Kertas Kerja Penubuhan Kelab & Persatuan
Kertas Kerja Penubuhan Kelab & Persatuan
Kertas Kerja Penubuhan Kelab & Persatuan
JALAN KEBAJIKAN,
88300 KOTA KINABALU, SABAH
KERTAS KERJA
KELAB RUKUN NEGARA
SEKOLAH ST FRANCIS CONVENT
TAHUN: 2017
1.0 LOGO DAN MOTO
MISI
Memupuk kesefahaman dan semangat muhibbah melalui jaringan dan interaksi sosial kea rah
pembentukan bangsa Malaysia yang bersepadu dan beridentiti nasional.
3.0 TAJUK
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Rukun Negara Sekolah St Francis Convent
4.0 PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG
Kelab Rukun Negara (KRN) adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Seiring dengan
namanya, maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan menerusi kelab ini adalah berlandaskan
kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara yang bermalamat agar ianya bukan sahaja
difahami dan dihayati malah dapat dibudayakan dalam kehidupan seharian masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia khususnya di kalangan warga muda.
Penubuhan Kelab Rukun Negara telah diilhamkan oleh Y.A.B Tun Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000
di Melaka (ketika itu beliau selaku Timbalan Perdana Menteri). Beliau telah menyarankan agar
KRN ditubuhkan di sekolah-sekolah dan IPT supaya menrusi kelab ini pelajar-pelajar/murid
akan didedahkan mengenai latar belakang dan falsafah Rukun Negara agar ianya benar-
benar dapat diketahui, difahami, dihayati serta dibudayakan dalam hidup seharian. Bagi
merealisasikan hasrat tersebut, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integerasi Nasional,
telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk mewujudkan kerjasama dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Contoh kegiatan yang dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah seperti yang
berikut:
c. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada penghayatan semua prinsip
Rukun Negara.
Sehubungan dengan itu, Sekolah St. Francis Convent telah memandang matlamat
kewujudan kelab ini dan pelaksanaannya dapat membantu pihak sekolah melahirkan
generasi yang lebih bersemangat patriotisme sekaligus mengambil peluang ini untuk
menubuhkan Kelab Rukun Negara. Justeru, satu surat rasmi memohon kebenaran
kepada pihak guru besar Sekolah St. Francis Convent dan pengarah Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional telah dibuat dan dihantar sebagai langkah permulaan bagi
menubuhkan kelab ini di sekolah. Malah, satu jawatankuasa penubuhan kelab yang terdiri
daripada guru-guru Sekolah St. Francis Convent juga telah ditubuhkan bagi menjayakan
penubuhan kelab ini di samping menjadi penggerak kepada kelab ini sekiranya berjaya
ditubuhkan kelak.
5.0 MATLAMAT
Matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan
kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar.
Penubuhan kelab ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina
keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang
selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
Memastikan pelajar Sekolah St Francis Convent amnya, ahli Kelab Rukun Negara
khasnya, memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan
nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal bertolak
ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu.
6.0 OBJEKTIF
6.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.
6.2 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun
Negara sebagai asas norma kehidupan.
6.3 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang
berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu,
berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan
negara.
6.4 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan ideaidea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
7.0 RASIONAL
Rasional penubuhan Kelab Rukun Negara ST. Francis Convent adalah untuk melahirkan ikon
patriotisme diperingkat global.
8.0 JAWATANKUASA
8.1 JAWATANKUASA PENAJA
Penasihat : Tuan Hj. Mansor Bin Hj. Nordin
(Pengerusi PIBG ST. Francis Convent)
Naib Penasihat : Puan Norkiah Binti Idris
(Guru Besar ST. Francis Convent)
Setiausaha : Puan Rafidah Binti Abu
(Guru Sejarah)
Bendahari : En. Harum Bin Mohamad
(Guru Bahasa Melayu)
AJK : 1. Puan Kamsiah Binti Sakiman (Guru Bahasa Melayu)
2. Puan Lim Chiu Mui (Guru Matematik)
3. Puan Zainab Binti Jatin (Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
4. Johari Bin Abd Rahim (Guru Sejarah)
5. Mohd Afiq Bin Nasimin (Guru Pendidikan Islam)
ANGGARAN JUMLAH
BULAN AKTIVITI
PERBELANJAAN JANGKAAN
PERTANDINGAN BUKU SKRAP DAN PROMOSI RM50.00
FOLIO RM30 X 5 =
FEBRUARI
HADIAH RM150.00
TEMA: 1 MALAYSIA
LAWATAN KE PENGANGKUTAN RM400.00
1. MUZIUM & GALERI SENI
PULAU PINANG
APRIL RM10 X 40 =
2. RUMAH PERANAKAN MAKANAN
RM400.00
PINANG, LEBUH GEREJA
3. FORT CORNWALLIS
JUN CUTI PERTENGAHAN TAHUN
PROMOSI &
PERTANDINGAN KUIZ RUKUN RM100.00
PERSEDIAAN
NEGARA DAN SEJARAH MALAYSIA,
HADIAH DAN
JULAI SEKOLAH-SEKOLAH JEMPUTAN
SIJIL RM300.00
SKBL ANJURAN BERSAMA
PENYERTAAN
JAWATANKUASA RIMUP
MAKANAN RM400
PROMOSI RM50.00
PERTANDINGAN PIDATO ANJURAN
OGOS RM30 X 5 =
BERSAMA KELAB PIDATO SKBL HADIAH
RM150.00
PROMOSI &
RM100.00
PERSEDIAAN
MAJLIS JAMUAN TAHUNAN KELAB
OKTOBER HADIAH DAN
RUKUN NEGARA SKBL RM150.00
SIJIL
MAKANAN RM400
NOVEMBER PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
DECEMBER CUTI AKHIR TAHUN
12.0 BAHAN DAN SUMBER
JUMLAH RM 1400.00
15.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti Kelab
Rukun Negara ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada semua
pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
PENGESAHAN KERTAS KERJA
Disokong oleh :
Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB RUKUN NEGARA
2. Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) telah diilhamkan oleh Y. A. B Tun Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi pada sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka.
Tujuan KRN ditubuhkan adalah untuk mendedahkan latar belakang dan falsafah Rukun
Negara agar dapat diketahui, difahami, dihayati dan dibudayakan dalam kehidupan seharian.
3. Bagi mencapai hasrat diatas, dengan sukacita ingin membuat permohonan menubuhkan
PERGERAKAN KELAB RUKUN NEGARA sebagai salah satu kelab bagi sekolah St. Francis
Convent.
4. Bersama surat ini, turut disertakan kertas kerja penubuhan Kelab Rukun Negara bagi
penerangan hala tuju kelab.
5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
..
(RAFIDAH BINTI ABU)
Jawatankuasa Penaja,
Sekolah St Francis Convent,
Jalan Kebajikan,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
LAMPIRAN 2
Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB RUKUN NEGARA
3. Bersama surat ini, turut disertakan kertas kerja penubuhan Kelab Rukun Negara bagi
penerangan hala tuju kelab.
4. Kesudian pihak Tuan/Puan menerima penubuhan kelab untuk bergerak di bawah naungan
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dijangka akan memberikan impak yang
besar dalam memantapkan lagi matlamat penubuhan kelab.
5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
..
(RAFIDAH BINTI ABU)
Jawatankuasa Penaja,
Sekolah St Francis Convent,
Jalan Kebajikan,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
LAMPIRAN 3
SEKOLAH ST FRANCIS CONVENT TEL : 088224859
JALAN KEBAJIKAN, FAKS : 088250188
88300 KOTA KINABALU, SABAH
EMEL : [email protected]
Tuan/Puan,
..
(NORKIAH BINTI IDRIS)
Guru Besar,
Sekolah St Francis Convent,
Jalan Kebajikan,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
LAMPIRAN 4
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL TEL : 03-88837000
(JABATAN PERDANA MENTERI) FAKS : 03-88811453
ARAS 9, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN JABATAN PERSEKUTUAN,
62502 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA LAMAN WEB : http : //WWW.JPNIN.GOV.MY
Tuan/Puan,
3. Kesudian tuan/puan untuk bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional ini dijangka akan memberikan impak yang besar kepada JPNIN dalam
memantapkan lagi matlamat JPNIN dalam melahirkan Ikon Patriotisme di pentas global.
Segala kerjasama dan komitmen tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
..
(DATO GANDESAN LETCHUMANAN)
Ketua Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
LAMPIRAN 5