Jawapan Soalan Edu3103
Jawapan Soalan Edu3103
Jawapan Soalan Edu3103
Motivasi intrinsik yang merupakan dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. ii. Motivasi ekstrinsik, iaitu faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan yang berpunca daripada persekitaran.
(b) Bincangkan 6 kesan yg ditunjukkan oleh murid yang kurang bermotivasi. (6m) i. Tingkah laku bermasalah iaitu positif seperti tingkah laku ingin tahu dan pintar cerdas mahupun negatif seperti murung dan hiperaktif. ii. Tidak minat belajar seperti tidak dapat mengikuti apa yang di ajar dan sering tidak membawa buku ke sekolah. iii. Tingkah laku distruktif (anti sosial) iaitu bertindak agresif akibat tidak puas hati, benci, marah dan dendam. iv. Tingkah laku distruptif (mengganggu) iaitu tingkah laku membahayakan orang lain, hiperaktif dan agresif secara lisan mahupun fizikal. v. Tingkah laku masalah bergantung iaitu tidak tahu membuat keputusan sendiri dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. vi. Degil dan tidak menghiraukan arahan serta teguran guru.
ESEI SOALAN 5 (a) Pengetahuan tentang pelbagai kecerdasan pelajar dapat membantu guru dalam P&Pnya.Huraikan dengan contoh yang sesuai 5 dari 8 kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Gardner. (10m) Jawapan: Antara kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Gardner ialah Kecerdasan Verbal atau Linguistik. Bagi kecerdasan ini, pelajar berkemampuan menggunakan perkataan secara berkesan secara lisan mahupun bertulis. Mereka juga mempunyai kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Mereka boleh mencipta pantun, menulis karangan, penulisan kreatif dan mendeklamasikan sajak mahupun puisi.
Selain itu, kecerdasan pelbagai lain ialah logikal atau matematik. Mereka yang memiliki kecerdasan ini berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul, menyatakan perkaitan antara sebab dan akibat serta boleh
menyelesaikan masalah. Contohnya ialah mereka yang dapat menyelesaikan masalah matematik dengan pantas dan tepat mahir dalam pengiraan. Di samping itu, kecerdasan pelbagai lain ialah visual atau spatial. Mereka dalam kategori ini boleh mencipta imej grafik, mengamati pelbagai bentuk visual, peka akan warna, garis, bentuk dan ruang serta mempunyai imaginasi aktif. Contohnya ialah melukis, membuat corak, mengecat dan mengukir. Fizikal atau kinestetik juga merupakan salah satu domain kecerdasan pelbagai. Pelajar mempunyai kecerdasan ini berkemampuan menggunakan seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan perasaan (pergerakan) serta mampu mengawal dan menyeimbangkan objek. Contohnya ialah mereka dapat melakukan tarian kreatif, berdrama, melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani seperti bersukan dan seni mempertahankan diri misalnya tae kwan do, silat dan karate. Kecerdasan pelbagai lain ialah intrapersonal. Pelajar-pelajar ini Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan diri sendiri, mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman,
motivasi, kemarahan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri. Contoh yang dapat dilihat ialah mereka mempunyai prinsip sendiri, mampu menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri, dan suka bersendirian. Antara kecerdasan pelbagai lain ialah interpersonal. Individu dalam kategori ini boleh memahami orang lain, berupaya memahami emosi dan tindak balas orang lain. Misalnya mereka mudah bergaul dan berinteraksi dengan orang lain, mampu bekerjasama dengan orang lain dan memahami kehendak orang lain.
(b)
Manusia berfikir dan belajar dalam cara yang berbeza-beza. Cikgu Rahimi mengajar di Kelas 5 Biru yang mempunyai 40 orang pelajar. Apakah yang perlu dibuat oleh Cikgu Rahimi untuk memastikan jenis-jenis pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza ini dapat memahami apa yang diajar. (10m)
Jawapan: Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza dan Cikgu Rahimi perlu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan keperluan para pelajarnya. Cikgu Rahimi perlu menggunakan bahan visual yang menarik dengan bantuan gambar, rajah, buku teks yang berilustrasi, transparensi, video dan carta. Pelajar yang terdedah kepada visual ini akan mudah terangsang dan terdorong untuk memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Penggunaan kaedah secara hands-on juga dapat membantu Cikgu Rahimi, di mana pelajar meneroka dan menyiasat secara aktif persekitaran fizikal mereka. Kanakkanak mempunyai sifat ingi tahu yang tinggi dan apabila melakukan aktiviti secara hands-on, mereka berasa seronok serta dapat memahami konsep dengan jelas kerana mereka menemui sesuatu konsep dengan sendiri. Contohnya, menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan litar elektrik untuk mengetahui bagaimana litar tersebut berfungsi. Selain itu, Cikgu Rahimi perlu menyedari bahawa setiap pelajarnya berbeza dari segi gaya pembelajaran sama ada cepat atau lambat bertindak balas atau kepantasan mereka memproses maklumat. Oleh itu, beliau perlu mengenal pasti tahap keupayaan pelajar-pelajarnya supaya dapat menyampaikan pengajaran
dengan berkesan. Cikgu Rahimi juga boleh mewujudkan pembelajaran aktif dengan melibatkan semua pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada pelajar yang terabai serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Sesi pembelajaran secara koperatif boleh dilaksanakan bagi mewujudkan pembelajaran aktif dengan mengadakan kuiz secara berkumpulan. Para pelajar akan bekerjasama dengan cara pelajar yang pandai membantu pelajar yang lemah. Tambahan lagi, Cikgu Rahimi boleh mengadakan aktiviti seperti bercerita dan membaca teks dengan lantang. Terdapat pelajar yang suka bercerita dan ada juga yang suka mendengar cerita. Beliau perlu mengenal pasti pelajar yang berupaya melakukan aktiviti tersebut supaya dapat memberi kesan kepada para pelajar kerana mereka dapat menjiwai apa yang diceritakan atau maklumat yang dibaca oleh rakan mereka. Contohnya, Cikgu Rahimi mengajar mengenai topik litar elektrik dalam subjek Sains boleh meminta pelajar membacakan teks mengenai sejarah elektrik. Ketika pembacaan diwujudkan menjalankan persoalan supaya Litar dapat merangsang Oleh itu, pemikiran aktiviti pelajar untuk mampu
eksperimen
Elektrik.
tersebut
Disediakan oleh: Norhaniza binti Abu Bakar Siti Nor Fatin Izianti binti Nasib