Laporan Program
Laporan Program
Laporan Program
1.0 PENGENALAN
Program “Gotong-Royong Perdana Membasmi Denggi” ini adalah merupakan satu aktiviti di
SJK (T) Mak Mandin yang dikendalikan oleh panitia matapelajaran Pendidikan Kesihatan
bersama dengan Klinik Kesihatan Mak Mandin. Para peserta terdiri daripada murid-murid tahun
4 dan 5 dari pelbagai kelab dan persatuan di SJK (T) Mak Mandin. Motif utama program ini
diadakan adalah untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah menjadi kawasan yang
bebas dari nyamuk aedes dan memperbaiki lokaliti supaya kondusif dan selamat dari masalah
demam denggi. Program ini merupakan program satu hari yang telah dilaksankan di kawasan
sekolah. Program ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini merupakan
satu program yang dapat memberikan manfaat kepada murid-murid mengenai bahaya denggi.
Saya dan rakan internship saya telah mencadangkan untuk melaksanakan program membasmi
denggi. Jadi kami telah berbincang dengan ketua penitia pendidikan kesihatan mengenai
program ini. Beliau dengan besar hati telah memberikan kebenaran kepada kami untuk
melaksakanak program ini. Sebelum melaksankan program ini, kami telah mengadakan
perjumpaan dengan guru-guru panitia bagi membincangkan dan membahagikan tugasan
kepada setiap guru. Dalam perjumpaan ini, ketua panitian telah melantik Ahli-ahli Jawatan
Kuasa bagi setiap aktiviti agar memastikan kelicinan program ini. Dalam perjumpaan ini juga,
guru-guru panitia pendidikan kesihatan telah membincangkan tarikh, tempat, masa, nama dan
aktiviti yang ingin dilaksanakan melalui program ini. Setelah membincang aktiviti dan tempoh
masa program, setiausaha program “Gotong-royong perdana membasmi denggi” telah mula
untuk menyiapkan kertas kerja. Selepas itu, ketua panitia pendidikan kesihatan telah
mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar.
Satu perjumpaan dengan guru-guru sekolah telah diadakan bagi memberikan taklimat ringkas
mengenai tatacara program dan nama-nama ahli jawatan kuasa. Kami juga telah mengedarkan
surat kebenaran kepada ibu bapa tahun 4, 5 dan 6 untuk mendapat kebenaran daripada ibu
bapa serta baju yang perlu dipakai pada hari program. Sehari sebelum pelaksanaan program,
saya dan rakan-rakan internship telah menyiapkan alatan-alatan yang diperlukan untuk aktiviti
pembersihan dan membasmi kawasan sekolah daripada denggi.
.
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Pada 07 March 2018, selepas lonceng berbunyi semua murid tahun 4,5 dan 6 telah
berkumpul ditapak perhimpunan bersama dengan guru kelas mereka. Tepat pukul 7.45 aktiviti
gimik telah bermula dan Guru Besar telah merasmikan program “Gotong-Royong Perdana
membasmi Denggi” dengan memberikan ucapanan perasmian program. Setelah itu, AJK aktiviti
telah membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan mengikut kawasan pembersihan iaitu
taman sain dan padang, sekitar bahagian setor sukan, sekitar luaran dan dalam kelas
bangunan baru, sekitara luarana dan dalam kelas bangunan lama, dataran perhimpunan dan
belakang kanting serta taman permainan murid Pra sekolah. Guru-guru sekolah telah turut
melibatkan diri dalam program dengan membimbing setiap kumpulan.
Pada pukul 8.00 pagi, saya dan rakan saya telah mengadakan taklimat ringkas mengenai
denggi dan cara membersihkan kawasan-kawasan denggi. Setelah itu, murid-murid telah
bergerak ke kawasan pembersihan mereka bersama dengan guru-guru. Murid-murid dan para
guru telah melakukan aktiviti seperti membuang air yang takung di pasu bunga, mengutip
sampah sarap yang tersumbat dalam longkang mencuci alatan-alatan sukan dan sebagainya.
Guru-guru telah membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam melakukan cara
membersihan dengan betul. Pada pukul 9.30 pagi semua aktiviti telah dihentikan untuk
mengambil jamuan ringan. Nasi lemak dan Milo telah disediakan sebagai jamuan ringan.
Selepas jamuan ringan, semua orang telah memulakan kerja-kerja masing-masing. Murid-
murid dengan penuh teliti dan bertanggungjawab membersihkan kawasan sekolah mereka agar
bebas daripada denggi. Pada pukul 10.45 murid-murid dan para guru telah menyiapkan
tugasan yang diberikan. Guru-guru pendidikan kesihatan telah mengumpulkan bahan atau
alatan yang digunakan semasa program “Gotong-royong Perdana membasmi denggi”.Majlis
penutupan telah bermula dengan uncapa ketua panitia pendidikan kesihatan. Sebagai tanda
penghargaan Guru Besar telah memberikan plak kepada para pegawai klinik kesihatan Mak
Mandin. Setelah lonceng berbunyi, murid-murid telah masuk ke kelas masing-masing untuk
proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya,program “Gotong-Royong Perdana Membasmi
Denggi” telah berjaya dilaksanakan seperti dirancang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang melibatkan diri dalam menjayakan program ini.
REFLEKSI