Papers by Olehpiah Jatius
Artikel ini berkaitan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara Filipina dalam mengekalkan... more Artikel ini berkaitan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara Filipina dalam mengekalkan Demokrasi
Drafts by Olehpiah Jatius
PENGENALAN Dikir Barat merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan dikenali juga sebagai salah ... more PENGENALAN Dikir Barat merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan dikenali juga sebagai salah satu permainan tradisional yang amat unik dan terkenal serta diminati oleh masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang, atau Kelantan. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Dikir Barat wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam
Uploads
Papers by Olehpiah Jatius
Drafts by Olehpiah Jatius