Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca. 2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna. 3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan. 4. Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu: (a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar; dan (b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. 5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.
Keburukan murid-murid terdorong untuk membaca dengan mengeja satu demi satu perkataan menyebabkan bacaan kurang lancar
Mereka memahami apa yang dibaca dan ini dapat mengelak mereka daripada menjadi bosan -
Bahagian yang
pertama diisi dengan kad bergambar, bahagian yang kedua diisi dengan kad perkataan dan bahagian yang ketiga diisi dengan kad suku kata. Ruangan atas kotak yang berwarna merah mempunyai tarikan magnet.
Kad bergambar
kad
Jika digunakan secara individu pelajar boleh melekatkan kad begambar dan kad perkataan di atas kotak tersebut sebagai tapak untuk pembacaan. Kad tersebut dilekatkan dengan magnet dan ia boleh melekat di atas kotak tersebut.
Jika ingin melakukan pengajaran secara kelas atau berkumpulan, kad ini boleh dilekatkan di papan putih di dalam kelas.