Pendahuluan
(1). Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
(2). Raja manusia. (3). Sembahan manusia. (4). Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa
bersembunyi, (5). Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, (6). Dari
(golongan) Jin dan manusia.
Berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah Al-Naas, bagaimana Allah mengajar
manusia tentang perlunya menjaga jiwa manusia daripada gangguan- gangguan yang boleh
membawa manusia kearah kebinasaan. Dalam surah itu juga menerangkan kepada kita
tentang penyakit yang kebanyakan dialami oleh manusia iaitu penyakit was-was dan perlunya
manusia memohon perlindungan kepada Allah agar terhindar daripada penyakit was-was
yang dimain-mainkan oleh syaitan terutama mengenai ibadah dan akidah seseorang. Disini
dapatlah kita ketahui bahawa Islam sangat menitikberatkan agar umatnya menjaga hati, jiwa
mahupun fizikal. Ini kerana jiwa yang sihat dan tenteram merupakan kunci kebahagian hidup
samada di duni dan diakhirat.
Oleh itu, penyakit was-was perlu dicegah dan dirawat dengan segera kerana ia
berkemungkinan akan merosak, menghalang dan mencacatkan ibadah terhadap Allah SWT.
Sememangnya perkara ini dibimbangi oleh setiap orang. Oleh hal yang demikian, ianya
memerlukan rawatan yang khusus agar penyakit ini dapat dicegah. Dalam Islam terdapat
banyak rawatan yang dianjurkan atau digalakkan dalam merawat penyakit was-was. Perkara
yang penting adalah kesedaran seseorang tentang pengetahuan mengenai penyakit was-was.
Maka dalam penulisan ini penulis memberi sedikit pengenalan tentang penyakit was-was
serta cara untuk merawat penyakit tersebut.
1
Definisi Penyakit Was-Was
Islam:
Was-was ialah merasa syak atau ragu terhadap sesuatu yang sepatutnya tidak menjadi
syak. Was-was menurut Islam ialah satu perasaan yang tidak yakin terhadap apa yang
dilakukan oleh si pelaku dan ianya berpunca daripada syaitan yang membisikkan kedalam
jiwa manusia agar timbul keraguan terhadap apa yang mereka lakukan. Kebanyakan orang
memiliki was-was namun apabila terlalu kritikal sehingga menjadi penyakit.
Was-was adalah suara halus dan tersembunyi. Ia merupakan bisikan jahat yang
dicampak atau dihembuskan kepada jiwa seseorang secara berterusan. Barangsiapa yang
merasa sesuai atau bersetuju dengan bisikan tersebut, akhirnya was-was itu akan bertukar
menjadi suatu kenyataan yang boleh dirasa dan disentuh.
Menurut Iman Al-Ghazali: “Asal-usul was-was itu adalah kerana kejahilan orang
berkenaan tentang agama atau kerana keenganannya untuk menggunkan akal waras. Keduaduanya adalah cela yang sangat besar pada seseorang”. 1
Saintifik:
Jika disebut perkataan was-was, maka ianya mempunyai bahasa saintifiknya yang
dikenali sebagai kecelaruan obsesif kompulsif (Obsessive Compulsive Disorder). Perubahan
tingkah laku pesakit tidaklah terlalu menyimpang daripada keadaan normal. Pesakit yang
menghidapi penyakit mental bukan psikotik masih siuman. Namun, penyakit ini boleh
menjadi serius jika dibiarkan tanpa rawatan.
Tingkah laku yang ganjil (kompulsi) selalunya merupakan tanda awalnya disamping
idea obsesi. Kompulsi ialah tingkah laku yang dilakukan berulang-ulang iaitu pesakit berasa
terpaksa melakukan sesuatu perbuatan untuk mengatasi rasa tidak selesa atau rasa bimbang.
Umpamanya, penyakit berasa tangannya masih kotor dan terus membasuhnya berkali-kali.
Akan tetapi, dia juga menyedari bahawa tingkahlakunya itu tidak munasabah. Kompulsi juga
dikenali sebagai tingkah laku lazim atau ritual.
1
Nor Risiah Bt Md Maarof, Terapi Al-quran Dalam Merawat Penyakit Was-was Dalam Kalangan Umat islam:
Suatu analisis (Kuala Lumpur : Jabatan Akidah Dan pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 2009)
2
Obsesi pula ialah merupakan idea atau bayangan mental yang tidak enak yang datang
dalam diri pesakit itu sendiri. Walaupun menyedari bahawa idea atau pemikiran itu tidak
betul tetapi pesakit gagal menghentikannya dan berasa terseksa pula oleh idea itu. Obsesi
juga dikenal sebagai ruminasi. Tingkah laku lembap atau perlahan kadang-kadang boleh
berlaku. Keadaan ini dapat mengganggu aktiviti sosial dan pekerjaaan kerana tingkah laku itu
boleh terjadi bersama-sama kebimbangan dan kemurungan. Kecelaruan obsesif kompulsif
terjadi pada kadar 0.2 peratus dalam kalangan pesakit luar kanak-kanak dan remaja dan
mencapai 1.0 peratus dalam kalangan pesakit yang sedang menerima rawatan di wad hospital.
Dalam jangka panjang, kecelaruan ini menunjukkan perjalanan yang kronik, dengan
pemulihan yang berlaku secara berepisod disusuli pula dengan penyakit yang berulang. Ada
kemungkinan besar keadaan ini berlarutan dari alam kanak-kanak hingga ke alam dewasa. 2
Gegala penyakit was-was
1. Perilaku dan fikiran yang muncul tersebut disedari sepenuhnya oleh individu.
2. Beberapa perilaku yang muncul disedari oleh individu tersebut dan berusaha untuk
melawan kebiasaannya dan fikiran-fikiran ragu tersebut sekuat tenaga, namun tidak
berhasil.
3. Fikiran dan tindakan tersebut tidak memberikan perasaan lega, rasa puas, atau
kesenangan.
4. Obsesi (fikiran) dan kompulsi (perilaku) sifatnya berulang-ulang secara terus menerus
dalam beberapa kali setiap harinya.
5. Obsesi dan kompulsi menyebabkan terjadinya tekanan dalam diri penderita dan
menghabiskan waktu (lebih dari satu jam sehari) atau secara berterusan mengganggu
fungsi normal seseorang, atau kegiatan, sosial atau suatu hubungan dengan orang lain.
6. Penderita merasa terdorong untuk melakukan ritual, iaitu tindakan berulang seperti
mencuci tangan.
2
Nor Risiah Bt Md Maarof, Terapi Al-quran Dalam Merawat Penyakit Was-was Dalam Kalangan Umat islam:
Suatu analisis (Kuala Lumpur : Jabatan Akidah Dan pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 2009)
3
Faktor – Faktor Penyakit Was - Was
Saintifik
(a) Faktor Biologi
Dari sudut biologi, otak manusia dikatakan mengandungi neuron yang mesti
berhubung antara satu sama lain supaya badan manusia boleh berfungsi dengan baik.
Neuron ini sebenarnya berhubung melalui signal elektrik. Dalam hal ini, sejenis bahan
kimia iaitu neurotransmitter berfungsi untuk menolong menggerakkan mesej
elektrikal dari satu neuron ke satu neuron.3 Menurut pandangan Davidson & Neale
(2001) dalam Fausiah & Widury (2008), beliau menjelaskan bahawa salah satu faktor
yang mungkin berkait dengan OCD adalah keterlibatan neurotransmitter di otak,
khususnya kekurangan jumlah serotonin. 4
Ada yang mengatakan ketidakseimbangan serotonin boleh diwarisi anak-anak
daripada ibu bapa mereka. Hal ini menunjukkan perkembangan OCD boleh diwarisi.
Sebenarnya apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan otak manusia
seperti membaca, belajar, menghafal, berfikir, memberi respon, berdebat dan
berhujah, ketika itu otak kita akan memberi reaksi-reaksi yang tertentu. Dalam
keadaan ini, akan berlaku percambahan neuron-neuron dan saraf-saraf dalam otak
yang saling berhubung kait antara satu sama lain. Hal ini bermakna semakin banyak
kita berfikir, semakin banyak percambahan neuron tersebut.
Oleh itu, seseorang yang mempunyai penyakit was-was atau obsessive compulsive
disorder, apa yang berlaku pada otaknya adalah saraf tersebut tidak dapat menghantar
maklumat yang tepat dan ia sebenarnya berkait rapat dengan hormon serotonin. Hal
ini demikian kerana hormon ini dibentuk oleh pemakanan dan kebiasaan kita
walaupun ada juga yang mengatakan bahawa ianya adalah sebahagian daripada
genetik. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 168
bermaksud:
“Obsessive Compulsive Disorder (OCD)”, laman sesawang Dokita, dicapai 17 Mei 2016,
http://dokita.co/blog/obsessive-compulsive-disorder-ocd/
4
Fuadah Fakruddiana, Penghayatan Zikir dan Surah an-Nas untuk Mengurangi Gejala Obsessive Compulsive
Disorder (OCD). Dimuat turun pada 15 Mei 2016 dari
http://eprints.uad.ac.id/2667/1/Penghayatan_%26_Zikir_Annaas_Fuadah_Fakhruddiana.pdf
3
4
168. Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di
bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya
setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Dalam Islam, makanan sangat penting, bukan sahaja perlu halal tetapi juga
toyyibah. Walau bagaimanapun, seseorang individu yang menghidap penyakit waswas bukanlah dikatakan disebabkan pemakanan yang tidak betul tetapi ia turut berkait
dengan gaya hidup sehariannya, di mana gaya hidup ini boleh menyumbang kepada
keadaan hormon serotonin.5
(b) Faktor Genetik
Adapun, faktor genetik juga boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit OCD
atau was-was ini. Dalam hal ini, mereka yang mempunyai ahli keluarga yang
memiliki sejarah penyakit ini berkemungkinan besar boleh menghidap penyakit yang
sama iaitu Obsessive Compulsive Disorder (OCD).6 Sebagai contoh, jika seorang ibu
mempunyai penyakit was-was atau OCD dalam bab kebersihan seperti mencuci
tangan berulang kali, ada kemungkinan juga anaknya akan mengalami penyakit yang
sama.
(c) Faktor Persekitaran
Selain faktor biologi dan genetik, faktor persekitaran juga boleh, menjadikan penyakit
OCD semakin teruk. Hal ini demikian kerana persekitaran boleh mempengaruhi
kehidupan seseorang individu sama ada positif atau negatif. Persekitaran yang negatif
akan membawa kepada tekanan dan stress kepada individu. Jika tidak ditangani
Mohamad Adam Ab Rahim, “Cara Mengubati Penyakit Was-Was Bersama Ustazah Isfadiah,” laman
sesawang Youtube, dicapai 15 Mei 2016, https://www.youtube.com/watch?v=8H3Ckb2PDmI
6
Widiastuti, R., “Gangguan Obsesif Kompulsif Tokoh Nikha dalam Novel Sekotak Kertas Karya Narnie
January: Pendekatan Psikologi Kepribadian (Obsessive Compulsive Disorder of Nikha Character in “Sekotak
Kertas” Novel by Narnie January: Psychology Personality Approach),” SAWERIGADING Jurnal Bahasa dan
Sastra, 20(3), (2016), 476.
5
5
dengan baik, ia boleh menyumbang kepada penyakit OCD bahkan boleh menjadi
lebih teruk. Antara faktor persekitaran tersebut termasuklah penderaan, perubahan
situasi hidup, kehilangan orang tersayang, masalah di sekolah atau di tempat kerja,
kerisauan dalam perhubungan dan sebagainya.7 Di samping itu, pengalaman masa lalu
pula boleh mencorakkan cara seseorang itu menghadapi masalah di antaranya dengan
menunjukkan gejala OCD.8
Islam
Menurut perspektif al-Quran, manusia sebenarnya terdiri daripada ‘aql, qalb(hati), nafs,
dan jasad. ‘Aql dikaitkan dengan fikiran, qalb(hati) pula berkait dengan pertimbangan baik
atau buruk. Nafs pula digambarkan dengan dorongan-dorongan atau keinginan sama ada
dorongan jahat (rendah) atau dorongan baik (tinggi). Sementara jasad adalah berkait dengan
fizik-jasmaniah. Adapun, nafs terdiri daripada ‘aql dan qalb. Ketika-tiga unsur ini tidak boleh
dipisahkan sama sekali. Nafs, ‘aql dan qalb yang akan mempengaruhi tindakan dan tingkah
laku manusia sama ada baik mahupun buruk.
Apabila membincangkan tentang penyakit was-was dalam Islam, ia sebenarnya berkaitan
dengan tindakan syaitan di mana ‘aql, qalb (hati) dan nafs, berpotensi besar untuk diganggu
oleh makhluk Allah yang ghaib iaitu jin. Menurut Abduh (1999) dalam Tafsir Juz’amma,
beliau mengatakan bahawa terdapat dua jenis yang membisik-bisikkan (was-was) ke dalam
hati manusia. Pertama adalah jin, iaitu sejenis makhluk tersembunyi yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar, tetapi mempunyai pengaruh ke dalam qalb (hati) melalui bisikan dan
rayuan. Apabila bisikan dan rayuan itu menyesatkan, ia datang dari makhluk Allah yng lain
iaitu syaitan. Kumpulan kedua pula adalah manusia sendiri di mana pengaruhnya dapat
mendatangkan keraguan kepada manusia lain. Pengaruh manusia yang menyesatkan juga
datang daripada syaitan.
Dalam keadaan ini, ketika syaitan melalui jin dan manusia menganggu dengan membisikbisikkan ke dalam dada (syudur) manusia, maka semua bahagian jiwa dalam dada tersebut
Izzeyda, “Penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder),” dicapai 16 Mei 2016, http://izzeydainfo.blogspot.my/2013/05/penyakit-ocd-obsessive-compulsive.html
8
Widiastuti, R., “Gangguan Obsesif Kompulsif Tokoh Nikha dalam Novel Sekotak Kertas Karya Narnie
January: Pendekatan Psikologi Kepribadian (Obsessive Compulsive Disorder of Nikha Character in “Sekotak
Kertas” Novel by Narnie January: Psychology Personality Approach),” SAWERIGADING Jurnal Bahasa dan
Sastra, 20(3), (2016), 476.
7
6
menjadi terganggu. Pada ketika inilah, nafs, ‘aql dan qalb akan diuji. Jika dikaji, OCD
sebenarnya tergolong dalam gangguan kecemasan disebabkan timbulnya rasa bersalah yang
besar dalam diri. Hal ini menyebabkan seseorang yang mengalaminya berasa takut untuk
melakukan kesalahan yang sama sehingga pada satu tahap menimbulkan rasa cemas akibat
rasa bersalah yang terus menerus muncul. Hal ini juga menyebabkan pesakit cuba
menghindarinya dengan melakukan tindakan kompulsi.
Sementara dari perspektif Islam, kecemasan adalah berkait dengan sikap kurang pasrah
dalam menerima sesuatu kejadian atau peristiwa yang dialami. Seseorang yang memiliki
sikap kurang pasrah dan keperibadian Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD)
boleh menjadi sasaran syaitan dalam bentuk jin dan manusia untuk membisik-bisikkan fikiran
manusia atau rayuan agar manusia sentiasa dalam keadaan cemas dan ragu-ragu. Pada
dasarnya, apabila dada manusia diganggu oleh syaitan melalui jin atau manusia lain, ‘aql,
qalb dan nafs telah diberi potensi oleh Allah untuk melawan gangguan tersebut. Walau
bagaimanapun, seseorang yang mengalami OCD di mana dia diganggu oleh jin dan manusia
lain, ‘aql, qalb dan nafsnya tidak dapat mengatasinya bahkan meneutralkannya.
Dalil yang boleh dilihat dalam menjelaskan was-was daripada syaitan adalah melalui
surah an-Nas, ayat 1 hingga 6:
1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 2.
Raja manusia. 3. Sembahan manusia. 4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa
bersembunyi, 5. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, 6. Dari (golongan)
jin dan manusia.9
9
Fuadah Fakruddiana, Penghayatan Zikir dan Surah an-Nas untuk Mengurangi Gejala Obsessive Compulsive
Disorder (OCD). Dimuat turun pada 15 Mei 2016 dari
http://eprints.uad.ac.id/2667/1/Penghayatan_%26_Zikir_Annaas_Fuadah_Fakhruddiana.pdf
7
Kesan penyakit Was – Was
Penyakit was-was tidak boleh dipandang remeh. Hal ini demikian kerana penyakit ini jika
tidak ditangani, ia boleh menjadi lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada individu
yang mengalaminya. Antara kesan tersebut termasuklah:
1. Hati tidak tenteram
Seseorang yang mengalami penyakit was-was bukan sahaja menyukarkannya untuk
membuat keputusan dalam sesuatu perkara, bahkan juga mengakibatkan hati mereka
menjadi tidak tenteram. Bagi umat Islam, keadaan ini ternyata mengganggu tumpuan
mereka khususnya dalam aspek keimanan dan amal ibadah. Dalam hal ini, bisikan
dalam hati atau pemikiran dilakukan oleh jin dan syaitan. Adapun, terdapat sejenis jin
yang dinamai Al-Maraddah yang berperanan untuk membisik di hati dan mengganggu
perasaan manusia agar mereka berasa ragu-ragu dan was-was. Jin ini akan
membisikkan perkara bukan-bukan sehingga timbul kecelaruan di dalam hati manusia
dan akhirnya boleh menghilangkan keyakinan terhadap ibadat yang dilakukan.
Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nas, ayat 1 hingga 6:
1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 2.
Raja manusia. 3. Sembahan manusia. 4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa
bersembunyi, 5. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, 6. Dari (golongan)
jin dan manusia.
2. Menjauhi amalan ibadat dan meninggalkan ketaatan
Dalam hal ini, seseorang yang mengalami penyakit was-was yang kronik boleh
mengakibatkan pesakit tersebut sampai ke peringkat menjauhi daripada amalan ibadat
dan meninggalkan ketaatan, dan berkemungkinan juga untuk sampai ke peringkat
syirik.
3. Menganggu aktiviti seharian
8
Pada kebiasaannya, individu yang mengalami penyakit was-was boleh menyebabkan
aktiviti seharian mereka menjadi terganggu. Hal ini disebabkan individu yang
mempunyai was-was akan melakukan setiap perbuatannya secara berulang-ulang kali
sehingga menggunakan lebih masa dalam melakukan sesuatu perkara.
4. Hidup menjadi tidak tenang
Dalam keadaan ini, seseorang yang mengalami was-was, mereka akan berasa tidak
tenteram, resah dan gelisah kerana merasakan setiap yang dilakukannya tidak
sempurna. Hal ini menyebabkan individu tersebut mengalami tekanan perasaan.
5. Mengganggu ketenteraman orang lain
Keadaan ini boleh dilihat terutama ketika melakukan solat berjemaah di mana
individu yang berpenyakit was-was ini boleh mengganggu makmum yang lain.
Sebagai contoh, ketika mengangkat takbiratul ihram, seseorang yang menghidap waswas akan mengangkat takbir berulang kali sehingga menganggu tumpuan makmum
lain yang memerhatikan perbuatannya.
6. Meninggalkan sunnah Rasul dan mengikuti was-was syaitan
Contoh yang boleh dilihat dalam hal ini adalah ketika mengambil wuduk. Bagi
pesakit, mereka akan berasa ragu-ragu tentang anggota wuduk mereka sama ada
sudah dibasuh sebanyak tiga kali atau belum? Akhirnya, individu ini akan membasuh
anggota wuduk berulang-ulang kali melebihi sunnah Rasulullah s.a.w. Pada masa
yang sama, pembaziran air turut berlaku dan hal ini bertentangan dalam Islam.
Bahkan Allah melarang perbuatan ini sehingga menyamakan orang yang membazir
itu dengan saudara syaitan. Allah berfirman dalam surah al-Isra’, ayat 27:
27. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan
itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
7. Merosakkan akidah
Kesan ini sangat bahaya terutama kepada umat Islam, di mana individu yang
menghidap was-was khususnya was-was keimanan atau akidah, di mana was-was
9
tersebut akan menjadikannya keluar dari iman atau akidah. Was-was sebenarnya
boleh menyebabkan individu tersebut menjadi agresif, marah, sinsitif. Di samping itu,
mereka boleh sampai ke tahap meragukan Allah s.w.t dan meragukan kebenaran ayatayat al-Quran.10
Terapi merawat was was
Sebelum kita membincangkan tentang penyakit was-was, seseorang yang tidak diuji
dengan penyakit was-was seharusnya tidak mempermainkan atau memperlekehkan
mereka yang menerima ujian ini. Apa yang harus dilakukan ialah bantu mereka yang
berpenyakit was-was dalam merawat pesakit mereka dan dapat menolong mereka dalam
menghadapi dugaan ini.
Terdapat beberapa kaedah ulama dan ahli solih dalam menghadapi penyakit was-was
ini, sebagaimana dalam kitab al-Fatawa al-Fiqhhiyyah al-Kubra dari Ibn Hajar alHaytami menjelaskan beberapa langkah untuk merawat penyakit was-was ini. Penyakit
was-was ini bukanlah sesuatu yang baru, namun ia sudah wujud sejak zaman nabi SAW
lagi. Antara teknik yang disarankan oleh para ulama dalam merawat penyakit was-was
adalah:
1. Tidak peduli.
Tidak peduli bermaksud tidak layan apa juga bisikan yang timbul dalam hati.
Contohnya, ketika wuduk sepertimana kita tahu hukum mengambil wuduk tiga
kali basuhan adalah sunat manakala yang wajib hanyalah satu kali sahaja. Oleh
itu, mereka yang berpenyakit was-was diajar oleh ulama agar mengambil wuduk
satu kali basuhan sahaja disertai dengan sempurna dan yakin. Hal ini kerana jika
si penyakit was-was membuat tiga kali dibimbangi akan datang perasaan waswas. Oleh itu, meraka ini disarankan mengambil wuduk dengan satu basuhan
sahaja dan tidak mengambil endah panggilan-panggilan ataupun bisikan yang ada
didalam hati.
10
Haji Lokman, “Was-Was(Obsessive Compulsive Disorder)”, laman sesawang al-Hidayah, dicapai 17 Mei
2016, http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/was-was-obsessive-compulsive-disorder
10
Ibn Hajar Haytami ketika mengulas tentang penyakit was-was beliau ada
menyatakan bahawa ada ubat yang mujarab untuk penyakit ini iaitu tidak peduli
secara keseluruhan, jangan ambil kisah meskipun timbul dalam dirinya keraguaan
yang hebat.
2. Buat perkara sebaliknya
Mengamalkan sikap yang sebaliknya ataupun lawan arus apabila bisikan itu
timbul, contohnya, ketika selesai mandi wajib, jika seseorang itu rasa ingin
memeriksa samada celah kuku rata atau tidak, seseorang itu tidakperlu layan
kehendaknya itu sebaliknya dia perlu menyiapkan mandi wajib itu. Hal ini kerana
11
ulama mengajar agar mengambil langkah sebaliknya iaitu sebaiknya jangan
membuat apa yang timbul dalam hati.
Ada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, nabi bersabda “bila seseorang itu
solat dan terasa buang angin, janganlah dia membatalkan solatnya sehingga dia
dengar bunyi kentutnya tadi dan juga baunya terhidu”. Disini jelas menunjukkan
nabi juga mengajar kita supaya mengambil langkah yang sebaliknya jika timbul
bisikan-bisikan terutamanya ketika solat.
3. Berlatih dengan sabar
Cara merawat penyakit was-was yang seterusnya ialah seseorang itu perlulah
bersabar dalam melawan penyakit was-was ini. Terus menerus mengamalkan
sikap tidak layan dan buat perkara sebaliknya daripada bisikan-bisikan yang
timbul. Seseorang itu perlu menyedari bisikan itu adalah benar-benar kerja
syaitan dan apa yang dilakukan ini adalah sedang duduk berperang dengan
syaitan yang duduk dihati dan seluruh daya usaha ini berhadapan dengan syaitan
adalah merupakan satu jihad yang perlu diiklankan atau diumumkan dalam diri
seseorang supaya dapat mencatas hasutan syaitan itu.
4. Membaca taawuz dan meludah kekiri sebanyak 3kali
Terapi ini diterangkan oleh Nabi SAW dalam hadis Muslim “itulah syaitan
khanzab, jika kau sedang rasa digoda oleh syaitan ini, maka mintalah
perlindungan daripada Allah SWT dengan membaca taawuz iaitu "أعوذ باه من
" الشيطان الجيمdan berpalinglah kesebelah kiri dan hembus serta ludah sebanyak
tiga kali”.
11
Ibn Hajar Haytami, Al-fatawa alfiqhiyyah alkubra (Beirut : Dar sader).
11
Perkara yang pertama yang diajar oleh Nabi dalam hadis tersebut ialah
membaca taawuz. Ketika seseorang itu membacanya maka perlulah berserah diri
kepada Allah dan memohon agar dijauhkan daripada syaitan yang sedang
mengganggunya.
Perkara kedua iaitu berpaling kekiri serta meludah sebanyak tiga kali.
Meludah maksudnya disini hanya sebagai syarat dan membayangkan seolah-olah
sedang menghalau syaitan. Tindakan ini adalah sebenarnya membimbing dan
memimpin seleruh saraf khususnya otak kita bahawasanya gangguan-gangguan
itu telah disekat.
5. Mendalami ilmu agama
Untuk merawat penyakit was-was seseorang itu perlulah mendalami ilmu
agama agar dapat mengetahui yang mana betul atau salah, yang mana yang
dituntut oleh Allah dan Nabi. Orang yang menambah ilmu, akan membuatkan
jiwanya tenang dan yakin, ketahuilah jiwa yang tenang ini, syaitan tidak akan
mudah masuk kedalam jiwanya.
Mencegah Penyakit Was -was Melalui Terapi Al-Quran
Hubungan al-Quran dengan penyakit Was -was
Al-Quran merupakan kitab suci yang lengkap datangnya daripada Allah SWT.
Sepertiman yang diketahui didalam al-quran terdapat penawar dan ubat bagi segala penyakit
sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 82:
82. Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orangorang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim
selain kerugian.
12
Ibnu Qayyim berkata “ketahuilah bahawa ubat-ubat dari Allah bermanfaat untuk
mengubati penyakit yang sudah menimpa dan mencegahnya sebelum ia benar-benar
menimpa”. Oleh itu dapatlah kita ketahui bahawa rawatan penjagaan yang sangat diberi
perhatian oleh Islam ialah mewajibkan manusia menjauhkan diri daripada perkara-perkara
yang boleh mendatangkan kebinasaan dan penyakit was-was merupakan salah satu yang
boleh membawa kepada kebinasaan.12
Mencegah penyakit was-was melalui Al-Quran
Allah ada menyebut tentang was-was didalam al-quran antaranya ialah firman dalam surah
Yunus ayat 94 iaitu:
94. Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami
turunkan kepadamu, Maka Tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum
kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah
sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.
Seterusnya, Allah mengajarkan hambanya untuk memohon perlindungan daripada
gangguan-gangguan syaitan dalam firmannya surah al-Mukminun ayat 97-98 iaitu:
12
Nor Risiah Bt Md Maarof, Terapi Al-quran Dalam Merawat Penyakit Was-was Dalam Kalangan Umat islam:
Suatu analisis (Kuala Lumpur : Jabatan Akidah Dan pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 2009)
13
(97)Dan Katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan
syaitan. (98) Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku, dari kedatangan mereka
kepadaku."
Manakala Nabi Saw berkata: “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar
dan Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk dari bisikan serta tiupan semburan
lidahnya”.
Oleh hal yang demikian, dalam Islam mengajar umatnya untuk bagaimana
menghadapi gangguan –gangguan daripada syaitan dengan meminta perlindungan sekaligus
mencegah penyakit was-was dengan cara yang dibenarkan oleh syarak yang terdapat dalam
Al-Quran khusnya tiga surah terakhir iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas.
Didalam alquran terdapat surah ‘perlindungan’ yang dipanggil ‘al-mua’wwizatain’
sebagaimana dalam sabda Nabi SAW:
“Wahai Ibnu Abbas, mahukah kamu aku beritahu kepadamu tentang perlindungan
yang paling baik digunakan untuk orang-orang yang berlindung? Ibnu Abbas menjawab
“tentu Ya Rasulullah”. Baginda bersabda, “bacalah Qul a’udzu birrabi al-falaq dan qul a’udzu
birabbi an-nas, dua surah ini.”
Justeru, menghindari datangnya was-was setidak-tidaknya ada dua cara yang dapat
diamalkan:
1. Berzikir kepada Allah
“Abu Hurairah berkata: “was-was itu dilahirkan dari syaitan, apabila disebut
nama Allah ia menghilang, namun apabila tidak disebutNya maka ia tetap
bersemayam di dalam kalbu” (Riwayat al-Bukhari)
2. Mengumandangkan azan dan iqamah sebelum solat :
“Nabi SAW bersabda “sesungguhnya syaitan apabila mendengar azan solat maka
ia berusaha mengeluarkan angin yang berbunyi sehingga tidak lagi terdengar
suara azan, namun jika selesai maka ia kembali untuk membisikkan pada manusia
(was-was). Demikian pula apabila ia mendengar iqamah maka ia pergi sampai
tidak terdengar lagi suara iqamah, tetapi jika selesai maka ia kembali untuk
membisikkan kepada manusia (was-was).
14
Manifestasi Al-quran terhadap penyembuhan penyakit was-was
Terapi Al-Quran boleh dimanifestasikan dalam amalan berzikir. Secara umumnya,
zikir dapat mengembalikan kesedaran seseorang yang hilang, kerana ia mendorong seseorang
untuk mengingat dan menyebut kembali perkara-perkara yang tersembunyi dihatinya. Oleh
itu, dalam merawat penyakit was-was telah dikumpul dan disusun beberapa surah didalam alQuran mengikut kaedah-kaedah tertentu yang boleh diamalkan oleh pesakit was-was.
Beberapa metode terapi al-Quran yang dimanifestasikan melalui amalan berzikir iaitu:
1. Pertama: dalil-dalil berupa sanggahan kepada alasan pesakit was-was.
Perkara yang perlu dilakukan terhadap pesakit was-was ialah menyedarkan
mereka melalui pendekatan psikologi. Menyedarkan mereka apa yang mereka
rasa dan syak itu hanyalah kebatilan semata-mata dan kebenaran itu hanya
pada mengikut Allah dan Rasulnya. Antara hujahnya ialah:
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 iaitu:
21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.
Dalil kedua: Surah Ali-Imran ayat 31
31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku,
niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
15
2. Kedua : Dalil-dalil sebagai penawar kepada penyakit was-was
a. Haji Abd Rasyid Ahmad
Beliau mencadangkan antara-antara surah yang perlu diulang baca dan
diamalkan ialah surah al-Fatihah, surah Al-Baqarah dan surah Yasin.
Surah AL-Fatihah berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit rohani dan
juga fizikal. Ibnu Qayyim berkata: “Aku pernah menetap di Mekah untuk
beberapa lama dalam keadaan sakit, sementara aku tidak mendapatkan
sebarang tabib, dan tiada bekalan ubat. Lalu aku mengubati diriku sendiri
dengan bacaan Al-Fatihah. Ternyata aku melihat pengaruh yang sangat
menakjubkan. Setiap kali ada orang yang mengeluh sakit, maka
kuceritakan hal ini sehingga kebanyakan diantara mereka cepat sembuh”.
Surah al- Baqarah pula ialah didalamnya terdapat ayat yang
paling agung dalam quran iaitu ayat kursi. Barangsiapa yang membacanya
di malam hari, maka ia akan mendapatkan penjagaan dari Allah dan tidak
akan didekati oleh syaitan sampai pagi harinya.
Fadhilat surah Yasin ialah dari Aisyah r.a bahawasanya
Rasulullah SAW telah bersabda: “sesungguhnya didalam al-Quran itu
terdapat sebuah surah yang boleh memberi syafaat kepada orang yang
membacanya, dan mengampunkan dosa orang
yang mendengar
bacaannya, ketahuilah ia ialah surah Yasin”.
b. Abi Fada’ Muhammad
Menyarankan agar mengamalkan amalan seperti pertamanya zikir selepas
solat. Uqbah bin Amir berkata: “Rasulullah SAW menyuruhku untuk
membaca ayat-ayat perlindungan setiap kali selesai solat”. (Riwayat Ahmad).
Kedua ialah mengamalkan ayat 3 surah Al-Hadiid iaitu:
16
3. Dialah yang Awal dan yang akhir yang Zhahir dan yang Batin13 dan
Dia Maha mengetahui segala sesuatu.
Seorang saudara sepupu Nabi SAW dan juga ahli tafsir al-Quran, Abdullah
Abbas ra, pernah berkata: “apabila engkau merasakan dalam diri engkau
sesuatu keraguan (syak terhadapa Allah) maka bacakan dari surah Al-Hadiid
ayat 3.”
Amalan ketiga ialah membaca surah al-Mukmin sebelum tidur dan
memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW sehingga mengantuk.
Disamping itu, mengamalkan surah as-sajdah dan melakukan sujud sajdah
ketika melalui ayat sajdah. Abu Hurairah r.a memberitakan Rasulullah SAW
bersabda bahawa syaitan berkata: Apabila anak Adam membaca surah sajdah,
maka dia bersujud dia memperolehi syurga, sedangkan aku diperintahkan
bersujud maka aku menderharkainya, maka bagiku neraka. Beliau juga
menyarankan supaya mengamalkan dan memperbanyakkan membaca surah
Al-Ikhlas.14
c. Dato Dr Haron Din
Beliau menyarankan supaya berdoa disertai dengan membaca surah
Al-Fatihah dan keduanya membaca surah al-Ikhlas kemudian ludah sebelah
kiri 3 kali diikuti dengan bacaan berikut:15
3. Dialah yang Awal dan yang akhir yang Zhahir dan yang Batin dan Dia
Maha mengetahui segala sesuatu.
13
Yang dimaksud dengan: yang Awal ialah, yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, yang akhir ialah yang
tetap ada setelah segala sesuatu musnah, yang Zhahir ialah, yang nyata adanya karena banyak bukti- buktinya
dan yang Bathin ialah yang tak dapat digambarkan hikmat zat-Nya oleh akal.
Asy-Syaikh Abi Al-Fadaa’ Muhammad, Mari Berbuat dengan Al-Quran, terj. Abdullah al-Qabri B hj Salleh
(kuala Lumpur : Al-Hidayah,1996)91
15
Amran kasimin dan haron din, Doa-doa rawatan pesakit menurut Al-Quran dan As-sunnah, (Kuala Lumpur:
penerbit percetakan watan sdn bhd, 1995)99
14
17
Pengalaman Pesakit Was-Was
Pesakit ini merupakan Puan Maisarah yang pernah mengalami penyakit was was dan
berjaya sembuh dengan menjalani rawatan di Darul Syifa’. Berikut merupakan perkongsian
beliau.
Dr Aini Alias dipusat perubatan Darul Syifa’ pernah menerangkan bahawa penyakit
tersebut berkait rapat dengan gaya hidup kita. Begitu juga gaya hidup saya yang terlalu sibuk
dengan amalan harian dan ia telah menyebabkan penyakit ini berlaku tanpa sedar.
Oleh kerana selalu sibuk dengan kerja dapur, masak memasak, maka apabila
masuknya waktu solat, perlu membersihkan diri, semasa mengambil wuduk selalu ragu-ragu
dengan bau ikan, bawang sehingga kerap mengulangi wuduk. Selalu suka memasang air
dengan deras dan kuat, sebab rasa jika air sikit wuduk tidak kena pada anggota tertentu.
Kadang-kala sudah selesai ambil wuduk, diri masih tidak yakin dengan bilangannya dan
ambil semula. Situasi ini berterusan lebih kurang dalam tempoh lima bulan. Masalah ini telah
disedari oleh suami dan anak saya kerana bil air telah naik secara mendadak. Anak saya
perasan semasa saya mengikuti kuliah di surau dan aktiviti hujung minggu kerana semasa
ambil wuduk anak menunggu terlalu lama sehingga dia datang ke tempat mencari saya.
Semasa keluar rumah, kebiasaannya saya adalah orang yang terakhir keluar, maka
suami selalu akan tanya: “Pintu sudah kunci belum?” ayat demikian selalu dimainkan di
telinga sehingga tidak yakin pada diri, dan tanya pada diri: “Adakah tadi saya sudah kunci
pintu ataupun belum?”
Risau lupa kunci, perbuatan yang kerap patah balik periksa pintu sering berlaku.
Perasaan ragu-ragu, was-was sentiasa ada. Pernah ada sekali saya keluar dari rumah, sudah
jalan jauh, hati fikir sudah kunci pintu ataupun belum, asyik memikir soalan itu sepanjang
jalan. Akhir sekali saya tidak yakin kunci ataupun belum, maka saya balik rumah semula
sekadar hanya hendak pastikan pintu kunci atau sebaliknya.
Dengan kehendak Allah swt, keadaan was-was ini telah disedari oleh anak perempuan
saya, kemudian dia memperkenalkan kawannya yang belajar ilmu psikoterapi Islam. Selepas
penerangan dan galakkannya daripada anak, maka saya telah mengikuti perubatan Darul
Syifa’ yang dikendalikan oleh Dr Aini Alias dan Dr Syamimi Azman yang berpengalaman.
18
Cara Perubatan Darul Syifa’
Apabila bertemu dengan Dr Aini, beliau menerangkan sebab-sebab terdapat penyakit
was-was ini. Terutamanya daripada amalan kehidupan, tidak yakin pada diri, berpunca
daripada tekanan hidup. Langkah pertama beliau telah menerangkan sebab, kemudian
menerangkan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Seterusnya saya dirujukkan kepada Dr
Syamimi untuk rawatan rohani ataupun dalaman.
Dr Syamimi memesan supaya saya harus menyakinkan diri dengan ayat al Quran, doa
dan ulangi perbuatan atau cara mengambil wuduk dengan sempurna dengan pantuan anak
saya.
Pertamanya perlu membaca ta’awus, memahami maksudnya, yakin kepada Allah swt
akan melindungi kita daripada gangguan syaitan. Mengamalkan surah tiga ‘Qul’, mengikuti
Sunnah Rasulullah membaca surah-surah ini apabila baginda pernah diganggu oleh Jin.
Kemudian sentiasa berzikir, selawat ke atas nabi.
Berkaitan dengan ragu-ragu tentang pintu pula, Dr Syamimi mengajar agar tidak
ambil peduli dengan bisikan telinga, lagi pun dalam rumah bukannya ada simpanan sebanyak
2.6 billion. Selalu bercakap dengan diri bahawa pintu rumah telah kunci selepas keluar dari
rumah. Yakin ingatan diri. Jangan layan bisikan ataupun pertanyaan suami bahawa pintu
rumah sudah kunci mahupun belum.
Seterusnya, semasa mengambil wuduk, anak saya selalu berada di sisi saya, dia selalu
memperingatkan saya agar jangan membazir air, jika saya ulangi perbuatan itu, dia akan
sebut “sesungguhnya orang yang suka membazir, mereka adalah sahabat syaitan.”
Pendengaran ayat sebegini amat memberi kesan pada penyakit saya. Lama-kelaman saya
dapat yakin dengan wuduk dan menjimatkan air.
Tempoh rawatan penyakit was-was ini telah mengambil masa hampir setahun,
Alhamdulillah sekarang hati saya berasa tenang, aman dan yakin. Pemikiran dapat
ditumpukan pada sesuatu perkara dan tidak tertekan lagi.
19
Kesimpulan
Penyakit was-was adalah satu penyakit jiwa yang berpunca daripada syaitan. Oleh itu,
kita digalakkan supaya mencegah dan merawat penyakit ini dengan sebaik yang mungkin.
Oleh itu, terapi al-Quran merupaka antara salah satu cara atau rawatan untuk menyembuhkan
penyakit ini. Kita sudah sedia maklum bahaw al-Quran itu adalah penawar bagi setiap
penyakit sama ada penyakit fizikal mahupun jiwa. Allah berfirman dalam surah Al-Israa’
ayat 82 iaitu:
82. Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orangorang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim
selain kerugian.
Sebenarnya tiada satu pengkhususan atau kaedah-kaedahdalam perawatan melalui
terapi Al-Quran. Ini kerana, mana-mana ayat Al-Quran yang dibaca secara tadabbur dengan
penuh keyakinan dan menjadi ubat. Namun begitu, semua metod Terapi Al-Quran yang boleh
dimanifestasikan melalui zikir, yang menghimpunkan ayat-ayat dan surah-surah tertentu
sebagai pembimbing dan pemudahcara yang tiada lain bertujuan hanya untuk rawatan
penyembuhan penyakit was-was.
Pesakit bebas memilih mana-mana atau mengambil keseluruhan himpunan ayat yang
dikemukakan oleh mana-mana tokoh dengan syarat mestilah tekun dalam membacanya ayatayat al-Quran pilihan dan mentadaburinya beserta keyakinan bahawa kesembuhan adalah
semata-mata di tangan Allah SWT.
Ketenteraman hati adalah asas utama bagi kesihatan kerohanian. Mengingati Allah
SWT merupakan kaedah yang berkesan dalam merawat jiwa manusia yang sakit agar kembali
tenteram. Zikrullah dilihat dapat membersihkan hati daripada lintasan-lintasan buruk dan
menambahkan kecintaan kepada Alah. Justeru, dapat disimpulkan bahawa ibadah zikir yang
diamalkan secara berterusan akan memberikan ketenangan kepada jiwa sekaligus
menyembuhkan ketidakstabilan emosi pesakit was-was.
20
Bibliografi
1. Nor Risiah. Terapi Al-Quran Dalam merawat Penyakit Was-Was Dalam
Kalangan Umat Islam: satu analisis. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,
2009
2. Al-Fadaa’ Muhammad. Mari Berubat Dengan Al-Quran, terj Abdullah Al-Qari B
Hj Salleh. Kuala Lumpur : Al-Hidayah,1996
3. Amran kasimin dan Haron Din. Doa-Doa Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran
dan As-Sunnah. Kuala Lumpur: Percetakan Watan SDN BHD, 1995.
4. Abu Saufi Abdullah. Perubatan dengan Kemukjizatan Al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Darul Iman, 1999.
5. Abu Abdullah Syamsuddin. Penyakit Was-Was Kemudaratan Dan Cara
Mengatasinya. Kuala Lumpur: Era Ilmu SDN BHD, 1996.
6. Ibnu Qayyim Al-Jawaziyyah. Menghindari Was-Was Godaan Syaitan. Terj. Mohd
Sofwan Amirullah N. Batu Caves: Pustaka Ilmi, 1995.
7. Ibnu Qadimah dan Ibnul Qayyim. Was-Was- Bila Syaitan Membelit Manusia.
Terj, Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1990.
8. Ibn Hajar Haytami. Al-fatawa Al-fiqhiyyah Al-kubra. Beirut: Dar Sader.
9.
“Obsessive Compulsive Disorder (OCD)”, laman sesawang Dokita, dicapai 17
Mei 2016, http://dokita.co/blog/obsessive-compulsive-disorder-ocd/
10. Fuadah Fakruddiana, Penghayatan Zikir dan Surah an-Nas untuk mengurangi
gejala Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Dimuat turun pada 15 Mei 2016
dari
http://eprints.uad.ac.id/2667/1/Penghayatan_%26_Zikir_Annaas_Fuadah_Fakhrud
diana.pdf
11. Mohamad Adam Ab Rahim, “Cara Mengubati Penyakit Was-Was Bersama
Ustazah
Isfadiah,”
laman
sesawang
Youtube,
dicapai
15
Mei
2016,
https://www.youtube.com/watch?v=8H3Ckb2PDmI
12. Widiastuti, R., “Gangguan Obsesif Kompulsif Tokoh Nikha dalam Novel
Sekotak Kertas Karya Narnie January: Pendekatan Psikologi Kepribadian
(Obsessive Compulsive Disorder of Nikha Character in “Sekotak Kertas” Novel
by Narnie January: Psychology Personality Approach),” SAWERIGADING
Jurnal Bahasa dan Sastra, 20(3), (2016).
21
13. Izzeyda, “Penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder),” dicapai 16 Mei
2016,
http://izzeyda-info.blogspot.my/2013/05/penyakit-ocd-obsessive-
compulsive.html
14. Widiastuti, R., “Gangguan Obsesif Kompulsif Tokoh Nikha dalam Novel
Sekotak Kertas Karya Narnie January: Pendekatan Psikologi Kepribadian
(Obsessive Compulsive Disorder of Nikha Character in “Sekotak Kertas” Novel
by Narnie January: Psychology Personality Approach),” SAWERIGADING
Jurnal Bahasa dan Sastra, 20(3), (2016).
15. Fuadah Fakruddiana, Penghayatan Zikir dan Surah an-Nas untuk mengurangi
gejala Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Dimuat turun pada 15 Mei 2016
dari
http://eprints.uad.ac.id/2667/1/Penghayatan_%26_Zikir_Annaas_Fuadah_Fakhrud
diana.pdf
16. Haji Lokman, “Was-Was(Obsessive Compulsive Disorder)”, laman sesawang alHidayah, dicapai 17 Mei 2016, http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hjlokman/was-was-obsessive-compulsive-disorder.
22