Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, January 3, 2016

PROMOSI PAKEJ PERKAHWINAN 2016!!!


Assalamualaikum


*Iklan sekejap


Bakal jadi Raja Sehari pada tahun ini?

Belum ada photographer untuk merakamkan detik bersejarah anda?

Anda yang kami cari!!!




PROMOSI FOTOGRAFI PERKAHWINAN 2016!!!! 

HANYA RM 1250.00 untuk masa yang TERHAD!!!

* Solemnization
* Reception
* FREE Outdoor (wajib hari yang sama dan tertakluk pada keadaan tempat dan cuaca)
* Photobook 8 x 12 (20 page)
* 12r Picture + Frame
* Pendrive

Anda dijemput call atau walk-in ke studio kami seperti yang tertera di banner iklan.

BOOK segera sementara masih ada kekosongan!!!


Kami juga ada menawarkan pelbagai servis fotografi yang lain:


1. STUDIO FOTOGRAFI 









2. GAMBAR KONVOKESYEN










3. SHOOT AND BURN CD
- FAMILY
- KONVOKESYEN
- POST WEDDING
- MATERNITY
















4. EVENT PHOTOGRAPHY







Jom lock tarikh cepat-cepat dengan kami sebelum penuh ^_^

Call: AFIAH KAMEL 012-6307141




Thank you!


Tuesday, October 27, 2015

Mitten and Booties (2 Bulan)


Assalamualaikum




Hana masuk 2 bulan pada tarikh 9 Jun 2015.. 

Alhamdulillah Hana membesar dengan jayanya dengan penuh kasih sayang hehehe.. Pipi pun makin bulat.. Sedap dibuat cubit tu hahaha.. Okay, sorry Hana! Kiteorang geram sangat tengok awak yang gebu ni..

So, macam biasa pergi check up 2 bulan.. Timbang berat, ambil ukur lilit kepala dan ambil catatan ketinggian.. Masa ni Hana masih guna mitten dan booties tau sebab tak nak Hana cakar muka dia yang comel tu.. Maklum lah, aku ni takut nak potong kuku Hana hehehe.. Halus sangat jari dia tu.. Macam nampak tak nampak je mana satu kuku dan mana satu isi kuku huhuhu.. Tapi kiteorang silap, nurse kata baby dah masuk 2 bulan dah tak perlu pakai lagi mitten dan booties tu.. Dah tiba masa untuk tangan dan kakinya dilepaskan dari dibalut sepanjang hari..

Kenapa? Nurse kata antara sebabnya adalah baby 2 bulan dah mula explore tangan dan kaki.. Masa ni lah baby akan belajar hisap jari, belajar genggam dan lepas tangan dan merasa pergerakkan jari-jemari.. Macam tu jugak dengan kaki.. Baby belajar nak gerakkan kaki secara bebas..

First time jadi parents kan.. Banyak benda kiteorang tak tau.. Bagus nurse tu bagi information baru kat kiteorang.. Akhirnya Hana bebas dari mitten dan booties buat selama-lamanya.. Yeaayyyy!!!!!

Sepanjang Hana 2 bulan tu aku perasan dia banyak hisap jari dan cuba bermain-main dengan jari sendiri.. Maka betul lah apa yang nurse tu sampaikan.. Kadang-kadang tu bunyi cuuuttt...cuuuttt si Hana syok sangat hisap jari hehehe.. Kalau tang kaki tu jangan cakap lah.. Pakaikan dress atau gown memang asyik nampak diapers je.. Suka sangat angkat kaki tinggi-tinggi hehe..


Dah mula aktif main dengan kaki dan tangan..

Masa 2 bulan ni jugak lah Hana dah start ikut aku pergi kerja setiap hari.. Dia selalu ada dengan aku.. Husband kerja + duduk kat Johor, kami berdua pulak kat Melaka.. Weekend lah baru husband ada masa nak belek-belek, kelek-kelek, golek-golek dengan si Hana.. Kalau hari biasa tu aku banyak bagi gambar thru whatsapp atau tag dia gambar-gambar Hana yang aku upload kat instagram.. Nak cari rezeki lebih kena berkorban lebih.. Impian dan harapan nak duduk serumah tu tetap ada... 


Posisi favorite saya ni..

Cerita pasal breastfeeding.. Aku try direct feed si Hana setelah sekian lama bagi Hana susu melalui botol je.. Hasilnya..... DIA REJECT!! Dia nak botol susu dia jugak.. Cuba direct feed setiap hari tapi dia reject dan mengamuk.. Dia rasa rimas dan lemas aku paksa dia direct feed.. Baby sekarang cepat sangat cerdiknya.. Betul lah apa sifu breastfeeding cakap, kalau dah ajar guna botol sepenuh masa memang baby akan reject direct feeding huhuhu.. My mistake! Maka dengan itu, sesi pam diteruskan dan feed Hana guna botol favorite dia.. Walaupun setiap sesi cuma mampu dapat 0.5 oz hingga 1.0 oz sahaja, aku bagi jugak kat Hana sebab tu rezeki dia.. 


Bulat tak saya? Hehehe


Kita jumpa lagi masa entry 3 bulan pulak tau hehehe...

Terima kasih..


Monday, August 24, 2015

Pakej Gambar Konvokesyen dari RD3D Studio

Assalamualaikum


*Iklan


Ni gambar konvokesyen aku last year  hee :)


Musim konvokesyen telah tiba!!!
Tahniah kepada semua graduan yang bakal berkonvokesyen pada tahun ini grin emoticon
Jangan lupa bawa keluarga dan rakan-rakan bergambar kenangan sempena meraikan kejayaan anda di Rd3D Studio wink emoticon
Kami menawarkan pakej gambar konvokesyen 2D dan 3D dengan harga yang berpatutan smile emoticon

Rd3D Studio
(RD THREE D Creative MA0192976-T)
No.32, Jalan KF 2,
Kota Fesyen-Mitc,
75450, Ayer Keroh,
Melaka

012-6307141 (Afiah Kamel)
013-690 6200 (Ahamad Kamel)
06-2310458 (Office)

Waktu operasi:
11 a.m - 8 p.m (Isnin-Khamis & Sabtu)
3.00 p.m - 8 p.m (Jumaat)
Ahad (by appointment/ booking slot)






*Sebahagian dari pelanggan Rd3D Studio

*Sebahagian dari pelanggan Rd3D Studio


Terima kasih.

Wednesday, July 8, 2015

Photo Shoot Raya di Rd3D Studio

Assalamualaikum


*Iklan

Jangan lepaskan peluang sepanjang Ramadhan dan Syawal ini!!! Bawa keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan bergambar di Rd3D Studio.




Bertempat di No.32, Jalan KF 2, Kota Fesyen-Mitc, Ayer Keroh, Melaka. (Landmark: Belakang Burgerbyte Kota Fesyen-Mitc, berhampiran Mydin Mall Ayer Keroh)

Waktu operasi: 11 a.m - 6.00 p.m (waktu operasi bulan Ramadhan)







Jangan lepaskan peluang!!!! 

Instagram: rd3d_studio
Facebook: Rd3D Studio
Website: http://rd3d.com.my 
Office: 06-2310458/ 012-6307141


Monday, June 29, 2015

Hello Penang!!

Assalamualaikum


Hana belum masuk 2 bulan, aku dan husband tekad nak bawak Hana holiday jauh dari Johor dan Melaka.. Destinasi pilihan kami adalah PENANG!! Yippiiee!! Kiranya ni new experience lah bagi kami.. Sebelum ni holiday dengan family atau holiday berdua je.. Kali ni kami holiday bertiga dan ahli yang ketiga ni baru nak masuk 50 hari ++..

Untuk bawak Hana travel jauh, kami cuba bawa Hana keluar rumah masa umur dia masuk 40 hari.. Kami bawa Hana pergi Aeon Bandaraya Melaka waktu tengahari.. Sepanjang window shopping, kami letak Hana dalam stroller besar gedabak tu hahaha..

Resultnya Hana memang totally well behave.. Dia akan duduk diam je dalam stroller.. Sama ada dia menikmati pemandangan yang ada atau dia tidur dengan lena.. Kalau dia nak susu atau diapers dah penuh baru Hana menangis.. 





Kami jugak try bawak Hana makan kat luar pada waktu malam.. Kami ke Johor Bahru.. Nak tengok Hana okay ke tak kalau kami bawa dia keluar di waktu malam.. Resultnya Hana okay je dan langsung tak meragam.. Kami pun dapat makan dengan selesa malam tu..




Dengan itu, Hana LULUS dengan jayanya.. Hana boleh travel jauh.. Yeayyyy!!!!!


JUMAAT
5 JUN 2015

Ikut plan asal, kami nak gerak seawal 8.30 pagi tapi......... Sejak ada Hana, plan kami selalu lari hahahaha.. Sesiapa yang ada baby kecik mesti faham situasi aku.. Mula-mula siapkan Hana lepas tu kami berdua pulak bersiap secara bergilir-gilir.. Belum sempat naik kereta, Hana dah berak.. So, kena change lah diapers dia dulu.. Dah change diapers, Hana uwekk nak milk.. Bagi milk pulak.. Gitu gini pukul 11.30 pagi baru kami dapat naik kereta..







Bismillah.. Husband pun start enjin kereta dan here we gooo!!! Yahhoooo!!! Holiday vacation yang kami berdua nantikan setelah plan hampir 3 minggu sebelumnya..

Sepanjang dalam kereta memang Hana banyak tidur.. Selesa dapat aircond kot hihihi.. Aku pun sama sebenarnya melayan mata yang mengantuk tahap apa pun tak tahu nak dikata.. Akhirnya aku terlelap dari Tol Ayer Keroh sampai lah Dengkil..


Selesa dia tidur dalam car seat

Fokus nak sampai Penang

Ubat buat hilang mata aku yang mengantuk

My little traveler..


Sepanjang perjalanan tu, kami berhenti sebanyak 3 kali kat mana-mana stesen minyak Petronas untuk tukar diapers Hana dan bagi Hana milk selain mengisi tangki minyak kereta..

Akhirnya kami sampai Penang tepat 6.30 petang.. Alhamdulillah.. Hello Penang!!!! Kami menginap di Summit Hotel, Bukit Mertajam selama 3 hari 2 malam.. Proses tempahan dilakukan sepenuhnya menerusi Agoda.. Kebetulan kami dapat diskaun masa booking kat Agoda.. Diskaun menghampiri 50% pulak tu.. Rezeki hehehe..

Walaupun interior dalam bilik ni sama seperti hotel-hotel lain yang aku pernah duduk masa tahun 2000, 2001 tapi dari segi selesa tu memang 9/10 lah tahapnya.. Sangat besar, lapang dan luas.. Sesetengah hotel saiz biliknya agak kecil malah ruang untuk solat pun agak sempit tapi hotel yang ni memang terbaik dari segi ruang!!




Hana dan Papa

Oopps... Hana and Papa again..

Hana rasmikan katil empuk ni dulu ya..

Happy Hana.. Yeayyy!!! Hana dah sampai Penang!!


Lepas maghrib, kami siap-siap nak keluar makan sebab perut dah kelaparan sangat-sangat.. Kiteorang tak stop untuk makan kat mana-mana RnR pun sepanjang perjalanan ke Penang.. Itu yang perut lapar semacam...

Husband sempat tanya kawan dia sebelum kami ke Penang.. Husband tanya nasi kandar mana paling best kat Penang.. Dengan pantas kawan dia jawab, "Nasi Kandar Deen!".. Maka dengan itu, destinasi makan-makan pertama adalah Restoran Nasi Kandar Deen, Jelutong.. 

Sampai je kat restoran, hujan pun turun.. Nasib baik ada meja kosong masa kami sampai tu sebab tersangat ramai lah orang kat restoran tu.. Kalau tak, jenuh jugak berdiri lama nak tunggu meja kosong sambil dukung Hana si 5 kg ni hewwhhh.. Sementara aku duduk, husband pulak kena beratur untuk order makanan.. Tapi yang bagusnya, walaupun kena beratur panjang, servis diorang cepat.. Tak payah tunggu lama..



Pertama kali nak merasa makan nasi kandar original dari Penang hahaha.. Ikutkan dah masuk 4 kali aku datang Penang tapi ni lah pertama kalinya nak merasa nasi kandar Penang.. Husband pun macam tu jugak.. Tak ada pengalaman makan nasi kandar kat Penang..

So, malam tu husband order nasi kandar berlaukkan sayur kobis, ayam goreng berempah dan sotong.. Sotong dia punya lah besar.. Harga sepinggan nasi kandar macam dalam gambar tu RM 12.. Keseluruhannya aku bagi 8.5/10 markah untuk nasi kandar ni.. Memang sedap makan panas-panas.. Fuuhhh..

Next destination adalah kembali semula ke hotel.. Kesian kat Hana dah tidur lena atas pangkuan aku masa aku tengah syok makan nasi kandar..  Malam tu kami pilih nak naik feri untuk ke seberang memandangkan hotel aku tu kan kat Bukit Mertajam.. Kami tunggu feri sampai 1 pagi ya.. Kami siap terlelap dalam kereta gara-gara menunggu turn nak naik feri.. Sampai je hotel, apa lagi... Zzzzzzz kepenatan..


SABTU
6 JUN 2015

Selalunya kalau kami menginap kat hotel, lepas je solat subuh kami tak tidur balik.. Kami biasanya akan siap-siap pergi breakfast.. Kebanyakkan hotel memang sediakan breakfast secara buffet kat restaurant atau dewan makan.. Tapi biasa lah dah ada anak.. Bila anak kerap berjaga malam maka parents pun tak cukup tidur.. So sambung tidur lah jawabnya sampai pukul 10.00 pagi.. Lewat jugak breakfast pagi tu.. Pukul 10.15 pagi baru breakfast sedangkan sesi breakfast close pukul 10.30 pagi T_T

Lepas je kenyang perut suka hati, aku dan Hana teman husband pergi swimming pool.. Husband nak mandi-manda katanya.. Aku dengan Hana duduk tepi swimming pool sambil menunggu papa Hana enjoy swim..


Lama tak swimming katanya

Hana mengantuk, Hana nak sambung tidur tepi swimming pool


Plan untuk hari ni adalah menghadiri majlis perkahwinan classmate husband kat universiti.. Rumah pengantin ni kat Guar Perahu.. Kebetulan masa kami sampai tu, pengantin tengah makan-makan..






Husband makan nasi berlauk kat kenduri classmate dia.. Aku pulak kekenyangan.. So aku pilih nak makan laksa penang je..


Laksa Penang

Buah cicah kuah rojak

Cendol


Selesai attend wedding classmate husband, kami ke rumah Mok Teh aku pulak di Butterworth.. Saja jalan-jalan bawa Hana pergi rumah Wan Teh hehehe.. Kami minum petang dan singgah solat kat situ..


Hana santai petang kat rumah Wan Teh


Misi seterusnya kami nak kejarkan Mee Sotong Hameed Pata di Padang Kota Lama.. Maka kami pun naik feri untuk ke seberang..


Pemandangan dari feri

Pemandangan dari feri



Sampai je seberang pulau, jam teruk sangat sampai putus asa nak makan mee sotong yang popular tu.. Hari Ahad diorang tutup T_T.. Nak tak nak kena makan hari ni jugak.. Tak tahu lah berapa kali kami buat u-turn dan cuba cari jalan untuk ke Medan Selera Fort Cornwallis di Padang Kota Lama tapi fail, fail, fail.. Jam teruk!! Mungkin cuti sekolah kot.. Ramai yang datang bercuti ke Penang.. Akhirnya kami pekena Ais Tingkap di Lebuh Tamil untul cool down hehehe.. Ais Tingkap ni harganya RM 2.00 secawan.. Air warna merah macam sirap, ada selasih dan ada kepingan kelapa..



Dah sampai..

Boleh nampak selasih yang banyak dan kepingan kelapa..
Refreshing sungguh.. 


Ais Tingkap ni tutup pukul 7 petang kalau aku tak silap.. Kami ni customer yang terakhir sekali untuk hari tu.. Alhamdulillah dapat jugak merasa walaupun Ais Tingkap ni asalnya tak ada dalam misi jalan-jalan cari makan kami hehe.. Kebetulan husband yang ternampak kedai tu dari dalam kereta dan dia cakap, "Eh, itu Ais Tingkap yang keluar dalam rancangan Best In The World Razif Hashim tu.. Jomm kita pergi..".. Tengok lah betapa pentingnya marketing dalam sesebuah perniagaan..

Selesai pekena Ais Tingkap yang boleh tahan sedapnya.. Kami ke kedai permainan sekitar hadapan bangunan IPK.. Permainan kat kedai tu agak murah dan ada banyak pilihan sampai aku excited shopping mainan untuk Hana, Anas (anak adik) dan Aisya (anak sepupu).. 

Perut dah start lapar ni.. Kami teruskan misi ke Sany Char Kuey Tiow pulak.. Kami ikut gps untuk ke sana.. Malangnya tak ada rezeki T_T Gps signal low malam tu lalu kami tersesat sehingga ke jambatan Pulau Pinang.. Kalau dah naik jambatan, alamatnya balik ke seberang sana lah.. Nak patah balik memang malas sebab jalan agak jam.. Tak apa lah, dah tak ada rezeki nak pekena Char Kuey Tiow.. Next plan, kami terus ke Sungai Dua nak kejarkan Mee Udang Sungai Dua.. Sekali lagi diuji bila kesemua kedai Mee Udang di Sungai Dua dipenuhi ramai orang sampai ada yang kena beratur tunggu diluar T_T Nangis dalam hati huhuhuhu.. Perut dah lapar dan dalam masa yang sama mood dan tak ada sebab kepenatan.. Nak tak nak, kami makan sahaja di Lala Food Garden, Sungai Dua.. Kami order fries dan kerang bakar cicah sos.. Kerang bakarnya sedap dan fresh.. Sosnya pun boleh tahan sedap jugak..

Dari nak makan mee sotong, bertukar ke char kuey tiow kemudian bertukar ke mee udang.. Satu pun tak dapat.. Next time jelah ya..


AHAD
7 JUN 2015

Hari ni kami bangun awal.. Perut kami lapar sebab semalam makan simple sangat.. Pukul 9.30 pagi kami turun ke dewan makan.. Macam-macam jenis makanan ada.. Semuanya best dan sedap.. Memang tak rugi kami pilih hotel ni untuk bermalam hehe.. 

Lebih kurang pukul 11 pagi, kami check out dan terus ke seberang pulau.. Kami akan stay satu hari lagi di Penang dan menginap di hotel sekitar Georgetown pula.. Sebenarnya kalau datang bercuti ke Penang, lebih baik pilih hotel di sekitar seberang pulau sana.. Mudah untuk pergi berjalan-jalan sebab semuanya dekat tanpa perlu kerap naik turun jambatan mahupun feri.. Kami pilih 3 hari 2 malam menginap di Summit Hotel, Bukit Mertajam sebab tengok promosi kat Agoda..

Sebelum check in ke hotel yang baru, kami ke Batu ferringhi.. Kononnya nak ke Butterfly Farm sebab adik aku pernah pergi sana... Dia cakap best jalan-jalan kat Butterfly Farm tu.. Kami pun ikut Gps untuk ke sana tapi.........


Butterfly Farm dalam proses transformation

Butterfly Farm sedang menjalani proses tranformasi sehingga Disember 2015.. Kalau nak datang, maybe next ye lah kot.. Insyaallah..

Next destination, kami pilih nak ke Tropical Spice Garden pulak tapi hujan lebat.. Jadi kami tak ada lah ke mana-mana..





Tengok jam dah masuk waktu makan tengahari.. Perut pun dah start lapar jugak.. So, kami singgah makan di gerai makan berhadapan Tropical Spice Garden.. Kami order char kuey tiow dan mee udang..


Hana masam mencuka sebab mengantuk hehe

Hana tak ada mood nak bergambar... Hana nak sleep!

Ada jugak yang mandi-manda kat tepi pantai ni..

Mee Udang panas dah sampai..

Char Kuey Tiow pun sampai jugak..


Tak dapat makan Mee Udang Sungai Dua dan Sany Char Kuey Tiow maka kita makan saja lah menu tu di sini.. Kat sini boleh tahan juga rasanya sesuai dengan harga.. Pemandangan laut tu yang tak terbayar hehehe.. 





Dah kenyang makan tengahari, kami cuci mulut pulak dengan cup corn favorite aku selamanya hahaha... Aku beli ni di gerai jual jagung betul-betul seberang Tropical Spice Garden.. Sungguh berperisa jagung ni sebab dia letak mentega, susu manis dan garam secukup rasa.. Nyuummm!!!

Badan dah kepenatan, so kami terus check in hotel di Georgetown.. Nama hotel tu Hotel Mingood di Jalan Argyll.. Yang ni kami book guna Agoda juga tapi tiada promosi lah.. Kelebihan hotel ni ramai yang cakap ruang dalam biliknya sangat luas dan lapang.. Tak sempit.. Memang betul lah apa orang komen.. 










Dah sampai hotel, apa lagi.. Rebah terus atas katil.. Masing-masing kepenatan.. Lebih kurang pukul 5 petang, kami pun keluar jalan-jalan cari makan.. Kami ke Pasembor Joget-joget di Gurney Drive untuk isi perut..






Yang specialnya kat sini dia punya kuih udang.. Wajib lah ambik kuih udang yang rangup tu.. Pilih punya pilih dapat banyak ni.. Sepinggan ni RM 20.00.. Jenuh jugak lah nak habiskan.. Memang betul-betul kenyang perut suka hati lah kami berdua petang tu hehe..

Seterusnya kita jalan-jalan kat Plaza Gurney.. Pertama kali masuk sini walaupun dah kali ke-4 datang Penang.. Besar jugak shoppingnya.. Tinggi pun ya jugak sampai aku gayat ketar kepala lutut ni huhuhu.. Pusing-pusing cuci mata je dalam tu..





Dah penat window shopping.. Kami pun lepak kat Old Town pekena kopi dan roti bakar.. Lama jugak lah lepak dalam tu.. Muda-muda dah sakit pinggan dan kaki ooiiii hahahaha..










Habis makan, pinggang dan kaki pun dah longgar, kami terus balik ke hotel.. Berehat puas-puas sebab esoknya kami ada misi lain.. 


ISNIN
8 JUN 2015

Pagi ni kami breakfast kat hotel.. Hotel ni serve kopi, juice, cereal dan roti bakar sahaja.. Kalau nak makan dan minum yang lain tu kena lah bayar.. So kami add on telur separuh masak sorang 2 biji.. Nak tambah tenaga dan kenyangkan perut hehe..

Lepas check out, kami singgah Maliia Bakeri di Jalan Transfer.. Kami beli roti benggali 4 perisa untuk dibawa balik sebagai buah tangan.. Kali ni lain sikit lah buah tangannya hehe.. Selalunya kami beli Jeruk Pak Ali dan Kuah Rojak Mak Bee.. Nak tau sedap ke tidak, kena try beli.. 




Destinasi seterusnya kami ke kawasan street art.. Asyik tengok orang ambik gambar je, aku pun nak jugak hahaha... Kawasan street art ni banyak di sekitar Georgetown.. Kalau larat nak jalan tengah panas, boleh lah jelajah ke semua bangunan yang ada street art seperti di Jalan Penang, Muntri Street, Weld Quay, Lebuh Leith, Lebuh Armenian Street dan Ah Quee Street.. Tapi aku sanggup jalan sekitar Lebuh Armenian Street je sebab kat situ pun dah ada banyak koleksi street art yang popular..











Selesai berjalan-jalan si street art, perut pun dah lapar dan tekak pun haus sangat.. Lunch hari Isnin ni kami pilih Medan Selera Fort Cornwallis.. Hari tu tak dapat makan Mee Sotong Hameed Pata sebab jalan jam.. So, sebelum balik Melaka kami cuba redah sekali lagi.. Berjaya ke tidakkk? Hahaha..




Berjaya jugak akhirnya.. Kami dapat parking betul-betul depan bangunan lama Fort Cornwallis tu setelah beratur agak lama.. Banyak kereta sebab lunch hour kan.. Semua orang nak pergi makan..

Mula-mula sampai je medan selera, kami terus cari kedai Mee Sotong Hameed Pata.. Senang je nak cari.. Tengok sign macam dalam gambar atas tu.. 

Kami pun duduk depan gerai Mee Sotong dan order Mee Sotong (Goreng) saiz besar punya iaitu RM 7.00 sepinggan.. Mee Sotong ni ada 2 jenis sebenarnya, Mee Goreng dan Mee Rebus.. So, aku pilih yang goreng.. Mee Goreng tu kering lah.. Kalau suka yang berkuah, boleh order yang Mee Rebus..

Lepas tu, order pulak Coconut Shake kat gerai sebelahnya.. Memang best lah combine kan antara Mee Sotong dan Coconut Shake.. Terbaik!!!!!!!




Refreshing betul minum time cuaca tengahari panas

Ini memang paling the best lah..


Mee Sotong ni memang sedap sangat.. Siapa belum pernah cuba, boleh lah cuba.. Aku rasa next time aku datang Penang memang aku nak pergi makan Mee Sotong ni hahaha.. Sambal sotong kering atas Mee Goreng tu sangat best.. 

Dah kenyang perut suka hati, kami pun cepat-cepat gerak balik ke Melaka sebab esoknya husband kerja.. 




Trip ke Penang kali ke-4 ni memang trip paling best sebab aku berjaya explore pelbagai jenis makanan dan tempat-tempat pelancongan yang menarik.. Lagi satu, suasana dan bangunan kat Penang ni tak banyak beza dengan Bandar Melaka.. Terasa macam ada kat tempat sendiri pun ya jugak hehe..

Insyaallah, hopefully next time dapat ke Penang lagi..

Terima kasih.

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3