Nuffnang

Followers

Two Become One

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Friday, April 29, 2016

Short trip Penang - 8 April




Tahun ni rasanya macam banyak pula buat aktiviti Cuti-cuti Malaysia. Seronok kot sebenarnya roadtrip ni. cuma penat sikit la. ( lagipon masa tu dah tau takleh travel luar). Lepas balik dari Indonesia March haritu ( aktiviti balik kampung). Aku teringin sangat nak makan Laksa. Laksa Penang, nak makan kat Penang. Melampau sangat permintaan tu. haha. Mujurlah suami layan je. So ajak la dalam group BS. Semua ON. So moh ler kita.


Booking hotel 4 hari sebelum pergi Penang. Nama pon last minute plan. semua pon last minute. haha. Tapi good deal sangat dari AirAsia.go untuk hotel The Royal Bintang. Best ! Beberapa hari sebelum pergi Amy tukar plan ke Cameron. Aku and Uya je ke Penang. Kami stay hotel yang sama. Tujuan memang lepak hotel & Makan je. 



Makan makan

Uya dah ke penang sehari awal. Kami hari sabtu baru gerak. Hubs takde cuti, hewhew. So sabtu tu perjalanan dari seremban. Ta jem pon. okey je. kami memang cadang nak breakfast di IPOH. Singgah jap. Tu kata seronok roadtrip, sebab boleh berhenti2 ikot suka kauuu. lulz. Singgah makan kat Kedai Kopi Suhaimie. Pejal gila sangat dengan dia punya Roti Goyang tu. Lepas makan kami terus ke Penang non stop. so sampai dalam jam 1pm. Uya & ray dah tunggu di Kedai Makan Bawal Panas Juru. Slurppp sedapnya. Total makan berlima tu. RM 40 je termasuk air kelapa. TQ ray belanja kami.


Anak anak mak. 

Dari Juru kami masuk Pulau balik naik Feri. Sebab hotel berdepan je kan dengan Feri ni. haha. Mudah kerja. Santai je pon. check-in and lepak hotel, bawak anak2 mandi. Main gym. dan etc etc etc
Petang dalam jam 6 kami ke spot wajib singgah - PADANG KOTA LAMA.

kami


Fav hotel bila ke Penang. lawa pulak aku snap. lololol
Rezeki kami kali ni bilik hadap pool. huehue. Best kot. walalupon aku tak mandi. Kalau ke penang memang suka stay area town. aku takleh hidup la dok batu feringgi tu. Takde makanan ! haha. Pastu jenis selalu lapar. So prefer stay town untuk aktiviti makan. senang drive 5-10 min sampai kedai. Duluuu zaman berdua boleh la stay Feringgi. hehe feeling amik mood dok tepi pantai. La ni... mak dok town laa senang keja. 


Room and such
Breakfast

As usual breakfast kat The Royal Bintang memang tak pernah menghampakan. Lepak lama gila semata melantak semua benda ! bahahah. Dasarrr tembolok besar.

Ringkas kan cerita je lah. Datang pon sebab nak makan-makan kan? So kat bawah ni apa yang kami makan sepanjang kat sana. Penang memang spot wajib aku la tiap tahun. Errr i mean dalam Malaysia, negeri wajib pergi tiap tahun - PENANG, LANGKAWI. Zedapnyaaaaaa....


makan makan makannnnnnn

Kami makan nan tandori Kapitan, Nasi Beriyani Kapitan, Pasembur, LAKSA ! Ni 1st aku makan laksa lepas melahirkan Luth, Giteww. Mula-mula tak berani nak sentuh, kata pantang setahun la apa la. Tapi mulut tak tahan sangat weh, kalau tak, takkan laa sampai ke penang aku cari kan? sebab ade satu stall tu laksa dia sedap kot. Malangnyaaa TUTUP -__-  Mula mula nak la try Laksa Janggus, tapiiiii.... hahahaha dok hotek lagi best =p. So kami makan dekat2 je. Try juga makan mee Bangkok Lane, pastu masuk Sungai Dua pekena Char-kuey-teow dan akhirnya dapat pulut udang idaman hati. 




upside down museum

Sebelum balik KL, sempat laaa kami ni singgah UPSIDE DOWN Penang ! Best weh tempat ni ( atleast for me) haha. Senang gila kau bagi camera kat staff, dorang arahkan korang bergambar. Bayaran masuk aku ingat lupa. Tunjuk IC rm17. errrr lebih kurang.




perangai masing2. 


Actually datang penang ni , saja je stay hotel sama sebab nak mengimbau kenangan baby-moon . Dulu Luth dalam perut. sekarang Luth dah nak 1 year pon. So bawak la luth jalan-jalan ( alasan mak nak jalan2) haha. and masa tu kalau ikot kiraan doc adik luth dah dalam perut pon about 8weeks. =), tapi maybe sebab penat balik dari penang, spotting 2/3 hari , nak-nak luth demam panas sampai warded kat Columbia hosp.and aku penattt sangat2.. Fuhhh Fuhh malas nak ingat. hihi . Dugaan. Terima dengan hati terbuka. InsyaAllah. mak okey dah ...


=)


next cuti-cuti malaysia ke mana daddy?

Till Then....










Tuesday, March 31, 2015

Babymoon Penang !



Macam biasa. Entry Basi ! hihi



Tak rancang pon nak babymoon bagai ni. Cuma terkilan sebab patutnya bercuti ke luar on feb tu,  Tapi cancel last minute terus ajak hubs bercuti dalam Malaysia. 2 tempat dalam kepala - Cameron / Penang sebabnya dah sejalan. Tapi hubs tak suka cameron. Dia kata nanti bosan tak tau nak buat apa. Okeylah so kita pergi Penang. Punyalah lama nak decide pergi ke tak? sebab ku ada customer, dengan appoinment doc. Tapi hubs memang dah ambil cuti siap2 1 minggu. sebab CNY tak berjalan mana-mana. 26/2 - Khamis kami gerak.


25/2 tu tengah malam baru booking hotel. Kami decide stay kat The Royale Bintang, Penang. Bestnyaaa hotel ni ! HAHA. sebab tengah bandar and senang sangat nak cari makan. Cuma jem sikitlah. Memula nak stay area pantai. Tapi bila kenang tujuan utama berehat dan MAKAN. so kami stay sini je lah. lagipon cadang bercuti 3/2malam je.




Ku memang recommend siapa pergi Penang stay sini. Sebab bilik dia cantik sangatt ! Murah je pon RM 260+ siap buffet Breakfast + FREE Parking lagi. kuikui.   Nora bagi 5***** untuk The Royale Bintang ni. Cosy sangat. Memang sampai2 check in tu terus tido. haha. 



Disebabkan trip ni santai2 je. Kami gerak dari S2 dalam jam 10am. Dah decide nak lunch kat Ikan Bawal Juru. Tawakkal je lah. sebab banyak kali stop. Ibu mengandung nak pergi toilet.. haha. Hubs bawak kereta pon slow gila. Dia kata nak kejar apa? Lagipon checkin hotel Jam 2pm. Masa sampai tu lauk dah banyak habis. Tapi sempatlah hilangkan rasa mengidam nak makan BAWAL GORENG PANAS + Kuah kari and nasi panas. sedapp ! MURAH je rM 17/2 orang makan.


Lepas makan kami checkin. hubs bawak kasut sukan sebab ade gym. then tido, sampai asar.


Petang siit, kami cadang lepak di Padang Kota Lama, Aktiviti Makan ! Ade 1 gerai nama LAKSA POWER kot? errrrr lupa.. tu memang favorite sangat2 kalau aku datang makan kat sini. Rasa Laksa tu tak pernah berubah. So oder 1 pinggan + ABC, Oder la Pasembuq. Aku time preggy ni perut cepat penuh. so makan apa-apa menag share je dengan hubs. Kalau tak mesti tak habis.

Kawan2 IG cadangkan makan Mee Sotong ! Puas cari..rupanya dekat foodcourt tengah padang tu. So jumpalah gerai : MEE SOTONG HAMEED. Mula-mula ingat nak cuba esok je. Tapi bila kenang dah alang2 kat situ. Try je lah. padahal nak pecah perut >__< tapi mee tu sedap, sambal sotong dia manis pedas2.






Malam tu balik tido. Tapi Jam 10 lapar balik. KAHKAH. So ajak hubs lepak Kapitan. makan nan cheese dia yg SUPER DUPER SEDAP tu. Nak nangissss T__T. Ayam tandori dia tu memang sedappp gila ! as usual makan share. tu pon kenyang sangat2. malam tu takde buat apa, balik Zzzz.


Tiap pagi kami Bfast kat hotel je. Nasi lemak dia super sedap + ade udang besar2 masak sambal. Kaunter mee udang pon ada. tp tak try. sbb lunch perut penuh pulak.

2nd day macam biasa aktiviti selfie. haha. well tak sah la kalau pergi penang tak singgah Armenian street kan? Ambil pic kat lukisan2 mural yg fofular tu. Tapi menyampah sebab 1-1 lukisan tu jauh2 kene jalan kaki, dah la Penang panas ya amat. Mana yg sempat je aku singgah. Takde lah kemaruk sangat nak bergambar. Dah alang2 kan? hehe, BIla lapar petang tu kami decide naik Feri ke Sg Dua. Nak makan MEE UDANG + CHARKUEYTEOW SG DUA.  Dah alan2 kat area sana, kami jalan2 mall Sunway festival. bahaha. Takleh blah .Malam bila lapar lagi, kami makan di Kapitan, tapi kali ni makan Nasi Beriyani Claypot tu. Sedap jugak


Nasi kandar, Kami makan di LINE CLEAR. Terkilan la jugak sebab rasanya dah tak sedap ! serius lain sangat dgn 2/3 tahun lepas.

Fav ! sebab roti tu tak berminyak dan ayam kari tu sedapnya


3rd day tak buat apa sangat sebab dah nak checout. Kami bfast light2 je kat hotel, lepas tu terus cari ROTI CANAI ARGYLL. sampai hampir kene saman polis sebab hubs lalu jalan 1 way. haha. bukan salah kitorang, salah kan waze ! Mujo memang ikot waze, so bagi alasan tu je kat abam polis.

Lunch kat LINE CLEAR, sebelum kami decide nak naik feri semula untuk balik ke KL. Singgah SG2 lagi sebab aku teringin pulut udang. T__T tapi gerai dia bukak petang. So terus je decide balik KL. odw nak balik hubs ajak singgah IPOH untuk makan2. Nak sangat makan kat hollywood. Tapi dah tutup. So makan dimsum sedap & Mee KIcap Mat Jasak ni je. balik beli Limau Tambun untuk fam and diri sendiri. 




Kalau ikotkan tak puas sangat trip penang ni. Sbab banyak kedai nak makan tak dapat. Lagipon perut full. Maybe next time. InsyaAllah. TQ hubs sebab layan bawak bercuti dah nak sarat2 tu. HAHA. I love Penang !
















Wednesday, July 4, 2012

Penang 8-10 June



Entry dah basi. 
Baru sekarang nak update. Pergi Penang 8-10 June haritu dengan Uya, Fira, Amy dan suami masing2. Kami stay di TM Resort, Cuti sekolah semua hotel pon full. Semua tempat pon full dan jem T__T
Kami gerak lepas balik kerja dalam jam 8 mlm, lepas mentekedarah bergedil enak + markaroni goreng Amy.
Sedap I tell you.

Perjalanan smooth je, tapi jem jugak. Kami sentisa update pergerakan masing2 since pergi dua kereta. last2 decide jumpa kat Penang bridge je. Senang. lol. Waktu ke penang ni, i and pezal masuk 6 bulan berkahwin. Teruja uolssss. ibarat macam buat alla-ala honeymoon balik and as hadiah 6 bulan.
(remind you, kami memang celebrate by month).

H.A.P.P.Y and again thank you Boo.


Tepat ok Jam 12.08. ehh? tepat ke?
Hubs wish me kat penang bridge. wootttt

Happy 6th month anniversary husband =)

TM resort 
View from our room.


Me n hubs




Bfast kat Jl Argyll, kebetulan Tatie pon ade. dah jadik tempat berkumpul blogger pulak kat sini. kahkah.
Oh lupa nak cakap roti canai kat sini sedap gila.












Kalau cakap pasal penang, i akan ingat makan je lah. lain takde. HAHA.
Enjoy gila makan sup hameed. Ns Kandar line clear, Jeruk, pasembur, Roti Canai ayam, Laksa, Puncak Mutiara ( roti arab dia sedap gila)

Regret tak dapat singgah Sg Dua makan Char kuey teow, mee udang sebab kesuntukkan masa.





Husband singgah HR beli t-shirt. dia je ade hadiah. aku?







Bukit Bendera





Goodbye Penang






*Entry Malas*











Tuesday, May 4, 2010

Penang untuk Makan !

ape je nak cerita pasal Penang if bukan pasal MAKAN?
sape-sape pergi pun atas alasan makan kat sana memang heaven.
yang pasti, memang terbaikkkk...





LAKSA PENANG.




MEE UDANG.



ROJAK PASEMBOR.

AIS BATU CAMPUR.



NASI KANDAR.

JERUK-JERUK.



CHAR KUEW TEOW.


PULUT UDANG.


serta aktiviti memenatkan badan.














malas dah nak cerita sebab cerita pun dah basi..update gambar sudahhhh..
tapi memang penang best giler dengan makan.
boleh tak semalam mengidam nak makan char kuey teow sg, dua tu???
* Buat Djurina, Melisa, Faizal, Murni....kamu semua memang best..seronok dapat bercuti dengan kamu semua..harap-harap ke Jakarta/Bandung on 10th ni pun havoc macam tu juga.. =)