Pelaksanaan Kurikulum Dipelajari Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sebuah Kolej Pengajian Islam Selatan Thailand
Pelaksanaan Kurikulum Dipelajari Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sebuah Kolej Pengajian Islam Selatan Thailand
Pelaksanaan Kurikulum Dipelajari Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sebuah Kolej Pengajian Islam Selatan Thailand
Abstrak
This study aims to explore the teaching and learning of Islamic Studies subject
in an Islamic Studies College of a public university in Thailand. Using a
qualitative case study, nine students from the college participated in this study.
The main criterion of participant selection was that the participants must be
enrolled in the Islamic Studies subject. Data collection techniques include
interview, observation and document analysis. The naturalistic and emergent
data were analyzed and synthesized through coding. The subcodes emerged
developed themes and subthemes to answer the research questions. Findings of
the study show that the teaching and learning implemented were based on
meaningful and practical syllabus, feasible and appropriate. In addition, the
teaching and learning implemented instilled new knowledge, achieved the
learning aims and objectives, and were conducted according to plan as well as
quality curriculum standard. Lecturers’ attitude, teaching style, and teaching
methods were found to be helpful in supporting the teaching and learning
process. The lecturers were firm but cheerful, used simple instruction with clear
voice projection and had distinctive teaching styles. All students had their own
prior experience and background that could enhance the learning of new
knowledge, academic performance, and develop their determination to learn.
Ultimately, students’ experiences related to assessment and achievement
encouraged them to engage in lesson revision.
PENGENALAN
Kolej Pengajian Islam (KPI) di sebuah Universiti Awam di Selatan Thailand ini berusaha menerusi
pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam bagi keperluan mengeluarkan bakal guru yang dapat
menyesuaikan dirinya mengikut perkembangan masyarakat. Selain itu kolej ini berusaha
menerapkan ilmu pendidikan pengurusan dan kurikulum teras yang berasaskan pendidikan Islam
dalam konteks masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti yang mantap, beretika profesional
perguruan yang tinggi, dan berkemahiran (Hassan Madman, 2008).
Pelaksanaan kurikulum pada tahap sarjana muda pendidikan pengajian Islam ini telah
diiktiraf oleh kementerian pengajian tinggi pada tahun 2014 (Kolej Pengajian Islam, 1985). Ini
1
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
kerana secara umumnya pada tahun 2011-2015, Kementerian Pengajian Tinggi Thailand telah
memberi tumpuan pada pembangunan sumber manusia sebagai asas utama pembangunan dan
kemajuan negara.
Misi KPI jelas, iaitu memberi tumpuan ke arah menjadi sebuah institusi pengajian tinggi
yang mempunyai mekanisme yang penting dalam melahirkan graduan yang berkualiti, dan
ilmuwan yang diperlukan bagi membangun negara (Munitik Asia, 1983). Ilmu-ilmu pengetahuan
Islam diintegrasikan dengan ilmu kemahiran, untuk membangun pelajar dan masyarakat
berterusan yang mampu hidup dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Sekali gus ia memenuhi
tuntutan dan tanggungjawabnya untuk mengeluarkan tenaga pengajar dalam bidang pengajian
Islam. Sebagai memenuhi keperluan masyarakat dan menyahut serta menjayakan dasar
pembangunan ekonomi dan sosial negara. KPI juga ikut serta dalam program transformasi
komuniti ASEAN dan masyarakat antarabangsa.
Justeru, kajian ini meneliti pelaksanaan pembelajaran pendidikan Islam di sebuah KPI di
Selatan Thailand. Kajian ini penting oleh kerana KPI ini diperjuangkan oleh masyarakat Melayu
Patani sekian lama. Pada tahun 1985 perjuangan ini telah menjadi realiti bermula dengan rangka
pelaksanaan penubuhan dan pembangunannya. Pada 1991 pendaftaran pelajar baharu bagi subjek
pengajian Islam mula dibuka. Perjuangan ke arah melahirkan institusi ini bukanlah perkara yang
mudah, lebih-lebih lagi di bawah pentadbiran kolonial Siam Buddha.
KURIKULUM DIPELAJARI
2
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
semasa peringkat percubaan dan pelaksanaan, dan (5) ialah maklum balas yang merangkumi
pentafsiran hasil penilaian dan pengubahsuaian.
Kurikulum dipelajari ialah segala kurikulum yang dipelajari oleh pelajar atau pengalaman
pembelajaran (Brown, 2009; Thornton, 1985) dan merupakan perkara yang pelajar telah
mempelajarinya dalam bilik kuliah. Kurikulum dipelajari juga merangkumi segala pengalaman
dan perkara yang betul-betul dialami pelajar di dalam bilik kuliah. Menurut Glatthon (1999),
kurikulum dipelajari bukan setakat merupakan jenis kurikulum yang terpenting antara pelbagai
jenis kurikulum, malahan merupakan jenis kurikulum yang kurang dapat dikawal oleh pelajar.
Dengan adanya strategi dan kepelbagaian kaedah dan aktiviti mengajar dapat membantu
tahap pencapaian pelajar (Hamidah, Siti & Farah, 2004). Pendidik yang menggunakan pelbagai
corak kaedah dalam pengajaran akan menggalakkan pelajar dari menjadi bosan, dan menambah
lagi keaktifan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat pelaksanaan aktiviti
pembelajaran pelajar dalam pelaksanaan kurikulum dipelajari juga boleh menyampaikan isi
pelajaran dengan sistematik serta berkesan melalui penggunaan sumber dan bahan bantu mengajar
(Zakaria & Ahmad Shukri Yahaya, 2004).
Pengalaman pembelajaran pelajar bermaksud segala gerak balas atau interaksi pelajar
dengan latar belakang dan persekitaran hidup yang berlaku melalui perubahan tingkah laku
pelajar. Ini memerlukan penglibatan pelajar dengan aktif dan pelajar akan belajar melalui perkara
yang dilakukan dan dilalui (Kementerian Pendidkan Malaysia, 2014). Maka pengalaman-
pengalaman tersebut meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada, memberi pengalaman
belajar yang mencabar pemikiran serta dapat mencerna maklumat dan dapat mengembangkan lagi
sifat mendiri.
Menurut Ornstein dan Hunkins (2004) dalam konteks kurikulum dipelajari atau yang
dikenali dengan kurikulum dealing with the experiences of the learner, pelajar merupakan sasaran
utama perancang dan pelaksanaan sesuatu kurikulum. Pencapaian pelajar setelah mengalami
proses pembelajaran yang telah dirancang dalam kurikulum amat diambil berat oleh pendidik dan
pakar-pakar dalam bidang pendidikan. Persepsi tentang pencapaian pelajar harus berubah
daripada perkara yang pelajar tahu dan ini boleh lakukan kerana pengalaman mereka dalam proses
pendidikan (Glatthorn, 1999).
Porter dan Smithson (2001) pula mempertikaikan sama ada perkara yang diajar oleh guru
merupakan kandungan yang terkandung dalam kurikulum bertulis dan dapat dipelajari oleh
pelajar. Cuban (1995) menyatakan perkara yang diuji terbatas kepada bahagian daripada perkara
yang ingin disampaikan oleh pereka polisi. Selain itu, Brophy (1982) berkata cuma sebahagian
kecil daripada kurikulum bertulis yang benar-benar dipelajari oleh pelajar. Sehubungan dengan
itu, kurikulum tidak pernah dilaksanakan seperti yang dirancang tetapi telah diadaptasikan oleh
pengguna terutamanya pendidik (Snyder, et al., 1992). Ini kerana kurikulum pengajaran yang
disampaikan oleh pendidik dipengaruhi oleh kefahaman terhadap falsafah panduan kurikulum
bertulis (Moore, 1984; Weisz, 1988). Justeru itu, sungguhpun mempunyai kurikulum bertulis yang
paling bercita-cita tinggi, pencapaiannya masih bergantung kepada keefisianan pendidik semasa
melaksanakannya (Menis, 1991).
Menis (1991) menambah, apa yang harus ditanyakan dalam pengalaman ini adalah apa
yang akan atau telah dikerjakan oleh pelajar bukan apa yang akan atau telah diperbuat guru. Ini
ialah langkah untuk merancang suatu kurikulum dengan mengorganisasikan pengalaman belajar
baik dalam bentuk unit mata pelajaran mahupun dalam bentuk program. Langkah ini sangatlah
penting, kerana dengan pengorganisasian yang jelas akan memberikan arah tuju dalam
pelaksanaan proses pembelajaran. Sehingga ia menjadi pengalaman belajar yang nyata dan realiti
kepada pelajar.
3
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
Ini juga dikenali sebagai pemprosesan evolusi, yang merupakan langkah untuk
mendapatkan informasi tentang pencapaian tujuan yang telah ditetapkan. Evolusi dapat
menentukan apakah kurikulum yang digunakan sudah sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai
oleh sekolah atau belum. Evolusi harus menilai apakah telah terjadi perubahan tingkah laku pelajar
dengan objektif pendidikan yang telah dirumuskan, dan juga evolusi seharusnya menggunakan
lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu tertentu.
Kurikulum dan pelaksanaan Pendidikan Islam adalah antara isu yang dibincangkan di
peringkat antara bangsa sebagaimana di dalam seminar Pendidikan Islam Malaysia pertama dan
kedua semenjak tahun 1972 dan 1976. Seminar ini telah membahaskan isu-isu pendidikan Islam,
di antaranya adalah masalah fakulti pengajian Islam dan masa hadapannya di peringkat pengajian
tinggi. Antara resolusi seminar tersebut ialah konsep penubuhan dan peranan maktab perguruan
Islam.
Di peringkat Kementerian Pelajaran Thailand, isu sama yang dihadapi oleh pihak
kementerian iaitu pelaksanaan dan pengisian kandungan kurikulum bagi penubuhan institusi
akademik Islam (Ismail Ab.Rahman, 1993). Mutu dan standard kualiti pelajar sekolah menengah
sangat rendah disamping ketiadaan tempat pengajian lanjutan sehingga ramai di kalangan pelajar
tidak dapat menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Ini telah memaksa pihak
berkuasa untuk menubuhkan pusat pengajian Islam di Thailand. (Muhamatsakree, 2008).
Adapun masalah yang sering timbul dalam pelaksanaan kurikulum dipelajari dan
pembelajaran pelajar adalah berkaitan motivasi supaya bersedia dan berminat untuk belajar.
(Chandanai Srisa, 2016).
Kajian ini cuba meneliti pelaksanaan kurikulum yang dipelajari pendidikan Islam yang
berlaku di sebuah kolej pengajian Islam Pattani, Selatan Thailand. Dengan harapan kajian ini akan
menjadi panduan dan rujukan penting untuk institusi pengajian Islam di setiap tahap dan peringkat
di Thailand.
Kajian pelaksanaan kurikulum bertujuan untuk melihat sejauh mana penerapan
pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam dapat difahami dan diterapkan dalam bilik kuliah.
Bertitik tolak dari tujuan tersebut, maka objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kurikulum
dipelajari pendidikan Islam di sebuah kolej pengajian Islam awam Selatan Thailand. Berdasarkan
objektif kajian yang dinyatakan, maka pengkaji telah mengenal pasti soalan kajian iaitu
bagaimanakah pelaksanaan kurikulum dipelajari pendidikan Islam di sebuah kolej pengajian Islam
awam Selatan Thailand?.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini memerlukan deskripsi yang menyeluruh dan pemahaman yang mendalam, untuk
meneliti keadaan sebenar pelaksanaan pembelajaran pendidikan Islam. Aspek-aspek yang menjadi
fokus utama ialah kurikulum yang dipelajari. Dengan itu kaedah kualitatif amat sesuai
diaplikasikan untuk kajian ini.
Demikian itu, penyelidik menjadikan dirinya sebagai instrumen utama dengan turun ke medan
kajian untuk menjalankan temu bual dengan pelajar. Maka melalui kaedah kualitatif dalam kajian
ini mampu mengumpul data sebanyak mungkin. Menurut Draper (1996) kaedah ini dapat
membekalkan informasi yang lebih mendalam berbanding dengan kaedah kuantitatif. Kajian
kualitatif meneliti fenomena berdasarkan epistemologi subjektif ataupun konstruktif. Secara
umumnya, pengkaji kualitatif mengkaji sesuatu fenomena secara interpretif dengan cara
4
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
memahami interpretasi peserta terhadap dunia mereka (Parlett & Hamilton, 1977). Maka dengan
kaedah penyelidikan kualitatif ini juga penyelidik yakin dapat membentuk teori berdasarkan
situasi atau fenomena daripada data kajian.
Peserta Kajian
Pemilihan peserta kajian tujuan utama kajian adalah untuk mendapat data dan maklumat daripada
perspektif peserta kajian (Merriam, 1990). Manakala Marohaini (1996) pula berpendapat bahawa
pemilihan peserta kajian yang dapat membekalkan data maklumat yang kaya, adalah sangat
penting.
Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada peserta pelajar yang mengambil kursus sarjana
muda pendidikan Islam di tahun kedua atau semester yang ketiga pengajian. Ini dilakukan bagi
memperlengkapkan pengutipan data di samping mengukuhkan penganalisisan data. Selain itu,
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam pada semester pertama dan kedua
digunakan sebagai justifikasi pemilihan pelajar. Peserta terdiri dari 13 orang yang terdiri daripada
Aminah, Asma, Zaid, Taufiq, Himmah, Dayang, Said, Suaibah dan Ruhana (bukan nama sebenar).
Ringkasan profil peserta kajian pelajar adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah.
Jadual 1
Profil Peserta Kajian Pelajar
Peserta Kajian Asal Umur (Tahun) Jantina
Aminah Naratiwat 21 Perempuan
Asma Songkla 21 Perempuan
Zaid Pattani 22 Lelaki
Himmah Nuntakburi 19 Perempuan
Dayang Pangga 19 Perempuan
Taufiq Bangkok 20 Lelaki
Said Pattani 21 Lelaki
Suaibah Pattani 21 Perempuan
Ruhana Patlung 21 Perempuan
Pengumpulan data untuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik temubual,
pemerhatian dan analisis dokumen (Creswell, 2005). Temu bual yang dilakukan adalah berbentuk
semi struktur. Satu senarai soalan atau isu yang ingin ditinjau diguna sebagai panduan semasa
temu bual dijalankan. Temu bual dijalankan sepanjang tempoh kajian ini sebanyak tiga kali atau
lebih bagi setiap peserta. Setiap temu bual mengambil masa 30 minit hingga 45 minit oleh kerana
tempoh masa tersebut adalah sederhana tidak terlalu panjang dan juga tidak membawa kepada
stres. Temu bual berlangsung secepat mungkin selepas kelas pemerhatian, kerana segala perkara
yang berlaku dalam bilik kuliah masih segar dalam fikiran peserta kajian. Isi temubual sebahagian
besarnya berkaitan apa yang diperhatikan dalam kelas.
Dokumen-dokumen dalam kajian ini merupakan sumber asas maklumat dan data tentang
isi kandungan kurikulum pendidikan Islam, buku teks, buku rujukan, slaid power poin, buku
catatan pelajar, latihan-latihan dan rujukan internet. Mengikut Merriam (1988) dokumen adalah
data sokongan atau tambahan (supplementary) data dokumen dapat menyediakan maklumat yang
sangat berguna bagi membantu penyelidik memahami sesuatu fenomena yang berlaku serta boleh
5
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
menjadi bukti sebenar yang dapat dilihat, dirasa dan dipegang dan juga memberi maklumat yang
pantas kepada penyelidik boleh terus dianalisis tanpa perlu membuat transkripsi (Creswell, 2008).
DAPATAN KAJIAN
Dapatan menjelaskan bagaimana pelajar melalui kurikulum dipelajari pendidikan Islam dengan
menggunakan dapatan yang diperoleh secara emergent dari tiga kelas subjek al-Quran, Fiqah dan
Aqidah. Kurikulum dipelajari adalah merupakan perkara yang pelajar telah mempelajarinya
melalui pengalaman yang dialami. Selain itu dianggapkan sebagai kurikulum yang kurang dapat
dikawal oleh pelajar seperti ujian dan penilaian pencapaian pelajar yang dikendalikan oleh guru.
Dari segi pembahagian tema merujuk kepada pelaksanaan melalui isi kandungan, buku teks dan
bahan rujukan, kaedah dan aktiviti, pengalaman latar belakang, persiapan kelas, ulang kaji, serta
ujian dan pencapaian.
Isi kandungan mata pelajaran yang terlibat dalam kajian ialah al-Quran, Fiqah dan Aqidah. Isi
kandungannya adalah mengikut kurikulum dan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Kebanyakkan
isi kandungan adalah mudah dan sesuai dan sentiasa menambah maklumat baharu kepada pelajar.
Kurikulum dipelajari bagi semua peserta kajian telah menepati matlamat dan objektif seperti apa
yang dirancangkan dan mengikut pelan pengurusan kurikulum. Ianya selaras mengikut piawaian
standard kualiti kurikulum. Rujukan utama pelajar ialah buku teks dan buku nota. Peserta kajian
mendapati bahawa isi kandungan dan sukatan pelajaran amat berguna dan boleh diaplikasikan
dalam kehidupan. Mereka merasakan apa yang di pelajari adalah penting serta berguna. Justeru
mereka berasa gembira dan seronok dengan pengalaman pembelajaran. Antara contoh yang diberi
adalah tentang kesedaran tentang aqidah dan kepntingannya dalam kehidupan Muslim lebih-lebih
lagi berkaitan hidup di dalam masyarakat berbilang agama di Thailand.
Pakar-pakar kurikulum Pendidikan Islam telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu
diberi perhatian sewajarnya berkaitan kurikulum dipelajari. Mengikut Jaudat Ahmad Sadah dan
Abdullah Ahmad Ibrahim (2004) lima kriteria untuk isi kandungan kurikulum ialah
kebermaknaan, minat pelajar, kemanfaatan, kesahan dan boleh di pelajari. Ali Ahmad Madkur
(2006) menggariskan panduan yang lebih jelas berdasarkan perspektif Islam dengan menetapkan
lima syarat iaitu kandungan kurikulum seharusnya bertepatan dengan tasawwur Islam dari segi
bentuk dan isinya, mematuhi matlamat umum dan objektif khusus yang ditetapkan. Selain
melengkapi antara ilmu wahyu dan ilmu pemerolehan, sesuai dengan peringkat dan perkembangan
pelajar dan menyepadukan teori dan amali.
Mengikut Brown, (2009) dan Thornton, (1985) kurikulum dipelajari atau pengalaman
pembelajaran merupakan perkara yang pelajar telah mempelajarinya dalam bilik kuliah yang
merangkumi segala pengalaman dan perkara yang dialami pelajar.
Sumber bahan yang menjadi pilihan peserta pelajar dalam kelas selain penyampaian pensyarah
adalah buku teks yang merupakan rujukan dan bahan bantu mengajar. Respon peserta pelajar ialah
mereka mudah dapat memahami dan boleh menjawab soalan pensyarah serta berkongsi cerita
dalam bab yang dipelajari. Dapatan menunjukkan, peserta pelajar bersetuju bahawa buku teks dan
6
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
buku nota yang menjadi rujukan dalam kursus ini dapat membantu pembelajaran pendidikan
Islam.
Kurikulum dipelajari melalui bahan buku teks banyak membantu para pelajar dalam
memastikan pencapaian objektif dalam bilik kuliah. Buku teks dapat membantu pelajar
mempelajari kesemua mata pelajaran samada al-Quran, Fiqah dan Aqidah. Kesemua pelajar dalam
kajian ini menunjukkan sikap siap siaga yang tinggi terhadap kepentingan dan keperluan terhadap
bahan buku teks. Jika tidak memahami pelajaran mereka akan merujuk kawan-kawan terlebih
dahulu, seterusnya pensyarah berdasarkan bahan-bahan yang terdapat dalam buku teks.
Perbincangan tentang kurikulum dipelajari juga berkaitan dengan pensyarah dan kaedah
pengajarannya. Ia memberi kesan kepada pembelajaran pelajar. Kajian ini menunjukkan peserta
pelajar suka dengan sikap dan gaya pensyarah. Di antara keperibadian atau sikap mereka yang
disenangi adalah dengan mempunyai gaya tersendiri, tegas, keceriaan, suara yang jelas dan bahasa
yang mudah. Kaedah pengajaran dan persiapan bahan yang menarik, teknik yang mudah, pelbagai
dan sering berubah dengan cara mengajar yang tersendiri memberi tarikan kepada pelajar.
Kesemua ini menjadikan kebanyakan pelajar memberi perhatian yang baik. Ia juga menjadikan
suasana dalam kelas adalah menyeronokkan, bilik kelas aktif dengan soal jawab dan pertanyaan
tanpa stres atau mengantuk.
Sikap pensyarah yang disukai adalah mesra melalui gelak ketawa, persembahan yang
menarik, interaksi, tidak cepat marah, suka memanggil nama pelajar dan bergerak melihat aktiviti
pelajar. Ditambah lagi jika terdapat perbincangan isu semasa atau perkara juga peristiwa yang
panas terkini, disamping aktiviti menggunakan bahan-bahan dan data-data.
Aktiviti dalam kelas yang paling disukai peserta pelajar ialah aktiviti kerja kumpulan,
perbincangan dan pembentangan di depan kelas. Mereka merasakan penglibatan pelajar dalam
aktiviti-aktiviti kelas ini adalah penting. Mereka menyatakan dapat mengingat dengan lebih
mudah jika melalui berbincangan. Perasaan mereka gembira apabila dapat menjawab dan
membuat sesuatu yang boleh meningkatkan daya usaha dalam mencapai sesuatu objektif. Aktiviti-
aktiviti tersebut bagi mereka adalah berguna dan sesuai untuk membantu pelajar menjadi guru
pada masa depan. Peserta pelajar berpendapat aktiviti yang melibatkan interaksi pelajar terhadap
apa yang dipelajari adalah mendatangkan manfaat kerna mereka berpeluang mempraktikkan apa
yang dipelajari dalam kelas.
Sehubungan dengan itu, bagi Glathorn (1999) menjelaskan pensyarah menyampaikan isi
kandungan pelajaran secara terperinci dan membincangnya dalam kelas melalui aktiviti kelas
seperti: aktiviti kumpulan bagi membolehkan pelajar berfikir.
Kesemua peserta pelajar mempunyai asas fardu ain dari peringkat tadika lagi, sehingga sekolah
menengah. Semua pelajar juga dapat mengikuti kelas-kelas fardu ain secara tidak formal di bawah
pengelolaan masjid atau surau di kampung masing-masing. Pelajar mendapati bahawa pendidikan
Islam adalah darah daging seorang Muslim berbanding dengan subjek-subjek lain.
Kesemua peserta pelajar mempunyai asas kepada subjek al-Quran, Fiqah atau Aqidah.
Mereka mempunyai asas pendidikan Islam bermula dari pendidikan awal (raudhah) lagi sehingga
peringkat menengah. Kebanyakkan mereka lulus dari sekolah agama swasta dan juga sekolah
kerajaan. Dengan pengalaman tersebut dapat membantu pengajian mereka di peringkat universiti
untuk mengukuhkan maklumat yang sudah dipelajari dulu. Tahap pengalaman kemahiran bahasa
7
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
Melayu dan bahasa Arab adalah pada tahap sederhana. Kebanyakan sekolah-sekolah tersebut
menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar. Para pelajar beranggapan bahawa
pendidikan Islam adalah sangat penting bagi muslim dan sebagai mata pelajaran yang perlu
dipelajari sebagai pengkhususan. Pengetahuan yang mendalam tentang Islam membantu mereka
melaksanakan amalan (tatbiq) Islam dalam rutin kehidupan seharian dan dalam pelbagai sistem
kehidupan masyarakat mereka yang kompleks.
Dalam semua subjek pendidikan Islam didapati pelajar membuat persediaan yang menjadi
kebiasaan kepada mereka, lebih-lebih lagi apabila menghadapi peperiksaan. Persediaan pelajar
sebelum kelas membantu mereka untuk mudah memahami pelajaran. Semua peserta pelajar
menunjukkan ada kesungguhan dan minat setiap kali menghadiri kelas, di dalam kelas juga
pensyarah suka bertanya berkenaan persiapan pembelajaran mereka. Disini menunjukkan
pensyarah memberi kepentingan kepada persiapan awal pelajar.
Setiap peserta pelajar mempunyai cara dan peruntukan masa mengulang kaji pelajaran
pendidikan Islam masing-masing. Kebiasaannya pelajar membuat persiapan sebelum memasuki
kelas atau pada waktu malam. Setiap peserta pelajar memperuntukkan masa dari 4 jam hingga 6
jam seminggu, atau 56 jam hingga 84 jam dalam satu-satu semester. Ini menunjukkan
kesungguhan peserta pelajar dan minat mereka dalam mencari ilmu. Dengan ini juga sudah pasti
dapat membantu mereka untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik.
Kesungguhan peserta pelajar dan minat mereka dalam mencari ilmu melalui aktiviti luar
kelas juga dapat membantu mereka untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian. Bahkan ada juga
beberapa orang pelajar mengambil inisiatif berkhidmat mengajar rakan junior di kolej dan kanak-
kanak di pusat bimbingan fardu ain sebagai kaedah mengulang kaji pelajaran.
Kebanyakan pelajar mengulang kaji pelajaran mereka dengan lebih memberi penekanan
jika menghadapi tugas dan tanggungjawab atau kerja rumah yang diberikan atau peperiksaan.
Mengikut Cuban (1995) dan Yangki (1998), perkara yang diuji adalah terbatas kepada sebahagian
daripada perkara yang ingin disampaikan dalam kurikulum dan pengajaran pensyarah. Pelajar
akan mampu memahami sepenuhnya kurikulum ekoran persediaan dalam menghadapi ujian.
Bagi kelas al-Quran, penilaian merupakan pemangkin utama yang mendorong pelajar membuat
ulang kaji dan belajar sendiri. Pelajar mempercayai bahawa penilaian dapat menguji penguasaan
ilmu. Pelajar-pelajar dalam kajian ini berpendapat bahawa penilaian terhadap kemahiran,
pemahaman dan aplikasi untuk kursus pendidikan ini adalah sesuai.
Secara umumnya peserta pelajar dapat memahami pelajaran sepenuhnya. Pelajar yang
tidak faham terpulang kepadanya untuk mengambil inisiatif sendiri. Persediaan pelajar sebelum
menghadiri ujian dan peperiksaan menjadi faktor penting dalam pemahaman dan pencapaian
pelajar dalam pembelajaran. Pelajar-perlajar berpendapat bahawa pencapaian akademik masing-
masing adalah lebih daripada mendalami ilmu setelah mengikuti kursus pendidikan Islam
sepanjang pengajian.
Pelajar menganggapkan penilaian adalah pemangkin utama yang mendorong mereka
mengulang kaji pelajaran sepanjang kursus ini dilaksanakan. Pelajar mempercayai bahawa
penilaian dapat menguji penguasaan ilmu di semua jenis penilaian yang dilaksanakan. Kaedah
penilaian bermula dalam kelas lagi, termasuk kehadiran kelas, sesi soal jawab dan pemarkahan.
Secara amnya, peserta pelajar memahami pengajaran yang dipelajari dalam kelas dan dapat
8
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
KESIMPULAN
Pelaksanaan kurikulum dipelajari didapati adalah melalui kandungan sukatan pelajaran yang
berguna, mudah dan sesuai, menambah maklumat baru, mencapai matlamat dan objektif,
mengikut perancangan dan standard kualiti kurikulum. Bahan pembelajaran terutamanya buku
teks membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran. Kurikulum dipelajari juga berkaitan
dengan kaedah pengajaran pensyarah serta sikap dan gaya tersendirinya.
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya, Abdul Rasyid Mohamed dan Abdul Ghani Abdullah (2007). Guru sebagai
pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Ali Ahmad Madkur (2006). Nazariyyat al-Manahij al-Tarbawiyyah, Al-Qahirah: Dar al-Fikr al-
Arabi.
Andi Abdu Muis, (2017). Pengembangan Metode Mengajar Guru Pendidikan Agama Islam di
SMP Negeri 9 Parepara. Jurnal Tarbawi Vol. 14. No. 1. Januari - Juni 2017. Universitas
Muhammadiyah Parepare Provinsi Sulawesi Selatan
Brophy, J. E. (1982). How teacher influence what is taught and learned in classroom. The
Elementary School Jounal. 83(1), 1-12 The Unversity of Chicago.
Brown (2009). Curriculum Consonance and Dissonance in Technology Education Classroom.
Journal of Technologu Education, 20(2)
Chandanai Srisa (2016). Panha Karnam laksutr Paichai Nai Stabansuksa. Berdasarkan web yang
diperolehi pada Jun 2019 daripada https://www.gotoknow.org/posts/614845
Creswell, J.W. (2005). Research Design:Qualitative and Quantitative Approaches. London, UK:
Sage.
Creswell, J.W. (2008). Controversies in Mixed Methods Research. In N.K. Debzin., & Y.S.
Cuban (1995). The hidden variable: how organization influence teacher responses to secondary
science curriculum reform. Theory Into practice.
Draper (1996) Observing, measuring, or evaluating courseware: a conceptual introduction. Dlm
G. Stoner (Eds.), LTDI handbook in implementing learning technology, Heriot Watt
University: Edinburgh.
Dhimas Aji Bayuari (2015). Dhimas Aji Bayuari (2015). Pengembangan Kurikulum: Teknologi
Pendidikan. Dimuat turun dari web pada 12 February 2019 daripada
http://dhimasaji.blogs.uny.ac.id
Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah dan Farrah Dina Yusop (2004). Peranan Ibu Bapa dan
Guru dalam Membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian
Akademik. My Jurnal Vol.1 27,2004. Putrajaya : Bahagian Sitasi dan Infometrik
Hassan Madmaran (2008). Penubuhan Universiti Awam Sebagai Pusat Pembangunan Tamadun
Ummah: Seminar Pendidikan Islam. Pattani: Universiti Islam Yala.
Ismail Ab.Rahman. (1993). Pendidikan Islam Malaysia. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jaudat Ahmad Sadah dan Abdullah Ahmad Ibrahim (2004). Al-Manhaj al-Madrasi al-Muasir.
Edisi 4, Amman: Dar al-Fikr.
9
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
Glatthorn (1999). Alignment revisited. Journal of curriculum and supervision, Fall, 15(1),
Kementerian Pendidkan Malaysia (2014) Buku Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan
Guru Baharu. Putrajaya, Malaysia: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Kolej Pengajian Islam (1985) Laporan Seminar Akadimi Islam Bertima: Islam dan cara Hidup.
Pattani: Universiti Songkla Nakareen-Pattani.
Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, & Seah Ai Kuan (2010). Satu kajin mengenai penggunaan bahan
bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah. Retrieved
September 12,2016. From: http//blogger,kebuman . info/does/tahap-penggunaan-alat-bant.
Marohaini Yusof (1996). Perlaksanaan dan Proses Mengarang Pelajar Melayu dalam Bilik
Darjah Tingkatan Empat: Satu Kajian kes. Tesis Doktor Falsafah Pendidikan yang belum
diterbitkan, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Meriam, B.S. (1988). Case Study Research in Education: A Qualitative Approach. San Francisco
: Jassey- Bass Pub.
Meles, M.B., & Huberman, A.M.. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expended Sourcebook,
(2nd Edition). Thousand Oaks: Sage.
Menis (1991). Currikulum in Israel ninth grade classes: The intended, implemented and the
achieved curricula. Research in Science and Technological Education,9 (2).
Merriam, S. B. (1990). Case Study Reseach in Education: A Qualitative Aproach. (3rded). San
Francisco: Jossey-Bass.
Muhamatskree Manyunu (2008). Analisis Perubahan Kurikulum Pendidikan Islam di Sekolah
Agama Rakyat di Selatan Thailand (1961-2003). Disertasi Ijazah Doktorah Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
Mulyasa E. (2007). Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan Sebuah Panduan Praktis.
Bandung : Remaja Rosdakarya.
Muniti Asia, (1983) Raingankharprachum Sammana Peachattan Sun Islamsuksa. Pattani:
Mahavityalai Songkla
Moore (1984). Curriculum implementation: a survey of techers’ levels-of-use of “The program
and the six year old” and “Social and environmental studies (grades 5-6)” guides. Research
Report.
Nicholls, A. (1983) Developing a Curriculum: A Practical Guide. Unwin Education. New York:
International Publications Service, Collings, Inc.,
Ornstein, A.C., & Hunkins, F.P. (2004). Curriculum. Foundations, Principles, and Issues. 4th
edition. Needhaam Heights: Allyn & Bacon.
Oxford Learner's Dictionaries, (2020) Oxford University Press
https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/english/pdf
Parlett & Hamilton D. (1977). Evaluation as illumination: A new approach to the atudy of
innovatory program. Dlm M. Parlett & G. Dearded, Introduction to illuminative evaluation:
Studies in Higher Education, Pacific Sounding Press, Cardiff-by-the-Sea, Califonia.
Snyder., et all (1992). Curriculum implentation. dlm P.W Jackson (Eds.) Handbook for research
on curriculum, New York, NY: Macmillan.
Thornton, S.J. (1985). Curriculum Consonance in United States History Classroom. Stanford
University,Stanford, CA.
Weisz (1988). Carriculum Planning and Enacment of Beginning Teacher-Is there a fit or a gap
between the two?: Paper presented at the Annual Meeting of the American Education
Research Association (New Orleans, LA, April 5-8 1988).
Yangki (1998), The intended and the taught curricula in grade 6 geography in Bhutan: A
curriculum audit: University of New Brunswick, Canada.
10
Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020
Zakaria & Ahmad Shukri Yahaya (2004). Kecerdasan Emosi Dalam Bidang Pendidikan
Teknikal: Ke arah Pemikiran Strategik. Wacana Pemikiran Dalam Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
11