JKJ 104KaedahPenyelidikan
JKJ 104KaedahPenyelidikan
JKJ 104KaedahPenyelidikan
-1-
JKJ 104 - KAEDAH PENYELIDIKAN PENGURUS KURSUS: PROFESOR OMAR PENGENALAN Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia. Syabas kepada anda kerana terpilih dan berjaya menjadi pelajar USM melalui sistem pendidikan jarak jauh. Saya percaya anda telah membuat persediaan fizikal, mental dan emosi secukupnya untuk menghadapi dunia akademik yang mencabar pada tahun pertama ini. Kursus Kaedah Penyelidikan ini akan menguji ketahanan anda untuk mengenal dunia akademik dan proses pencarian ilmu. Dengan ketabahan, disiplin dan keazaman yang tinggi InsyaAllah anda akan berjaya mengikuti kursus ini. KANDUNGAN KURSUS Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang digunakan di dalam penyelidikan. Ia meliputi teori dan falsafah penyelidikan saintifik, permasalahan dan reka bentuk penyelidikan, kaedah-kaedah pengumpulan data, klasifikasi pengukuran, permodelan pertalian, persampelan, reka bentuk soal selidik, analisis data, menilai dapatan penyelidikan dan akhirnya menulis laporan penyelidikan. Pelajar akan menerima modul yang mengandungi 4 bahagian dengan tajuktajuk iaitu: Modul 1: Rangkakerja untuk Penyelidikan Sosial Modul 2: Pembentukan Penyelidikan Modul 3: Pengamatan dan Pemungutan Data Modul 4: Penganalisaan Data Anda sangat digalak membaca buku-buku rujukan yang dicadangkan. Rujukan lain juga harus dibaca walaupun ianya tidak disenaraikan bagi meningkatkan lagi kefahaman anda. Bahan rujukan boleh diperolehi dari perpustakaan USM. Sebagai penyelidik, semakin banyak anda membaca dari pelbagai sumber semakin jitu penyelidikan yang dapat dijalankan. Berikan masa untuk anda membaca rujukan selain modul yang dibekalkan. Bacaan anda boleh berpandukan kepada tajuk-tajuk utama yang disenaraikan dalam jadual berikutnya. MADYA DR. MOHAMED ZAINI
-2-
Perincian Tajuk
Maksud penyelidikan Objektif penyelidikan Tahap-tahap penyelidikan
Andaian pendekatan sains Tujuan sains Pendekatan saintifik dalam penyelidikan Kesilapan penyukatan Kaedah percayaan/keandalan (reliability) Kesahan (validity) Kawalan Rambang Unit analisa Pemilihan tajuk penyelidikan Hipotesis dan Jenis Hipotesis Jenis penyelidikan Strategi penyelidikan Jenis-jenis reka bentuk penyelidikan Prinsip persampelan Saiz sampel Jenis-jenis persampelan
4. Pernyataan Masalah Penyelidikan dan Hipotesis 5. Strategi dan Reka bentuk Penyelidikan
6. Persampelan
7. Pemungutan data
Teknik-teknik pemungutan data Kandungan soal-selidik Teknik mengolah soalselidik Jenis-jenis soalan soalselidik
8. Analisis Data
Memproses data Analisis univariat (satu pembolehubah) Analisis dwi-variat (dua pembolehubah) Ujian hipotesis Peranan laporan Format laporan Pengenalan Tinjauan karya Kaedah Penyelidikan Penemuan dan perbincangan Kesimpulan dan cadangan Rujukan Lampiran
9. Menulis Laporan
-3-
BAHAN RAKAMAN DAN E-PORTAL Pelajar-pelajar akan dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran samada melalui rakaman dan/atau nota-nota tambahan yang boleh diperolehi secara muat turun melalui portal E-learning PPPJJ. Nota-nota tambahan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan bahan-bahan dalam modul-modul. Pelajar dinasihatkan supaya menyemak portal tersebut dari masa ke semasa untuk melihat sebarang bahan-bahan tambahan yang disediakan. Pelajar perlu muat turun sendiri dan PPPJJ tidak menyediakannya. ASAS PENILAIAN KURSUS Pencapaian anda dalam kursus ini berdasarkan kepada dua komponen iaitu kerja kursus (40%) dan peperiksaan akhir (60%). Kerja kursus terdiri dari ujian (20%) dan tugasan (20%). Ringkasnya: Kerja kursus - Ujian (Peperiksaan Berterusan) Kerja kursus - Tugasan (Projek Penyelidikan) Peperiksaan akhir i. Ujian (Peperiksaan Berterusan) - Markah 20% 20% 20% 60%
Ujian ini diadakan pada suatu tarikh semasa Kursus Intensif (29 Januari 2012 hingga 11 Februari 2012) yang akan dimaklumkan nanti. Skop ujian ialah dari tajuk 1 hingga 7, yang merangkumi semua pelajaran dalam Modul 1, 2 dan 3 di dalam modul JKJ 104. Bentuk ujian: Objektif ii. Tugasan (Markah 20%)
Anda dikehendaki membuat satu projek penyelidikan yang MESTI dilakukan dalam kumpulan seramai 5 hingga 7 orang bagi setiap kumpulan. Cari dan bentuk sendiri kumpulan anda, asalkan tidak melebihi 7 orang. Sila hantar senarai ahli kumpulan dan nama ketua kumpulan secara surat atau e-mel kepada pensyarah sebelum 15 Oktober 2011. Sila namakan kumpulan tersebut seperti KUMPULAN BESTARI, THE OLD TIMER BUT YOUNG AT HEART, PEMUDA KENYALANG, IPOH MARI dan sebagainya. Email saya ialah [email protected] Tugasan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada anda melakukan kerja penyelidikan yang sebenar. Anda bebas memilih tajuk penyelidikan anda. Berbincang dengan ahli kumpulan untuk menentukan tajuk penyelidikan yang sesuai dan berfaedah.
-4-
Rentangkan imaginasi anda seluas-luasnya untuk mendapat satu tajuk penyelidikan yang menarik, mencabar dan berguna. Anda boleh merujuk dan melihat hasil penyelidikan pihak lain sebagai panduan TETAPI jangan sesekali anda dan kumpulan anda meniru, menciplak, menyedut laporan atau kajian dari pihak lain. Tindakan disiplin akan diambil jika anda terlibat dengan sebarang unsur plagiarisma. Laporan projek penyelidikan ini mestilah mengandungi 5 bab atau bahagian iaitu: i) Pengenalan Latar belakang penyelidikan atau kajian Pernyataan Masalah Objektif Penyelidikan, Kepentingan Penyelidikan Boleh tambah lagi asalkan berkaitan Tinjauan Karya Terpilih - Anda mesti meninjau dan mengkaji karyakarya atau penerbitan yang ada kaitan dengan penyelidikan anda. Anda dikehendaki memetik sekurang-kurangnya a) tiga (3) artikel dari jurnal-jurnal ilmiah dan b) tiga (3) buku. Kaedah / Metodologi Penyelidikan kaedah pengumpulan data kaedah analisis data Hasil Penyelidikan dan Perbincangan Kesimpulan
ii)
iii)
iv) v)
Projek ini mesti ditaip dan tidak melebihi 50 hingga 60 muka surat (tidak termasuk lampiran). Lampiran biasanya mengandungi Soal selidik yang digunakan dalam kajian. Keratan surat khabar, artikel yang difotostat dan lain-lain yang berkaitan tidak boleh dijadikan sebagai lampiran. Tidak ada had minima. Tarikh terakhir laporan projek diterima di Pusat Pendidikan Jarak Jauh ialah pada 7 Mac 2012. Sekali lagi, sebarang unsur plagiarisma akan diambil tindakan disiplin dan membawa kesan negatif kepada status anda sebagai pelajar USM. Setelah bekerja di PPPJJ sudah melebihi 25 tahun, perkara ini MUDAH SEKALI DIKESAN. Jadi AWAS. iii. Peperiksaan Akhir (Markah 60%)
Peperiksaan akhir ini diadakan pada suatu tarikh di akhir sesi pengajian yang akan dimaklumkan nanti. Skop dan bentuk peperiksaan akan dibincangkan semasa kursus intensif sidang 2011/2012.
-5-
BAHAN PEMBELAJARAN
Selain dari bahan yang disediakan oleh pusat pengajian iaitu Modul Kaedah Penyelidikan yang ditulis oleh Dr. Aminudin Sulaiman. Anda juga digalakkan membuat rujukan tambahan melalui: A) Buku Teks Utama 1. 2. 3. 4. Babbie, E. (2007). The Practice of Social Research. Belmont, CA: Thomson Wadsworth. 11th ed.
Rohana Yusof (2003). Penyelidikan Sains Sosial, PTS Publication & Distributor Sdn Bhd. Syed Arabi Idid. (1993). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dari Sains Sosial. Kuala Lumpur : DBP. (P 91-3.A 658 m) K.D. Bailey. (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial. Hashim Awang. Kuala Lumpur : DBP. Terjemahan
B)
Buku Teks Penting 1. 2. 3. 4. Aaker, D, Kumar V, Day. G.S. 1998. Marketing Research. Sixth edition. New York: John Wiley & Sons. Inc. Ahmad Mahdzan Ayob (1992). Kaedah Sosioekonomi. (Edisi ke-2). Kuala Lumpur: DBP. Penyelidikan
Azhar Harun & Nawi Abdullah (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Thompson Learning. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim (2004). Konsep Asas Proses Penyelidikan dan Statistik dalam Praktis Kesihatan. Pulau Pinang: Penebit USM. Mohd. Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. (LB 1028. M 233 m). Preece, R.A. 1994. Starting Research: An introduction to academic research and dissertation writing. Printer London: Publisher. Tiun Ling Ta. (1995). Panduan Asas Penyelidikan Sosioekonomi, Pulau Pinang : USM. Sebarang buku rujukan tentang Kaedah Penyelidikan (Research Method) dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
5. 6.
7. C)
-6-
PERHUBUNGAN
Segala urusan berhubung dengan kursus ini KECUALI mengantar tugasan boleh ditujukan ke alamat berikut: Profesor Madya Dr Mohamed Zaini Omar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang. Tel: 04-6533609 E-mel: [email protected] TIP UNTUK BERJAYA DALAM KURSUS INI Rancang dan urus waktu pembelajaran dengan bijak. Baca modul sekurang-kurang tiga kali sebelum datang ke Kursus Intensif dan peperiksaan akhir. Dalam bahagian analisis data, buat latihan berulang kali. Peka dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan. Hentikan budaya kerja last minute. Bentuk satu suasana pembelajaran yang harmoni di rumah supaya anda boleh belajar dengan tenang dan berkesan. Sentiasa tabah, bermotivasi tinggi, dan berdisiplin. Jaga kesihatan anda Gunakan kaedah pembelajaran anda yang tersendiri.
-7-