Dapat ni dari email..dulu2 lagi dah pernah dengar pasal status halal TGI tu..sebab tu tak pernah makan kat sini..lagipun kalau dah was2,elok dijauhkan laa...
Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TGI Friday's)
Subang Parade
Subang
Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.
Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.
Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.
Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.
Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.
Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.
Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan �Buffet Ramadan� di situ.
Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi…
Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.
Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.
Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.
Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.
Penggunaan terma �Buffet Ramadan� atau �Menu berbuka puasa� boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.
Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.
Antara bahan utama untuk pemeraman – red wine
Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.
Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.
Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol
Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.
Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak’ bagi mengaut keuntungan lebih.
Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.
Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim,
Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sebagai peringatan:
Tiga perkara utama Yahudi hendak merosakkan umat Islam iaitu dengan cara halus, menggunakan Formula 3F
1 - Serangan melalui Fashion (fesyen)
2 -Serangan melalui Fun (hiburan)
3 - Serangan melalui Food (makanan).
Semua telah berjaya mereka kuasai.
Sedarlah wahai ummah!!!
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts
Wednesday, August 24, 2011
Thursday, August 18, 2011
Tentang raya...
Got this from email...anyway dalam bentuk powerpoint..siap ada gambar rajahnya..tapi tak reti pulak macam mana nak transfer ke sini..so i copy paste mana yang boleh jek laa..nanti kita tengok la camne yer..adakah raya tahun ni akan disambut secara berasingan? Tapi rasanya la serentak juga bagi semenanjung & sabah sarawak.. :)
RENUNGAN
Saudara ku sekelian,
Kebiasanya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi.
Maka riuh rendahlah manusia@umat Islam kerana tidak mengerti...
Ada yang kata “ Raya pun umat Islam tak boleh nak bersatu”.
Maka pada tahun ni 1432H Allah Taala jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri.
Berdasarkan kepada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah Sarawak.
Semenanjung Malaysia akan berhari raya pada 30/8/2011 (Selasa)
Manakala di Berunai, Sabah danSarawak, Filifina dan Sulawesi akan beraya pada 31/8/2011(Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.
KENAPA TERJADI DEMIKIAN
IJTIMAK MATAHARI, BULAN DAN BUMI BERLAKU PADA JAM 11.04 PAGI PADA 29/8/2011
MAGRIB DI ALOR SETAR PADA HARI ITU IALAH 7.27 PETANG.
DARI JAM11.04 AM HINGGA 7.27 PM, MASA YANG DIAMBIL IALAH 8 JAM 23 MINIT.
OLEH ITU ANAK BULAN WUJUD DIUFUK BARAT KETIKA MATAHARI JATUH, MAKA KEESOKAN HARINYA IALAH 1 SYAWAL(SELASA 30/8/2011)
DI KOTA KINABALU SABAH
IJTIMAK MATAHARI, BULAN DAN BUMI BERLAKU PADA JAM 11.04 PAGI PADA 29/8/2011
MAGRIB DI KOTA KINABALU PADA HARI ITU IALAH 6.23 PETANG.
DARI JAM11.04 AM HINGGA 6.23 PM, MASA YANG DIAMBIL IALAH 7 JAM 21 MINIT.
OLEH ITU ANAK BULAN BELUM WUJUD DIUFUK BARAT KETIKA MATAHARI JATUH, MAKA KEESUKAN HARINYA IALAH 30 RAMADHAN (SELASA 30/8/2011)
MAKA 1 SYAWAL JATUH PADA HARI RABU 31/8/2011
sumber: Haji Mohd Pauzi Tahir
APA APA PUN TERPULANG KEPADA PIHAK BERKUASA
RAKYAT AKAN CELIK ILMU JIKA KITA SAMBUT 1 SYAWAL PADA HARI SELASA DI SEMENANJUNG DAN HARI RABU DI SABAH.
RAKYAT DUK TAKUK LAMA JIKA KITA RAYA PADA HARI YANG SAMA. SAMADA HARI SELASA ATAU RABU.
TETAPI SAYA YAKIN BRUNEI AKAN RAYA PADA HARI RABU 31/8/2011
SYARAK SURUH KITA TENGOK ANAK BULAN
KETIKA HENDAK BERPUASA
KETIKA HENDAK RAYA
KETIKA HENDAK MENGERJAKAN FARDHU HAJI
KETIKA HENDAK MEMBUAT KALENDAR
صوموا لرؤيته وافطروا لرؤيته فان غم عليكم فاكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما - الحديث
Rasulullah bersabda yang bererti “ Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berayalah dengan melihat anak bulan. Sekiranya terlindung maka genapkanlah bulan Syaaban menjadi 30 hari..
عن طلحه بن عبيدالله..ان نبي صلى الله عليه وسلم كان اذا راى هلال قال
اللهم اهله علينا بالامن والايمان والسلامة والاسلام ربي وربك الله هلال رشد وخير
Ya Allah, Kau terbitkanlah Hilal dengan keamanan, keimanan, keselamatan dan keislaman.
Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah, semoga dengan kedatangan Hilal menambahkan petunjuk dan kebaikan (Tarmizi)
Wednesday, June 01, 2011
Dah keluar online punya..huhu..
Dah keluar kat rtm online yg mama shoot hari tu..huhu..tapi tak boleh nak download laa..kena tunggu pakar yang buat tuh..huhu..cikwa!!..apa lagi..download ler cepat..hahaha...bukan apa..nak buat kenangan..hari tu dah tanya diorang nak minta copy cd ke apa2 jek laa..nak kena buat surat plak katanya..kata nak bagi address tapi takde pun..mama malas dah nak minta..cikwa cakap dia boleh download kan jek..haa..cikwa mmg pakar mencilok..hahaha...sebenarnya masa hari tu mama tak tengok betul2 sangat..sebab malu laa..papa dok gelakkan mama jek..hampeh arr papa..huhuhu..so sape2 nak tengok bleh view kat sini..haha..ada ke orang nak tengok nih...huhuhu...ni episod 28 Mei 2011 laa..http://www.rtm.gov.my
Tuesday, May 24, 2011
Tips keselamatan facebook
Sekarang ni macam2 cara orang boleh guna untuk hack account..orang buta IT pun boleh buat sebenarnya..ikutkan masa buat akaun facebook dulu dah hide kan mana yang patut tu kan..tapi ada sekali tu masa facebook bertukar wajah,tiba2 jek maklumat sulit revealed camtu jek..contohnya nombor telefon masa tu..kalau takde orang cakap,mesti tak perasan lagi masa tu..huh..macam2 hal diorang ni kan..boleh baca kat sini..Beritakini ada maklumat macam mana orang yang buta IT pun boleh hack akaun kita..so pandai2 korang la buat apa yang patut..hehehe..
Monday, May 23, 2011
Sudahkah anda bertukar?
Hai guys..baru teringat pasal blog ni yang masih menggunakan login email yahoo..dulu2 memang banyak sangat email yang digunakan..sampai dah tak terbuka lagi..tinggal yahoo je yang aktif..so terpaksa juga la buat gmail pulak..hari tu lagi dah dengar pasal ura-ura penutupan blogspot laa..ingatkan khabar angin jek..tapi macam betul la pulak..so ambil langkah berjaga-jaga la dulu..apa2 hal pun,takde la melopong kemudian hari kan..huhu..walau pun tak seberapa,sayang jugak la kat blog ni kan..tempat mencoret isi hati dan macam2 laa..nak mulakan yang baru macam dah malas la pulak kan..okey laa..pada sape2 yang tak tahu lagi..boleh la pergi baca kat sini chris blog ..ada tunjuk camne cara nak pindah ke gmail..senang saje..
Thursday, January 20, 2011
Tipu blogwalking?
Jenjalan kat blog orang tadi..ramai pulak yang bercakap pasal kes tipu blogwalking ni..
actually aku tak kisah sangat bab2 nak naikkan rating blog ke hape benda ni..
tapi rasa agak terganggu jugak la bila banyak sangat komen2 kat chat box,kat post yang ntah dari mana2..macam saje nak suruh kita singgah blog diorang kan..buang masa pulak rasa gi klik..
kalau memang betul2 datang singgah tu takpe la jugak..ni main tipu..
so baca kat blog ibu arifa tadi,ada bagitau cara2 camne nak buat..
dulu pakai cbox..ntah daku pun tak perasan sangat pasal dah lama buat..
so tukar kepada shoutmix pulak laa..rasa2 pun pernah buat dah dulu kat shoutmix ni..
thanks pada yang sudi share info2 camni..
actually aku tak kisah sangat bab2 nak naikkan rating blog ke hape benda ni..
tapi rasa agak terganggu jugak la bila banyak sangat komen2 kat chat box,kat post yang ntah dari mana2..macam saje nak suruh kita singgah blog diorang kan..buang masa pulak rasa gi klik..
kalau memang betul2 datang singgah tu takpe la jugak..ni main tipu..
so baca kat blog ibu arifa tadi,ada bagitau cara2 camne nak buat..
dulu pakai cbox..ntah daku pun tak perasan sangat pasal dah lama buat..
so tukar kepada shoutmix pulak laa..rasa2 pun pernah buat dah dulu kat shoutmix ni..
thanks pada yang sudi share info2 camni..
Wednesday, October 20, 2010
Fruit Jelly Orange
Semalam masa singgah Jusco,beli oren banyak..
sape la nak makan banyak2 tu kan..
so buat la fruit jelly ni..
tak pernah buat pun sebelum ni..
saje la nak try..
baru2 ni la terpandang masa jalan2 kat blog K.Nor
Mula2 ingat nak buat 10 biji oren laa..
biasa la..aku mmg tamak skek..takut sgt tak cukup..hahaa..
pastu serbuk agar2 yang ada plak tak cukup..
so buat 6 biji oren..tgk..pandai2 lagi..
resepi ckp 5 biji jek..aku belasah 6 bijik..
pastu mula la dok sukat2 bahan lain..kasik ejas laa..
tapi nasib baik la tak keras,tak lembik sgt..
ngam2 jek..huhu..
Banyak jugak la dapat..nasib baik ada acuan tart tu..
letak jek dalam tu..senang sikit keje nak mencurah agar2 tu..
Ni dah potong cantik2 (cantik ker? ) cantik la tu kiranya..
nak balas pinggan jiran sebelah ni..
best makan..memang rasa cam makan oren jek..
tapi faris tetap tak nak makan..
tak suka oren2 ni..dah letak dalam acuan lain pun tak nak jugak..
hermm..pelik la budak sorang tu..
sape la nak makan banyak2 tu kan..
so buat la fruit jelly ni..
tak pernah buat pun sebelum ni..
saje la nak try..
baru2 ni la terpandang masa jalan2 kat blog K.Nor
Mula2 ingat nak buat 10 biji oren laa..
biasa la..aku mmg tamak skek..takut sgt tak cukup..hahaa..
pastu serbuk agar2 yang ada plak tak cukup..
so buat 6 biji oren..tgk..pandai2 lagi..
resepi ckp 5 biji jek..aku belasah 6 bijik..
pastu mula la dok sukat2 bahan lain..kasik ejas laa..
tapi nasib baik la tak keras,tak lembik sgt..
ngam2 jek..huhu..
Banyak jugak la dapat..nasib baik ada acuan tart tu..
letak jek dalam tu..senang sikit keje nak mencurah agar2 tu..
Ni dah potong cantik2 (cantik ker? ) cantik la tu kiranya..
nak balas pinggan jiran sebelah ni..
best makan..memang rasa cam makan oren jek..
tapi faris tetap tak nak makan..
tak suka oren2 ni..dah letak dalam acuan lain pun tak nak jugak..
hermm..pelik la budak sorang tu..
Tuesday, September 22, 2009
Monday, September 15, 2008
Warisan Homestay & Chalet
Sesiapa yang ingin bercuti ke Kuala Terengganu boleh la menginap di Warisan Homestay & Chalet. Terdapat beberapa buah unit yang disediakan. Sebuah unit adalah rumah kampung yg mempunyai 3 bilik. Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan. Terletak di Kampung Teluk Ketapang,Seberang Takir. Berhampiran dengan airport Kuala Terengganu yang cuma mengambil masa 5 minit saja. Selain itu Warisan Homestay yang terletak berhampiran pantai Teluk Ketapang ini sgt strategik kedudukannya. Hanya mengambil masa kira² 15 minit utk ke pusat bandar, atau pun anda boleh juga menaiki bot penambang utk ke Pasar Payang.
Warisan Homestay kini bertambah satu unit lagi iaitu di Kampung Gong Badak. Bersebelahan dgn kampus KUSZA,berhampiran dgn KUSTEM ( UPMT) Pelbagai kemudahan seperti kedai² makan terdapat di sini. Unit ini terletak di Taman Perumahan Gong Badak, iaitu rumah teres kos rendah yang mempunyai 2 bilik tidur. Unit ini sangat sesuai utk seisi keluarga. Dilengkapi dgn dapur yg selesa utk anda yg ingin memasak sendiri.
Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi En. Abu Bakar di talian 017-9073976.
Warisan Homestay kini bertambah satu unit lagi iaitu di Kampung Gong Badak. Bersebelahan dgn kampus KUSZA,berhampiran dgn KUSTEM ( UPMT) Pelbagai kemudahan seperti kedai² makan terdapat di sini. Unit ini terletak di Taman Perumahan Gong Badak, iaitu rumah teres kos rendah yang mempunyai 2 bilik tidur. Unit ini sangat sesuai utk seisi keluarga. Dilengkapi dgn dapur yg selesa utk anda yg ingin memasak sendiri.
Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi En. Abu Bakar di talian 017-9073976.
Subscribe to:
Posts (Atom)