Academia.eduAcademia.edu

Blog dan media baru

2010

Blogging is an alternative means for individuals to share their ideas with the masses. This article identifies patterns of blogs and outlinesthe ethics involved in blogging

View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk brought to you by CORE provided by Repository@USM Jurnal PPM Vol. 4, 2010 BLOG DAN MEDIA BARU Ruzain Syukur Mansor JKR (P) 3151/67 Kuarters S.U.K. Seksyen 16, 40000 Shah Alam [email protected] ABSTRACT Blogging is an alternative means for individuals to share their ideas with the masses. This article identifies patterns of blogs and outlinesthe ethics involved in blogging. ABSTRAK Penulisan di blog kini menjadi alternatif bagi individu yang ingin berkongsi idea dengan massa. Artikel ini mengenalpasti pola blog serta menggariskan etika mengendalikan blog. Katakunci: Blog; Internet; Penulisan; Media baru. PENGENALAN Dunia informasi kini sudah jauh berubah. Jika dahulu kita berhubung hanya menerusi surat, kini e-mel menjadi pilihan. Informasi pula diperolehi secepat memicit papan kekunci. Jauh menerobos sempadan minda dan lokasi. Itulah kesan globalisasi dunia. Dewasa ini massa banyak berbicara tentang media baru. Blog contohnya, kini semakin mendapat tempat. Rata-rata ramai orang mempunyai blog. Penulis memperkayakan karyanya melalui blog. Guru berkongsi informasi dengan blog. Ahli politik giat menyampaikan hasrat dan idea kepimpinannya melalui blog. Adalah mustahil untuk semua penulis memaparkan karya masing-masing di media cetak yang terhad ruangannya. Mustahil juga editor majalah menyediakan ruang untuk semua penulis menyiarkan hasrat hati mereka melalui penulisan. Justeru, media baru menjadi pilihan alternatif. Atas dasar itu, penulisan di blog kini menjadi alternatif bagi individu yang ingin berkongsi idea dengan massa. Malah, tiada kos bagi memiliki sesetengah blog membuat semakin banyak blog baru muncul di alam maya. Inilah pengaruh media 113 Ruzain Syukur Mansor baru. Budaya untuk berkongsi dan bersuara kini menjadi satu tren yang menakjubkan. Berdasarkan pengalaman beberapa tahun menjadi penggemar media baru, beberapa pola blog telah dikenalpasti, antaranya: i. ii. iii. iv. v. Blog peribadi Blog organisasi Blog untuk tujuan pengiklanan Blog untuk petujuan perniagaan Blog untuk tujuan sosial Blog peribadi lebih bersifat perkongsian. Ia lahir daripada rasa ingin berkongsi di kalangan penulisnya. Penulis blog yang mempunyai minat untuk mengembara mungkin akan bercerita di dalam blog mengenai pengalaman kembaranya. Penulis blog yang menggemari dunia fotografi, mungkin akan bercerita mengenai kamera dan koleksi gambar yang dimilikinya seperti blog www.saifulislam.com (Rajah 1). Ustaz Hasrizal Jamil, penulis menulis buku Aku Terima Nikahnya, menggunakan bahasa dakwah yang santai di dalam menyampaikan penceritaan di dalam blognya. Banyak nilai berunsur mesej dakwah yang boleh di dapati melalui tulisannya. Rajah 1: Blog www.saifulislam.com 114 Blog dan Media Baru Bagi seorang penulis bebas contohnya, pastilah rencah hidup serta pengalaman menulis dijadikan topik blognya. Blog www.akademipenulisbebas.wordpress.com (Rajah 2) banyak berbicara tentang perkara ini. Segala rencah dan suka duka kehidupan seorang penulis dipaparkan untuk dikongsi dengan khalayak. Rajah 2: Blog www.akademipenulisbebas.wordpress.com Manakala ada juga blog yang dimiliki oleh organisasi terutamanya yang berskala kecil. Mungkin ada yang memikirkan tentang faktor kos untuk memiliki laman web korporat sendiri. NGO dakwah seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menggunakan blog sebagai wadah dakwah di alam maya. Selain daripada itu, blog juga dipilih kerana mudah untuk dikemaskini serta mudah untuk menerima komen daripada pengunjung. Ia juga boleh dilayari oleh mana-mana ahli serta ahli masyarakat selagi capaian Internet boleh didapati. Selain daripada itu, ada blog yang bertapak khusus sebagai agen pengiklanan. Ia bagi tujuan mengiklankan produk dan perkhidmatan untuk dilayari para pembeli serta peminat produk tersebut. Ada juga pemilik blog yang dikunjungi ramai pelawat menyediakan tapak pengiklanan bersaiz kecil. Pengiklan dikenakan sewa bulanan atau tahunan untuk iklan yang ditempatkan di dalam blog tersebut. Bayaran ini 115 Ruzain Syukur Mansor perlu bagi menampung kos teknikal terutamanya apabila sesuatu blog itu memerlukan ruangan storan yang lebih besar. ETIKA MENGENDALIKAN BLOG Samada mengendalikan blog peribadi mahupun blog organisasi, ianya tidak terlepas daripada terikat dengan etikanya tersendiri. Ia meliputi aspek etika pemilihan bahasa dan gaya penulisan serta etika kebertanggungjawaban. Gaya Penulisan Pemilihan gaya penulisan amat penting. Selain daripada menarik minat pelawat untuk membaca, ia juga mencerminkan peribadi penulisnya. Bahasa di dalam blog sepatutnnya di tulis dengan keadaan harmoni dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Dengan erti kata lain, jauhi kata-kata kesat mahupun berunsur hasutan kerana ia mungkin boleh mencetuskan kontroversi. Apatah lagi penulisan yang bersifat menyinggung perasaan kaum lain yang lantas menyemarakkan rasa benci membenci sesama insan. Selain daripada itu, elakkan penggunaan perkataan pendek (short form) seperti cth, spt dan sebagainya di dalam penulisan artikel di blog. Anda juga perlu berhati-hati dengan aspek tatabahasa bahasa Melayu yang betul. Biarlah blog tersebut dikunjungi kerana menyanjung penggunaan bahasa Melayu yang sesuai dengan keadaannya. Jangan jadikan blog sebagai medan untuk meluahkan perasaan dan bertindak menggunakan kata-kata kasar, lucah dan sensitif. Kebertanggungjawaban Penulis blog harus bertanggungjawab di atas apa yang di tulisnya. Sering kali kita mendengar dan membaca artikel di blog yang mengaibkan di tulis oleh penulis yang tidak bertanggung jawab. Sememangnya ada polemik masyarakat yang timbul akibat daripada hanya satu entri di blog yang digembar-gemburkan secara sinis dan berniat jahat. Akhirnya, timbul permusuhan dan benci-membenci di kalangan ahli masyarakat.Ini hasil daripada sikap penulis blog yang tidak bertanggungjwab. Ramai penulis blog boleh memenuhkan blognya dengan pelbagai kandungan dan artikel. Tetapi berapa ramai di antara mereka memikirkan soal kebertanggungjawaban? Penulis blog mesti berhati-hati sebelum memaparkan artikel mahupun gambar di dalam blognya. Adakalanya gambar yang diletakkan di dalam blog bukanlah gambar asli dan mungkin di ambil dari blog yang lain. Perkara ini juga mungkin boleh menimbulkan salah faham jika ditulis secara sembrono dan lari daripada niat asal apatah lagi untuk mengaibkan seseorang. 116 Blog dan Media Baru Itulah sebabnya budaya copy and paste bahan daripada blog yang lain adakalanya perlu diteliti sumber dan kebolehpercayaannya. Di sinilah pentingya penulis blog menyaring segala maklumat sebelum memuatkannya ke dalam blog peribadi. Lantas, rasa tanggungjawab itu menjadi teras untuk anda menulis isi kandungan blog yang beretika. Kejujuran Anda perlu jujur di dalam penulisan.Kini, penulis blog boleh bertindak selaku wartawan yang tidak mewakili mana-mana syarikat penerbitan.Ada yang melaporkan peristiwa yang berlaku lebih pantas daripada portal Berita Harian dan Utusan Malaysia Online. Justeru, penulis perlu berlaku jujur di dalam apa yang dilaporkan. Jumlah, data, statistik, malah komen yang dilaporkan, biarlah tepat dan jangan hanya bersandarkan jangkaan dan andaian semata-mata. Sedar atau tidak, kandungan blog anda mungkin akan dilawati dan di ambil sebagai sumber rujukan pembaca yang lain.Apa akan jadi sekiranya data dan statistik menjadi rujukan untuk tujuan penulisan ilmiah dan kertas kerja? Justeru, penulis blog yang jujur di dalam penulisan akan bertindak selaku duta kecil kepada negara kita. Blognya mungkin di baca oleh pembaca seantero dunia. Buruk baiknya sesuatu blog sedikit sebanyak mencerminkan keadaan negara kita. Apatah lagi perkara yang di laporkan melibatkan isu politik, ekonomi dan sosial semasa negara kita. PENUTUP Untuk itu, kita melihat kupasan di atas menyediakan para penulis blog tentang media baru serta etika penulisannya. Semua orang boleh memiliki blog, tetapi sedarkah kita bahawa tanpa etika, media baru tidak membawa sebarang erti. Tidak salah memperkasakan media baru, tetapi biarlah penulisannya dicerna dengan rasa tanggungjawab dan kejujuran yang tinggi. 117