Pagi tadi bertempat di
perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang, Pengerusi Tabung Haji, YB
Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim dengan tegas menafikan khabar
angin kununnya matawang ringgit negara kita tidak laku di tanah suci....
Dikala waktu ini sedang
berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba muncul juak juak yang tidak
bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu bernilai FITNAH menyebarkan
berita menakut-nakutkan jemaah yang masih belum berangkat untuk
mendepani kepayahan jika mahu berbelanja sewaktu berada di Mekah dan
Madinah.
Viral semakin teruk di
laman laman sosial dan mesej Whatsapp Group cuba memburuk-burukan imej
negara yang sedang bergelut dengan krisis nilai matawang ringgit yang
sedang susut sedikit sekarang ini.
Azeez Rahim agak kecewa
dengan fitnah jahat ini kerana menurutnya keadaan kesemua jemaah dibawah
seliaan Tabung Haji memang sangat teratur dan dijaga dengan baik.
Sebenarnya tidak timbul
langsung isu jemaah haji membawa matawang ringgit ke tanah suci kerana
setiap Maktab [iaitu hotel penginapan] memang tersedia ada pusat khidmat
kewangan Tabung Haji.
Pusat khidmat ini
lengkap dengan kaunter kaunter pengeluaran wang yang akan membayar dalam
bentuk matawang Riyal buat setiap jemaah haji. Malah semua jemaah
mendapat kesitimewaan kerana tidak pelu langsung membawa buku simpanan
untuk urusan pengeluaran wang.
Cukup sekadar
menunjukkan kad pengenalan Haji yang sentiasa digantungkan sepanjang
tempoh berada disana, dan pihak Tabung Haji juga membenarkan pengeluaran
walaupun hanya menunjukkan gelang tangan jemaah.
Maka disini jelas
terbukti tidak ada logik kenapa harus mana mana jemaah kita bersusah
payah mahu pergi merayau pergi mencari penukar wang asing dan membawa
matawang ringgit...? Tidak masuk akal langsung !
Perkhidmatan dah
disediakan di lobi tempat penginapan, kenapa pula jemaah mahu pergi
berjalan jauh jauh mencari pusat kaunter penukar wang asing ?
Menurut Azeez lagi,
setiap jemaah tidak perlu risau memikirkan masalah membawa wang tunai
yang banyak kerana pengeluaran boleh dibuat di Maktab masing masing dan
jumlah had pengeluaran dibenarkan sehingga 10,000 sehari.
Malah buat mana mana
jemaah yang ingin berbelanja lebih mereka boleh menyuruh ahli ahli
keluarga di Malaysia mendepositkan wang disini dan selepas itu mereka
akan membuat pengeluaran disana.
Sementara itu pada jam 9.15 pagi tadi, Datuk Seri
Panglima Azeez selamat tiba di No 189 Felda Gelanggi 04, Jerantut rumah
Allahyarhamah Zaleha Bt Yasin, 63 jemaah yang meninggal dunia di Madinah.
Beliau disambut oleh waris keluarga, anak anak
Allahyarhamah. Majlis tahlil diadakan sebentar tadi dipimpin oleh Imam masjid
Felda Gelanggi.
Azeez turut memaklumkan bahawa segala urusan jenazah
telah selamat diuruskan oleh kakitangan TH di Madinah. Allahyarhamah selamat
disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Baqe' Masjid Nabawi.
Pihak TH turut menghulurkan sumbangan dan derma seperti
air zamzam dan wang bejumlah RM1,500.
Turut sama hadir untuk
mengiringi Azeez pagi tadi adalah Ahli Parlimen Jerantut, YB Ahmad
Nazlan Bin Idris dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof Emeritus
Tan Sri Dato' Abdul Shukor Husin.
-MIK
ni kerja orang gila nak menjahanamkan negara sendiri
ReplyDeletePerihal macam ni yang saya takboleh terima sebagai hamba Allah bila Ibadah pada Allah ke Tanah Suci dipalitkan dengan politik yang menggila.
ReplyDeleteNauzubillahminzaliq.
YA ALLAH KAU TURUNKAN BALA DAN MALA PETAKA DAN IBRAHMU PADA KAUM YANG BERLEBIH - LEBIHAN.TERIAKKANLAH PENGAJARANMU DENGAN PEMANDANGAN,PENDENGARAN PENCIUMAN DAN PERASAAN MU PADA UMAT YANG BERLEBIH - LEBIHAN ITU YA ALLAH.
RABBANA ATINA FIDUN YA WAL AKHIRAT WAQINA AZAB BANNAR
AMIN YA RABBAL ALAMIN.