Sunday, August 26, 2012

Menghayati Surah Al-Fatihah


Menghayati Surah Al-Fatihah
Hari ni rasanya ada satu perkara bagi pendapat saya baiknya dipanjangkan kepada umum kerana simpan pun nak buat apa kan ?
-Surah Al-Fatihah  adalah Fatihatul Kitab (Pembukaan Kitab) yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.”
(Q.S. Al Hijr 15: 87).
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’
(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi) 
- Maka tidak hairanlah Surah al-Fatihah adalah merupakan bacaan paling penting dalam solat, surah yang kita baca pada setiap rakaat dalam setiap solat (7 ayat lebih 17 kali dibaca sehari).. Surah Al-Fatihah adalah pembuka jalan kepada kebenaran dan kunci kejayaan menuju alam akhirat. Kerana seluruh isi Al-Quran ataupun kalimah-kalimah Allah yang terkandung dalam kebesaran kitab-kitabNYA, terkandung di dalam Surah Al- Fatihah.. 

Surah al-Fatihah dalam Solat

Firman Allah SWT yang bermaksud
Aku telah membahagikan solat (Al Fatihah) kepada dua bahagian. Separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi adalah untuk hamba-Ku.
1-Apabila seseorang itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,”
Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”
2-Apabila seseorang itu berkata “yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,”
Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”
3-Apabila seseorang itu berkata “ Yang Menguasai Hari Pembalasan,”
Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”
4-Apabila seseorang itu berkata “kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,”
Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
5-Apabila seseorang itu berkata “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,”
Maka Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.” 
( Hadith tersebut dalam Sahih Muslim dari hadith al-Ala ibnu Abdur Rahman Maula al-Harwah dari bapanya dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW)


Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube 

Semoga dengan cara ini diharapkan memudahkan dan membantu kita atau anak-anak menghayati dan memahami surah al-fatihah..

Surah al-Fatihah penuh keistimewaan
...Setiap yang berlaku itu juga ada hikmahnya. Setiap penyakit dan masalah yang kita terima ada penawarnya. Bacalah dan amalkan SURAH AL FATIHAH untuk pendinding diri,  Menjauhkan diri dari segala bahaya dan penawar segala jenis penyakit dengan izin Allah  . Sebab itu DOA yang di mudah di terima Allah SWT adalah disedekahkan surah Al Fatihah terdahulu kepada Rasulullah SAW, Nabi-nabi dan sahabat-sahabat baginda serta umat islam dan barulah berdoa...
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------

No comments:

Post a Comment