Dokumen ini membincangkan definisi kesihatan, buku rekod kesihatan murid, pengurusan kanak-kanak sakit, definisi pendidikan kesihatan, falsafah dan matlamat pendidikan kesihatan, serta pendidikan kesihatan di sekolah secara individu dan berkelompok.
100%(14)100% found this document useful (14 votes)
13K views21 pages
Dokumen ini membincangkan definisi kesihatan, buku rekod kesihatan murid, pengurusan kanak-kanak sakit, definisi pendidikan kesihatan, falsafah dan matlamat pendidikan kesihatan, serta pendidikan kesihatan di sekolah secara individu dan berkelompok.
Dokumen ini membincangkan definisi kesihatan, buku rekod kesihatan murid, pengurusan kanak-kanak sakit, definisi pendidikan kesihatan, falsafah dan matlamat pendidikan kesihatan, serta pendidikan kesihatan di sekolah secara individu dan berkelompok.
Copyright:
Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Available Formats
Download as PPT, PDF or read online from Scribd
Download as ppt or pdf
100%(14)100% found this document useful (14 votes)
Dokumen ini membincangkan definisi kesihatan, buku rekod kesihatan murid, pengurusan kanak-kanak sakit, definisi pendidikan kesihatan, falsafah dan matlamat pendidikan kesihatan, serta pendidikan kesihatan di sekolah secara individu dan berkelompok.
Copyright:
Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Available Formats
Download as PPT, PDF or read online from Scribd
Download as ppt or pdf
You are on page 1of 21
Oleh:
Syaza Yasmin binti Ismail
DEFINISI KESIHATAN Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran. (Dubos R., 1968) WHO – Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. BUKU REKOD KESIHATAN MURID Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang diperolehi semasa alam persekolahan. Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam persekolahan. Buku ini di beri secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan. Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan mencatatkan kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka. Sambungan…
BUKU REKOD KESIHATAN MURID
Buku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan kesihatan murid dan akan diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau menaiki sekolah menengah. Buku ini perlu diserah kepada sekolah yang baru untuk simpanan. Ibu bapa boleh minta buku ini dari pihak sekolah sekiranya ingin melihat rekod kesihatan anak mereka. PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKIT Kanak-kanak yang menghidap sebarang penyakit berjangkit dikecualikan untuk hadir ke sekolah. Perkara ini perlu dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mereka agar mereka boleh mengambil tindakan jika dipastikan anak mereka menghidap sebarang penyakit berjangkit. Guru juga boleh membuat penyaringan sebelum kanak-kanak masuk ke bilik darjah dengan mengambil suhu badan kanak-kanak dengan termometer bagi kanak-kanak yang demam dan melihat tanda-tanda penyakit berjangkit yang lain. Sambungan…
PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKIT
Gejala yang perlu disaring adalah seperti berikut; DITANYA DIPERIKSA (jika boleh) Demam Suhu >37.5’ Selsema Hidung berhingus Batuk Batuk Cirit-birit Ruam / lepuh / kudis Ruam / lepuh / kudis Sakit mata Mata merah atau mata bertahi Sambungan…
PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKIT
Gejala atau tanda-tanda jangkitan penyakit yang mempunyai risiko untuk berjangkit kepada kanak- kanak lain; Demam Cirit-birit Muntah-muntah Ruam dengan demam Sakit mata Batuk yang teruk Sakit tekak dengan demam dan kelenjar membengkak Sambungan…
PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKIT
Kebiasaannya guru akan menghubungi ibu bapa kanak- kanak yang sakit untuk dibawa balik atau dibawa ke klinik. Kanak-kanak akan diasingkan di satu bilik bagi menempatkan kanak-kanak tersebut sementara menunggu ibu bapa atau penjaga mengambil mereka. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak berpenyakit dari bercampur dengan kanak-kanak lain dan berkemungkinan menyebarkan penyakit. Untuk hal-hal kecemasan, kanak-kanak akan terus dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjutan. DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan adalah sebagai pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkah laku yang kondusif untuk kesihatan. (Green, 1980) Pendidikan Kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan. (Marx and Wooley, 1998) Sambungan…
DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembangkan dan membekalkan pengalaman dan pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku. (Ams Paugh & Enzell, 1995) FALSAFAH PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit, malah untuk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Sambungan…
FALSAFAH PENDIDIKAN KESIHATAN
Program Pendidikan Kesihatan seharusnya digalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sebagai budaya. Individu perlu faham dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat amalkan gaya hidup sihat sebagai budaya. Individu perlu bersedia menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan persekitaran dan sosial. MATLAMAT DAN TUJUAN PENDIDIKAN KESIHATAN Perubahan tingkah laku kesihatan – pengetahuan, sikap dan amalan Mewujudkan insan yang berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan Membantu orang ramai mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan tingkah laku dan usaha sendiri Memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan kerajaan PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH 3 aspek; Pengajaran kesihatan yang sistematik Kaunseling kesihatan individu Pengajaran dan pembelajaran kesihatan yang tidak formal , berkaitan dengan pengalaman seharian
Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada
pendidikan kesihatan secara berkelompok dan individu. PENDIDIKAN KESIHATAN SECARA INDIVIDU Pendidikan kesihatan individu diberi sebagai khidmat nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Isu-isu yang lazim didapati adalah berkaitan dengan pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lain- lain. PENDIDIKAN KESIHATAN SECARA BERKELOMPOK Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan melalui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan kesihatan secara berkelompok mengutamakan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya saringan talasemia, 'tak nak merokok' dan gaya hidup sihat. RUJUKAN Healthy People, 2000. http://www.odphp.osophs.dhhs.gov Sabari Shukor, 2001. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka Zainun Ishak, 2006. Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Bahagian Kawalan Penyakit, 2007. Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan Prasekolah. KL: Kementerian Kesihatan Malaysia