Academia.eduAcademia.edu

Morfologi

manakala jawapan diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. 3 Morfem terikat awalan ‘meN’- dan ‘peN-’ pula mempunyai lebih daripada satu alomorf, iaitu ‘me-’, ‘mem-’, ‘men-’, ‘meng-’, ‘menge-’, ‘meny-’, ‘pe-’, ‘pem-’, ‘pen-’, dan ‘peng-’. 3 4 Konsep Morfofonem 1 Dalam proses pengimbuhan, unsur ‘N’ dalam imbuhan ‘meN-’ dan ‘peN-’ ialah fonem yang melambangkan beberapa fonem. Unsur ‘N’ akan gugur atau berubah kepada bentuk-bentuk awalan tertentu bergantung pada huruf pertama dalam kata dasar yang akan bergabung dengan awalan berkenaan. Oleh sebab perubahan itu berlaku dalam penggabungan morfem, maka ‘N’ dipanggil ciri morfofonem. Konsep Kata 1 Perkataan merupakan unit yang terdiri daripada satu bentuk bunyi bahasa atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap unit perkataan berbentuk bebas dan mengandungi makna. 2 Perkataan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk yang dapat dikelompokkan kepada akar kata, kata dasar, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. 5 6 7 8 Bentuk Kata 1 Kata ialah unit makna paling kecil dalam bentuk bebas. Hal ini bermakna, semua kata ialah morfem, manakala tidak semua morfem dikategorikan sebagai kata. 2 Bentuk kata ialah susunan, gandingan atau binaan satu morfem atau beberapa morfem dalam proses pembentukan kata. Lazimnya, susunan morfem ini akan menghasilkan rupa unit linguistik atau bentuk luaran kata, sama ada berbentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk ataupun kata ganda. Kata Tunggal 1 Kata tunggal ialah bentuk kata yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan. Ada sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu yang mengandungi satu suku kata dan yang mengandungi dua suku kata atau lebih. 2 Suku kata dibentuk melalui kewujudan bunyi vokal secara bersendirian atau digabungkan dengan bunyi konsonan. Gandingan bunyi vokal dengan bunyi konsonan membentuk suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang berakhir dengan bunyi vokal, sementara 2 Effective Practice | STPM Bahasa Melayu Penggal 2 9 10 suku kata tertutup pula diakhiri dengan bunyi konsonan. Gandingan antara suku kata membentuk bunyi bahasa yang akhirnya melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna dan berdiri sebagai satu morfem bebas. Morfem bebas dalam bentuk kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata agak terhad jumlahnya, contohnya perkataan ‘yu’, ‘gred’, ‘draf’, ‘brek’, ‘spring’, ‘straw’, ‘am’, ‘bank’, ‘golf’, ‘wang’, ‘syak’, ‘cap’, dan ‘skru’. Ada suku kata yang dibina daripada gugus konsonan dengan satu bunyi vokal seperti perkataan yang mempunyai pola suku kata KKVK, KVKK, KKKV, dan KKKVK. Gugus konsonan ialah deretan bunyi konsonan dalam satu suku kata dan lazimnya melibatkan kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Bentuk kata tunggal yang mengandungi gugus konsonan boleh terdiri daripada perkataan ekasuku kata dan lebih. Antara perkataan tersebut ialah ‘klon’ (KKVK), ‘pruf’ (KKVK), ‘elektron’ (V+KVK+KKVK), ‘struktur’ (KKKVK+KVK), ‘psikologi’ (KKV+KV+KV+KV), ‘insurans’ (VK+KV+KVKK) dan sebagainya. Bentuk kata tunggal yang mengandungi gandingan dua lambang konsonan, tetapi mewakili satu bunyi bahasa dinamakan sebagai digraf. Contohnya konsonan ‘ng’, ‘sy’, ‘kh’, ‘ny’, dan ‘gh’ yang boleh didapati dalam perkataan bentuk tunggal yang mengandungi satu suku kata atau lebih. Antara contoh bentuk kata tunggal yang mengandungi digraf ialah ‘akhbar’ (VK+KVK), ‘burung’, (KV+KVK), ‘pangsa’ (KVK+KV), ‘longkang’ (KVK+KVK), ‘ghaib’ (KV+VK), ‘maghrib’ (KVK+KVK), ‘nyonya’ (KV+KV), ‘masyarakat’ (KV+KV+KV+KVK), ‘syarat’ (KV+KVK) dan sebagainya. Kata akronim juga tergolong dalam bentuk kata tunggal. Akronim ialah singkatan yang terbentuk melalui penggabungan huruf awal suku kata atau huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contoh akronim ialah ABIM, KWSP, Proton, tadika, cerpen dan lain-lain. Kata Terbitan 1 Kata terbitan ialah bentuk kata yang terhasil melalui proses pengimbuhan, iaitu proses menggabungkan imbuhan dengan kata dasar bagi membentuk kata yang mantap dan bermakna. 2 Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang memerlukan morfem lain dalam pembentukan kata. Ada empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. 3 Oleh sebab imbuhan mempunyai fungsi tata- 4 5 6 7 bahasa, kata dasar yang menerima imbuhan lazimnya akan mengalami perubahan makna dan ada juga yang berubah golongan katanya. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir sebelum kata dasar atau pada awal kata dasar. Contoh bentuk kata terbitan yang mengandungi imbuhan awalan ialah pelaut, pembaca, kekasih, jurugambar, mahasiswi, tatakerja, prasekolah, subtajuk, supranasional, membaca, memperbesar, berlari, terlanggar, dilanggar, terbesar, dan secantik. Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir selepas kata dasar atau pada akhir kata dasar. Contoh bentuk kata terbitan yang mengandungi imbuhan akhiran ialah makanan, budayawan, budiman, seniwati, sosialisme, hadirin, hadirat, ustazah, lupakan, dan cintai. Imbuhan apitan ialah imbuhan yang mengapit kata dasar, iaitu berada sebelum dan sesudah kata dasar secara serentak. Contoh bentuk kata terbitan yang mengandungi imbuhan apitan ialah pelaksanaan, pembacaan, kezaliman, memulakan, berbantalkan, digunakan, menikahi, mempercayai, mengikuti, diakhiri, diperbaharui, dan juga memperingati. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir di celah atau di antara huruf dalam kata dasar. Contoh bentuk kata terbitan yang mengandungi imbuhan sisipan ialah kelengkeng, seruling, selerak, gerodak, gemilang, sinambung, dan gelegak. Kata Majmuk 1 Kata majmuk ialah bentuk kata yang terhasil melalui proses pemajmukan, iaitu proses merangkaikan atau menggabungkan dua atau lebih kata dasar dan hasil gabungan kata dasar ini membawa satu makna yang khusus. Ada tiga jenis bentuk kata majmuk, iaitu rangkai kata bebas, istilah khusus, dan kiasan. 2 Dalam penulisan, bentuk kata majmuk hendaklah dieja secara terpisah seperti alat tulis, telefon dail terus, menteri besar, pasar raya, makan angin, atur cara, urus setia, kenal pasti, kemas kini, ambil alih, buah tangan dan sebagainya. 3 Ada 15 perkataan bentuk kata majmuk yang dieja secara bercantum, iaitu antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, dan pesuruhjaya. Perkataan-perkataan ini dikategorikan sebagai bentuk kata majmuk yang telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu. Kata Ganda 1 Kata ganda ialah bentuk kata yang terhasil melalui proses penggandaan, iaitu proses mengulangi kata dasar, sama ada melibatkan seluruh kata dasar atau sebahagian kata dasar. 2 Ada tiga jenis bentuk kata ganda, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan kata ganda berentak. Antara contoh bentuk kata ganda ialah buku-buku, ketua-ketua (kata ganda penuh), pepohon, lelangit, tolong-menolong (kata ganda separa), dan dolak-dalik, lemah-longlai (kata ganda berentak). 3 Dalam penulisan bentuk kata ganda, tanda sempang diletakkan sebagai tanda penggandaan kecuali kata ganda separa yang melibatkan penggandaan sebahagian kata dasar yang terdiri daripada kata tunggal. Contohnya ialah jejari, pepohon, tetikus, lelaki dan sebagainya. Golongan Kata 1 Golongan kata ialah kategori perkataan yang dikelompokkan mengikut golongan kata tertentu berdasarkan kriteria makna dan ayat. Dari segi makna, sesuatu perkataan itu dikelompokkan berdasarkan makna yang didukungnya. Contohnya, morfem bebas ‘minum’ mendukung makna perbuatan dan digolongkan sebagai kata kerja. 2 Walau bagaimanapun, apabila ‘minum’ digandingkan dengan morfem terikat imbuhan akhiran ‘-an’ yang mempunyai fungsi nahu lalu membentuk perkataan ‘minuman’, makna yang didukungnya berubah, iaitu merujuk ‘minuman’ secara umum dan perkataan berkenaan dikelompokkan sebagai kata nama am. 3 Dalam bahasa Melayu, perkataan dikelompokkan kepada empat golongan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kata Nama 1 Kata nama ialah sejumlah perkataan yang mendukung makna nama sesuatu, sama ada nama orang, haiwan, benda atau konsep. Dalam binaan frasa nama, kata nama menjadi unsur inti bagi mewakili frasanya. 2 Golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Setiap subgolongan itu pula dapat dipisahkan kepada subgolongan yang lebih kecil seperti dalam rajah berikut: Bab 1 | Morfologi 3 Kata Tugas Kata pascakata Subkata Tugas Contoh Perkataan Kata sendi nama di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, akan, terhadap, dalam, oleh, antara, dengan, sejak Kata bilangan kardinal empat, tiga puluh, lima ratus, dua juta Kata bilangan tak tentu segala, semua, para, beberapa Kata bilangan himpunan beribu-ribu, berbakul-bakul Kata bilangan pisahan masing-masing, tiap-tiap, setiap Kata bilangan pecahan setengah, seperdua, separuh Kata arah atas, antara, bawah, tepi, belakang Kata penegas -kah, -tah -lah hanya, pun, jua Kata penguat hadapan terlalu, paling, agak Kata penguat belakang sekali, benar, betul, nian Kata penguat bebas amat, sangat, sungguh Kata adverba jati semalam, kelmarin, acap kali Kata adverba asal adjektif berjalan laju, bertiup kencang Kata adverba asal kata kerja hitam berkilat, putih berseri Kata adverba gandaan malam-malam, diam-diam Kata penekan -nya Kata pembenda sakitnya, hebatnya, seronoknya Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan 1 Pembentukan kata ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata melibatkan proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Proses pengakroniman pula tetap diterima dalam bahasa Melayu, tetapi masih terkawal dan tidak berlaku secara berleluasa. Kata Dasar Akar kata Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Rangkai kata 8 Perkataan 1 Pengimbuhan ialah proses menggabungkan morfem terikat imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan dengan kata dasar untuk membentuk satu perkataan yang mantap. 2 Ada lima kata dasar yang boleh bergabung dengan imbuhan, iaitu akar kata, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan rangkai kata. Contoh pengimbuhan kata dasar adalah seperti yang berikut: Pengimbuhan tapa pertapaan tawa ketawa guna pengguna arah pengarah pemimpin kepemimpinan pengarang kepengarangan daya serap daya serapan ibu bapa keibubapaan salah guna penyalahgunaan tidak sempurna ketidaksempurnaan Effective Practice | STPM Bahasa Melayu Penggal 2 3 Pengimbuhan menghasilkan bentuk kata terbitan dan boleh tergolong sebagai kata nama, kata kerja atau kata adjektif. Oleh itu, sebagai memenuhi fungsi nahunya, imbuhan berperanan mengubah kategori sesuatu perkataan, sama ada menjadi kata nama, kata kerja atau kata adjektif. Imbuhan Kata Nama Jenis Imbuhan Awalan Imbuhan Contoh Perkataan pe- pemain, penaik, penyanyi, perasa, pelakon, pewangi pem- pembela, pemfitnah, pemveto, pemproses pen- pendusta, pencari, penjenayah, pensyarah, pencinta peng- pengguna, penghasut, pengamuk, pengingat penge- pengebom, pengesyor, pengetin, pengepam pel- pelajar per- perasap, pertapa, perburu, perbara ke- ketua, kekasih, kehendak juru- jurugambar, juruteknik, jurubahasa, juruacara Akhiran -an harian, buaian, pakaian, tahanan, lapangan Apitan pe-...-an penulisan, perasaan, penyalaan, pewarisan pem-...-an pembicaraan, pemfitnahan, pemprosesan Sisipan pen-...-an pendustaan, pencarian, penjajahan, pentauliahan peng-...-an pengkhianatan, pengukuran, penggandaan penge-...-an pengeboman, pengesahan, pengehadan pel-...-an pelajaran per-...-an persatuan, perdagangan, pergunungan, pertumbuhan ke-...-an kedaulatan, kejatuhan, kerugian, ketidakadilan -el- telapak, kelupas, kelemumur, telunjuk -er- keruping, gerigi, seruling -em- kemuning, kemuncup, gemerlap Imbuhan Kata Kerja 1 Bentuk imbuhan yang mengandungi meN- menghasilkan variasi imbuhan me-, mem-, men-, meng-, Jenis Imbuhan Awalan Akhiran Apitan Imbuhan meny-, dan menge- seperti contoh yang berikut: Contoh Perkataan meN- menyanyi, membelot, menjadi, mengheret, mengecat ber- berlari, berbaju, berbuah, bersedih, bertukar ter- terpijak, terjatuh, terminum, tersusun, terambil di- dipijak, ditarik, diolah, dipanjat, dihukum, ditulis memper- memperkecil, memperoleh, memperalat diper- diperalat, diperdaya, diperkecil, diperluas -kan tunjukkan, belikan, masukkan, tidurkan, kirimkan -i cintai, dekati, kahwini, contohi, akhiri, duduki meN-...-kan mewarnakan, mencirikan, membacakan mengalihkan, mengehadkan ber-...-kan berdasarkan, beralaskan, berselimutkan ber-...-an berkibaran, berguguran, berlarian, bersalaman di-...-kan didirikan, diberikan, diasaskan, dibukukan meN-...-i mewarisi, membaiki, mendahului, menghubungi Bab 1 | Morfologi 9 Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Perkataan diyakini, dibasahi, dipelopori, dikotori di-...-i Sisipan memper-...-kan memperlihatkan, mempertahankan memper-...-i memperingati ke-...-an kecurian, kedinginan, kehujanan, kedengaran diper-...-kan diperlihatkan, diperdengarkan, diperisterikan diper-...-i diperingati, diperbaharui -el- menggeletar, menggelabah, berselerak -er- berserabut, berkeretap -em- bergemuruh, bergemerlap, bersemerbak Imbuhan Kata Adjektif Jenis Imbuhan Awalan Apitan Sisipan Imbuhan Contoh Perkataan ter- terpendek, terpanjang, terpandai, terkecil se- setinggi, seindah, sebesar, seburuk ke-...-an kebaratan, kemelayuan, kecinaan, kearaban -em- gemuruh, gemilang, kemetot -el- selerak, gelembung, geleman -er- gerodak, serabut -in- sinambung Fungsi dan Makna Imbuhan Fungsi Imbuhan 1 Imbuhan berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, mengubah golongan kata sesuatu perkataan kepada golongan perkataan yang lain, dan mengubah bentuk kata dasar kepada kata terbitan. Perkataan Baharu Kata Dasar Awalan Akhiran Apitan Sisipan main bermain mainan permainan sambung bersambung sambungan menyambungkan sinambung kuning menguning kuningan kekuningan kemuning taip jurutaip jelita – Kata Nama taipan menaipkan – kejelitaan – Golongan Kata Kata Kerja – jelitawan 3 Imbuhan juga berfungsi untuk mengubah golongan kata dasar kepada golongan kata yang lain seperti contoh yang berikut: (a) Kata nama kepada kata kerja dan kata adjektif Kata Adjektif (b) Kata kerja kepada kata nama dan kata adjektif Kata Kerja Golongan Kata Kata Nama lari pelarian Kata Adjektif – Melayu memelayukan kemelayuan sambung penyambungan Barat membaratkan kebaratan tulis tulisan – – semantan datang kedatangan – terlanjur keterlanjuran – santan 10 2 Pembentukan kata baharu banyak berlaku melalui proses pengimbuhan sesuai dengan sifat aglutinatif bahasa Melayu. Satu perkataan boleh berkembang membentuk beberapa perkataan lain yang berdiri secara bebas. Contohnya seperti yang berikut: rumah berumahkan – kereta berkereta – Effective Practice | STPM Bahasa Melayu Penggal 2 sinambung