Sejarah Asia Tenggara Pra Kolonial
Sejarah Asia Tenggara Pra Kolonial
Sejarah Asia Tenggara Pra Kolonial
Pada bhgn timur rantau ini, perluasan kuasa empayar Han ke selatan,
ke dalam apa yang kini selatan China dan utara Vietnam, telah sampai
kemuncak dgn kawalan politik Han ke atas rantau ini pada abad
kedua sebelum masehi. Di bhgn barat, jaringan perdagangan barat
menghubungkan Asia Tenggara dengan timur laut India dan
Bangladesh, dan rangkaian perdagangan maritim menghubungkan
Asia Tenggara dengan India, China, dan mungkin Timur Tengah dan
Venice, pada masa yang hampir sama.
Rantau ini telah dipengaruhi dari timur oleh penguasaan politik dan
dari barat oleh perdagangan dan ideologi agama (lihat, misalnya, Hall,
1985). Menjelang pertengahan abad pertama, banyak kawasan pantai
di Asia Tenggara dan lembah sungai utama dihuni oleh populasi besar
dalam pusat "bandar besar. Sama ada kita mengenali sistem politik
yang digunapakai ini sbg pusat chiefdoms (menurut Wheatley,
1983), mandalas (Wolters, 1982 ), atau negeri, entiti-entiti ini
melibatkan sistem ekonomi yang sangat berstrata dan berpusat, dan
sebahagiannya mempunyai sistem birokrasi penuh.
Satu perikatan geopolitik - kerajaan ideal seperti ini akan terkecuali daripada
ancaman dan pengaruh yang tidak disenangi (undesirable influences). Di tengah
letaknya pemerintah, dan dikelilingi oleh pegawai2nya, di mana mereka sendiri
juga berdiri di tengah2 mandala2 kecil lain yang berada di bwh kekuasaan mandala
besar.
Hinduisasi ini adalah satu proses percampuran yang beransur-ansur, perlahan pada
mulanya tetapi menjadi semakin cepat pada permulaan era Kristian.
Punca kepantasan ini: komersial
permintaan utk kemewahan - rempah, kayu wangi, minyak wangi, camphor,
dsbg - berikutan dgn penaklukan Alexander di barat laut India dan hubungan
dengan dunia Mediterranean barat
permintaan utk sumber baru emas baru berikutan penutupan laluan kafilah di
seluruh Bactria di mana India telah membekalkan dirinya dengan emas dari
Siberia.
Pada masa yang sama, dua faktor baru menyumbang untuk memudahkan
perdagangan di Asia Tenggara:
pembangunan pembinaan tongkang India dan Cina yang besar menggunakan
teknik yang dipinjam dari Teluk Parsi
penemuan ciri2 berkala musim tengkujuh.
Satu lagi perkembangan yg memudahkan pelayaran laut yg pnjng utk pelayar
dan pedagang India adlh kebangkitan agama Buddha
menolak sistem kasta atau idea-idea yang membesar-besarkan kesucian kaum
menyingkirkan perasaan takut yang mereka akan dicemari sekiranya mereka
mempunyai kontek hubungan dengan barbarians akibat daripada pelayaran
laut yang lama.