Assalamualaikum...lama rasanya tidak menjengah
blog..semuanya atas faktor ksibukan yg tak henti henti mlanda..terlalu byk yg
ingin dikongsikan.Tapi kekangan masa yg membataskn aku..entah dari mana hendak
aku mulakan..
Biarlah aku mula bercerita dari benda yg paling memberi
impak kepadaku..
************************
Seminggu ibu meninggalkan kami sekeluarga , aku masih belum
dapat menerima kenyataan..aku kerap tmenung..mengesali..panggilan dan sms dari
kwn2 kurg ku balas...kdg2 langsung tidak..bukan apa...aku perlukn ketenangan..
Ada yg mendekati..tidakku nafikan..terima kasih atas
keikhlasan kamu semua.
bukan aku tidak mahu berkawan,.
bukan aku tidak mahu berkawan,.
Cuma aku memerlukan ruang
utk diriku sendiri..to heal..and it is not easy..
Sehinggalah seseorang mendekatiku..
pada mulanya aku merasakan
tidak mengenalinya..sejujurnya memori ku bukanlah baik sangat. Aku mudah lupa
org2 yg aku kenali dlm ms yg singkat. Tapi setelah dia mperkenalkan
dirinya,menerangkn seelok eloknya barulah aku ingat..rupanya kami pernah
berjumpa dan bertegur sapa sebelum ini...
Pertemuan pertama kami adalah pada tahun 2008 kalau tak
silap, semasa dia berkunjung ke rumahku di Kuching. Dia dan keluarganya ke
Kuching adalah atas tujuan rawatan perubatan. Ibunya mempunyai hubungan
persaudaraan yg jauh dengan arwah ibuku..membesar di kampung yg sama..Kpg Tian
Matu..
ibu ibu kami sememangnya sudah rapat dari kecil lagi..sehinggalah dewasa..tapi entah knapa kami pula yg tidak rapat...
ibu ibu kami sememangnya sudah rapat dari kecil lagi..sehinggalah dewasa..tapi entah knapa kami pula yg tidak rapat...
Berbalik kpd si dia, seingat aku kami tidaklah berborak
mesra tapi aku kagum,di ingatannya masih segar lagi rupa wajahku serta pakaian
yg aku pakai pada hari tersebut...dari hujg rmbut hingga hujg kaki..Tidaklah
aku menyangka rupa rupanya pertemuan singkat itu membuahkan rasa suka dlm
hatinya..tapi katanya dia hanya melupakan saja perasaan itu kerana pada waktu
itu dia menjangka aku sudah berpunya kerana 24 jam tak berenggang dengan
handphone. Ya, sememangnya pd ketika itu aku menyerahkan sebulatnya hatiku pada
org lain..org lain yg ku sangka bakal menjadi temanku skrg..tapi takdir Tuhan
mengatasi apa yg pd mulanya aku harapkan..
Bilaku imbas semula, 2 minggu sebelum arwah ibu pergi..pernah ibuku berkata semasa kami duduk di meja makan.."Nak,kalaulah kau jadi dengan si Shamsul tu kan best..senang hati mak.."
Aku yg pada ketika itu tidak berapa mengenali Shamsul hanya tersenyum dan berkata,
"Awal sangatlah mak..Entah serasi ke tidak..dahla x kenal sangat.."
Itu yang ku jawab padanya..
Itu yang ku jawab padanya..
Dan sgguh aku tidak menyangka rupa rupanya itu antara tanda tanda ibu akan pergi meninggalkanku buat selama lamanya..dia sempat berpesan..dan nah..kini lelaki yg disebut sebut itu hadir..dengan izin Allah...
Pada masa itu aku terfikir, "Why dont I give it a try..manalah tahu jodoh dari Allah untukku...Tambahan pula,dia pilihan arwah ibu.. dan pilihan orgtua insha Allah yg terbaik...dan sejak itu aku mula perlahan lahan cuba mengenalinya..mengenal peribadinya satu persatu...
Segala galanya hanya menerusi telefon. Thanks to
technology..Whatapps dan panggilan telefonlah lah yg mendekatkan kami..dia tahu aku sedang bertarung dgn
emosiku sendiri..kerapkali topik kami adalah berkaitan arwah ibu..dan
istimewanya,dia sedikit pun tidak pernah bosan..apatah lagi utk menukar topik..walaupun
seolah semuanya adalah mengenai aku..aku sendiri sedar aku kurang menanyakan
ttg dirinya..mcm pentingkan diri sendri kan?ya,itulah hakikatnya pada masa
itu..kebanyakan lelaki sebelum ini yg cuba mendekatiku.. lebih gemar bcerita ttg diri masing2 ...dan .mungkin
lumrahku seorg wanita..mahu perhatian lebih..namun dia sgguh
berlainan..aku akui mula berasa senang dengannya..
Ya Allah,andai jodohku Kau permudahkanlah ...Aamiin..
Terkadang2 aku uji juga dirinya..dari segi egonya..tahap
ksabarannya..dan sungguh dia amat luarbiasa..
Amat amat luarbiasa..pintu hatiku yg terkunci rapat
selama 3 tahun seolah olah tbuka sedikit demi sedikit
dgn relanya..kesedihan ku
khilangan ibu terubat sedikit demi sedikit dgn kata kata nasihat dan motivasi
darinya..aku tahu dia ikhlas..bukan semata mata kerana dia ingin mengambil
hatiku,tapi kerana dia juga pernah mengalami keadaan yg sama semasa kehilangan
adiknya...maksudku..arwah adiknya..Al Fatihah..
Keikhlasan dan kesabarannya paling aku kagumi..hati wanita
manalah yg tidak terusik ,tatkala ada yg mengambil berat ttgnya lebih2 lagi di
kala diberikan ujian berat oleh Allah..dia tidak berlebih lebih dalam
mendekatiku..aku rasa cukup dhormati sbagai seorang perempuan..dari segi tutur
katanya tidak pernah mengguris hati malahan lebih menguatkan aku dalam menempuh
hari hari mendatang..Alhamdulillah..nampak benar dia dididik dan dibesarkan oleh seorang wanita yang hebat...
seperkara yg membuat dia amat berlainan
sekali dgn lelaki lain yg aku kenali adalah kerana dia amat menjaga solatnya..kerapkali dia
mengajakku solat apabila masuk waktu..
Dan andai dia tidak pernah melupakan Tuhannya, meletakkanNya di
tingkat teratas.. nah..bayangkan sajalah bagaimana dia melayan ahli keluarganya...terlintas
di hatiku seketika, mungkinkah dia adalah kurniaan yg diberikan oleh Allah
setelah Dia mengambil arwah ibu dari hidupku..
Perasaan itu kuakui ada, namun ku simpan kemas kmas di dalam
lubuk hatiku ini. Manalah tahu dia sekadar berbuat baik kerana ibu bapa kami
saling mengenali..kadang kadang masalah wanita paling besar adalah merasakan
seorg lelaki menyukainya sekiranya dia melihat lelaki itu mengambil berat ttg
dirinya..perlu diingat, mungkin lelaki tersebut sememangnya dibesarkan dan
dididik dari kecil untuk menghormati dan melayan wanita sebaiknya..
Semua ttg dia ku ceritakan pada kakak iparku, kakjue.dia
salah seorg dari senarai wanita yg aku kagumi selain arwah ibuku..dan sedikit
sebanyak perangainya seperti perangai arwah ibu..terutama dari segi kesabaran
dan ketulusan hatinya ..sebab itu aku senang bcerita dgnnya..kakjue mnasihatkan
aku agar berkawan dahulu dan tidak terburu buru wlaupun dia turut merasakan
lelaki itu seorg lelaki yg baek..ini kerana kakjue juga tahu sejarah kisah
laluku...Juga bersama lelaki yg sgt baik,tetapi akhirnya lelaki itu jugalah yg
melukai hatiku..jadi dia tidak mahu kisah itu berulang lagi,lebih lebih lagi
dlm keadaan aku sekarang..
Aku ambil nasihatnya, dan meletakkan jarak dlm hubungan
kami..biarlah berlandaskan kawan semata..andai ada jodoh,aku mohon
dipermudahkan..
Sehinggalah pada cuti tahun baru cina..aku mmutuskan untk
mlawat nenek dan datuk sebelah arwah
ibuku di kpg Tian Matu. Pada aku sekurg2nya mungkin trubat rinduku pada arwah
ibu,dan pd ms yg sama nenek dan datuk boleh melpaskan rindunya thadap arwah
ibu,padaku..dan tanpaku tahu,rupanya si dia turut balik kampung untuk bjumpa
keluarganya..entah mengapa hatiku bdebar..nanti kalau dh jumpa,nak cakap apa?ku
pujuk hati, takkanlah berjumpa..janganlah jumpa..aduh..malulah..
Dan benda yg aku paling takut jadi juga..Dia mengajakku
berjumpa sambil minum2 di Open Air Daro..aku terkesima. Nak pergi ke
tidak..takkanlah nak tolak, nmpak sgt menyimpan perasaan..tapi kalau jumpa nak
cakap pasal apa..dlm fon lainlah..aduuh..kbetulan pada hari itu aku menemani
makcik2 ku ke Mukah..jadi aku tidak memberikan apa2 keputusan yg pasti pd si
dia..
Ptg itu ,aku dan makcik2ku balik pada waktu hampir Maghrib.
Dan satu kampung blackout...tak ada elektrik..dan ini menguatkan lagi sebab untuk tidak bertemu. Aku sedikit lega dan mengandaikan plan kami tidak
menjadi..namun harapan hanya tggal harapan..elektrik menghadirkan diri setelah
solat Magrib..dengan izin Allah juga...dan dia masih juga berharap dapat bertemu kerana dia akan balik
semula ke Miri pada esok harinya..lupa pula aku nak beritahu,,dia sekarang
bekerja sebagai jurutera di Miri..jauh dari keluarganya..
Aku pun bersiap dan membawa salah seorg dari makcikku utk
menemani..di dalam hatiku jangan berdua..nanti ada pulak org ketiga,yakni
syaitan.. kan? Sejujurnya pada saat pertama bertentang mata di rumah neneknya itu
aku sangat bdebar dan jarang2 sekali aku mnatap matanya..aku buat2 tgok kiri
dan knan..entah apa yg aku perhatikan..
Dia?
Dia amat bersahaja..berbaju tshirt,bseluar dan berkopiah..
Dia amat bersahaja..berbaju tshirt,bseluar dan berkopiah..
dan aku?mcm org nak pegi KL!..Ahai..
Semasa hendak brgkat pergi,sesuatu yg aku tidak sangka
tjadi.. Aku ingat aku seorg saja yg fikir sdemikian,rupa rupanya dia pun sama.
Lagi dasyat kot.
Rupa rupanya kedua dua kami tak mahu berdua
duaan..
Dia turut membawa seorg makciknya dan, seorang adik lelaki nya yg
tsangatlah comel iaitu Syaraf,
untuk turut minum bersama.. Aku ingat aku sensitif,dia lagilah
sensitif dan peka..
Alhamdulillah..first pertemuan bawak perisai masing2..
Nak tahu apa yg tjadi disana dan sepanjg pjalanan..aduii..Banyak
alkisahnya..
Unpredictable things happened...tapi nantilah ku ceritakan
lagi....penat menaip..hehe
Assalamualaikum
semua...semoga hari hari anda sentiasa dirahmati Allah dan
diberkatiNya...Aamiin...