1
1.0 PENGENALAN
Dasar dalam dan polisi luar Negara merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan kerana ia
saling berkaitan di antara satu sama lain. Dasar dalam Negara bermaksud rancangan dan
tindakan yang dijalankan dalam Negara sahaja, manakala dasar luar Negara dapat didefinisikan
sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah Negara dalam usaha
untuk berhubung dengan Negara lain iaitu dalam pengertian yang terhad, dasar luar Negara
hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah Negara bagi mempengaruhi
keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.
Dalam mengemudi pentadbiran Negara, seseorang pemimpin akan mengambil
pendekatan yang berbeza untuk melaksanakan matlamat Negara. Misalnya, Bismarck mengambil
pendekatan realpolitik sebagai senjata dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara semasa
beliau memimpin Jerman. Pendekatan yang dipilih selalunya berkait rapat dengan peribadi
seseorang
pemimpin.
Pendekatan
realpolitik
yang
diambil
oleh
Bismarck
telah
diimplementasikan dalam dasar pentadbirannya apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri
Prussia dan Canselor.
Realpolitik berkait rapat dengan falsafah realism politic. Realpolitic merupakan suatu
teori politik yang telah diilhamkan oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya The Prince. Teori
politik realpolitik ini menekankan pengaruh kuasa tanpa mengambil kira tanggapan ideology,
sifat moral dan premis etika. Matlamat utama dasar realpolitik yang diutarakan oleh Machiavelli
ini adalah menghalalkan segala tatacara atau tindakan untuk tujuan dan kepentingan masingmasing. keuntungan yang dianggapnya boleh dihasilkan dari tindakan tanpa moral yang
dikendalikan secara licin. Bagi Machiavelli matlamat utama politik ialah pencapaian dan
pengekalan kuasa manakala segala yang lain adalah soal sampingan. Oleh itu, Otto Von
Bismarck telah mengamalkan dasar realpolitik ini telah dalam zaman pemerintahannya.
2
Maka, dalam perbincangan ini, penulis akan membincangkan sedikit sebanyak mengenai
dasar realpolitik, latar belakang Otto Von Bismarck serta keberkesanan dasar realpolitik yang
diterapkan oleh Bismarck sebagai senjata terhadap dasar dalam dan luar Negara semasa
pemerintahan beliau.
2.0 DASAR REALPOLITIK
Dasar realpolitik telah diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli iaitu seorang pemikir berbangsa
Itali yang melahirkan dan mengembangkan falsafah politik ini menerusi bukunya The Prince.
Dalam karyanya dia jelas menganjurkan konsep matlamat menghalalkan cara. 1 Bagi Machiavelli
matlamat utama politik ialah pencapaian dan pengekalan kuasa; segala yang lain adalah soal
sampingan. Walaupun ia sedar bahawa tindakan kejam dan jahat boleh menjejaskan kejayaan
politik itu sendiri, namun aspek ini tidak ditekannya. Ia sering menonjolkan keuntungan yang
dianggapnya boleh dihasilkan dari tindakan tanpa moral yang dikendalikan secara licin. Bagi
Machiavelli, dia tidak mementingkan sama ada kejayaan itu adalah sesuatu yang disanjung atau
tidak; yang diutamakannya ialah hasil.
Dasar realpolitik ala-Machiavelli Bismarck ini merupakan suatu reaksi kepada liberalism.
Dalam tahun, semasa revolusi sedang melanda Eropah, Bismarck telah pun melahirkan sikap
politiknya yang mencemuh dasar berlemah lembut.2 Taktik bertolak-ansur adalah asing baginya.
Semasa beliau menjadi Menteri Pertama, pada tahun 1862, beliau sekali lagi telah melihat politik
liberal dengan penuh sesalan. Hal ini kerana, sebelum Bismarck mengambil alih pemerintahan
Prusia, dasar liberal telah diterapkan dalam pentadbiran Prusia. Selain itu, Bismarck juga sering
dikaitkan dengan dasar “ darah dan besi” kerana beliau mengkritik cara atau tindakan yang
diambil oleh para pemimpin dalam memikul sesuatu tanggungjawab. Bagi Bismarck, apabila
melaksanakan sesuatu dasar, ia harus dilaksanakan dengan tegas dan adil tanpa menggunakan
1
Qasim Ahmad.Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.155.
2
Ibid., hal.155.
3
dasar berlemah lembut. Hal ini menyebabkan Bismarck dikaitkan dengan dasar “ darah dan
besi”. Setelah Bismarck menjawat jawatan Canselor, beliau telah digelar “Canselor besi” kerana
cara dan tindakan yang diimplementasikan dalam corak pentadbiran beliau.3
2.1 LATAR BELAKANG OTTO VON BISMARCK
Bismarck atau nama sebenarnya Otto Eduard Leopold Von Bismarck merupakan anak kedua
dalam keluarganya. Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di rumah keluarganya di
Schonhausen di Brandenburg iaitu kira-kira 60 km dari timur Berlin. Beliau merupakan anak
kepada Junker atau golongan bangsawan yang memiliki asset ladang dan tanah yang banyak.
Menurut Medlicott dalam bukunya Bismarck and Modern Germany, Bismarck mewarisi
keintelektualan daripada ibunya iaitu Wilhelmine Mencken yang merupakan anak kepada
Frederick the Great.4 Sejak dari kecil, Bismarck telah didedahkan dengan suasana pentadbiran
dan ketenteraan oleh ibu bapanya. Hal ini menyebabkan Bismarck tampaknya sudah
menyesuaikan dan menceburkan diri dalam bidang pentadbiran di Prussia seawal usia yang
muda.
Dalam sejarah kehidupannya, Bismarck dianggap sebagai seorang tokoh yang hebat
dalam sejarah Jerman. Hal ini kerana kejayaan Bismarck menyatukan wilayah-wilayah di
German. Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, Bismarck telah dilantik menjadi Perdana
Menteri Prussia pada tahun 1862 semasa Palmerston menjadi Perdana Menteri Britain dan
Abraham Lincoln menjadi Presiden Amerika.5 Seterusnya Bismarck telah dilantik menjadi
Canselor. Semasa Bismarck berkhidmat sebagai Canselor, beliau telah digelar Canselor besi
disebabkan dasar pemerintahannya. Bismarck sendiri turut mengakui bahawa dasar
pemerintahannya bercorak darah dan besi dan beliau dilihat mempraktikkan dasar tersebut dalam
3
Hajo Holborn.1960. Bismarck‟s Realpolitic. Journal of The History of Ideas. Vol.21 (1): 84-98.
4
W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany.The English Universities Press.Ltd.London.1965.hal.1.
B.J.Ramage.1999.Prince Bismarck and The German Unity. The Sewanee Review.Vol.7:444-468
5
4
apa-apa jua yang dilakukannya untuk kepentingan beliau. Menurut Eyck dalam bukunya
Bismarck and The German Empire, Jules Favre iaitu Menteri Luar Perancis telah mengagumi
dan mengakui sifat kepimpinan Bismarck dengan menyatakan bahawa Bismarck mampu
melakukan apa sahaja yang diimpikannya.6
Oleh itu, bersandarkan kepada latar belakang Bismarck ini, kita dapat menganalisa
bahawa secara umumnya, sejak dari kecil lagi Bismarck sememangnya didedahkan dalam bidang
pentadbiran oleh ibunya. Maka, tidak hairanlah Bismarck juga menerajui Empayar Jerman suatu
ketika dahulu dengan dilantik sebagai Perdana Menteri Prussia dan Canselor serta berjaya
menyatukan Jerman. Sungguhpun begitu, dalam menjalankan dasar-dasar dalam pentadbirannya,
Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik sebagai senjata terhadap dasar dalam dan luar
Jerman semasa pemerintahan beliau kerana beliau yakin bahawa dasar realpolitik ini mampu
menjadikan Jerman sebuah kuasa kuat di Eropah. Hal ini kerana, kebanyakan para liberal di
Jerman agak kecewa dengan pengalaman politik mereka pada tahun 1848. Kekecewaan tersebut
adalah berkaitan dengan kegagalan percubaan untuk menyatukan negeri-negeri Jerman. Setelah
melihat pengalaman politik di Jerman sedemikian rupa, Bismarck mengambil langkah untuk
menerapkan dasar realpolitik kerana beliau yakin dengan ideology politik Machiavelli ini.
Oleh itu, dalam subtopic yang seterusnya, penulis akan menganalisa dasar-dasar dalam
Negara pada bahagian pertama manakala dasar luar yang diperkenalkan oleh Bismarck akan
dianalisa pada bahagian kedua dalam bab ini serta menilai keberkesanan pendekatan realpolitik
yang digunakan sebagai senjata dalam melaksanakan dasar tersebut. Kemungkinan pendekatan
realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck ini berkesan atau sebaliknya.
6
Erick Eyck.Bismarck and The German Empire.Unwin University Books.London.1968.hal.127.
5
3.0
PERISTIWA MEMBAWA KEPADA PEMBENTUKAN EMPAYAR JERMAN
DIBAWAH PEMERINTAHAN BISMARCK- FASA 1 : 1862-1871
3.1 Penaklukan Daerah Schleswig-Holstein
Pergolakan telah berlaku di daerah Schleswig-Holstein sebagai akibat kebangkitan semangat
kebangsaan ekoran daripada revolusi-revolusi 1848. Pemberontakkan telah berlaku di daerah
tersebut dan menyebabkan daerah tersebut diletakkan di bawah kuasa Denmark-Jerman. Daerah
Schleswig-Holstein telah ditempatkan di bawah kuasa Vienna selepas Penyelesaian Vienna l815.
Peruntukan ini dibuat di bawah Perjanjian London 1852 yang telah ditandatangani oleh kuasakuasa besar Eropah yang terdiri daripada Russia, Austria, Perancis, Prusia, Britain, Denmark dan
Sweden.
Sungguhpun begitu, semasa tahun 1863, Raja Denmark yang baru dilantik tersebut
menyatakan hasrat bahawa beliau ingin meletakkan daerah Schleswig-Holstein ini di bawah
pentadbirannya. Tambahan pula, rakyat Denmark turut menyuarakan pandangan mereka
terhadap Raja Denmark agar daerah tersebut diletakkan di bawah Denmark. Ekoran daripada
hasrat yang dinyatakan oleh Raja Denmark, ia telah mengejutkan Jerman. Hal ini kerana, dalam
peruntukan Penyelesaian Vienna 1815, daerah tersebut adalah di bawah kuasa sama Denmark
dan Jerman. Bagi Bismarck, isu ini amat sensitif kerana daerah tersebut mempunyai minority
bangsa Jerman yang ramai jumlahnya.7 Pada masa yang sama, terdapat seorang pesaing kepada
raja baru Denmark yang ingin merebut takhta. Bismarck pula mengambil kesempatan ini dan
memanipulasikan keadaan tersebut. Bismarck telah mengatur strateginya dengan mendapatkan
persetujuan dari Diet dan Austria untuk menyerang Denmark dengan tentera berikat Prusia dan
Austria. Kesannya, Denmark kalah dalam peperangan tersebut dan akhirnya termeterai
Perdamaian Vienna yang ditandatangani pada bulan Oktober. Dalam perdamaian ini daerah
Schleswig-Holstein ini telah diserahkan kepada Raja Prusia dan Austria.
7
Qasim Ahmad.Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.158.
6
Oleh itu, peperangan yang telah berlaku dan Perdamaian Vienna yang dianjurkan telah
memansuhkan Perjanjian London 1852. Apabila peristiwa ini berlaku, perimbangan kuasa di
Eropah turut berubah. Hal ini kerana, terdapat kuasa lain yang kurang setuju dengan
perkembangan yang berlaku ini kerana mereka terikat dengan hal masing-masing untuk
bertindakbalas secara terus. Manakala, Russia pula mengamalkan dasar berkecuali kerana pada
tahun sebelumnya, Prusia telah berjanji untuk membantu Rusia kiranya bangsa Pole yang berada
di bawah pemerintahan Russia akan memberontak. Rusia turut bimbang jikalau Britain dan
Perancis akan membantu pemberontakan bangsa Pole di Russia. Apabila Russia mengamalkan
dasar berkecuali ini, ia menunjukkan bahawa Russia mementingkan diri sendiri serta tiada
kesepakatan di antara kuasa-kuasa besar Eropah. Di suatu sudut pula, Bismarck tampaknya
memperjuangkan kepentingan Jerman semata-mata dan berupaya untuk memanipulasikan
keadaan politik yang rapuh dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah pada masa itu.
Justeru itu, Bismarck telah menggunakan kesempatan yang ada kerana berlaku
pergolakkan politik di Eropah pada ketika itu. Bismarck telah menggunakan ala pemikiran
Machiavelli melalui tindak tanduk yang dilakukannya. Selagi ada kesempatan, Bismarck akan
sedaya upaya peluang untuk menjaga kepentingan Jerman.
3.2 Perang Prusia-Austria
Ekoran daripada Perdamaian Vienna yang memperuntukkan daerah Schleswig-Holstein di
bawah pemerintahan bersama Prusia dan Austria, berlaku ketidaksefahaman dalam urusan
pemerintahan daerah tersebut. Permasalahan tersebut telah diselesaikan melalui Konvensi
Gastein. Dalam kandungan Konvensi Gastein, Holstein telah diletakkan di bawah pemerintahan
Austria manakala Schleswig diserahkan kepada Prussia.8 Namun begitu, penyelesaian tersebut
tidak kekal. Bismarck turut mengambil tempat untuk mengatasi permasalahan ini dengan
8
Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.159.
7
mendapatkan persetujuan Itali dan Perancis untuk membentuk satu pakatan sulit menentang
Austria dan pakatan tersebut mengalami kegagalan. Kegagalan tersebut tidak membantutkan
strategi Bismarck yang seterusnya.
Seterusnya, pada 28 Februari 1866,
Bismarck sekali lagi mencuba nasib untuk
mendapatkan sokongan dari Raja Prusia bagi mengadakan pakatan sulit dengan Itali. Bismarck
turut meramalkan bahawa peperangan di antara Prusia dan Austria adalah sesuatu yang tidak
dapat dielakkan. Hanya Putera Mahkota Prusia sahaja yang tidak bersetuju dengan rancangan
Bismarck kerana ketua-ketua tentera telah memihak kepada Bismarck dan raja. Di samping itu,
seorang wakil Itali telah datang ke Berlin pada tahun 1866 yang menyebabkan perjanjian sulit di
antara Prusia dan Itali termaktub. Dalam perjanjian tersebut, Prusia tidak terikat untuk
melakukan perang terhadap Austria , tetapi Itali terpaksa mengikuti jejak langkah Prusia
sekiranya Prusia berperang dengan Austria. Selain itu, sekiranya Prusia tidak melancarkan
peperangan dalam masa tiga bulan, syarat Itali untuk mengikuti Prusia berperang akan
dimansuhkan. Pakatan sulit antara Prusia dan Itali telah menjejaskan hubungan Austria dan
Prusia. Di sudut pihak Austria pula, mereka memang menduga bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku dan keadaan ini telah mencetuskan peperangan di antara Prusia dan
Austria.9
Justeru itu, tindakan Bismarck ini sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak wajar
dilakukan kerana ia telah mengakibatkan politik dan hubungan antarabangsa di Eropah menjadi
tidak stabil. Bismarck tidak pernah merasakan bahawa beliau bersalah dalam segala tindakan
yang dilakukannya. Tindakan yang dilakukan oleh Bismarck tersebut telah mengapi-apikan
kedua-dua pihak iaitu Prusia-Itali dan Austria. Disebabkan oleh dasar realpolitik yang diterapkan
dalam dasar ini, Bismarck sememangnya berusaha untuk memutarbelitkan keadaan dan
mengakibatkan kedua-dua pihak bermusuhan. Bagi Bismarck, ia merupakan sesuatu yang
dibanggakan olehnya kerana beliau menyebabkan kedua-dua kuasa eropah tersebut bermusuhan.
9
Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.160.
8
Apa yang ditekankan oleh Bismarck adalah, kepentingan Jerman harus dijaga kerana kuasakuasa eropah ini merupakan kuasa yang kuat. Oleh itu, Bismarck jelas mengambil kesempatan
untuk mengeruhkan lagi keadaan politik dan hubungan antara Negara yang tidak stabil demi
kepentingan nasional beliau. Keberkesanan dasar realpolitik ini dalam dasar-dasar yang dibuat
oleh Bismarck sememangnya mendatangkan kebaikan kepada Jerman tetapi ia juga memberikan
impak yang tragis kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain yang turut bertelagah disebabkan
tindakan Bismarck yang mengapi-apikan mereka. Kelicikan Bismarck jelas terbukti kerana
beliau berjaya menyebabkan kuasa-kuasa Eropah ini bertelagah di antara satu sama lain yang
pada akhirnya mengakibatkan peperangan.
3.3 Peperangan dengan Perancis
Seterusnya, dasar realpolitik Machiavelli ini telah diterapkan lagi dalam pembentukan
Konfederasi Jerman Utara yang mendatangkan kekhuatiran bukan sahaja kepada pihak Empayar
Austria-Hungary tetapi juga ke pihak Perancis.10 Kebimbangan melanda Perancis dengan
perimbangan kuasa yang baru. Melihat kepada kebimbangan Perancis ini, sekali lagi Bismarck
mencelah dan menyuruh pihak Perancis mengemukakan hajatnya untuk menambahkan daerah
kuasanya secara bertulis. Perancis bersetuju dengan cadangan Bismarck. Namun, apa yang
berlaku adalah, Bismarck telah mendedahkan surat tersebut kepada akhbar sehingga Perancis
digambarkan sebagai satu Negara yang agresif yang ingin meluaskan daerah takluknya. Hal ini
telah memeranjatkan kuasa-kuasa Eropah lain. Bismarck berasa bangga kerana beliau telah
mencapai matlamatnya apabila kuasa-kuasa Eropah mengetahui tindakan Perancis tersebut.
Bismarck pula mahukan Perancis disisihkan oleh kuasa-kuasa Eropah ini. Di samping itu,
terdapat peristiwa yang lain seperti krisis warisan takhta Sepanyol yang akhirnya tercetus
peperangan di antara Perancis dan Prusia pada tahun 1870.
10
Otto Pelanze.Bismarck and The Development of Germany: The Period of Unification,1815-1871.Princeton
University Press.1963.hal.373.
9
Jelaslah bahawa Bismarck telah merealisasikan dasar realpolitik dalam mencetuskan
konflik dalam Negara Perancis. Bismarck berjaya membuatkan kuasa-kuasa Eropah lain melihat
Perancis sebagai Negara yang agresif yang ingin meluaskan daerah taklukannya. Jika dianalisis,
Bismarck sendiri yang mencadangkan kepada Perancis untuk meluaskan daerah taklukan.
Apabila Perancis menurut cadangan Bismarck, Bismarck telah memanipulasikan keadaan
tersebut dan “melabelkan” Perancis sebuah Negara yang agresif. Oleh itu, kuasa Eropah yang
lain mempunyai satu pandangan di mana, mereka akan mengelakkan diri untuk menjalinkan
kerjasama dengan Perancis. Bismarck seperti “menikam belakang” Perancis kerana Perancis
hanya menurut tuntutan Bismarck. Bagi Bismarck juga, tindakan ini merupakan cara yang
terbaik agar Perancis tidak berada dalam kelima-lima kuasa kuat Eropah tersebut. Ironinya,
peperangan antara Prusia dan Perancis tersebut hanya disebabkan oleh sepucuk surat sahaja.
3.4 Pembentukan Empayar Jerman
Perang antara Prusia dan Perancis berlangsung dengan lama namun pada akhirnya Perancis telah
kalah. Gencatan senjata telah diadakan pada 28 Januari 1871 dan Perjanjian Frankfurt
ditandatangani pada 10 Mei.11 Perancis telah menyerah daerah Alasce dan Lorraine kepada
Jerman dan membayar ganti rugi sebanyak lima billion franc. Bismarck akhirnya berjaya
menyatukan Jerman setelah beberapa siri peperangan berlaku. Bismarck menyatakan, “without
me, three great wars would not had happened and 80,000 men could not have perished.”12
Oleh itu, penyatuan Jerman ini merupakan usaha Bismarck dengan menggunakan dasar
realpolitik untuk mengatur strateginya. Konfederasi Jerman yang baru telah diisytiharkan pada
18 September 1871 di Versailes. Raja Prusia iaitu William I telah dilantik sebagai Maharaja
kerana khuatir bidang kuasanya di Prusia akan berkurangan. Bismarck pula menjadi Canselor
11
Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.164.
12
Erick Eyck.Bismarck and The German Empire.Unwin University Books.London.1968.hal.174.
10
Reich13 ketika itu. Kuasa di dalam Kemaharajaan Jerman, atau Reich nyata terletak pada Prusia
dan kuasa di Prusia berada pada tangan Bismarck. Maka, dalam tempoh pemerintahan Bismarck,
ia dikenali sebagai zaman Bismarck dan Bismarckian.
4.0 DASAR DALAM DAN LUAR NEGERI YANG DIPERKENALKAN OLEH
BISMARCK.-FASA 2: 1871-1890
Matlamat dasar dalam negeri Bismarck ialah pengukuhan empayar Jerman, maka matlamat dasar
luarnya adalah sama.14 Bagi memperkukuhkan penguasaan Bismarck, beliau telah menjadikan
monarki Prussia sebagai akar tunjang kepada dasar yang digubalnya. Sementelahan itu,
kepimpinan Prussia akan menjadi tunjang belakang kepada Empayar Jerman. Seterusnya,
Empayar Jerman yang kukuh akan mampu mengawal segala kegiatan diplomasi di Eropah.
Dalam melaksanakan segala dasar ini Bismarck yang memegang teraju sebagai pengarah utama.
Kuasa-kuasa besar Eropah pula perlu diawasi dan dikemudikan oleh pengarah utama ini ialah
Rusia, Britain, Perancis dan Austria-Hungary. Namun begitu, Jerman diyakini merupakan kuasa
yang lagi besar dan Bismarck menyatakan bahawa Jerman akan menjadi sebuah Negara yang
digeruni. Semasa awal pemerintahan Bismarck, beliau telah mengamalkan diplomasi yang
bersifat mengancam dan ini telah mengakibatkan tiga peperangan bagi tujuan untuk menyatukan
Jerman. Dalam usaha tersebut, Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik dalam mencapai
matlamat beliau tersebut. Namun, dalam fasa 1871-1890 pemerintahan Bismarck, beliau lebih
menekankan keamanan dan ini terbukti bahawa Jerman tidak terlibat dengan peperangan dalam
tempoh tersebut.
13
Reich merupakan badan parlimen yang terdapat di Prusia. Dalam parlimen tersebut, terdapat dua dewan iaitu
dewan rakyat (Reighstag) manakala dewan Negara (Bundesrat).
14
E.J.Passant.Short History of Germany 1815-1945.Cambridge University Press.Britain.1969.hal.85.
11
4.1 DASAR DALAM NEGERI SEMASA PEMERINTAHAN BISMARCK
4.1.1 Pengukuhan Kuasa di Reich
Di bawah pemerintahan Bismarck, beliau telah melaksanakan dasar demi dasar untuk
memperteguhkan lagi kedudukan Reich. Hal ini bertujuan untuk menghapuskan kekhuatiran raja
Prusia yang sudah menjadi Maharaja mengenai kemorostan kuasanya apabila beliau dilantik
menjadi ketua Reich. Dalam menyusun langkah kepada pentadbiran yang lebih mantap,
Bismarck telah menyusun kembali pembahagian suara dan kuasa di dalam Diet. Diet mempunyai
dua dewan iaitu dewan rakyat (Reichstag) dan dewan Negara (Bundesrat).15 Dewan rakyat
mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang, menolak rang undang-undang, menolak
peruntukan belanjawan tetapi ia tidak berupaya untuk mempengaruhi dasar kerajaan. Misalnya
Reichstag tidak bersetuju dengan sesuatu dasar kerajaan ia hanya boleh menyekat kelulusan
belanjawan Negara. Undang-undang yang digubal oleh Reichstag harus disahkan oleh
Bundesrat.16
Seterusnya, dalam hal ehwal dalam negeri, Bismarck sedaya upaya cuba melumpuhkan
tentangan terhadapnya yang datang dari pihak parti pembangkang di Reichstag yang terdiri
daripada Parti Liberal Kebangsaan, Parti Tengah Katholik, Parti Progresif dan Parti Sosial
Demokratik. Dalam usaha Bismarck ingin menjejaskan pengaruh parti-parti tersebut, Bismarck
telah mengendalikan dasar yang sekali gus merangkumi ciri-ciri pujuk, penentangan secara
terang-terangan dan pelaksanaan dasar yang boleh menyaingi atau yang lebih baik daripada parti
lawan. Dalam erti kata lain, matlamat Bismarck adalah pencapaian kuasa dan cara berbagai rupa.
Begitu juga, Bismarck mengenepikan kelas menengah dan bawahan Negara kerana mahu
menjaga hati golongan bangsawan dan tentera di Prusia. Hal ini kerana, golongan inilah yang
15
Otto Pflanze. Bismarck and The Development of Germany : The Period of Unification,1815-1871.Princeton
University Press.America.1963.hal.279.
16
Qasim Ahmad. Eropah Moden : Arus sosiopolitik dan pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.1985.hal.166.
12
menjadi tunjang kepada kejayaan di Prusia. Sungguhpun begitu, Bismarck sedaya upaya untuk
memenuhi cita-cita golongan menengah ini agar mereka memberikan ketaatsetiaan yang tidak
berbelah bagi.
Oleh itu, dapat kita lihat bahawa Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik dalam
mengukuhkan lagi kuasanya di Reich. Hal ini kerana, terdapat parti-parti yang menentangnya
dan beliau sedaya upaya menangkis serangan tersebut. Begitu juga, Bismarck agak berat sebelah
dalam dasar Negara ini apabila beliau mengenepikan golongan menengah dan bawahan dalam
pemerintahan beliau. Seharusnya, Bismarck harus menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira
kedudukan dan darjat seseorang jika ingin menjadi pemerintah yang baik.
4.1.2 Undang-undang Tentera dan Kulturkampf
Bismarck telah membentangkan Rang Undang-undang tentera untuk mendapatkan kelulusan
daripada Reichstag. Rang undang-undang ini bertujuan untuk menghapuskan buat selamalamanya pengaruh Reichstag ke atas hal ehwal tentera.17 Dalam rang undang-undang ini, ia telah
menyatakan bahawa jumlah tentera haruslah melebihi 400,000. Ia juga mencadangkan bahawa
jumlah tentera haruslah dipadankan dengan jumlah rakyat Jerman. Selain itu, Bismarck telah
menggugut untuk mengadakan pilihanraya setelah jawatankuasa di Reichstag dipengaruhi oleh
puak liberal berhaluan kiri menentang rang undang-undang ini. Puak liberal akhirnya bersetuju
dan menerima penetapan jumlah tentera untuk tempoh masa tujuh tahun sahaja. Hal ini
menyebabkan pemansuhan hak mutlak diet untuk menentukan belanjawan dan jumlah tentera
kerana diet di Jerman bertukar setiap tiga tahun sekali. Semua Parti Liberal Kebangsaan
bersetuju dengan rang undang-undang ini sebagai dasar kerajaan dan cuba untuk mendapatkan
faedah dari Bismarck sebagai balasan.
17
E.J.Passant.Short History of Germany 1815-1945.Cambridge University Press.London.1969.hal.89.
13
Seterusnya, dasar kulturkampf18 telah mendapat sokongan daripada golongan Liberal
Kebangsaan. Dasar ini bertujuan untuk memerangi pengaruh mazhab Katolik. Hal ini secocok
dengan tindakan Bismarck yang memansuhkan bahagian Katholik yang khusus terdapat di dalam
Kementerian Hal-Ehwal Agama dan Pelajaran.19 Bagi Bismarck, bahagian tersebut telah
digunakan oleh pihak gereja untuk mempengaruhi pentadbiran kerajaan. Pada bulan Mac 1872,
pengawasan sekolah-sekolah oleh pihak gereja telah dihapuskan. Di Jerman, pentadbiran sekolah
dan gereja adalah di bawah urusan negeri bukannya urusan kerajaan pusat. Bagi Bismarck, hal
ini kurang menyenangkan kerana Bismarck tidak dapat mengawasi golongan agama yang tidak
bersetuju dengan dasarnya. Golongan Konservatif di Jerman juga tidak bersetuju dengan dasar
Bismarck yang mengambil alih pentadbiran sekolah dan gereja. Di samping itu, berlaku beberapa
pertelagahan antara Bismarck dengan golongan Katholik ini dan akhirnya digubal siri undangundang yang dikenali nama Undang-undang Mei 1873. Perkara utama dalam undang-undang
tersebut adalah memindahkan kekuasaan Paus dalam soal kehakiman dan disiplin ke atas
golongan Katholik kepada pihak kerajaan. Begitu juga, pada 5 Februari 1875 pihak Paus di Rom
mengisytiharkan segala perundangan mengenai agama Katholik di Jerman sebagai tidak sah.
Kerajaan telah menyekat segala bentuk bantuan yang disalurkan kepada gereja sehingga para
biskop bersedia untuk menerima undang-undang kerajaan.
Justeru, melihat kepada dasar ketenteraan, Bismarck mahu agar jumlah tentera
ditambahkan untuk menjaga keamanan Jerman daripada serangan kuasa luar. Manakala dasar
kulturkampf ini, Bismarck dan puak liberal mahukan soal politik dan pentadbiran Negara bebas
dari pengaruh dan kawalan agama.20 Pendirian mereka ini sebenarnya rentetan daripada arus
sekularisme yang sudah tercetus semasa Revolusi Perancis. Bismarck menyatakan bahawa
pertikaian di antara Kerajaan dan pihak Gereja sememangnya telah lama berlaku sejak Maharaja
Henry IV dan Paus Gregory VII. Bagi Bismarck, beliau lantang menyatakan dalam Reichstag
bahawa mereka tidak akan mengulangi pertikaian yang berlaku antara kerajaan dan gereja.
Dasar kulturkampf berkaitan dengan aspek kebudayaan atau “perang budaya” yang dianjurkan untuk
membebaskan soal politik dan pentadbiran Negara dari pengaruh dan kawalan agama. Hal ini kerana, pengaruh
agama begitu berpengaruh dalam politik dan pentadbiran Negara. Maka, dasar ini diperkenalkan untuk
menyingkirkan pengaruh agama dalam politik dan pentadbiran Negara yang boleh membantutkan polisi kenegaraan
yang dirangka.
19
Ibid,.hal.89.
20
William M.Sloane.1900.Bismarck as a Maker of Empire.Political Science Quantely. Vol.15(4) :647-666.
18
14
Bismarck juga telah menuduh Parti Tengah Katholik sebagai „bateri‟ yang menjahanamkan
Negara dan menyamakan parti itu dengan Parti Demokratik Sosial.21 Bismarck turut menyatakan
pendapat bahawa, kedua-dua parti tersebut menentang pembangunan Negara menerusi cara-cara
antarabangsa dan memerangi rakyat dan Negara.
4.1.3 Tarif dan Undang-undang Anti-sosialis
Para liberal telah gagal dalam memanfaatkan kesepakatan mereka dengan Bismarck dalam kes
dasar tariff bebas. Bismarck telah mengamalkan dasar ekonomi bebas sebelum tahun 1877.
Namun begitu, dasar ini tidak disukai oleh golongan tuan tanah dan para industrialis yang
mengalami tekanan ekonomi sebagai akibat saingan dari Negara asing. 22 Hal ini kerana,
golongan bangsawan Jerman merupakan pengeksport utama bijiran dan dasar ekonomi bebas ini
menguntungkan mereka sebelum tahun 1877. Pada tahun 1870-an, Jerman telah mengalami
kekurangan bijiran untuk keperluan dalam negeri sendiri.23 Maka, dasar ekonomi bebas telah
dimansuhkan dalam tahun 1870-an tetapi tidak menjejaskan ekonomi Jerman serta melindungi
industri-industri di Jerman dari saingan barang import. Sebelum merombak dasar ekonomi
bebas, Bismarck telah bertemu dengan ketua Parti Liberal Kebangsaan, Rudolf von Bennigsen
dan menawarkan jawatan naib canselor dan menteri dalam kabinet Prusia. Motif Bismarck
sebenarnya adalah untuk memastikan golongan sayap kanan Parti Liberal Kebangsaan akan
menyokong dasar ekonomi tersebut. Bennigsen pula, mahukan dua orang lagi rakannya dari
sayap kiri Parti Liberal Kebangsaan diberikan jawatan. Namun, Bismarck tidak berkenan pada
akhirnya.
Dalam tahun 1878, Bismarck telah membentangkan Rang Undang-undang Anti-Sosialis
di Reichstag dan ini menyebabkan Parti Liberal Kebangsaan membantah. Berdasarkan undangundang ini, kerajaan boleh menyekat atau mengharamkan segala persatuan, perjumpaan dan
21
Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegan Paul.London.1976.hal.8.
Herbert L.Peacock. A History of Modern Europe:1789-1978.Heinemann Educational Books Ltd.1958.hal.192.
23
Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegan Paul.London.1976.hal.9.
22
15
penerbitan Parti Demokratik Sosial, sosialis dan komunis. Begitu juga, kerajaan boleh menyekat
kebebasan berpolitik di daerah yang mengancam politik Bismarck. Apabila undang-undang ini
dilaksanakan, ia dikatakan berjaya menghapuskan semua institusi Parti Demokratik Sosial yang
mencakupi perusahaan persuratkhabaran, percetakan dan kesatuan sekerja. Kesannya, terdapat
900 orang telah disingkirkan dari rumah dan 1500 orang dipenjarakan.
Di samping itu, Parti Liberal Kebangsaan tidak bersetuju dengan dasar dan matlamat
politik golongan sayap kiri serta tindakan Bismarck yang menyekat kegiatan politik dan ia
sememangnya bertentangan dengan prinsip liberal. Seterusnya, dalam tahun 1878, suatu
pilihanraya umum telah diadakan dan Parti Liberal Kebangsaan kehilangan 30 kerusi dan Parti
Progresif 10 kerusi. Sebaliknya, Parti Konservatif dan Konservatif bebas berjaya menambahkan
bilangan kerusi dari 78 ke 115 kerusi. Pihak kerajaan juga gagal mendapatkan suara majority di
Reichstag kerana kerusi Parti Konservatif yang menyokongnya tidak melebihi jumlah kerusi
parti lain. Kebanyakan calon Parti Liberal Kebangsaan yang menang telah berjanji kepada para
pengundi mereka untuk menyokong Bismarck dalam tindakan antisosialisnya. Maka, tidak
harianlah Rang Undang-undang Anti-Sosialis yang dibentangkan oleh Bismarck pada bulan
September 1878 diluluskan dengan mudah. Tambahan pula, Parti-parti Konservatif pula
menyokong penuh usul Bismarck dan penentangan datang dari Parti Demokratik Sosial, Parti
Tengah Katholik dan Parti Progresif.
4.1.4 Soal Kebulatan Tekad
Sikap Parti Liberal Kebangsaan dan Parti Tengah Katholik serta Parti Demokratik Sosial
tampaknya amat berbeza dalam soal kebulatan tekad dalam menghadapi konflik mereka dengan
Bismarck. Parti Tengah Katholik telah menjadikan dasar kulturkampf sebagai sumber
perangsang semangat. Hal ini kerana, dasar kulturkampf ini membolehkan Parti Tengah Katholik
menjadi parti yang teratur, berdisiplin dan kukuh di Jerman sepanjang pemerintahan Bismarck.
Windthorst merupakan pemimpin parti ini dan beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang
16
tidak mudah digertak dan dicabar. Parti ini telah menjadi parti kedua yang terbesar di Reichstag
selepas Parti Liberal Kebangsaan. Windthorst turut berjaya memujuk Bismarck untuk
memansuhkan kebanyakan daripada undang-undang yang terdapat di dalam dasar kulturkampf.
Bismarck pula cuba memecahbelahkan Parti Tengah Katholik namun tidak berjaya. Menjelang
tahun 1887, dasar kulturkampf tidak lagi dilaksanakan cuma beberapa undang-undang sahaja
tidak lagi dilaksanakan.24
Selain itu, Parti Demokratik Sosial berjaya mempertahankan diri tatkala dilanda serangan
bertubi-tubi daripada Bismarck. August Bebel berusaha untuk melawan dengan menyatakan
bahawa partinya akan terus bergerak biarpun secara haram.25 Parti Demokratik Sosial ini telah
berjaya membela nasib golongan pekerja industri. Bismarck juga telah menyediakan pembelaan
bagi pekerja ini tetapi tidak sepenuhnya kerana beliau enggan mengatasi masalah yang berlaku
kepada pekerja industri. Bagi Bismarck, langkah mengatasi masalah ini hanya memakan
perbelanjaan yang tinggi dan beliau hanya menyediakan sistem insurans kemalangan (1884),
sakit (1883), pekerja tua (1889) dan sebagainya.26
Oleh itu, jelaslah bahawa Bismarck turut melaksanakan dasar realpolitik dalam dasar
dalam negaranya. Bismarck terpaksa melakukan dasar berbaik-baik dengan parti-parti politik
yang terdapat di Jerman pada ketika itu. Hal ini kerana, melalui parti-parti politik yang wujud,
Bismarck boleh meluaskan pengaruhnya. Walaupun terdapat parti politik yang tidak disukai oleh
Bismarck , tetapi pada akhirnya Bismarck terpaksa mengiktiraf keberadaan parti tersebut.
Misalnya, Parti Tengah Katholik yang tidak boleh dinafikan perjuangannya dengan diketuai oleh
pemimpin yang berkaliber. Bismarck pernah cuba ingin memecahbelahkan parti ini tetapi tidak
berjaya. Bismarck terpaksa mengakui bahawa parti ini parti yang teratur, berdisilin dan kukuh
dan beliau telah meredakan kempen anti-katholiknya. Hal ini kerana, Bismarck dan Parti Tengah
Katholik ini telah mengadakan kerjasama dalam kes pemansuhan dasar ekonomi bebas
24
Erich Eyck.Bismarck and The German Empire.Unwin University Books.London.1968.hal.202.
Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.181.
26
D.G.O Ayerst. Europe in the Nineteenth Century. Cambridge University Press. London. 1965. Hal. 253.
25
17
Bismarck.27 Dasar realpolitik yang cuba diterapkan oleh Bismarck dalam soal kebulatan tekad ini
adalah, beliau ingin mematahkan perjuangan Parti Tengah Katholik dan Parti Demokratik Sosial
kerana ia mengancam kedudukan Parti Liberal Kebangsaan. Hal ini menunjukkan bahawa
Bismarck sedaya upaya menyingkirkan entiti yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik
Bismarck. Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah tindakan Bismarck yang kurang
mengambil berat akan kebajikan pekerja industri walaupun beliau menyediakan kemudahan
insurans kesihatan dan sebagainya tetapi ia tidak cukup28. Nasib golongan pekerja industri
kurang terbela sehingga Parti Demokratik Sosial yang mengambil inisiatif untuk membela nasib
golongan pekerja industri ini.
4.2 DASAR LUAR NEGARA JERMAN DI BAWAH PEMERINTAHAN BISMARCK
4.2.1 Pengasingan Perancis
Selepas tahun 1871, Bismarck telah mengadakan pakatan dengan Negara Eropah lain. Hal ini
berkait rapat dengan akibat peperangan Perancis-Jerman. Perancis terpaksa menyerahkan daerah
Alasce dan Lorraine kepada Jerman.29 Alasce dan Lorraine adalah daerah yang telah ditadbir
oleh Perancis selama lebih kurang dua abad. Sebelum ini, Alasce dan Lorraine sememangnya di
bawah pemerintahan Jerman dan telah dirampas oleh Perancis suatu ketika dahulu dengan
menggunakan cara kekerasan. Namun begitu, tindakan Bismarck merampas kembali Alasce dan
Lorraine bukanlah untuk membangkitkan sentimen Jerman. Hal ini kerana, Bismarck tahu
bahawa Alasce dan Lorraine sudah begitu sebati sekali dengan adat resam Perancis. Bismarck
merampas kembali Alasce dan Lorraine adalah disebabkan soal ketenteraan dan kedua-dua
daerah tersebut amat penting bagi pertahanan Jerman untuk menghadapi kemungkinan serangan
27
28
29
William M.Sloane. 1900. Bismarck as a Maker of Empire. Political Science Quartely. Vol.15 (4):647-666.
D.G.O Ayerst. Europe in the Nineteenth Century. Cambridge University Press. London. 1965. Hal. 253.
B.J.Ramage.1999.Prince Bismarck and German Unity.The Sewanee Review.Vol.799(4) : 444-468.
18
yang akan datang dari Perancis terutama di bahagian Barat Laut Jerman. 30 Untuk menghadapi
permasalahan ini, Bismarck telah mencorakkan satu dasar untuk mengasingkan Perancis.
Perancis yakin bahawa mereka akan bersedia untuk membalas dendam terhadap Jerman apabila
Jerman terlibat di dalam peperangan dengan Negara lain. Bismarck pula dengan liciknya,
mengkehendaki kuasa-kuasa besar lain mengambil pendirian untuk berkecuali jika tercetusnya
peperangan di antara Jerman dan Perancis. Atas dasar itu, Bismarck mula merapatkan Jerman
dengan kuasa-kuasa besar Eropah yang lain yang mungkin akan menjadi sekutu Perancis.
Sekiranya, Perancis menjadi sekutu Russia, maka Bismarck akan mengalami kekalahan.
Bismarck seorang yang sanggup melakukan sesuatu demi mencapai matlamat yakni ia
merupakan suatu kepuasan kepada beliau sekiranya matlamat tersebut tercapai. Dasar realpolitik
itu ternyata sudah menjadi prinsip dalam kehidupannya. Begitu juga dalam situasi pengasingan
Perancis yang dilakukan oleh Bismarck ini di mana secara halusnya beliau menggunakan dasar
realpolitik dalam apa jua sekali pun untuk mengalahkan Perancis sehinggakan daerah Alasce dan
Lorraine telah dirampas kembali dan akhirnya Jerman berjaya disatukan. Oleh itu, dasar
realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck dalam dasar luar yang dilakukan oleh Bismarck
terhadap Perancis ini telah mencapai matlamatnya di mana, Bismarck merampas kembali daerah
Alasce dan Lorraine serta mengasingkan Perancis daripada bersekutu dengan kuasa eropah lain
agar Perancis tidak menyerang Jerman kerana apa yang ditakuti oleh Bismarck adalah berperang
dengan Perancis. Kesannya terhadap Jerman adalah, Jerman mampu mengekalkan keamanannya
di bawah pemerintahan Bismarck dan ternyata dasar realpolitik yang diterapkan dalam tindakan
mengasingkan Perancis tersebut berjaya.31
30
Otto Pflanze.Bismarck and The Development of Germany: The Period Of Unification,1815-1871.Princeton
University Press.America.hal.477.
31
Herbert L.Peacock. A History of Modern Europe:1789-1978.Heinemann Educational Books Ltd.London.
1958.hal.193.
19
4.2.2 Krisis di Balkans
Bismarck sekali lagi menerapkan dasar realpolitik sebagai senjata dalam melaksanakan dasar
luarnya apabila Bismarck meneruskan keazamannya untuk mengekalkan keamanan di Eropah
melalui krisis di Balkans atau Timur Dekat.32 Semasa pemerintahan di Turki goyah, kuasa-kuasa
eropah tertarik untuk mengambil alih pemerintahan di Turki. Misalnya, Russia, Austria-Hungary
dan Britain tertarik dengan ketidakstabilan yang berlaku di Balkans untuk mencari daerah
taklukan. Sementara itu, Bismarck telah menjadi tuan rumah untuk menyelesaikan permasalahan
yang berlaku di antara Russia dan Austria-Hungary. Hal ini kerana, setelah Russia dapat
menakluki Turki, Russia mendapat daerah yang lebih besar daripada Austria-Hungary.33
Sebelum penaklukan tersebut dilakukan, Russia dan Austria-Hungary terlebih dahulu
menandatangani suatu perjanjian sulit iaitu membahagikan daerah pengaruh mereka berdua.
Tetapi apa yang memeranjatkan Austria-Hungary, keadaan sedemikian tidak berlaku berdasarkan
perjanjian yang dilakukan. Hal ini menyebabkan Austria-Hungary tidak berpuas hati dan
membawa kes ini ke dalam Kongres Berlin. Bagi Bismarck pula, keadaan ini merupakan satu
jalan untuk mengambil hati kuasa-kuasa eropah yang sedang bertelagah ini. Semasa kongres
tersebut, Bismarck telah membahagikan daerah-daerah peninggalan empayar Turki tersebut sama
rata kepada tiga kuasa yang hadir iaitu Russia, Austria-Hungary dan Britain tanpa
memperuntukkan mana-mana daerah tersebut kepada Jerman.
Justeru, apa yang kita boleh analisa di sini adalah, Bismarck bertindak menjadi sebagai
seorang penyelamat dalam menyelesaikan pertelagahan di antara Russia, Austria-Hungary dan
Britain dalam soal mendapatkan daerah taklukan di Turki. Bismarck mengambil kesempatan ini
untuk menjadikan dirinya dapat dilihat sebagai pemimpin yang peka terhadap permasalahan
yang berlaku di antara kuasa-kuasa eropah pada ketika itu. Ia juga dilihat sebagai satu
penghormatan kepada Bismarck kerana beliau berusaha untuk mengekalkan keamanan di Eropah
pada ketika itu dengan menjadi orang ketiga dan berkecuali dalam krisis di Balkans. Berdasarkan
32
W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany.The English Universities Press.Ltd.London.1965.hal.139
Herbert L.Peacock. A History of Modern Europe:1789-1978.Heinemann Educational Books Ltd.London.
1958.hal.194.
33
20
tindakan yang dilakukan oleh Bismarck ini, beliau sebenarnya secara halus menerapkan dasar
realpolitik dalam tindakan tersebut. Hal ini kerana, apabila beliau bertindak sebagai seorang
pengaman dan berkecuali dalam krisis ini, secara tidak langsung Bismarck dapat mengekalkan
kedaulatan dan pengaruh yang ada pada dirinya sebagai seorang pemimpin yang disegani.
Walaupun Jerman tidak mendapat daerah pengaruh di Turki, namun apa yang ingin dicapai oleh
Bismarck adalah hubungan yang baik di antara ketiga-tiga Negara tersebut iaitu Russia, AustriaHungary dan Britain. Hubungan antara Negara bagi Bismarck amat penting kerana beliau ingin
meletakkan Jerman sebagai salah satu kuasa Eropah yang berpengaruh. Maka, dengan
menjadikan dirinya sebagai pengaman, secara tidak langsung, Negara-negara eropah ini melihat
peribadi Bismarck sebagai seorang yang bertoleransi dan bertanggungjawab.
4.2.3 Ikatan Dua dan Tiga Kuasa
Ikatan dua dan tiga kuasa ini merupakan rentetan yang berlaku semasa Kongres Berlin di mana
pada ketika itu Bismarck menjadi tuan rumah dalam menyelesaikan pertikaian daerah pengaruh
di antara Russia, Austria-Hungary dan Britain.34 Setelah Kongres Berlin di adakan, Britain
merasakan bahawa Jerman merupakan kuasa eropah yang tamak. Russia pula tidak berpuas hati
dengan keputusan yang dikeluarkan dalam Kongres Berlin. Maharaja Russia iaitu Alexander II
telah meluahkan rasa tidak puas hati tersebut kepada Maharaja Jerman, William I. Walaupun
Bismarck sememangnya ingin berbaik-baik dengan Russia dan Austria-Hungary, tetapi
tampaknya Jerman sebenarnya ingin memperbaiki hubungan persahabatan dengan AustriaHungary. Oleh itu wujud satu pakatan anti-Russia di antara Jerman dan Austria-Hungary yang
kemudiannya dikenali sebagai Ikatan Dua kuasa, 1879. Namun begitu, fasal sulit anti-Russia ini
akhirnya dapat dihidu oleh kuasa Eropah yang lain seterusnya boleh menyebabkan Jerman
diheret ke dalam kancah konflik antarabangsa dan kemungkinan akan berhadapan dengan
Russia. Dalam menghadapi permasalahan ini, Bismarck telah membuat percaturan bahawa beliau
ingin menarik Britain ke dalam Ikatan Dua Kuasa tersebut.
34
W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany. The English Universities Press.Ltd.London.1965.hal.99.
21
Percaturan yang ingin dibuat oleh Bismarck dibatalkan kerana apabila Russia menerusi
pengantaraan diplomatiknya ingin berbaik-baik dengan Jerman pada bulan September 1879.
Maka, Russia, Jerman dan Austria-Hungary berganding semula dan merintis jalan kea rah
pembaharuan Liga Tiga Maharaja pada 18 Jun 1881.35 Sementara itu, Ikatan Dua telah diiktiraf
dan Itali telah menjadi ahli yang ketiga dan menjadi Ikatan Tiga Kuasa. Bagi Bismarck,
penyertaan Itali dalam Ikatan Tiga Kuasa adalah bertujuan untuk mengawasi kegiatan Itali dan
menghalangnya dari cuba mencetuskan peperangan yang akan merosakkan keamanan dan
kestabilan Eropah. Apa yang penting bagi Bismarck adalah, kestabilan politik di Eropah harus
dikekalkan bagi kepentingan nasional Bismarck sendiri. Apabila politik di Eropah stabil, maka ia
juga memberi kelebihan kepada Bismarck untuk mengadakan hubungan diplomatik yang baik di
antara kuasa-kuasa Eropah yang lain. Justeru, percaturan yang dilakukan oleh Bismarck
sebenarnya bertujuan untuk menjaga hubungan baiknya dengan kuasa-kuasa Eropah yang lain.
Melalui tindakan yang dilakukan oleh Bismarck ini, beliau berusaha akan menyingkirkan kuasa
lain yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik Jerman dan membantutkan matlamat
Jerman untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki olehnya. Misalnya, Bismarck telah
menyingkirkan Perancis dan seterusnya cubaan untuk menyingkirkan Russia tetapi tidak berjaya
menyingkirkan Russia. Oleh itu, dasar realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck dalam
melaksanakan dasar luar Negara Jerman ini mendatangkan kebaikan kestabilan politik dan
hubungan luar Jerman serta ia berkesan terhadap pentadbiran Jerman. Hal ini jelas menunjukkan,
Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik dalam melaksanakan dasar luar Negara Jerman.
4.2.4 Perjanjian Insurans Berlapis
Seterusnya, Bismarck masih meneruskan usaha untuk mengekalkan kestabilan politik di Eropah
semasa tahun 1887. Insiden mula berlaku apabila Maharaja Russia enggan memperbaharui Liga
Tiga Maharaja yang sepatutnya diperbaharui pada tahun itu. 36 Namun, Bismarck tidak berputus
asa. Liga Tiga Maharaja telah digantikan dengan Perjanjian Insurans Berlapis dan ia telah
35
36
Erich Eyck. Bismarck and The German Empire. Unwin University Books.London.1968.hal.188.
Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976.hal.35.
22
ditandatangani oleh pihak Jerman dan Russia pada 18 Jun 1887. Perjanjian di antara Russia dan
Jerman ini sebenarnya menghidupkan semula peruntukan yang terdapat di dalam Liga Tiga
Maharaja, Cuma Austria-Hungary tidak lagi termasuk dalam perjanjian ini. Apa yang menjadi
pertikaian di sini adalah, Perjanjian Insurans Berlapis ini sejajar atau tidak dengan peruntukan
yang terdapat dalam Ikatan Dua Kuasa dan Ikatan Tiga Kuasa. 37 Hal ini kerana, dalam
peruntukan tersebut, Jerman sepatutnya membantu Austria-Hungary jika ia diserang oleh Russia
manakala dalam Perjanjian Insurans Berlapis Jerman terpaksa meneruskan dasar berkecuali
sekiranya Austria-Hungary yang bersalah. Hal yang berlaku ini menunjukkan seolah-olah
Jerman berpaling tadah dari Austria-Hungary kerana Jerman telah menandatangani Perjanjian
Insurans Berlapis bersama Russia.38 Jika diimbas kembali, dalam Ikatan Dua Kuasa, Jerman dan
Austria-Hungary telah bersekutu. Oleh itu, peruntukan yang terdapat dalam Ikatan Dua Kuasa
tersebut terhapus begitu sahaja disebabkan oleh tindakan Jerman yang berpaling tadah dari
Austria-Hungary. Sekiranya Austria-Hungary tahu akan Perjanjian Insurans Berlapis ini, mereka
akan berasa ditipu dan dikhianati oleh Jerman.
Oleh itu, berdasarkan tindakan yang diambil oleh Bismarck ini, beliau ternyata akan
menyebelahi pihak yang hanya akan mendatangkan kepentingan kepada beliau. Secara
tuntasnya, segala perjanjian yang dilakukan oleh Bismarck dalam dasar luarnya lebih kepada
kepentingan Negara Jerman sendiri. Begitu juga, unsur yang dapat kita lihat dalam siri-siri
perjanjian yang dilakukan oleh Bismarck ternyata berupa sulit atau rahsia dan dilakukan di
antara Negara yang mempunyai kuasa yang kuat. Dalam siri perjanjian tersebut, Jerman yang
diwakili oleh Bismarck merupakan aktor utama manakala Austria-Hungary, Russia dan Britain
adalah watak sampingan sahaja dalam merealisasikan matlamat Bismarck. Bismarck sering
menyatakan bahawa beliau akan terus memburu kestabilan politik di Eropah kerana beliau cuba
menjaga kestabilan politik di Jerman dengan membuat dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah
yang dianggap oleh beliau cuba mengancam Jerman. Sungguhpun begitu, ramai ahli sarjana
berpendapat bahawa tindakan Bismarck ini telah memulakan proses yang menjatuhkan kualiti
37
Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.196.
38
Ibid.,
23
diplomasi di Eropah dan menjadikan hubungan antarabangsa begitu penuh dengan keadaan yang
syak wasangka. Tambahan lagi, harus diingat bahawa Bismarck telah menerapkan pendekatan
realpolitik dalam dasar luar Negara, maka tidak hairan jika Bismarck sanggup melakukan apa
sahaja untuk kepentingan beliau dan Negara Jerman.
4.2.5 Liga Tiga Maharaja
Liga tiga maharaja ini dikaitkan dengan konflik di antara Jerman (Bismarck), Russia dan
Austria- Hungary. Dalam konflik liga tiga maharaja ini, Bismarck sebenarnya ingin
mengelakkan keadaan yang akan memaksanya untuk memilih sama ada berpihak kepada Russia
atau Austria-Hungary.39 Hal ini kerana, sekiranya berlaku konflik dan peperangan di antara
Russia dan Austria-Hungary, secara tidak langsung ia akan memberi kesan yang berlarutan
terhadap kestabilan politik Jerman. Kedua-dua kuasa ini boleh menimbulkan kekacauan di
Jerman sekiranya mereka membangkitkan semangat nasionalisme bangsa Pole yang berada di
bawah pemerintahan Jerman. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, Bismarck telah
mengadakan dasar berbaik-baik semula dengan Austria-Hungary yang pada suatu ketika dahulu
pernah menjadi musuh kepada Jerman.
Dasar berbaik-baik dengan Austria-Hungary sebenarnya merupakan satu tindakan yang
bijak dilakukan oleh Bismarck kerana sekiranya ditinjau dari dasar luar Jerman, ia jelas
menguntungkan Jerman.40 Dasar berbaik-baik ini menjamin agar Austria-Hungary tidak terlalu
bersikap baik dengan Perancis dan Britain sehingga ia boleh menjejaskan kepentingan Jerman.
Rentetan daripada dasar berbaik-baik yang dianjurkan oleh Bismarck ini, maka pada tahun 1873,
lahirlah liga tiga maharaja. Perjanjian Liga Tiga Maharaja ini disertai oleh Russia, AustriaHungary dan Jerman. Perjanjian ini juga sebenarnya memberi kelebihan kepada Jerman kerana ia
juga merupakan rentetan daripada dasar pengasingan Perancis. Hal ini kerana, apabila Jerman,
39
40
Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976.hal.26.
Ibid.,hal.27.
24
Austria-Hungary dan Russia bersekutu, maka Perancis pula akan kehilangan sekutu yang kuat.
Dalam perjanjian tersebut, ketiga-tiga maharaja ini akan bersatu padu untuk menghadapi
ancaman luar. Begitu juga, mereka bersetuju untuk berhubung di antara satu sama lain mengenai
soal Timur Dekat, yakni Balkans atau daerah di bawah naungan Empayar Turki pada ketika itu.
Ia tidak membayangkan suatu pengiktirafan kepada pemerintahan Jerman ke atas Alasce dan
Lorraine tetapi Bismarck melihat ia sebagai suatu tindakan yang ditujukan kepada Perancis. 41
Walaupun begitu, Liga Tiga Maharaja ini tidak begitu mencapai matlamatnya kerana
pada akhirnya semasa Perancis menyerang Jerman, Perancis telah meminta bantuan daripada
Russia dan Russia serta Britain tidak begitu senang dengan pendirian Jerman yang memusuhi
Perancis. Hal ini menyebabkan Bismarck tawar hati dan ia seterusnya mengancam strategi
Bismarck untuk berada dalam kalangan tiga kuasa daripada lima kuasa besar Eropah yang lain.
Sungguhpun begitu, krisis ini tidak berlanjutkan menjadi satu peperangan. Oleh itu, jika dilihat
kepada perjanjian Liga Tiga Maharaja ini, Bismarck sedaya upaya menjadikan Jerman sebagai
sebuah kuasa besar di Eropah. Dalam mencapai matlamat ini, sekali lagi kita dapat menganalisa
bahawa Bismarck berusaha untuk menyingkirkan Perancis dengan mengadakan pakatan dengan
Austria-Hungary dan Russia melalui dasar berbaik-baik dengan kedua-dua Negara tersebut. Jika
sebelum ini, hubungan Jerman dengan Austria-Hungary dan Russia tidak baik tetapi disebabkan
ingin menjaga kepentingan Jerman, Bismarck sanggup mengadakan pakatan dengan mereka.
Realitinya, Bismarck menerapkan dasar realpolitik dalam mengadakan perjanjian Liga Tiga
Maharaja tersebut walaupun pada penghujungnya, perjanjian itu adalah gagal. Kesannya, Russia
dan Britain tidak bersetuju dengan pendirian Bismarck. Namun begitu, nasib Bismarck agak baik
kerana krisis di antara Perancis tersebut tidak berakhir dengan peperangan. Nasib Bismarck
seakan seperti telur di hujung tanduk kerana masih ada banyak ancaman lain yang boleh
menggugat kestabilan politik Jerman. Justeru, bagi Bismarck, dasar realpolitik yang dianjurkan
dalam dasar luar Negara Jerman sememangnya berkesan kerana ia merupakan salah satu cara
yang mutlak yang digunakan Bismarck untuk menjaga kepentingan Jerman.
41
Qasim Ahmad.Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.192.
25
5.0 ANALISIS KESELURUHAN KEBERKESANAN DASAR REALPOLITIK
BISMARCK SEBAGAI SENJATA DALAM MELAKSANAKAN DASAR DALAM DAN
LUAR NEGARA JERMAN
Dasar realpolitik telah diangkat oleh Bismarck dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara
Jerman. Dasar realpolitik menekankan menghalalkan semua cara untuk mencapai matlamat demi
kepentingan nasional yang merangkumi kestabilan politik, ekonomi dan keamanan di Jerman.
Peribadi dan kepimpinan Bismarck sering dibincangkan oleh ramai sarjana eropah. Di antaranya
adalah Simon, Erick Eyck, Medlicott, A.P.Taylor dan sebagainya. Rata-rata sarjana ini
mengeluarkan pandangan yang berbeza mengenai Bismarck. Misalnya Medlicott tidak begitu
berkenan dengan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Bismarck yang menganjurkan dasar
realpolitik dalam dasar dalam dan luar Negara Jerman.42 Bagi Medlicott, Bismarck
sememangnya seorang yang bijak, licik dan pandai mengatur strategi dalam memimpin Jerman
dengan menerapkan dasar realpolitik. Medlicott turut menyatakan bahawa selepas tahun 1871,
dasar luar negeri Bismarck tidak membuktikan bahawa beliau seorang pencinta keamanan yang
asli.
Bismarck
juga
sedar
bahawa
peperangan
bukanlah
senjata
digunakan
untuk
memperteguhkan kedudukan Jerman.
Menurut Eyck pula, Bismarck sememang dilihat sebagai seorang pemimpin yang kuat
disebabkan dasar dalam dan luar negerinya yang sememangnya berjaya dilaksanakan. Namun
disebalik kejayaan tersebut, Bismarck sebenarnya tidak mempedulikan krisis yang berlaku di
Balkans tersebut berterusan atau tidak. Bismarck hanya campur tangan apabila beliau merasakan
pergolakan yang terjadi boleh dimanipulasikan untuk mempertahankan Jerman.
Bagi pendapat penulis pula, dasar realpolitik yang dianjurkan oleh Bismarck sebagai
senjata dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara Jerman sebenarnya mempunyai
keberkesanannya tetapi terdapat sedikit kelompangan apabila kita melihat kesan yang terjadi
selepas dasar-dasar tersebut dianjurkan bersandarkan dasar realpolitik Bismarck. Pendapat saya
42
W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany.The English Universities Press Ltd.London.1965.hal.169.
26
pertama adalah, dasar realpolitik Bismarck ini berkesan dalam pemerintahan beliau untuk
memastikan dasar dalam dan luar Negara Jerman dilaksanakan. Hal ini kerana, melalui dasar
realpolitik, Bismarck telah berjaya menyatukan wilayah-wilayah di Jerman. Bahkan juga, dalam
sejarah Jerman, Bismarck dianggap sebagai tokoh yang berjaya mengukir kejayaan dengan
menyatukan Jerman pada 28 Januari 1871 dan Perjanjian Frankfurt ditandatangani pada 10 Mei.
Dalam perjanjian tersebut, Perancis telah menyerahkan daerah Alasce dan Lorraine kepada
Jerman dan membayar rugi sebanyak lima billion franc. Dalam penyatuan tersebut, Bismarck
telah membawa masuk negeri-negeri Jerman Selatan ke dalam konfederasinya iaitu Bavaria,
Baden, dan Wurttemberg.43 Dalam tahun 1870, semangat liberal dan nasionalisme begitu kuat
sekali sehingga negeri-negeri Jerman Selatan terheret untuk turut serta dalam peperangan
melawan Perancis. Penyatuan Jerman ini merupakan satu kebanggaan bagi Bismarck kerana
sebelum ini tiada seorang tokoh yang berjaya. Kejayaan tersebut berkait rapat dengan dasar
realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck dalam usaha beliau menyatukan Jerman. Keazaman
Bismarck untuk menyatukan Jerman ini adalah kerana dasar realpolitik yang diamalkan kerana
dasar tersebut sememangnya menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat demi
kepentingan Negara Jerman sendiri.
Di samping itu, dasar realpolitik ini dilihat mempunyai keberkesanan dalam
pemerintahan Bismarck di mana, Jerman telah berjaya meletakkan dirinya bersama-sama dengan
kuasa-kuasa kuat Eropah yang lain. Misalnya, dalam peristiwa pengasingan Perancis, Bismarck
sememang bergiat sekali untuk mengadakan pakatan dengan Negara Eropah yang lain. Hal ini
adalah merupakan rentetan daripada Peperangan Perancis-Jerman 1871. Perancis telah
mengalami kekalahan dan menyerahkan wilayah daerah Alasce dan Lorraine kepada Jerman.
Penyerahan kedua-dua daerah tersebut sememangnya penting bagi Bismarck untuk tujuan
pertahanan Jerman. Tambahan lagi, Jerman berusaha merapatkan diri dengan kuasa-kuasa
Eropah yang lain bagi menyingkirkan Perancis. Begitu juga, hal ini dapat dilihat dalam isu
Perang Prusia-Perancis yang disebabkan oleh Bismarck di mana Bismarck telah mendedahkan
kepada Negara lain melalui surat yang ditulis oleh Perancis bahawa Perancis adalah kuasa yang
43
Gustaf E.Kersten.1908. Bismarck. University Illinois Press.The Journal of English and Germanic Philology.Vol.7
(2) :85-101.
27
agresif sedangkan Bismarck yang mengarahkan Perancis untuk menulis surat tersebut. Peristiwa
ini jelas menunjukkan bahawa Bismarck sememangnya ingin menyingkirkan Perancis daripada
tergolong bersama kuasa-kuasa kuat eropah yang lain kerana beliau tahu kemampuan Perancis
dalam peperangan. Melalui peristiwa ini Bismarck telah berjaya mengeksploitasi keadaan yang
menyebabkan Perancis dipandang hina oleh Negara lain. Kesannya, Jerman berjaya
menempatkan diri dalam kuasa-kuasa kuat Eropah.
Seterusnya, dasar realpolitik Bismarck ini turut berkesan kerana Jerman telah dilihat
sebagai kuasa yang kuat dan digeruni oleh kuasa-kuasa eropah lain. Hal ini disebabkan oleh
kepintaran Bismarck dalam mengatur strategi dalam menjalankan pentadbirannya dengan
menggunakan dasar realpolitik tersebut. Jerman dilihat sebagai kuasa yang kuat di mana
Bismarck berjaya mengadakan pakatan-pakatan bersama dengan kuasa-kuasa eropah yang lain
seperti Austria-Hungary, Russia, Britain dan Itali. Pakatan tersebut diadakan untuk menjaga
kepentingan Jerman sendiri walaupun matlamat adalah untuk memerangi peperangan dan
menjaga keamanan di Negara masing-masing. Bagi Bismarck, apa yang penting adalah unsur
konsisten di dalam politik Bismarck dan keselamatan empayar Jerman itu sendiri. Begitu juga,
hal ini boleh dilihat melalui pakatan yang diadakan bersama Austria-Hungary di mana kedua-dua
kuasa ini telah menandatangani perjanjian sulit anti-Russia. Tujuan perjanjian tersebut adalah
untuk mengekalkan kestabilan politik di Eropah dan mengelakkan serangan daripada Russia.
Namun begitu, Russia telah berbaik dengan Jerman dan Bismarck membatalkan perjanjian
tersebut. Di sini kita dapat melihat, ketidakjujuran Bismarck dalam mengadakan persahabatan
dengan Negara luar. Bismarck seakan-akan seperti seorang yang takut akan kegagalan dan
kejatuhan serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan keamanan di Jerman. Begitu
juga, Bismarck dilihat sebagai seorang pencinta kedamaian yang tidak ikhlas kerana beliau
mempunyai kepentingan tertentu dalam meneruskan keazamannya untuk mengekalkan
keamanan di Eropah.
Bagi pendapat kedua, penulis berpendapat bahawa dasar realpolitik yang dianjurkan oleh
Bismarck sebagai senjata dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara Jerman mempunyai
28
kelompangan. Hal ini kerana, Bismarck lebih menumpukan kepada dasar luar Negara Jerman
daripada dasar dalam negaranya. Apa yang menyedihkan adalah, kelemahan Bismarck adalah
apabila beliau kurang mengambil berat isu-isu kemanusiaan misalnya Bismarck kurang
mengambil berat mengenai kebajikan golongan pekerja industri. Bismarck hanya bersedia untuk
mengemukakan sistem insurans kesihatan, kemalangan, masa tua dan insurans bagi mereka yang
tidak boleh bekerja kerana kecacatan teruk anggota sahaja. Namun begitu, Bismarck tidak
membela nasib golongan ini sepenuhnya kerana beliau tidak mengambilkira keadaan tempat
kerja yang tidak selesa dan gaji yang diberikan adalah rendah. Hal ini telah memberikan kesan
kepada para pekerja di mana ia telah mematahkan semangat dan kecenderungan untuk pekerja
ini bekerja. Begitu juga, semasa undang-undang anti-sosialis ini dijalankan, undang-undang ini
telah menarik balik lessen penerbit, pencetak dan pengedar bahan bacaan. Dalam jangka dua
belas tahun undang-undang ini dikuatkuasakan , seramai 900 orang disingkir dari rumah mereka
dan lebih kurang 1,500 orang telah dipenjarakan. 44 Peristiwa tersebut jelas menunjukkan bahawa
terdapat kekurangan dalam pemerintahan Bismarck di mana beliau kurang mengambilberat akan
kebajikan rakyatnya.
Secara keseluruhannya, dasar realpolitik yang diamalkan oleh Bismarck dalam
melaksanakan dasar dalam dan luar Negara Jerman berkesan dalam pemerintahan Bismarck.
Dalam pemerintahan Bismarck, beliau telah berjaya menyatukan Jerman, berjaya menempatkan
Jerman dalam kalangan kuasa-kuasa kuat Eropah, keamanan dan kestabilan di Jerman terjamin
kerana semasa pemerintahan Bismarck selama 20 tahun peperangan tidak berlaku. Sungguhpun
begitu, selepas Bismarck meletakkan jawatan, pentadbiran Negara Jerman berada dalam keadaan
yang tidak stabil ketika pemerintahan William II seterusnya mengakibatkan Perang Dunia
Pertama meletus. Hal ini jelas menunjukkan, bahawa Bismarck seorang yang bijak dan licik
dalam mentadbir Jerman dengan menerapkan dasar realpolitik ke dalam pentadbiran beliau
walaupun terdapat kritikan-kritikan yang kurang menyenangkan mengenai Bismarck namun
beliau merupakan tokoh pemimpin Jerman yang berjaya.
44
Qasim Ahmad.Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.1985.hal.183.
29
6.0 KESIMPULAN
Kebangkitan semangat kebangsaan rakyat di Jerman turut menyumbang kepada kestabilan
pemerintahan Bismarck. Penerapan dasar realpolitik dalam pentadbiran Bismarck dilihat
mempunyai keberkesanan kerana ia telah menyatukan Empayar Jerman, menjadikan Jerman
kuasa yang kuat dan digeruni, keamanan terjaga dan tiada siri peperangan yang berlaku.
Sungguhpun begitu, terdapat kekurangan yang tidak dilihat oleh Bismarck namun dilihat oleh
penganalisa di mana Bismarck kurang mengambilberat akan isu-isu kemanusiaan semasa
pemerintahan beliau. Hal ini telah menyebabkan terdapat kritikan-kritikan yang dilemparkan
oleh pembangkang-pembangkang Bismarck, namun mereka tidak melihat kepada kejayaan yang
telah dilakukan oleh Bismarck. Realitinya, peribadi Bismarck sememangnya menjengkelkan
tetapi beliau mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjamin unsur konsisten di dalam politik
Bismarck dan keselamatan serta keamanan empayar Jerman.
Oleh itu, dasar realpolitik yang dianjurkan oleh Bismarck menyebabkan beliau digelar
sebagai Canselor Besi dan terkenal dengan ungkapan blood and iron dalam melaksanakan dasar
dalam dan luar Negara Jerman. Memang tidak dinafikan bahawa Bismarck menempah kejayaan
dalam pentadbirannya sehingga Jerman tidak pernah terlibat dengan apa jua peperangan
sehingga beliau meletak jawatan pada tahun 1890.45 Namun begitu, setelah perletakkan jawatan,
pentadbiran Jerman berada dalam keadaan tidak stabil sehingga tercetusnya Perang Dunia
Pertama. Begitu juga, sebelum Bismarck mengambil alih pentadbiran Jerman, keadaan
pentadbiran tidak begitu teratur turut berlaku. Misalnya, pemimpin di Jerman cuba menyatukan
Jerman tetapi gagal juga. Jadi, di sini kita dapat melihat bahawa Jerman di bawah kepimpinan
Bismarck lebih teratur dan berjalan lancar tetapi selepas Bismarck meletak jawatan dan diambil
alih oleh William II, keadaan pentadbiran Jerman berada dalam keadaan kucar kacir dan
akhirnya menyebabkan Jerman terlibat sama dalam Perang Dunia Pertama.
45
Hajo Holborn.1960. Bismarck‟s Realpolitic. Journal of The History of Ideas. Vol.21 (1): 84-98.
30
RUJUKAN
BUKU
D.G.O Ayerst. 1965. Europe in the Nineteenth Century. London : Cambridge University Press.
Erick Eyck. 1968. Bismarck and The German Empire. London: Unwin University Books.
E.J.Passant. 1969. A Short History of Germany:1815-1945. Britain: Cambridge University Press.
Herbert L.Peacock.1958. A History of Modern Europe:1789-1978. Britain: Heinemann
Educational Books Ltd.
Imanuel Geiss. 1976. German Foreign Policy:1871-1914. London: Routledge and Kegan Paul.
Otto Pflanze. 1963. Bismarck and The Development of Germany : The Period of Unification,
1815-1871. New Jersey : Princeton University Press.
Qasim Ahmad.1985. Eropah Moden: Arus Politik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Pustaka.
W.N.Medlicott. 1965. Bismarck and Modern Germany. London: The English Universities Press
Ltd.
JURNAL
B.J.Ramage. 1999. Prince Bismarck and German Unity. The Sewanee Review. Vol.7 (4):444468.
Gustaf E.Kersten. 1908. Bismarck. The Journal of English and Germanic Philology. Vol.7 (2) :
85-101.
Hajo Holborn. 1960. Bismarck‟s Realpolitic. Journal of The History of Ideas. Vol.21 (1): 84-98.
William M.Sloane. 1900. Bismarck as a Maker of Empire. Political Science Quartely. Vol.15 (4)
:647-666.
31