Salin Semula Petikan Dibawa Dengan Tulisan Berangkai
Salin Semula Petikan Dibawa Dengan Tulisan Berangkai
Salin Semula Petikan Dibawa Dengan Tulisan Berangkai
1 2 3 4 5 6
A. Salin semula petikan dibawa dengan tulisan berangkai. 1.4.1
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
TEMA 6: WARISAN KITA
UNIT 16 : Alat Muzik Warisan Tradisional
Siew Min seorang murid dari SJK (C) Chong Hua. Siew Min memiliki
sebuah alat muzik tradisional yang bernama Pipa. Pipa merupakan sebuah alat
muzik Cina jenis kordofon. Siew Min pandai bermain pipa. Pipa mempunyai
empat tali logam, berbentuk labu dan diperbuat daripada kayu. Siew Min
belajar bermain Pipa daripada datuknya.
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.2.5.3
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
C. Lengkapkan dialog di bawah ini. 1.4.1
D. Nyatakan maksud tersirat bagi ayat yang bergaris. 2.4.2
Ahmad : Apakah nama alat muzik yang terdapat di ruang tamu rumah kamu
itu, Bala?
Bala : Oh, itu______________. Ghatam ialah alat muzik tradisional
masyarakat ____________.
Ahmad : Boleh kamu ceritakan tentang alat muzik ini?
Bala : Ghatam di bahagikan kepada dua jenis iaitu __________________ dan
_______________________ .
Ahmad: Bagaimanakah cara untuk bermain, Bala?
Bala : Pemain menggunakan jari,_____________, tapak tangan, dan tumit
tangan untuk memukul permukaan luar ghatam. Nada yang berlainan
boleh dihasilkan dengan menepuk bahagian berlainan di sekeliling
belanga dengan setiap lain-lain bahagian tangan.
Ahmad: Kamu boleh bermain ghatam?
Bala : Ya, saya boleh bermain ghatam. Saya belajar bermain ghatam dari
___________________ .
masyarakat india Ghatam
masyarakat india masyarakat india
ibu jari
masyarakat india
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
D. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan pemahaman yang diberikan.3.3.3
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang
paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong
dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang
biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina,
kulit lembu, kerbau dan getah sintetik. Kini, gelung
plastik turut digunakan.
Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah
untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang.
Manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian
jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan
membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi
kompang dan tapak tangan dirapatkan. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah
kompang dengan jari tangan yang terbuka. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan,
kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
1. Kompang tergolong dalam kumpulan alat muzik mana?
_______________________________________________________________________ .
2. Kompang dibuat dengan apa?
_______________________________________________________________________ .
3. Kompang mempunyai berapa bahagian?
_______________________________________________________________________ .
4. Nyatakan cara untuk memalu kompang?
_______________________________________________________________________ .
5. Namakan dua alat muzik tradisional bagi kamu kaum yang berikut?
Kaum Cina : _________________ , ___________________
Kaum India : _________________ , ___________________
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
A. Lengkapkan dialog dibawah. 1.4.3
TEMA 6: WARISAN KITA
UNIT 17 : Kraf Tangan Tradisional
Kavitha : Pernahkah kamu melihat ukiran kayu?
Mei Ling : Ukiran Kayu? ___________________________________________.
Kavitha : Seni ukiran kayu ialah seni warisan masyarakat Melayu yang terulung.
Baru- baru ini saya dan keluarga bercuti di Kuala Terengganu. Di
sana saya dapat melihat persahaan seni ukiran yang menjadi tarikan
pelancongan.
Mei Ling : Cuba ceritakan pengalaman kamu di sana?
Kavitha : Terdapat tiga jenis teknik utama dalam seni ukiran Melayu, iaitu
tebuk separuh, tebuk timbul, dan tebuk terus. Kerja - kerja mengukir
bermula daripada ______________________________________
Mei Ling : Oh, begitu! Kita patut berbangga dengan warisan seni ukiran yang
halus, kemas dan cantik ini. ____________________________
_______________________________________________
Kavitha : Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji,
ketam, tukul besi, dan paling penting pahat.
Mei Ling : Wah, menariknya! Terima kasih atas maklumat yang kamu berikan,
Kavitha.
Kavitha : Sama-sama, Mei Ling.
memilih kayu, memproses kayu, melukis motif ukiran lalu mengukirnya.
Motif ukiran selalu digunakan oleh orang Melayu ialah motif flora dan fauna.
Apakah alat yang digunakan untuk kerja-kerja mengukir?
Ya. Saya pernah membaca rencana tentang seni ukir.
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
B. Baca petikan dan nyatakan maklumat tersurat yang penting dengan
melengkapkan ayat yang diberi. 2.4.2
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan
produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa
yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Menurut cerita, dipercayai bahawa
labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman
pemerintahan Sultan Iskandar.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di
kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti.
Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan
seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Labu sayong juga
bertindak menyejukkan air minuman.
Bagaimanapun, kini labu sayong telah mengalami pelbagai perubahan dari segi
penggunaan. Penggunaannya lebih kepada barangan perhiasan yang tidak boleh dijadikan bekas
menyimpan air minuman. Ini kerana hampir kesemua labu sayong yang dihasilkan bagi tujuan
perhiasan kini adalah diwarna bagi tujuan mencantikkannya lagi supaya berkilat dan menawan.
Maklumat Tersurat
1. Labu diusahakan oleh ___________________________________________________
_____________________________________________________________________ .
2. Motif ukiran labu sayong lebih ___________________________________________
____________________________________________________________________ .
3. Labu digunakan untuk __________________________________________________
_____________________________________________________________________ .
4. Pada masa kini, penggunaan labu _________________________________________
_____________________________________________________________________ .
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
C. Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
3.3.3
1. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat tembikar?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Apakah kegunaan tembikar suatu ketika dahulu?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Bagaimana tembikar Sarawak dihasilkan?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4. Pada pendapat anda, adakah masih releven tembikar digunakan pada masa kini?
________________________________________________________________________
Tembikar
Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat.
Ia memastikan ia mempunyai kekuatan yang lebih dan kalis air. Seni tembikar
wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu, Bukti penemuan
barangan tembikar seperti di Gua Chadi Kelantan, Bukit Tengku
Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang, Bukit Tambun di Perak
dan Gua Niah di Sarawak.
Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara
pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain
daripada kegunaan harian. Tembikar Sayong, tembikar Mambong
dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling
terkenal.
Tembikar Sarawak berasal dari China dan diusahakan oleh
kaum Cina. Tembikar ini berbentuk tempayan beraneka jenis dan
diukir dengan hiasan kepala naga. Bahan utama untuk membuat
tembikar ialah pelbagai jenis tanah liat dikeringkan dengan cara
mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara
dedah atau dalam tanur.
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
Beberapa ratus tahun dahulu, dalam sebuah kampung di Pulau Langkawi berbangkit pertikaian di
antara Mat Chinchang dengan Mat Raya, manakala anak perempuan Mat Chinchang bertunang
dengan anak Mat Raya.
Pertikaian itu bertambah buruk dan dahsyat pada hari perkahwinan. Mereka berdua bergaduh
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
Belanga jatuh terpelanting di suatu tempat yang dinamakan Belanga Pechah; gulai tumpah di
Kuah (pekan Kuah sekarang), kuah gulai mengalir dan jerab ke dalam tanah di tempat nama
Kisap; kawah air hangat jatuh di tempat yang sekarang dipanggil Ayer Hangat; jag air dengan
relang tangkainya jatuh terpelanting di Selat Chinchin di antara Pulau Langkawi dengan Pulau
Terutau.
NOTA PENYUNTING:
Gunung Raya dan Gunung Mat Chinchang yang bergigis dan takak-takuk pada had ini
bertentang satu dengan lain.
PULAU DAYANG BUNTING
Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.
Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat
yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.
Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama
Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari
tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.
Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi
mandi di Telok Lawak.
Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada
Mambang Sari.
Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di
tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".
langsung bertumbuk, tendang menendang, tampar menampar satu dengan lain. Kedua-dua
mereka sama gagah hinggakan belanga, kawah, pinggan mangkuk habis pecah dan bertaburan.
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.
Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya,
tetapi ia tidak berani pergi hampir.
Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut
waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang
dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia
lihat Mambang Sari.
Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia
pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor
duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah
meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.
Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka
tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung
itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati
Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan
leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja
ia pun jatuh kasih kepadanya.
Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama
setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.
Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang
dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya
meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada
masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
Lagenda
Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai
Oleh : Wan Lokman bin Dato Wan Ibrahim
Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira
dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati
yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja
Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman
itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama
baginda ialah Maharaja Derbar Raja.
Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh
Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan
pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai
ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di
Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).
Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang
kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan
menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan
segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri
kepada Kedah Darul Aman.
Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau
terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.
Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia
dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia
ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.
Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan
berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai
telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja
untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama
baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta
nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.
Pekerja-pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung
Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara itu
hampir siap, dengan takdir Allah s.w.t., Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak
lama kemudian.
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sheikh Abdullah telah mewasiatkan agar
mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran berdekatan dengan menara yang hampir
siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda Sultan dan disempurnakan oleh para
menteri.
Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil 'Padang Tok Sheikh'
sempena mengambil nama Sheikh Abdullah.
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
Pahlawan Kecil
POSTED BY PHAULINE PHILIP AT 17:38 CATEGORIES PAHLAWAN
REACTIONS:
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
Ada seorang raja bernama Prabu Mandiri. Prabu Mandiri mempunyai seorang putra bernama
Mandala. Mandala anak yang jujur dan berani. Umurnya baru sembilan tahun. Ia baik hati
dan tidak sombong.
Kerajaan Prabu Mandiri diserang musuh. Musuh itu dari kerajaan Karanghawu. Mereka
berperang berbulan-bulan. Alangkah hebatnya peperangan itu!
Prabu Mandiri berkata, "Wahai Mandala...pimpinlah rakyat kita berperang! Mintalah bantuan
pamanmu...Aku sudah tua, tenagaku sudah berkurang. Aku sudah tidak berdaya lagi."
Mendengar kata ayahnya itu, Mandala bersujud.
Mandala dan pamannya berangkat ke medan perang. Dibunyikan kentong dan canang. Rakyat
berkumpul di halaman istana.
Mandala berseru, "Hai rakyatku! Musuh hampir tiba, negara kita akan direbutnya! Bawalah
semua senjata...kita bela negara kita! Berani karena benar, takut karena salah!"
Seluruh rakyat bersorak-sorak, lalu menuju medan perang. Mereka membawa pedang, panah,
dan tombak. Musuh dapat diusir.
Maka rakyat bersorak dan berseru..."Hidup pahlawan kecil! Hidup pahlawan kecil!"
Legalah seluruh rakyat. Mandala menggantikan ayahnya menjadi raja.
- See more at: http://ceritakanak.blogspot.com/2011/12/pahlawan-
kecil.html#sthash.ucmsKCqp.dpuf
i sebuah hutan, ada seekor rusa yang
bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam
untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa
Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5 6
bangga melihat tanduknya yang cantik.
Oh, cantiknya tandukku! kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu
tidak suka pada kakinya yang kurus. Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku
mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,
rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar
seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat
itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-
dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya
daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing
semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan
diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh
berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk
atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi
kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa
kebaikan. - See more at: http://ceritakanak.blogspot.com/2011/12/di-sebuah-hutan-ada-
seekor-rusa-yang.html#sthash.kStEWLfU.dpuf