Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Apa Ada Pada 14.12.13

Hari kejadian.
Sabtu.

Dimulakan dengan menghadiri wedding anak rakan ofis. Satu bahagian. Jadi, wajib lah attend. Lagipun aku tukang bawak hadiah dept. Tak dtg kang, tak smpai adiah. Huhu. Alah, dekat nau ngan rumah. Kat Kampung Pengantin Setapak sanun je. Sepelaung je dari rumah. Ce laung, ce laung.

Pergi awal wedding tu. Kul 12 dah smpai.
Balik rumah solat seme. Kul 2pm keluar balik.

Ke mana kita??

Ke sini.

Hiwhiwhiw.

Hoih. Tpt ni launch tahun 1996. Dan skrg baru lah aku jejakkan kaki buat kali pertama. Tu dia. Nama je dok KL. Ala, baru 10 thn dok KL, rilek la. Byk lagi tpt tak pergi. Hohohoi.

Jakun jap. Wah. Tinggi nyaaaa....

Oke lah. Kat entry ni aku dah kabo kata nak hi-tea kat sini kan.
Yeah. Sempena birthday cum anniversary lah.
Beli voucher groupon. Sebenar tersilap percaturan gak ni. Beli voucher dulu. Pastu baru tgk web Atmosphere 360 ni. Utk hi-tea RM58.60++ sahaja. Pastu baru aiyarkkk...
Apa tak aiyark nya. Patut takyah beli voucher ni. Sbb voucher ni includes harga Coral Aquarium, Animal Zone n Observation Deck. Kalau tgk, harga utk masuk observation deck - RM19, Coral - RM15, Animal Zone - RM9. Bila campur2 mmg harga voucher lagi murah lah patutnya kan.
Tapi aku rasa, amik hi-tea kat restoran tu pun dah cukup dah. Dah best dah. So, kalau ada yg nak merasa naik atas tu, aku suggest, amik hi-tea ni pun dah oke. Observation deck tu takde apa sgt lah. Tak berputar pun. Just tgk KL lah.

Utk info berkaitan : Menara KL
Utk info restoran berputar : Atmosphere 360


Lps tu Coral Aquarium tu? Tak masuk pun takpe ah. Kalau bawak anak2 oke kot. Mmg akurium je pun. Ada la sesket ikan. Pastu dapat masuk sekali animal zone. Sini kelakar. Masuk2 je dah nampak ulau berlingkau. Terus tak jadi masuk. Haha. Aku oke lah, mmg aku geli kat binatang tu. Tapi, alooo... myDH kesayangan pun anje angat angat.. geli gak. Ah sudah.. kalau dia berani, aku boleh la jalan blkg dia, sambil tarik baju dia. Ni dia pun geli. Hah. Sudahnya takyah masuk. Heh. Mujo beli voucher, kalau beli tiket dah rugi. Sbb tu aku kata, baik amik hi-tea je. Takyah animal zone bagai ni. Membaziaqqqq.....

Kul 3.30 baru start hi-tea. Jadi, dalam 3.20 tu baru bole beratur naik lif. Ramai orang. Sbb cuti sekolah mungkin. Jadi, kalau datang masa cuti sekolah, datang awal tau. Kalau tak, penat nak beratur.

Hi-tea mmg on weekend n Pub Holiday saja. Orang mmg ramai. Full house lah. Kebetulan ada orang buat birthday anak dia kot. Umur setahun uols dah buat kat atas tu. Fuh. Anak datuk pun. Tahu sbb dia announce guest datuk bla bla sila dtg utk cutting cake ceremony. Fuh...

Masa naik tu hujan, jadi cam kabus je nampak. Dah lelama tu baru nampak pemandangan. Kot malam lagi lawa kot. Oh. Tercapai gak hasrat nak naik atas ni. Tak dapat lunch / dinner, hi-tea pun jadi lah #cheapskate. Haha

Hi-tea pun bagai2 jugak makanan dia. Aku just amik kuetiow goreng, sedap gak. Pastu amik la sket sket makanan itu ini. Antara yang best ini. 2 kali amik. Huhu. Puding longan. Sedap ah. Nak cari resepi lah. Sbb dia tak guna susu, atas tu rasanya santan kot.

Tempat ni kan namanya revolving restaurant, jadi, mmg dia berputar selama 2 jam tu. Just nice la cukup 2 jam smpai balik kat tpt asal kita. Waktu hi-tea ni 3.30 pm - 5.30pm

Dalam kul 5 tu, tetiba kuar lagu Happy Birthday and ada orang antar kek ni. Hikhokhikhok. Ai terkujat.


Haha. Ekceli kan, masa buat reservation tu dah gitau, hari tu my birthday, sbb dalam voucher dah tulis ada complimentary kalau birthday or anniversary. Masa amik tiket naik tu, takde la aku tanya2 bila dia nak bagi apa semua. Lantak la. If ada, ada lah kan. Dia pun takde la mintak IC ke apa nak verify. Dan masa amik makanan tu, aku nampak 2 pinggan yg tulis happy birthday and 1 pinggan happy anniversary. Cuma tak tau bila dia nak bagi. Huhu.

So, ini je lah celebration anniversary ke5 cum birthday ke-34 bersama suami tersayang untuk tahun ni. Awww...

Hadiah birthday? Hikhokhikhok.

Hanya eksklusif di Instagram. Awww... #poyonya

Wednesday, December 18, 2013

Rahsia Bulan Kelahiran & Tarikh Lahir

Sebenar nak keluarkan entry birthday plak, tp tak sempat nak abiskan draf entry. Bz like a bee la plak. Amik je lah entry yg belum publish ni dulu.

Adoii.. bz sangat ni.. aduyai nya pun...

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik

While for my other half

FEBRUARI
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi

Oh. Aku suka yg 'Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran'. Patut arrr tak pernah nak bagi bunga ke apa ke. Dia romantik dalaman rupanya. Hikhikhik.

Tarikh lahir lak.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


Kredit artikel :
Bulan kelahiran : Forum Cari
Tarikh lahir : senyumsokmo

Monday, December 16, 2013

Terima Kasih, Ucapan Anda


Saya amat hargainya.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Pada yg sudi memberikan ucapan sempena anniversary saya ke-5 (13.12.13)
Dan juga birthday saya ke 34 (14.12.13) 
Ya, mmg ramai kawan2 yg sama umur dgn saya - Azrine, Juhaida, Mya. Hihi. 


Yang tak putus2 memberi ucapan.
Baik di Instagram, Facebook, W.app dan juga blog ini.
Ini antara yang dapat di screen capture.


Aura Positif.
Yer, anniversary kali ni saya tidak lagi menulis pengharapan yang tak pasti. Bukan taknak berharap. Itu kan rahsia Allah. Dia akan bagi bila tiba waktunya. Cukup lah berdoa agar dimohon kami terus kuat dan redha dengan ujian ini. 


Dan semasa post gambar tu di instagram (dan fb) saya memang berharap takde yang wish berkaitan zuriat. Kerana saya juga mahu yakinkan diri saya. Itu kan rahsia Allah. Tapi sungguh, majoriti memang tak menyebut berkenaan zuriat. Saya gembira. Memang gembira. Terima kasih semua kerana memahami. Bila kita sebarkan aura positif, di sekeliling kita pun InsyaAllah akan terasa kesannya :)

Sekali lagi,


Wednesday, February 27, 2013

Happy 34th Birthday, Husband

Ke 34 yaw. Fuh. 6 tahun lagi 40 yaw. Gerun tak? Gerun tak?
Hahahaiii... kemain nak gerun kan orang. Padahal aku pun aku turut serta bulan 12 sok.
A ah. Agak jauh juga rupanya perbezaan bulan kami ni. Ada la lebih kurang setahun. Dia dah nak berjalan, aku baru lahir. Begitu. (T___T).
Yerp. 24 Februari. Melonjak ke 34 tahun. Nampaknya ramai suami2 rerakan saya berkongsi date yg sama ini. Hihi. Happy Birthday juga kepada mereka :)

Saya takde celebrate sgt pun. Sbb on 24hb tu, mak nak datang, so kami advance kan lah ke hari Sabtu - malam. Perancangan utk 14.12 - anniversary - dibawa ke malam itu. Nak terai berwestern pula. Kebetulan dak Eida Baharum citer dia ada buat chicken chop instant. Jadi, satu kerja lah mencarik chicken chop itu. Hah! Bukan semua tpt ada yer. Dari Jusco ku cari, smpai la Tesco yg ada 2 line fridge beso tu pun takde. Ceh! Penat kaki ku. Dari nak suprise, terus tak jadi, sbb beliau pun turut sama mencarik. Aduyai.

Whatsapp ngan dak Eida, tnya kat mana dia beli. Dia kata Giant. Jadi, hari Sabtu pagi tu, awal2 dah ke Giant. Dan akhirnya jumpa gak. Phew.. (lap peluh). Itu pun tak byk. Ada kat celah2 tu je ha. Amik laju2. Udah la ada sorang cina tu. Ingat dia nak apa. Rupanya boleh dia meraih undi plak kat situ. Memula tak suspect pun. Dia tanya je apa benda aku amik tu. Aku pun gitau lah. Tetiba dia kata "oke la beli ini, lps ni u tau ka, semua barang naik kalo BN menang". Ah sudah. Laki aku dah cam terpaksa melayan. Cina tu bebel2 marah kat BN suh undi PKR segala kan. Pastu laki aku cakap "ai tak mengundi la. Ai tak register pun" Padan muka kena tipu. Pastu dia lagi naik marah. Dia bebel2 lagi u tak buleh itu macam.. bla bla bla nati u beli itu lagi mahal'. Kiterang blah dah la. Last skali laki aku bagi kat dia "kalo barang naik pun beli je lah, sekali sekala je makan. Apa susah" Adoii.. orang camni pun ada. Heh!

Lps tu cam teringin lamb chop gak. Salu tak penah terai menda2 camnih. Jadi, tgk ada kat Giant ada marinated lamb. Napak berebut2 orang amik. Eh. Sedap sgt ke? Harus terai. 
Aku ready nak masak ni seme pas maghrib. Cuma coleslow tu buat awal sket.

Alah, simple bebeno kome oii... sapa la kata cam haibat nau aku buat ni kan. Ko tahu, susah lagi masak nasik ayam tau. Ini tak smpai sejam siap. Tak caya cuba ler wey. Cuma aku cam mengada nak ber cocktail lah, goreng fries la, hash brown lah, tu yg jadi lama.

Apa yg aku buat : 
1) Coleslow - ni paling simple, potong kobis, potong carrot. Takde aku nak parut2 dah. Hiris je halus2 sket. Pastu tuang sos coleslow tu. Ni kena buat paling awal - letak dlm fridge. Nati nak makan baru kuarkan. Baru dap aaa.. juk jeee... ngeee =)
2) Chicken chop - Lorh, ni lagi la senang banget. Kuarkan dari plastik, goreng.
3) Lamb chop - dia dah marinated. Apa lagi ko nak buat. Kalo ada oven, masuk oven. Kalo takde oven, taruk je atas induction cooker. Guna pan leper tu la. Sapu margerin. Terbalik kan selalu. Dah siap. Kalo takde oven, takde induction cooker. Err... aku tatau la yg tu. Kalo nak masak atas dapo gas cemna. Buleh gak kut guna pan tu, tapi kena kawal api la. Cam induction cooker tu senang nak kawal. Lagipun dia masak rata.
4) Mushroom sauce - Pun senang. Bahan2 cuma (kena ulang balik kat Instagram tu ari. Huhu) - mushroom soup (aku guna yg instant punya ja - yg serbuk tu), fresh mushroom (nak pakai dlm tin pun bule), sos black pepper, bawang besar-hiris bulat/separa bulat, bawang putih - cincang ja. Cara2 dia - buh sedikit butter/marjerin dalam periuk ke kuali ke (periuk la, berhemah sket), tumis bawang. Sambil2 tu bancuh la mushroom soup tu. Ngan air suam. Jaga2 nati hangit plak bawang tu. Pastu dah napak kuning bawang2 tu, tuang je lah mushroom soup tu. Campak fresh mushroom/cendawan dlm tin. Aku sker cendawan, so aku pakai fresh mushroom. Tp mesti button mushroom. Jangan guna cendawan tiram yg cam ada dalam iklan usahawan cendawan tu. Tu nak buat goreng cendawan bule la. Lps tu masuk la black pepper. Mmg takkan jadi la gelap warnanya. Masuk la ikut suka kita. Tp kalo perut tak tahan, jgn masuk byk2. Kang angin cam aku kang. Huhu. Aku mmg tak guna garam ke ajinomoto ke kiub ke apa sbb mushroom soup instant tu dah masin amat. Kang ada yg darah tinggi kang.
5) Goreng fries/hash brown
6) Garlic bread
7) Fruit cocktail
8) Air mangga Peel Fresh.

Hasilnya.
Hohohoiii...

Abaikan. Lapik pinggan pun takde.

Close up sket. Lamb chop. Mmg sedap oi
marinated lamb kat Giant tu. Seriyes.
Rasa nak beli lagi. Tapi kang sakit perut cane?

Chicken chop yg dicarik sekitar KL.
Berjumpa di Sgor akhirnya. Haha.

Dan aku mendapat lagi satu hasil pada keesokkan harinya yakni di hari lahir myDH itu - aku tetiba sakit perut pas solat Subuh smpai terduduk tak boleh bangun dah. Niceee..... angin rasanya. Bila baring tak boleh berkalih dah. Terlentang lah gitu smpai ke petang time mak aku smpai. 
Tgk saja lah senarai menu. Byk nau. Smpai tatau apa yg menyebabkan aku terlentang gitu. Ada yg kata fruit cocktail sbb ada nanas dlm tu. Ada yg kata black pepper. Ada yg kata lamb. I dunno. Semua tu aku buleh je makan. Tp mungkin sbb aku makan dlm satu masa, bergelodaklah ia dalam perut tu. Memanjat2 mereka antara satu sama lain bila bertemu dlm perut tu gamaknya. 

Apa pun, utk satu2 nya MyDearHusband yang salu claim konon tak baca blog ni tapi blog orang lain kt ofis ni dia tahu je perkembangan. Haha. 
kredit : here
Adiah?? Belum bagi sbb kali ni aku dah blank tatau nak kasik apa. Tnya je dia nak apa, then nati g beli sesama. Dia nak sneakers sebenarnya. Tkpe, nati kita gi Al-Ikhsan carik sbb retu ada tgk, tp dia tak beli plak. Hurm...

Thursday, January 17, 2013

Happy Belated Bufday

Makan2 sempena bufday bulan 10 - bulan Jan 2013.
Jadi, secara otomatis ada la ai juga. Nama ai pun ado tu....

Tingat dulu, masa kat unit lama.
Mmg ni acara kami. Walo takde la makan2 besar. Kiterang beli cake then buat saprais pada birthday boy/girl tu. Memang la napak cam tak saprais sbb mesti tau dah - nati mesti derang bagi kek. Tp time tu biasanya tatau. Kadang kita bagi pagi, kadang tghari, petang. Gitu.


Saja, nak seronok2 kan adik unit aku time tu.

Dan elok pulak yg paling akhir - bulan doblas - aku lah.

Seronok time tu. Tak ramai sgt pun unit aku kan. Boleh la buat camni. Dan paling bes, setiap befday boy/girl tu akan disuap kek tu oleh seme ahli unit. Oh. Bes. Skang seme pun dah bertebaran ke mana2. Ada gmbr2 pun setiap kali bufday tu. Nenati lah. Nak masukkan.

Sebenarnya makan2 ni style potluck. Tp aku tak bawak apa pun. Malas. Cukup la bagi tembikai tu. Tu pun my DH g beli jap kat cokit. Pastu yg potong pun bukan aku. Apa punya tahap pemalas entah la. Tak tahu nak kata. Haha. Sejak bertukar unit - aku jadi pemalas. (T____T)

Friday, December 21, 2012

Celebrate Double Celebration : Edisi 2012

Oh. One week sudah berlalu. Lambat pulak bercerita. Tp, siapa endah kau mahu bercerita atau tidak kan. Haha. Ya lah. Sekadar mencoret di sini, mungkin dijadikan rujukan sendiri suatu hari nanti (sbb aku pun kadang2 terlupa apa yg aku dah buat).
Kalo tidak smlm nak menulis dah, tp semalam aku terkena 'mild-stress'. Haha. Ada ke tiada term begitu?
Tetiba saja aku rasa cam give-up. Bukan give-up keja mahu pun give-up utk berusaha nak TTC. Tapi aku give-up nak study! Aku dah rasa malas nak amik exam n cukup..cukup sudah. Ha. Tu dia... ambik kau. Tetiba terasa takde beban, batu digalas.  Haha. Mujo stress yg mild. Dpt ditangani dgn baik. Then pagi tadi pun dah jumpa jap lecturer - diskas ngan dia pasal research. Dah malas lah citer pasal ni.

Oke, pasal Celebrate Double Celebration

13 Disember and 14 Disember.
Tahun ni takde la beria apa pun kan.
13 Disember (Khamis) ajak myDH lunch kat PapaJohns. Kami, walau pun sepejabat, namun boleh dibilang dgn jari kot - selama 4 tahun ni kami lunch berdua waktu ofis. Jarang amat. Lunch kat kafe pun tak penah kot. Ke ada? Ada pun kalo kita keja weekend lah. Kalo hari bekerja - Mon to Friday tu mmg takde lah. Prinsip dia senang - bila sampai ofis - we're ofismate - balik rumah baru bed-mate. Eh?

So, PapaJohns lah kita. Nomnom.
Biasalah. Our feveret (ke my feveret??Haha) - Texas Heat.

14hb. we'ols cuti. MyDH kata bos tanya gak nak gi mana lagi derang ni (maksud, aku ngan myDH la sbb kami kalo cuti mmg ada je nak travel kan. Huhu). Tp sehari je kot.
Mula pagi tu igt nak g UM - jumpa lecturer - tp tak sempat ah. So, lepak2 rumah, mandi kolam dulu then pas solat Jumaat gerak ke sini.


Miahaha.
Kan retu konon nak masak la apa la. Haha. KIV dulu plan tu. Entah. Tak plan sgt pun. Aku saja klik klik date 14hb tu skali ada kosong lak Morib nih. Igt full dah sbb last minute kan. Ada yg birthday package (kena check-in hari befday - mmg kena dah la kan) - tp malas lah sbb dpt kek la apa la, kang satu hal sapa nak perabihkan kek tu. So, amik yg biasa dan harusnya paling murah lah. RM196.56++ (dah plus plus tu jadi 230 camtu lah) Pakej dia ini :
Studio Suite  - 2D 1N Accommodation for 2 person in a Studio Suite with Private Bath with Jacuzzi, Buffet Breakfast & BBQ Dinner for 2 person, Water Theme Park Admission pass for 2 person. A mystery gift for you!

Terms & Conditions:
1) Promo valid for check-in on Sun-Fri
2) Not applicable on Saturday, eve of Public Holidays & Public Holidays

Misteri gift tu dpt kipas kecik tu. Yg tala ke muka tu. Huhu.
Pastu oke la. Dpt makan BBQ. Dah kurung bau dah sini. Dulu aku pegi masa course bulan 2 tu kemain busuk kalo duk luar tu waktu malam. Yg kami suppose ada BBQ gak malam akhir tu. Tak tahan bau, masuk balik makan dalam bilik seminar. Ni skang, dah oke sket. Ada la gak, tp terkawal. Tidak la smpai rasa nak muntah belahak balik segala ikan, kambing yg dah di telan tu. Huhu.

Byk gak menda di BBQ kan. Cam ikan cencaru, udang, kambing, ayam. Makanan pun byk. Sokay la kan. Boleh la kata orang tu. Tp kalo takde pakej ni rega seorang is RM65/pax which aku rasa cam tak baloi je. Kalo pakej ni - baloi. Huhu.


Bilik kami senang - tingkat 1, buleh terjun terus ke theme park. Haha. Tp oke la. Tidak mengadap bangunan. Terus direct theme park saja. Gmbr atas tu mmg dari bilik lah. Cuma kena tutup langsir je lah. Kang org napak plak kita. Hihi. Kalo bawa anak2 mmg bes. Sila la pegi bersama ahli famili anda. Huhu.

Kasik befday girl menciwi ngan cardigan baru dari Zalora.
(T___T)
Kiterang ni saja nak rehat2 ja. Lama tak pegi hotel. Last retu ke Redang tu. Lama dah tu. Bulan 7. Tu pun bukan hotel. Pastu masuk jap la ke theme park tu. Buat syarat kata orang tu. Nak masuk theme park ni boleh je 2 ari. Katakan kita check in - Jumaat, check out - Sabtu. So, dedua hari buleh masuk, dgn syarat jgn cabutkan gelang nak masuk tu. Pakai la bawak tido ke mandi ke makan ke berak ke seme yer. Huhu. Kiterang masuk hari kedua tu je before balik.

Balik tu singgah beli kepek kejap. Tp aku ni bukan buleh masuk kedai kerepek2 tu. Cam onggila. Padahal mula niat dia 'sahaja aku singgah tpt ni nak beli kerepek pisang sahaja!'. Tp bila kuar entah apa aku borong smpai dkt RM50.
Singgah gak beli pulasan. Byk jual tetepi jalan tu. Sedap. Aku mmg minat pulasan dari rambutan. Sedap!

So, itu saja lah untuk tahun ni. Sbb aku takde kat ofis masa befday tu, jadi, takde la celebration kat ofis. Huhu.

Oh. Hadiah dari MyDH?? Dia sudah warning - toksah nak citer kat blog. Hihi. Jadi, tak buleh citer la, tp terkejut gak aku dpt adiah tu. Mmg tak jangka langsung dia nak bagi menda tu. Terharu gak la dia kata lama dah dia nak belikan. Hihi. Ailebyu much la abang! Skang kaki saya sudah ada kling kling. Eh, tercerita plak. Hahahah. LOL

Hadiah anniversary utk myDH? Takdak. Tak sempat nak beli kat MyDH. Mmg dah plan ngan Dee nak gi KLCC nak beli adiah, tp tak jadi bila mak admit spital tu ari. Jadi, nenanti ye.. tggu. Adakah Iphone5 ?(pitam!!!)

p/s : Thanks pada yg ucap2, wish2 tu ya. Kat FB mmg ai tak letak notification. Saja. Tp gedik plak update gmbr kat instagram wish pada diri sendiri kan....??? smpai org keliru, 33 ke 34? :P

Friday, December 14, 2012

It's 365 days X 33


Semalam times (x) 4.
Hari ni times (x) double 3 plak.
Alhamdulillah, telah 33 tahun diizinkan oleh Allah untuk tumpang bernafas dibumi-Nya.

Terima kasih atas segalanya Ya Allah.
Semoga ada rezeki yang 'satu' itu pula nati. Insyaallah.

p/s : Nak carik t-shirt camni lah. Muahahaha

google
14.12.2012 - bercuti utk meraikan double celebration - no candle lite dinner - extend bulan 2 nanti lah. Miahahaha. Have a nice weekend!

Wednesday, March 28, 2012

Selamat Hari Lahir My BFF(s)

Hari ini 28hb Mac.
Setiap tahun pasti aku igt date ni.
Tarikh hari lahir 2 org sahabat yg kalo zaman ini dipanggil BFF.

Yg pertama nya, Rosfazirah Kamarudin.
BFF sedari kecil sebenarnya. Zaman2 tudung kelepet senget lagi. Oh. Aku ada gmbr pakai tudung kelepet senget benget tu. Dan bila my dear tgk dia ketawa terbahak-bahak. (T____T). Ala, gmbr dajah 5,dajah 6. Mmg la. 


Keduanya, Norzatulifah Ahmad.

Ni bkn BFF sedari kecil, tp sedari UiTM. Sedari UiTM pun sebenarnya start cam BFF bila kami duk umah sama masa buat degree. Diploma sama, tp time tu beliau sombong taknak kawan aku. (T____T)

Kedua-duanya dah pun menjadi ibu.
Kedua-duanya mmg jarang aku jumpa. Zirah tu lagi la. Nama je sekampung, tp susah gak jumpa. Ada takde time raya. Maklum la beliau cikgu. Aku ni plak time cuti sekolah la aku malas nak cuti.

Zatul tu da dkt 10thn tak jumpa. Last jumpa masa konvo. Btul kan Zatul?? Giler lama kot. Tp aku tau, dia sering je jadi SR yg setia kat kebun stoberi aku ni. Maka, dia tau je perkembangan yg aku makin kembang ni. Miahahahha.

Soalannya, bila nak jumpa ni Zatul? Tau2 kang ko bagi kad jemputan nak terima menantu je ni kang. Isk.... tp ko reserved dulu anak ko tu. If aku dpt anak pompuan sok bleh la kita citer panjang. Haha. Boleh tak camtu?? 

So, khas utk kedua-dua nya yg berkongsi date, yg aku sayang sgt sgt dedua ni :


#nak citer pasal FB tu, tp reni da byk sgt entry kuar, so kena tangguh.

Monday, February 27, 2012

Perihal Idea Hadiah Birthday

Thanks sgt2 pada 33 orang yg memberikan idea. Really appreciated. Terima kasih juga kerana sudi melayan untuk memberikan idea.  Insyallah, idea tu seme akan digunakan pada masa akan datang. Takyah pening2 lagi kan :)
Dan entry bersama idea kawan2 tu akan "digantung" kat tepi side bar cam contest sedondon tu ari. Mana lah tau, kut dpt membantu rakan2 lain yg dah takde idea nak bagi apa pada si husband ter chenta, bleh la carik2 idea kat situ. Eceh.

So, sebelum umumkan pemenang misteri, juga 10 yg terpilih, meh kita tgk jap antara idea2 dan komen2 yg diletak.

First, ramai yg memberi idea perfume. Ada 4 org. Idea yang baik, tapi saya simpan dulu idea tu sbb masa kat HK retu dah beli perfume. So, thn ni tak beli la perfume sbb perfume beliau byk lagi. Hihik.


Seterusnya idea yg tak pernah saya terpikir pun. Huhu. Dan kalo yg bagi idea ni tambah kata bagi buku agama, atau pun buku2 sirah Rasullah pun oke kan. Tapiii...tapiii.... my dear tu sgt kurang membaca. Satu habit yg amat berlainan ngan si isteri yg amat la gemar membaca. Tp idea tu mmg bes, lain dari yg lain.

Ada yg bagi idea jam tangan. Hik hik. Kalo utk tahun ni mungkin tak la, tp saya simpan utk tahun2 akan datang. Kalo sapa pembaca tegar blog ni tau lah yg saya baru je bagi jam masa wedding anniversary yg ke3 bln December tu ari. Ala, yg masa saya g JPO tu. Huhu. (ewah, macam kan la ada org nak ingat)


Ha...yg ni pun lain gak. Tp awwww.... Suami saya bkn jenis yg romantik yg thp bleh pakai baju camtu walo pun dia tak kesah pakai baju apa. Kalo dia nak pakai baju kaler sedondon pun dah satu rahmat rasanya. Tp kalo t-shirt I love u, u love me ni... Hikhik. Oke, tak bleh nak imagine *tingat masa kat Langkawi ni ada satu couple ni - baru kawen la kot - pakai baju ala2 camtu. Hikss... But, gud idea then. Yg cincin tu boleh dipertimbangkan.


Yg ni.... awwww..... hikhikhiksss... *speechless*

Yang, mana ideanya Yang??? huhu.... tak perlu buat entry pun Yang, yg penting cadangan. Tp takpe, usaha tu ada. Tp penyertaan terbatal ye dik sbb apa yg diperlukan takde (apa yg tak diperlukan pulak ada. Huhu). Tp jgn serik, lain kali join lagi yer :))
Yg ni pun, kali ni terpaksa dibatalkan penyertaannya. Tp btul la tu kan, sbb antara syaratnya adalah drop komen, maka drop komen je lah. Cuma tak memberikan idea je. Terima kasih jugak diucapkan sbb sudi singgah dan trus drop komen. Err...gud luck tu n the best tu utk apa yer?? Utk sambutan beday suami saya yer. Mekasih yer :) 


Ha, ni kawan lama aku. Baca je trus cam tersembur ketawa haku. Hihi. Takde pun la lawak ideanya. Tp tah.... terus aku cam terhibur lak bila bacanya.

Ada yg kata bagi haiwan. Pun gud idea juga. Tp malangnya, suami saya ni, kucing pun dia tak berapa sker. Bila saya sajes nak bela hamster ari tu pun dia reject.  Nak bela ikan pun dia kata 'tak payahlahhhhh' Kemain panjang "lah" nyer tu. Hihi.

So, jawapan sebenar next entry nati. Sbb byk plan plak utk beday thn ni, maka adiah misteri tu jadi dua. Kebetulan ada yg bagi idea apa yg saya plan tu. Jadi, saya pilih dua yg paling ter awal bagi idea tu.

Sekali lagi, terima kasih pada yg sudi memberikan idea. Dan dari 33 penyertaan tu, 2 terpaksa dibatalkan. Maka tinggal lagi 31 penyertaan. Dua lagi berpeluang dapat hadiah misteri. Maka saya akan pilih 10 dari 29 orang utk Souvenir dari Langkawi.


Thanks again :))


Friday, February 24, 2012

Selamat Ulangtahun ke 33

Google.
Special 4 my dear husband,

Selamat Hari Lahir ke 33.
Moga dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki.
Moga tahun ini ada rezeki kita yg kita nanti-nantikan itu.
Ampun dan maaf di atas segala salah dan silap sepanjang tempoh kita bersama ini.
Dan semoga hubungan kita akan diredhai Allah sepanjangnya dan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.


Sayang selamanya.


-----------
*tau beliau tak baca pun, tp sahabat2 yg membaca ni, tolong gitau beliau yer (u.p : Kak Nurul & Zura. Hihi). Ini pun salah satu suprise gak. Hihikss...

*takde auto publish entry sepanjang Team Building ni. Dan mungkin takde entry la kot sepanjang 2 hari tu. Tgk keadaan cena.


Wednesday, December 28, 2011

Apa Terjadi Pada Petang 14 Disember

Sambungan dari sini


Lps tu masuk umah cam biasa. Rutin biasa bila da smpai umah, harus masuk bilik letak hbag segala. Skali eh... Ada adiah atas katil. Hiwhiwhiw.... *gelak tutup mulut tersipu sipu*
Kotak cam besar kotak kasut tu elok ja berbalut. Hiwhiwhiw.

Speechless jap.

Mula pikir, pagi tadi rasa aku yg last kluar dari umah. Masa bila plak la osmet aku buat keja nih. Hiwhiwhiw.  Dia da duk rilek kat dpn tibi mcm takde apa berlaku.
Tak smpat tanggal tudung nih. Trus gi kat dia smbil tersengih2 mengusung kotak tu.

Hiwhiwhiwwww...

"Suka?" tanya beliau sepatah.

Hiwhiwhiwww... tak bleh nak jawab. Speechless katanya kan. 
Tak sangka dia nak bagi sbb dia kata nak bagi lps balik JB. (kan aku outstation 15-17 Disember tu). Amazingly surprising gitu rasanya. Haha.

Pandai gak my dear aku ni buat suprise yer. Not bad...! Haha. Tu la, kalo dpt lelaki tak romantik ni, sesekali dia buat camtu mmg la akan rasa mcm tak percaya. Hiwhiwhiw.

Bila da bukak tgk sesuatu yg mmg la aku idam kan lama dah. Sejak dari blum kawen ko. Huhu. My dear tau aku nak sbb aku ada beli yg kecik kat HongKong. Aku kata nati aku nak  beli yg besar kat Malaysia ja since rega pun lebih kurang.

Skali dia belikan. Terharu. Tergaru. Hiwhiwhiw.
*gmbr kat atas tu tak leh view kalo application FB di block. Tu gmbr dari FB. Tp salah satu isi dlm kotak tu adalah yg ini
Google
Aku duk tanya2 bila lak dia mem project kan seme ni. Katanya dia ke Sogo kejap. Patut la masa aku nak gi   PPUM tu keta takde. Aku call bagitau nak pegi, dia kata dia bawak keta ke luar. Tkpe la, sbb aku naik keta org lain. Rupanya time tu dia gi Sogo. Hurm. Pandai je pun nak pegi sendiri. Tp untung la sbb musim Xmas kan. Dpt la skali losyen ngan clutch beg BV. Hiwhiwhiw. Walo hanya BV dan bukan LV ai tetap la suka...

Hiwhiwhiw.

Taktau nak kata apa. Just nak ucapkan terima kasih byk2 pada my other half. Sbb walo mmg diakui tak romantik tp beliau amat la memahami. Itu lah sbb nya kita ditakdirkan bertemu kan. I Love U Strong lah. Haha. Eh. Tak bagi adiah pun love so strong gak. Hihi.

Maka befday ke32 ku mengukir satu lagi kenangan manis bersama insan tersayang :) *eh. tp jangan salah anggap, bkn sbb dpt adiah maka nyer jadi manis, jadi manis sbb my dear pandai gak meng happy kan binik dia ni. Terharu ai tauuu....

Tuesday, December 27, 2011

Apa Terjadi Pada 14 Disember

Ya Allah hai. Lupa da nak citer pasal ni. Kasihan.... tertangguh sehingga dominggu.
Sebelum ia makin menjadi membasi, baik aku up. Ini la akibat nya byk sgt menda nak citer smpai citer ni pun terlupa. Mana bleh terlupa sbb nati nak kena tgk balik citer ni.

Tanggal 14 Disember 2011. Slps cuti satu hari pada 13 Disember tu. Masuk ja opis, adik2 seunit duk nyanyi hepi beday. Haha. Ah. Unit aku ni mmg begini. Ceria sentiasa. So, aku pun ucap mekasih pada meke. Cuma hari tu opis macam berkabung sket sbb ada kematian salah seorang staff bahagian Rekaan. Pereka yg byk menyumbang idea kpd ofis kami. Al-Fatihah utk beliau.

Seterusnya agak kelam kalibut gak la pada hari tu.
Dpt news sorang adik unit aku admitted PPUM. Suspected denggi. Yg derang ni da gi melawat smlm nya (13hb). Aku tnya kenapa tak kabo ke aku. Jawapan derang - tanak kaco Kekda mau celebrate anniversary. Aduyainyer pun.
So, dlm kul 11 tu pegi la ke PPUM. Melawat adik tu.

Kul 1 balik opis. Tgk2 atas meja da ada kotak.

Kotak apakah?
Harus la kotak kek. Hihi.  Dan aku tau, ianya bukan suprise dari my dear. Hihi.



Tp seme cam sebuk2. Aku pun blum lunch. Maka aku kuar jap. Gi bli KFC. Blanja adik2 seunit aku KFC.


Bekas yg gambo Happy Feet 2 tu bes amat. Bleh letak apa2. Dia cam keras sket. Salu kan cam lembik ja. Letak beras pun oke tu. Eh. Tokei tupperware takkan letak beras dlm tu. Hahhaah.

Dah makan makan, baru la seme ada and baru leh potong kek. Sbb da waktu ofis, nak nyanyi hepi beday pun tak tak bleh kuat2. Haha. Lawak ah!

Gembira ja pompan ni potong kek. Haha. 

Takde saprais2 sbb ini mmg rutin unit kami yg aku terapkan sejak bln 1 tu ari. Ada je befday ahli2 unit aku ni harus ada kek serta sessi suap menyuap pada befday gal atau boy.


Sgt seronok la kan. Makan kek yg sodappp.... tenkiu seme yg sudi membeli kek bes nih. Seme rasa cam tak cukup plak. Haha.

Oleh sbb ni acara unit aku, secara otomatis my dear mmg tak terlibat. Aku ada la hint dia, suh dia plan ngan bebudak unit aku, tapi idak nya dia nak. Senang je dia kata 'heshh... bia la unit awak buat utk awak'. Wahh.. begitu.. dari pagi smpai ke petang aku tggu suprise dari dia. Apa pun tak boleh ada. Hahha. Sadisss.

Cam tahun2 sblm ni ada gak la dia suh org kedai hantarkan kek. Thn lps dia hantar bunga yg buat aku cam ilang semangat kejap. Ye lah. Tau je la my dear aku ni. Mmg cam mustahil dia akan hantar bunga. Katanya lebih baik dia blnja makan, bunga bukan bleh makan. Okehhh... saya akurrr... Tp oke pe org camni, so bila dia buat suprise baru rasa mcm eh, btul ke ni, btul ke awak bagi ni. Hahaha.

Tp aku bagi gak lah sket kek tu bagi dia merasa. Lps tu dah petang ni tunggu smpai la time balik, pun takde apa. Masa kuar keta nak masuk umah, ada la aku cakap 'takde pun suprise dari awak kan tahun ni'.

Dia selamba dia lah. Takyah la katanya..

Aku pun cam.. ala.. takpe la. Smlm pun da blanja diner bufet tu kan. So, redha. Tapiii... masuk je umah... Owhhhh...

Oke.. sambung nxt episod.

Thursday, December 15, 2011

Terima kasih atas ucapan : Hari Lahir

Saya kata :

Mereka kata :



Dan tak lupa yg wish melalui blog juga. Dan di wall. Terima kasih bebanyak. Kenapa keluarkan yg kat FB saja?? Saja, sbb saya da disable kan bufday notification tu. Sbb saja nak tgk sapa yg wish (atau sapa yg igt la kononnya. Haha). Tp lps tu poyo tulis status cam nak gitau ari ni bufday. Choii... baik takyah. Haha. 

Dan terima kasih pada adik2 seunit saya yg susah2 belikan sebijik kek yg sedap banget. Ni gmbr blum transfer.So, tak bleh la nak citer lagi. Pas balik JB nati la yer.

Again, terima kasih seme atas ucapan kalian, moga doa kalian akan jadi kenyataan. Macam tak caya saya dah 32 yer. Hahahaaaa... (^_^)

Sunday, April 17, 2011

~Pasal Bufday Zahida~

Bulan ni celebrate bufday Zahida plak.
Setelah bln Mac tak celebrate bufday sesapa pun.
Rinie bulan 2 retu.
Sebenarnya bufday Zahida ni jatuh pada 11 April.
Tp kan akak meke ni cuti mengejut, bila cuti mengejut suma diam je la.
Maka pada esuk arinya pada 12 April baru lah di sambut.
Kebetulan bufday gul pun bawak laksa. Oh hai. Bes oh.
Maka cam biasa lihat gambau jer.
Oh. Kali ni kami berkurang 1 ahli. Al-maklum la. Tau2 je la yg entry daku yg meroyan2 tu kan.
Moo moo taknak amik gambau sama kiterang.
Sombong tau moo moo.
Tau la idung besau.
Kenal moo moo tak?? Oke, buleh tgk entry ini nak kenal moo moo.
Hihi.
Kali ni terai kek blueberry lak. Terkenan kat Usop Wilcha le ni.

Bufday gul gigih memotong. Hihi

Us yg tinggal ber 9.

Coming bufday... Rose. Bln 6.

Saja la buat gini. Nak bagi adik2 (serta seorang abg) ni seronok2. Takde la suam je unit kami yg tak penting ni. Walo org pandang kami tak penting, tp kami tetap bersatu hati. Salu gelak2, ketawa2, selamba je suma ni. Mmg suma open minded. Meke la yg byk membantu aku. Love em all :)