Rumusan Bab 1

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nur Izzah Sajidah Binti Naridan

Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Pendidikan yang dijalankan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan kerajaan untuk
melahirkan insan yang lengkap secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohami, emosi dan jasmani. Ini untuk melahirkan masyarakat dan
warganegara yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan sebagainya. Bagi reka bentuk
kurikulum pula, ia merupakan cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen
utama kurikulum matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian
disusun dalam sesuatu kurikulum.

Kurikulum menurut KPM ialah rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sekolah
dan institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia merupakan satu rancangan
yang meliputi semua aspek seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan
sebagainya. Curriculum dalam bahasa Inggeris pula membawa maksud jelmaan. Menurut
Smith et al (1957), kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan oleh sekolah
untuk tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan untuk bertidak secara kumpulan.
Konsep kurikulum terbahagi kepada lima iaitu dokumentasi khas dan panduan, tumpuan
kepada kaedah penyampaian, program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran,
membentuk pengalaman pembelajaran terancang dan akhir sekali ialah konsep yang tersirat.

Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KSSR) pula digubal dengan
matlamat untuk membolehkan murid yang lebih berketerampilan dalam berbahasa dan boleh
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran,
nilai nilai, idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian. Antara objektif KSSR ialah
yang pertama, murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk mendengar, mengecam, mengajuk dan
menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul. Seterusnya, mendengar,
memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.
Objektif lain ialah mendengar, memahami, dan memberikan respons berdasarkan arahan,
pesanan dan pertanyaan dengan bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang
sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal serta lain lain lagi. Akhir sekali, fokus
KSSR ialah untuk melahirkan murid yang kaya dengan kosa kata, mempertingkatkan
pemahaman bahasa, menguasai bahasa, dan dapat berkomunikasi secara berkesan bagi
menyampaikan idea, pendapat dalam pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan
dalam kehidupan harian.

You might also like