Academia.eduAcademia.edu

KITARAN SEMULA DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU BRUNEI

Pendekatan Morfologi dan Fonologi Leksikal (MFL) yang dikemukakan oleh Kiparsky (1982) berasaskan kepada gabungan teori yang sedia ada, iaitu morfologi dan fonologi. Dalam pendekatan ini dikatakan, proses pembentukan kata mempunyai hubungan yang sangat rapat dan saling berkait (symbiotic relationship) antara aturan morfologi dengan aturan fonologi. Dalam aturan morfologi, inputnya terdiri daripada morfem terikat (affix) dengan kata dasar (Underived lexical). Input ini akan diproses pembentukannya terlebih dahulu sebelum dihantar ke dalam aturan fonologi. Kedua-dua aturan tersebut diandaikan berlaku mengikut ketertiban tingkat dan berkitar di dalam leksikon penutur. Dalam kertas kerja ini pengkaji ingin memperlihatkan bagaimana operasi proses pembentukan kata Bahasa Melayu Brunei (BMB) dalam kedua-dua aturan tersebut saling berkait, iaitu aturan morfologi dengan aturan fonologi. Dalam aturan morfologi kedudukan morfem terikat BMB dalam tatatingkat akan dapat dikenalpasti dari ketertibannya. Setiap aturan morfologi yang berlaku akan menerima aturan fonologi. Ada kalanya, output (kata terbitan) dapat dikitar semula (recycle). Ini bermaksud output (kata terbitan) dari proses pembentukan yang pertama boleh menjadi input bagi proses pembentukan kata yang kedua dan berikutnya. Hasil kajian ini telah memperbaharui persepsi tentang proses pembentukan kata BMB, iaitu proses pembentukan kata bukan sahaja berlaku dalam satu lapisan, yakni selapis tetapi juga wujud dalam beberapa lapisan. 1.0 Pendahuluan Proses pembentukan kata (Word Formation process) merujuk kepada operasi yang berlaku dalam menghasilkan sesuatu kata. Dalam Bahasa Brunei ada 3 proses yang sering dikaitkan dengan pembentukan kata, iaitu proses pengimbuhan, proses pemajmukan dan proses penggandaan. Proses-proses ini dapat membentuk satu perkataan baru yang diberi nama sebagai kata terbitan, kata majmuk dan juga kata ulang. Dari perspektif tatabahasa tradisional, kata terbitan yang dihasilkan adalah melalui proses penambahan, iaitu pencantuman antara morfem terikat (penambah) dengan morfem bebas (kata dasar). Misalnya, dalam bahasa Brunei, gabungan morfem terikat ({pang}) dengan

Abstrak TATATINGKAT DAN PROSES KITARAN DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU BRUNEI Oleh Mardina binti Haji Mahadi Pendekatan Morfologi dan Fonologi Leksikal (MFL) yang dikemukakan oleh Kiparsky (1982) berasaskan kepada gabungan teori yang sedia ada, iaitu morfologi dan fonologi. Dalam pendekatan ini dikatakan, proses pembentukan kata mempunyai hubungan yang sangat rapat dan saling berkait (symbiotic relationship) antara aturan morfologi dengan aturan fonologi. Dalam aturan morfologi, inputnya terdiri daripada morfem terikat (affix) dengan kata dasar (Underived lexical). Input ini akan diproses pembentukannya terlebih dahulu sebelum dihantar ke dalam aturan fonologi. Kedua-dua aturan tersebut diandaikan berlaku mengikut ketertiban tingkat dan berkitar di dalam leksikon penutur. Dalam kertas kerja ini pengkaji ingin memperlihatkan bagaimana operasi proses pembentukan kata Bahasa Melayu Brunei (BMB) dalam kedua-dua aturan tersebut saling berkait, iaitu aturan morfologi dengan aturan fonologi. Dalam aturan morfologi kedudukan morfem terikat BMB dalam tatatingkat akan dapat dikenalpasti dari ketertibannya. Setiap aturan morfologi yang berlaku akan menerima aturan fonologi. Ada kalanya, output (kata terbitan) dapat dikitar semula (recycle). Ini bermaksud output (kata terbitan) dari proses pembentukan yang pertama boleh menjadi input bagi proses pembentukan kata yang kedua dan berikutnya. Hasil kajian ini telah memperbaharui persepsi tentang proses pembentukan kata BMB, iaitu proses pembentukan kata bukan sahaja berlaku dalam satu lapisan, yakni selapis tetapi juga wujud dalam beberapa lapisan. 1.0 Pendahuluan Proses pembentukan kata (Word Formation process) merujuk kepada operasi yang berlaku dalam menghasilkan sesuatu kata. Dalam Bahasa Brunei ada 3 proses yang sering dikaitkan dengan pembentukan kata, iaitu proses pengimbuhan, proses pemajmukan dan proses penggandaan. Proses-proses ini dapat membentuk satu perkataan baru yang diberi nama sebagai kata terbitan, kata majmuk dan juga kata ulang. Dari perspektif tatabahasa tradisional, kata terbitan yang dihasilkan adalah melalui proses penambahan, iaitu pencantuman antara morfem terikat (penambah) dengan morfem bebas (kata dasar). Misalnya, dalam bahasa Brunei, gabungan morfem terikat ({pang}) dengan kata dasar (tabak) membentuk kata nama terbitan panabak. Gabungan morfem terikat ({bar-}) dengan kata dasar (tawar) membentuk kata kerja terbitan batawari . Dalam model Morfologi dan Fonologi Leksikal (Kiparsky, 1982), (sila lihat lampiran, Rajah 1) , proses pembentukan kata diandaikan menjadi sebahagian daripada aturan-aturan yang telah sedia ada di dalam leksikon penutur. Input proses pembentukan kata terdiri daripada penambah (affix) dan kata dasar (Underived lexical). Input ini diproses pembentukannya di dalam aturan morfologi dan dihantar ke dalam aturan fonologi. Aplikasi kitaran proses pembentukan kata bermula dari aturan morfologi kemudian melepasi aturan fonologi sebelum direpresentasikan dalam bentuk fonetik. Menurut Strauss (1982:157-8) yang dipetik oleh Jolanta: “The process of word-formation is intrinsically interspersed with the application of cyclic phonological rules. They apply immediately after that affix is attached which, on attachment, contributes to satisfying the structural description of the rule. Word- formation rules and cyclic phonological rules alternate with each other in the process of word formation”. (Jolanta, 1989:25) Output dari proses pembentukan kata pertama dapat dikitar semula, iaitu dijadikan sebagai input bagi proses pembentukan kata kedua dan seterusnya. Dalam konteks ini, proses pembentukan kata berlaku secara berkitar. 2.0 Proses kitaran dalam Aturan Morfologi Berdasarkan pendekatan yang dikemukakan oleh Kiparsky (1982) proses pembentukan kata yang berlaku di tingkat 1 dalam aturan morfologi adalah sangat dekat dengan kata dasar. Ini disebabkan perubahan bunyi yang berlaku pada kata dasar. Dalam pembentukan kata bahasa Melayu Brunei, penambah {mang}dan {pang} diandaikan sangat dekat dengan kata dasar.Oleh hal yang demikian, proses pembentukan kata berlaku pada permulaan tingkat, iaitu di tingkat 1. Contoh struktur aturan morfologi kata kerja dapat dilihat seperti yang berikut: Kitaran 1 di Tingkat 1 Lapisan 1: [ mang kk - [antat] kk ] ( mangantat kk ) Output T1: [mãŋántat] kk Output dari lapisan 1 ini dapat dikitar semula bagi membentuk kata kerja yang berikutnya, iaitu apabila digabungkan dengan penambah {-i}. Oleh sebab kitaran ini berlaku di tingkat yang sama, maka prosesnya menjadi lapisan ke-2. Ketertiban ini dapat dilihat seperti contoh yang berikut: Lapisan 2: [[mãŋántat ] kk i ] kk ( mangantati kk ) Output T1: [mãŋantǎttí] kk Adakalanya penambah akhiran {-i} BMB lebih awal berlaku dalam proses pembentukannya berbanding penambah {mang-}. Hal ini dapat diketahui apabila ia diaplikasi mengikut ketertiban yang berikut: Kitaran 1 di Tingkat 1 Lapisan 1 : [[ daŋan ] kn -i ] kk ( dangani kk ) [daŋǎnní] kk Lapisan 2: [mang kk - [daŋǎnní] kk ] ( mandangani kk2) Output T1: [ mãndaŋǎnní] kk Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Kiparsky (1982) dan juga Katamba (1989) operasi pembentukan kata yang berlaku di tingkat 2 dikatakan kurang dekat dengan kata dasar. Di tingkat 2, proses pembentukan kata tidak melibatkan perubahan bunyi. Jika diaplikasikan dalam BMB, penambah seperti awalan {di} dan akhiran {-kan} dapat diandaikan tidak dekat dengan kata dasar. Penggabungan bunyi /-kan/ tidak membawa sebarang perubahan pada kata dasar. Ketertiban penambah ini dapat dilihat seperti contoh yang berikut: Kitaran di Tingkat 2 Lapisan 1: [ mãnáruh ] kk __ kan ] kk ( manaruhkan kk ) Output T2 : [ mãnarúhkan ] kk Kedudukan penambah {di-} akan berada pada lapisan 2, jika proses pembentukannya diimulai dengan penambah {-kan}.. Kitaran 1 di Tingkat 2 Lapisan 1: [[kurapak] kk - kan] kk ( kurapakkan kk1 ) Lapisan 2: [ di kk - [kurapákkan] kk ] ( dikurapakkan kk2 ) Output T2: [dikurapákkan]kk Armah (1993), Jaludin (1993), dan Soepomo (1995) mengatakan akhiran {-i} dan akhiran {-kan} boleh bergabung bersama-sama dengan penambah awalan. Oleh hal yang demikian tidak akan berlaku proses trunkasi kata kerja. Menurut Soepomo: “Di dalam DMB , i masih boleh diikuti oleh akhiran –kan. Hal seperti ini sama sekali tak pernah terjadi di dalam bahasa Melayu Standard. Contoh: maminjamikan, mangambilikan, dibuatikan, dimandihikan, tacangkulikan, tadalamikan, bajambulikan, babantalikan, pamayungikan”. (Soepomo Poedjosoerdarmo, 1995:153) Kewujudan kata-kata terbitan yang dinyatakan oleh Soepomo di atas dapat diaplikasi mengikut tertiban tingkat. Susun atur bentuk-bentuk kata terbitan tersebut dapat digambarkan seperti yang berikut: Kitaran di Tingkat 1 Lapisan 1: [ [mandi] kk i ] kk ( mandii kk1) Lapisan 2: [mang kk [mandihí]] kk ( mamandii kk2) Output T1: [mãmandihí] kk Kitaran di Tingkat 2 Lapisan 1: [ [mãmãndihí ] kk - kan ] kk ( mamandiikan kk ) Output T2 : [mãmãndihíkan] kk Bagaimanapun, dari data primier yang dikumpulkan tidak ada bentuk kata yang bergabung dengan dua morfem, iaitu { i} dan {kan}ditemui oleh pengkaji. 3.0 Proses kitaran pembentukan kata dalam aturan fonologi (AF) Proses pembentukan kata dengan penambah /maŋ/ dalam aturan fonologi dimulai dengan kitaran 1. Dalam kitaran awal, bunyi awal kata dasar akan mengalami pertembungan bunyi dengan penambah {mang}. Input AF akan mengalami beberapa proses mengikut urutan. Proses-proses fonologi yang berlaku dalam BMB, seperti proses asimilasi nasal (AN), proses pengguguran nasal (PN), proses pengguguran obstruen tak bersuara (POTB), proses nasalisasi vokal (NV) dan proses pengguguran nasal. Dalam BMB semua proses fonologi ini berlaku terlebih dahulu sebelum berlakunya proses tekanan. Dalam kajian fonologi generatif, aturan yang mempunyai hubungan atur rumus dikenali sebagai aturan penyuapan (feeding rule). Sebaliknya, aturan yang tidak mempunyai hubungan atur rumus dikenali sebagai rumus pelukaan (bleeding rule) (Zaharani, 1993). Misalnya, perubahan struktur suku kata dan pengekalan bunyi termasuk dalam rumus pelukaan. Ketertiban AF ke atas input bergantung kepada kekangan bunyi yang terjadi pada sesuatu proses pembentukan kata. Urutan AF, input T1 dengan penambah /maŋ/ 3.1 Proses Kitaran Dengan Penambah /maŋ/ + Obstruen Sekiranya penambah {mang} menerima kata dasar yang diawali oleh obstruen, proses asimilasi nasal obstruen akan berlaku. Proses ini dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu asimilasi nasal obstruen bersuara (OB) dan asimilasi nasal obstruen tidak bersuara (OTB). Contoh perkataan-perkataan yang mengalami asimilasi nasal OB dalam BMB disenaraikan seperti yang berikut: Penambah {mang} + OB /maŋ + babat/ [mambabat] ‘membalut’ /maŋ + dayuŋ/ [mandayuŋ] ‘pendayung’ . /maŋ + garut/ [maŋgarut] ‘penggarut’ Berdasarkan proses asimilasi nasal OB yang dinyatakan di atas, proses kitaran bagi pembentukan kata AF dalam BMB dapat digambarkan seperti yang berikut: (i) Proses kitaran bagi perkataan /maŋ + babat/ [pambabat] Input T 1 babat tekanan penultimat Kitaran 1 [mang [babat]] /maŋ + babat/ penambahan awalan /paŋ/ /mambabat/ Asimilasi Nasal OB /mambabat/ tekanan penultimat Output T 1 [mambabat] Contoh di atas memperlihatkan bahawa kata dasar /babat/ menerima tekanan pada suku kata penultimat iaitu [babat]. Apabila proses kitaran 1 berlaku yakni kata dasar /babat/ menerima penambah awalan /maŋ-/, proses asimilasi nasal OB berlaku pada sempadan awalan (antara sempadan penambah dengan kata dasar). Selepas proses Asimilasi nasal OB, barulah diikuti dengan proses tekanan. Berdasarkan kepada generalisasi tekanan dalam BMB, jika penambah awalan digabungkan dengan kata dasar, pola tekanan dalam BMB tidak akan berubah dan kekal pada tekanan penultimat. Oleh itu, dalam kata /mambabat/, tekanan tetap berlaku pada suku kata penultimat, iaitu suku kata ‘ba’ pada perkataan [mambabat]. Proses asimilasi nasal juga berlaku apabila kata dasar yang diawali oleh obstruen tidak bersuara menerima penambah /maŋ/. Dalam kes ini, asimilasi nasal berhormogan berlaku terlebih dahulu, dan diikuti dengan pengguguran obstruen tidak bersuara (OTB) /p, t, k/. Contoh seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: Penambah /paŋ/ {pang} + OTB /maŋ + pukat/ [mamukat] ‘menangkap ikan’ /maŋ + tabak/ [manabak] ‘menebak’ /maŋ + karat/ [maŋarat] ‘mengerat’ Berdasarkan proses Asimilasi nasal OTB yang dinyatakan di atas, proses kitaran bagi pembentukan kata AF dalam BMB dapat digambarkan seperti yang berikut: (ii) Proses kitaran bagi perkataan /maŋ + mukat/ [mamúkat] Input T 1 pukat tekanan penultimat Kitaran 1 [[mang [pukat]] /maŋ + pukat/ penambahan awalan / maŋ-/ /mampukat/ asimilasi nasal OTB /mampukat/ pengguguran obstruen /p/ /mamukat/ perubahan struktur suku kata /mamũkat/ nasalisasi vokal /mamukat/ tekanan penultimat Output T1 [mamukat] Kitaran di atas menunjukkan bahawa tekanan dalam kata dasar [pukat] ialah pada suku kata penultimat. Dalam proses kitaran, kata dasar yang menerima penambah awalan /maŋ/, proses asimilasi nasal berlaku dan diikuti dengan pengguguran obstruen tidak bersuara /p/. Kesan daripada pengguguran obstruen tidak bersuara /p/, perubahan struktur suku kata berlaku dengan melibatkan konsonan nasal /m/ menjadi onset kepada suku kata kedua bagi perkataan [mamukat]. Manakala, tekanan utama berlaku pada suku kata penultimat iaitu pada suku kata ‘mu’. Dalam konteks yang lain, jika sesuatu kata dasar dimulai dengan bunyi /s/, /j/ dan /c/ maka velar /ŋ/ pada penambah /maŋ-/ dan akan berubah menjadi konsonan nasal // . Bunyi frikatif /s/ pada awal kata dasar digugurkan. Manakala bunyi afrikat /j/ dan /c/ tidak mengalami pengguguran. Contoh adalah seperti dalam perkataan yang berikut: Penambah awalan /maŋ/ + kata dasar diawali oleh /s/, /j/ dan /c/ /maŋ + saŋga/ [maaŋga] ‘menyangga’ /maŋ + suruŋ/ [mauruŋ] ‘menyurung’ /maŋ + juluk/ [majuluk] ‘mengait’ /maŋ + jait/ [majayit] ‘menjahit’ /maŋ + caŋkul/ [macaŋkul] ‘mencangkul’ /maŋ + cucuk/ [macucuk] ‘menyucuk’ Proses kitaran dengan penambah awalan /maŋ/ kata dasar yang diawali oleh frikatif /s/ adalah sama dengan proses kitaran yang berlaku pada kata dasar yang diawali oleh obstruen tidak bersuara yang menerima penambah /maŋ/ . Manakala, proses kitaran bagi penambah /maŋ/ + kata dasar yang diawali oleh afrikat /c, j/ adalah sama dengan proses kitaran yang berlaku pada penambah awalan /maŋ/ + kata dasar yang diawali oleh obstruen bersuara. Proses Kitaran Dengan Penambah Awalan /maŋ/ {mang} + nasal, likuida dan Geluncuran Dalam BMB, jika proses asimilasi nasal tidak berlaku pada sempadan awalan, maka kitaran dalam AF akan dimulai dengan proses pengguguran nasal /ŋ/. Dalam BMB proses pengguguran nasal (PN) ini berlaku apabila penambah awalan /maŋ-/ menerima segmen awal kata dasar yang dimulai dengan bunyi konsonan likuida, nasal dan geluncuran /r,l, m, n, ŋ, , w, y/. Menurut Yeoh: “Rumus pengguguran konsonan nasal ini boleh dikatakan natural dalam bahasa Melayu sebab dalam bahasa Melayu tidak terdapat dua konsonan sonoran melintasi sempadan morfem (across morpheme boundary)”. (Yeoh, 1988;140) Pengguguran nasal /ŋ/ dalam BMB /maŋ + warna/ *[ maŋwarna] [mawarna] ‘mewarna’ /maŋ + ramal/ *[ maŋramal] [maramal] ‘meramal’ /maŋ + lagau/ *[maŋlagau] [malagau] ‘memanggil’ /maŋ + laha/ *[maŋlaha] [malaha] ‘membuka sesuatu menyebabkan rosak’ Berdasarkan proses pengguguran nasal velar /ŋ/ di atas, proses kitaran bagi pembentukan kata AF dalam BMB dapat digambarkan seperti yang berikut: (iii) Proses kitaran bagi perkataan /maŋ + laha/ [malaha] Input T 1 [láha] tekanan penultimat Kitaran [mang [laha ]] /maŋ + laha/ penambahan awalan / paŋ-/ /maŋlaha/ asimilasi nasal /malaha/ pengguguran nasal /ŋ/ /maláha/ tekanan penultimat Output T 1 [ maláha] Kitaran di atas menunjukkan bahawa tekanan dalam kata dasar /laha/ berlaku pada suku kata penultimat. Apabila, kata dasar /laha/ menerima penambah awalan /maŋ/, proses asimilasi tidak berlaku, sebaliknya pengguguran velar nasal /ŋ/ berlaku. Dengan pengguguran nasal ini menyebabkan berlakunya perubahan suku kata (ambisyllabic) pada sempadan awalan. Walaupun berlakunya pengguguran nasal pada sempadan awalan, tekanan utama tetap kekal pada suku kata penultimat. Dalam BMB, akhiran /kan/ yang menerima penambah awalan + kata dasar dikenali sebagai penambah apitan. Antara penambah apitan itu ialah /maŋ/…../kan/, /bar/…../kan/, dan /di/…../kan/. Contoh dalam perkataan-perkataan yang berikut: Perkataan-perkataan berpenambah akhiran /kan/ /maŋ + antat + kan/ [maŋantatkan] ‘menghantarkan’ /maŋ + taruh + kan/ [manaruhkan] ‘menyimpankan’ /maŋ + lagaw + kan/ [malagawkan] ‘memanggilkan’ /di + kurapak + kan/ [dikurapakkan] ‘dicakapkan’ /di + mulih + kan/ [dimulihkan] ‘dikembalikan’ /di + idaŋ + kan/ [diidaŋkan] ‘dihidangkan’ Penambah akhiran /kan/ {kan} tidak mengubah pola tekanan BMB. Ini bermakna pola tekanan kekal pada suku kata penultimat sekiranya kata dasar menerima penambah apitan /maŋ/ ..../kan/. Namun begitu, dalam proses kitaran, perkataan yang menerima penambah akhiran /kan/ perlulah melalui proses kitaran 2, di tingkat 2 dengan output kitaran 1 (AM: penambah awalan + kata dasar) menjadi input kepada kitaran 2. Berikut adalah urutan AF, input kitaran 1 dengan penambah awalan /ma/ + kata dasar dan input kitaran 2 dengan penambah apitan /ma/……/kan/. Proses fonologi yang mungkin berlaku pada tingkat 1 ini ialah proses perubahan suku kata (sekiranya kata dasar diawali oleh vokal atau pengguguran obstruen tidak bersuara), asimilasi nasal-obstruen, pengguguran obstruen tidak bersuara, pengguguran nasal (sekiranya menerima kata dasar yang diawali oleh likuida, nasal dan geluncuran), nasalisasi vokal, tekanan penultimat dan tekanan sekunder (sekiranya perkataan terdiri daripada empat suku kata atau lebih). Urutan AF dengan kitaran 1 dan kitaran 2, di tingkat 2 yang menerima penambah apitan /ma/…../kan/ adalah seperti berikut: Urutan AF, kitaran 1 dan 2 dengan penambah apitan /ma/…../kan/ Sebagai contoh, di bawah ini diperlihatkan proses kitaran bagi perkataan-perkataan yang menerima penambah apitan /ma/……/kan/. (iv) Proses kitaran bagi perkataan /maŋ + taruh + kan/ [manaruhkan] Input T 1 [táruh] tekanan penultimat Kitaran 1 [mang [ taruh]] /maŋ + taruh/ penambahan awalan /maŋ/ /mantaruh/ asimilasi nasal /manaruh/ pengguguran obstruen /t/ /manaruh/ perubahan struktur suku kata /mãnãruh/ nasalisasi vokal /mãnaruh/ tekanan penultimat Output T 1 [mãnaruh] Input T 2 [mãnáruh] tekanan penultimat Kitaran 2 [[manaruh] kan] /manaruh + kan/ penambahan akhiran /kan/ /manaruhkan/ tekanan penultimat /manaruhkan/ tekanan sekunder Output T 2 [manaruhkan] Representasi di atas memperlihatkan bahawa proses kitaran dimulai dengan penambahan awalan /maŋ/ pada kata dasar. Proses asimiliasi nasal berhormogan berlaku dalam kitaran 1 dan selepas itu diikuti dengan proses pengguguran OTB /t/. Kemudian diikuti pula dengan perubahan suku kata apabila konsonan /n/ menjadi onset kepada suku kata kedua yakni pada sempadan awalan. Selepas itu, vokal yang mendahului konsonan nasal menjadi nasal kerana mendapat fitur [+nasal] daripada konsonan nasal di sebelah kirinya. Tekanan utama berlaku pada suku kata penultimat. Dalam tingkat 2, output daripada kitaran 1 iaitu [mãnaruh] menjadi input kepada kitaran 2. Input [mãnaruh] diberikan penambah akhiran /kan/. Walaupun perkataan [mãnáruh] menerima penambahan akhiran, tekanan utama kekal pada suku kata penultimat dan tekanan sekunder berlaku berselang satu suku kata daripada tekanan penultimat yakni bergerak dari kanan ke kiri [manaruhkan]. Dalam BMB, kitaran 1 dimulai dengan kata dasar + /kan/. Beberapa proses fonologi akan berlaku dalam kitaran 1 antaranya ialah geminasi /kk/ (jika kata dasar diakhiri oleh konsonan /k/), tekanan penultimat dan tekanan sekunder. Manakala, kitaran 2 berlaku apabila output 1 (daripada kitaran 1) menerima penambah awalan /di/. Dengan penambah awalan, proses penyisipan hentian glotis, tekanan penultimat dan tekanan sekunder akan berlaku dalam kitaran 2. Proses-proses kitaran 1 dan 2 di atas dapat dilihat dalam perkataan /di + kurapak + kan/ [dikurapakkan] di bawah. (v) Proses kitaran perkataan /di + kurapak + kan/ [dikurapakkan] Input T 2 [kurápak] tekanan penultimat Kitaran 1 [[kurapak] kan] /kurapak + kan/ penambahan akhiran /kan/ /kurapakkan/ geminasi /kk/ /kurapakkan/ tekanan penultimat /kurapákkan/ tekanan sekunder Output T 2 [kurapákkan] Input T 2 [kurapákkan] tekanan penultimat Kitaran 2 [di [kurapakkan] /di + kurapakkan/ penambahan awalan /di/ /dikurapakkan/ tiada perubahan tekanan Output T 2 [dikurapakkan] Proses kitaran dimulai dengan penambahan akhiran /kan/ terlebih dahulu. Dengan menerima penambah akhiran /kan/, kata dasar /kurapak/ mengalami proses geminasi /kk/ pada sempadan akhiran. Manakala, tekanan utama berlaku pada suku kata penultimat dan diikuti dengan tekanan sekunder berselang satu suku kata dengan tekanan penultimat, iaitu dari kanan ke kiri. Dalam kitaran 2, output kitaran 1 dijadikan input dalam kitaran 2. Proses dimulai dengan output kitaran 1 menerima penambah awalan /di/. Dalam kitaran 2 ini tidak ada sebarang proses fonologi berlaku. Tekanan utama kekal pada suku kata penultimat ‘pak’ dan tekanan sekunder kekal pada suku kata ‘ra’. Kata dasar yang menerima penambah akhiran /i/ di atas dapat dikitarkan seperti yang berikut: (vi) Proses kitaran perkataan /maŋ + guntiŋ + i/ [maŋguntĭŋŋi] Input T 1 [gúntiŋ] tekanan penultimat Kitaran 1 [[gunting] i] /guntiŋ + i/ penambahan akhiran /i/ /guntiŋŋi/ geminasi /guntiŋŋi/ nasalisasi vokal /guntĭŋŋi/ pengurangan tekanan /guntiŋŋi/ tekanan ultimat /gùntiŋŋi/ tekanan sekunder Output T 1 [ gùntĭŋŋi ] Input T 1 [guntiŋŋi] tekanan ultimat Kitaran 2 [maŋ [guntiŋŋi]] /maŋ + guntiŋŋi/ penambahan awalan /maŋ/ /maŋguntiŋŋi/ asimilasi nasal-OB /maŋguntiŋŋi/ tiada perubahan tekanan Output T 1 [maŋguntĭŋŋi] Dalam kitaran 1, apabila kata dasar menerima penambah akhiran /-i/ proses fonologi yang dapat dilihat ialah proses geminasi /ŋŋ/ dan proses nasalisasi vokal. Selepas itu, perubahan tekanan berlaku dan melibatkan pola tekanan BMB berubah daripada tekanan suku kata penultimat kepada tekanan suku kata ultimat. Perubahan pola tekanan dalam BMB ini berlaku adalah disebabkan oleh kata dasar menerima penambah akhiran /i/ . Kesan daripada kata dasar menerima penambah akhiran /i/, pola tekanan bergerak dari kiri ke kanan iaitu daripada tekanan penultimat kepada tekanan suku kata akhir. Tekanan ini dikenali sebagai tekanan ultimat. Perubahan tekanan ini berlaku disebabkan oleh suku kata penultimat mengalamai pengurangan tekanan. Manakala, tekanan sekunder hadir secara berselang satu suku kata dari kanan ke kiri yakni daripada tekanan ultimat. Oleh itu, suku kata ante-penultimat (suku kata ketiga terakhir) iaitu suku kata ‘gun’ dalam perkataan ‘guntiŋŋi’ menerima tekanan sekunder. Namun begitu, dalam kitaran 2, apabila perkataan guntii menerima penambah /maŋ/, proses asimilasi nasal berhormogan berlaku pada sempadan awalan. Dalam kitaran 2 , output kitaran 1 yang menerima penambah awalan /maŋ/ tidak mengalami sebarang perubahan pada pola tekanan. Tekanan utama kekal pada suku kata ultimat dan tekanan sekunder kekal pada suku kata ante-penultimat. Ini menunjukkan bahawa penambah awalan /maŋ/ dalam BMB tidak membawa perubahan kepada pola tekanan BMB. Dalam konteks yang lain, proses kitaran pembentukan kata /maŋ/ + kata dasar + /an/ dan /maŋ/ + kata dasar + /i/ boleh juga dimulai dengan penambah awalan /maŋ/ + kata dasar sebagai kitaran 1. Kemudian diikuti dengan penambah akhiran /-i/ pada kitaran 2. Misalnya proses kitaran bagi perkataan /maŋ + lilit + i/ [malilitti] yang berikut: (vii) Proses kitaran bagi perkataan /maŋ + lilit + i/ [malilitti] Input T 1 [lilit] tekanan penultimat Kitaran 1 [mang [lilit]] /maŋ + lilit/ penambahan awalan /maŋ-/ /malilit/ pengguguran nasal /ŋ/ /malilit/ tekanan penultimat Output T 1 [malilit] Input T 1 [malilit] tekanan penultimat Kitaran 2 [[malilit] i] /malilit + i/ penambah akhiran /i/ /malilitti/ geminasi /malilitti/ pengurangan tekanan penultimat /malilitti/ tekanan ultimat /malilitti/ tekanan sekunder Output T 1 [malilitti] Proses kitaran di atas menunjukkan bahawa dalam kitaran 1 apabila penambah awalan /maŋ/ menerima kata dasar yang diawali dengan likuida /l/, proses asimilasi tidak berlaku sebaliknya proses pengguguran nasal berlaku pada sempadan awalan tersebut. Ini adalah disebabkan konsonan nasal dalam BMB tidak dibenarkan hadir pada sempadan awalan sekiranya konsonan likuida, nasal dan geluncuran mendahuluinya. Oleh itu, konsonan nasal terpaksa digugurkan. Manakala, pola tekanan bagi kata dasar /lilit/ yang menerima penambah awalan /maŋ/ kekal pada suku kata penultimat. Dalam kitaran 2 pula, output kitaran 1 yang menerima penambah akhiran /i/ memperlihatkan proses geminasi [tt] berlaku pada sempadan akhiran. Pengurangan tekanan penultimat berlaku apabila perkataan ‘malilit’ menerima penambah akhiran /i/. Dengan pengurangan tekanan ini menyebabkan tekanan utama daripada tekanan suku kata penultimat berubah kepada suku kata ultimat iaitu suku kata ‘ti’ dan tekanan sekunder pula berlaku berselang satu satu suku kata daripada tekanan ultimat iaitu pada suku kata ‘li’ (ante-penultimat). Data di atas menunjukkan bahawa kedua-dua bentuk proses pembentukan kata menghasilkan output yang sama. Pola tekanan berubah daripada tekanan penultimat kepada tekanan ultimat sekiranya kata dasar menerima penambah akhiran /i/ . 4.0 Kesimpulan Aturan morfologi dan aturan fonologi saling melengkapi antara satu sama lain dalam proses pembentukan kata BMB. Dalam aturan morfologi ketertiban tingkat yang berlaku di tingkat 1 dikitar dalam aturan fonologi. Output dari pembentukan yang pertama dapat dijadikan sebagai input proses pembentukan yang berikutnya. Kata terbitan BMB bukan sahaja dapat terbentuk dalam satu lapisan sahaja malahan juga dapat terbentuk dari beberapa lapisan dalam ketertiban tingkat tertentu . Dengan kata lain, operasi pembentukan kata BMB berlaku dalam sesuatu tingkat itu berlapis dan secara terus pembentukan itu berkitar dalam aturan fonologi sebelum direpresentasikan dalam bentuk fonetik. Ini dapat diilustrasikan melalui gambar rajah dalam lampiran 2. Bibliografi Abdullah Hassan (1974) . The morphology of malay. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. ______________ (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Armah binti Haji Othman (1993). “-kan dalam Dialek Melayu Brunei”. Latihan Ilmiah. B.A Pendidikan. Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam. Jaludin Haji Chuchu (1993) . “ Morphology of Brunei Malay suffixes –i and – kan”. Tesis. M. A . University of Hawaii. Jolanta, S., (1989). The phonology- morphology interface. Cycles, levels and words. New York: Routledge Katamba, F., (1989). An introduction to phonology. New York: Longman Group UK Limited. ________________ (1993). Morphology. London: The MacMillan Press Ltd. ______________ (1994). English words. London: Routledge. Kiparsky, P., ( 982a). “Lexical morphology and phonology” dlm. I-S Yang (ed. ) Linguistics in Morning Calm, Seoul: Hanshin. _______________ (1982c). “From cyclic phonology to lexical phonology” dlm. The structure of phonological representations (Part 1). Dordrecht, Netherlands: Foris Publications. _______________ (1983). “Word formation and the Lexicon”, in Ingemann, F (ed.) Proceedings of the 1982 Mid-America Linguistics Conference . Lawrence Kansas: University of Kansas. Soepomo, P., (1991). “Dialek (Bahasa Daerah) memperkaya bahasa baku” kertas Kerja, Seminar Dialek pada 7-9 Oktober dlm. Dialek memperkaya bahasa. 1995. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 151-165 Zaharani Ahmad (1993a). Fonologi generatif: teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _______________ (1999b). “Menangani kelegapan asimilasi nasal Bahasa Melayu: suatu analisis Teori Fonologi Leksikal” dlm. Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jilid 9. Hlm. 813-824. Lampiran 1 Rajah 1: Model Morfologi dan Fonologi Leksikal (Kiparsky, 1982) LEKSIKON Lampiran 2 Gambar Rajah 2: Model Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Brunei LEKSIKON Lampiran 3 Glosari Bahasa Melayu Brunei Bahasa Melayu Standard antat hantar babat balut dangan teman pukat sejenis alat untuk menangkap ikan idang idang juluk kait taruh simpan karat kerat kurapak cakap lagau panggil laha sudah dibuka atau rosak mulih balik/kembali sangga halang