Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Ahad, September 19, 2010

SHOWCASE MAHER ZAIN



Salam buat semua pembaca....

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami telah menemukan seorang penyanyi yang terkenal dengan mesej-mesej Islam, iaitu Maher Zain, yang mahu bersama kami dalam usaha amar ma'ruf nahi mungkar. Kempen sulung Raudhatus Sakinah 'Save A Soul' (kempen Selamatkan Satu Jiwa) telah dipilih bagi showcase Maher Zain (MZ) di Malaysia. Sebagai memberi penghargaan kepada semua anak-anak remaja dan belia tanahair kita, kami memilih tema 'Save The Soul' khas buat kalian.

Dengan kelebihan yang MZ ada serta program dan mesej yang dibawa oleh Raudhatus Sakinah yang berkaitrapat dengan senario yang berlaku masa kini iaitu gejala pembuangan bayi, masalah sosial yang sangat kritikal serta keruntuhan institusi keluarga yang semakin meruncing, maka penyampaian ilmu serta didikan melalui lagu dan muzik adalah salah satu medium terbaik untuk mendekatkan masyarakat dengan pegangan agama.

Mini konsert ‘Save The Soul’ ini menjurus kepada peringatan tentang bertindak bijak sebelum
melakukan sesuatu yang pengakhirannya mungkin memusnahkan masa depan kalian. Inilah yang sering diangkat oleh kami di Raudhatus Sakinah melalui kempen terkini kami ‘Anda Bijak Jauhi Zina’.

Kami juga tahu ramai anak-anak remaja dan belia dari seluruh dunia sangat meminati lagunya. Jom temui beliau di:

AUDITORIUM MBSA SHAH ALAM
14 & 15 OKTOBER 2010
8.00- 11.00 MALAM

dengan membeli tiket berharga RM200, RM150, RM100 & RM70.

Untuk dapatkan tiket, hubungi :

1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)

2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)

3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)



Membeli sambil menyumbang kepada pembangunan usaha pencegahan amar ma'ruf nahi mungkar Raudhatus Sakinah.

Eid Mubarak untuk semua! Maaf zahir dan batin.


ummiroses

1 ulasan:

- Polaris Writer berkata...

Salam Kak,

Every time I see Akak on a talk show (like today on MHI) my Muslim heart just goes out to you. How proud I am to be your sister in Islam. We may be doing different tasks but we are threading on the same path - to earn Allah's pleasure. One of the reasons why I became a writer of Islamic romance novels is the pain of seeing my fellow brothers and sisters drifting days to days in their stream of 'pure love' which is displeasing Allah Ta'ala. Islam has showcased a beautiful halal love for ages, yet many Muslims choose the opposite. May Allah reward you for all you've done for His sake. W'salaam.

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS