Tugasan 1
Tugasan 1
Tugasan 1
kecemerlangan
pendidikan
di
rantau
memastikan
ini
adalah
tanggungjawab
semua
warga
warga Kementerian
Pendidikan
mempunyai
sifat-sifat
luhur,
bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Etika kerja berkait rapat dengan nilai-nilai integriti yang
menjadi pegangan kepada setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia. (Buku Etika
Kerja, Kementerian Pendidikan Malaysia).
Tugasan 1
integriti yang mereka amalkan sehingga menjadi tokoh guru yang disegani ramai dan
telah menaburkan budi dan bakti di seluruh negara di bidang pendidikan.
Tugasan 2 :
Bincangkan
bagaimana
anda
akan
mengamalkan
nilai-nilai
integriti
semasa
melaksanakan tugasan anda di sekolah. Perbincangan anda hendaklah memberi contohcontoh yang sesuai dengan amalan kerja anda di sekolah.
1.0
Pendahuluan
Gerakan pemantapan integriti adalah merupakan salah satu agenda penting negara.
Ianya merupakan tunjang atau asas kepada pembentukan modal insan yang seimbang. Dalam
konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, integriti guru atau warga pendidik adalah merupakan
fokus utama kementerian. Profesion keguruan merupakan profesion terpenting di dalam usaha
pembentukan individu yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Istilah
guru sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam pembangunan sumber
manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses pembetukan dan kematangan sahsiah murid.
Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan
manakala ada pula yang mengganggap integriti sebagai soundness of moral principle yang
merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004), akan tetapi makna yang paling kerap
digunakan menekankan prinsip moral.
Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang
wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi.
dengan etika. Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.
Lanjutan daripada ini, integriti guru sebagai penjawat awam membawa makna bahawa
guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum.
kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam,
dia perlu telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang
bawahan dan kepada pihak lain (Institut Integriti Malaysia, 2004). Maka integiriti guru merujuk
kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu anggota
perkhidmatan pendidikan dan organisasi pendidian berlandaskan etika dan piagam pelanggan
organisasi.
Setiap guru mengamalkan dan menghayati Kod Etika Profesion dan piagam
pelanggan demi mewujudkan suatu budaya kerja organisasi yang bersistem. Setiap anggota
dalam organisasi melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan
memberikan keutamaan kepada kepentingan awam.
Sebagai guru, tanggungjawabnya amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan
negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar
yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang
terbaik kepada mereka. Di samping itu, pemuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan
memupuk kerjasama yang baik dalam kalangan mereka.
menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan yang berpotensi dan
berperwatakan terpuji.
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama. Jika guru bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat
penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik dan
meneladani perwatakan guru mereka. Pelajar yang dibentuk adalah secara holistik dari aspek
penguasaan ilmu pengetahuan, sikap proaktif, mempunyai moraliti tinggi serta mempunyai imej
yang disanjungi tinggi.
Buku Jejak Guru Berintegriti : Integriti Memperkasa adalah suatu usaha untuk
mengumpulkan pengalaman-pengalaman peribadi 6 orang tokoh pendidik yang telah berkongsi
pengalaman mereka dalam sesi-sesi Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP). Semasa dalam
perkhidmatan, mereka telah mempamerkan tahap integriti yang tinggi dan mencapai
kecemerlangan sama ada sebagai seorang pendidik secara khusus atau pentadbir sekolah dan
pemimpin dalam profesion pendidikan. Terdapat enam tokoh di dalam buku ini yang telah
berjaya membawa sekolah mereka ke tahap kecemerlangan yang tinggi dari segi pencapaian
akademik murid-murid atau yang telah mempamerkan kepimpinan unggul sehingga berjaya
melahirkan sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Antara nilai yang menjadi amalannya ialah beliau merupakan seorang yang sangat
berfikiran positif.
Ini dapat dilihat apabila beliau hanya menurut sahaja kehendak ibu dan
bapanya yang inginkan beliau menjadi guru apabila borang kemasukan ke Maktab Tentera
Diraja Sungai Besi diromokkan oleh ayahnya. Baginya apa yang penting, cita-citanya untuk
berjuang mempertahankan negara tercapai walaupun dengan cara membasmi kejahilan.
Sudah tentu ibu dan bapanya memikirkan apa yang terbaiknya. Maka beliau telah melentur
keinginannya untuk menjadi tentera kepada keinginan menjadi seorang guru.
Beliau sangat positif dan suka untuk ditempatkan di negeri Pantai Timur memandangkan
keperluan guru siswazah di sana, apatah lagi dalam usia yang masih muda dan bertenaga.
Walaupun banyak kekurangan dari aspek fizikal dan infrastruktur sekolah, ia tidak mematahkan
semangatnya. Aspek kekurangan inilah yang telah mempercepatkan kematangannya sebagai
seorang guru kerana terpaksa mengadakan berbagai-bagai strategi untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh sekolah dan murid-murid. Baginya jika melihat sesuatu isu yang timbul dari
aspek negatifnya, isu akan menjadi masalah sebaliknya, jika melihat dari aspek positifnya, isu
itu akan menjadi satu peluang untuk menyumbang ke arah penyelesaiannya.
2.1.2
Beliau telah dilantik sebagai Guru Kanan Sekolah walaupun baru seminggu melaporkan
diri. Namun, demi menjaga maruah diri sebagai guru siswazah, beliau tidak menolak pelantikan
apatah lagi telah dididik sejak kecil supaya sedia membantu. Beliau meyakinkan diri bahawa
dirinya seorang guru yang profesional. Bertitik tolak dari inilah, beliau bertekad menjalankan
tanggungjawab tersebut dengan baik dan ceria semasa menjalankan tugas kerana keceriaan
akan melahirkan hasil yang memberangsangkan. Dengan jawatan tersebut, beliau memiliki
autoriti untuk membuat keputusan dan menentukan perjalanan harian di sekolah selain
Pengetua. Begitu juga apabila beliau dilantik sebagai Pengetua walaupun baru berkhidmat
selama 2 tahun.
2.1.3
Apabila beliau dilantik sebagai pentadbir sekolah, rasa tanggungjawab yang amat berat
terpikul di bahu.
Beliau bersungguh-sungguh
Apa yang
menarik, beliau mula menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, melengkapkan diri
dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengan kepimpinan, pengurusan, kecekapan
komunikasi, pengurusan bilik darjah, pengurusan kurikulum dan pengetahuan lain yang relevan.
Beliau perlu menunjukkan prestasi yang terbaik untuk menjaga reputasi dan integriti sebagai
seorang guru dan pentadbir.
Beliau banyak belajar melalui proses hands-on, perkara mengenai pengurusan sekolah
dalam pelbagai bidang yang berkaitan.
berusaha dan tidak segan untuk meminta bantuan daripada mereka yang berpengalaman,
meminjam bahan-bahan rujukan di Kementerian dan Jabatan Pelajaran dan membeli bukubuku yang relevan apabila berkesempatan. Beliau banyak mendapatkan tunjuk ajar mengenai
pengurusan akaun dan kewangan sekolah serta pengurusan kakitangan. Beliau tidak segan
untuk meminta bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Baginya sikap merendah diri,
mudah mesra, tidak sombong serta ikhlas dalam usaha yang dilakukannya akan berhasil
memiliki ilmu yang dicari.
Kerana sikap positif ini, beliau mula dijadikan sumber rujukan dan pakar perunding bagi
guru-guru yang mula berminat dan berasa terangsang untuk meningkatkan pengetahuan dan
status akademik dan pencapaian akademik masing-masing.
Beliau juga menekankan amalan dan budaya membaca di kalangan guru dan pelajarpelajar. Beliau akan memastikan pelajar-pelajarnya membudayakan amalan membaca dengan
mengadakan pelbagai program membaca dan pertandingan membaca untuk menggalakkan
guru-guru dan pelajar-pelajar membaca.
2.1.4
Walaupun dilantik sebagai Pengetua sebelum berumur 27 tahun lagi, namun beliau
berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi. Beliau menerimanya dengan penuh rasa
tanggungjawab. Beliau tidak mahu menghampakan ketua, guru-guru mahupun pelajar-pelajar
apatah lagi maruahnya sebagai seorang guru yang diberi keyakinan untuk mengetuai sebuah
sekolah menengah. Beliau berusaha untuk melaksanakan tugasnya betul-betul seperti yang
dipesan oleh ibunya. Baginya banyak jawatan yang dipegang bukan menjadi masalah tetapi
bagaimana cara melaksanakan tugasan yang pelbagai dan bertindan-tindan ini. Perancangan
yang rapi, bermaklumat lengkap, melibatkan semua pihak dan telus amat penting.
2.1.5
dihadapi, baik masalah yang berkaitan dengan pengurusan sekolah mahupun mengenai
pengajaran dan pembelajaran. Beliau sedia mendengar dan mendapatkan maklumat sebenar
sebelum membuat keputusan. Baginya keputusan yang dibuat tanpa maklumat yang lengkap
selalunya akan menimbulkan masalah sampingan yang tidak diduga.
Beliau juga mengamalkan usaha melawat pelajar dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar
yang didapati tidak mempunyai minat belajar dan mempunyai sikap yang negatif. Usaha ini
dapat mengeratkan silaturrahim dengan ibu bapa pelajar dan pada masa yang sama dapat
mengatasi masalah disiplin pelajar. Beliau juga sanggup mengambil tindakan untuk membeli
telur ayam kampung dari pelajar-pelajar yang fakir miskin dan yang memerlukan wang saku.
Pelbagai usaha dan cara beliau lakukan untuk membantu pelajar-pelajarnya. Peristiwa
minum kopi antara usahanya dan isteri untuk pelajar-pelajar miskin yang dilihat tidak ke kantin
sekolah sewaktu rehat tetapi sebaliknya duduk berbual-bual di belakang sekolah untuk
melepaskan masa sebelum baik semula untuk menyambung pelajaran selepas rehat. Mereka
tidak mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin.
Apabila guru
menunjukkan
dirinya memiliki nilai-nilai integriti, etika, jujur, ikhlas dan sifat-sifat mahmudah yang lain. Seperti
lilin yang menerangi sekeliling dengan membakar dirinya sendiri, begitulah pengorbanan guru
yang inginkan agar murid-muridnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada dirinya
sendiri.
Beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran setelah lapan tahun
berkhimat tanpa apa-apa elaun memangku atau elaun tanggungan kerja.
Walaupun jarak
sekolah dengan rumah kediaman sejauh 65 km, ini tidak mematahkan semangatnya malah
mengajarnya tentang keinsafan hidup apabila melihat kepayahan pelajar-pelajarnya untuk
menuntut ilmu ke sekolah dalam keadaan kemiskinan dan kedaifan.
2.2.2
Beliau memulakan azam dan tekad untuk mengubah pencapaian SPM di sekolahnya
kepada pencapaian 70% walaupun sekolah tersebut bergred C.
program dan menggembleng tenaga bersama ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan swasta
dan sekolah jiran serta masyarakat setempat dalam melaksanakan aktiviti.
Beliau telah
mendapat kerjasama yang baik daripada para pelajar, guru dan ibu bapa yang telah mengambil
bahagian dalam aktiviti masing-masing dengan penuh iltizam dan kerjasama yang padu.
Peranan sebagai ketua sangat penting dalam mengubah sesuatu demi mencapai
kecemerlangan sekolah.
melaksanakan segala program yang dirancang dengan sifat-sifat hikmah, sabar dan kasih
sayang. Apabila ketua mempunyai ilmu dan keyakinan yang tinggi, ia menjadi faktor yang kuat
untuk mengajak semua anak buah dan masyarakat sokongan memberikan kerjasama.
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak jika melihat ketuanya sendiri yang membuat
program dan sama-sama turun padang memainkan peranan secara langsung.
2.2.3
Berani
Beliau berani membentuk imej baru sekolah dengan mengubah nama sekolah, logo dan
motto yang baru yang boleh meningkatkan motivasi dan semangat bekerja dan belajar. Beliau
telah memperkemaskan sistem pengurusan dengan lebih dinamik, mengubah nama blok
bangunan, kawasan, kelas, bilik khas dengan nama-nama yang lebih menarik dan bernilai. Ini
menambahan lagi persaingan yang sihat untuk belajar dalam kalangan pelajar antara kelas.
Beliau telah merancang program motivasi dan aktiviti kembara yang melibatkan tenaga
pakar dalam pengendalian sesi motivasi. Malah beliau sendiri sama-sama bertungkus lumus
sepanjang aktiviti itu dijalankan sehingga sanggup tidur di pejabat dengan bertemankan anak
dan isterinya. Apa yang penting objektif program ini untuk menanamkan nilai-nilai integriti,
kemantapan emosi dan kecerdasan intelektual kerana faktor-faktor inilah akan membawa
kejayaan kepada pelajar-pelajarnya.
2.2.4
Menilai secara jujur sejauh mana kedudukan mereka sebagai pengetua dengan tujuan
mempertingkatkan lagi stail atai hierarki aras kepimpinan masing-masing.
Kejayaan kita
dengan
perubahan dan peningkatan diri merupakan satu kualiti yang berkaitan dengan amalan integriti
dalam kepimpinan. Bekerjasama dengan sikap merendahkan diri untuk menambahkan ilmu.
2.3.1
Beliau telah diugut bunuh oleh seorang kontraktor yang tidak berpuashati
arahan Jabatan Pendidikan Teknikal yang berjaya mengesan syarikatnya terbabit dalam kes
rasuah di sekolah.
dalam keberkesanan diri kepada bakal pengetua, pengetua baharu dan pengetua sebagai
pemimpin sekolah dan seterusnya membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing.
Beliau telah mengadakan program Headcount iaitu menentukan bilangan pelajar yang
akan mendapat keputusan cemerlang, tahap pencapaian pelajar, kenal pasti potensi pelajar dan
program-program ke arah merealisasikan potensi pelajar.
secara terperinci dan mendalam untuk setiap peperiksaan dan ujian dan perbandingan dengan
tahun yang lepas dan sekolah-sekolah yang terbaik.
diadakan secara terancang.
perhubungan
kemanusiaan
menyebabkan
guru
pelajar
berani
Beliau menanamkan satu budaya yang positif kepada semua warga sekolah agar
menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya dalam masa yang telah ditetapkan.
Contohnya ada matlamat mingguan dan mereka akan bekerja ke arah mencapai matlamat yang
telah mereka tetapkan. Setiap kali perhimpunan mingguan, dua orang pelajar akan diminta
menyatakan apakah GOALS mereka untuk minggu itu. Oleh itu, semua warga sekolah akan
menetapkan matlamat mingguan masing-masing dan akhirnya kejayaan demi kejayaan akan
mereka perolehi.
2.4.3
Menghargai
Penghargaan diberikan kepada guru, staf sokongan dan pelajar Guru-guru yang mencapai
tempat terbaik dalam subjek dan dalam kegiatan kokurikulum, Guru Paling Dedikasi, Guru
Paling Kreatif, Guru Paling Inovatif dan sebagainya. Begitu juga dengan staf sokongan yang
telah lama berkhidmat, Staf Paling Dedikasi, Mesra Pelanggan dan Staf Harapan dan pelajarpelajar yang cemerlang dalam semua bidang.
perhimpunan khas dan gambar mereka akan dipamerkan di Galeri Gemilang sekolah. Mereka
juga akan diberi peluang untuk makan di luar dan akan dirai dalam satu majlis Hi-Tea bersama
keluarga.
penghargaan dan pengiktirafan ini kerana mereka akan dirai dalam suasana yang sangat
mengujakan.
2.4.4
Beliau sangat pandai menjaga hati warga sekolah, PIBG, badan-badan korporat, Alumni,
guru-guru ibu bapa dan pelajar. Baginya tugas seorang pengetua akan menjadi lebih senang
dan mendapat sokongan semua pihak dan seterusnya sekolah akan mencapai kecemerlangan.
Hasilnya mereka dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kemudahan prasarana
sekolah seperti surau, pagar, Taman Sains, Pondok Ilmu, Sudut Mac Donald dan sebagainya.
Oleh kerana beliau mempunyai kepimpinan yang profesional, mempunyai wawasan dan
matlamat bersama, mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran, penumpuan
terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengajaran bermatlamat, ada penghargaan yang
tinggi, amalan pengukuhan positif, pemantauan kemajuan sekolah, memberi hak dan
tanggungjawab kepada pelajar, wujudnya perkongsian rumah dengan sekolah dan sekolah
sebagai sebuah organisasi pembelajaran, maka ciri-ciri Sekolah Berkesan dapat dilaksanakan.
pendidikan. Apa yang menarik, beliau menjadikan pesanan ibunya pada malam sebelum beliau
melapor diri ke sekolah sebagai pembinaan nilai integriti dalam kerjayanya.
2.5.1
Beliau sentiasa berusaha menjadi seorang guru yang seratus peratus berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Beliau akan memastikan setiap penerangan dan tunjuk cara
dlam bentuk yang mudah untuk pelajarnya memahaminya.
Beliau juga tidak akan menolak setiap tugasan yang diberikan oleh kepimpinan sekolah
dan akan mendapatkan, memahami dan menghayati kehendak setiap tugasan dengan penuh
rasa tanggungjawab.
Beliau juga akan memastikan akan menyiapkan tugasan yang diamanahkan tidak
melepasi tarikh yang ditetapkan agar tidak menyusahkan orang lain dan menyebabkan kerja
orang lain terjejas.
Beliau merupakan orang yang terawal sampai ke sekolah kerana baginya, beliau dapat
menikmati ketenangan fikiran dan perasaan untuk memulakan tugas. Oleh itu, persediaan yang
sewajarnya dapat dilakukan sebelum memulakan kelas dengan tenang sekaligus dapat
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Guru yang tidak masuk ke kelas mengikut jadual adalah seorang yang tidak berintegriti.
Oleh itu, beliau akan masuk ke kelas tepat pada masanya. Ini kerana jika guru tidak masuk ke
kelas tepat pada masanya, ia akan menjadi punca murid ponteng kelas kerana berpeluang
untuk keluar dari kelas seterusnya ponteng sekolah. Pelbagai kejadian akan berlaku jika guru
tidak ada di dalam kelas.
sebagaimana yang dijadual untuknya, guru itu seorang yang tinggi integritinya kerana
kesannya, banyak perkara yang tidak baik akan terhindar daripada berlaku di sekolah.
Beliau juga sedaya upaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan tidak melepasi tarikh
yang ditetapkan supaya tidak tidak menyusahkan orang lain atau menyebabkan kerja-kerja
mendapat kerjasama.
2.5.3
Beliau berusaha mengenal dan mengingat nama setiap pelajar yang diajarnya. Dengan
kebolehannya memanggil nama, pelajar tersebut akan terasa diri mereka penting di
hadapannya. Oleh itu, pelajar akan sayang dan hormat kepadanya kerana terasa disayangi.
Faktor memahami, menghormati dan menghargai antara satu sama lain adalah asas
perhubungan berkesan antara dua hala. Pelajar akan patuh dan mendengar apa jua saranan
dan tunjuk ajar guru. Dengan itu, tugas guru melaksana pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih mudah dan akhirnya akan meningkatkan mutu pembelajaran pelajar.
2.5.4
Apabila beliau mempunyai idea yang baik yang boleh membawa perubahan kepada sekolah
dan pelajarnya, beliau tidak akan menunggu sehingga ada mesyuarat guru sebaliknya beliau
akan mencari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pengetua. Contohnya, idea beliau
untuk mengumpul dana membina sebuah surau kecil bagi pelajar dan guru menunaikan solat
Zuhur dan Asar apabila ada aktiviti di sebelah petang. Beliau juga mencadangkan agar kursus
motivasi untuk murid, staf sokongan dan juga guru diadakan secara berasingan. Oleh itu,
kursus yang dikelolakan beliau telah menjana perubahan pelajar di sekolah khususnya
perubahan sikap kepada lebih positif dan berintegriti.
menghadapi peperiksaan awam. Guru-guru juga lebih fokus pada misi dan visi sekolah.
2.5.5
Matlamat beliau ada tiga peringkat, iaitu jangka panjang, jangka sederhana dan jangka
pendek. Sebagai orang yang beragama, matlamat jangka panjang tentulah untuk mendapat
kesejahteraan di akhirat. Manakala matlamat sederhana beliau agar cemerlang pada tiap-tiap
tahun sehingga pencen dan matlamat jangka pendek beliau untuk cemerlang pada setiap hari.
Oleh itu, beliau akan lebih fokus untuk menghasilkan yang terbaik dan tentunya untuk
mendapat keredhaan Allah SWT.
2.5.6
Ikhlas
Beliau tidak bersungut semasa melaksanakan tugas malah ikhlas menerimanya sebagai
amanah dan tanggungjawab, bukan beban. Hal ini akan menyebabkan beliau berasa seronok
dan gembira di tempat kerja. Baginya, jika beliau telah melaksanakan tugas dengan sebaikbaiknya, beliau akan mendapat kepuasan yang sangat bermakna. Jika guru ikhlas mendidik
pelajarnya, akan nampak penghayatan mereka terhadap apa yang diajarkannya.
2.5.7
Menjadi Teladan
Beliau akan berusaha untuk menunjukkan teladan yang baik dari segi penampilan,
tingkahlaku, percakapan, pergaulan dan semua aspek kepada guru-guru dan pelajarnya.
2.5.8
Beliau telah mendapat kerjasama daripada guru-guru, staf sokongan dan pelajarpelajarnya hasil usahanya membina budaya yang baik. Beliau telah mengenalpasti kekuatan,
kelemahan, peluang dan cabaran yang terdapat dalam organisasi (Analisis SWOT). Mereka
telah mempertahan kekuatan, atasi kelemahan, ambil semua peluang yang ada dan
menghadapi cabaran yang mendatang. Mereka bina visi dan misi sekolah yang baharu untuk
difahami, dikongsi dan dihayati bersama oleh seluruh warga sekolah. Pelbagai program telah
diatur dan dilaksanakan untuk mencapai visi.
Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah telah mula menanam rasa kecintaan terhadap dunia
pendidikan dan pembangunan ilmu dan bercita-cita untuk menjadi guru setelah melihat
kegigihan dan kesungguhan beberapa orang gurunya semasa beliau menjadi pelajar. Baginya
profesion keguruan satu kemuliaan yang memerlukan pengorbanan dengan penuh keikhlasan
dan komitmen pendidikan. Oleh itu, beliau telah bersedia menimba pengalaman dan mengisi
khazanah ilmu pengetahuan sebagai seorang pendidik dan pensyarah. Beliau juga berusaha
dengan pelbagai cara dan secara berterusan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Beliau ingin
menyumbang idea dan buah fikiran bagi membantu pembangunan dan perkembangan
pendidikan dan menabur kembali budi pendidikan demi kelangsungan hidup manusia yang
lebih sejahtera. Baginya, menjadi pendidik merupakan satu nikmat pemberian Ilahi yang tidak
ternilai makna dan harganya.
2.6.2
Beliau telah
mencadangkan agar peraduan penulisan diadakan di kalangan guru pada setiap tahun agar
bakat dan kreativiti guru dalam bentuk tulisan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Melalui
peraduan ini, ramai guru yang berbakat dalam bidang penulisan esei, puisi, cerpen dan drama
telah mengambil bahagian secara aktif dan berjaya menghasilkan karya yang bermutu
sekaligus menambahkan bilangan penulis di Bumi Kenyalang.
Beliau telah memulakan beberapa kegiatan kebudayaan dan kesenian sebagai aktiviti
utama kegiatan kokurikulum murid di peringkat negeri dan kebangsaan.
Kesimpulannya dengan mengamalkan nilai integriti seperti jujur, benar, amanah, adil,
bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana, setia, pegangan tegus, peribadi mulia,
berwibawa, disegani dan dihormati, berfikiran terbuka, rasional dan toleransi, keeenam tokoh di
dalam buku ini yang telah berjaya membawa sekolah mereka ke tahap kecemerlangan yang
tinggi dari segi pencapaian akademik murid-murid atau yang telah mempamerkan kepimpinan
unggul sehingga berjaya melahirkan sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar yang cemerlang hasil
daripada identiti dan integriti seseorang guru. Semua tokoh ini mempunyai integriti dan etika
untuk bertanggungjawab atas segala tugas yang diberi tanpa pilih kasih dan sesungguhnya
akan menjadi seseorang guru itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.
Tugasan 2 :
tugas di sekolah.
Bincangkan
bagaimana
anda
akan
mengamalkan
nilai-nilai
integriti
semasa
melaksanakan tugasan anda di sekolah. Perbincangan anda hendaklah memberi contohcontoh yang sesuai dengan amalan kerja anda di sekolah.
Andai kata seorang doktor tersilap memberikan ubat kepada pesakitnya, implikasinya
mungkin kepada seorang pesakit itu sahaja.
menyampaikan ilmunya atau tersalah menunjukkan teladan yang mulis kepada pelajarnya,
impaknya mungkin kepada seluruh generasi mendatang. Ini adalah kerana tugas guru adalah
membentuk modal insan. Oleh itu, jika guru tidak berintegriti, kesannya boleh mengancam
masa depan negara.
Setelah saya membaca buku Jejak Guru Berintegriti ini, saya menyedari betapa
pentingnya nilai integriti dalam profesion keguruan bagi membentuk modal insan yang berkualiti
seterusnya melahirkan generasi yang terbilang untuk masa depan negara yang lebih
cemerlang. Betapa nilai integriti yang diamalkan oleh tokoh-tokoh ini telah membawa kejayaan
dalam pelbagai aspek di persada negara.
Oleh itu, saya berazam untuk mengamalkan nilai integriti dengan lebih baik semasa
melaksanakan tugasan sebagai guru di sekolah.
Amanah
Saya akan menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan sesuai dengan
ikrar semasa saya dilantik menjadi seorang guru dan penjawat awam. Semasa masuk ke kelas
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan pastikan saya menepati masa apabila
masuk ke kelas. Ini sangat penting kerana saya akan memaksimumkan pengajaran dengan
masa yang ditetapkan. Pelbagai kejadian yang tidak diingini akan berlaku jika guru tiada di
kelas atau lambat masuk ke kelas. Masalah disiplin seperti pergaduhan yang menyebabkan
kecederaan akan berlaku. Persepsi murid yang negatif terhadap guru juga akan berlaku. Saya
tidak mahu kejadian yang tidak diingini ini berlaku. Apatah lagi saya mengajar murid-murid
tahun satu yang sememangnya masih baru dalam alam persekolahan. Pelbagai tindakan akan
dikenakan kepada guru terlibat jika murid mengalami kecederaan atau perkara-perkara yang
tidak diingini dan akan melibatkan banyak pihak terutamanya ibu bapa. Saya akan memastikan
perkara tersebut tidak berlaku kepada saya. Oleh itu, saya akan masuk ke kelas tepat pada
masanya.
Saya akan membuat persediaan pengajaran dan bahan bantu mengajar sebelum masuk
ke kelas agar objektif pengajaran dan pembelajaran saya tercapai pada hari tersebut. Bagi
saya, alangkah ruginya murid-murid hadir ke sekolah dengan susah payah dihantar oleh ibu
bapa mereka yang rata-rata bukanlah daripada golongan orang senang, tetapi tidak mendapat
ilmu dan kemahiran yang sepatutnya semasa berada di sekolah. Apatah lagi jika guru menjadi
penyebabnya.
Segala teknik dan kaedah pengajaran akan saya gunakan bagi mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Apabila objektif pengajaran pada hari tersebut tercapai,
rasa kepuasan akan timbul dalam diri saya kerana dapat menunaikan tanggungjawab yang
diamanahkan pada hari tersebut.
Apabila ditugaskan menjawat sesuatu jawatan, saya akan lakukan dengan sebaik
mungkin.
Peperiksaan Dalaman.
perkara dengan diberikan sejumlah wang sebagai kos sepanjang program, saya mestilah jujur
dan menggunakannya dengan sebaik mungkin agar program yang dijalankan mencapai
matlamatnya. Saya yakin, Allah Maha Tahu dan Melihat apa yang saya lakukan. Oleh itu, saya
mestilah jujur menjalankan tanggungjawab tersebut.
Begitu juga dengan peralatan atau barang-barang sekolah. Apa juga barangan dan
peralatan sekolah, saya hanya gunakan untuk tugasan yang berkaitan dengan urusan sekolah
sahaja sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran kelas atau urusan berkaitan murid.
Contohnya kertas dan pencetak hanya digunakan untuk urusan pengajaran dan pembelajaran
membuat bahan bantu mengajar dan urusan yang berkaitan sahaja.
Benar
Adil
Bertanggungjawab
Telus
Cekap
bijaksana
RUJUKAN
Khuzaimah Sulaiman (2012).Serlahkan Aura Guru Super, Kuala Lumpur : Penerbit PTS
Professional Publishing Sdn Bhd
Profesor Madya Dr. Lim Swee Tim. ( 2009 ).Jejak Guru Berintegriti Integriti Memperkasa..Kuala
Lumpur. Institut Integriti Malaysia
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130429/pe_01/Terap-budaya-integritidalam-P&P
http://smkpahikk.blogspot.com/2014/11/integriti-guru-dalam-pendidikan.html
http://gurukaliber.blogspot.com/
http://kasturinusi.blogspot.com/2012/05/nilai-nilai-bitara.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Integriti