja atau frasa kerja yang menunjukkan perbezaan atau
perbandingan dan terpisah daripada kata kerja atau frasa kerja yang mengikutinya. Contoh
seperti yang berikut:

a. Meja itu diperbuat dari (daripada) kayu.

b. Dia berasal daripada (dari) Pulau Pinang.

c. Bangunan ini lebih tinggi dari (daripada) bangunan itu.

Pelajar keliru antara kata sendi dari dengan kata sendi daripada. Pelajar mungkin
menganggap bahawa kata sendi dari mempunyai maksud dan fungsi yang sama dengan kata
sendi daripada. Berdasarkan kesilapan yang dibuat, jelaslah bahawa dari segi makna pelajar
faham akan ayat yang dibentuk, cuma pemilihan kata sendi yang sesuai masih belum
menepati tahap penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik.
2.1.3 PENGGUNAAN PERKATAAN BAHASA INGGERIS

Selain itu, isu kesalahan tatabahasa yang sering dijumpai ialah pelajar gemar menggunakan
‘memelayukan’ perkataan bahasa Inggeris dalam ayat yang dibina. Hal ini kerana pelajar
tidak tahu ataupun kurang perbendaharaan kata yang sesuai bagi menggantikan perkataan
tersebut. Oleh itu, mereka menggunakan jalan yang singkat untuk menggantikan perkataan
Melayu dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana
selain bahasa ibunda, mereka juga terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris. Perkataan
seperti lisence, haze, highway, economic,belt,stable merupakan perkataan yang digunakan
oleh para pelajar. Berikut merupakan contoh-contoh perkataan daripada bahasa Inggeris
yang dihasilkan oleh para pelajar:

a. Ketika angin melintang melanda di jalan raya, pemandu mesti menggunakan lampu
hazard (kecemasan).

b. Ketika negara kita dilanda wabak COVID-19, ekonomi negara kita kurang stable
(stabil)

2.1.4 PENGGUNAAN KATA HUBUNG

Menurut Nik Safiah Karim et al. (1996), kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu
sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga
menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Ayat majmuk
mempunyai dua jenis iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk
gabungan dihubungkan dengan kata hubung gabungan seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu
dan lain-lain, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan dengan kata hubung
pancangan. Contoh-contoh berikut merupakan kesalahan yang biasa pelajar lakukan:

a. Dan mereka suka memotong kenderaan lain.

b. Dan hujan sering menyebabkan pemandangan pengguna jalan raya tidak terang
dan jelas.

c. Tetapi kami terpaksa memandu kereta.


2.2 ISU PLAGIAT

Plagiarism atau dikenali sebagai plagiat adalah megambil hakcipta orang lain ataupun
idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan kepada penulis asal. Dalam erti kata
lain, yang saya maksudkan di sini adalah ‘copy-paste’. Plagiarism atau amalan ‘copy dan
paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di
negara kita. Amalan ini kebiasaan berlaku apabila pelajar kekurangan atau kekeringan idea
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Dulu, kebanyakkan pelajar membuat rujukan
melalui jurnal dan buku rujukan tetapi kini mereka lebih cenderung dan beralih kepada internet
untuk mendapatkan maklumat.

Antara sebab berlakunya budaya plagiat dalam penulisan akademik ialah pelajar
kurang mahir untuk mencari rujukan. Hal ini kerana pelajar yang tidak didedahkan dengan
kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk mencari rujukan. Seterusnya,
pelajar kesuntukan masa untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan. Persekitaran di
universiti amat berbeza berbanding persekitaran di sekolah mahupun matrikulasi. Hal ini
demikian kerana pada peringkat sekolah atau matrikulasi, pelajar mendapat nota-nota
daripada guru-guru tetapi di peringkat universiti budaya sedemikian tidak diteruskan lagi oleh
pensyarah-pensyarah. Akhir sekali, sifat pelajar itu sendiri merupakan faktor utama amalan
plagiat berlaku. Kebanyakkan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini telah dididik di
sekolah rendah untuk meniru dan akan terbawa-bawa hingga ke peringkat universiti.

3.0 PENUTUP

Rumusannya, terdapat banyak lagi isu-isu berkaitan penulisan akademik dalam kalangan
pelajar sekolah mahupun pelajar universiti atau institut pengajian. Saya berpendapat, isu-isu
yang diterangkan di atas merupakan isu yang amat ketara dan kerap pelajar lakukan
terutamanya amalan plagiat. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-
masing bagi memastikan penulisan akademik kita merupakan penulisan yang paling
berkualiti. Saya berharap isu-isu tersebut dapat ditangani dengan segera bermula dari
peringkat sekolah rendah lagi agar pelajar tidak terdedah dengan amalan tersebut.
RUJUKAN

Gejala Plagiat. (2020, Oktober 13). Retrieved from https://gejalapalagiat.blogspot.com/

Jaafar, S. (2016). KESILAPAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJARPELAJAR UNIVERSITI


KEBANGSAAN YUNNAN DI AKADEMI. Jurnal Melayu, 200-204.

Rozikin. (2011, Mac 29). KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA. Retrieved from
http://rozikin25.blogspot.com/2011/03/kesalahan-penggunaan-kata-sendi-nama.html

Suria, I. (2010, Februari 16). Kata Sendi Nama. Retrieved from


https://www.slideshare.net/Wiyah/kata-sendi-nama-3193924

You might also like