Showing posts with label turin. Show all posts
Showing posts with label turin. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Turene Belanda (SOLD!)

Salam,

Turene saiz mini for sale. Corak ala Belanda, panjang hujung (tangkai) ke hujung dalam 22cm. Kondisi baik dan superb. Boleh COD this Saturday (15/10) di Shah Alam or Amcorp Mall.

Harga: RM70 (SOLD to Kak Ilah Jerantut)

Adios...sila sms jika berkenan

Friday, September 23, 2011

Knob dan Tureen

Salam,

Ada 2 barang nak dijual seperti dalam
fanpage facebook aku.

KNOB/PULLS/TOMBOL PINTU RETRO
1970s knob or tombol pintu untuk dijual, diperbuat dari besi. Buatan Turner Australia. Rare item.PRICE : RM35 sebiji. Ada sepasang.


TUREEN LAMA Staffordshire Tureen 'Chelsea' Made in England. Tahun produce tak diketahui. Dapat kat banglo kerajaan lama. Cuma takdo tutup je. Still in good condition. Lamo dah den simpan ni.

Price: Offer me a good price.


Ok adioss

Monday, August 22, 2011

Tiga Turene (ALL SOLD!)

Salam,

Masa begitu pantas sekali, tup tup hari ni dah puasa Ramadhan yang ke 22. Tinggal 7 atau 8 hari lagi jer nak raya.

Sempena nak raya ni, aku nak let go 3 turene yang aku dapat while hunting barang last week. Baru je aku basuh tadi semua barang-barang tersebut.Ke tiga-tiga turene ni bersaiz comel / kecik tetapi ada bunga. Special sikit coz aku letak dalam blog and offer pada pembaca blog dan followers. In case end of this week tiada pembeli, aku akan letak dalam mudah.

Turene No. 1 (SOLD!)



Turene ni berbunga rose kaler coklat dengan daun ala biru dan bunga-bunga kecil merah ceria. Harga: RM70 (boleh nego)

Turene No 2 (SOLD!)


Turene ni tutupnya bunga serupa itu turene No 1 cuma mangkuknya sahaja berbunga kecil comel kaler merah and purple (lihat gambar). Harga: RM60 (nego)

Turene No. 3 (SOLD!)



Turene yang ni pelik sikit dengan bunga halus kaler merah dan daun standard lah hijau (lihat pada gambar). Harga: RM40 sahaja

Nota:

No 1 dan 2 sama saiz, panjang hujung ke hujung dalam 20cm dan yang No 3 kecil sedikit dari hujung ke hujung dalam 16cm comey. Kalau nak pos sila tambah RM10 (tak jamin sekiranya pecah).

Selamat membeli! Cepat sebelum disambar orang lain. Sms sahaja.

Sunday, May 30, 2010

English Theme Item for sale

Salam,

Yang ni aku dapat dari kedai barang terpakai. Tapi aku rasa barang ni bukan barang lama, kondisi masih cantik dan boleh dipakai (nampak baru). Bagi yang meminati citarasa English or Cottage amat sesuwai sekali. Alah membeli menang memakai kata orang tua-tua.



English turene (turin berkonsepkan english). Jenama Vantage. Masih dalam keadaan baik dengan tema bunga biru. Saiz besar lebih kurang diameter 9" or 10". Sesuai digunakan untuk meletak nasi.

Price: RM125
(nego sikit-sikit boleh ler)



Teko enamel English concept. In very good condition. Fruits design theme.

Price: RM75 (nego)


Dinasihatkan, item must be self collected at Bazaar@Maeps, UPM Serdang every Saturday from 4pm to 11pm. You can view other items for sale. Poslaju also available. Sms me for details (zul 013-2296679)

Friday, April 9, 2010

Barang jualan minggu ini

Assalamualaikum,

Senyap aku sejak minggu lepas nampaknya berisi juga hari ni. Puas aku carik beberapa barang lama sejak semalam, akhirnya membuahkan hasil akhirnya. Hari ni kena jugak tayang coz esok aku nak meniaga kat maeps. Kot-kot ada yang sangkut hasilnya esok. Teko minggu ni tarak, sorry puas den carik tapi tak dapat. Ada tapi orang takmo jual plak. Tu la aku dah kata sejak minggu lepas, memang susah nak cari barang nowadays. Kalau ada pun orang nak simpan, takmo jual (macam aku juga la hehe). Tapi aku suka simpan yang rare, rare, vintage, yang susah nak carik. Teko pun aku tengah collect yang lain dari yang lain munganya. Tunggu la next time aku tunjuk koleksi aku plak.

Anyway, bebel-bebel pun tak guna baik aku tepek gambarnya. Antara barangnya 3 pinggan bujur bunga lalang, 1 pinggan bujur bunga kangkung, 1 turin kecik kosong takda munga, 1 jug warna biru (aku reserve kan pada Kak Tie coz jug ni sesuai untuk gelas berkaki yang aku jual kat dia tempohari), 1 pasu berbentuk Swan (besar) dan 1 balang besar letak cookies lama (memang oldskool coz tutup dia kaca, masih cantik condition).

Ok lah ini dia barang-barangnya.

Dari kiri balang kaca lama, turin kecil takda bunga, pasu swan besar dan jug biru.

Balang lama besar dan berat. Kacanya tebal dengan penutup kaca juga. Harga: RM45 sold! (ada 2) 1 sold to Kak Aina, 1 sold to non-blogger

Turin/ Turene putih bersih tanpa bunga saiz kecil. Harga: RM40 sahaja (SOLD!).

Jug warna biru, sesuai untuk sesiapa yang dah ada cawan berkaki kaler biru. Boleh kasi match sama dia. Harga: RM30 sahaja (SOLD to Kak Tie)

Pinggan nasi bujur bunga kangkung. Harga: RM35 sahaja (SOLD to Welly).

Pinggan nasi bujur bunga lalang. Harga: RM30 sahaja (2 SOLD! tinggal 1) dua dah di booked by Kak Aina and sorang non-blogger.

Last sekali, pasu besar bentuk swan. Yang ni kalau sesiapa berkenan aku let go, kalau tak laku-laku jugak aku nak simpan. Harga: RM44 sahaja.

For booking or reservation, sila sms aku di 013-2296679 (zul). Pembeli digalakkan mengambil barang di bazaar@Maeps Serdang on Saturday coz barang-barang di atas mostly porcelain dan kaca takut pecah kalau aku pos.