Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Tafsir Al-Quran PerKata Terbaru Di Pasaran!

http://www.iluvurl.com/TafseerPerKata

Layari http://www.tafsirperkata.com

TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA

Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemah

"Dapatkan Naskhah Anda Sekarang. Jualan Online DiBuka Seakarang."


"Tafsir dengan erti atau makna, kata demi kata merupakan satu pendekatan yang sangat penting dan memberi manfaat. Tafsir ini perlu, supaya umat Islam di Malaysia boleh memahami makna tiap-tiap kata sebelum mereka memiliki pemahaman luas tentang kalimah dan ayat Al-Quran yang panjang. Hasil karya ini memudahkan kita untuk mendalami kandungan tiap-tiap ayat Al-Quran. Tafsir Quran Per Kata ini sungguh sangat menarik, sangat luar biasa dan sangat bermanfaat bagi para pembaca yang ingin mengetahui dan memahami makna tiap-tiap kata dalam Al-Quran."
(Dato' Sheikh Mohd Nor bin Mansor Al Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Merangkap Pengerusi Lajnah Pentashihan Al-Quran Malaysia, Hakim Tilawah Kebangsaan, Yang Di-Pertua Persekutuan Seruan Islam Perak, Mantan Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh Perak)

Keistimewaan Tafsir Qur'an Per Kata


Tafsir ijmali yang ringkas, tidak hanya sekadar terjemahan, yang disusun berasaskan kata per kata dari setiap ayat Al-Qur'an.

Mudah dibaca dan difahami, sama ada secara kata demi kata atau pun secara ayat demi ayat.

Disusun dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir yang mu'tabar (diakui).

Lengkap dengan Asbabun Nuzul, yang boleh memberi penjelasan tentang keadaan dan latar belakang turunnya tiap-tiap ayat.

Ditambah dengan adanya terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur'an.

Saiz: A5 Berat: 1.5 kg

Kelebihan Tafsir Quran Per Kata


Terjemahan Al Quran bagi setiap perkataan Arab ke Bahasa Melayu, diterbitkan yang PERTAMA di DUNIA!!!

Tafsir Ijmali (Global) yang tepat, ringkas, dan mudah difahami untuk semua golongan lapisan masyarakat.

Dirujuk kepada buku Tafsir yang Mu'tabar(diakui) serta di perakui dan disemak oleh Ulama-ulama yang mempunyai kepakaran dalam bidang Tafsir Al Q'uran.

Mudah, Ringkas dan Berkesan sebagai rujukan untuk belajar Al-Qur'an, para Hafiz, Guru Agama, malah Ulama'.

Ciri ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa Arab dan mereka yang tidak sempat untuk menyemak maksud perkataan daripada Kamus.

Paparan Di Dalam Tafsir Per Kata


Terjemahan Perkataan setiap satu dibawah perkataan Arab yang tepat dan ringkas beserta terjemahan penuh disebelah sisi ruangan ayat.

Asbabul Nuzul (Sebab Turunnya Ayat) yang menceritakan secara tepat Asbab (sebab atau kenapa) diturunkan ayat tersebut.

Nota Kaki untuk penjelasan yang lebih mendalam bagi maksud setiap sesuatu tafsiran.

Tersedia Klasifikasi tajuk khusus yang lengkap dirujuk kepada ayat dan surah sebagai bahan rujukan.




Harga:

RM110 (Semenanjung Malaysia)
RM120 (Sabah/Sarawak)

(percuma penghantaran)

Cara Penghantaran:
1. Pembelian di Semenanjung Malaysia akan dihantar melalui KTM distribution
2. Pembelian di luar Semenanjung Malaysia akan dihantar menggunakan pos parcel Malaysia

Beli Online Di Sini:

ORDER NOW!

PERCUMA:


(Sementara Stok Masih Ada)

Saturday, September 1, 2012

Ada Offer Syawal!!


Pengumuman Penting dari My Qalam Word By Word:

(OFFER SYAWAL)
Tasbih Digital diberikan bagi setiap pembelian Quran Digital My Qalam.
==Quran Digital My Qalam + GIFT TASBIH DIGITAL

PENTING - Tawaran bermula 29 Ogos 2012 (on My Birthday) :)

Kini, sudah lebih hampir 1200 pembeli telah dapatkan Quran Digital My Qalam ini dari kami sejak JUALAN PAKEJ RAMADHAN dilancarkan.

Dalam STOK semasa - '99' unit TASBIH DIGITAL untuk pembeli yang terawal. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

==========================
Artikel berkenaan Quran Digital My Qalam
==========================

Dalam kita berlumba-lumba membeli pelbagai jenis gajet, mungkin kita terlupa dengan gajet-gajet berkaitan kehidupan seharian seorang Muslim.

Sememangnya sukar gajet berkenaan untuk bersaing dengan gajet yang ada di pasaran tetapi dengan kelebihan tertentu tidak mustahil mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Sepanjang Ramadan, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan bertadarus sambil memperbetulkan bacaan al-Quran beramai-ramai.

Bagi mereka yang mengaji sendirian di rumah mungkin al-Quran digital dapat membantu mereka menyempurnakan bacaan.

Walaupun terdapat banyak al-Quran digital di pasaran, My-Qalam menawarkan kelainan dengan membolehkan pengguna mendengar bacaan ayat demi ayat.

Teknologi ini boleh dikatakan pertama di dunia.

Pembelajaran ayat demi ayat amat berguna bagi mereka yang mahu membetulkan bacaan al-Quran.

Caranya amat mudah hanya dengan meletakkan hujung pen pada ayat di muka surat dalam al-Quran.

My-Qalam menggunakan teknologi barkod yang biasa digunakan di pasar raya.

Menggunakan teknologi ini menyebabkan setiap muka surat al-Quran dicetak dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama muka surat al-Quran, lapisan kedua barkod dan ketiga laminasi.

Apabila pen diletakkan di atas muka surat al-Quran, kamera yang terdapat di hujung membaca barkod dan menukarkannya dalam bentuk audio.

Pengguna tidak rugi melabur dalam gajet Muslim kerana My Qalam mempunyai banyak kelebihan.

My Qalam memberikan pengguna pilihan bacaan sembilan orang qari dengan tiga bahasa terjemahan yang boleh dipilih.

Pembaca juga boleh menyemak bacaan dengan merakam suara mereka selain mengawal volum pada al-Quran dan pen.

Pengguna tidak perlu gusar kerana naskhah al-Quran yang disertakan mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan disertai kelulusan lajnah ustaz yang menyemak semua bacaan di dalamnya.

Pakej My Qalam mempunyai pen, pengecas, fon kepala dan satu kad indeks.


BAGAIMANA UNTUK DAPATKANNYA?

1) Anda boleh beli online di sini
=http://bit.ly/MyQalam-1

JANGAN TUNGGU LAGI - Dapatkannya selagi stok masih ada.

Sekian. Selamat menyambut SYAWAL:-)

Admin My-qalam.com

PS: Tak rugi melabur untuk gajet Islamik ini. Insyallah akan membantu kita lebih bagus dalam kehidupan ini. Kehidupan sebagai umat Islam.

PS: Buat yang telah mendapatkan My-Qalam dari kami, tahniah diucapkan buat anda. Semoga anda berpuas hati.


Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Salam 'ied Mubarak!


Wednesday, August 8, 2012

ADA MASALAH BACA AL-QURAN?

Assalamu'alaikum wrt...

Setelah sekian lama menutup akaun blog rasmi kami sejak balik dari pengembaraan kami di Bumi Anbiya' dekat 2 tahun lepas... ^^..

Kami ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua rakan2 blogger khususnya yg beragama Islam dan seluruh Umat islam di Dunia amnya... Moga2 Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dari segi Ibadah, Takwa, Iman, Sabar, Rezeki dan seumpamanya..

Kami ambil kesempoatan ini mahu mengwar-warkan kepada semua satu Iklan ni:
Khas buat yg ingin Mempelajari dan memperbetulkan bacaan al-quran harian ^^

___________________________

ADA MASALAH BACA AL-QURAN?

My-Qalam ada jalan penyelesaiannya!




My Qalam adalah Quran Digital Read Pen berteknologi tinggi yang dihasilkan di Malaysia untuk
membantu umat Islam dalam pembelajaran Al Quran.


My-Qalam:
- Buatan Malaysia
- Memiliki fungsi word by word. Membantu orang baru atau anak-anak untuk belajar membaca Quran.
- Hanya sentuh pen di mode pilihan dalam helaian naskhah Quran. Ianya akan bacakan ayat tersebut.
- Memiliki bacaan 8 qari terkenal dunia yang disemak dan diluluskan oleh 35 ahli panel JAKIM.
- Memiliki kelulusan KDN. No rujukan : KDN:PQ/Q.1001/2.2/QA/354/38/2011
- Memiliki terjemahan 3 bahasa. Melayu, English, Indonesia. Memudahkan kefahaman isi al Quran.
- Memiliki "built in battery". Boleh dicas semula.
- Memiliki fungsi rekod bacaan. Anda boleh rakam suara bacaan anda.
- Warranty 1 tahun

BAGAIMANA NAK MILIKINYA?

Harga tawaran sempena "RAMADHAN" ni - RM290 sahaja!
Ada Tambahan Set Panduan Haji & Umrah serta Kamus Arab-Melayu!
Beserta Hadiah PERCUMA Sejadah Poket Berkompas! Ianya Terhad pada yang terawal!!!

Anda boleh membelinya dari web di bawah:
==> http://bit.ly/MyQalam-1

JANGAN TERLAMBAT UNTUK MEMBELINYA( Tinggal 199 Unit saja lagi!)



JANGAN TUNGGU ESOK jika serius mahu Belajar Quran!

page kami: https://www.facebook.com/MyQalam1
untuk updated terkini!

~Ummu Uwais~

Sunday, September 26, 2010

Thursday, September 2, 2010

Halaqah Sentuhan Qalbu: 31 Ogos 10

Assalamu'alaikum wrt...


(boleh klik di link atas untuk mendengar episod penuh)

Salam Ukhuwwah, Salam Kasih Sayang & Salam Kemerdekaan Malaysia ke -53...

sharing is Caring...

Halaqah Sentuhan Qalbu...

Umi sempat menonton secara online di episodnya bagi topik: Mengurus Dunia...

Alhamdulillah memang pengisian yang sangat menyentuh qalbu... lebih2 lagi di dalam segmen spiritual yang disampaikan dengan cemerlangnya oleh Saudara Aminul Rachman Pulungan, Jurulatih Kecerdasan emosi dan spiritual. menitis jua air mata ini...

Quote by Dr Danial Zainul Abidin,pendakwah, penulis buku, ahli panel pertama: " Orang yg berjaya mengurus dunia adalah mereka yang tangannya sibuk bekerja tapi hatinya sentiasa mengingat akhirat..."

"Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan solat, dan dari membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang." An-Nur (24:37)

Nota penting: Bahawa sesungguhnya sesuatu yang kita perolehi sebagai hasil kerja di dunia itu semua adalah mata wang- mata wang dunia yg hanya bernilai di akhirat jika diiringi oleh keikhlasan kepada Allah SWT.

" Apabila engkau berjalan ke pinggir samudera, kemudian engkau celupkan ujung jarimu ke dalam air samudera, sesudah itu engkau angkat jarimu dari dalam air, setitis air itulah kehidupan dunia, sedangkan air yang tinggal di dalam samudera itulah kehidupan akhirat." Hadis Qudsi


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Tuesday, August 24, 2010

Video Da'i Cilik: Bunga

Penyampaian yg sgt menarik dari si da'i cilik Bunga... Program sebegini yg Malaysia perlu buat bagi pengisian masa2 kosong buat anak2 kecil kita... :) hiburan yg mendidik jiwa dan rohani .. jiwa yg kosong perlu dididik dengan hanya mengingati Allah yg Maha Esa... InsyaAllah hati2 akan tenang...

Tuesday, August 17, 2010

SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN

Salam isteri-isteri yg dimuliakan.
Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh2 mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.
Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.
Insya Allah.

Bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:
1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.
2. Mengejutkan anak2nya yg masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.
3. Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak2, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.
4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.
6. Dia yang membaca doa berbuka puasa.
7. Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah tamar, dia mendahulukan anak2nya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak2nya.
8. Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak2nya ke surau untuk solat isyak dan terawih berjamaah.
9. Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.
10. Dia menceritakan bacaan tajuwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.
11. Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.
12. Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.
13. Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada "alarm" tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.
14. Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar" di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda utk beriktikaf di masjid yang berdekatan.
15. Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak2nya.
16. Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca "Tiga Qul" sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.

Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.
Selamat Bergembira dan Berbahagia Wahai isteri2.


Ahmad Shafiai Uda Jaafar

Wednesday, August 11, 2010

~AhLaN Ya RaMaDhaN~

Assalamu'alaikum wrt...

Alhamdulillah syukur atas nikmat kurniaan dan rezeki, berjumpa lagi bulan Ramadhan yg di nanti2... ramadhan kali ini merupakan ramadhan buat tahun ke-3 kami sekeluarga di bumi anbiya', bumi syam ni... Dan juga mungkin puasa terakhir kami di bumi urdun ini... dan berharap adanya lagi kesempatan ini, berpuasa pula di bumi tercinta, tanah air Malaysia... ^-^

Semalam waktu maghrib, pengumuman puasa oleh ketua qadhi Jordan, bersiaran langsung di Jordan televisyen menyatakan Rabu (11 Ogos 2010) maka masuknya ke gerbang Madrasah Ramadhan Al-Mubarak (1 ramadhan 1431)...

Kedengaran bunyi letupan bunga api di sana-sini dan jeritan anak-anak arab Sweileh melaungkan "esok Puasa!".. macam kalau di Malaysia ucapannya selalu dengar "esok raya!" ;) Meriah sungguh sambutan mereka di sini mengalu-alukan kedatangan ramadhan yg mulia, bulan yg penuh barakah dan keampunan. Pastinya, tahun2 akan datang jika diizinkan lagi, kami akan merindui suasana berpuasa di bumi urdun ini.

Marhaban Ya Ramadhan....

Sabda rasulullah SAW "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah.. ramadhan kali ini kami warga melayu sweileh akan bersama-sama menyertai program2 yang telah disediakan oleh pihak PPMAj dengan kerjasama SELAMAj dalam mengisi waktu2 lapang kami dengan majlis ilmiah seperti Program diskusi Bersiri Ramadhan yang akan disampaikan oleh beberapa ustaz dan ustazah yang belajar di sini, program tadarrus setiap hari selepas subuh oleh muslimin dan selepas isya' oleh muslimat dan juga program ifthar bersama mengikut jemputan yang tersedia...insyaAllah moga semuanya berjalan dengan baik dan mendapat manfaat darinya...


Ramadhan kali ini juga, adalah kali yang kedua buat umi sedang berbadan dua.. kali pertama dahulu sedang mengandungkan abg uwais amzar yang ketika itu juga lebih kurang 6-7 bulan dalam kandungan. Kali ini umi sedang mengandungkan adiknya pula. Umi berdoa agar kesempatan yg Allah beri ini (insyaAllah boleh puasa penuh) umi dapat jalaninya dengan penuh sabar dan kesihatan yang baik. Dan yang pastinya sepertimana yang diharapkan semua orang moga2 ramadhan kali ini adalah ramadhan terbaik buat umi dan abi agar kekurangan2 @ kelemahan2 yang lepas dapat diperbaiki dan pertingkatkan pada kali ini..amiin..

Bak kata ust Anwar Ridwan pada program diskusi pertama baru2 ni bertajuk Ramadhan: Antara Realiti dan Tuntutan.

"Ramadhan Shopping Complex: macam2 ada.. (1) Siyam (puasa) department (2) Qiyam (Tarawikh@qiyamullail department) (3) Qur'an (Tadarrus) department (4) Ihsan (sadaqah@ikhlas) department..." Jom rebut semua!!! kerana puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga malah merangkumi skop yang amat luas untuk dicapai... Bulan Madrasah dan Tarbiyyah Diri dan Jiwa...

~Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua umat Islam... Taqabbalallah minna wa minkum... Maaf Zahir dan Batin~

Friday, March 19, 2010

Tahniah Adik-Adikku!


Saya berkesempatan mengikuti satu rancangan TV Realiti Adik-Adikku di RTM 1 ketika saya dan keluarga pulang bercuti ke Tanah Air tempoh hari. Alhamdulillah akhirnya ada juga rancangan bermanfaat ini dalam membentuk sahsiah peribadi bagi bakal pemimpin kita masa hadapan. Rancangan ini yang berkonsep hiburan dan pendidikan adalah di bawah tajaan JAKIM dan RTM sendiri yang akhirnya telah mencari satu alternatif yang saya kira sangat bagus dan berkualiti dibanding dengan rancangan-rancangan hiburan lain yang terlalu gah diperkatakan. Sekurang-kurangnya rancangan seperti ini setanding rancangan popular seperti Idola Kecil, akademi fantasia dan seumpamanya.



Final Adik-Adikku.. Penyampaian mantap dari adik Wajih...

Rancangan ini telah bermula penyiarannya pada 15 februari lepas dan telah pun berakhir pada 18 mac (semalam) . Ianya mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor. Boleh baca di Jakim.gov...

Syabas Jakim atas alternatif ini! semoga adanya lagi rancangan seumpama ini selepas ini.. Tahniah buat para peserta Adik-Adikku atas kejayaan kalian..


Wednesday, December 9, 2009

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang lain

71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

p/s: sambil2 tu bolehlah ziarah blog bonda irfan ni.. pasal "Menjaga Keaiban Sesama Makhluk" :)

sama-sama kita perbaiki diri ke arah yg lebih baik.. insyaAllah..

Sunday, December 6, 2009

Liqa' Tafaqquh 5 Dis'09

Semalam kami hadiri semula kelas Liqa' Tafaqquh setelah 'bercuti' dalam beberapa minggu.. ;) Kali ini kami menyambung perbincangan mengenai Hadith yang ke- 4 dari Imam Nawawi dan tentang Fiqh Islam (Sambungan lalu.. Bab Taharah (Bersuci)).

Hadith 4/40 ِAl-Imam An-Nawawi
perbincangan oleh: ust Yusrizal

أطوارُ خَلِق الإنسان وخَاتِمَتُه

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Kefahaman Hadis :
1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib
membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah
Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.

Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.
(sumber: http://notes....)


Fiqh: Taharah
Tayammum
Perbincangan oleh: Ust Nasir
- Perbincangan masih tentang taharah (bersuci) sambungan daripada perbincangan yang pernah disampaikan oleh Ust Mujahid dahulu. Kali ini perbincangannya mengenai wudhu' dan tayammum. Permasalahan tentang Jika tiada air atau tanah untuk berwudhu' dan keadaan jika tiada kedua-duanya..

Kitab yang digunakan adalah A-Tazhib Fi Adillati Matan A-Ghayah ًWa At-Taqrib
التذهيب في أدلة متن الغايه والتقريب " oleh Matan Abi Syujaa' dalam fiqh As-Syafi'e, taklif oleh Al-Ustaz Doktor Mustaffa Dib Al-Bugha..

Mungkin boleh baca di link berikut:
hukum-seputar-tayammum
pembahasan-tata-cara-tayamum

P/s: Mungkin ust Nasir sendiri boleh menulis perihal tayammum di dalam blognya.. (boleh ustaz..? :)
__________________________________________________________

Habis kelas, saudari Ayman mempromosikan satu buku. Saya beli. Buku tersebut adalah tulisan daripada Saudara Muhammad Shahrul Ifwat, pelajar tahun 3 Jurusan Fiqh dan Usul, Universiti Mu'tah yang bertajuk " Kembara Mencari TUHAN" ynag mengisarkan tentang.. (saya petik quote dari penulisnya)

" Kembara Mencari Tuhan mengisahklan dialog seorang remaja, Elie yang berusaha mencari jawapan kewujudan Tuhan dan keperluan beragama. Kembara Elie juga menilai agama yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan Islam.
Di bahagian kedua dimuatkan respon Al-Qur'an terhadap agama lain serta metadologi Al-Qur'an dalam mengenal Pencipta.
Buku yang bertujuan memberi asas ilmu perbandingan agama sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Perbincangannya yang ringkas diharap dapat memberikan pendedahan kepada pembaca."

Dan pada petangnya, selepas solat asar, kami dan beberapa keluarga sweileh yang lain ke Hospital Jordan untuk menziarahi Ust Arman, Atase pendidikan JPM Jordan) yang kini sedang dirawat di Wad ICU hospital berkenaan. Kami sempat masuk ke biliknya dan melihat keadaan beliau dan diberitahu keadaannya masih sama. Kami mohon sahabat2 semua doakan kesejahteraan beliau agar semuanya dipermudahkan dan beliau cepat sembuh!

Dan sehari sebelumnya iaitu pada hari jumaat, Bayt Amzar, Bayt Iqbal dan Bayt Mus'ab telah berkunjung ke rumah Syeikh Taufiq atas pelawaannya sendiri. Beliau dan keluarganya teringin untuk merasa masakan Malaysia iaitu Nasi Ayam. Saya, K.Pah dan Ain bersama menyediakan juadah tersebut dan selepas solat Jumaat kami bertolak ke rumahnya yang terletak berhampiran Wasad Balad. Syeikh Taufiq adalah guru mengaji qur'an pada hubby, Ust Syed dan Ust Mus'ab sebenarnya. Kunjungan ini tak lebih untuk berkenal-kenalan antara keluarga kami dan keluarganya. Sebelum pulang, zaujahnya, Ummu Masyhur ada sedikit tanda kenangan untuk kami. Kami diminta untuk membaca surah Al-Kauthar serta satu hadith yg diriwayatkan dari Uthman bin 'Affan (kalau tak silap). Kami semua berjaya tasmi' semula dihadapannya (alhamdulillah sebab pendek je..hehe) dan kami akan diberi sanad kemudian ;). Best lak rasa.. berharga tu! dapat satu surah dan satu hadith! Kena ingat tu dan amalkannya..insyaAllah.. :)

Hadith itu berbunyi: خيركم من تعلم القرأن وعلمه
"Sebaik-baik Manusia adalah mereka yang belajar Al-Qur'an dan Mengajarnya"

Manakala maksud surah Al-Kauthar(3 ayat):
[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan
yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau,
Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

(sumber: http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
)
tafsirannya: TafsirIbn Kathir (link)


wallahua'lam..

Thursday, November 26, 2009

Hari 'Arafah - 9 Zulhijjah


-Hari ‘Arafah ialah hari kesembilan dalam bulan Zulhijjah. Ia merupakan hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda:

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim)

- Digalakan berpuasa pada yang tidak menunaikan fardu haji.
Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

- Nabi tidak berpuasa semasa wukuf di Arafah.
Ummu Fadhl binti Al-Harits r.a. berkata: Ada beberapa orang ingin tahu samada Nabi saw. berpuasa semasa beliau wukuf di Arafah. Lalu Ummu Fadhl mengirim kepada Nabi saw. segelas susu di waktu Nabi saw. wukuf di atas untanya di Arafah, lalu diminum oleh Nabi saw. (Bukhari, Muslim).

-Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). - Hari Arafah hari istimewa. Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)
Allahu Akbar.

(http://tazkirahs.blogspot.com/)
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Friday, November 13, 2009

Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah. ..

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma�thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu �Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, �Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.�

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Wallahua'lam.. Moga menjadi renungan bersama...

(via fwd email qyc-net yahoogroups)

Monday, November 9, 2009

Seketul Keju & Sehelai Tuala Kecil

oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

INSYAALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Sedikit tambahan:
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membantu menanamkan semangat ini diantara sesama manusia dan mendorong mereka untuk menafkahkan hartanya pada orang miskin. Bersedekah dengan ikhlas dan memberikan yang terbaik: sini..

antaranya..

"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian."
(Adz Dzariyaat: 19).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya Karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (Tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (Al Baqarah: 264)

semoga hidup kita sentiasa dalam berkat dan petunjukNya selalu.. amiin..

Friday, November 6, 2009

9 Bentuk Pembaziran

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:


  1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
  3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
  9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallahua'lam

Friday, October 30, 2009

BERSABARLAH..

HENDAKLAH BERSABAR KETIKA MENGHADAPI UJIAN ALLAH S.W.T.

Setiap manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup bagaikan roller-coaster. Adakalanya kita berada megah di atas dan adakalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya sebenarnya merupakan ujian bagi kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini agar dapat dikenal-pasti siapakah di antara kita yang paling berkualiti amalnya menerusi cara kita menghadapi ujian-ujian tersebut.

Firman Allah S.W.T.: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2

Ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya taat adalah lebih hebat berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya: Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya.
Firman Allah S.W.T.: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157.

http://al-fikrah.net/News/print/sid=326.html

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”