Tuesday, August 31, 2010

MEE GORENG ,JEMPUT2 KURMA & BUBUR CANDIL

Salam merdeka wat semua..arini sibuk mengukis so x sempat masak lauk pauk so kita goreng mee jek pastu wat jemput2 kurma dan gentel tepung pulut wat bubur candil dan puteri mandi (sbb ada sikit lg belen inti kelapa kt lam peties tuh)..ish macam banyak lak ek!! hehe..korang layan foto je la ek..resipi kukis akan menyusul kemudian..daaaaa!!

Resipi bubur candil kt sini!

Monday, August 30, 2010

AYAM MASAK MANIS MAK JAH & ROTI JALA



Salam bersiaran kembali..alhamdulillah..arini tuan rumah kembali bercuti ..leh start main masak2 balik..hehe!! menu ayam nih..amik resipi kt majalah kontroversi SAJI mei 2010.(cik maat..psst akak beli majalah ni masa lom kontroversi tp pasnih mmg akak xmau beli saji dah..nyampess!) pepun tak tau psl apa ada nama makjah tu..mungkin tuan punyer resipi asal kot!! hehe..lauk ni sedap makan ngan nasi dan jugak wat cicah roti/roti jala..sbb tu ler akak pun merajinkan diri menjala rini..huhuuu! okay..jom layan resipinyer..

RESIPI AYAM MASAK MANIS MAK JAH

Bahan2:


1 ekor ayam-dibelah 10
1 suduteh jintan manis

1 suduteh jintan putih

2 sudubesar rempah kari ikan

1 batang serai-titik

2.5cm lengkuas-titik

4 helai daun limau purut

2 keping asam gelugur

1 cawan santan pekat

3 biji kentang

air secukupnya

garam & gula secukup rasa

minyak utk menumis


Bahan kisar:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

1.5 cm halia

6 biji buah keras
15 tangkai cili kering

1 suduteh belacan


Cara:
Tumis bahan kisar,jintan,serai & lengkuas hingga wangi. kemudian masukkan rempah kari dan tumis lagi seketika.
masukkan ayam & kacau seketika.kemudian masuk santan,kentang,asam keping,garam & gula secukup rasa.
biarkan hingga ayam & kentang empuk. pastikan kuah tidak terlalu pekat @ cair. siap.
bolehlah dihidangkan bersama nasi,roti jala @ nasi impit.

RESIPI ROTI JALA
(sumber resipi dr dapur hana -thnx hana!)

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 biji telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Sunday, August 22, 2010

KUIH BADAK BERENDAM

kuih badak berendam


nasi goreng cina


sambal goreng tempe wif ikan bilis-menu sahur nanti.

Salam..berbuka arini masak yg ringkas jek sbb penat banget..menyiapkan misi mengemas umah..hehe! besela..bila dh dekat raya baru terhegeh2 operasi besar2an overhaul isi rumah..adehh!! penat wehh..esok dh stat bertugas kembali hingga malam..so terpaksala berbuka kt klinik jek sepanjang minggu! huhuuu..dapur pun cuti berasap ye!! okay ler..petang tadi masak sempoi ie. nasi goreng cina dan tambahan lauk sambal bilis tempe utk menu bersahur nanti! sempat gak wat kuih badak berendam sementelah nk perabihkan inti kelapa kt lam peties tuh! resipi nasi goreng cina & sambal tempe tuh ramai yg tau kan..xyah resipi la ek! kuih badak berendam tuh baru pestaim wat..so kita layan resipinye kt sini ye! (amboi hijaunye mak ngah badak tuh..hehe! ni kes terlebih kaler la nih.kihkih!)

RESIPI BADAK BERENDAM
sumber-resipikuih.blogspot.com

Bahan-bahan:-
1) ½ bungkus tepung pulut
2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)

3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)

4) 3 cawan santan
5) 1 cawan gula merah

6) 1 cawan air
7) 1 sudu teh garam


Cara-cara pembuatan :-

1) Kelapa parut digaul denagn gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang
lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulatbulat
dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.

Saturday, August 21, 2010

PAU INTI KELAPA



Salam,,arini kita mengepau lak!! guna resipi kt sini.........layaaaaan!!!

Friday, August 20, 2010

KUIH BOM @ ONDE-ONDE


haa..baru nak update resipi kuih bom yg melotups2 kita wat semalam..hehe!! resipi amik kt koleksi resipi dari internet (www.resipi4u.com)..tenkiu kepada penyumbang resipi ye!

RESIPI KUIH BOM INTI KELAPA @ ONDE-ONDE

Bahanbahan:


Bahan inti:
½ biji kelapa parut
¼ cawan gula kabung
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
¼ cawan air


Bahan kuih :
240 gram tepung pulut
½ sudu teh garam
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
200 ml air
50 gram biji bijan

Minyak masak secukupnnta untuk goreng terendam


Cara Penyediaan:

Penyediaan inti:

Satukan kesemua bahan dan gaul dalam kuali. Panaskan atas api
yangsederhana.
Kacaukan hingga merengas dan separuh kering. Angkat dan ketepikan.


Penyediaan kuih :

Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur dan garam ke dalam mangkuk. Gaul
rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk adunan yang lembut. Tambah air jika tidak mencukupi.

Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan isikan inti di tengah-tengahnya. Pastikan tidak bocor. Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga habis.

Sementara itu panaskan minyak yang banyak di dalam kuali atas api sederhana besar.

Goreng kuih bom hingga warna keemasan. Angkat dan tos.

Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, August 19, 2010

UDANG SERI PANDAN

Salam..menu ramadhan ke 9..masak udang seri pandan..resipi dari chef tersohor chef wan..dh pernah taruh resipi dulu kt sini tp xpe kita copy balik ye! uols kena cuba sbb mmg sodap! hehe..

RESIPI UDANG SERI PANDAN

Bahan2nye:

300 gm udang
1 biji bawang besar-hiris bulat

5 biji bawang merah

5 biji cili hijau

2 cm halia

2 cm kunyit

2 ulas bawang putih

2 biji tomato
1/2 caw sos cili
1/3 caw sos tomato

2 sudu besar madu

1 sudubesar sos tiram

3 sudubesar tepung jagung

1 biji telur ayam

1 biji limau nipis

1/3 caw kismis hitam(californian)

30 gm rempah campur (kulit kayu manis,b.lawang,cengkih,pelaga)

2 helai daun pandan

2 sudubesar sos ikan thailand

daunketumbar utk hiasan

cara:

perap udang (buang kulit) dgn sos tiram.pecahkan telur dan tabur tepung jagung dan celup udang serta goreng sebentar saja. kisar bawang merah,garlic,halia,kunyit,cili hijau dan tomato.
panas minyak, tumis rempah campur dan daun pandan. tuang pes kisar tadi dan goreng hinga garing. masuk sos cili,sos tomato dan madu.kemudian masukkan udang dan kacau rata. masuk sos ikan,kismis hitam,bawang besar hiris bulat dan goreng sebentar. perah jus limau akhir sekali. tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidang!!

jom layan menu arini....

udang seri pandan


ayam masak lemak..kalu nk resipi kt sini! tp kali ni x guna cili api tp taruh cili giling jek..kurang pedas..anak2 suker!


sayur campur goreng feveret anak2..


telor masin..menu wajib kena ada tiap2 hari..jangan kena darah tinggi udah..hahaha!!


kuih bom inti kelapa..belen inti kuih tepung gomak aritu..alahai melotups2 masa menggoreng..ada yg hampir terburai isi pewutnye..haha!! kemudian laa kita taruh resipi ek!! nak cepat nih..daaa!!

Wednesday, August 18, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI


Salam..ramai yg dh tau bahawa ben sedang menyenarai semula blog list diblognye menurut kategori. so kita pun taknak ketinggalan gak utk join bloglist ben nih utk KATEGORI MASAKAN..timokacih bnyk2 ye ben memberi peluang blogger2 kerdil cam akak nih utk disenarai kt blog ben yg sgt fofular tuh.
kepada kengkawan lain yg nak join tu bolehla lihat syarat2nye kt sini ye! jom......

Tuesday, August 17, 2010

KUIH TEPUNG GOMAK

Salam..kuih tepung gomak wat berbuka tadi..salah satu kuih feveret kami!! resipi cedok dari dapur As nun di N.Zealand sana..amboi jauh tu angkut resipi kuih tradisional melayu sampai kt obersee uu!! hehe..resipi asal dari [email protected] to both!! as..akak cnp resipi ye!! thanx again..

Kuih Tepung Gomak
sumber dari tulip77 myresipi

Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut( as tambah sedikit tepung gandum)
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut, sedikit tepung gandum dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU

Salam bersiaran kembali serta selamat mengerjakan ibadah puasa wat semua pengunjung yg x jemu2 mai kesini walaupun tuanrumah asik menyepi je..hehe!! timokacih sbb sentiasa ingat kat kita ye!arini akhirnye dapat juga berbuka puasa dgn anak2 dirumah setelah 5 hari berbuka puasa di klinik jek..huhuu! minggu ni start cuti..bolehlaa menyediakan sendiri juadah berbuka utk keluarga..alhamdulillah!! arini try resipi amik kt blog ummi ie. ayam perap masak merah madu..tu diaaa panjang wehh nama menu nih..hehe!! tapi mmg bak kata ummi, sgt berbaloi-baloi hasilnye! resipinye lbhkurang cam masak merah biasa cuma yg berbezanye cara memasak iaitu ayam mestilah diperap dulu sebelum digoreng utk mendapatkan rasa yg lebih uummphh!! toceh2x ummi..resipi asal dari majalah saji! ummi..kita cnp resipi ye..tenkiu!! muaaahhss!!

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI


Bahan:-

  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)-kita guna sos tomato kimball 5-6 sb.
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.
ni antara menu yg dimasak petang tadi selain ayam perap merah madu adalah kari ikan, sayur campur, sup ayam utk sri dan sosej cheeseroll bersalut nestum. korang layan foto jelaa ye!! selamat bersahur utk semua....daaa!!!

Monday, August 9, 2010

OREO CHEESECAKE



TARAAAAAA....Oreo ciskek wat 2 hari lepas..dah abih puunngg!!! korang layan gambo je laa ek..hehe!!! resipi kat sini. adiosss!!

Sunday, August 8, 2010

HONEY CORNFLAKES

DAH STAT MENGUKIS (haha..bukan utk raya tau tp utk makan2 sendirik jek).....LAYAANN!!!


Resipi honey cornflakes ada kt sini...

Friday, August 6, 2010

CUCI THE MUZIKAL 2 @ ISTANA BUDAYA

Salam rindu yg teramat rindu wat seme kengkawan ye! uisshh..hampir 2 minggu tak bersiarankan!! puan doc teramat la sibuknye..mmg tak menyempat nk hupdet blog..pepun mesej2 korang kita dh baca..insyaaallah ada masa nnti kita merewang umah korang lak! okay ler arini br leh nk entry pasal teatre cuci the muzikal 2 kt istana budaya yg ditonton malam semalam..perghhhh! memang x rugi woo nonton teater nih..mmg hebat banget..lawak tahap gaban..gelak sampai kuar airmata! para pelakon telah memberikan lakonan yg sgt mantap & spontan..terutamanya nabil yg walaupun baru pestaim berlakon teatre tp nmpak sgt bagus lakonannye dan boleh gak menyanyi dgn agak baik..kalau pelakon lain hans isaac,afdlin shauki,awie,vanida imran & harith iskandar xyah citer..mmg sgt bagus lakonan mereka..x sangka vanida pun leh nyanyi dgn baik kalau kak ina kl bagi rating 10/10..kita lak nk bagi 10 bintang**********..huhuuuu!! kepada semua para pelakon,pengarah (harith iskandar & dato' zahim albakri) & semua crew teatre CUCI THE MUZIKAL 2 nih..kita ucapkan setinggi tahniah dan syabas!! i salute uolss!!!! rasa cam nk pi lagi sebelum ia berakhir 10 ogos nanti..hehe! so u all kalu nk tonton cepat2 sbb tiket bnyk dh sold out ya!! okay ler.. korang layan jelaa foto2 kt bawah ni..