Fawwaz Mohd Nasir, Farah Wahidah Baharuddin, Faakihah Mohammad Nizar, Nurhazirah Hazli

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No.

1 (2020) 21-29
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office

MARI
Homepage: http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari
e-ISSN : 2773-4773

Pembangunan Sistem Pengurusan Program


Secara Dalam Talian
Fawwaz Mohd Nasir* , Farah Wahidah Baharuddin,
Faakihah Mohammad Nizar, Nurhazirah Hazli
Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 84600 Pagoh, Johor, MALAYSIA

DOI: https://doi.org/10.30880/mari.2020.01.01.003
Received 00 Month 2020; Accepted 01 Month 2020; Available online 02 Month 2020

Abstarct: Currently, there is no specific platform to disseminate the student


association programmes at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Students have to
rely on social media and instant messaging applications to disseminate programme
information, thus resulting in the slow delivery of information or the information not
being received by the target groups. Hence, the Programme Management System has
been developed to make it easier for students to disseminate and obtain information
on association programmes. This system is developed based on the waterfall model
because the system requirements are clear and the model is easy to use. A total of 20
respondents participated in the user acceptance test and answered the questionnaire
provided. The results of the feedback show that the majority of respondents agreed
that this system helps and facilitates students in disseminating and obtaining
information on the programme organized.

Abstrak: Pada masa ini, belum ada lagi satu platform khusus untuk menguar-uarkan
program persatuan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pelajar terpaksa
bergantung media sosial dan aplikasi permesejan segera untuk menyebarkan
maklumat program, sekali gus menyebabkan maklumat lambat atau tidak sampai
kepada kumpulan sasar. Justeru, Sistem Pengurusan Program telah dibangunkan
untuk memudahkan pelajar menguar-uarkan dan mendapatkan maklumat program
persatuan. Sistem ini dibangunkan berdasarkan model air terjun kerana keperluan
sistem adalah jelas dan model tersebut mudah digunakan. Seramai 20 responden telah
menyertai ujian penerimaan pengguna dan menjawab soal selidik yang disediakan.
Hasil daripada maklum balas, didapati majoriti responden bersetuju sistem ini
membantu serta memudahkan pelajar menguar-uarkan dan mendapatkan maklumat
program yang dianjurkan.

Kata kunci: model air terjun, reka bentuk web responsif, persatuan pelajar

*Corresponding author: [email protected] 21


2020 UTHM Publisher. All rights reserved.
penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari
Fawwaz et al., Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No. 1 (2020) p. 21-29

1. Pendahuluan
Penganjuran program-program persatuan dan fakulti oleh para pelajar merupakan satu lumrah di
mana-mana institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan pelbagai jenis program. Program-program ini kebiasaannya
menyasarkan penyertaan dari bukan sahaja ahli persatuan tersebut, malah dari para pelajar lain. Bagi
meningkatkan penyertaan para pelajar, ahli jawatankuasa penganjuran program (juga merupakan
pelajar) akan menguar-uarkan maklumat program yang bakal dianjurkan. Proses penyebaran maklumat
ini biasanya dilakukan menerusi media sosial serta aplikasi permesejan segera seperti Instagram dan
WhatsApp. Proses ini dilihat kurang berkesan kerana ia terdedah kepada situasi di mana pelajar yang
disasarkan, terlepas pandang tentang makluman penganjuran program. Perkara ini terjadi disebabkan
ketiadaan platform khusus untuk menguar-uarkan maklumat program yang akan dianjurkan.
Oleh yang demikian, satu sistem yang dinamakan Sistem Pengurusan Program (SPP) telah
dibangunkan bagi mengatasi masalah ini. Sistem ini berperanan untuk menguar-uarkan program yang
akan dianjurkan oleh persatuan dan fakulti, disamping memudahkan para pelajar untuk mendapatkan
maklumat mengenai sesebuah program. SPP dilihat dapat menjimatkan masa pelajar disebabkan
penyampaian maklumat yang lebih teratur dan sistematik. Antara muka SPP direka dengan pendekatan
reka bentuk web responsif, di mana antara muka sistem disesuaikan mengikut resolusi skrin peranti
yang digunakan seperti komputer, tablet atau telefon pintar [1], [2]. Penggunaan pendekatan reka bentuk
ini secara tidak langsung dapat mengoptimumkan penggunaan, selain memperkaya pengalaman
pengguna [3].
Terdapat beberapa ciri-ciri utama di dalam SPP yang dibangunkan khusus untuk menyelesaikan
masalah yang dinyatakan sebelum ini, serta untuk memudahkan pengurusan program dan para peserta.
Ahli jawatankuasa (AJK) persatuan boleh mengisi maklumat program yang akan dianjurkan, melalui
persatuan-persatuan yang didaftarkan di UTHM. Maklumat tersebut boleh dikemaskini sekiranya
terdapat kesilapan atau perubahan butiran program. AJK juga boleh mengemaskini had penyertaan
untuk sesuatu program yang bakal dijalankan. Selain itu, SPP dapat merekodkan pelajar-pelajar yang
ingin menyertai program yang bakal dianjurkan. Seterusnya, kehadiran pelajar ke program yang
dianjurkan dapat direkodkan melalui SPP, sekali gus menambahbaik rekod kehadiran pelajar secara
manual yang bergantung kepada penggunaan kertas.
2. Kajian Literasi
Beberapa sistem sedia ada yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama telah dikaji untuk
dijadikan panduan agar SPP dapat dibangunkan sebaik mungkin. Sistem sedia ada tersebut adalah
Eventbrite, Sistem Maklumat Akademik Pelajar (SMAP) dan Edmodo. Ketiga-tiga sistem ini
mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Eventbrite misalnya, membolehkan para peserta
mendapatkan tiket, mendaftar acara, mendapatkan maklumat acara dan menghantar jemputan e-mel [4],
[5]. Walau bagaimanapun, acara hanya dapat diurus oleh pihak penganjur melalui satu akaun sahaja.
SMAP pula dibangunkan khusus untuk pelajar UTHM untuk memudahkan urusan berkaitan
universiti. Urusan ini termasuklah membuat pembayaran yuran, melihat keputusan kursus serta
memaparkan maklumat atau pengumuman dari pihak universiti. Walau bagaimanapun, SMAP tidak
memaparkan kesemua program persatuan yang dianjurkan serta tiada kaedah pendaftaran secara dalam
talian. Melihat kepada Edmodo pula, ia berkebolehan untuk mengingatkan pelajar tentang tugasan yang
perlu dihantar sebelum tarikh akhir penghantaran, serta siaran (post) yang dibuat oleh guru mahupun
rakan sekelas [6]. Tetapi, interaksi terus antara pelajar dengan pelajar lain tidak menyeluruh dan terhad
kepada kelas yang disertai pelajar tersebut sahaja. Kelemahan tersebut merupakan penghalang dalam
proses menguar-uarkan maklumat program kerana maklumat tersebut bukan sahaja hendak
disampaikan kepada rakan sekelas, malah kepada rakan-rakan dari fakulti lain.

22
Fawwaz et al., Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No. 1 (2020) p. 21-29

Beberapa alat pembangunan perisian turut digunakan untuk merealisasikan SPP. Proses
penyuntingan web misalnya, dilakukan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver. Perisian ini
memudahkan proses penyuntingan dengan fungsi what-you-see-is-what-you-get (WYSIWYG) melalui
Live View, dan editor dengan fungsi-fungsi seperti runtuh kod (code collapsing), penyelesaian kod serta
penonjolan sintaks (syntax highlighting) [7]. Perisian sumber terbuka XAMPP pula digunakan sebagai
hos kepada SPP. Ia merupakan pakej perisian pelayan tempatan (local server atau localhost) yang terdiri
daripada pelayan HTTP Apache, pangkalan data MariaDB serta pentafsir bahasa skrip (scripting
language interpreter) PHP dan Perl [8]. Komponen-komponen ini digunakan di dalam kebanyakan
pelayan langsung (live server). Ini secara tidak langsung, memudahkan proses pemindahan dari pelayan
tempatan ke pelayan langsung [9].
3. Metodologi
Proses pembangunan SPP adalah berpaksikan kepada model air terjun (waterfall model). Model ini
merangkumi lima fasa yang berturutan iaitu perancangan, analisis, reka bentuk, pembangunan dan
implementasi, serta akhir sekali penyelenggaraan [10], [11]. Setiap fasa bergantung pada hasil fasa
sebelumnya. Hubungan antara fasa-fasa tersebut adalah seperti di dalam Rajah 1.
Fasa perancangan yang merupakan fasa pertama adalah fasa yang amat penting dalam mana-mana
proses pembangunan sistem kerana ini menentukan hala tuju pembangunan sistem. Fasa ini
menekankan proses mengumpulkan maklumat dan mengenal pasti masalah-masalah yang menjadi
pendorong untuk membangunkan satu sistem baharu. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini,
masalah utama yang menjadi pencetus pembangunan SPP adalah kesukaran menguar-uarkan dan
mendapatkan maklumat penganjuran program persatuan secara efisien.

Rajah 1: Model Air Terjun

Setelah masalah dikenal pasti, analisis terperinci dibuat bagi mengetahui ciri-ciri yang perlu ada
pada SPP. Ciri-ciri ini dikenal pasti agar sistem yang dibina nanti benar-benar menyelesaikan masalah
yang telah dinyatakan pada fasa pertama tadi. Menerusi ciri-ciri ini juga, jenis-jenis data yang bakal
digunakan dapat dikenal pasti selain menetapkan keperluan minimum perisian dan peranti yang akan
digunakan SPP. Menerusi fasa ini, SPP sewajarnya dapat dipaparkan di pelbagai jenis peranti dengan
resolusi skrin yang berbeza bagi mengoptimumkan penggunaan SPP.

23
Fawwaz et al., Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No. 1 (2020) p. 21-29

Rajah 2: Laman Utama

Rajah 3: Menu Utama

Rajah 4: Laman Memasukkan Program Baharu

Rajah 5: Laman Senarai Program

24
Fawwaz et al., Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No. 1 (2020) p. 21-29

Berikutnya adalah fasa reka bentuk sistem. Semasa pelaksanaan fasa ini, antara muka sistem telah
direka bentuk bagi menyusun unsur-unsur sesebuah laman web (lihat Rajah 2 hingga 5). Penyusunan
unsur-unsur ini perlu mengambil kira jenis-jenis peranti yang mempunyai resolusi skrin berbeza. Ini
dilakukan bagi mengelakkan satu unsur, contohnya butang, menjadi terlalu kecil apabila SPP
dipaparkan pada skrin telefon pintar. Selain itu, reka bentuk logikal pangkalan data turut dirancang
dengan membina rajah hubungan entiti (ERD). Langkah ini juga penting agar atribut-atribut dapat
diletakkan pada entiti yang sewajarnya, selain mengenal pasti hubungan antara entiti (lihat Rajah 6).

Rajah 6: Rajah Hubungan Entiti

Seterusnya, SPP direalisasikan pada fasa pembangunan dan implementasi. Asas kepada
pembangunan sistem berasaskan web adalah bahasa pengaturcaraan Hypertext Markup Language
(HTML), Cascading Style Sheets (CSS) dan Hypertext Preprocessor (PHP) [12]. Bagi memudahkan
proses mengaturcara, penyuntingan dibuat menggunakan perisian Adobe Dreamweaver. Kerangka
Bootstrap turut digunakan bagi mencapai hasrat mewujudkan sistem dengan reka bentuk web responsif.
Selain itu, perisian XAMPP digunakan sebagai hos kepada SPP serta membina pangkalan data.
Akhir sekali adalah fasa penyelenggaraan, di mana apa-apa pepijat yang tidak dikenal pasti pada
fasa sebelum ini dibaiki. Pada fasa ini juga, apa-apa perubahan atau permintaan ciri-ciri baru dari
pengguna dipertimbangkan untuk dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan SPP. Ini
penting untuk memastikan penggunaan sistem dapat dioptimumkan.
4. Hasil Dapatan dan Perbincangan
Bagi mengukur keberkesanan serta kecekapan SPP, ujian penerimaan pengguna (user acceptance
test) dan soal selidik telah dilaksanakan. Responden terdiri daripada 20 orang pelajar yang sedang
menuntut di UTHM. Sebelum responden menjawab soal selidik melalui Google Form, mereka perlu
terlebih dahulu melakukan ujian penerimaan melalui aplikasi Zoom. Aplikasi tersebut membolehkan
responden mengawal antara muka SPP secara kawalan jauh. Selain itu, Zoom memudahkan responden
berhubung secara terus dengan kami jika ada sebarang pertanyaan. Kaedah ini terpaksa digunakan,

25
Fawwaz et al., Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No. 1 (2020) p. 21-29

menggantikan kaedah secara bersemuka disebabkan kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Pun begitu, rata-rata responden dapat menjalankan ujian penerimaan tanpa sebarang masalah.

Rajah 7: Ujian Penerimaan Pengguna

Proses mengedar soal selidik serta mendapatkan semula kesemua maklum balas responden
mengambil masa tiga hari. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada tiga komponen. Komponen
pertama melibatkan maklumat asas responden seperti nama penuh, nombor matrik, jantina dan
peringkat pengajian. Komponen kedua melibatkan soal selidik sebelum SPP diperkenalkan, manakala
komponen ketiga melibatkan soal selidik selepas menggunakan SPP.
Jadual 1: Sebelum Pengenalan SPP – Umum

Pilihan
Soalan
Ya Tidak
1. Adakah anda sentiasa mengetahui semua program yang dianjurkan di
UTHM? 15% 85%

2. Adakah anda pernah menyertai mana-mana program di UTHM? 90% 10%


3. Adakah anda pernah mengendalikan sesebuah program sebelum ini? 40% 60%
4. Adakah anda pernah tidak berkesempatan untuk menyertai program
yang anda minati? 100% 0%

5. Adakah anda tidak berpuas hati jika tidak dapat menyertai mana-mana
program tersebut? 80% 20%

26
Fawwaz et al., Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No. 1 (2020) p. 21-29

Merujuk kepada Jadual 1, rata-rata pelajar (85%) tidak mengetahui program semasa yang
dianjurkan di UTHM. Kebanyakan pelajar (90%) dalam masa sama pernah menyertai program yang
dianjurkan UTHM dan mereka tidak akan berpuas hati (80%) jika mereka tidak dapat menyertai mana-
mana program yang dianjurkan.

Jadual 2: Sebelum Pengenalan SPP – Sebab Tidak Berkesempatan Menyertai Program

Pilihan
Tidak
Soalan Melebihi
Mendapat Lain-lain
Kuota
Maklumat
6. Jika anda jawab pernah pada soalan 4, mengapakah
anda tidak dapat menyertai program tersebut? 35% 85% 10%

Soalan susulan kepada soalan 4 telah dikemukakan untuk mendapatkan maklumat mengenai sebab
utama yang menjadi penghalang kepada pelajar dari menyertai program yang dianjurkan. Soalan ini
merupakan soalan pelbagai pilihan. Hasil respons mendapati seramai 85% dari pelajar tidak mendapat
maklumat program yang dianjurkan.
Jadual 3: Sebelum Pengenalan SPP – Kaedah Mendapatkan Maklumat Program

Pilihan
Media Sosial /
Soalan Lain-
Kawan Permesejan Pensyarah
lain
Segera
7. Dari manakah anda mengetahui maklumat
mengenai sesuatu program? 85% 75% 15% 5%

Jadual 3 pula menunjukkan kaedah penerimaan maklumat program yang akan dianjurkan.
Responden sekali lagi boleh memilih lebih dari satu pilihan untuk menjawab soalan ini. Kebanyakan
mereka mendapatkan maklumat dari kawan, dan media sosial / aplikasi permesejan segera. Oleh itu,
berdasarkan dapatan dari Jadual 1 hingga 3, kita boleh katakan kaedah penyampaian maklumat program
melalui media sosial atau aplikasi permesejan segera kurang berkesan. Ini sekali gus menguatkan lagi
keperluan untuk membangunkan SPP.
Jadual 4: Maklum Balas Penggunaan SPP

Skala
Pernyataan
1 2 3 4 5
1. SPP dapat membantu anda dalam penyebaran program
yang akan dianjurkan. 0% 0% 0% 5% 95%

2. Kemudahan merekod kehadiran di dalam SPP dapat


memudahkan kerja merekod kehadiran pelajar dan 0% 0% 0% 30% 70%
hubungi pelajar yang menyertai program anda.
3. SPP memudahkan anda merujuk program yang telah
anda daftar. 0% 0% 0% 25% 75%

4. SPP dapat digunakan dengan mudah. 0% 0% 0% 15% 85%

27
Fawwaz et al., Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No. 1 (2020) p. 21-29

5. SPP membantu mengurangkan beban tugas AJK


persatuan. 0% 0% 0% 25% 75%

6. SPP memudahkan para pelajar menyertai program. 0% 0% 0% 20% 80%


7. Reka bentuk antara muka SPP mudah difahami. 0% 0% 0% 45% 55%
Keterangan:
1 – Sangat tidak setuju
2 – Tidak setuju
3 – Neutral
4 – Setuju
5 – Sangat setuju

Berikutnya, bahagian terakhir soal selidik menyenaraikan pernyataan-pernyataan skala Likert.


Responden diminta menyatakan sejauh mana mereka bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan
yang dikemukakan. Hasil dapatan mendapati, kesemua responden memberi maklum balas positif
(sekurang-kurangnya setuju) mengenai kemudahan menyebarkan maklumat program, kemudahan
penggunaan dan reka bentuk antara muka SPP.
5. Kesimpulan
Ketiadaan satu platform khusus untuk menguar-uarkan serta mendapatkan maklumat program yang
bakal dianjurkan di UTHM, menyebabkan para pelajar terpaksa bergantung kepada media sosial dan
aplikasi permesejan segera. Hasil soal selidik mendapati kaedah ini kurang berkesan. Oleh itu, SPP
dibangunkan bagi mengatasi masalah ini. Ujian penerimaan dan soal selidik kemudiannya diberikan
kepada para responden bagi mendapatkan maklum balas mengenai SPP. Responden rata-rata memberi
maklum balas positif terutama dalam aspek kemudahan menyebarkan maklumat program, kemudahan
penggunaan dan reka bentuk antara muka SPP, sekali gus mengukuhkan pencapaian objektif projek.
Pun begitu, masih ada ruang untuk melakukan penambahbaikan. Antara cadangan penambahbaikan
yang dikenal pasti termasuklah memperkenalkan ciri pemberitahuan (notification) mengenai program
yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Cadangan ini dilihat baik untuk SPP dalam
mempertingkatkan lagi keberkesanannya.
Penghargaan
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di atas sokongan yang diberikan. Penghargaan juga dirakamkan
kepada semua yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung dalam pembangunan projek ini.
Rujukan
[1] M. H. Baturay and M. Birtane, ‘Responsive Web Design: A New Type of Design for Web-based
Instructional Content’, Procedia - Social and Behavioral Sciences, vol. 106, pp. 2275–2279,
Dec. 2013, doi: 10.1016/j.sbspro.2013.12.259.
[2] V. Friedman, ‘Responsive Web Design - What It Is And How To Use It’, Smashing Magazine,
Jan. 2011.
[3] B. S. Gardner, ‘Responsive Web Design: Enriching the User Experience’, Sigma Journal: Inside
the Digital Ecosystem, vol. 11, no. 1, pp. 13–19, 2011.
[4] T. Black and M. Sharp, ‘Eventbrite Review: Pricing, Pros, Cons & Features’, CompareCamp.
https://comparecamp.com/eventbrite-review-pricing-pros-cons-features/ (accessed Aug. 10,
2020).
[5] S. Black et al., ‘What is Eventbrite and How Does It Work?’, TechBoomers, 2016.

28
Fawwaz et al., Multidisciplinary Applied Research and Innovation Vol. 1 No. 1 (2020) p. 21-29

https://techboomers.com/t/what-is-eventbrite (accessed Aug. 10, 2020).


[6] Edmodo, ‘What Information Do Notifications Show?’, Edmodo Help Center, 2017.
https://support.edmodo.com/hc/en-us/articles/205005104-What-Information-Do-Notifications-
Show- (accessed Aug. 10, 2020).
[7] NTC Hosting, ‘Adobe Dreamweaver’, NTC Hosting Encyclopedia, 2020.
https://www.ntchosting.com/encyclopedia/web-design/dreamweaver/ (accessed Aug. 10, 2020).
[8] J. Valade, PHP and MySQL Web Development All-in-One Desk Reference for Dummies.
Indianapolis: Wiley Publishing, 2011.
[9] S. Reeves, ‘XAMPP VS WAMP: Which Local Development Server is Better?’, GoodCore,
2020. https://www.goodcore.co.uk/blog/xampp-vs-wamp/ (accessed Aug. 10, 2020).
[10] G. Shelly and H. Rosenblatt, Systems Analysis and Design, 11th ed. Boston: Cengage Learning,
2017.
[11] G. Sze Ming, ‘Aplikasi Mudah Alih Pengurusan Ubat-ubatan Bersasakan Platform Android’,
Bachelor Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2014.
[12] Sagara Idea Lab, ‘The Fundamentals of Front End and Back End Development’, Medium, 2019.
https://medium.com/@sagarajkt/the-fundamentals-of-front-end-and-back-end-development-
5973ac0910cf (accessed Aug. 10, 2020).

29

You might also like