Profesion Guru

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Konsep Profesion dan Profesionalisme

Profesion merujuk suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai
fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori
yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidang
yang mempunyai cirri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikamati autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila oerkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan
(Lieberman, 1956).
Menurut kamus dewan (20050, Profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Nilaitara-nilaitara suatu profesion merupakan
peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli professional akan mematuhinya demi
mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap
bidang keguruan sebagai suatu bidang profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli
professional dalam profesion tersebut.
`Namun begitu, aspek keguruan dianggap sebagai stu profesion apabila guru memperoleh
pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan
profesionalisme, komited kepada kilen dan mempunyai kuasa autonomi dlam membuat keputusan.
A) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar sebelum seseorang mnenjadi guru yang
bertauliah, beliau perlu menerima latihan keguruan dari segi pengetahuan mendalam tentang
mata pelajaran, pengetahuan kandungan pedagogi, kaedah dan teknik penyampaian pelajaran
serta mempunyai sahsiah yang baik hasil daripada latihan untuk membolehkan melaksanakan
pengajaran dengan berkesan. Mengikut Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai
termasuk :
1. Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran
2. Pengetahuan mengenai pedagogi asas seperti prinsip dan strategi pengurusan bilik
darjah.
3. Pengetahuan mengenai kurikulum , iaitu sukatan pelajaran, buku teks, panduan
pembelajaran dan bahan pengajaran untuk mata pelajaran.
4. Memperoleh pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge),
iaitu gabungan pengetahuan kandungan mata pelajaran dan pengetahuan tentang
pedagogi asas pengajaran bagi satu-satu mata pelajaran. Di samping itu juga,
pengetahuan ini membolehkan guru mengajarkan topic yang spesifik dengan tujuan
menggalakkan pemahaman konseptual pelajar. Pengetahuan ini dikatakan unik bagi
profesion keguruan dan merupakan satu kefahaman yang profesion keguruan (Lilia &
Abdullah, 1999).
5. Pengetahuan mengenai petadbiran sekolah, budaya sekolah dan cara bekerja sebagai
satu pasukan dalam organisasi.
6. Pengetahuan mengenai tjuan , nilai, falsafah dan sejaran pendidikan.

B) Pengetahuan mengenai pelajar
Pengejaran yang efektif memerlukan guru mempunyai pengetahuan tentang perkembagan
kanak-kanak dan remaja dari perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Pemahaman
tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan
emosi dapat membantu guru memperkembangkan potensi pelajar ke peringkat optimum. Di
samping itu juga, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang cara pelajar belajar dan
keperluan pelajar agar guru dapat memberikan pendekatan pengajran dan tugasan yang sesuai
serta cara memotivasikan pelajar setelah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar.
Guru perlu menilai pemahaman pelajar, guru harus berkebolehan menganalisis dan membuat
keputusan yang terbaik untuk pelajar. Guru juga harus mengamalkan mebuat refleksi
pengajaran serta menambah baik perancangan dan proses pengajaran.

C) Peningkatan Profesionalisme guru
Sebagai guru yang professional, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah dan teknik
pengajaran perlu diperkemaskan dari semasa ke semasa. Guru perlu menglengkapkan diri
dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap
perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Maka profesion keguruan
diharapkan dapat membuat anjakan paradigm kepada budaya yang berasaskan ilmu dan
pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998). Di samping itu, guru harus berupaya membuat
keputusan dalam hal-hal bilik darjah daalm profesion keguruan. Profesion keguruan
sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah
petadbir dan guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu
tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Kini pentadbir bersama
dengan guru telah berupaya membuat keputusan secara kritis dan kreatif di dalam dan di luar
bilik darjahdemi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dalam pengurusan sekolah.
Namun, seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk memepertingkatkan kualiti
pengajaran dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan
mempunyai profesinalisme yang tinggi. Dengan perkataan lain guru itu melihat perguruan
dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi satu profesion (Omar Hashim,
1993).

Rumusan
Sistem pendidikan di Negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan- perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi
kehendak Negara merealisasikan sebuah Negara maju pasa masa hadapan. Setiap perubahan
dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran
dalam profesion keguruan. Oleh itu, adalah mustahak bagi setiap individu yang berkecimpung
dalam bidang ini sentiasa berusaha memeprtingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dan
keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi
pesat. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntan dalam tranformasi kurikulum itu dapat
ditangani. Walau bagaimanapun, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan
sebagai suatu profesion bergantung pada tanggapan masyarakat. Adakah peranan guru
semakin hilang kewibawaamnya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan kepada
kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doctor, peguam dan
arkitek?
Dalam konteks ini, pihak kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk menajadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani
ramai. Hal ini termaktub dalam teras strategic kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP), iaitu memartabatkan profesion keguruan. Para guru sebenarnya mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam menigkatkan aspek keperfesinalnya dengan melengkapkan
diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras
PIPP.
















Isu-isu Etika Guru
Pengenalan
Dalam profesion keguruan, guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat antara satu sama ada
dalam Institusi atau komuniti. Maka, suatu sistem perlu diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh
guru supaya guru saling menghormati dan mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya
serta membolehkan menguruskan kehidupan dengan baik. Pedoman ini membantu untuk menjaga
kepentingan masing-masing yang terlibat agar mereka tenang, tenteram, terlindung tanpa merugikan
kepentingan serta terjamin agar perbuatan yang dijalankkan sesuai dengan adat kebiasaan yang
berlaku dan tidak bertentangan dengan hak-hak asasi umumnya. Hal ini akan mewujudkan etika guru
yang merupakan peraturan perlilakuu, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan dan penegasan
tentang mana yang benar dan mana yang buruk dalam masyarakat kita.
Bagi menjaga imej profesion, setipa gur haruslah patuh kepada etika professionalisme, etika
pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam ( Abd. Rahim 2007). Namun begitu
terdapat juga beberapa isu etika guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika serta bercanggah
dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat awam. Kadangkala perbuatan
ini dilakukan akibat daripada tekanan yang dihadapi seperti kepentingan keluarga, agaman dan kaum.
Isu etika guru merujuk kepada suatu masalah atau perkara biasa. Antara isu etika guru yang
dibincangkan secara terbuka dan isu ini boleh menjadi suatu masalah atau perkara biasa. Antara isu
etika guru yang akan dibincangkan adalah kesantunan guru, kepedulian penampilan guru, pengurusan
kewangaan , pengurusan masa dan kerjaya sambilan guru yang boleh menjejaskan kelancaran
petadbiran sesebuah organisasi.
Isu Kesantunan Guru
Kesantunan ialah perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan yang baik antara
satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berasa dalam keadaan harmoni dan mesra.
Kesantuan melibatkan perlakuan verbal ataupun nonverbal,. Bagi tokoh-tokoh bahasa, mereka
berpendapat bahawa kesantuanan ialah perlakuan berbahasa yang mampu mewujudkan keharmonian
sewaktu berlaku sesuatu komunikasi . Manakala Zaba yang pernah menulis tentang nilai dalam
perlakuan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan dan etika, Salah satu perlakuan yang
disebutkan ialah perlakuan dalam percakapan. Menurut beliau, pengawalan suara adalah sangat
penting, kita sama sekali tidak boleh menjerit dan meninggikan suara seolah-olah sedang marah atau
bercakap dengan orang pekak. Kita juga dingatkan agar tidak memboloy sidang perbualan dan
bercakap terlalu banyak apa lagi tentnag diri kita. Memuji diri sendiri ialah perlakuan yang tidak
dapat diterima oleh orang yang mendenngarnya. Manakala Noriati (2004) berpendapat bahawa
kesantunan yang bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan sama ada
perlakuan berbahasa ataupun pelakuan bukan bahasa yang menyenangkan semua pihak.
Berdasarkan pengertian tersebut, kesantuanan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan harian.
Kesantuanan memperlihatkan sikap yang mengnadungi nilai sopan santun atau nilai etika yang
berlaku secara baik dalam masyarakat di tempat seserorang itu sebagai anggota atau ahli dalam
organisasinya. Kesantuan selalu bipolar, iaitu memilki hubungan dua hala, contohnya di sekolah
belaku hubungan antara guru dengan murid, guru sesame guru dan Guru Besar dengan guru.
Guru yang mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembinaan modal insan perlu menghayati
bahawa seseorang insane begitu bermakna apabila di dalam dirinya memilki perlakuan yang baik
yang lahir daripada hati yang suci. Setiap guru wajib mempamerkan perlakuan yang santun menerusi
kata-katanya dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-peraturan berbahasa serta
mengawal tingkah laku.
Kesantunan berbahasa merupkan tatacara berkomunikasi secara lisan. Ketika berkomunikasi, guru
harus mengikut norma budaya dan bukan sekadar mengikut tatacara sahaja. Tatacara berbahasa harus
sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakatt setempat. JIka tatacara berbahasa
seseorang tidak sesuai dengan norma budaya, maka situasi itu akan mengundang nilai negatif
misalnya guru dianggap sebagai orang yang angkuh dan tidak bersopan.
Penampilan Guru
Penampilan guru dirujuk kepada cirri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru termasuklah sikap,
kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai. Stewart (2005) mendefiniskan penampilan sebagai tret-tret
perwatakan dan personality yang dianggap perlu untuk kejayaan seseorang sebagai guru. Tret-tret
termasuklah aspek-aspek tanggungjawab , kebergantungan, kreativiti, empati dan profesionalisme.
Maka tidak hairanlah banyak kajian menunjukkan sikap, nilai dan kepercayaan guru tentang pelajar,
pengajaran dan dirinya mempengaruhi dan membaw kesan terhadap pembelajaran dan pemahaman
pelajar. (Collinson et , 1999) . Adalah penting bagi pendidik dan guru mengetahui dan memahami
penampilan guru yang efektif supaya mereka dapat mencipta pengalaman yang akan membantu
membentuk cirri-ciri pelajar serta membantu pelajar meneroka sama ada mereka mempunyai
penampilan untuk mengajar. Kini, penampilan dirujuk sebagai standard, iaitu semua guru permulaan
harus tahu bertindak sedia kala dan boleh melaksanakan tugasan dengan bertangunggajwab tanpa
mengambil kira kandungan mata pelajaran atau tahap gred yang diajar (INTASC, 2005). Secara
umumnya penampilan merangkumi gabungan pengalaman lampau, hubungan sosial, nilai sikap dan
kepercayaan (Crick et 2004).
Howard (2007) menghuraikan empat cirri utama yang mernagkumi penampilan guru serta
sahsiah yang secara signifikannya dapat menghasilkan hasil pembembelajaran yang lebih baik.
Mereka yang mengadaptasikan dan mempamerkan ciri-ciri ini merupakan mereka yang akan Berjaya
menghasilkan pelajar yang positif. Keempat- empat ciri ini terdiri daripada penampilan untuk
perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi.
1. Penampilan untuk perbezaan
Untuk guru yang mempunyai penampilan untuk menangani perbezaan menunjukkan bahawa
guru perlu mempunyai tahap keterampilan berasaskan budaya, iaitu satu kebolehan tahap
keterampilan berasaskan budaya, iaitu satu kebolehan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf
pelbagai realiti yang diwujudkan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai budaya. Hal
itu juga menunjukkan guru berada pada tahap selesa terhadap cirri-ciri seperti bangsa, agaman
dan jantina.
Guru yang dapat tampil situasi budaya yang berbeza merupakan eleman utama untuk menjadi
guru efektif dan merupakan eleman utama untuk menjadi guru efektif dan merupakan
pengaruh positif terhadap kehidupan pelajar. Sama ada lelaki atau perempuan, konservatif
atau liberal, kulit putih atau hitamm, guru perlu tahu menampilkan diri dengan betul untuk
menangani perbezaan itu. Kebolehan untuk menampilkan diri dalam menghadapi isu-isu
sensitive dalam keadaan yang ikhlas, peka dan bermakna merupakan kayu pengukur seorang
pendidik yang berkesan. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian akan menjejaskan proses
persediaaan pelajar untuk melibatkan diri secara efektif dalam dunia sekeliling pelajar.
2. Penampilan untuk berdialog
Penampilan untuk berdialog menunjukkan guru mempunyai minat dan keingingan tahu
terhadap orang lain dan hal ini merujuk kepadav kerelaan untuk meneroka persamaan dan
perbezaan yang berada antara individu. Howard (2007) mengenalpasti dua jenis dialog
professional antara rakan sejawat dan dialog di dalaam bilik darjah anatar guru dengan
pelajar.
Dialog berkala antara guru dengan rakan sejawat merupakan cara di mana menangani sikap
gur, kepercayaan dan amalan rakan sejawat. Ini merupakan satu peluang untuk guru membuat
perbandingan antara mereka dan mempelajari antara asatu sama lain melalu pertukaran
pandangan.
Dialog antara guru dengan pelajar amat penting kerana memberi mereka peluang untuk
berkomunikasi. Selain itu, peluang diberi kepada pelajar untuk menerapkan pengalaman
hidup pelbagai dalam kalangan pelajar agar proses P&P lebib berkesan.
3. Disilusi
Guru yang dapat tampil untuk menghadapi kekecewaan merupakan guru yang menunjukkan
keterbukaan melihat luar daripada budaya sendiri dan kebolehan untuk meneliti kepercayaan
serta pandangan luar. Mengikut Howard (2007) guru yang dapat meneroka dan mengetepikan
ilusi adalah responsive dari segi budaya dalam persekitaran pelbagai.
4. Demokrasi
Guru yang mempunyai penampilan diri yang efektif merupakkan mereka yang dapat
mengenal pasti kepentingan demokrasi yakni semua pelajar mempunyai peluang penampilan
yang sama untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Guru bersikap terbuka dan
memberikan peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P.

Secara keseluruhannya, pelajar yang dididik dalam persekitaran pelbagai budaya akan berkembang
cemerlang jika guru mempunyai penampilan untuk perbezaan, dialog dan disilusi. Pelajar sedemikian
akan Berjaya dan lebih bersedia untuk masyarakat yang kian berubah ke arah yang lebih demokratik
yakni sentiasa berdialog dalam komuniti amat penting.
Adalah tidak mencukupi untuk mengetahui apa jua yang kita anggap terhadap diri kita. Walau
bagaimanpun situasi ini merupakan langkah pertama dalam penjelajahan ke arah menjadi guru yang
efektif. Tambahan pula, sudah menjadi suatu keperluan untuk berfikir tentang cara-cara mrngubah
dan menambahbaik penampilan/disposisi atau persepsi guru dalam latihan dan guru dalam
perkhidmatan. Powers (1999) menyatakan bahawa penampilan yang digariskan dalam pelbagai
standard merupakan penampilan yang boleh di ajar kepada pelajar. Beliau juga mencadangkan satu
alternative untuk penampilan dlaam pengajaran. Cadangan beliau ialah guru pelatih harus mempunyai
kesedaran tentang penampilan yang sesuai dan menggunakannya sebaik mungkin. Di samping itu
juga, guru praperkhidmatan boleh ditempatkan dalam situasi tertentu agar dapat memberikan peluang
untuk berhubung dengan guru-guru yang mempamerkan cirri-ciri penampilan yang sesuai dimodelkan
supaya tidak bertentangan dengan etika guru.

Berniaga Di Sekolah
Bidang perniagaan sememangnya mempunyai ruang di mana-mana sahaja baik di tempat kerja atau
bilik guru. BIlik guru ialah kawasan perniagaan kecil yang lazim diperhatikan. Namun begitu, guru
yang prihatin mengenai perkara ini telah menyuarakan kebimbangan mereka jika situasi perniagaan
tidak dikawal. Kebimbangan mereka ada asasnya kerana ada antara guru yang ghairah berniaga
sampai lupa akan tanggungjawab mereka.
Tindakan guru sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia pada suatu masa dahulu.
Guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik di dalam bilik darjah dan bukannya
menjalankan perniagaan di sekolah. Adakala ada guru yang menjalankan perniagaan dari boot kereta
dan situasi ini sebenarnya melanggar etika perkhidmatan awam dan guru terikat dengan perintah Am
yang bertujuan mengawal tingkah laku dan etika pekerja dalam perkhidmatan awam. Oleh itu pihak
pentadbir harus memaikan peranan dengan memberikan teguran dan mengambil tindakan yang
sewajarnya terhadap guru-guu sedemikian yang menjejaskan imej profesion keguruan.

Kerjaya sambilan
Kaum pendidik tergolong sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dan merupakan sebahagian
daripada pegawai kerajaan. Maka mereka tertaluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang
perkhidmatan awam. Sebagai pegawai kerajaam, kita tertaluk kepada perintah Am Kerajaan dan
tatalaku. Kakitangan awam perlu memohon kelulusan untuk melakukan kerja sambilan bagi
menambha pendapatan .Kelulusan hanya akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah
dengan peraturan yang ditetapkan misalnya kerja sambilan itu tidak dilakukan dalam waktu bekerja
dan tidak menggangu tugas mereka. Antara kerja sambilan guru termasuklah mengadakan kelas
tuisyen atau kelas tambhan secara online untuk membantu pelajar mengatasi kesukaran dalam
pelbagai mata pelajaran dengan menggunakan kepakaran di luar waktu kerja tanpa menjejaskan
prsetasi mereka. Sebagai contoh, para guru mengadakan kelas tambahan dan pensyarah memberikan
ceramah atau bekerja sambilan di Institusi swasta untuk menambah pendapatan . Namun begitu,
langkah kerajaan erlu diambil untuk memantau prestasi mereka agar tidak menjejaskan produktiviti
semasa melaksanakan tugas utama sebagai penjawat awam.
Ada kalangan guru menganggap kerjaya mereka sebagai sambilan dan mereka menganggap
kegiatan mencari pendapatan tambhan dengan mengadakan kelas tuisyen di rumah mereka. Mereka
menitik beratkan kelas tuisyen berbanding dengan tanggungjawab mereka di sekolah. Mengikut
pekeliling kementerian, guru-guru dilarangkan mengadakan kelas tersebut, beliautidak boleh
mengajar melebihi enam jam seminggu. Beliau mesti mendapatkan kebenaran daripada Pejabat
Pendidikan terlebih dahulu.
Guru yang patuh kepada kod etika guru seharusnya tidak menerima wang bayaran kelas
tuisyen murid terutamanya jika beliau mengajar anak muridnya sendiri. Sekiranya guru mengajar anak
muridnya, sudah tentu beliau tidak menumpukan perhatian kepada proses pengajaran di dalam bilik
darjah. Pemantauan pihak tertentu perlu untuk memastikan guru melaksanakan tanggungjawab di
sekolah dan bukan sebaliknya.

Pengurusan Masa
Pengurusan masa merupakan proses peribadi dan mesti bersesuaian dengan gaya dan keadaan diri
sendiri. Pengurusan masa merupakan satu displin diri bagi seseorang guru. Pengurusan masa
berkesan bergantung kepada diri seseorang, iaitu sejauh mana seorang itu teguh dalam
menguruskannya untuk mencapai hasrat yang diingini.
Secara ringkasnya, pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara
harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi menanamkan aspek
kepentingan mengurus masa dalam sanubari pelajarnya. Guru yang berkualiti merupakan guru yang
bersedia dengan perancangan waktu yang bersistem dan akan melaksanakan tugas mengikut jadual
masa yang ditetapkan.
Dalam aspek pengurusan masa untuk dirinya, seseorang guru perlu merancang P&P mengikut tempoh
masa dengan biak agar tidak membazirkan masa pelajar. Guru harus menepati masa apabila masuk
kelas supaya pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran sepenuhnya. Guru tidak boleh mensia-siakan
masa berharga pelajar. Hal ini kerana setiap minit yang diperuntukkan hanya akan bermakna jika
pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran yang diberikan. Dengan menepati masa yang ditetapkan
oleh pihak sekolah , prdoktiviti akan meningkat manakala jika guru lambat masuk ke kelas, guru tidak
menghadapi kerugian masa yang berharga dan pembaziran hasil jika masa tidak diuruskan dengan
baik. Dengan ketepatan masa memasuki kelas, guru dapat mengelakkan beralkunya kejadian yang
tidak di ingini seperti murid bising dan perbuatan nakal dalam bilik darjah. Murid juga akan
menghormati guru yang tidak pernah lewat masuk ke dalam kelas.
Beralih kepada pengurusan masa kendiri, cuba fikirkan tentang pengurusan masa anda pula.
Tanya kepada diri anda, berapa banyak masa yang anda gunakan untuk melakukan tugas-tugas yang
tidak penting dan perkara-perkara yang tidak memberikan sumbangan kepada kerjaya anda? Adakah
anda tahu berapa banyak masa nada telah gunakan untuk membaca surat dan makan tengah hari?
Kadangkala terfikir , Alangkah baiknya jika saya diberikan tambhan setengah jam sehari dan betap
banyak perkara boleh saya lakukan.
Adakah anda mempunyai perancangan jangka masa panjang??

Pengurusan Kewangan
Pengurusan kewangan boleh dibincangkan daripada dua aspek iaitu pertama : cara menguruskan
kewangan semasa bertugas di sekolah jika guru merupakan guru kelas dan kedua : cara seseorang
guru mengurskan kewangan dirinya dan keluarga supaya tidak dibelenggu kerumitan dalam hal
kewangan.
Antara isu pengurusan kewangan yang wujud adalah masalah dari segi kutipan wang Sumber
Awam (SUWA) pada awal tahun. Wang SUWA merupakan kutipan awam dan punca kewangan yang
boleh dimabil kira termasuk yuran pelajar, derma, sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah seperti
Kantian, bas dan pelbagai hasil jualan daripada projek sekolah (Abdullah Sani). Bagi guru kelas, guru
menghadapi masalah pengeluaran resit yang berasingan bagi setiap item yuran tersebut. Hal ini
merumitkan tugas guru. Masalah lain yang dihadapi adalah dari segi bayaran yuran majalah kerana
hanya sebuah keluarga perlu menjelaskan bayaran. Oleh demikian, guru memerlukan masa untuk
mengesan ahli keluarga. Adakalanya guru mengambil masa yang agak lama untuk menguruskan
kewangan pelajar-pelajarnya kerana ada yang lewat membayar yuran menyebabkan guru harus
menyimpan wang dan lewat menyerahkan kepada wang ke pejabat.
Mengikut Shahril (2005), masalah utama dalam pengurusan kewangan sekolah ialah guru
melakukan pe,belian tanpa mengikut tatacara pembelian. Sebagai contohnya, terdapat guru yang
membuat pembelian pesanan, selain ada juga yang peralatan tanpa menggunakan boring pesanan,
selain ada juga yang mengisi boring pesanan selepas beberapa bulan . Contohnyna , ada guru hanya
menyerahkan resit pembelian atau invois pada tahun berikut. Hal ini jelas menlanggar tatacara
kewangan dan pengetua berhak menolak pembayaran .
Selain itu , terdapat juga guru tingkatan yang mengutip yuran khas daripada pihak pelajar
tetapi tidak menyerahkan wang kutipan kepada pihak sekolah. Sebaliknya guru terbabit mebelanjakan
wang tersebut dab hal ini hanya diketahui pihak sekoalh apabila pelajar tidak menerima resit. Di
samping itu, terdapat juga guru kelas yang menyerahkan kutipan yuran khas kepada sekolah beberapa
minggu atau bulan kemudian dengan alas an hendak menunggu sehingga semua pelajarnya telah
menjelaskan yuran (Wan Azman Wan Idris, 2002). Situasi ini merumitkan hal pengurusan oleh pihak
sekolah.
Walaupun faktor luaran yang merumitkan pengurusan kewangan guru, faktor luaran yang merumitkan
pengurusan kewangan guru, namun guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap wang yang
dikutipnya dan dalam jagaannya. Jika disimpan daan diuruskan dengan cekap guru akan selamat.
Akan tetapi jika gagal menguruskan wang kutipan dengan baik, pelbagai masalah akan timbul bagi
pihak sekolah dan dirinya apabila tidak dapat bereskan wang yang dikutipnya daripada pelajar ke
pejabat.
Guru harus sentiasa mengamalkan sifat kemuliaan kesederhanaan serta kebijaksanaan berhemat dalam
pengurusan kewangan diri dan keluarga, Guru perlu berwaspada ketika berbelanja, tidak amalkan
gaya hidup yang boros dan suka bermegah. Berbelanja secara berhemat sesuai dengan kemampuan
diri dan keluarga. Guru juga harus menabung demi masa depan diri dan keluarga.

Rumusan
Bab ini telah membincangkan isu-isu etika yang sentiasa dibangkitkan dalam alam pendidikan.
Antaranya adalah kesantunan guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, kerjaya sambilan,
pengurusanmasa dan pengurusan kewangan. Peranan guru amat teruji apabila imej profesion tercemar
oleh segelintir guru dari segi tingkah laku mereka. JUsteru, guru harus paatuh kepada kod etika
keguruan demi menjaga imej profesion keguruan. Dlaam isu kesantuanan guru, beliau harus
mempamerkan kesantunan dari segi cara berpakaian, cara bertindak, cara bertutur dan cara
berbahasa.. Selain itu, guru haruslah membuat releksi diri terhadap kepedulian harian serta sedia
menerima maklum balas daripada guru lain serta mentor atau penyelia mengenai masalah yang
dihadapi. Sebagai guru yang berwibawa, penampilan beliau di dalam bilik darjah perlu diberikan
perhatian kerana guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai akan menjadi rol
model oleh pelajar-pelajar.
Dalam bidang keguruanm guru perlu mematuhi kod etika sebagai penjawat awa, ingin
menjalankan kerja sambilan, berniaga di sekolah atau dirinya. Guru harus bertanggunjawab dan
mempunyai akauntabiliti terhadap tugasnya demi menjaga dan memartabtkan profesion keguruan.
Mereka perlu menguruskan masa dengan baik supaya dapa meningkatkan prestasi dan produktiviti
organisasi.

You might also like