Friday, October 8, 2010

Nasi komok

Saya mula makan nasi komok ni semasa selepas raya baru ni.. kebetulan isteri sepupu suami saya orang Pattani.. dia la ajar... pertama kali makan , masa tu dia bawa balik dari Thailand , berebut-rebut makan tak cukup. So the next day dia , masak lagi.. macam tu juga tak cukup.. anak2 suka sangat makan bertambah-tambah.. seedaappp kata mereka.. Nasi komok ni ala-ala briani.. org thailand panggil nasi komok.. Malaysia panggil Nasi briani Siam.






Resepi nasi Komok

Nasi
1 ekor ayam (1.5 kg)- dipotong 10
ambil sedikit bahagian isi untuk dimasuk kedalm nasi
selebihya untuk goreng

500 gm beras basmati ( direndam dahulu 1jam) - toskan
500 ml air
100 ml susu cair
2 sudu besar rempah komok
2 sudu besar marjerin untuk tumis
1 labu bawang besar- dimayang
2 ulas bawang putih- dimayang
1 cm halia- dimayang
1inci kulit kayu manis
3 bj buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara

Panaskan periuk dan marjerin
tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang
bwg bsr, bwg putih dan halia
dah kekuningan.
masukan rempah, kacau jgn biar hangit
masukkan ayam.. biar sehingga ayam masak
tambahkan susu, beras
bila mendidih.. masukkan garam dan sedikit gula
biar air kering.. tutup periuk.. biarkan masak secukupnya




Ayam

Ayam diperap selama 3 jam dengan kunyit, garam dan serbuk cili
Selepas 3 jam.. ayam digoreng seperti biasa


Sos Cabai
20 bj cabai merah
segenggam cabai kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

semua bahan diatas diblend dan dimasak diatas api!

Perasakan secukupnya dengan garam , gula dan cuka

Untuk bau yang menarik lagi , potong daun ketumbar.kedalam cabai td.. masak sehingga pekat





Untuk Ulam/salad

Daun ketumbar dipotong pjg/ potong 2 pun ok
Salad
Tomato
Timun


Apabila nasi dah masak , boleh hidangkan ...

5 comments:

  1. Najah oooiiiii..... sedapnya nampak .. meleleh air liur dah ni...

    ReplyDelete
  2. iu.. cuba la.. ari tu saya masak guna ayam kampung pulak.. memang terbaek punya!

    ReplyDelete
  3. rempah komok tuh nak cari kat mana kak

    ReplyDelete
  4. kak nape nasi komok jd kuning...ada tambah p'warna ke....
    rempah komok nk dapat kt mana....

    ReplyDelete
  5. rempahnya termasuk kunyit sekali...rempah nasi komok...sebuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih...semua sukatan sama banyak

    ReplyDelete