Proposal Bab 3
Proposal Bab 3
Proposal Bab 3
3.1
Pengenalan
3.2
3.3
Instrumen Kajian
3.4
3.5
Prosedur Kajian
3.6
3.7
Analisis Data
3.8
Rumusan
3.1
Pengenalan
Metodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah
Ahmad (2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan
kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat melibatkan proses
yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang, rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan
menggunakan kaedah pengumpulan data secara efisien akan menghasilkan maklumat yang
kurang relevan serta akan meningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan.
Metodologi ialah gabungan antara dua perkataan Yunani iaitu methods yang
bermaksud cara atau jalan dan logos bererti ilmu. Hasil gabungan daripada dua perkataan
ini membawa pengertian bahawa metodologi ialah cara atau jalan bagi memahami sesuatu
perkara yang berkaitan dengan ilmu yang hendak dikaji. Metodologi ialah ilmu tentang cara
atau kaedah yang digunakan untuk melakukan sesuatu kajian atau penyelidikan.
Metodologi merupakan aspek penting dalam pencapaian objektif kajian. Bahagian
ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan prosedur dan kaedah
kajian yang akan digunakan bagi menentukan berkaitan antara pedekatan pengajaran
koperatif dengan pencapaian akademik di dalam tajuk Keberkesanan Pengajaran Koperatif
Model Think-Pair-Share terhadap Pencapaian, Minat dan Motivasi pelajar Tahun 5 dalam
Bahasa Melayu Penulisan di SK Tanjung Malim. Sub topik yang akan difokuskan ialah
berkaitan dengan reka bentuk kajian, instrumen kajian, skop kajian, posedur dan
penganalisaan data statistik yang dikumpulkan.
Kesimpulannya, metodologi penyelidikan ialah kaedah yang sistematik dalam proses
mengumpul data atau maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dikaji sebagai
menambah ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan.
3.2
sebelum dan selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara
rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut
mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama berdasarkan peperiksaan lepas.
Kuasi-eksperimental:
Kajian akan berlandaskan kepada Model Pembelajaran Think Pair Share (TPS)
Strategi think pair share (TPS) atau berpikir berpasangan berbagi adalah merupakan jenis
pembelajaran kooperatif yang dirancang untuk mempengaruhi pola interaksi siswa. Strategi
think pair share ini berkembang dari penelitian belajar kooperatif dan waktu tunggu.
Berdasarkan rajah tersebut, maka pengkaji akan meninjau proses pendidikan yang berlaku di
sekolah melalui aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi guru dan
kesannya dalam penguasaan Bahasa Melayu Penulisan.
Maka, dapat dirumuskan bahawa kerangka kajian yang akan dilaksanakan adalah
seperti rajah berikut :
3.3
Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan soal selidik yang direka khas untuk mengumpul data.
Antara instrumen yang boleh digunakan ialah borang soal selidik. Borang soal selidik
meliputi sampel yang besar dengan kos yang sederhana dan juga dapat memberikan
persampelan yang lebih tepat. Instrumen ini hanya memerlukan peralatan kertas dan pensel
yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa untuk mengumpul data. Kebaikan utama
menggunakan borang soal selidik ialah jika disediakan dengan baik, ia boleh menghasilkan
item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Pengkaji perlu sentiasa ingat bahawa suatu
soal selidik yang baik adalah ringkas, jelas, mudah dijawab dan dapat mewakili konsep
operasional yang ingin dikaji dengan tepat.
Pembentukan soal selidik adalah tertakluk kepada etika penyelidikan. Soal selidik
haruslah mempunyai unsur keaslian tidak boleh meniru atau mengambil soal selidik
pengkaji lain tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.
3.4
3.5
Prosedur Kajian
Prosedur pelaksanaan kajian meliputi reka bentuk dan kaedah kajian; rasional
pemilihan pendekatan kajian kuantitatif, penentuan dan pemilihan bahan serta responden,
tempat dan tempoh kajian, dan prosedur pengumpulan dan penganalisisan data bagi
menjawab
soalan-soalan
Sebelum
menjalankan
kajian, pengkaji
perlu
mendapatkan
1. Membuat
pemilihan dankajian.
menetapkan
personaliti
responden berdasarkan
pencapaian
pelajar.
kebenaran daripada responden. Pengkaji juga perlu menerangkan kepada responden tentang
tujuan kajian dijalankan, supaya responden faham akan proses-proses akan dilalui sepanjang
kajian dijalankan.
2. Menyediakan soalan soal selidik.
3.6
3.7
Analisis Data
Dalam penyelidikan ini, pengkaji akan menggunakan keputusan ujian pra dan pasca
serta borang soal selidik untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif Model Think-Pair-Share terhadap Pencapaian, Minat dan Motivasi
pelajar Tahun 5 dalam Bahasa Melayu Penulisan. Penyelidik perlu membuat penelitian
secara teliti sebelum membuat intepretasi terhadap data yang dipungut. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan ujian Statistical Packages for Social Sicence (SPSS Versi 12).
3.8
Rumusan
Kesimpulannya, Bab 3 menggariskan tentang bagaimana kajian ini dilakukan
mengikut reka bentuk ujian pos terhadap kumpulan rawatan dan ujian pos kumpulan
kawalan. Beberapa perkara penting seperti pembolehubah kajian, pemilihan sampel dan
prosedur kajian dijelaskan dan dilaksanakan secara berhati-hati bagi mengelakkan ia
mengganggu keputusan kajian. Pengkaji sedaya upaya mengawal perkara-perkara tersebut
supaya dapatan kajian yang akan diperolehi adalah mempunyai kesahan yang baik dan
mematuhi etika kajian.