Academia.eduAcademia.edu

Panduan penggunaan racun perosak

Buku panduan ini mengandungi maklumat mengenai racun perosak serta langkah penggunaan racun perosak dengan selamat dan betul, sebagai panduan untuk kakitangan pertanian dan pekebun kecil. Risalah ini adalah hasil kajian oleh barisan penulis mengenai pendedahan kulit dan penilaian risiko kesihatan daripada penggunaan racun perosak dalam sektor-sektor pertanian di Malaysia. Buku panduan ini diterbitkan sebagai satu buku panduan untuk menggalakkan amalan pengendalian racun perosak dengan betul dan selamat, dengan harapan dapat memberi manfaat terhadap kesihatan dan keselamatan pengendali racun perosak dan orang awam. Langkah pengendalian racun perosak yang dicadangkan dalam panduan ini adalah berdasarkan kepada 2 rujukan utama; iaitu Malaysian Standard: The Safe Handling of Agricultural Pesticides- Code of Recommended Practice (First revision); (MS 479:201 2) dan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Pertanian yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

PANDUAN PENGGUNAAN RACUN PEROSAK Untuk kakitangan pertanian dan pekebun kecil di sektor tanaman sayur-sayuran, padi, koko dan kelapa sawit KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKTOR PERTANIAN Senarai pengarang NURULAIN MUSTAFA UDIN Master of Environment, BSc. (Resource Chemistry) DR SHARIFAH NORKHADIJAH SYED ISMAIL . Ph.D. (Environmental Science) (University of East Anglia), MSc (Environment), BSc. (Environmental and Occupational Health) PROF MADYA DR EMILIA ZAINAL ABIDIN . . Ph.D. (Environmental Medicine) (University of Aberdeen), MSc (Community Health), BSc. (Biochemistry) DR VIVIEN HOW . Ph.D. (Environmental health), BSc. (Environmental and Occupational Health) Isi kandungan 1 2 3 4 5 6 7 8 10 11 12 13 14 16 21 23 24 28 Senarai pengarang Isi kandungan Penghargaan Prakata Pengenalan Adakah racun perosak berbahaya? Bagaimana anda boleh terdedah kepada racun perosak? Apakah kesan racun perosak terhadap kesihatan anda? Adakah racun perosak berbahaya kepada alam sekitar? Jenis-jenis pam penyembur racun yang biasa digunakan Adakah anda dilindungi? Cara membaca label pada botol racun Panduan untuk perancangan dan penentukuran Panduan sebelum menyembur racun perosak Panduan semasa menyembur racun perosak Pertolongan kecemasan Panduan selepas menyembur racun perosak Penutup PENGHARGAAN Panduan penggunaan racun perosak Buku panduan ini adalah output daripada kajian yang bertajuk 'Pendedahan kulit dan penilaian risiko kesihatan daripada penggunaan racun perosak dalam sektor-sektor pertanian di Malaysia', yang telah mendapat pembiayaan kewangan melalui skim Geran Putra-Inisiatif Putra Siswazah (IPS) daripada Universiti Putra Malaysia. Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tajaan pengajian yang diberikan. Kajian telah dijalankan ke atas 160 pengguna racun perosak di sektor pertanian padi, koko, sayuran dan kelapa sawit. Buku panduan ini ditulis dengan mengambilkira keperluan pengendali racun perosak di kalangan pekebun kecil ini. Ianya memberikan panduan praktikal dan ringkas bagi melindungi mereka yang terlibat dari terdedah kepada racun perosak. Penulis mengucapkan terima kasih kepada barisan pengarang di atas komitmen dan dedikasi dalam merancang, mengulas dan menyediakan maklumat teknikal berkenaan langkah pengendalian racun perosak dengan betul dan selamat. Ucapan penghargaan penulis kepada saudara Mohd Basri Ariffin, dan rakan-rakan khususnya Siti Zulaikha, Josfirin, Nur Syazwani, Syukriah dan Azlini yang telah banyak membantu dalam penghasilan buku panduan ini. Semoga buku panduan ini mampu memberikan manfaat. PRAKATA Buku panduan ini mengandungi maklumat mengenai racun perosak serta langkah penggunaan racun perosak dengan selamat dan betul, sebagai panduan untuk kakitangan pertanian dan pekebun kecil. Risalah ini adalah hasil kajian oleh barisan penulis mengenai pendedahan kulit dan penilaian risiko kesihatan daripada penggunaan racun perosak dalam sektor-sektor pertanian di Malaysia. Buku panduan ini diterbitkan sebagai satu buku panduan untuk menggalakkan amalan pengendalian racun perosak dengan betul dan selamat, dengan harapan dapat memberi manfaat terhadap kesihatan dan keselamatan pengendali racun perosak dan orang awam. Langkah pengendalian racun perosak yang dicadangkan dalam panduan ini adalah berdasarkan kepada 2 rujukan utama; iaitu Malaysian Standard: The Safe Handling of Agricultural Pesticides- Code of Recommended Practice (First revision); (MS 479:2012) dan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Pertanian yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. PENGENALAN Apakah itu racun perosak? Racun perosak merupakan bahan atau sebatian yang dirumuskan dan digunakan secara meluas dalam sektor pertanian bagi memusnah, melemah, menghalau, mencegah, mengawal atau mengurangkan makhluk perosak, seterusnya meningkatkan hasil dan kualiti produk tanaman yang dikeluarkan.Kandungan racun terdiri daripada bahan aktif dan bahan penambah. Penggunaan racun perosak menjadi pilihan utama di sektor pertanian kerana dianggap lebih efisyen, selain dari menjimatkan kos dan penggunaan tenaga buruh. Contoh-contoh racun perosak yang biasa digunakan ialah: Racun Rumpai (Herbicide) Racun Kulat (Fungicide) Racun Serangga (Insecticide) Racun Bakteria (Bacteriacide) Racun Alga (Algaecide) Racun Burung (Avicide) Racun Kutu (Miticide/Acaricide) Racun Moluska (Molluscicide atau Siput) Racun Cacing Nematod (Nematicide) Racun Tikus atau Roden (Rodenticide) Racun Virus ADAKAH RACUN PEROSAK BERBAHAYA? Racun perosak berisiko mendatangkan bahaya serta keracunan kepada manusia daripada pendedahan yang berterusan terumatanya di kalangan petani. Meskipun terdapat banyak kebaikan yang diperolehi daripada penggunaan racun perosak, namun pendedahan dalam kuantiti yang tinggi, serta berpanjangan tanpa memakai sebarang alat perlindungan diri atau menggunakan kaedah kerja yang selamat, petani adalah berisiko tinggi terhadap kebarangkalian keracunan. PETANI/ PENYEMBUR RACUN AHLI KELUARGA/ KANAKKANAK BAGAIMANA ANDA BOLEH TERDEDAH KEPADA RACUN PEROSAK? Manusia terdedah kepada racun perosak melalui beberapa cara, iaitu pernafasan, pengambilan secara tidak sengaja melalui makanan dan minuman atau makanan dan minuman yang terdedah kepada racun perosak, penyerapan melalui kulit, mata, rambut dan bahagian kulit yang terdedah sepeti luka. KOMUNITI BERHAMPIRAN LADANG TANAMAN BAGAIMANA ANDA BOLEH TERDEDAH KEPADA RACUN PEROSAK ? LIANG KULIT PERNAFASAN PEMAKANAN BAGAIMANA ANDA BOLEH TERDEDAH KEPADA RACUN PEROSAK? Melalui pernafasan Melalui liang kulit Pendedahan kulit terhadap racun Pendedahan melalui saluran perosak boleh berlaku semasa pernafasan juga merupakan cara membancuh campuran racun tanpa yang biasa berlaku bagi petani yang memakai peralatan perlindung mengendali racun perosak peribadi iaitu melalui tumpahan mahupun mereka yang berada atau percikan ke atas pakaian atau berdekatan dengan kawasan yang secara terus ke kulit baru sahaja disembur dengan racun , . , . Penggunaan alatan semburan yang Wap atau aerosol racun perosak bocor terutamanya pada bahagian berdiameter kurang dari 5 mikron muncung boleh menyebabkan racun boleh diserap oleh paru paru , terkena pada kulit petani - . . . Petani juga terdedah kepada resapan racun perosak ke dalam kulit semasa semburan dilakukan , jika tidak memakai alat perlindung peribadi yang lengkap Pendedahan melalui pemakanan . Luka atau bahagian kulit yang berlaku apabila mereka mengambil terdedah memudahkan lagi penyerapan racun ke dalam badan melalui kulit Menyentuh tanaman yang baru disembur dengan racun perosak boleh menyebabkan pendedahan . Merendam dan membasuh pakaian yang tercemar dengan racun perosak juga boleh menyebabkan pendedahan kulit kepada racun makanan atau minuman atau menggunakan alatan yang telah , tercemar dengan racun perosak . kepada racun Melalui pemakanan . . Mengambil makanan dan minuman , atau merokok tanpa membasuh tangan mengikut langkah yang betul setelah selesai menggunakan racun perosak juga boleh mengakibatkan penyerapan racun ke badan melalui cara ini . Apakah kesan racun perosak terhadap kesihatan anda? KESAN TOKSIK AKUT Terjadi apabila kesan keracunan dapat dirasai dengan serta merta sebaik sahaja terdedah kepada racun perosak Antara gejala toksik akut Sakit kepala Pening kepala Loya/muntah Sakit dada Ruam pada kulit Sakit otot Kekejangan otot Berpeluh berlebihan Sukar bernafas Cirit-birit Pandangan kabur Kematian Racun perosak berpotensi membahayakan kesihatan. Terdapat dua jenis kesan kesihatan, iaitu seta merta dan jangka panjang KESAN TOKSIK KRONIK Kesan keracunan dari racun perosak tidak dirasai secara serta merta, sebaliknya melibatkan kesan jangka masa panjang. Kesan ini mungkin hanya berlaku dalam tempoh masa yang lebih lama selepas pendedahan kepada racun, contohnya sebulan atau mungkin beberapa tahun Antara kesan toksik kronik Menjejaskan sistem saraf Menjejaskan organ seperti hati dan perut Melemahkan sistem pertahanan badan Mengganggu keseimbangan hormon Adakah racun perosak berbahaya kepada alam sekitar? Selain berpotensi menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia, racun perosak juga memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Penggunaan racun perosak yang tidak sesuai telah dikaitkan dengan: Kesan buruk terhadap organisma bukan sasaran (pengurangan populasi spesis yang bermanfaat). Penggunaan racun juga telah mengurangkan bilangan air tawar dalam sawah. Selain itu, haiwan seperti burung, itik dan ayam juga terkena racun perosak melalui pemakanan Pencemaran air disebabkan sisa baki racun, dimana boleh membunuh mikrob dalam air dan mengganggu proses fotosintesis Pencemaran tanah Pencemaran udara Sisa baki menjejaskan pertumbuhan spesis tumbuhan bukan target Menjejaskan tanaman rotasi kesan daripada sisabaki racun yang kekal di ladang tanaman JENIS-JENIS ALAT PENYEMBUR RACUN YANG BIASA DIGUNAKAN Penyembur galas Pam jenis ini terdiri daripada jenis manual dan jenis bermotor, merupakan alat yang paling selektif dan semburannya boleh dihadkan hanya kepada tempat sasaran Kapasiti antara 8-20 liter Penyembur kabus Pam jenis ini sesuai digunakan di kawasan yang lebih luas dan pokok yang lebih tinggi. Tangki bancuhan racun terletak di atas enjin, biasanya mempunyai kapasiti 10 liter cecair bancuhan Penyembur kabut 'fogger' Digunakan apabila pokok terlalu tinggi, tenaga pekerja kurang dan kawasan yang tidak sesuai bagi peralatan yang lain Penggunaan pam ini sangat bergantung kepada arah tiupan angin. Oleh itu, masa pengendalian yang disyorkan adalah awal pagi dan lewat petang BACA DAN FAHAMI LABEL SEBELUM GUNA Label dibahagikan kepada 2 bahagian panel utama bahagian nama dagangan dicetak peling menonjol dan panel sisi bahagian bahagian lain selain panel utama ; ( ), ( - ) BAHAN AKTIF NAMA DAGANGAN JENIS RACUN KEGUNAAN PERUMUSAN / ATURAN PENGGUNAAN KENYATAAN AMARAN NOMBOR PENDAFTARAN TARIKH MENGILANG ( ) KANDUNGAN TALIAN KECEMASAN KELAS KEBISAAN TEMPOH LARANGAN KUTIPAN HASIL PRE HARVEST INTERVAL KUMPULAN RACUN PEROSAK DAN CARA TINDAKAN SYARIKAT YANG MENDAFTAR RAWATAN KECEMASAN RAWATAN PERUBATAN PERNYATAAN PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN TANDA KERACUNAN PANDUAN PERANCANGAN DAN PENENTUKURAN Menyediakan peralatan yang betul Memastikan alat penyembur berada dalam keadaan baik dan tidak bocor Mengatur aliran nozzle yang sesuai sebelum digunakan Bersihkan muncung alatan semburan/ nozel Menyediakan alat yang sesuai untuk menyukat isipadu racun perosak dalam kuantiti yang kecil RACUN PEROSAK PANDUAN PERANCANGAN DAN PENENTUKURAN RACUN PEROSAK Membeli racun perosak Jangan beli produk racun perosak yang tiada label Baca arahan penggunaan pada label, terutamanya dos, warna jalur dan piktogram keselamatan Baca risalah data keselamatan kimia (CSDS) jika ada Jangan pindahkan racun ke dalam botol minuman atau bekas lain. Ini akan mengelirukan anda dan orang lain. PANDUAN SEBELUM Memilih waktu menyembur racun yang sesuai Pilih waktu yang sesuai untuk menyembur racun Jangan sembur racun pada waktu berangin atau pada hari panas terik untuk mengurangkan tempiasan pada organisma bukan sasar Semburan sebaiknya dilakukan pada waktu yang lebih sejuk, seperti pada awal pagi atau lewat petang Menyediakan peralatan menyembur racun Gunakan alat penyembur yang berada dalam keadaan baik dan tidak bocor Jika bahagian nozel tersumbat, gunakan alat yang fleksibel dan lembut untuk membersihkan bahagian tersebut (berus atau ranting) MENYEMBUR RACUN PEROSAK PANDUAN SEBELUM MENYEMBUR RACUN PEROSAK Menyediakan peralatan menyembur racun Jangan tiup bahagian nozel yang tersumbat menggunakan mulut bagi mengelakkan percikan sisabaki racun ke bahagian muka Menyediakan campuran racun Pakai peralatan perlindungan diri yang diarahkan pada label botol racun Patuhi kadar dos yang disyorkan pada label Gunakan bekas dan alat khas yang digunakan untuk racun perosak sahaja PANDUAN SEBELUM MENYEMBUR RACUN PEROSAK Gunakan alat yang sesuai untuk menyukat isipadu racun perosak dalam kuantiti yang kecil Campur racun dengan berhatihati bagi mengelakkan percikan pada mana-mana bahagian badan Gunakan kayu untuk mengaduk campuran racun Jangan mengaduk campuran racun menggunakan tangan atau alatan lain PANDUAN SEBELUM MENYEMBUR RACUN PEROSAK Jangan bekerja berhampiran telaga atau sumber air bagi mengelakkan pencemaran sumber air Sediakan bekalan air bersih, untuk membilas sekiranya campuran racun terkena pada mata Jangan sentuh muka atau mulut dengan tangan atau pakaian sebelum ianya dicuci terlebih dahulu Jangan makan, minum dan merokok semasa mengendalikan racun perosak PANDUAN SEBELUM MENYEMBUR RACUN PEROSAK Membersihkan dan menyimpan alatan penyukat dan penyediaan campuran racun Masukkan air yang digunakan untuk membilas alat penyukat racun ke dalam tong semburan Cuci bekas dan alat penyukat selepas penggunaan Simpan bekas dan alat penyukat di bilik stor berkunci sebaik sahaja selesai proses mencampur racun Pembersihan dan penyimpanan alat semburan racun adalah penting bagi memastikan ianya bersih serta selamat untuk digunakan semula. Ini setelah mengambilkira risiko kebakaran, bahan reaktif yang tidak stabil dan wap bahan yang sangat toksik PANDUAN SEMASA MENYEMBUR RACUN PEROSAK Melindungi orang disekeliling anda Pastikan kanak-kanak, orang tua dan wanita mengandung berada jauh dari kawasan semburan Jangan gunakan racun perosak semasa pekerja lain sedang melakukan kerja di tempat yang sama Melindungi diri anda Lakukan semburan mengikut arah angin Menyembur racun secara berkesan Bergerak kehadapan pada kelajuan yang sama, dan mengepam alat penyembur secara teratur untuk mengekalkan tekanan yang sama PANDUAN SEMASA MENYEMBUR RACUN PEROSAK Bertindak sekiranya terkena campuran racun Segera bilas mata dengan air bersih sekurang-sekurangnya 5 minit jika terkena percikan cecair racun Segera cuci bahagian badan dan kulit dengan air bersih jika terkena cecair racun Tanggalkan pakaian yang tercemar Sekiranya tiada sumber air bersih berhampiran anda, lap terlebih dahulu dengan menggunakan kain bersih, dan bilas secepat mungkin dengan air Dapatkan nasihat perubatan daripada doktor atau pakar perubatan yang berdekatan BERTINDAK SEKIRANYA BERLAKU KECEDERAAN PERTOLONGAN KECEMASAN 1 Tenangkan dan baringkan mangsa secara mengiring untuk mengelakkan tercekik sekiranya mangsa muntah Sediakan ruang di hadapan bahagian muka mangsa untuk memudahkan mangsa bernafas 2 Tanggalkan pakaian yang tercemar dengan racun 3 4 Segera bawa mangsa ke klinik berhampiran Bawa botol racun yang berlabel Basuh bahagian badan yang supaya jenis racun dapat terkena cecair racun dengan air dikenalpasti untuk tujuan rawatan bersih seterusnya PANDUAN SELEPAS MENYEMBUR RACUN PEROSAK Panduan membuang lebihan campuran racun Kosongkan tangki alat penyembur di kawasan yang dikhaskan untuk tujuan tersebut, dan jauh dari sumber air Jangan sembur lebihan racun pada tanaman yang akan dituai dalam masa terdekat. Ini bagi mengelakkan keracunan pada hasil makanan tersebut Jangan sembur lebihan racun pada tanaman sayuran peribadi Jangan tuang lebihan campuran racun ke dalam saluran air, sinki atau tandas PANDUAN SELEPAS MENYEMBUR RACUN PEROSAK Membersihkan dan menyimpan alat penyembur racun Isi tangki alat penyembur dengan air bersih sehingga satu pertiga daripada kapasitinya Goncang dan kosongkan tangki alat penyembur di kawasan yang dikhaskan untuk tujuan tersebut, dan jauh dari tanaman dan sumber air Kembali mengisi tangki alat penyebur dengan air bersih sehingga satu pertiga daripada kapasiti Semburkan pada kawasan berumput untuk mengosongkan tangki Bilas hos dan nozel Buka bahagian muncung untuk dibersihkan Simpan alat penyebur yang kosong dan bersih, di tempat yang kering dan berasingan daripada racun perosak PANDUAN SELEPAS MENYEMBUR RACUN PEROSAK Membersihkan dan menyimpan peralatan lain Bilas sarung tangan dan kasut terlebih dahulu sebelum menanggalkannya Tanggalkan pakaian dan peralatan perlindungan diri yang digunakan Bersihkan pakaian dan peralatan secara berasingan selepas setiap kali penggunaan Simpan pakaian dan peralatan perlindungan diri di tempat yang kering dan berasingan daripada racun perosak PANDUAN SELEPAS MENYEMBUR RACUN PEROSAK Memastikan kebersihan diri Basuh tangan anda dengan sabun dan air, diikuti dengan lengan dan muka, sebaik sahaja selepas menyembur Mandi dengan segera setelah selesai menyembur racun Tidak memasuki kawasan yang baru disembur racun perosak Jangan memasuki kawasan yang baru disembur racun perosak sukurang-kurangnya selama 24 jam Jangan menuai hasil tanaman sebelum tempoh masa yang disyorkan pada label PENUTUP Panduan penggunaan racun perosak SENTIASA SEMASA RACUN KESELAMATAN ANDA, MENGENDALIKAN KELUARGA DAN KOMUNITI PEROSAK MENCEGAH ADALAH BAIK MENGUBATI SIKAP DEMI KESIHATAN DAN BERHATI-HATI CUAI MEMBAWA MUNGKIN PADAH DARI Racun perosak adalah toksik kepada perosak, dan juga manusia. Oleh itu, pengendali racun perosak perlu mempunyai pengetahuan dan menerima latihan tentang cara penggunaan yang betul dan selamat. Penggunaan racun juga perlu bertepatan dengan keperluan agar kesan kepada manusia, spesis bukan target dan alam sekitar dapat diminimakan.