Teori Kps

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (TEORI KECERDASAN PELBAGAI)

Teori kecerdasan pelbagai telah diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Dr Howard
Gardner merupakan seorang profesor pendidikan di Harvard Universiti. Menurut beliau, kaedah
lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia iaitu melalui ujian IQ adalah terlalu terhad.
Tambah beliau lagi, ianya bukanlah cara yang baik kerana ianya hanya tertumpu terhadap
penekanan kepada kecerdasan logikal matematik dan bahasa sahaja.  Oleh yang demikian beliau
telah memperkenalkan teori kecerdasan pelbagai berasaskan kajian beliau terhadap pelbagai
lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri termasuklah kanak-kanak biasa
dan kanak-kanak istimewa. Menurut Dr Howard Gardner kecerdasan bukanlah diwarisi melalui
keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pemakanan,
budaya, persekitaran, peluang pendidikan, suasana pembelajaran dan banyak lagi. Oleh yang
demikian Dr Howard Gardner telah memperkenalkan sembilan jenis kecerdasan untuk mengukur
tahap kecerdasan seseorang individu. Beliau berpendapat bahawa cara yang terbaik adalah
dengan melihat individu menyelesaikan masalah  dan menganalisis proses yang digunakan.

Dalam teori kecerdasan pelbagai ini, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu yang telah
dikemukakan oleh Dr Howard Gardner. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam kecerdasan pelbagai
ialah setiap individu mempunyai sembilan kecerdasan. Kecerdasan-kecerdasan tersebut boleh
dipelajari, dididik dan dipupuk dan dipertingkatkan melalui pelbagai cara. Selain itu juga,
kecerdasan ini tidak berkembang seiring dengan kecerdasan-kecerdasan yang lain. kecerdasan-
kecerdasan ini sebenarnya tidak boleh dinilai secara berasingan. Selain itu juga, antara ciri-ciri
kecerdasan pelbagai ialah satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya. Ini
bermakna setiap pelajar boleh mengembangkan satu atau dua kecerdasan dalam diri mereka .

Kecerdasan-kecerdasan ini boleh dirangsang. Ini bermakna kecerdasan yang ada dalam setiap
individu itu boleh dirangsang malah boleh diperkembangkan. Selain itu, ciri-ciri terakhir yang
ada pada teori kecerdasan pelbagai ini ialah kecerdasan ini boleh dipindah. Ini bermakna
sekiranya seseorang individu itu mempunyai sesuatu kecerdasan ianya boleh dipindahkan kepada
kecerdasan yang lain. contohnya ialah memindahkan kecerdasan daripada kecerdasan kinestetik
badan kepada kecerdasan muzik. Seperti yang kita ketahui terdapat sembilan jenis kecerdasan
pelbagai iaitu kecerdasan logik- matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinetetik
badan, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang visual, kecerdasan interpersonal, kecerdasan
intrapersonal, kecerdasan naturalis, dan kecerdasan eksistensialis.

5.1       Kecerdasan Logik-Matematik

Dalam kecerdasan ini, seseorang individu atau pelajar itu mempunyai kelebihan dalam ilmu
matematik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pasti memiliki kelebihan dalam mengenal
dan menggunakan nombor, menaakul, mengenalpasti pola abstrak serta perkaitan antara sebab
dan akibat iaitu logik. Selain itu seseorang yang memiliki kecerdasan ini dikatakan berupaya
memiliki keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dan yang berkaitan 
matematik dengan begitu mudah jika dibandingkan dengan seseorang yang mempunyai
kecerdasan yang lain. Mereka juga mempunyai kelebihan dalam membuat perkaitan,
mengkategori, mengklasifikasi, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira, pengujian
hipotesis dan menggunakan komputer dengan cekap.

Individu atau pelajar dalam lingkungan ini juga merupakan golongan yang mempunyai
pemikiran yang melibatkan pemikiran saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan
deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Golongan ini
mempunyai kemahiran yang dominan di bahagian otak kiri seterusnya memungkinkan seseorang
itu berfikir secara konseptual dan abstrak. Golongan ini juga sering mempunyai semangat ingin
tahu tentang sesuatu perkara. Oleh yang demikian mereka akan sering tertanya-tanya fonomena-
fonomena yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, golongan yang mempunyai
kecerdasan ini sering mencari jawapan tentang persoalan yang sering bermain di minda mereka.

Mereka yang mempunyai kecerdasan ini sangat menyukai aktiviti yang menguji minda dan
menggunakan daya pemikiran yang tajam seperti permainan catur, teka-teki dan kegiatan yang
berbentuk eksplorasi. Kecerdasan ini biasanya dimiliki oleh ahli matematik, ahli ekonomi, para
ilmuan, programmer, jurutera, saintis, akauntan dan sebagainya. Antara tokoh yang terkenal yang
mempunyai kecerdasan logik-matematik adalah Adi Putra, Isaac Newton, Al-Khawarizmi, Carl
Friedrich Gauss dan ramai lagi.

5.2       Kecerdasan Verbal-Linguistik.

Golongan yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan
kata-kata dalam menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada melalui lisan atau penulisan.
Golongan individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kelebihan dalam memanipulasikan
ayat, gaya bahasa, serta pengucapan dengan baik dan sempurna. Ini bermakna golongan individu
ini mampu menggunakan bahasa dengan baik sama ada dalam pengucapan ataupun melalui
penulisan. Golongan individu atau pelajar yang mempunyai kecerdasan ini juga mampu
memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan.
Golongan inidividu ini juga mampu mamahami dengan mudah setiap pengertian ayat sama ada
yang tersurat mahupun yang tersirat. Mereka juga dikatakan sangat mahir dalam
memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu
makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.

Golongan ini biasanya sangat gemar melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa sama ada
membaca, menulis, mencipta puisi sama ada sajak ataupun syair, bercerita, bertutur, mendengar
dan sangat mudah mengigati lirik-lirik lagu. Golongan ini sangat mahir dalam berkomunikasi
dan mempunyai kemahiran bahasa yang sempurna dan tinggi. Golongan yang memiliki
kecerdasan ini sangat pandai dalam memanipulasikan serta mempengaruhi orang, kebolehan
dalam mencuit perasaan dan emosi dengan hanya menggunakan kata-kata. Golongan ini juga
sangat mudah mengigati sesuatu perkara sama ada nama orang mahupun istilah yang baharu.
golongan pelajar atau individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat cenderung untuk
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa seperti perbahasan, debat,bersajak, bersyair,
penulisan karya kreatif, bercerita dan berjenaka, ucapan formal dan lain-lain lagi.  Antara kerjaya
yang sering dikaitkan dengan individu ini ialah penyajak, pemberita, pensyarah dalam bidang
sastera atau bahasa, penulis,  penceramah dan banyak lagi. Golongan terkenal yang memiliki
kecerdasan ini ialah Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespears, Aznil Hj Nawawi dan
ramai lagi.

5.3       Kecerdasan Muzik

Individu atau pelajar yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam bidang
muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza,
mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan yang ada ini termasuklah
kecenderungan dalam kepekaan terhadap ritma, melodi, lirik-lirik lagu atau kelangsingan sesuatu
hasil muzik. Golongan ini sangat sensitif terhadap muzik dan juga suara atau bunyi yang ada
disekeliling mereka. Mereka dari golongan ini juga sangat peka terhadap bunyi nonverbal iaitu
bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh, angin, dan lain-lain lagi. Oleh yang
demikian mereka mempunyai kelebihan untuk menginterprestasikan, melahir dan membentuk
sesuatu bunyi atau suara secara lebih kreatif.

Menurut Dr Howard Gardner, kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan
kecerdasan bahasa. Ini dapat dilihat apabila golongan ini mampu mengubah kata-kata menjadi
lagu, pandai menggunakan kosa kata muzikal, peka terhadap ritma, ketukan, melodi dan warna
suara dalam komposisi muzik. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kecerdasan
muzikal. Namun begitu hanya mereka yang mempunyai kecerdasan muzikal yang mendalam
sahaja mampu memahami serta menguasai dan menghayati muzik dan bunyi-bunyian yang ada
di sekeliling mereka. Golongan ini juga mampu menggunakan pengalaman muzik mereka dalam
kehidupan seharian mereka. Antara aktiviti yang sesuai dikaitkan dengan kecerdasan ini ialah
persembahan muzik, bunyi vokal, instrumental, nyanyian dan drama lagu. Kerjaya yang sangat
sesuai bagi golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah penyanyi, pengubah lagu, komposer
dan pemain muzik. Antara golongan terkenal yang mempunyai kecerdasan ini ialah Ajai, Aizat,
P. Ramlee, Adnan Abu Hassan dan ramai lagi

5.4       Kecerdasan Kinestetik Badan

Kecerdasan seterusnya ialah kecerdasan kinestetik badan. Dalam kecerdasan ini seseorang
individu itu mempunyia kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau
keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Kecerdasan ini sangat berkait dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi tubuh
badan, keseimbangan, ketangkasan, dan kelenturan tubuh. Individu atau pelajar yang mempunyai
kemahiran ini biasanya mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui
tubuh badan mereka. Selain itu juga mereka turut mempunyai kecekapan dalam
menginterprestasikan pergerakan  tubuh badan mereka. Mereka juga bijak dalam mengimbangi
pergerakan fizikal dan mental.

Antara aktiviti yang dikatakan sesuai untuk individu yang memiliki kelebihan ini ialah aktiviti
yang berkaitan dengan pergerakan fizikal iaitu pendidikan jasmani, menari, gimrama, latihan
fizikal, bersuka, seni mempertahankan diri, drama dan tarian kreatif. Manakala kerjaya yang
bersesuaian dengan golongan yang mempunyai keceradasan ini ialah pakar bedah, olahragawan,
ahli gimnastik, penari, poli atau tentera, pelakon, penari, dan banyak lagi. Golongan terkenal
yang memiliki keceradasan kinestetik badan ini ialah Tiger Wood, Cesc Fabregas, Fernando
Torres, Rosyam Nor, dan ramai lagi.

5.5       Kecerdasan Interpersonal

Individu yang memiliki kecerdasan ini biasanya memiliki kebolehan dalam berkomunikasi dan
berinteraksi dengan baik. Oleh yang demikian, golongan yang memiliki kecerdasan ini mampu
mendiskriminasi pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi secara
berkesan secara pragmatik. Selain itu juga mereka mempunyai kemampuan dalam memahami
dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. golongan ini juga
dikatakan lebih sensitif terhadap perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan harapan orang
lain. oleh yang demikian, mereka mampu memberi respon terhadap sesuatu dengan baiknya,
dapat memberikan motivasi dan mudah bekerjasama dengan orang sekeliling mereka. Mereka
yang mempunyai kecerdasan ini juga mempunyai kelebihan dalam menyelesaikan masalah dan
perselisihan faham antara individu. Oleh kerana mereka merupakan golongan yang mudah
bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada,
mereka lebih disenangi dalam kelompok masyarakat.

Antara aktiviti yang sinonim dengan golongan yang mempunyai kecerdasan komunikasi antara
individu, latihan koloboratif, memberi maklum balas dan pembelajaran secara kooperatif.
Golongan yang mempunyai kecerdasan ini sangat sesuai dengan kerjaya sebagai ahli politik,
pemimpin agama, jurujual, pengacara, pakar jiwa, pekerja sosial, guru dan usahawan. Antara
tokoh yang dikatakan mempunyai kecerdasan ini ialah Mahatma Gandhi, Donald Trump, Aznil
Hj Nawawi, dan Tun Dr Mahathir Mohammad. Kecerdasan ini sangat penting dalam kehidupan
kerana ia mampu mendidik kita untuk berhubung atau berkomunikasi dengan baik dengan
golongan masyarakat. Malah, pelajar yang memiliki kecerdasan ini dikatakan mampu belajar
dengan baik dan berkesan terutama melalui pembelajaran kooperatif.

5.6       Kecerdasan Intrapersonal


Golongan individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam menilai diri
sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, berpengetahuan kendiri, serta
mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan
serta kemampuan dalam mendisiplinkan diri serta membentuk jati diri. Golongan ini juga sangat
memahami tentang diri sendiri sejauhmana kebolehan dan kekuatan diri sendiri serta kelemahan
yang ada dalam diri mereka. Oleh yang demikian mereka juga berupaya dalam memperbaiki diri
mereka kearah kehidupan yang lebih baik. Golongan ini biasanya mempunyai keyakinan dan
azam yang tinggi dalam diri mereka. Mereka biasanya tahu untuk menentukan hala tuju hidup
mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari dalam melakukan sesuatu perkara
akibat pegangan serta azam mereka yang sangat kuat. Golongan ini sangat suka bersendirian,
bermonolog dengan diri sendiri dan sukakan kesunyian.

Individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat suka bersendirian dalam melakukan sesuatu
perkara. Mereka juga turut mempunyai pemerhatian yang tajam, renungan yang mendalam serta
sangat suka termenung di persekitaran yang sepi. Golongan jenis ini sangat cenderung untuk
mempamerkan kebolehan untuk berdikari dan lebih suka bersendirian dalam mengejar sesuatu
matlamat dan mempunyai keperibadian tertutup. Antara aktiviti yang sesuai diaplikasikan bagi
golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah strategi pemikiran, proses emosi, penaakulan
tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Golongan yang mempunyai kecerdasan
intrapersonal ini sangat sesuai dalam kerjaya pengarah, penyajak, novelis, ahli psikologi, ahli
kaunseling, dan ahli falsafah. Manakala, antara golongan yang terkenal yang mempunyai
kelebihan dan kecerdasan ini ialah Sigmund Freud, Dr Fadhilat Kamsah, Howard gardner dan
ramai lagi.

5.7       Kecerdasan ruang Visual

Golongan yang mempunyai kecerdasan ini merupakan seorang individu yang sangat memahami
hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi sehingga
mampu mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif serta luar biasa yang sukar difikirkan oleh
orang lain. golongan ini juga dikatakan mampu mencipta gambaran mental dan mengamati dunia
visual dengan baik. Mereka juga sangat peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang
dalam kawasan persekitaran mereka. Malah, golongan ini juga turut peka dalam mengorientasi
diri dalam sesuatu ruang. Mereka merupakan golongan yang mampu berfikir diluar kotak malah
berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat dan betul serta
mampu berfikir dengan tiga dimensi dalam bentuk gambaran atau bayangan.

Golongan ini sangat cenderung dalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti melukis, mengecat,
mengendalikan skema warna, garis, bentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, berimaginasi
dengan aktif, menghasilkan peta, carta, lukisan dan gemar menguruskan peta minda. Antara
kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah pelukis,
pengukir, arkitek, juruterbang dan banyak lagi. Antara tokoh terkenal yang mempunyai
kecerdasan ruang visual ialah Leonardo Da Vinci, Pablo Picasso, dan ramai lagi.

5.8       Kecerdasan naturalis

golongan yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti,
mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Individu ini merupakan
seorang yang sangat peka terhadap alam sekeliling dan mereka ini mampu mengklasifikasikan
serta mengenali flora dan fauna serta galian dengan baik, cekap dan mudah. Mereka juga
merupaka golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam
terbuka seperti gunung, hutan, pantai. Mereka juga tidak kisah sekiranya menghabiskan banyak
masa bersama alam sekitar dan sangat peka terhadap bunyi-bunyian yang ada di persekitaran
mereka.

Golongan ini merupakan golongan yang sangat mencintai alam malah mereka juga dikatakan
sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat.
Individu yang mempunyai kecerdasan ini juga merupakan golongan yang sangat berminat
tentang unsur-unsur kejadian alam seperti proses terjadinya awan dan hujan, asal usul binatang,
tumbuhan, batu galian, serta banyak lagi. Oleh yang demikian, sekiranya mempunyai pelajar
yang mempunyai kecerdasan ini, aktiviti luar kelas merupakan salah satu aktiviti yang baik untuk
dilaksanakan. Selain itu juga, aktiviti yang sesuai untuk golongan ini ialah menyusun, mengenali
dan mengkategorikan flora dan fauna. Kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang
mempunyai kecerdasan seperti ini ialah ahli biologi, ahli zoologi, ahli botani, renjer hutan,
pendaki dan ahli giologi. Antara tokoh terkenal yang dikatakan mempunyai kelebihan serta
kecerdasan naturalis adalah Karan Singh Walia,Charles Darwin, Edward D Cope dan lain-lain
lagi.
5.9       Kecerdasan Eksistensialis

Kecerdasan yang terakhir merupakan kecerdasan eksistensialis yang merupakan aliran falsafah
yang fahamannya dikatakan berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan,
kematian dan perkara realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan mereka. Individu
yang mempunyai kecerdasan ini seringkali mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang
kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. Malah golongan ini sering tertanya-
tanya tentang alam semesta. Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi
menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. Golongan ini juga cenderung
untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai
tradisional ataupun nilai-nilai moden serta nilai-nilai baharu yang berkembang pada masa kini.
Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini ialah Aristotle, Confusius, Plato, Socrates,
Einstein, dan Emerson. Golongan yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kecenderungan
untuk menjadi ahli falsafah.

You might also like