Jurnal Kepimpinan Pendidikan - : Kualiti Guru Dan Penguasaan Bahasa Cina Murid Sekolah Kebangsaan Di Selangor

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil.

7, Isu 4

KUALITI GURU DAN PENGUASAAN BAHASA CINA MURID SEKOLAH


KEBANGSAAN DI SELANGOR

Muhammad Asyraf Mohd Adzhar


Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor

*Norfariza Mohd Radzi


Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
[email protected]

ABSTRACT

The initiatives to improve the proficiency of students in certain fields are very much
related to the quality of teachers. Hence, a quality teacher plays a crucial role to enhance
students’ learning. The objective of this study is to identify the level of teacher quality in
teaching Chinese language subject at primary school in Selangor, the level of students’
proficiency in mastering the Chinese language subject and to identify the relationship
between the teacher quality and the proficiency of students in mastering the Chinese
language subject at primary school in Selangor. This research was carried out
quantitatively through survey. The respondents of this research consists of teachers
majoring in Chinese language subject who answered the questionnaires that have been
distributed. The data gathered from questionnaires was analyzed through descriptive and
inferential statistics using SPSS software Version 25. Results showed that the level of
teacher quality in teaching Chinese language subject at primary school in Selangor was
at very high level (mean=4.28, sd=0.44). Meanwhile, the proficiency of students in
mastering the Chinese language subject at primary school in Selangor showed an average
level (mean=2.81, sd=0.86). Furthermore, there was a positive significant correlation but
at a low level between the teacher quality and the proficiency of students in mastering the
Chinese language subject at primary school in Selangor with value of r=0.28, sig.=0.046
(p<0.05). Hence, the significant positive correlation proves that the role of teachers can
give positive impact to the proficiency of students in mastering the Chinese language
subject in addition to other important factors.

Keywords: Teacher quality, Chinese language, primary school.

PENGENALAN

Penggunaan Bahasa Mandarin dalam komunikasi antara masyarakat telah berkembang setelah
perkembangan pesat ekonomi negara China. Bagi melahirkan rakyat yang berdaya saing pada zaman
sekarang ini, banyak negara telah memberikan tumpuan kepada menambahkan pengajaran Bahasa Cina
dalam kurikulum pendidikan masing-masing (Smith, 2006). Matlamat utama bagi penerapan bahasa ini
dalam kurikulum pendidikan adalah untuk menggalakkan masyarakat dalam menguasai bahasa asing
sebagai bahasa ketiga. Di Malaysia, Bahasa Mandarin juga dipanggil sebagai Bahasa Cina yang ditutur
oleh kebanyakan masyarakat berbangsa Cina. Seiring dengan pembangunan ekonomi negara China dan
peningkatan statusnya dalam arena antarabangsa pada masa kini, terdapat peningkatan permintaan dari
serata dunia terhadap pembelajaran bahasa Cina atau bahasa Mandarin (Norlida Razali, 2015). Keadaan
ini jelas dapat dilihat dalam konteks masyarakat Malaysia di mana pembelajaran Bahasa Cina kini
menjadi pilihan orang ramai. Keperluan untuk menguasai bahasa asing dilihat menjadi satu kepentingan
kepada masyarakat Malaysia khususnya kepada penutur bukan jati Bahasa Cina. Ini menyebabkan ramai

1 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya penutur bukan jati Bahasa Cina berminat untuk belajar
bahasa tersebut.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembanggunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 anjakan ke dua telah menggariskan keprluan bagi murid
menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa
tambahan. Melalui pelan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan murid-murid
menguasai bahasa tambahan menjelang 2025. Antara pengajaran bahasa tambahan yang telah
dilaksanakan di sekolah mahu pun universiti ialah Bahasa Cina (BC). Ini merupakan antara salah satu
usaha kerajaan untuk menggalakkan masyarakat bukan penutur jati Bahasa Cina untuk menguasai
bahasa tersebut.

Pengajaran subjek Bahasa Cina terhadap penutur bukan jati di Malaysia telah dijalankan pada peringkat
sekolah. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) merupakan di antara subjek baharu yang
diwujudkan sempena dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016). Kini, pengajaran Bahasa Cina di peringkat Sekolah Kebangsaan telah
berjalan dengan lancar daripada murid tahun satu sehingga tahun enam. BCSK merupakan di antara
subjek bahasa yang terkandung dalam modul elektif KSSR. Penguasaan murid terhadap sesuatu bidang
merupakan matlamat yang perlu dicapai oleh setiap guru. Oleh itu, kualiti guru menjadi satu faktor
utama yang harus ditingkatkan bagi mewujudkan sistem pendidikan yang berkualiti. Penguasaan Bahasa
Cina di kalangan murid bukan penutur jati dipengaruhi oleh faktor kualiti guru. Ini kerana guru
merupakan insan terpenting yang berusaha untuk membimbing, memimpin serta memantau tahap
penguasaan murid.

Namun begitu, terdapat beberapa kesukaran yang dialami oleh murid dalam mempelajari serta
memahami bahasa lain. Zaliza Mohamad Nasir, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normahdiah Sheikh Said
dan Norizan Che Su (2013) dalam kajiannya menyatakan tidak semua murid memperoleh tahap motivasi
tinggi seperti yang diharapkan oleh guru dan ibubapa. Jadi, peranan guru sangat penting untuk mengajar
murid mereka masing-masing bagi memahami isi kandungan pelajaran yang mereka pelajari. Justeru
itu, amat wajar untuk pengkaji melihat sejauh mana kualiti yang ada pada seseorang guru dalam
menghasilkan murid cemerlang dalam menguasai Bahasa Cina sebagai bahasa ketiga.

Profesion perguruan merupakan di antara kerjaya yang mulia dalam mendidik anak bangsa supaya
menjadi modal insan yang cemerlang. Guru merupakan individu bertanggungjawab dalam
meningkatkan kecemerlangan murid ke arah modal insan berguna. Oleh itu, pelbagai pihak akan terlibat
dalam usaha untuk meningkatkan kualiti profesion perguruan. Inisiatif ini dilaksanakan untuk
meningkatkan lagi kualiti sistem pendidikan supaya setanding dengan negara lain dan seterusnya
memastikan kualiti guru sentiasa cemerlang untuk memenuhi aspirasi negara. Kualiti yang ada bagi
seseorang guru menjadi indikator utama dalam mengajar serta membimbing murid dan membentuk
mereka supaya menjadi modal insan berguna.

Realiti sistem pendidikan di Malaysia amat mementingkan soal kualiti yang ada pada seseorang guru.
Kini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 telah dilancarkan untuk
memastikan kualiti pendidikan terus dapat dipertingkatkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti guru jelas dapat dilihat melalui anjakan keempat, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu guru mestilah memberi fokus kepada
fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran, selain meningkatkan
laluan guru bagi berperanan sebagai pemimpin, pakar bidang khusus dan pakar pengajaran menjelang
2016 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013). Inisiatif tersebut adalah untuk memastikan
kerajaan Malaysia mampu melahirkan modal insan yang cemerlang serta mahir dalam segenap aspek.

2 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Bagi membentuk kecemerlangan murid, kualiti guru perlu dipertingkatkan seiring dengan
perkembangan sistem pendidikan negara. Menurut Syafrimen (2010) untuk memenuhi keperluan ini,
guru mestilah sentiasa bersedia dengan segala kecekapan serta kemahiran seperti membina suasana yang
harmonis, menguasai teknologi yang diperlukan, memperbaiki kaedah pengajaran dan membina
hubungan antara guru dengan murid secara mesra selama proses pengajaran. Justeru, kajian ini akan
mengkaji kualiti guru dan penguasaan Bahasa Cina murid Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor.
Sebagai implikasi, kajian ini diharap mampu mampu menjadi pemangkin bagi melahirkan guru yang
berkualiti yang seterusnya dapat menghasilkan murid yang cemerlang dalam segenap aspek
pembangunan diri khususnya dalam berbahasa. Sistem pendidikan yang terancang, teratur dan berkualiti
mampu dihasilkan melalui nilai profesionalisme yang tinggi pada guru. Perkara ini menunjukkan tanpa
guru yang berkualiti dan cemerlang, sistem pendidikan tidak mampu dibangunkan serta dikembangkan
(Kamaruddin Hussin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2003).

PENYATAAN MASALAH

Usaha untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu bidang mempunyai perkaitan yang rapat
dengan tahap kualiti guru. Oleh itu, aspek kualiti guru kini semakin diberi perhatian bagi usaha
meningkatkan lagi tahap pendidikan di Malaysia. Para penyelidik dalam kajian mereka turut mendapati
bahawa kualiti guru mampu memberi impak terhadap pencapaian murid. Penguasaan murid terhadap
sesuatu bidang yang lemah sering kali dikaitkan dengan kelemahan kompetensi atau kecekapan
pengajaran guru. Secara umumnya, penguasaan Bahasa Cina dalam kalangan murid amat bergantung
kepada kualiti yang ada pada guru. Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana seseorang guru yang tidak
cekap sudah tentu tidak mampu menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada murid mereka.

Terdapat beberapa kelemahan yang murid sering hadapi di dalam pengajaran Bahasa Cina seperti
kelemahan mendengar, bercakap, membaca dan menulis. Juliana Ling Chu Chen (2009) dalam
kajiannya telah menerangkan masalah yang dihadapi oleh 23 orang murid daripada kelas Tahun 3 di
SJK (C) iaitu masalah tulisan yang tidak kemas. Kajiannya turut menerangkan bahawa kaedah
pengajaran yang sistematik diperlukan untuk meningkatkan kemahiran menulis supaya mampu
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan belajar cara menulis yang betul, kanak-kanak
akan merasa seronok dan selesa untuk menulis. Kajian yang dijalankan oleh Azman Che Mat dan Goh
Ying Soon (2010) telah menyatakan halangan dalam pembelajaran Bahasa Cina adalah bagaimana untuk
mengatasi masalah pembelajaran seperti masalah mendengar, menyebut intonasi dengan lebih tepat dan
lain-lain lagi. Isu-isu sedemikian menunjukkan guru-guru perlu memikirkan langkah untuk menangani
masalah tersebut dalam mempertingkatkan mutu pengajaran Bahasa Cina serta menarik minat murid.

Dalam usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan murid, kualiti guru merupakan faktor utama yang
harus diberi perhatian. Kualiti guru adalah aspek utama dalam mencorak kejayaan murid. Sarifuddin
(2014) berpendapat bahawa bagi menghasilkan sekolah berkesan, guru merupakan agen perubahan yang
sangat penting. Oleh itu, guru merupakan insan utama dalam membimbing murid-murid ke arah
kecemerlangan di sekolah. Mohd Yusri dan Aziz (2014) di dalam kajiannya telah membuktikan guru
yang hilang keyakinan atau efikasi akan menyebabkan kompetensi pengajaran mereka menjadi lemah.
Secara jelas, pencapaian akademik murid boleh ditinggkatkan melalui efikasi kendiri guru yang tinggi.
Sementara itu, Aziah Ismail, Loh Hooi Yen dan Abdul Ghani Kanesan (2015) menyatakan bahawa
peningkatan kualiti sesebuah sekolah boleh dikaitkan dengan efikasi kendiri guru melalui usaha
Komuniti Pembelajaran Professional (KPP). KPP telah dilaksanakan untuk mewujudkan dan
mengekalkan kualiti guru di sesebuah sekolah.

Kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang efektif menjadi penyumbang utama dalam
mencorakkan kecemerlangan seseorang pelajar (Abdul Rahim Hamdan & Chia Lai Lai, 2015). Untuk
memastikan kejayaan dan transformasi sistem pendidikan ini tercapai, sekolah memerlukan para guru

3 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

yang berkualiti kerana guru ialah ejen perubahan kepada pelajar dan mampu memberi impak kepada
keberkesanan sesebuah sekolah (Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail, 2016). Terdapat dapatan
kajian terdahulu yang menjelaskan masalah dalam pembelajaran bahasa asing yang sering timbul seperti
masalah pemindahan bahasa ibunda, faktor persekitaran, sikap pembelajaran, masa pembelajaran,
kaedah pengajaran, motivasi dan faktor minat pembelajaran (Lee Phaik Gaik, Chin Mei Keong, Rafidah
Ruhani & Mohd On Ahmad, 2017). Ghazali Darusalam, Zaharah Hussin, Zawawi Ismail, Latifah Ismail
& Abdul Jalil Othman (2011) berpendapat guru mestilah mengetahui dan menguasai teknik pengajaran
bahasa supaya pelajar mudah menguasainya. Menurut Hallinger (2010) guru juga perlu
mengimplimentasikan penambahbaikan yang radikal dalam bidang pendidikan dimana aspek kualiti
guru menjadi isu yang kritikal. Selaras dengan itu, tumpuan utama penambahbaikan ialah peningkatan
kualiti amalan guru bagi memastikan guru sentiasa kompeten dalam menjalankan tugas.

Oleh yang demikian, pengkaji mendapati amat wajar kajian dilakukan untuk mengkaji kualiti guru
Bahasa Cina serta tahap penguasaan murid terhadap penguasaan Bahasa Cina. Meskipun kajian-kajian
terdahulu ini telah dilaksanakan, masih terdapat perkara-perkara yang perlu ditambahbaik dalam
meningkatkan penguasaan murid. Antara perkara yang diabaikan adalah seperti kajian mengenai kualiti
guru Bahasa Cina terhadap keberkesanan pengajarannya terhadap murid. Selain itu, kajian terhadap
kualiti guru dan tahap penguasaan murid terhadap Bahasa Cina di sekolah kebangsaan juga masih sangat
diperlukan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dilaksanakan bagi mengkaji kualiti guru dan
penguasaan Bahasa Cina murid Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai tahap kualiti guru dalam pengajaran mata pelajaran
Bahasa Cina serta tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan di negeri Selangor.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab objektif berikut:


i. Mengkaji tahap kualiti guru dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan di negeri Selangor.
ii. Menilai tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor.
iii. Menganalisis hubungan di antara kualiti guru dengan tahap penguasaan murid terhadap
pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor.

SOROTAN KAJIAN

Konsep Kualiti

Kualiti merupakan kayu pengukur dalam memberi penilaian terhadap sesuatu perkara. Definisi kualiti
adalah mempunyai tafsiran yang berbeza mengikut kepada sesuatu perkara. Mengikut Kamus Dewan,
kualiti merujuk kepada darjah kecemerlangan yang biasanya bermutu tinggi (Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2007). Secara asalnya, kualiti diambil daripada perkataan qimatun atau nau’iyyat bermakna
kualiti atau kecemerlangan.

Beberapa pengkaji terdahulu telah memberikan pandangan yang berbagai mengenai tafsiran kualiti.
Menurut Najwa Mohd Noor (2002), kualiti merupakan sesuatu keadaan yang cemerlang atau baik
namun kebaikan tersebut tidak terhad pada sesuatu tahap dan sentiasa berubah. Selain itu, kualiti turut
difahami sebagai sesuatu yang dapat memenuhi kehendak pelanggan daripada segi memberikan

4 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

perkhidmatan. Daripada segi produk, kualiti bermakna menepati standard yang ditetapkan seperti tiada
cacat serta dapat mencapai matlamat. Jadi, kualiti juga dapat dilihat sebagai sesuatu keadaan yang baik,
menepati tahap sesuatu perkara serta memenuhi kehendak orang ramai.

Kualiti juga boleh dilihat daripada sudut pendidikan. Menurut Arcaro (2006), kualiti pendidikan adalah
usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan mengenai pendidikan yang berkualiti melalui
pembangunan sistem pendidikan dengan memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan yang
berkesan kepada pelanggan. Sementara itu, Mohammad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman
dan Zamri Arifin (2014) berpendapat kualiti pendidikan berhubung kait dengan kesediaan guru-guru
berkualiti, kemudahan dan infrastruktur yang lengkap, kurikulum yang dapat menjawab cabaran di masa
hadapan, dan pembangunan sumber manusia. Ini bermakna kualiti dalam bidang pendidikan melibatkan
pelbagai pihak seperti pengurusan, guru, kurikulum untuk bertindak dalam memberikan tahap
pendidikan yang cemerlang kepada anak didik masing-masing.

Kualiti Guru

Kepentingan mengenai kualiti guru sering mendapat perhatian oleh pengkaji terdahulu. Kualiti guru
sememangnya memberi impak positif kepada penguasaan murid dalam sesuatu bidang. Barber dan
Mourshed (2007) telah menjelaskan bahawa kualiti sistem pendidikan sekolah tidak boleh melebihi
kualiti gurunya. Ini menunjukkan walaupun sistem pendidikan telah dibangunkan dengan baik, ia tidak
mampu memberi impak jika aspek kompetensi serta komitmen kualiti guru tidak dibangunkan terlebih
dahulu.

Kualiti guru mempunyai kaitan dengan beberapa faktor utama. Chee Kim Mang (2008) dalam kajiannya
membuat kesimpulan bahawa terdapat empat perkara utama dalam mendefinasikan kualiti guru iaitu
kelayakan, karakter, keberkesanan dan amalan dalam kelas. Penyelidikan terdahulu yang telah
dijalankan juga menyatakan faktor personal seperti jantina, umur, pengalaman latihan, tahap pendidikan,
pengkhususan, pengalaman mengajar serta sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan mampu memberi
impak kepada kualiti seseorang guru (Jasmi & Nawawi, 2012). Sementara itu Durr (2008) dalam
kajiannya telah menyatakan empat ciri guru berkualiti seperti komitmen guru bagi sentiasa memperbaiki
diri, guru yang menyayangi murid, komitmen guru kepada murid masing-masing dan pengurusan bilik
darjah yang baik.

Di samping itu, Durr (2008) telah menjelaskan pihak yang bertugas dalam standard pengajaran di
Amerika Syarikat yakin bahawa guru berkualiti adalah guru yang komited kepada pelajar dan
pengajaran, berkemahiran bagi mengurus dan mengawasi pelajar, berpengetahuan dalam isi kandungan
mata pelajaran dan kaedah pengajaran serta sentiasa membuat refleksi terhadap pengajarannya. Guru
yang berkualiti juga juga dikaitkan dengan guru yang berkesan dimana ianya difahami sebagai seorang
guru yang cakna dengan kehendak murid, berkongsi persekitaran pengajaran, pengajaran yang tersusun
serta meraikan kejayaan murid (Cullingford, 1995).

Bagi konteks pendidikan di Malaysia, beberapa kajian berkaitan dengan kualiti guru menghasilkan
inisiatif bagi meningkatkan lagi kualiti guru dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Pada
tahun 2009, Standard Guru Malaysia telah digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bagi
memainkan peranan sebagai garis panduan untuk memastikan kualiti guru sentiasa berada pada tahap
yang optimum (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009). Standard Guru Malaysia merangkumi tiga
standard seperti amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
pembelajaran dan pembelajaran. Standard pertama menjelaskan mengenai tahap amalan nilai
profesionalisme keguruan yang perlu ada kepada guru. Standard kedua telah menyatakan mengenai
kefahaman dan tahap ilmu pengetahuan mengenai ilmu pendidikan, subjek pengkhususan, kurikulum

5 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

dan kokurikulum yang perlu dikuasai oleh guru. Standard ketiga pula telah menyebut berkaitan tahap
kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang mesti ada pada guru.

Dalam dasar pendidikan di Malaysia, kualiti guru sentiasa menjadi tumpuan selaras dengan pelaksanaan
sistem pendidikan terbaik dunia. Ini membuatkan profesion perguruan menjadi tunjang kecemerlangan
dunia pendidikan kerana guru merupakan individu penting bagi mencapai aspirasi pendidikan negara.
Pelbagai inisiatif dibangunkan bagi meningkatkan lagi kualiti guru termasuk mewujudkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007), Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, (KPM, 2010), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Langkah ini diambil bagi meningkatkan lagi
kualiti guru seiring dengan kecemerlangan murid dalam pendidikan. Berdasarkan dapatan kajian-kajian
yang lalu, jelas menyatakan kualiti guru amat penting dan memainkan peranan penting dalam
meningkatkan tahap pendidikan murid-murid. Justeru itu, kajian mengenai tahap kualiti guru dan
sesuatu bidang wajar dijalankan bagi meningkatkan lagi kualiti guru dari semasa ke semasa.

Pengajaran Bahasa Cina

Pengajaran Bahasa Cina dalam kalangan bukan penutur jati telah berkembang dari semasa ke semasa.
Bagi melahirkan rakyat yang mampu berdaya saing dalam era globalisasi ini, terdapat banyak negara
telah memberikan tumpuan untuk menambahkan Bahasa Cina dalam kurikulum pendidikan (Smith,
2006). Ini menunjukkan Bahasa Cina perlu dipelajari terutamanya pada masa kini. Pengajaran Bahasa
Cina bagi penutur bukan jati semakin popular di seluruh dunia. Di samping itu, perkembangan terhadap
pengajaran Bahasa Cina berjaya mempengaruhi penggunaan media massa. Menurut Tsung &
Cruickshank (2011), selepas Bahasa Inggeris, Bahasa Cina menjadi bahasa yang sering digunakan
dalam internet.

Di Malaysia, Bahasa Cina turut digelar sebagai Bahasa Mandarin. Istilah-istilah ini merujuk kepada
bahasa yang serupa. Namun begitu, pihak KPM telah menyelaraskan penggunaan “Bahasa Cina” di
dalam Bahasa Malaysia. Pengajaran Bahasa Cina telah mula berkembang dengan pesat di negara
Malaysia. Malah, pihak KPM juga amat menggalakan murid-murid untuk mempelajari satu bahasa
tambahan termasuk Bahasa Cina. Melalui tindakan di dalam anjakan kedua Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan menunjukkan salah satu
usaha kerajaan bagi memastikan murid dapat menguasai bahasa tambahan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Kemahiran menguasai bahasa tambahan juga dapat membantu murid menyertai tenaga
global.

Kini pengajaran Bahasa Cina telah diajar daripada peringkat Sekolah Kebangsaan sehingga peringkat
Universiti. Di peringkat Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) adalah di
antara mata pelajaran tambahan yang telah dilaksanakan kepada murid tahap 1 dan tahap 2 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016). Usaha ini dilakukan bagi memastikan murid di Sekolah Kebangsaan
berpeluang untuk mempelajari serta menguasai satu bahasa tambahan seperti mempunyai kemahiran
dalam menguasai Bahasa Cina.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian ini terdiri daripada dua bahagian utama iaitu kualiti pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) guru dan penguasaan murid. Rajah 1 menerangkan mengenai kerangka
konseptual yang akan menjadi asas kepada kajian ini. Dalam pembolehubah bebas, domain yang dipilih
telah diadaptasi daripada lima aspek utama di dalam standard 4 berdasarkan Dokumen Standard Kualiti

6 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Ianya memberi


penekanan kepada pembelajaran dan pemudahcaraan dimana guru memainkan peranan sebagai
pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan bagi mengembangkan
kebolehan murid dengan menyeluruh serta meningkatkan prestasi murid pada tahap optimum secara
berterusan. Ringkasnya, domain yang dipilih adalah guru sebagai perancang, guru sebagai pengawal,
guru sebagai pembimbing, guru sebagai pendorong dan guru sebagai penilai.

Seterusnya, bahagian pembolehubah bersandar adalah tahap penguasaan murid terhadap subjek Bahasa
Cina Sekolah Kebangsaan berdasarkan Dokumen Pentaksiran Bilik Darjah (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2019) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2014). Guru akan melihat tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran Bahasa Cina
melalui kemahiran mendengar, kemahiran bercakap, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Kemahiran mendengar merangkumi penguasaan di mana murid mampu memahami perkataan serta
ungkapan yang mereka dengar ketika sesi pembelajaran. Kemahiran bercakap pula adalah termasuk
penguasaan dari segi mampu berkomunikasi secara lisan dan membuat pernyataan lisan mengenai isi
kandungan pembelajaran. Sementara itu, kemahiran membaca adalah mengenai kemampuan murid
untuk mengenal perkataan atau karakter Bahasa Cina dan membaca ayat dengan sebutan yang betul dan
lancar. Akhir sekali, kemahiran menulis pula merangkumi kemahiran menulis perkataan atau karakter
dengan peraturan menulis dengan betul dan menulis ayat dalam Bahasa Cina dengan betul.

Kualiti PdPc guru Penguasaan murid


•perancang •mendengar
•pengawal •bercakap
•pembimbing •membaca
•pendorong •menulis
•penilai

Rajah 1: Kerangka Kajian

KAEDAH KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengkaji sifat populasi melalui cara mengukur
data daripada sampel yang telah ditentukan. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah
tinjauan (survey) di Sekolah Kebangsaan yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran sekolah berkenaan di dalam negeri Selangor. Terdapat beberapa kelebihan
yang akan diperoleh dalam kajian yang dilakukan melalui kaedah kuantitatif. Gay, Mills dan Airasian
(2009) berpendapat bahawa penggunaan soal selidik merupakan kaedah yang berkesan kerana tidak
memerlukan perbelanjaan dan masa yang banyak. Sementara itu, kaedah tinjauan sesuai digunakan
kerana melibatkan kos yang rendah dan kebolehpercayaannya yang tinggi. Oleh itu, penggunaan soal
selidik dapat memberikan kemudahan kepada penyelidik bagi menganalisis dapatan kajian yang
diperoleh. Data yang diperoleh melalui sampel kajian seterusnya dapat dianalisis untuk mengkaji
objektif kajian yang hendak dicapai.

7 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Populasi dan Persampelan

Kajian ini melibatkan guru-guru opsyen Bahasa Cina yang bertugas di Sekolah Kebangsaan sekitar
Selangor. Seramai 64 orang guru opsyen Bahasa Cina bertugas di Sekolah Kebangsaan sekitar negeri
Selangor yang terlibat bagi menjawab soal selidik ini. Majoriti guru ini mengajar di daerah Klang,
Petaling Utama, Petaling Perdana, Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang.
Kebanyakan sekolah mempunyai seorang guru opsyen Bahasa Cina. Terdapat juga sekolah yang
mempunyai dua orang guru opsyen Bahasa Cina. Guru-guru ini mahir dalam berbahasa Cina, malah
mempunyai latar belakang pendidikan Bahasa Cina. Persampelan adalah pengambilan sebahagian
daripada suatu populasi untuk mewakili populasi tersebut. Persampelan dalam kajian ini adalah bukan
secara rawak kerana kesemua populasi bagi kajian ini diambil untuk dijadikan sebagai responden. Oleh
itu, bagi penyelidikan ini, sebanyak 64 set soal selidik diberikan kepada guru opsyen Bahasa Cina yang
mengajar di Sekolah Kebangsaan sekitar negeri Selangor yang merupakan jumlah sebenar populasi.
Walaubagaimanapun, sebanyak 53 responden yang memulangkan soal selidik iaitu dengan kadar
maklum balas sebanyak 83%. Maklumat demografi responden adalah seperti di dalam Jadual 1 di
bawah.

Jadual 1
Maklumat Demografi Responden
Ciri Demografi Kekerapan Peratus (%)
Jantina
Lelaki 4 7.5
Perempuan 49 92.5
Keturunan
Melayu 10 18.9
Cina 43 81.1
India 0 0
Umur
26-30 12 22.6
31-35 10 18.9
36-40 25 47.2
> 40 tahun 6 11.3
Kelulusan Akademik
Ijazah Sarjana Muda 50 94.3
Ijazah Sarjana 3 5.7
PhD 0 0
Tempat Melanjutkan Pelajaran
Bahasa Cina IPG 43 81.1
BFSU 4 7.6
BLCU 6 11.3
Pengalaman Mengajar
Bahasa Cina 1-5 12 22.6
6-10 14 26.4
11-15 26 49.1
16-20 0 0
> 20 1 1.9
Pengalaman Mengajar
di Sekolah Semasa 1-5 22 41.5
6-10 16 30.2
11-15 15 28.3
16-20 0 0

8 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

> 20 0 0
Daerah Responden
Petaling Perdana 14 26.4
Petaling Utama 8 15.1
Klang 15 28.3
Sepang 4 7.5
Hulu Langat 6 11.3
Gombak 2 3.8
Kuala Langat 2 3.8
Kuala Selangor 0 0
Sabak Bernam 0 0
Hulu Selangor 2 3.8

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik bagi mengumpul data daripada
responden. Soal selidik ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian
C. Bahagian A adalah mengenai maklumat demografi responden. Bahagian B adalah maklumat
mengenai kualiti guru Bahasa Cina. Dalam bahagian ini terdapat lima aspek utama mengenai kualiti
guru Bahasa Cina yang mereka amalkan dalam menjalankan tanggungjawab mengajar mata pelajaran
Bahasa Cina. Pengkaji menggunakan lima aspek yang terdapat di dalam Standard 4 dalam dokumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 untuk mengukur dan menilai tahap kualiti guru
Bahasa Cina (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Lima aspek utama tersebut adalah guru sebagai
perancang, guru sebagai pengawal, guru sebagai pembimbing, guru sebagai pendorong dan guru sebagai
penilai. Bahagian ini mengandungi sebanyak 34 item. Nilai skala likert dikategorikan kepada 5 peringkat
iaitu 1 – Tidak pernah, 2-Jarang sekali, 3- Jarang, 4- Kerap dan 5- Sangat kerap.

Bahagian C merupakan maklumat mengenai tahap penguasaan murid bagi setiap responden terhadap
mata pelajaran Bahasa Cina. Pengkaji merujuk kepada Pentaksiran Bilik Darjah (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2019) bagi Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014) Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dalam
melihat tahap penguasaan murid terhadap mata pelajaran Bahasa Cina. Tahap penguasaan murid dilihat
berdasarkan empat aspek utama iaitu melalui kemahiran mendengar, kemahiran bercakap, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Terdapat 9 item yang perlu dijawab di dalam bahagian ini. Pengkaji
akan menggunakan skala yang telah ditetapkan di dalam Dokumen PBD untuk menilai tahap
penguasaan setiap kemahiran Bahasa Cina. Nilai skala dikategorikan kepada 6 peringkat iaitu 1- Sangat
Terhad, 2 – Terhad, 3 – Memuaskan, 4- Baik, 5 – Sangat Baik dan 6 – Cemerlang.

Bagi memastikan tahap kebolehpercayaan dan kesahan instrumen adalah tinggi, kajian rintis telah
dijalankan. Maklumat kesahan soal selidik merujuk kepada darjah keupayaan ujian itu dalam mencapai
objektif kajian. Sebelum menjalankan kajian ini, pengkaji mendapatkan pandangan daripada pakar
untuk menilai item di dalam soal selidik tersebut. Kriteria pemilihan pakar adalah mengikut kepakaran
dalam bidang pendidikan. Kajian rintis juga telah dijalankan bagi melihat tahap kebolehpercayaan item
di dalam soal selidik sebelum digunakan bagi kajian sebenar. Berdasarkan dapatan kajian rintis, nilai
Alpha Cronbach jumlah keseluruhan bagi item mengenai tahap kualiti guru opsyen Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan ialah 0.95. Manakala nilai Alpha Cronbach jumlah keseluruhan bagi item mengenai
penguasaan Bahasa Cina murid Sekolah Kebangsaan ialah 0.92. Kebolehpercayaan instrumen ini telah
menunjukkan bahawa setiap item yang digunakan adalah sesuai bagi mengukur setiap komponen di
dalam kajian. Oleh itu, kesemua item soal selidik ini amat sesuai digunakan bagi kajian sebenar.

9 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji memulakan langkah dengan membuat permohonan kebenaran menjalankan kajian di Sekolah
Kebangsaan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Permohonan ini dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang
Educational Research Application System 2.0 (eRAS 2.0). Seterusnya, pengkaji telah membuat
permohonan menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan sekitar Selangor kepada pihak Jabatan
Pendidikan Selangor bagi mendapatkan surat kebenaran melaksanakan kajian terhadap sekolah yang
dipilih. Sebaik sahaja surat kebenaran diperoleh, pengkaji meneruskan prosedur pengumpulan data
dengan menyebarkan soal selidik kepada guru opsyen mata pelajaran Bahasa Cina di negeri Selangor.
Bagi prosedur mentadbir instrumen soal selidik, pengkaji telah menyerahkan soal selidik secara atas
talian melalui penggunaan Google Form. Langkah ini bertujuan bagi memudahkan responden menjawab
soal selidik tersebut mengikut kesesuaian masa mereka, selain memberikan kemudahan kepada pengkaji
untuk menganalisis.

Analisis Data

Pengkaji menggunakan kaedah statistik untuk menganalisis hasil dapatan kajian yang diperoleh. Data
dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Science Social
(SPSS) versi 25. Prosedur analisis data yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah deskriptif
bagi melihat nilai frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai dapatan kajian. Selain itu, analisis inferensi
bagi mendapatkan nilai korelasi turut dijalankan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson untuk
mengukur hubungan diantara tahap kualiti guru dan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor. Analisis korelasi Pearson digunakan selepas
memenuhi andai statistik yang tertentu serta data adalah bertaburan secara normal. Daripada ujian
normaliti Kolmogorov-Sminov dan Shapiro-Wilk yang telah dijalankan, nilai signifikan adalah melebihi
0.05 (p>0.05) yang menunjukkan data adalah bertaburan secara normal. Seterusnya, dapatan kajian bagi
analisis deskriptif diukur dengan menggunakan interpretasi skor min seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 2 di bawah.

Jadual 2
Interpretasi Nilai Min
Nilai Min Tafsiran
1.00 - 1.80 Sangat Rendah
1.81 - 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi
(Sumber: Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin, 2018)

DAPATAN KAJIAN

Berikut merupakan dapatan kajian bagi menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan dalam kajian
ini.

Tahap Kualiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Di Negeri
Selangor

Berdasarkan analisis daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap kualiti guru dalam
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor berada pada tahap
yang sangat tinggi dengan nilai min 4.28 (sd=0.44). Komponen guru sebagai pengawal memperoleh

10 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

nilai min yang paling tinggi iaitu (min=4.37, sd=0.46), manakala komponen guru sebagai pendorong
menunjukkan nilai min paling rendah iaitu (min=4.20, sd=0.52). Sementara itu, kesemua komponen
kualiti guru yang lain mempamerkan tahap nilai min yang sangat tinggi seperti yang dilaporkan di dalam
Jadual 3.

Jadual 3
Tahap Kualiti Guru Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di Negeri
Selangor
Bil Komponen Min Sisihan Piawai (sd) Tahap
A Guru Sebagai Perancang 4.29 0.50 Sangat Tinggi
B Guru Sebagai Pengawal 4.37 0.46 Sangat Tinggi
C Guru Sebagai Pembimbing 4.25 0.53 Sangat Tinggi
D Guru Sebagai Pendorong 4.20 0.52 Tinggi
E Guru Sebagai Penilai 4.28 0.48 Sangat Tinggi
Kualiti Guru 4.28 0.44 Sangat Tinggi

Dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa kesemua guru opsyen mata pelajaran Bahasa Cina
telah mengamalkan amalan kualiti guru dengan cemerlang terhadap murid mereka dalam pembelajaran
mata pelajaran Bahasa Cina di sekolah masing-masing. Guru-guru opsyen Bahasa Cina berjaya
menunjukkan yang mereka telah bersedia dalam mendukung tanggungjawab sebagai seorang perancang,
pengawal, pembimbing, pendorong serta penilai dalam pembelajaran Bahasa Cina terhadap murid
masing-masing.

a. Guru Sebagai Perancang

Dapatan kajian menunjukkan kesemua item guru sebagai perancang berada pada tahap yang tinggi.
Keadaan ini membuktikan majoriti guru opsyen Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor
terlibat dalam merancang setiap aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dari segi penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menentukan kaedah pentaksiran dan bahan-bahan yang
digunakan di dalam bilik darjah. Tahap guru sebagai perancang ditunjukkan seperti di dalam Jadual 4
berikut.

Jadual 4
Tahap Guru Sebagai Perancang
Bil Item Min Sisihan Tahap
Piawai (sd)
1 Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Sangat Tinggi
yang mengandungi objektif yang berupaya diukur 4.53 0.58
dan aktiviti pembelajaran yang sesuai
2 Menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc 4.43 0.64 Sangat Tinggi
3 Menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM) / Bahan
Bantu Mengajar (BBM) / Bahan Bantu Belajar 3.91 0.63 Tinggi
(BBB) / Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK)

b. Guru Sebagai Pengawal

Bagi komponen guru sebagai pengawal pula, keseluruhan item nilai min berada pada tahap yang sangat
tinggi. Oleh itu, dapatan kajian ternyata membuktikan guru opsyen Bahasa Cina sentiasa mengawal
aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) agar setiap yang dirancang dapat berjalan dengan baik
dan lancar. Dapatan kajian juga membuktikan guru sentiasa mengawal murid mereka agar suasana

11 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

pembelajaran sentiasa berada dalam keadaan yang menarik. Tahap min bagi komponen ini ditunjukkan
seperti di dalam Jadual 5 di bawah.

Jadual 5
Tahap Guru Sebagai Pengawal
Bil Item Min Sisihan Tahap
Piawai (sd)
1 Mengelola kandungan pengajaran yang dirancang 4.45 0.57 Sangat Tinggi
2 Mengelola aktiviti pembelajaran yang dirancang 4.40 0.60 Sangat Tinggi
3 Mengelola waktu PdPc selaras dengan aktiviti 4.32 0.61 Sangat Tinggi
pembelajaran
4 Memberikan murid peluang untuk aktif dalam 4.32 0.58 Sangat Tinggi
aktiviti pembelajaran
5 Mengawasi komunikasi murid dalam proses PdPc 4.28 0.60 Sangat Tinggi
6 Mengawasi tingkah laku murid dalam proses PdPc 4.51 0.54 Sangat Tinggi
7 Menyusun atur kedudukan murid 4.42 0.66 Sangat Tinggi
8 Mewujudkan suasana pembelajaran yang 4.25 0.62 Sangat Tinggi
menyeronokkan

c. Guru Sebagai Pembimbing

Seterusnya, Jadual 6 menerangkan mengenai tahap guru sebagai pembimbing oleh guru-guru opsyen
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor. Kebanyakan item yang tersenarai memperoleh
nilai min yang sangat tinggi dan selebihnya mendapat nilai min yang tinggi. Majoriti guru sentiasa
membimbing murid mereka masing-masing bagi menguasai kemahiran dalam mempelajari Bahasa
Cina.

Jadual 6
Tahap Guru Sebagai Pembimbing
Bil Item Min Sisihan Piawai Tahap
(sd)
1 Membimbing murid menguasai kandungan pengajaran 4.28 0.63 Sangat
(contoh: fakta, konsep dan teori) Tinggi
2 Membimbing murid menguasai kemahiran dalam 4.38 0.56 Sangat
aktiviti pembelajaran Tinggi
3 Membimbing murid dalam pembuatan keputusan 4.15 0.63 Tinggi
mengenai isu pembelajaran
4 Membimbing murid memanfaatkan bahan akademik 4.15 0.60 Tinggi
5 Menggabungjalin kandungan pengajaran dengan 4.26 0.66 Sangat
kehidupan seharian Tinggi

d. Guru Sebagai Pendorong

Di samping itu, Jadual 7 menerangkan nilai min bagi item di dalam guru sebagai pendorong berada pada
tahap yang tinggi dan sangat tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan guru sentiasa bertindak sebagai
pendorong bagi merangsang murid mereka dalam pembelajaran Bahasa Cina. Sebagai seorang
pendorong, guru-guru ini juga sentiasa menggalakkan murid supaya sentiasa aktif dalam pembelajaran
Bahasa Cina. Selain itu, guru juga sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan murid dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Jadual 7

12 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Tahap Guru Sebagai Pendorong


Bil Item Min Sisihan Piawai Tahap
(sd)
1 Merangsang murid untuk berkomunikasi 4.32 0.61 Sangat
Tinggi
2 Merangsang murid untuk berkolaboratif dalam aktiviti 4.32 0.61 Sangat
pembelajaran Tinggi
3 Mengemukakan soalan berbentuk kemahiran kritis 3.96 0.85 Tinggi
dan kreatif
4 Mengajukan soalan berbentuk kemahiran pembuatan 3.98 0.72 Tinggi
keputusan
5 Mengajukan soalan berbentuk kemahiran 4.02 0.69 Tinggi
penyelesaian masalah
6 Mewujudkan peluang untuk murid memimpin 4.13 0.59 Tinggi
7 Menggalakkan murid untuk mengemukakan soalan 4.15 0.72 Tinggi
berkaitan kandungan pengajaran
8 Menggalakkan murid berdikari dalam memperolehi 4.06 0.66 Tinggi
pengetahuan dan kemahiran
9 Memberi ganjaran terhadap perlakuan positif secara 4.25 0.68 Sangat
tersirat (contoh: pujian) dan tersurat (contoh: sijil) Tinggi
10 Menghargai hasil kerja/ idea yang bernas 4.42 0.60 Sangat
Tinggi
11 Memberi keyakinan ketika murid mengemukakan 4.43 0.50 Sangat
soalan/memberi respon Tinggi
12 Prihatin terhadap kebajikan murid 4.32 0.61 Sangat
Tinggi

e. Guru Sebagai Penilai

Sementara itu, setiap item di dalam komponen guru sebagai penilai juga mempunyai tahap nilai min
yang tinggi dan selebihnya pada tahap sangat tinggi. Hal ini menunjukkan kesemua guru sentiasa
menilai tahap penguasaan murid dalam pembelajaran Bahasa Cina, di samping sentiasa membantu
murid bagi menguasai Bahasa Cina. Guru juga sentiasa melakukan refleksi terhadap pengajaran mereka.
Jadual 8 berikut menunjukkan tahap guru sebagai penilai.

Jadual 8
Tahap Guru Sebagai Penilai
Bil Item Min Sisihan Piawai Tahap
(sd)
1 Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran 4.26 0.59 Sangat Tinggi
dalam PdPc
2 Menjalankan aktiviti pemulihan untuk murid 3.94 0.69 Tinggi
berprestasi rendah
3 Menjalankan aktiviti pengayaan untuk murid 4.15 0.63 Tinggi
berprestasi tinggi
4 Memberikan pengukuhan terhadap pengajaran 4.32 0.55 Sangat Tinggi
guru (contoh: latihan)
5 Membuat refleksi terhadap pengajaran guru 4.47 0.50 Sangat Tinggi
6 Menyemak tugasan murid dengan 4.53 0.50 Sangat Tinggi
memberikan penilaian

13 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Tahap Penguasaan Murid Terhadap Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan Di Negeri Selangor

Mengikut analisis yang telah dijalankan, pengkaji mendapati tahap penguasaan murid terhadap
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor berada pada tahap
yang sederhana dengan nilai min 2.81 (sd=0.86). Analisis data menunjukkan komponen kemahiran
mendengar mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu (min=2.93, sd=1.02), manakala kemahiran
bercakap memperoleh nilai min yang paling rendah iaitu (min=2.60, sd=0.99). Kesemua komponen lain
bagi tahap keberhasilan penguasaan murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina ini berada
pada tahap yang sederhana. Keputusan ini menggambarkan tahap penguasaan murid terhadap mata
pelajaran Bahasa Cina adalah berada pada tahap yang sederhana. Jadual 9 di bawah menerangkan
dapatan berikut.

Jadual 9
Tahap Keberhasilan Penguasaan Murid Terhadap Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan di Negeri Selangor
Bil Komponen Min Sisihan Piawai (sd) Tahap
A Kemahiran Mendengar 2.93 1.02 Sederhana
B Kemahiran Bercakap 2.60 0.99 Rendah
C Kemahiran Membaca 2.92 0.94 Sederhana
D Kemahiran Menulis 2.79 0.97 Sederhana
Penguasaan Murid 2.81 0.86 Sederhana

Hubungan di Antara Kualiti Guru Dengan Tahap Penguasaan Murid Terhadap Pembelajaran
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di Negeri Selangor

Jadual 10 di bawah menerangkan mengenai hubungan di antara kualiti guru dengan tahap penguasaan
murid terhadap pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor.

Jadual 10
Hubungan di Antara Kualiti Guru Dengan Tahap Keberhasilan Penguasaan Murid Terhadap
Pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di Negeri Selangor
Kualiti Guru Penguasaan Murid
Kualiti Guru Pearson Correlation 1 0.28*
Sig. (2-tailed) 0.046
Penguasaan Murid Pearson Correlation 0.28* 1
Sig. (2-tailed) 0.046
*Signifikan pada tahap 0.05 (2-tailed)

Berdasarkan Jadual 10, komponen kualiti guru menunjukkan mempunyai hubungan kolerasi (r) positif
yang lemah (r=0.28) namun mempunyai nilai signifikan (p<0.05) dengan tahap keberhasilan
penguasaan murid terhadap pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor. Secara
keseluruhannya, terdapat hubungan positif yang signifikan namun lemah di antara kualiti guru dengan
tahap keberhasilan penguasaan murid terhadap pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di
negeri Selangor (r=0.28, p<0.05). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa peranan kualiti guru sangat
diperlukan dalam usaha meningkatkan tahap keberhasilan penguasaan murid terhadap pembelajaran
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor. Mengikut hasil dapatan kajian mendapati nilai
kolerasi berada pada tahap yang lemah. Oleh itu, pengkaji juga dapat merumuskan bahawa selain
daripada kualiti guru, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap keberhasilan
penguasaan murid terhadap pembelajaran Bahasa Cina yang akan dibincangkan di dalam bahagian
seterusnya.

14 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

PERBINCANGAN

Melalui Anjakan Keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu
mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan, dapat dirumuskan di antara faktor
yang signifikan untuk memcorak keberhasilan murid adalah kualiti guru (Faizah Md Ghazali &
Norfilzah Hayati Ahmad, 2017). Keberhasilan murid ini merupakan matlamat kerajaan bagi melahirkan
insan kelas pertama pada masa hadapan. Mengikut dapatan kajian yang diperoleh mengenai tahap kualiti
guru dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor didapati
berada pada tahap yang sangat tinggi. Dapatan tersebut membuktikan majoriti guru opsyen Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor sentiasa mengamalkan aspek kualiti guru dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) mereka. Dapatan ini turut menunjukkan bahawa kebanyakan guru opsyen mata
pelajaran Bahasa Cina mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan dan kebaikan dalam
mengamalkan aspek-aspek kualiti guru seperti yang telah dinyatakan.

Dapatan ini menyokong kajian yang dijalankan yang menyatakan bahawa faktor diri sendiri, ibu bapa,
guru, rakan sebaya dan persekitaran dapat dikaitkan dengan kejayaan seseorang murid (Hattie, 2002).
Dengan kata lain, guru berkualiti yang menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik mampu
meningkatkan pencapaian pelajar disamping faktor-faktor luaran yang menyokong pembelajaran. Di
samping itu, guru akan mampu mengajar dengan sempurna dan kreatif jika berjaya menguruskan bilik
darjah dengan cekap. Pendapat ini turut disokong oleh Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan Nordin Abd.
Razak (2010) di mana guru hendaklah mempunyai ciri-ciri guru berkualiti supaya mampu meningkatkan
lagi komitmen dan kejayaan murid. Oleh yang demikian, seseorang guru perlulah mengamalkan aspek
kualiti guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk memastikan kualiti guru sentiasa berada
pada tahap yang sangat tinggi.

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini serta kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu,
pengkaji dapat merumuskan kualiti guru amat diperlukan supaya guru sentiasa bersedia bagi
menjalankan tugas mereka dalam keadaan yang baik. Dapatan kajian ini turut membuktikan bahawa
guru-guru opsyen Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor sentiasa mempunyai kesedaran
yang tinggi dalam mengamalkan aspek-aspek kualiti guru seperti yang telah dinyatakan dalam kajian
ini. Sehubungan dengan itu, guru perlu sentiasa bertindak sebagai perancang, pengawal, pembimbing,
pendorong serta penilai dalam melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di bilik darjah demi
untuk mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam sesuatu bidang.

Objektif kajian yang kedua adalah menilai tahap keberhasilan penguasaan murid terhadap pembelajaran
mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor. Berdasarkan hasil dapatan kajian
yang telah diperoleh, didapati tahap penguasaan murid terhadap Bahasa Cina berada pada tahap yang
sederhana. Oleh itu, kajian ini membuktikan penguasaan murid terhadap mata pelajaran Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini juga menunjukkan
terdapat sesetengah murid masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran yang terdapat di dalam
Bahasa Cina. Dapatan kajian ini turut menunjukkan penutur bukan jati menghadapi beberapa kesukaran
dalam mempelajari dan menguasai bahasa asing terutamanya Bahasa Cina. Dapatan ini selari dengan
kajian oleh Goh & Ng (2004) yang telah menyatakan bahawa murid-murid mengakui bahawa agak sukar
bagi mereka untuk mempelajari Bahasa Cina. Di samping itu, Wee Sheau Ping dan Cindy Richard Thing
(2018) juga berpandangan tahap penguasaan Bahasa Cina pada peringkat permulaan kursus adalah
memuaskan. Penyataan ini juga turut disokong oleh Norlida Razali (2018) melalui kajiannya yang
menyatakan rata-rata responden merasakan yang Bahasa Cina adalah bahasa yang sukar untuk dikuasai.

Pengkaji berpendapat murid menghadapi beberapa kesukaran dalam menguasai kemahiran tersebut
seperti mendengar dan memahani perkataan dan ayat dalam Bahasa Cina. Dapatan ini selari dengan
pendapat yang dinyatakan oleh Chew Fong Peng, Tan Chor Ter dan Fonny Hutagalung (2019) di dalam

15 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

kajiannya iaitu kebanyakan pelajar asing akan mengalami masalah tekanan dan perasaan kebimbangan
ketika mendengar sebutan bahasa asing serta berasa sukar untuk memahami sesuatu bahasa asing.
Situasi ini membuatkan mereka sukar untuk memberikan pendapat sendiri secara lisan dan hilang
keyakinan untuk berinteraksi dengan menggunakan Bahasa Cina. Dari segi kemahiran bercakap pula,
kajian ini menunjukkan penguasaan murid adalah pada tahap yang rendah. Dapatan ini selaras dengan
kajian oleh Wee Sheau Ping dan Cindy Richard Thing (2018) yang telah menyatakan bahawa sebutan
yang tidak tepat boleh menjadi halangan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh penutur. Hasil
perbincangan dapatan kajian ini menerangkan bahawa penguasaan murid terhadap mata pelajaran
Bahasa Cina berada pada tahap sederhana dan memuaskan. Hal ini menjelaskan bahawa bukan mudah
bagi seseorang penutur bukan jati untuk menguasai sesuatu bahasa asing. Oleh itu, kualiti guru amat
diperlukan dalam mengajar murid menguasai kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran ini seperti
kemahiran mendengar, bercakap, membaca serta menulis.

Dapatan kajian bagi objektif kajian tiga turut menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Adeyemi
(2010) yang telah menyatakan kecemerlangan murid adalah bergantung kepada keberkesanan sistem
pengajaran yang diamalkan oleh guru mereka. Guru berperanan penting untuk menyampaikan
pengajaran kepada murid mereka masing-masing. Dengan kata lain, penentu pencapaian murid dalam
sesuatu pelajaran bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran guru berkualiti. Mengikut dapatan
kajian yang diperoleh ini, pengkaji telah mendapati nilai kolerasi hubungan di antara kualiti guru dengan
tahap penguasaan Bahasa Cina murid berada pada tahap positif yang lemah. Oleh itu, pengkaji
berpendapat selain daripada kualiti guru terdapat juga faktor lain yang memberi kesan kepada tahap
penguasaan murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina. Pendapat pengkaji ini dapat
disokong oleh kajian-kajian yang terdahulu. Sebagai penutur bukan jati, pengaruh bahasa ibunda
menjadi salah satu faktor yang menghalang murid bagi mahir dalam Bahasa Cina. Melalui hasil kajian
oleh Muneera Muftah dan Shameem Rafik-Galea (2013) telah menyatakan bahasa ibunda telah memberi
kesan kepada kesalahan.

Faktor motivasi turut mempengaruhi murid dalam mempelajari Bahasa Cina sebagai bahasa asing.
Pendapat ini disokong oleh Sri Wahyuni Marimun dan Anuar Ahmad (2019) yang menyatakan
kekurangan motivasi murid merupakan antara punca utama yang membawa ke arah kesilapan.
Kenyataan ini juga dapat dikaitkan dengan hasil kajian oleh Teh Hong Siok, Saedah Siraj dan Wong
Seet Leng (2014) yang menunjukkan antara masalah dalam pembelajaran bahasa asing adalah seperti
faktor motivasi pembelajaran, pemindahan bahasa ibunda, faktor pesekitaran, faktor minat, sikap
pembelajaran dan kaedah pengajaran. Mengikut hasil perbincangan dapatan kajian ini jelas
menunjukkan kualiti guru merupakan aspek penting bagi melahirkan murid yang mahir dalam sesuatu
bidang. Aspek kualiti guru perlu sentiasa berada pada tahap yang sangat tinggi agar dapat memberikan
kesan positif terhadap pembelajaran murid dalam mata pelajaran Bahasa Cina.

Dapatan kajian ini juga turut menyokong model kualiti Deming yang diaplikasikan dalam pendidikan
yang turun mengaitkan hubungan antara kualiti guru serta murid dalam menghasilkan pembelajaran
yang berkesan. Wioletta Magdalena Pacholarz dan Dominik Bucki (2017) mengulas tentang konsep
penting penambahbaikan berterusan dalam model kualiti Deming yang berfokus kepada kualiti guru
dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan. Teori Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) juga
seharusnya diaplikasi di dalam bilik darjah dimana guru bertindak sebagai pengurus dalam
menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Tribus, 1993). Justeru, dalam mengaitkannya dengan
dapatan kajian ini, adalah amat penting bagi guru opsyen Bahasa Cina untuk sentiasa mengamalkan
aspek kualiti guru seperti guru sebagai perancang, guru sebagai pengawal, guru sebagai pembimbing,
guru sebagai pendorong dan guru sebagai penilai. Setiap guru juga perlu sentiasa mengambil inisiatif
bagi mengatasi faktor lain yang mempengaruhi tahap penguasaan murid dalam Bahasa Cina.

16 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya menunjukkan kualiti guru mempunyai hubungan yang positif
dengan tahap penguasaan murid terhadap mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri
Selangor. Ringkasan dapatan kajian serta perbincangan daripada dapatan kajian mampu menjawab
semua soalan kajian. Selain itu, dapatan kajian dan perbincangan juga membuktikan bahawa hipotesis
kajian ini boleh diterima iaitu terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap kualiti guru dengan
penguasaan murid terhadap Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di Negeri Selangor.

Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat memberikan gambaran mengenai kepentingan guru dalam
mengamalkan aspek-aspek kualiti guru seperti yang telah dinyatakan seperti dalam dokumen SKPMg2
iaitu guru sebagai perancang, guru sebagai pengawal, guru sebagai pembimbing, guru sebagai
pendorong dan guru sebagai penilai. Amalan ini penting untuk meningkatkan penguasaan murid
terhadap mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dalam menguasai kemahiran mendengar,
kemahiran bercakap, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Hal ini disebabkan kualiti guru ini
dapat memberikan kesan positif terhadap perkembangan pembelajaran murid di sekolah. Justeru itu,
pengkaji berharap agar kajian yang telah dijalankan ini dapat membantu pelbagai pihak bagi
meningkatkan kualiti guru dan tahap penguasaan murid terhadap mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan di negeri Selangor.

RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan & Chia Lai Lai. (2015). The relationship between teachers’ factors and effective
teaching. Asian Social Science, 11(12), 274-280.
Adeyemi, T.O. (2010). Principals’ leadership styles and teachers’ job performance in Senior Secondary
Schools in Ondo State, Nigeria. Journal of Education Administration and Policy Studies, 2, 83-
91.
Arcaro, J.S. (2006). Quality in education (1st ed.). New Delhi: Pentagon Press.
Aziah Ismail, Loh Hooi Yen & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2015). Komuniti pembelajaran
profesional dan efikasi kendiri guru Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 2(1), 1-12.
Azman Che Mat & Goh Ying Soon. (2010). Situasi pembelajaran bahasa asing di Institut Pengajian
Tinggi: Perbandingan antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis. Ajtlhe, 2(2),
9-20.
Barber, M., & M. Mourshed. (2007). How the world's best-performing school systems come out on top.
London: McKinsey & Co.
Chee Kim Mang. (2008). Kualiti guru permulaan keluaran sebuah Institut Perguruan: Satu tinjauan dari
perspektif pentadbir sekolah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 49–67.
Chew Fong Peng, Tan Chor Ter & Fonny Hutagalung. (2019). Tahap pencapaian Bahasa Cina dalam
kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. International JournalofEducation, Psychology
and Counseling, 4(33), 61-77.
Cullingford, C. (1995). The effective teacher. London: Continuum.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Faizah Md Ghazali & Norfilzah Hayati Ahmad. (2017). Tahap kompetensi pelajar IPG Kampus
Pendidikan Teknik berdasarkan Standard Guru Malaysia. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, 19,
117-129.
Gay, L.R., Mills, G.E. & Airasian, P.W. (2009). Educational research: Competencies for analysis and
applications (9th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.

17 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Ghazali Darusalam, Zaharah Hussin, Zawawi Ismail, Latifah Ismail & Abdul Jalil Othman. (2011).
Kualiti pelaksanaan program diploma pendidikan lepasan ijazah di Institusi Pengajian Tinggi
Awam Malaysia. Proceedings of ThE International Conference "Future Education in Global
Challenges", 118-133.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan. Kuala
Lumpur: UM Press.
Hallinger. P. (2010). Leadership for learning: Lessons from 40 years of empirical research. Journal of
Educational Administration, 49(2), 125-142
Hattie, J.A C. (2002). What are the attributes of excellent teachers? In Teachers make a difference: What
is the research evidence? 3-26
Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail. (2016). Kepimpinan transformasional dan kualiti guru
generasi ‘Y’. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1), 29-42.
Jasmi, K. A. & Nawawi, N. F. (2012). Model guru berkualiti dari perspektif tokoh pendidikan Islam dan
barat dalam Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012), Le Grandeur
Palm Resort, Senai, Johor Bahru, 8-9 Mac 2012, 233-238.
Juliana Ling Chu Chen. (2009). Membaiki tulisan murid tahun 3 dalam mata pelajaran Bahasa Cina
dengan kaedah Ansur Maju. Buku koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL tahun
2009,146-156.
Kamaruddin Hussin & Siti Hajar Abdul Aziz. (2003). Pedagogi untuk asas pendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokuman Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Modul
Elektif Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2.
Putrajaya: Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi
Ke-2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lee Phaik Gaik, Chin Mei Keong, Rafidah Ruhani & Mohd On Ahmad. (2017). Hubungan antara tahap
pengetahuan pengajian profesional dan kualiti siswa guru semester 8 di Institut Pendidikan Guru
Zon Tengah. Jurnal PenyelidikanTempawan, Jilid XXXIV, 16-26.
Mohd Yusri Ibrahim & Aziz Amin. (2014). Model kepimpinan instruksional pengetua dan kompetensi
pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11-25.
Mohammad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman & Zamri Arifin. (2014). Hubungan antara
kualiti guru Bahasa Arab dan kecenderungan minat pelajar dalam Bahasa Arab. Jurnal
Kemanusiaan, 12(1), 1-8.
Muneera Muftah & Shameem Rafik-Galea. (2013). Language learning motivation among Malaysian
pre-university students. English Language Teaching, 6(3): 92-103.
Najwa Mohd Noor. (2002) Kualiti pengajaran dari persepsi pelajar di sebuah Institusi Pengajian
Tinggi Awam. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya.
Norlida Razali. (2018). Kajian sikap dan persepsi terhadap pembelajaran Bahasa Mandarin dalam
kalangan pelajar UITM Kelantan. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 2, 54-69.

18 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan
komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan pembelajaran antara
jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61-69.
Sarifuddin. (2014). Pengurusan kualiti menyeluruh di Sekolah Menengah Atas Negeri di Provinsi
Sulawesi Selatan Indonesia. Tesis PhD, Universiti Teknologi Malaysia.
Sri Wahyuni Marimun & Anuar Ahmad. (2019). Tahap kesediaan pelajar Melayu mempelajari sejarah
di sekolah aliran Cina (SRJKC) menggunakan Bahasa Mandarin dan hubungannya dengan
pencapaian. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(7), 93-106.
Smith, A. (2006). Lack of Mandarin speakers is holding UK economy back, The Guardian. Dimuat
turun http://www.guardian.co.uk/education/2006/jul/25/highereducation.uk2
Syafrimen. (2010). Pembinaan modul EQ untuk latihan kecerdasan emosi guru-guru di Malaysia.
Teh Hong Siok, Saedah Siraj & Wong Seet Leng. (2014). Penilaian kurikulum pengajaran Bahasa
Mandarin komunikatif: Satu kajian pendekatan iluminatif. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 2(3), 52-59.
Tribus, M. (1993). Why not education: Quality management in education. Journal for Quality and
Participation, 16, 12-21
Tsung, L. & Cruickshank, K. (2011). Minority education for exclusion or access: Teaching Chinese as
a second language in Xinjiang Uyghur Autonomous Region. In Tsung. L & Cruickshank, K.
(Eds.), Teaching and learning Chinese in global contexts. London, England: Continuum.
Wee Sheau Ping & Cindy Richard Thing. (2018). Kesilapan sebutan konsonan awalan dalam
pembelajaran Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Sarawak. Journal of Social Sciences and Humanities, 2, 37-53.
Wioletta Magdalena Pacholarz & Dominik Bucki. (2017). Perception and understanding of quality in
Deming’s management theory and quality process improvement in education. The Malopolska
School of Economics in Tarnow Research Papers Collection, 36 (4).
Zaliza Mohamad Nasir, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normahdiah Sheikh Said & Norizan Che Su.
(2013). Penguasaan tatabahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia.
Jurnal Linguistik, 17(2), 84-90.

19 E-ISSN: 2289-9669

You might also like