Showing posts with label kebudayaan. Show all posts
Showing posts with label kebudayaan. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

dumpling festival




dumpling festival disambut oleh masyarakat cina hari kelima bulan kelima menurut kalender orang cina.
menurut ceritanya, kira2 278 tahun sebelum masihi, ketika pemerintahan dinasti Qin, terdapat seorang penyair terkenal yang telah terjun kedalam sungai sebagai membantah serangan tentera penakluk dinasti Qin kedaerah kediamannya
untuk mengelakkan mayatnya daripada dimakan oleh ikan, penduduk setempat telah membuang "chang / rice dumpling" kedalam sungai.

bahan asas pembuatannya adalah beras pulut yang digoreng bersama dengan bawang merah dan juga udang kering, pulut tersebut direndam terlebih dahulu beberapa jam, ditoskan dan digaul dengan kicap dan sos tiram terlebih dahulu.

inti "chang" ini pelbagai, ada daging, cendawan, kacang, kuning telur masin, nak cita lebih2 penat nak tulis, kita tengok ada gmbar yang dah siap.

tokchik snap masa kawan2 sekerja makan tengahri tadi

Wednesday, September 9, 2009

hungry ghost festival

hungry ghost festival atau phor thor dalam bahasa hokkien disambut pada setiap bulan tujuh mengikut kalender orang china. menurut kepercayaan mereka........ roh-roh yang terkurung dineraka akan dibenarkan bebas untuk berkeliaran dialam manusia selama sebulan


ini le rupa "phor thor" senang cakap phor thor ni merupakan penguasa/raja yang menjaga neraka. phor thor ini juga lah yang bertnaggung jawab mengawasi roh-roh yang berkeliaran didunia ini sepanjang bulan hantu lapar dan bertanggungjawab untuk "menghalau" roh-roh tersebut masuk semula keneraka





peralatan penyembahan untuk "phor thor"





proses penyembahan


auntie2 ni sibuk menyediakan hidangan tengahari.........kira macam kenduri le, sapa nak makan datang aja kat dapur ni.......... f.o.c beb........

Sunday, April 19, 2009

birthday DATUK

malaysia ni negara majmuk yang dihuni oleh pelbagai suku kaum, satu hobi tokchik.....suka memerhati, suka bertanya kalau ada yang tokchik rasakan pelik..

baru-baru ini kat tempat keja tokchik, tokchik terperasan yang boss tokchik tapau berbungkus2 nasi lemak, ada kari ayam, gulai kambing, telur rebus, pisang, roko daun le......
"you orang nak buat apa semua ni" tokchik bertanya.
" ini hali aaaaaaa.....latuk punya birthday, mau kasi sembahyang maaaaaaa" itu jawaban yang tokchik dapat.


ni le rupanya datuk yang menyambut birthday tu, tapi jangan silap, bukan yang berbaju kotak2 tu, yang tu cucunya aja (hehehehehe) datung nya tu.....yang didalam...papan sekeping juga setongkol batu yang ada tulisan macam cakar ayam, konon-kononnya tulisan jawi


kalau nak tau, "datuk" yang mereka sembah ni merupakan "datuk" melayu, ada lagi satu datuk yang konon2nya berfungsi sebagai penjaga keselamatan rumah, patung datuk ni lengkap berbaju melayu, bersamping, bersongkok, setiap kali menyembahnya, ada keminyan yang dibakar, ada rokok daun serta tembakau dan sirih, acara menyembah datuk ni sebulan dua kali, setiap 1hb dan 15 hb, semasa hari menyembah datuk mereka tak akan makan daging babi...... mengapa tak boleh makan........"itu datuk marah, lu tak tau ke, itu datuk melayu, tak suka itu empat kaki"


tak tau tokchik bagaimana mula nya ada datuk melayu dalam penyembahan orang cina, juga sepakara lagi yang tokchik difahamkan, bomoh-bomoh mereka ni, kalau menurun, selalunya diresapi oleh roh datuk melayu, panglima melayu, ada juga yang mendakwa almarhum sultan abdul samad juga raja2 selangor dimasa silam menjadi pendamping si tok bomoh tu......

setiap kali sembhyang besar, yang tak tinggal........air sirap

Thursday, February 5, 2009

singa menari??????















mejadi kelaziman setiap kali tahun baru akan ada kumpulan penari tarian singa yang akan mengunjungi premis kediaman atau perniagaan, dipercayai ianya membawa tuah kepada mereka

ang pow


tahun baru cina datang lagi
dah tua2 pun tokchik masih lagi dapat angpow
mengikut adat orang cina, adalah sesuatu yang tak manis sekiranya menolak pemberian angpow daripada seseorang, tokchik apa lagi............sapu aja le

Followers