Kajian Seri Tanjung
Kajian Seri Tanjung
Kajian Seri Tanjung
10 Pengenalan
Sistem alam sekitar fizikal boleh ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau
unsur-unsur yang saling bertindak balas antara satu sama lain. Angkubah-
angkubah dalam alam sekitar fizikal ini saling berinteraksi antara satu sama lain
dan bukannya bertindak secara bersendirian. Angkubah-angkubah tersebut
walaupun pelbagai tetapi ia wujud dan berada di dalam satu kesatuan yang
kompleks sifatnya.
1
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
2
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
3
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Sebarang perubahan atau gangguan yang dialami oleh sesebuah sistem akan
turut mempengaruhi sistem-sistem yang lain. Skema yang mudah untuk melihat
saling interaksi antara keempat-empat sistem alam sekitar fizikal adalah seperti
Rajah 1.
4
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Rajah 2: Interaksi antara sistem alam sekitar fizikal yang berlangsung dalam
konteks kitar hidrologi
1.1.3 Konsep saling kaitan antara alam sekitar dengan kegiatan manusia
Pada asalnya kajian interaksi antara alam sekitar dengan kegiatan manusia
berasaskan dua pandangan klasik iaitu “Determinisme Alam Sekitar” dan
“Possibilisme Alam Sekitar”. Pandangan determinisme melihat alam sekitar
yang mendominasi manusia. Manusia terpaksa tunduk dan akur kepada
ketentuan-ketentuan alam sekitar. Manakala pandangan possibilisme pula
adalah sebaliknya yang melihat elemen manusia lebih berkuasa daripada alam
sekitar. Melalui tingkat teknologi dan pengetahuan yang ada, manusia boleh
mengatasi halangan-halangan yang ada dalam alam sekitar tadi.
Namun begitu, paradigma ini sudah tidak diterima pakai lagi pada masa
kini. Kajian interaksi alam sekitar dengan manusia pada masa kini berasaskan
paradigma “dampak dan impak”. Segala perubahan atau dampak yang dialami
oleh alam sekitar akibat tindak tanduk manusia tidak akan berhenti di dalam
konteks alam sekitar sahaja. Kesannya akan melampaui sempadan fizikal dan
5
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Paradigma dampak dan impak boleh diteliti daripada contoh kes-kes yang
banyak berlaku di negara kita pada masa kini. Pembangunan yang melampau di
kawasan tanah tinggi dan lereng-lereng bukit untuk tujuan pertanian, pembinaan
hotel, resort, padang golf dan sebagainya. Aktiviti ini akan menyebabkan
peningkatan kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh. Hakisan tanah dan tanah
runtuh akan mengancam manusia misalnya risiko kehilangan nyawa, kerosakan
harta benda seperti rumah, kerugian kos untuk baik pulih dan sebagainya.
Fenomena banjir kilat di kawasan bandar merupakan satu gangguan ke
atas sistem geomorfologi apabila kadar larian air meningkat melebihi daripada
had yang boleh ditampung oleh sistem saliran yang ada dalam bandar.
Fenomena ini terhasil apabila manusia menurap muka bumi dengan tar, bitumen,
aspalt dan konkrit melebihi daripada keupayaan kadar susupan air hujan ke
dalam tanah. Akibatnya larian air permukaan akan bertambah dengan banyak
dan cepat membanjiri kawasan rendah di dalam bandar. Seterusnya manusia
akan menanggung risiko apabila banjir kilat membawa lumpur dan selut
memasuki kawasan kediaman mereka. Kerosakan harta benda seperti
kenderaan, gangguan kepada sistem perhubungan dan pengangkutan,
memerlukan peruntukan yang tinggi untuk kerja-kerja membaik pulih akibat banjir
kilat.
Pencemaran sumber air khususnya air sungai dan tasik dilakukan oleh
manusia melalui aktiviti pembuangan bahan-bahan kumbahan yang akan
mengurangkan jumlah kandungan oksigen dalam air sebaliknya meningkatkan
kandungan bakteria E. Coli serta pembuangan sisa toksid dari sektor perkilangan
yang akan menyebabkan sumber air tasik dan sungai diracuni. Pencemaran
sungai juga datang dari aktiviti pertanian seperti pembuangan atau penyaliran
racun serangga (DDT), pembangunan tanah baru yang menyebabkan
6
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Kegiatan ekonomi wujud sejak adanya manusia dan pada peringkat awalnya
berkisar tentang kegiatan isi rumah yang berusaha untuk memenuhi kehendak
dan keperluan manusia yang tidak terbatas, sedangkan faktor pengeluaran yang
diperoleh adalah terhad.
Perkembangan dan kemajuan tamadun manusia telah mengubah dan
mengembangkan lagi konsep ekonomi. Ekonomi telah dikaitkan dengan isu
kekayaan, kebajikan, dan kesejahteraan bukan sahaja pada peringkat isi rumah
tetapi masyarakat dalam sesebuah negara atau peringkat antarabangsa.
Kehendak manusia yang tidak terbatas menyebabkan barang dan perkhidmatan
yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada tidak dapat
memenuhi semua kehendak tersebut. Oleh itu, manusia perlu membuat pilihan
7
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Ekonomi berasal daripada perkataan Greek ‘oikou’ dan ‘nomos’. ‘Oikou’ bererti
isi rumah dan ‘nomos’ bererti peraturan. Maka dari segi makna asalnya, ekonomi
bererti peraturan isi rumah. Ilmu ekonomi pula ialah satu kajian sains sosial
tentang bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad
untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
(a) Pertanian
8
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
(b) Perikanan
(c) Perhutanan
9
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Hutan yang terdapat di dunia ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama.
Perbezaan hutan ini antara satu sama lain adalah jelas seperti dari segi jenis
pokok, jenis kayu dan juga iklim yang berbeza. Tiga jenis utama hutan ialah;
hutan kayu keras tropika, hutan kayu keras hawa sederhana, dan hutan pokok
tirus. Kepentingan hutan sebagai sumber kepada manusia tidak dapat
dipersoalkan. Hutan hujan tropika di Malaysia sebagai contohnya telah lama
wujud sejak berjuta tahun lalu kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Dalam
hutan ini terdapat lebih dari 8000 spesies tumbuhan dan lebih kurang 1000
spesies fauna.
Selain dari hutan pamah dan hutan bukit dipterokap, jenis hutan lain ialah
seperti hutan paya laut (bakau), hutan paya gambut dan hutan pergunungan
tinggi. Hutan dipterokap memang sudah diketahui kepentingannya dari segi
ekonomi dan ekologi. Hutan lain juga ada kepentingannya yang tersendiri.
Misalnya hutan paya laut penting untuk menampung bekalan kayu laras, kayu
api dan juga untuk dijadikan arang kayu. Lebih penting lagi hutan paya laut juga
melindungi persisiran pantai dan memelihara ekosistem pantai bagi tangkapan
ikan di Semenanjung Malaysia terdiri dari spesies ikan yang berada dalam
kawasan paya laut. Hutan paya laut juga kaya dengan nutrien yang
membekalkan sumber makanan kepada ikan, udang, burung dan kehidupan
marin lain. Contohnya, dianggarkan hampir 90% dari jumlah tangkapan ikan 10
km dari pantai di Selangor mendapat makanan di paya laut. Kawasan paya laut
merupakan kawasan pembiakan dan pembesaran ikan dan juga udang.
(d) Perindustrian
10
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
dengan perlombongan atau melebur besi dan keluli. Perikanan yang melibatkan
tangkapan ikan di laut (dan juga di air tawar) merupakan industri yang berbeza
sama sekali dengan industri melebur besi dan keluli. Begitu juga dengan industri
pengangkutan, perdagangan dan lain-lain.
Kini rata-rata negara-negara sedang membangun sedang berusaha
memajukan industri masing-masing. Dalam usaha ini, negara-negara sedang
membangun menghadapi pelbagai masalah. Di antaranya; kekurangan modal,
kurang buruh mahir, kurang pasaran, kurang infrastruktur dan kestabilan politik
sesebuah negara.
Perindustrian telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi
dan juga sosial sesebuah negara. Sungguhpun begitu, perindustrian juga
memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Dampak ke atas alam sekitar ini
mungkin timbul sama ada secara langsung hasil dari proses perindustrian itu
sendiri seperti kilang pemprosesan getah dan kelapa sawit, kilang penyaduran
dan sebagainya, atau secara tidak langsung. Contohnya, secara tidak langsung
dampak ke atas alam sekitar seperti pembuangan bateri-bateri lama, barangan
plastik dan tayar-tayar terpakai.
(e) Perkhidmatan
11
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
(f) Perlombongan
12
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
1.2.3 Hubung kait antara faktor fizikal dengan kegiatan ekonomi dan
pembangunan di sesuatu kawasan
13
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Seri Tanjung terletak dalam DUN Masjid Tanah dan sekarang ia terletak dalam
DUN Lendu. Lokasi Kampung Seri Tanjung adalah kira-kira 0.5 km dari pekan
Masjid Tanah, dan 27 km dari Bandar Melaka. Keluasan kampung ini pula ialah
510 ekar (200 hektar).
15
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Lokasi kajian
Lokasi kajian
Objektif kajian kami terhadap Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka ini
dijalankan ialah;
17
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
20 Pengenalan
Dalam sesebuah kajian yang dijalankan, pelbagai kaedah dan instrumen perlu
disediakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Jika
setiap perkara ini tidak disediakan, pengkaji menghadapi masalah untuk
mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Dalam proses melaksanakan
Tugasan Projek Kajian Sosial ini, kami telah menyediakan pelbagai metodologi
kajian untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan sebaik-baiknya.
Instrumen kajian sangat penting dalam proses sesebuah kajian agar maklumat
yang diperolehi mencukupi dan menepati objektif-objektif kajian. Kami akan
menggunakan tiga instrumen untuk mendapatkan maklumat dalam kajian yang
akan dijalankan. Melalui instrumen-instrumen ini diharap agar kami mendapat
maklumat dengan tepat dan memudahkan kami membuat analisis dalam kajian
yang dijalankan.
2.1.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian perlu dilakukan bermula dari hari kami menjejakkan kaki di
Kampung Seri Tanjung. Kami akan memerhatikan keadaan bentuk muka bumi
kampung, kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kampung,
kemudahan-kemudahan asas di kampung tersebut dan juga potensi dan
kelebihan-kelebihan Kampung Seri Tanjung yang menyebabkan ia begitu
terkenal dan popular dalam kalangan pelancong tempatan dan juga pelancong
asing. Semasa kami membuat pemerhatian, kami perlu mencatat apa sahaja
yang kami perhatikan dan kami juga akan mengambil gambar persekitaran
Kampung Seri Tanjung sebagai bahan bukti kajian. Kami juga perlu mencatat
maklumat-maklumat yang tercatat pada papan-papan kenyataan agar kami tidak
18
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Sebelum kajian dilakukan, kami telah menyediakan beberapa soalan temu bual
(seperti dalam lampiran) berdasarkan objektif-objektif kajian kami. Temu bual
perlu dibuat kepada individu tertentu untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan kegiatan ekonomi penduduk kampung dengan lebih mendalam. Kami
akan menemu bual beberapa penduduk kampung dan ahli JKKK Seri Tanjung
menggunakan kaedah menyoal dan menjawab semasa menjalankan temu bual
yang dijalankan selama 30 minit hingga 60 minit setiap sesi temu bual mengikut
kepentingan sampel kajian. Setiap maklumat yang didengari dan diperolehi perlu
dicatat agar maklumat tidak hilang jika hanya mendengar sahaja.
Borang kaji selidik (seperti dalam lampiran) disediakan untuk mencari maklumat
tentang pekerjaan dan kegiatan ekonomi penduduk kampung. Borang kaji selidik
telah disediakan mengikut maklumat yang akan dicari seperti kegiatan ekonomi
yang dijalankan di kampung tersebut dan kesan-kesan yang akan berlaku pada
alam sekitar akibat kegiatan ekonomi penduduk. Borang kaji selidik ini telah
disediakan sebelum memulakan kajian. Borang diberikan kepada penduduk
kampung yang akan kami temui dan kami akan meminta mereka untuk mengisi
borang tersebut mengikut apa yang disoal dalam borang soal selidik. Maklumat
yang diperoleh perlu disimpan sebagai bukti kajian.
19
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Melalui ahli JKKK Seri Tanjung, kami perlu mendapatkan maklumat mengenai
Kampung Seri Tanjung secara menyeluruh. Melalui ahli JKKK Seri Tanjung, kami
perlu mendapatkan semua maklumat mengenai kampung ini seperti sejarah asal
usul, kegiatan ekonomi, prasarana di kampung tersebut dan lain-lain perkara
yang berkaitan dengan Kampung Seri Tanjung. Kami juga perlu mendapatkan
maklumat mengenai Program Homestay yang dijalankan di kampung tersebut.
Kami juga akan menemui pengusaha ini di dusun Mangga Mas Dilek di mana
perusahaan ini telah lama dimulakan. Kami akan mendapatkan maklumat-
maklumat berkaitan dengan penanaman dusun Mangga Mas Dilek yang
diusahakan dan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang mengusahakan
penanaman mangga ini.
20
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Kami perlu membuat temu bual bersama pengusaha kraftangan bakul rotan
untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kraftangan di samping
maklumat-maklumat berkaitan dengan Kampung Seri Tanjung.
Temu bual juga perlu dilakukan terhadap penduduk Kampung Seri Tanjung.
Banyak maklumat yang perlu kami perolehi seperti sejarah asal-usul Kampung
Seri Tanjung, Program Homestay Seri Tanjung, dan sebagainya.
3.0 Pengenalan
21
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Dalam kajian yang dibuat, kami hanya dapat menemu bual seramai 25 orang
penduduk Kampung Seri Tanjung iaitu 16 orang lelaki dan yang selebihnya
adalah perempuan iaitu seramai 9 orang. Majoriti daripada mereka terdiri
daripada golongan tua yang telah lama tinggal di kampung tersebut. Peringkat
umur responden kami adalah seperti berikut;
70 - 80 tahun, 31 - 40 tahun,
2, 8% 3, 12%
61 - 70 tahun, 31 - 40 tahun
5, 20% 41 - 50 tahun
51 - 60 tahun
41 - 50 tahun, 61 - 70 tahun
9, 36%
70 - 80 tahun
51 - 60 tahun,
6, 24%
Sektor swasta 2
Berniaga / Usahawan 1
Petani 2
Penternak 1
Suri rumah 3
Pesara 7
Lain-lain 1
Jadual 1: Kegiatan ekonomi responden kajian
14 13
12
Bilangan (orang)
10
8
8
2
0 0
0
RM200 ke RM 201 - RM500 RM 501 - RM 1000 ke atas
bawah RM1000
Pendapatan (RM)
Kampung Seri Tanjung mempunyai keluasan sebanyak 510 ekar (200 hektar).
Namun begitu, hanya seluas 211 ekar sahaja tanah yang diusahakan, manakala
keluasan tanah yang selebihnya menjadi tanah yang terbiar yang juga
merupakan bekas sawah padi yang telah lama tidak diusahakan.
23
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
24
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
1% 3%
24%
19%
53%
Sumber: Buku Profil Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Daerah Alor Gajah
Negeri Melaka
25
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
jalan-jalan kecil yang terdapat di dalam kampung ini. Jarak di antara sebuah
rumah dengan rumah yang lain adalah berbeza.
Sumber: Buku Profil Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Daerah Alor Gajah
Negeri Melaka
27
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
160
140
120
100
Bilangan
80
(orang)
60
40
20
0
Kerajaan Sw asta Sukarelaw an Bekerja Penganggur
sendiri
Kegiatan ekonomi
28
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Sumber: Buku Profil Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Daerah Alor Gajah
Negeri Melaka
Pertanian merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan manusia.
Aktiviti pertanian di Kampung Seri Tanjung tidak begitu menonjol berbanding
dengan kegiatan ekonomi yang lain. Aktiviti pertanian yang dijalankan di
kampung ini kebanyakannya hanya untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak
dikomersialkan. Namun begitu, ada juga usaha yang dijalankan untuk
mengkomersialkan hasil pertanian yang terdapat di kampung ini seperti
penanaman Mangga Mas Dilek dan penanaman pisang. Berikut adalah taburan
jenis tanaman yang diusahakan di Kampung Seri Tanjung dan pendapatan yang
diperoleh oleh kampung dalam sebulan;
Sumber: Buku Profil Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Daerah Alor Gajah
Negeri Melaka
29
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
30
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
31
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
32
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Gambar 8: Parit kecil yang dijadikan sebagai sumber air kepada penanaman
pokok pisang
Sumber: Buku Profil Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Daerah Alor Gajah
Negeri Melaka
35
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Gambar 10: Kolam penternakan ikan air tawar yang telah lama terbiar
botol-botol plastik. Jika sampah ini dibiarkan tanpa diurus dengan baik, ini akan
menimbulkan masalah lain seperti pembiakan nyamuk aedes, di samping
merosakkan pandangan para pelancong yang datang ke kampung ini.
Gambar 11: Longgokan sampah berhampiran dengan bekas kolam ikan air tawar
dan Bengkel Kraftangan
Banyak kesan negatif yang dapat dilihat akibat daripada aktiviti pertanian
yang dijalankan di kampung ini. Antaranya ialah banyak berlaku penerokaan
hutan. Pembakaran secara terbuka dilakukan untuk meneroka kawasan sawah
padi yang terbiar untuk mengusahakan tanaman mangga dan pisang. Selain itu,
sistem perparitan yang tidak berkesan memberi impak yang buruk kepada sistem
geomorfologi kawasan setempat. Tinjauan yang dibuat mendapati sebuah sungai
telah dikecilkan dan diperdalamkan untuk tujuan mengelakkan banjir berlaku di
kawasan kampung mengakibatkan banyak aktiviti pertanian tergendala kerana
sukar mendapatkan bekalan air yang mencukupi.
37
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
38
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Gambar 12: Kraftangan bakul rotan hasil keluaran Persatuan Ibu Tunggal
Kampung Seri Tanjung
Selain hasil kraftangan, Persatuan Ibu Tunggal Kampung Seri Tanjung yang
telah beroperasi selama dua tahun ini juga telah mengeluarkan roti ban,
makanan ringan dan kuih-kuih tradisional sebagai salah satu kegiatan ekonomi
mereka. Mereka telah mendapat sumbangan mesin pembuat roti daripada Ketua
39
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Menteri Melaka YAB Tan Sri Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik. Mereka
mengusahakan industri desa ini di Pusat Gunasama Persatuan Ibu Tunggal
Kampung Seri Tanjung yang telah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(KEMAS) Melaka.
40
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Infrastruktur
Jalan kampung bertar 4 km
Jalan kampung tanah 0.5 km
Jalan bersimen / jalan kayu 50 m
41
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Sumber: Buku Profil Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Daerah Alor Gajah
Negeri Melaka
(c) Pelancongan
43
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
44
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
45
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Gambar 17: Premis perniagaan yang terdapat di sekitar Kampung Seri Tanjung
46
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
47
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Gambar 18: Beberapa komputer yang terdapat di Bilik ICT Pusat Gunasama
Persatuan Ibu Tunggal Kampung Seri Tanjung
(f) Keselamatan
Tanjung juga sering mendapatkan maklumat daripada pihak polis Masjid Tanah
untuk memastikan penduduk kampung tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak
bermoral. Pihak polis juga dijemput untuk memberi taklimat kepada JKKK dalam
mesyuarat bulanan JKKK.
(g) Kesihatan
Biro Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan JKKK Seri Tanjung sering mengambil
berat terhadap tahap kesihatan penduduk kampung itu sendiri. Sehubungan
dengan itu pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan
penduduk kampung sentiasa berkualiti.
Antara usaha yang dilakukan ialah dengan memastikan sistem pelupusan
najis sentiasa berada dalam keadaan baik. Sejumlah 90% daripada penduduk
kampung menggunakan tandas septik dan 10% lagi masih menggunakan tandas
curah. Sistem pelupusan najis amat dititikberatkan kepada para pelancong yang
datang ke kampung ini. Selain itu, sistem pelupusan sisa-sisa pepejal juga amat
dititikberatkan. Sistem pelupusan yang terdapat di kampung ini adalah dengan
menyediakan lubang-lubang sampah. Sampah-sampah pejal ditanam atau akan
dibakar. Sistem pengaliran air perlimbahan di kampung ini adalah seperti
longkang-longkang yang terus ke kawasan tanah sawah yang telah ditinggalkan
yang telah dibina oleh penduduk sendiri. Walau bagaimanapun pihak pemimpin
daerah telah mengadakan sistem perparitan bagi mengalirkan air sekiranya
terjadi hujan lebat dan air bertakung di tempat-tempat yang telah dikenalpasti
oleh pihak JKKK. Biro Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan JKKK Seri Tanjung
juga telah mendapatkan khidmat semburan ubat nyamuk pada setiap tahun.
Selain itu, biro ini juga telah mengadakan ceramah kesihatan dengan memanggil
pegawai kesihatan menyampaikan ceramah kepada penduduk kampung.
BAB 4: RUMUSAN
49
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
4.0 Rumusan
Melalui kajian terhadap Kampung Seri Tanjung yang telah dibuat, banyak
maklumat telah kami perolehi sepanjang menjalankan kajian terhadap Kampung
Seri Tanjung. Ini meliputi keadaan bentuk muka bumi kampung, kegiatan
ekonomi penduduk kampung dan isu-isu alam sekitar yang dapat dilihat di
kampung tersebut. Kegiatan ekonomi dan kehidupan penduduk di Kampung Seri
Tanjung dipengaruhi oleh keadaan fizikal di kampung tersebut. Kegiatan
penduduk juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti dasar kerajaan,
teknologi dan lain-lain. Kegiatan-kegiatan tersebut pula sering dikaitkan dengan
isu alam sekitar di kampung tersebut. Kegiatan ekonomi dan aktiviti penduduk
pula biasanya memberi impak terhadap alam sekitar setempat.
Ini dapat dilihat di sekitar kawasan Kampung Seri Tanjung ini sendiri.
Penduduk kampung kehilangan sumber ekonomi mereka dari penternakan ikan
air tawar dan tanaman sawah padi apabila dasar kerajaan setempat
mendalamkan sungai berhampiran yang bertujuan untuk mengatasi masalah
banjir akhirnya menyebabkan mereka ketandusan bekalan air untuk meneruskan
kegiatan tersebut. Tanah yang digunakan juga tidak sesuai untuk dijadikan
tanaman mangga dan pisang. Pihak kerajaan sepatutnya menyediakan sumber
air yang lain kepada pengusaha-pengusaha ini untuk mereka meneruskan
penternakan ikan air tawar dan tanaman sawah padi ini seperti sumber air dari
paip ataupun sumber-sumber air yang lain di samping memberikan nasihat-
nasihat kepada para pengusaha untuk terus menjalankan aktiviti mereka.
Kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian ini dilihat seperti tidak menjadi dan
tiada masa depan untuk berkembang maju kerana kurangnya sokongan dari
penduduk setempat. Pengusaha-pengusaha yang menjalankan sesuatu kegiatan
menjalankan kegiatan tersebut dengan usaha sendiri tanpa dibantu oleh orang
lain. Penduduk kampung perlu memberikan kerjasama yang padu untuk
membantu pengusaha-pengusaha ini menjalankan kegiatan ekonomi mereka.
Ramai penduduk Kampung Seri Tanjung yang menjalankan aktiviti
perindustrian. Mereka kebanyakannya hanya menjalankan aktiviti industri desa
secara kecil-kecilan yang kebanyakannya di bawah kelolaan Persatuan Ibu
50
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
51
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
dapat dijalankan kerana penduduk kampung yang tinggal hanya terdiri dari
golongan tua sahaja yang sudah tidak berupaya untuk menjalankan usaha ini.
Kesimpulannya, Kampung Seri Tanjung mempunyai organisasi yang kuat
untuk menggerakkan pelbagai kegiatan ekonomi yang boleh memberi
keuntungan yang lumayan kepada penduduknya. Namun begitu, pelbagai usaha
perlu dilakukan agar potensi ini membuahkan hasil yang lebih berkualiti.
4.1 Rujukan
Buku Profil Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Daerah Alor Gajah Negeri
Melaka
52
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Piara Singh, Siri Teks Referens SPM Geografi, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.,
2004
Keng Su Seng, Kursus Komprehensif Fajar Bakti Geografi Alam Sekitar Manusia
STPM, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2001
Yew Poi Keng, Strategi Menjawab Geografi Alam Sekitar Manusia Kertas 2
STPM, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2002
Rusly Musa, Nurashikin Abdullah, Teks Pra-U Geografi Fizikal STPM, Pearson
Malaysia Sdn. Bhd., 2005
Heng Siew Ngu, Md. Zyadi Md. Tahir, Teks Pra-U Mikroekonomi STPM, Pearson
Malaysia Sdn. Bhd., 2005
Che Ros bin Zainol, Cheng Hin Soo, Fokus e-Masteri SPM Ekonomi Asas,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., 2004
http://www.cuti.com.my/Sub/Melaka/guide_masjidtnh.htm
http://www.virtualmalaysia.com/destination/homestay/
http://malaysia.travel/consumer/destinations/item.asp?item=homestayseritanjung
http://www.melaka.gov.my/template4/page.asp?subject=kgseritanjunghomestay
53
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
54
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
55
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
56
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Gambar 25: Sungai yang telah diperdalamkan akibat banjir yang berlaku di
Kampung Seri Tanjung
Gambar 27: Tayar yang tidak digunakan lagi dibuang ke tempat yang tidak
sepatutnya
Gambar 28: Pusat Gunasama Persatuan Ibu Tunggal Kampung Seri Tanjung
58
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]
Gambar 34: Kawasan perumahan yang dibina di atas bekas sawah padi
61
April 26, 2007 [KS_KAJIAN SERI TANJUNG]