Papers by MOHD FAIZAL MAT PESA
E-PROSIDING CIETVET 2023, 2023

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2024 kali ke-8, 2024
Amalan menutup aurat merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam, Buk... more Amalan menutup aurat merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam, Bukan sekadar mengetahui akan hukumnya tetapi ia juga perlu kepada penghayatan dan kesedaran akan pelaksanaannya dalam kehidupan. Ada yang berpendapat aurat hanya perlu ditutup ketika berada di dalam solat, manakala sebahagian lagi mengabaikannya apabila berada di luar solat. Kajian ini melibatkan 108 orang pelajar Politeknik Melaka bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman dan faktor-faktor yang mendorong kepada amalan batas aurat dan pergaulan. Min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk menerangkan kajian berbentuk deskriptif ini.Perisian SPSS 25.0 digunakan untuk menganalisis data tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar terhadap amalan menutup aurat dan pergaulan secara keseluruhan adalah sangat tinggi iaitu dengan skor min 4.67.Faktor keluarga dengan min 4.78 merupakan faktor yang paling besar kesannya terhadap amalan menutup aurat dan pergaulan pelajar, manakala faktor pensyarah paling sedikit memberi impak iaitu min 4.46.Kajian ini diharapkan dapat dijadikan bahan bacaan panduan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran Politeknik khususnya untuk menjalankan peranan masing-masing dalam melahirkan pelajar yang dapat memahami amalan menutup aurat dengan baik dan mengamalkannya secara konsisten sepanjang hayat bagi melahirkan generasi yang berkualiti, beriman dan bertakwa.

POLITEKNIK MERLIMAU, 2022
Pengetahuan tentang konsep menutup aurat bukan sekadar mengetahui namun perlu kepada penghayatan ... more Pengetahuan tentang konsep menutup aurat bukan sekadar mengetahui namun perlu kepada penghayatan dan kesedaran dengan pelaksanaanya. Terdapat Segelintir masyarakat yang beranggapan aurat hanya perlu ditutup ketika di dalam solat sahaja dan tidak lagi apabila berada di luar solat. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan pelajar tentang konsep menutup aurat yang melibatkan 90 orang pelajar semester satu Jabatan Perdagangan Politeknik Merlimau. Kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif dihuraikan dalam bentuk min dan peratus. Data diperoleh daripada soal selidik dan dianalisa menggunakan SPSS 25.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya,Tahap pengetahuan pelajar tentang konsep menutup aurat berada pada tahap sangat baik dengan min keseluruhan 3.85. Pihak pengurusan Politeknik khususnya boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan dan menjalankan peranan masing-masing dalam melahirkan pelajar yang dapat memahami konsep aurat dengan baik dan mempraktikkannya secara istiqamah dalam kehidupan bagi melahirkan generasi yang berkualiti demi kelestarian pembangunan modal insan negara

Diges ilmiah, 2021
Pendidikan abad ke 21 tidak terpisah daripada mengikut perkembangan teknologi dunia pendidikan be... more Pendidikan abad ke 21 tidak terpisah daripada mengikut perkembangan teknologi dunia pendidikan berasaskan penggunaan e-pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran yang melibatkan 70 orang pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Merlimau.Terdapat empat faktor yang dikaji iaitu faktor kandungan kursus, peranan pensyarah, peralatan pembelajaran dan proses e-pembelajaran. Kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif dihuraikan dalam bentuk min dan peratus. Data diperoleh daripada soal selidik dan dianalisa menggunakan SPSS 23.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mendorong dan mempengaruhi pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran berada pada pada tahap yang amat baik. Hasil kajian ini mendapati faktor proses e-pembelajaran paling memberi kesan terhadap responden iaitu min (4.60) diikuti faktor kedua tertinggi iaitu peranan pensyarah (4.45),kandungan kursus (4.24).Manakala min paling rendah dan memberi kesan yang minima adalah faktor peralatan epembelajaran (4.13).Selain itu juga kajian ini menunjukkan bahawa semua faktor tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus DUA6022 komunikasi dan penyiaran Islam sesi Jun 2020.Pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam melahirkan graduan yang berkualiti demi kelestarian pembangunan negara.

Bangsa yang hebat dan berjaya berpunca daripada akhlak yang baik dan luhur. Isu kebejatan akhlak ... more Bangsa yang hebat dan berjaya berpunca daripada akhlak yang baik dan luhur. Isu kebejatan akhlak golongan pelajar semakin meruncing dan satu kajian dilakukan untuk mengenal pasti masalah tersebut. Kajian ini bertujuan menganalisis kaedah pendidikan akhlak mengikut kaedah al Ghazali yang diamalkan oleh pelajar dan meninjau perbezaan pendidikan akhlak berdasarkan jantina. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar semester satu di sebuah Politeknik di Melaka. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 40 item soalan dan kaedah kepustakaan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati tahap pendidikan akhlak pelajar Politeknik tersebut adalah baik dengan min keseluruhan 3.46. Begitu juga sikap positif pelajar dengan kesemua lima kaedah akhlak menurut al-Ghazali masing masing menunjukan min yang tinggi dan dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pendidikan akhlak pelajar berdasarkan jantina. Seterusnya, Impak kajian ini diharapkan para pendidik menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut situasi akhlak pelajar di Institusi masing-masing selari dengan cadangan akhlak Imam al-Ghazali. Jesteru, pelbagai pihak perlu tekal memainkan peranan masing-masing dengan meningkatkan usaha dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia dan bertamadun tinggi selari dengan kehendak syariat Islam.

ABSTRAK Pengurusan Hotel Patuh Syariah adalah satu alternatif baru bagi peniaga muslim dan pengus... more ABSTRAK Pengurusan Hotel Patuh Syariah adalah satu alternatif baru bagi peniaga muslim dan pengusaha hotel untuk menarik pelancong muslim mahupun non-muslim dari dalam mahupun luar negara sekaligus dapat meningkatkan ekonomi umat Islam.Kajian ini bertujuan meninjau tahap kesedaran pelajar semester 4 diploma pengurusan pelancongan (DHM) Politeknik Merlimau, Melaka tentang pengetahuan berkaitan hotel patuh syariah, ciri-ciri hotel patuh syariah dan isu-isu dalam melaksanakannya di Malaysia. Sampel kajian adalah secara seluruh populasi iaitu seramai 32 orang pelajar terlibat sebagai responden. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 30 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisisan SPSS versi 23.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati tahap kesedaran pelajar aspek pengetahuan tentang hotel patuh syariah, ciri-ciri hotel patuh syariah adalah tinggi dan pelajar bersikap positif terhadap isu-isu pelaksanaannya di Malaysia. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjana ekonomi umat Islam melalui bidang perhotelan halal di Malaysia. kata Kunci: tahap kesedaran, hotel patuh syariah, perspektif Islam. PENDAHULUAN Industri pelancongan merupakan satu komponen penting dalam menjana ekonomi negara. Pada tahun 2016, Malaysia menerima kedatangan para pelancong antarabangsa berjumlah 26.8 juta orang (Laporan tahunan pelancongan Malaysia, 2016) Hal ini menggambarkan prospek positif dalam sektor pelancongan negara kita. Salah satu bidang yang berkait rapat dalam industri ini adalah perkhidmatan perhotelan Halal atau patuh syarak. Perkhidmatan ini dilihat semakin hari semakin pesat berkembang di Malaysia.Hal ini berlaku disebabkan banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel memberi kepuasan kepada pelanggan sekaligus membantu memudahkan urusan masyarakat dijalankan disana. Kepuasan terhadap rumah penginapan termasuklah perhotelan akan turut mempengaruhi kualiti hidup (Peck & Steward, 1985, Husna dan Norizan 1987,1995) dan Zakiah (2012) berpendapat Industri halal ini amat diperlukan pada ketika ini dan turut disokong oleh Azreen Hamiza & Muhammad Syukri (2017), Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai hotel " mesra Islam " .Disamping itu, usaha-usaha pihak pengurusan hotel hendaklah sentiasa ditingkatkan bagi memajukan ekonomi negara melalui industri pelancongan yang berkait rapat dengan industri perhotelan. Menurut al-Ghazali (1998) terdapat beberapa aspek penting yang wajib dipenuhi dalam pengurusan Islam termasuklah di bidang perhotelan antaranya proses penetapan syarat, pengawasan dan audit atau semakan. Penetapan syarat menurut Henderson (2010)

Jurnal Teknikal dan Sains Sosial, 2017
Abstrak Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan di Malaysia dan sekolah adalah agen kepada hasra... more Abstrak Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan di Malaysia dan sekolah adalah agen kepada hasrat murni tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu dan tahap Interaksi Sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar di SMJKC Negeri Melaka. Selain itu, kajian juga akan menganalisa hubungan antara tahap penggunaan bahasa Melayu pelajar dengan tahap Interaksi mereka di antara kaum. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Seramai 130 orang responden yang melibatkan tiga buah SMJKC di negeri Melaka telah terlibat dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan SPSS version 19.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi tahap penggunaan Bahasa Melayu pelajar berada pada tahap yang sederhana (min = 2.84) dan min keseluruhan tahap interaksi sosial antara pelajar berada pada tahap yang tinggi dengan nilai (min = 3.54). Hubungan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan tahap interaksi sosial pelajar pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan nilai (r = 0.525) dan kekuatan hubungan adalah berada pada tahap yang tinggi. Kata Kunci : Bahasa Melayu, Interaksi Sosial & Perpaduan Kaum PENDAHULUAN Perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan kestabilan sesebuah negara khususnya dalam bidang pendidikan. Perpaduan juga adalah satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat meembentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta

ABSTRAK Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap bacaan surah al-Fati... more ABSTRAK Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap bacaan surah al-Fatihah. Ia merupakan salah satu sukatan di dalam bab 4: Ibadah-ibadah Khusus, Kursus Pendidikan Islam (AA101) yang di ajar di politeknik-politeknik Malaysia. Seramai 16 orang pelajar semester 1, Politeknik Merlimau, Melaka dari Jabatan Kejuruteraan Awam dijadikan responden melalui kaedah rawak berkelompok. Objektif kajian ialah untuk mengetahui penguasaan pelajar terhadap surah al-Fatihah dari segi makhraj huruf (keluar sebutan huruf), hukum tajwid, baris dan tanda bacaan. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah penyelidikan di perpustakaan, soalselidik dan temubual (mendengar bacaan pelajar) digunakan sebagai instrumen utama untuk mengukur persoalan kajian. Dapatan kajian diperolehi melalui dua jenis ujian iaitu ujian pra bacaan dan ujian pos bacaan. Hasil kajian mendapati penguasaan bacaan surah al-Fatihah ke atas responden, pada tahap sederhana kerana responden tidak dapat menguasai ilmu tajwid dengan sempurna.

Abstrak Perutusan Rasullullah s.a.w kepada umat manusia adalah untuk menerangkan pada kita tentan... more Abstrak Perutusan Rasullullah s.a.w kepada umat manusia adalah untuk menerangkan pada kita tentang agama yang diwahyukan Allah s.w.t. Baginda juga merupakan tokoh guru contoh dan mempunyai pelbagai pendekatan dan kaedah dalam mendidik para sahabat. Tidak hairanlah mengapa wahyu memartabatkan mereka sebaik-baik ummah. Latarbelakang pelajar yang berbeza memerlukan kepelbagaian pendekatan dan kaedah pengajaran yang turut berbeza.Penulisan ini cuba mengfokuskan kepada pendekatan dan kaedah pendidikan Islam yang digunakan pada zaman Rasullullah s.a.w dan bagaimanakah untuk diaplikasikannya pada masakini. Kajian perpustakaan digunakan untuk menyorot kembali bagaimana Rasullullah menyampaikan ilmu dan dalam masa yang sama mendidik para sahabat. Sesungguhnya manhaj nabawi yang dibawa oleh Rasullullah adalah panduan terbaik kepada ummah. Daripada hasil kajian ini adalah diharapkan generasi hari ini khususnya guru mengikut jejak langkah Rasullullah s.a.w dalam menyampaikan ilmu yang benar dan sahih sepertimana yang dibawa oleh baginda s.a.w. Kata Kunci: pendekatan, kaedah, pendidikan Islam, zaman Rasullullah s.a.w. PENDAHULUAN Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan lebih menarik dan berkesan sekiranya pendekatan dan kaedah pengajaran dapat dibezakan dan diaplikasikan ketika mengajar. Namun masih ada di kalangan guru yang masih keliru tentang maksud pendekatan dan maksud kaedah pengajaran. Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur aksiomatik. Aksiomatik adalah kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan Jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip atau teori pembelajaran terhadap suatu pelajaran, maka model, prinsip dan teori pembelajaran boleh dijadikan pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization , 2013
Krisis sekularisme ilmu masih menebal dalam sistem pendidikan di Malaysia.Para pendidik seharusny... more Krisis sekularisme ilmu masih menebal dalam sistem pendidikan di Malaysia.Para pendidik seharusnya menyedari akan kepentingan ilmu yang bersepadu antara ilmu aqli dan ilmu naqli. Kesalahfahaman tentang konsep ilmu juga menjadi faktor penyumbang kepada sekularime ilmu. Artikel ini bertujuan membincangkan konsep kesepaduan ilmu dalam kalangan saintis Andalusia. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa sejarah ilmuan saintis Islam Andalusia perlu dikaji secara teliti dan diteladani. Kertas kerja ini juga akan menyorot secara kritikal konsep kesepaduan ilmu, kepentingan ilmu, perkembangan ilmu di Andalusia serta tokoh-tokoh kesepaduan ilmu saintis Islam seperti Jabir al-Hayyan,Ibnu Sina dan Al-Biruni yang telah menyumbang peranan dan jasa yang besar terhadap kegemilangan peradaban ummah.Jesteru, proses Islamisasi ilmu perlu bagi mengelakkan masyarakat menerima implikasi akibat kejahilan ilmu serta terlalu cintakan dunia sehingga melupakan akhirat.
Books by MOHD FAIZAL MAT PESA

Diges ilmiah, 2020
Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kehendak kendiri dan keperluan industri merupakan perka... more Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kehendak kendiri dan keperluan industri merupakan perkara yang amat penting selepas tamat pengajian khususnya kepada pelajar lepasan politeknik. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya selepas tamat pengajian yang melibatkan 62 orang pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Merlimau.Terdapat empat faktor yang dikaji iaitu faktor ibu bapa, minat, gaji dan rakan sebaya. Kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif dihuraikan dalam bentuk min dan peratus. Data diperoleh daripada soal selidik dan dianalisa menggunakan SPSS 23.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mendorong dan mempengaruhi pelajar membuat pilihan dalam pekerjaan selepas tamat pengajian berada pada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini mendapati faktor pengaruh Ibu bapa paling memberi kesan terhadap responden iaitu min (3.75) diikuti faktor kedua tertinggi iaitu minat (3.34),gaji (3.18).Manakala min paling rendah dan memberi kesan yang minima adalah faktor rakan sebaya (3.01).Selain itu juga kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya bukan penentu dalam pemilihan kerjaya pelajar selepas tamat pengajian.Walaupun dapatan kajian menunjukan faktor ibu bapa paling dominan ini tidak bermaksud ibu baya perlu mengenepikan minat anak masing-masing.Pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam melahirkan graduan yang berkualiti demi kelestarian pembangunan negara.
(Kata kunci:Faktor-faktor,mempengaruhi pelajar,pemilihan kerjaya,Politeknik Merlimau)
Conference Presentations by MOHD FAIZAL MAT PESA

NATIONAL CONFERENCE IN EDUCATION-TECHNICAL & VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING 2023, 2023
Solat merupakan tiang agama. Kehebatan generasi masakini dilihat daripada aspek menjaga solat far... more Solat merupakan tiang agama. Kehebatan generasi masakini dilihat daripada aspek menjaga solat fardu dalam kehidupan seharian. Tuntutan kewajipan solat fardu bukan sekadar menyedari akan kesan mengabaikannya namun bagaimana untuk kekal secara konsistensi aspek pelaksanaanya. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pelaksanaan dan pemahaman solat fardu serta faktor-faktor yang mempengaruhi pengabaian solat fardu yang melibatkan 609 orang Mahasiswa Politeknik Merlimau (PMM). Kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif dihuraikan dalam bentuk min, kekerapan dan peratus. Data diperoleh daripada soal selidik dan dianalisa menggunakan IBM SPSS 25.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya, pelaksanaan solat fardu pada tahap sederhana dengan 52.4 peratus yang menunaikan solat fardu secara sempurna solat lima waktu berdasarkan tahap penilaian peratusan. Manakala tahap pemahaman pelajar tentang pelaksanaan solat fardu berada pada tahap sangat tinggi dengan min keseluruhan 4.26.Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi pengabaian solat fardu pada tahap yang rendah dengan min 2.0 dan faktor paling dominan adalah sifat malas walaupun tahu akan balasanya.Oleh itu, pihak pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti khususnya boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan dan menjalankan peranan masing-masing dalam melahirkan pelajar yang bukan sekadar memahami pelaksanaan kewajipan solat fardu dengan baik malah memikirkan cara bagaimana mahasiswa dapat mempraktikkannya secara istiqamah dalam kehidupan bagi melahirkan generasi TVET yang berkualiti demi kelestarian pembangunan modal insan negara yang berilmu dan berperibadi unggul.
Uploads
Papers by MOHD FAIZAL MAT PESA
Books by MOHD FAIZAL MAT PESA
(Kata kunci:Faktor-faktor,mempengaruhi pelajar,pemilihan kerjaya,Politeknik Merlimau)
Conference Presentations by MOHD FAIZAL MAT PESA
(Kata kunci:Faktor-faktor,mempengaruhi pelajar,pemilihan kerjaya,Politeknik Merlimau)